UMNO Online - “Govt Committed To Helping All Schools – Najib” plus 9 more

UMNO Online - “Govt Committed To Helping All Schools – Najib” plus 9 more

Link to UMNO Online

Govt Committed To Helping All Schools – Najib

Posted: 01 Nov 2012 06:19 AM PDT

KUALA LUMPUR, Nov 1 – The government is sincere in helping all types of school in the country and channels allocations fairly, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today.

He said the allocation for the education sector provided by the government all these while showed its commitment to turn out an educated society.

He said this was because the education sector was among the most critical catalysts in transforming Malaysia towards a high income nation.

“We are proud that the government always places priority on education especially in the context of funding. And from the allocations the government can set aside every year, education receives the highest amount,” he said.

He said this before handing over a replica cheque of RM38.3 million for 80 of 196 selected national-type and missionary schools nationwide, at Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) On Pong, here.

The cheque was contributed by the Community Chest, an independent, apolitical and non-ideological charitable organisation.

Najib said since 2009, the government had allocated more than RM1.2 billion for the infrastructural development of Chinese, Tamil and Missionary government- aided schools.

He added that this included an allocation of RM100 million each to the government-aided schools in question, through Budget 2012 and 2013.

The Prime Minister said the government was aware more needed to be done to strengthen the education sector in terms of schools’ physical and infrastructural development and boosting the quality of teaching and learning.

Najib said it was hoped that the cooperation between the government and non-governmental organisations in assisting school swould be a continuous effort towards developing the education sector.

“I am proud of the dedication demonstrated by Community Chest in working with the government to channel funds to schools nationwide,” said Najib.

The Prime Minister said cooperation between the Community Chest and the government clearly fulfilled promises through contributions of RM100.2 million since the welfare fund was launched in September last year.

“This is our principle, whereby promises are made to the people and fulfilled for the people,” he said.

Also present were Community Chest Board of Trustees member Tun Mohammed Hanif Omar, Minister in the Prime Minister’s Department Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Deputy Education Minister Datuk Dr Wee Ka Siong, Deputy Foreign Minister A.Kohillan Pillay, MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek and PPP president Datuk M.Kayveas.

Pemuda BN Jempol Fasa Akhir Persediaan Untuk Bertempur Di Medan PRU 13

Posted: 01 Nov 2012 06:12 AM PDT

JEMPOL, 1 Nov – Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Parlimen Jempol baru-baru ini telah mengadakan Kursus Pemidato Pemuda BN Jempol khususnya menyediakan barisan jurucakap dan penceramah Pemuda BN, dalam menangkis dakyah dan fitnah dari pakatan pembangkang terutama menjelang pilihanraya umum nanti.

Pengerusinya, Nizam Aman berkata, Pemuda BN Jempol sedang membuat persiapan terakhir Pilihan Raya Umum, bukan sahaja dari segi gerak gempur, keselamatan malah jurucakap dan penceramah khusus dari Pemuda Jempol sendiri yang lebih memahami isu tempatan dan isu-isu semasa di sini.

"Di sini kita dapat melihat Pemuda BN Jempol telah siap siaga, jentera gerak gempur, pemuda bermotor dan penambahbaikan yang kita buat, di mana kewujudkan Unit Pidato di peringkat Pemuda BN Nasional, akan memberikan ruang dan peluang khususnya kepada anak-anak muda dalam daerah Jempol ini mempelari teknik dan taktik mematahkan hujah-hujah pembangkang.

“Hari ini kita dapat lihat, di dalam kursus ini komitmen anak-anak muda mampu berhujah dengan cara yang baik dan matang, dalam usaha mematahkan dakyah-dakyah pembangkang. Dalam masa yang sama, ia juga merupakan peluang untuk kita melahirkan lebih ramai pejuang dan pemimpin muda dalam Pemuda BN dalam meneruskan kesinambungan perjuangan BN di masa akan datang," ujarnya.

Tambahnya, program-program sebegini harus diteruskan dari semasa ke semasa selain diskusi di antara ahli dan pemimpin Pemuda Kompenan BN, kerana di sinilah kita boleh bertukar-tukar pemikiran dan pandangan selain memantapkan gerak kerja Pemuda BN bukan sahaja dalam persiapan menghadapi pilihan raya, malah dalam gerakkerja kita mendekati rakyat khususnya di akar umbi.

"Inilah salah satu pendekatan Pemuda BN menambah baik gerakan kita, Unit Pidato ini memberikan peluang kepada anak muda menunjukkan kebolehan dan keberanian mereka untuk bercakap bukan sahaja di pentas-pentas ceramah, malah di kedai-kedai kopi juga," ujarnya lagi. -MediaUMNO

Usah Dolak Dalih… Majlis Peguam Wajar Tutup Firma Zain & Co.

Posted: 01 Nov 2012 02:48 AM PDT

Tuan Pengarang…

Akhbar hari ini melaporkan bagaimana Firma guaman Zain & Co telah bersekongkol dengan SUARAM untuk menjatuhkan kerajaan yang sah dipilih melalui sistem demokrasi.

Rakan kongsi firma tersebut, Amir Hamzah didakwa menandatangani surat memperakui SUARAM sebagai pertubuhan yang sah bagi meyakinkan peguam-peguam Perancis untuk mewakili pertubuhan tersebut dalam isu scorpene yang sebenarnya bukan isu.

Apa yang mengejutkan ialah firma ini mendapat banyak kontrak guaman dengan kerajaan Malaysia.   Justeru, apa yang dilakukan oleh firma ini bukan setakat mengkhianati negara tetapi juga pelanggan mereka, sekali gus mengingkari peranan mereka sebagai pendokong undang-undang dan keadilan, iaitu institusi yang sepatutnya memegang amanah tertinggi.

Bagi seseorang yang tidak mengambil tahu hal politik, tentulah melihat tiada apa-apa yang salah dengan tajuk yang penulis pilih di atas, berdasarkan laporan akhbar tersebut.

Namun, bagi yang cukup arif dengan perjalanan politik Malaysia tajuk yang penulis pilih itu amatlah melucukan.   Ini kerana, bagaimana kita menuntut Majlis Peguam mengambil tindakan ke atas Zain & Co. kerana bersekongkol dengan SUARAM untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia sedangkan Majlis Peguam sendiri merupakan sebahagian dari keseluruhan perancangan yang sama?

Tiada siapa boleh menafikan bahawa Majlis Peguam sering mengambil tindakan berat sebelah dan tidak professional dalam isu-isu yang membabitkan kerajaan Malaysia.

Contohnya, dalam isu demonstrasi BERSIH, beberapa pemerhati telah mendedahkan bagaimana Majlis Peguam telah memutuskan bahawa polis telah bertindak ganas dengan hanya berdasarkan bukti yang memberi kelebihan kepada pihak pembangkang.  Manakala bukti yang dikemukakan oleh polis langsung tidak diberi perhatian.

Sikap Majlis Peguam ini secara tidak langsung, membenarkan tuduhan pembangkang bahawa pendokong undang-undang Malaysia adalah korup dan tidak berintegriti.  Tetapi, yang peliknya, pihak yang tidak berintegriti dan korup itu semuanya memberi kelebihan kepada pihak pembangkang.

Lebih buruk lagi, Majlis Peguam tidak pula menunjukkan minat untuk menangani isu membabitkan ahli-ahli mereka yang bermasalah seperti menipu pelanggan, lembab dan terlibat dalam kes jenayah iaitu isu yang benar-benar melibatkan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pendokong undang-undang dan keadilan.

Sikap Majlis Peguam ini tidak lebih seperti politikus jalanan yang suka mencari publisiti murah semata-mata untuk memburukkan kerajaan.

Hakikatnya, kesalahan yang didakwa dilakukan oleh Zain & Co. bukanlah kecil.  Jika tindakan gagal dikenakan ke atas mereka, akan dengan sendirinya membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem, seseorang, sesuatu pihak yang bertanggungjawab dalam undang-undang negara ini.

Di masa yang sama, adalah lucu jika kita menyuruh  Majlis Peguam yang mengambil tindakan terhadap firma tersebut kerana harapan sebegitu samalah seperti menyuruh seorang ketua perompak mengambil tindakan terhadap anak buahnya, dalam rompakan yang dilakukan bersama.

Pecinta Keadilan, KL

Berani Bantah Depan Bangunan MCA, Kenapa Tak Berani Depan Pejabat DAP?

Posted: 01 Nov 2012 02:39 AM PDT

KUALA LUMPUR 1 Nov – Pas hari ini terus dipersoal apabila hanya berani dan bersikap garang terhadap 'musuh'politik mereka berhubung isu hudud dan dilihat bersikap sebaliknya apabila melibatkan rakan seperjuangan.

Bekas Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata  tindak-tanduk Pas terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek jelas menunjukkan seolah-olah ada 'double standard' yang mana boleh menimbulkan seribu satu persoalan di kalangan umum.

Menurutnya beliau juga tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Dr Chua itu, namun situasi yang ditunjukkan oleh Pas hari ini menyerlahkan bagaimana sikap dan pendirian mereka yang hanya seolah-olah berat sebelah.

"Yang kita hairan apabila pimpinan DAP menyatakan soal hudud tidak pula pimpinan Pas melenting dan sangup berdemontrasi di Pejabat DAP dan sebagainya. Malah tidak ada pula  ura-ura untuk keluar daripada pakatan dan boleh pula keluar kenyataan macam-macam.

"Tetapi apabila Chua menyentuh persoalan pokok yang sama, lain pula nada mereka. Saya bukannya nak bela sesiapa dalam soal ini tetapi sekadar ingin memperkatakan bagaimana hipkrot Pas dalam soal ini," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusnya menambah sesungguhnya orang agama yang bersikap hipokrit sebenarnya lebih merbahahaya daripada orang biasa.

"Saya katakan begitu kerana orang agama yang bersikap hipokrit ini dikhuatiri akan mencari jalan untuk membenarkan kenyataannya. Contohnya akan keluar dalil-dalil daripada al-Quran dan sebagainya.

"Inilah yang kita bimbang kerana ianya akan mengelirukan masyarakat Islam khususnya. Jadi sama-samalah kita membuat penilaian yang terbaik agar kita tidak terperangkap dengan mainan seumpama ini," katanya.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ilmuan Muda (ILMU) Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya mempersoalkan sikap serta tindak tanduk sesetengah pihak yang dianggap prejudis berhubung isu hudud.

Menurut beliau kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sememangnya menyentuh sensitiviti umat Islam dan perkara itu sememangnya tidak dipersetujui kerana Islam berada pada tempat yang tertinggi.

"Tetapi persoalannya mengapa apabila kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang berasaskan analisa beliau sendiri tentang hudud, mereka begitu beriya-iya hingga beberapa sahabat daripada PKR dan sebagainya meminta saya agar bersuara.

"Sedangkan apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh bersuara, di manakah suara-suara mereka. Adakah berlaku diskriminasi di sini hanya kerana kepentingan politik sedangkan saya bersuara kedua-dua pihak. Saya katakan saya tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Dr Chua kerana ianya menyentuh sensitiviti umat Islam”, ujarnya. -MediaUMNO

Suaram Usah Lagak NGO Bila Lebih Ghairah Main Politik Pembangkang

Posted: 01 Nov 2012 02:32 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Tindakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Suaram yang membiarkan mereka dipergunakan oleh pembangkang adalah suatu yang tidak beretika dan lari dari asal tujuan penubuhan mereka yang kononnya untuk memperjuangkan hak asasi manusia.

Pensyarah dan Penganalisa Politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat menyifatkan apa yang dilakukan oleh Suaram baru-baru ini apabila cuba mengeksploitasikan isu mengenai pembelian kapal selam Scorpene itu membuktikan dengan sengaja membiarkan diri mereka di pergunakan oleh pembangkang untuk tujuan politik.

"Di sini kita ingin tahu, apakah kepentingan Suaram dalam perkara ini sehingga mereka beriya-iya cuba membangkitkan isu kapal selam itu dan sanggup membiayai kos kehadiran dua orang peguam dari Peranchis untuk hadir ke negara ini kononnya ingin memberi taklimat mengenai perkara itu di parlimen.

"Mengapa perlu kedua peguam itu datang untuk beri taklimat, sedangkan Perdana Menteri dan menteri yang bertanggungjawab sudah pun memberi jawapan bukan sahaja kepada pihak media malah turut dibentangkan di parlimen yang turut dihadiri oleh wakil rakyat pembangkang.

"Jika dahulu perkara ini cuba ditimbulkan oleh pembangkang tetapi tidak dapat perhatian, maka mereka menggunakan Suaram untuk menjadi alat bagi membangkitkan semula isu berkenaan dan seperti kita ketahui pilihan raya dah semakin hampir," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tindakan Suaram yang dilihat cenderong kepada pembangkang apabila cuba membangkaitkan isu yang bermirip kepada politik berbanding dengan tujuan penubuhan mereka sebagai NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia.

Menurutnya, berdasarkan kepada laporan media, Suaram kini bukan lagi sebuah NGO hak asasi manusia, mereka kini boleh disfatkan sebagai NGO politik yang dipergunakan oleh pembangkang untuk memburuk-burukkan kerajaan bukan termasuk di luar negara.

"Dalam perkara ini, pihak terbabit perlu bertegas dan mengambil tindakan terhadap mana-mana NGO yang lari dari asas penubuhan mereka, ini boleh merosak dan mengaburi pemikiran rakyat dan akhirnya membawa kerugian kepada negara," katanya. -MediaUMNO

Persidangan UMNO Jadi Penyuntik Berdepan PRU-13

Posted: 01 Nov 2012 02:29 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Nov. – Ahli-ahli UMNO yang bakal menjadi perwakilan dalam persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2012 dinasihatkan agar menjadikan persidangan kali ini sebagai suntikan semangat.

Naib Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Datuk Yussof Abd. Manan mahukan para pembahas memberikan persembahan yang luar biasa bukan saja untuk ahli-ahli UMNO tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Para perwakilan yang akan bersidang kali ini diharap akan memberikan persembahan yang luar daripada biasa kerana kali ini kita akan menghadapi pilihan raya umum ke-13," katanya kepada UMNO-Online.

Beliau yang pernah menjadi wakil rakyat di Sabah menerangkan, selaku anggota UMNO maka para perwakilan perlu menjadikan ucapan dasar Presiden sebagai suntikan untuk pengukuhan dan pemantapan parti agar perjuangan UMNO dapat difahami oleh semua peringkat.

"UMNO perlu dimengertikan bukan saja dikalangan ahli-ahlinya tetapi juga kepada seluruh rakyat dalam negara agar dapat memberi impak dan membuat perubahan di dalam sikap mereka menentukan undi dalam pilihan raya yang akan datang," –MediaUMNO.

2,011 Penjawat Awam Bankrap Sejak Lima Tahun Lepas

Posted: 01 Nov 2012 02:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Nov — Dewan Rakyat hari ini diberitahu seramai 2,011 penjawat awam telah diisytiharkan bankrap dalam pentadbiran Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) sejak lima tahun lepas sehingga Ogos tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata Ketua Pengarah Insolvensi hanya bertanggungjawab untuk melaporkan kepada Ketua Jabatan untuk makluman kebankrapan sebaik sahaja seseorang penjawat awam diisytihar bankrap.

“Ini supaya kawal seliaan ke atas kelakuan dan hal ehwal kewangan bankrap tersebut dapat dilakukan dengan baik dan berkesan.

“Ia bertujuan untuk memastikan bankrap tersebut memberi kerjasama kepada Ketua Pengarah Insolvensi dalam pentadbiran kes kebankrapannya dan dapat dikeluarkan daripada kebankrapan dalam tempoh yang singkat,” katanya ketika menjawab soalan Amran Ab Ghani (PKR-Tanah Merah) mengenai jumlah penjawat awam yang diisytihar bankrap.

Jelas beliau undang-undang kebankrapan terpakai kepada semua individu termasuk penjawat awam yang bankrap dan sehubungan itu halangan dan sekatan yang diperuntukkan mengikut undang-undang kebankrapan juga terpakai terhadap penjawat awam yang bankrap.

Katanya penjawat awam yang diisytiharkan bankrap tidak semestinya akan kehilangan pekerjaan dan tertakluk kepada keputusan Lembaga Tatatertib jabatan.

“Untuk makluman, bagi tempoh lima tahun kebelakangan ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) tidak pernah menerima apa-apa kes berkaitan masalah kebankrapan dan dihukum buang kerja oleh jabatan yang melibatkan penjawat awam,” tambah beliau.

Beberapa Pembaharuan Dalam Perlindungan Insurans Motor Dilaksanakan

Posted: 01 Nov 2012 02:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Beberapa pembaharuan dilaksanakan bagi memastikan perlindungan insurans motor dapat disediakan oleh penanggung insurans secara berterusan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pembaharuan pertama meliputi usaha memperbaiki akses kepada perlindungan insurans, terutama bagi kenderaan lama.

“Ini memerlukan semua penanggung insurans dan Pos Malaysia menawarkan polisi perlindungan menerusi program Malaysian Motor Insurance Pool (MMIP).

“Secara keseluruhannya, ia menyelesaikan masalah akses yang pernah dialami dulu,” katanya ketika menjawab soalan Ir Hamim Samuri (BN-Ledang) di Dewan Rakyat.

Beliau berkata pembaharuan kedua meliputi pelaksanaan Rangka Kerja Motor Baharu yang dipersetujui oleh peserta industri insurans dan kerajaan.

Katanya rangka kerja itu yang dibahagikan kepada dua bahagian meliputi penyelarasan kadar premium insurans motor supaya lebih mencerminkan risiko terkini.

“Penyelarasan ini adalah pada jumlah kecil dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat selama empat tahun sehingga 2015 supaya ia tidak membebankan pemilik kenderaan.

“Setelah tamat tempoh ini dan Tarif Motor dimansuhkan, premium insurans motor akan ditentukan mengikut profil risiko sesuatu kenderaan, dengan kenderaan berisiko rendah dapat menikmati kadar premium yang lebih kompetitif, dan sebaliknya, katanya.

Beliau berkata premium insurans berdasarkan Tarif Motor tidak pernah dikaji semula sejak 1978, dan pakej baharu ini mengambil persekitaran yang berubah seperti perubahan dalam profil risiko bagi pemandu dan kenderaan, pengalaman tuntutan yang kian meningkat disebabkan kemalangan jalan raya, kecurian kenderaan dan kos perniagaan yang semakin tinggi.

Awang Adek berkata bahagian kedua pula membabitkan pelaksanaan penambahbaikan proses penyelesaian tuntutan motor supaya lebih cekap dan orang ramai dapat menerima pampasan lebih awal, khususnya bagi kematian dan kecederaan pihak ketiga.

Dalam pada itu, Awang Adek juga berkata bayaran premium insurans kenderaan di negara ini masih rendah jika dibandingkan dengan negara lain di rantau ini.

Katanya kajian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mendapati, secara puratanya, insurans premium kenderaan di negara ini ialah RM3,062 setahun.

“Di negara lain seperti Singapura, jumlahnya RM7,960, Thailand RM6,736 dan Indonesia RM4,593. Jadi jika dibandingkan dengan negara serantau, Malaysia masih rendah.

10,000 Vacancies Offered At Sarawak Biggest Ever Job Fair This December

Posted: 01 Nov 2012 02:00 AM PDT

KUCHING, Nov 1 – At least 10,000 job vacancies will be made available at a two-day Sarawak Training and Career Fair 2012 to be held at the Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), here starting Dec 10.

Sarawak Assistant Minister in the Chief Minister’s Office (Promotion of Technical Education), Datuk Len Talif Salleh said today the job fair would be the biggest ever to be held in the State and to involve about 250 prospective employers.

He said the job fair was part of the activities by Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS), a state-owned fund management organisation formed by the State Government earlier this year to assist Bumiputera youths to pursue skills training.

Speaking at the convocation for Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Matang and SMV Betong here, he said TEGAS had been entrusted to gather at least 40,000 Bumiputera youths to undergo skills training.

This is in line with the government’s effort to fulfill the skilled manpower requirement for the industries to be developed in Sarawak Corridor of Renwable Energy (SCORE), he added.

Stop Blaming Previous Penang Govt, Says BN Assemblyman

Posted: 01 Nov 2012 01:55 AM PDT

GEORGE TOWN, Nov 1 – An opposition assemblyman today asked the DAP-led Penang government leadership to stop pointing fingers at the previous state government led by the Barisan Nasional (BN) and focus on development efforts.

Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) said the state government helmed by Chief Minister Lim Guan Eng should react positively to opposition criticism for the good and well-being of the people in the state.

“The honourable Bagan Jermal member (Lim Hock Seng) should not be talking and replying as an opposition member because he now represents the state government.

“There should be no problem about what is happening now. Everything should be resolved. If the previous government had not done it, then the present government should do it, but nothing seems to have been done so far,” he said at the meeting of the State Legislative Assembly.

He had intervened when Hock Seng, the chairman of the Public Works, Utilities and Transportation Committee chairman, was replying to a supplementary question from Law Keng Ee (DAP-Pengkalan Kota) who had wanted to know about the traffic congestion in Penang.

Hock Seng had attributed the traffic congestion from the Penang Bridge to Batu Uban to the failure of the previous state government to resolve the problem.

“The previous BN-led state government failed to resolve the traffic congestion, particularly for users of the Penang Bridge heading towards Bayan Lepas via Batu Uban,” he said.

He said the DAP-led government resolved the congestion after obtaining a RM4-million contribution from IJM Bhd, the company which constructed the Tun Dr Lim Chong Eu Expressway, to add lanes on Jalan Batu Uban to make it a six-lane highway to resolve the traffic congestion during peak periods.

“Over the past three weeks, traffic has been smooth on the Penang Bridge. Motorists who used to take at least 45 minutes to drive from the mainland to the island, now take less than 30 minutes,” he said.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...