UMNO Online - “Slogan C.A.T Kerajaan DAP Pulau Pinang Kini Memakan Diri – PKIM” plus 9 more

UMNO Online - “Slogan C.A.T Kerajaan DAP Pulau Pinang Kini Memakan Diri – PKIM” plus 9 more

Link to UMNO Online

Slogan C.A.T Kerajaan DAP Pulau Pinang Kini Memakan Diri – PKIM

Posted: 12 Oct 2012 04:22 AM PDT

PULAU PINANG 12 Okt – Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilihat terperangkap dengan slogan mereka yang kononnya berpaksikan kepada slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).

Presiden Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah berkata pelbagai isu yang sehingga kini belum lagi diselesaikan selain gagal memberikan penjelasan sewajarnya menunjukkan betapa kerajaan negeri berkenaan berada pada tahap genting.

Menurut beliau isu seperti perumahan kos rendah, bantahan peniaga di Padang Kota, isu rasuah yang didakwa oleh bekas Naib Presiden DAP, Tunku Aziz benar-benar meresahkan kerajaan Pulau Pinang hari ini.

"Nampak gayanya slogan itu memakan diri mereka sendiri……cakap di ceruk kawasan berdegar-degar berpaksikan kepada slogan berkenaan, rupa-rupanya sekadar slogan dan tinggal kenangan.

"Jika kerajaan negeri benar-benar berpegang kepada prinsip serta slogan tersebut, isu-isu seumpama ini tidak akan timbul dan tidak selamanya rakyat Pulau Pinang berterusan menimbulkan perkara yang sama," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Aminah yang juga bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang rakyat negeri itu memerhatikan secara dekat isu-isu yang berbangkit dan berlaku di negeri tersebut.

Katanya Guan Eng boleh bercakap apa sahaja namun rakyat memerhatikan secara teliti tindak-tanduk kerajaan negeri yang dilihat seolah-olah indah khabar dari rupa.

"Ini adalah rungutan rakyat Pulau Pinang…Kenapa sehingga kini kerajaan yang ada umpama main wayang dan mengelak serta terus mengelak berhubung isu berbangkit.

"Seperti yang saya sebutkan tadi…sampai bila mereka akan terus mengambil sikap sedemikian. Ingat rakyat sedang memerhatikan kamu dan amanah yang diberi sewajarnya dilaksanakan dengan baik untuk menjaga kepentingan rakyat," katanya. -MediaUMNO

UMNO Gombak Adakan Program Mingguan Santai Bersama Pengundi

Posted: 12 Oct 2012 04:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Okt  – UMNO Bahagian Gombak kini sedang giat menjalankan program Santai Bersama Pengundi pada setiap minggu di kawasan sekitar Parlimen Gombak dalam usaha untuk merapatkan hubungan kepimpinan UMNO bahagian bersama pengundi-pengundi di kawasan tersebut.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Gombak, Datuk Abdul Rahim Kamaruddin, program santai ini dapat memberi kesan apabila kepimpinan UMNO Gombak, baik bagi sayap Pemuda, Wanita dan Puteri dapat menjalinkan hubungan secara berdepan bagi mengetahui sebarang permasalahan dan kehendak rakyat di sekitar kawasan Parlimen tersebut.

"Setakat ini, program ini kami adakan secara berterusan pada setiap minggu di lokasi yang berbeza-beza. Ianya berkonsepkan santai dan pertemuan itu kerap kali diadakan di kedai-kedai makan atau warung-warung di sekitar kawasan ini.

"Bagi saya, program seperti ini dapat menambahkan lagi kemesraan rakyat bersama kepimpinan UMNO bahagian dan kita sebagai pemimpin UMNO di sini, dapat mengetahui dengan lebih jelas dan tepat sebarang permasalahan ataupun kehendak-kehendak pengundi yang boleh kita bantu," ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Selain dari itu menurut beliau, UMNO Gombak juga turut mengadakan program-program ceramah politik dengan kerjasama NGO bagi memperjelaskan isu-isu semasa serta membetulkan persepsi masyarakat terhadap fitnah yang ditabur oleh pihak pembangkang terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

"Baru-baru ini kami mengadakan program bersama TIBAI  bertempat di AU1 Keramat, kawasan paling hujung di dalam parlimen Gombak. Alhamdulillah kami lihat respon masyarakat setempat tentang isu-isu yang dibangkit serta yang diperjelaskan amat baik sekali.

"Selain itu kami juga turut mengadakan program-program ceramah bersama NGO-NGO yang menyokong UMNO dan BN, antaranya termasuklah Jati. Program-program ceramah bagi memperjelaskan isu-isu terkini kepada rakyat seperti ini kami rancangkan untuk dibuat berkala sehinggalah tibanya PRU yang 13 nanti," ujarnya. -MediaUMNO

SAR Urged To Register With MOE To Enjoy Aid And Benefits

Posted: 12 Oct 2012 04:09 AM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 12  - People’s Religious Schools (SAR) yet to register with the Ministry of Education (MOE) have been urged to do so to enjoy  more aid and benefits.

Former director-general of Education Department Tan Sri Alimuddin Mohd Dom said based on his experience, none of the registered religious schools were marginalised by the government.

“Alleging that the government is unfair and marginalise religious schools is wrong as those registered with the ministry fully enjoy aid and benefits provided by the government as the allocation is available.

“Benefits include upgrading of schools and better salary scheme for teachers as the schools are recognised.

“SAR are schools outside the auspices of the Ministry of Education but the government never marginalise them,” he told Bernama here today.

Yesterday, a group of SAR students held a protest at the entrance of parliament house to demand allocation for the schools.

Deputy Prime Minister and Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said the protest by the group of students were politically motivated as it never happened before.

He said the SAR students should understand that only schools registered with MOE as government aided religious schools (SABK) are entitled to allocation.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak allocated RM95 million to SAR last year on compassionate ground as many of the schools are in poor condition.

A total of 156 out of 382 SAR nationwide have registered with MOE and changed their status to SABK.

Berbohong Menggunakan NGO Kaedah Terbaru Pembangkang

Posted: 12 Oct 2012 04:05 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 Okt – Pembangkang tidak perlu menggunakan atau berselindung di belakang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) jika sekadar hanya untuk memburuk-burukkan kerajaan dengan membuat spekulasi atau berita pembohongan mereka dengan niat untuk menipu rakyat.

Ketua Wanita UMNO Subang, Halimahton Saadiah Bohan berkata sesuatu laporan yang ingin disiarkan kepada umum terutama membabitkan hubungan dengan negara luar perlu mendapat penjelasan sebenar bukannya membuat sesuatu berita yang mengelirukan.

"Tidak perlu membuat pembohongan jika sekadar untuk mendapatkan sokongan, dalam suasana pilihan raya yang semakin hampir sudah pasti pembangkang akan cuba menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan untuk mendapat sokongan pada pilihan raya nanti.

"Jangan kerana terlalu ghairah untuk dapatkan sokongan, hubungan kita dengan negara luar terjejas hanya disebabkan berita yang  tidak benar,  walaupun perkara itu disuarakan oleh NGO namun kita tahu siapa di belakang NGO berkenaan," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau berkata diminta mengulas berhubung  pembohongan laporan perbicaraan yang kononnya sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada 2002 .

Halimathon menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan pembangkang kini berada dalam keadaan berada dalam keadaan terdesak sehingga sanggup memanipulasikan apa sahaja berita yang difikirkan boleh membawa faedah kepada mereka tanpa memikirkan kesan sebaliknya.

"Mereka kini sudah terdesak, rakyat telah hilang kepercayaan kepada pembangkang, mereka tidak mampu membuat perubahan kepada rakyat seperti yang dijanjikan dahulu, dan kini mereka cuba memburuk-burukkan kerajaan terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib hanya untuk menimbulkan perasaan benci kepada UMNO dan Barisan Nasional," katanya.

Menurutnya, bukan suatu yang mengejutkan jika selepas ini ada lagi cerita atau berita yang disebarkan oleh mereka untuk memburuk-burukkan Barisan Nasional dan UMNO walaupun terpaksa berbohong. -MediaUMNO

Bajet 2013 Bukan Gula-Gula Politik BN Menjelang Pilihan Raya – Tengku Adnan

Posted: 12 Oct 2012 03:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Okt  – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas golongan yang memutarbelit dan cuba memanipulasi input-input yang terkandung dalam Bajet 2013 lantaran banyak manfaat kepada rakyat dan mengembirakan semua peringkat.

Katanya, pembentangan bajet yang disempurnakan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah berlandaskan kepada realiti dan kedudukan kewangan negara dengan memastikan setiap apa yang digariskan mampu dicapai.

"Pemberian pelbagai bantuan oleh kerajaan adalah dari rakyat untuk rakyat dengan kesejahteraan negara menjadi objektif utama dan rakyat di dalamnya sentiasa berasa selesa," katanya.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan dengan 32 delegasi terdiri daripada diplomat asing dan pelbagai agensi media antarabangsa di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn hari ini.

"Kerajaan sentiasa melaksanakan inisiatif rasional bagi memberi bantuan dan meringankan beban rakyat dan kerajaan sedar bahawa pengagihan subsidi sebelum ini turut memberi manfaat kepada golongan yang berkemampuan juga lantas perubahan dibuat sebagaimana pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Sebagai sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab, Barisan Nasional (BN) tidak mahu menghancurkan kedudukan kewangan negara sehinggakan rakyat menanggung akibat seperti mana yang berlaku di sesetengah negara namun demikian kestabilan ekonomi negara dikongsi sebagaimana pelbagai bantuan yang dirancang dalam bajet tersebut," katanya yang juga Setiausaha Agung BN.

Tegasnya, sebagaimana tahun-tahun terdahulu, BN sentiasa mengutamakan keperluan rakyat dalam memastikan agihan kewangan negara dapat dirasai oleh semua peringkat sebagaimana BR1M untuk yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 dengan tambahan pada tahun ini diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi 2 ribu ringgit sebulan.

"Ini bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana banyak negara-negara lain di peringkat antarabangsa termasuk negara maju juga memberikan bantuan kepada masyarakatnya yang kurang berkemampuan tetapi dalam bentuk dan nama yang berbeza bergantung kepada keadaan dan suasana negara masing-masing.

"Jangan hanya kerana pembentangan bajet tersebut adalah yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 sebagaimana yang turut diakui oleh Perdana Menteri maka semua bantuan yang disalurkan dianggap sebagai 'gula-gula politik'," tegasnya lagi.

Ujar beliau lagi, kesungguhan BN sebagai sebuah kerajaan telah terbukti sejak menerajui negara selepas kemerdekaan pada tahun 1957 hingga kini dan pembentangan bajet saban tahun sentiasa memberikan penambahbaikan dari tahun yang sebelumnya.

"Walaupun subsidi gula dikurangkan sebanyak 20 sen sekilogram tetapi kerajaan masih lagi menanggung subsidi gula sebanyak 34 sen satu kg yang melibatkan perbelanjaan sebanyak 278 juta ringgit. Ini bukan satu angka yang kecil apatah lagi pengambilan gula dalam jumlah yang banyak dapat mengundang kemudaratan," katanya.

Tambahnya lagi, BN sentiasa realistik dalam melaksanakan agenda untuk rakyat dan tidak akan sesekali melakukan penipuan hanya untuk meraih undi sebagaimana yang dilakukan oleh pakatan pembangkang.

Dalam pertemuan tersebut, beliau turut memberikan penerangan berkaitan struktur pentadbiran UMNO dalam berdepan dengan isu-isu semasa selain kesepakatan dalam anggota kompenan BN menangani cabaran yang ada.

Antara wakil media yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah Associated Press, British Broadcasting Corporation (BBC), NHK News, Reuters, Bloomberg, Al-Jazeera serta diplomat dari kedutaan Singapura, Jerman, Canada, Australia dan Amerika Syarikat. – MediaUMNO

Gesaan Lantik Hakim Wanita Peringkat Rayuan

Posted: 12 Oct 2012 03:53 AM PDT

PUTRAJAYA, 12 Okt –  Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada Jumaat disaran supaya melantik hakim wanita di peringkat Mahkamah Rayuan bagi memberi peluang kepada golongan itu membuat keputusan di peringkat dasar yang lebih tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah (BSK) Datuk Kamilia Ibrahim berkata ruang yang seimbang perlu diberikan kepada wanita untuk mengisi jawatan penting dalam mengemudi kehakiman syariah.

“Tidak timbul tanggapan bahawa hakim wanita akan lebih emosional ataupun hanya menyebelahi kaum wanita ketika mengendalikan sesuatu kes,” katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Ini kerana seseorang hakim itu terikat dengan hukum syarak, undang-undang, keterangan serta pembuktian sebelum mengeluarkan keputusan, katanya.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan sepuluh hakim daripada Sudan termasuk tiga Hakim wanita Mahkamah Rayuan Syariah.

Kamalia berkata banyak kes di Mahkamah Syariah juga melibatkan kes kekeluargaan, oleh itu dirasakan lebih wajar perspektif golongan wanita di peringkat rayuan.

“Ramai wanita kini mempunyai kelayakan syariah yang tinggi, berpengalaman luas serta berkemahiran yang membolehkan mereka memikul tanggungjawab itu,” katanya.

Mengambil contoh pelantikan lima orang wanita sebagai hakim di Mahkamah Rendah di seluruh negara sejak 2010, setakat ini tiada rugutan diterima yang mempertikai kewibawaan hakim-halim itu mengendalikan kes.

Di Mahkamah Sivil pelantikan hakim telah lama dibuat, sehingga kini terdapat dua hakim wanita di peringkat Mahkamah Persekutuan, empat di Mahkamah Rayuan dan 30 di Mahkamah Tinggi.

PAS Members Can Evaluate Shahnon’s Statement – Abdullah

Posted: 12 Oct 2012 03:39 AM PDT

KEPALA BATAS, Oct 12  - The people, especially PAS members have been urged to evaluate the statement by national laureate Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad who questioned the party’s political struggle.

Former prime minister Tun Abdullah Ahmad said here today, the statement by Shahnon followed his frustration with PAS which has strayed from the party ‘s original struggle.

“Everyone present saw and heard what he (Shahnon) said and the people especially PAS members must think about it,” he told reporters after “Jom P Bantu” walkabout programme organised by Penang Regional Development Authority (Perda).

Abdullah was commenting on the statement by Shahnon that the PAS political struggle no longer meet Islamic requirements after the party cooperated with the DAP.

Shahnon said PAS action to follow the DAP is against Islamic requirements because PAS should take the lead in championing Islam.

Krisis Air Di Selangor : Pembangkang Tiada Visi Masa Depan Untuk Rakyat

Posted: 12 Oct 2012 03:33 AM PDT

Banyak bukti sebenarnya yang menunjukkan parti-parti pembangkang di negara kita ini diterajui oleh para pemimpin politik yang tidak jelas visi perjuangan untuk rakyat sebaliknya lebih serasi dan memenuhi kriteria sebagai pembangkang setaraf longkang.

Sama ada pemimpin tersebut datangnya dari DAP, PAS, PKR atau lain-lain, kesemua mereka tetap berkongsi satu ciri yang sama – gemar membangkang semata-mata hanya kerana mereka adalah pembangkang.

Pembinaan kilang Lynas di Kuantan Pahang, projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) di Selangor dan pembangunan Kompleks Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor adalah antara isu pembangunan dan projek ekonomi yang pernah dan sedang dibantah oleh pemimpin parti pembangkang.

Perihal LANGAT 2 dan krisis air yang dijangkakan berlaku di Selangor pada 2014 nanti, Menteri Besar Selangor dan exconya hingga kini masih berkeras menghalang projek tersebut, kononnya ia tidak penting.

Hal ehwal kehidupan rakyat, air terawat yang menjadi nadi aktiviti ekonomi negeri mereka kata tak penting dan boleh ditangguhkan.

Untuk justifikasikan keterlanjuran mereka menghalang projek tersebut maka ditambah pula dakwaan kononnya jika Langat 2 diteruskan tarif air akan naik sehingga 70 peratus.

Konon nak tunjuk mereka begitu cakna dan serius mengambil tahu jerit perih kehidupan rakyat marhaen. Poodah.

Hakikatnya, isu kenaikan tarif air langsung tiada kaitan dengan pembinaan dengan Langat 2 malah tiada sangkut paut langsung dengan pembinaan terowong PPAMPS yang menghubungkan Pahang dan Selangor.

Sebarang kenaikan tarif air hanya akan berlaku bila ada persetujuan bersama dari kerajaan negeri dan SYABAS. Dengan kata lain, tarif air akan kekal dan tidak akan naik sekiranya kerajaan PKR Selangor membantah perubahan tarif.

Kenapa mereka tak ceritakan sebenarnya, perihal agenda tersembunyi mereka untuk menekan Kerajaan Pusat supaya menyerahkan sebahagian projek dari Langat 2 dan PPAMPS kepada kerajaan negeri yang nilai kontraknya mencecah RM4.6 bilion?

Tentu sahaja jika mereka mendedahkan agenda sebenar mereka mahu mengaut keuntungan dari sebahagian projek serta tender pembinaan Langat 2 dan PPAMPS untuk kepentingan para kroni, pastinya rakyat mengamuk sakan.

Cara lain yang difikirkan effektif, barangkali dengan menghalang dan tangguhkan kelulusan projek Langat 2 dan PPAMPS, supaya krisis air benar-benar berlaku dan peluang terbuka luas untuk menekan Kerajaan Pusat dalam rundingan selanjutnya, bukan begitu?

Hak kehidupan rakyat dipertaruhkan untuk kepentingan kroni dan politik mereka. Malang betul rakyat Selangor tersilap memilih mereka.

Tika ini, kapasiti maksimum pemprosesan air terawat di semua 34 loji rawatan air ialah 4,326 juta liter sehari, sekarang penggunaan harian sudah mencecah 4,142 juta liter sehari, rizab air terawat hanya tinggal beberapa peratus sahaja lagi.

Soalnya berapa lama ia mampu bertahan? Kalau setakat Khalid cuma mampu memberi idea menggunakan air lombong sebagai sumber air alternatif, berapa banyak lombong yang selamat diguna semula sebagai air minuman?

Tahukan pemimpin PKR, PAS dan DAP Selangor risiko kesan buruk sampingan terhadap ekonomi hasil dari keputusan kerajaan PKR Selangor yang sengaja menghalang projek Langat 2 & PPAMPS ini?

Tanpa air terawat yang mencukupi dan tanpa jaminan krisis air takkan berlaku, pelabur baru dan pelabur sedia ada tidak mungkin sanggup mempertaruhkan risiko operasi kilang mereka mengalami gangguan atau tergendala sebagaimana pernah berlaku di Kulim Hitech, Kedah.

Secara tersurat dan tersiratnya, projek Langat 2 & PPAMPS ini juga sebenarnya adalah jaminan penting untuk perkembangan ekonomi Selangor khasnya dan Malaysia amnya.

Kecualilah, sememangnya pemimpin PKR, PAS dan DAP sudah lama menyedarinya tapi sengaja mahu mahu melengahkan projek ini supaya bila kesan buruk pada ekonomi negeri berlaku, impaknya juga turut menyebabkan ekonomi negara terganggu. Mungkinkah begini sebenarnya motif mereka?

Apapun, melihat pada sikap bangkang dan bangkang dari longkang yang kerap diamalkan oleh oleh para pemimpin pembangkang negara ini, jelas membuktikan mereka tiada visi masa depan.

Akal fikiran mereka terlampau statitk, buntu dan tepu, tak terjangkau untuk memikirkan segala kepentingan bermanfaat yang terselindung disebalik setiap perancangan dan pembangunan oleh Kerajaan Pusat.

Sanggupkah kalian mempertaruhkan masa depan sendiri, keluarga dan negara dengan menyerahkan tampuk pemerintahan tanahair ini pada golongan pembangkang yang bangang serta tiada visi masa depan?

mykmu.net

Joke Of The Year : Kes Kapal Selam Dibicara Tanpa Ada Kes

Posted: 12 Oct 2012 03:23 AM PDT

Hari ini, SUARAM 'ditampar' lagi dengan berita penolakan mahkamah Perancis terhadap permohonan mereka untuk menjadi plaintif bagi dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam scorpene.

Seperti yang diketahui, SUARAM, iaitu pertubuhan yang diterajui pemimpin-pemimpin pembangkang serta didalangi oleh Yahudi dan penyangak matawang telah membuat aduan kepada mahkamah Perancis bahawa terdapat unsur-unsur rasuah yang jelas dalam pembelian kapal selam scorpene.

Dan mengikut undang-undang negara tersebut, semua aduan perlu diterima dan disiasat sewajarnya oleh hakim penyiasat.  Sekiranya aduan tersebut didapati berasas, maka kes tersebut mungkin dibawa ke mahkamah.

Dan hari ini, terdedah sudah bahawa mahkamah Perancis telah menolak permohonan SUARAM sejak dari awal lagi iaitu pada 13 Mac 2012.  Ini bermakna, setelah membuat pertimbangan atas permohonan SUARAM, mahkamah mendapati bahawa aduan tersebut adalah tidak berasas dan tidak wajar untuk dilayan.

SUARAM bagaimanapun, memfailkan semula aduan yang sama di mana jawapannya masih belum diterima sehingga kini.  Dalam ertikata lain, aduan ditolak dan tiada kes yang difailkan.

Justeru, dari mana datangnya kisah mengenai perbicaraan?  Sepina?  Saksi dan dokumen bukti?  Dari imaginasi Anwar?  Atau dari imaginasi Soros?

Malah, akhbar Suara Keadilan 9 Oktober 2012 masih lagi memomokkan rakyat dengan menyiarkan senarai tujuh saksi, termasuk Perdana Menteri dan kononnya sepina telah diterima oleh salah seorang saksi.

Kadangkala kita hairan, sejauh manakah lagi SUARAM ingin memperbodohkan rakyat?   Bukankah tindakan mereka meneruskan penipuan yang telah terdedah berkali-kali, menunjukkan bahawa merekalah sebenarnya yang bodoh?

Jelas sekali di sini bahawa pihak Yahudi yang menjadi dalang di belakang SUARAM benar-benar memandang rendah terhadap intelektualiti rakyat Malaysia.  Sangka mereka, kita semua boleh ditipu hidup-hidup hanya kerana ada segelintir yang berjaya diperdaya mereka.

Atas perancangan Yahudi, SUARAM telah melakukan penipuan secara besar-besaran yang mana ia bukan sahaja membabitkan mahkamah dan juga kerajaan kepada dua buah negara tetapi juga wang yang bukan sedikit.

Atas perancangan Yahudi, SUARAM telah melakukan penipuan secara besar-besaran yang mana ia bukan sahaja membabitkan mahkamah dan juga kerajaan kepada dua buah negara tetapi juga wang yang bukan sedikit.

Bayangkan, berapakah upah peguam-peguam tersohor luar negara yang mana salah seorangnya adalah juga peguam kepada George Soros sendiri.  Mereka ini semuanya meletakkan bayaran mengikut jam dan bukannya mengikut kes.

Ini belum termasuk kos sampingan seperti penginapan, pengangkutan bagi peguam-peguam terbabit dan juga pegawai-pegawai SUARAM untuk berulang-alik antara Perancis-Malaysia dan juga Thailand dan kini Singapura dan entah ke mana lagi yang dipilih oleh SUARAM untuk membuat sidang media atau kenyataan mengenai kes yang tiada kes ini.

Kita sedia maklum bahawa SUARAM menerima dana secara langsung dua dari rangkaian operasi pertukaran rejim di bawah pihak yang pada hakikatnya sedang menguasai dunia.

Oleh itu, kos yang tinggi bagi mencipta dan meneruskan satu penipuan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan oleh SUARAM dengan pihak ini sebagai dalang.  Atau, secara dasarnya, bolehlah dikatakan bahawa SUARAM mempunyai dana yang tiada hadnya.

Dan ini membawa kepada satu lagi persoalan iaitu dengan dana yang sebegitu banyak, kenapakah SUARAM perlu menganjurkan program-program untuk mengumpul dana dari rakyat Malaysia untuk menampung penipuan mereka?

Perkara ini boleh dirujuk sendiri di laman rasmi pertubuhan itu, di mana mereka telah beberapa kali menganjurkan makan malam mengumpul dana kononnya untuk digunakan bagi 'mendapatkan keadilan dalam kes scorpene'.

Memandangkan kes scorpene sebenarnya tidak wujud, maka ke manakah semua dana tersebut dibelanjakan?  Atau ke poket siapakah ianya disimpan?

Mana-mana rakyat yang terpedaya menyumbang wang kepada SUARAM untuk menampung kos kes yang tiada kes ini, wajar tampil ke hadapan untuk menuntut kembali wang mereka.

Cukup-cukuplah minda anda terpedaya dengan penipuan SUARAM tetapi janganlah sampai terpaksa membayar pula untuk menampung kos penipuan itu.  Kalaupun begitu benci dengan kerajaan, janganlah sampai memperbodohkan diri sendiri.

DRs Haroun Helmy

Peranan Pas Dalam Pakatan Sekadar “Tukang Cuci Terhormat”

Posted: 12 Oct 2012 02:32 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 Okt – Pas hari ini dilihat sekadar  menjadi 'tukang cuci terhormat' terhadap apa jua kekotoran yang dilakukan rakan pakatan mereka terutama Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris berkata keadan itu boleh dilihat serta dinilai oleh seluruh rakyat hari ini dan jika diteliti serta diperhalusi gelaran tersebut sememangnya ada asasnya.

Sambil menyatakan simpati terhadap situasi berkenaan, beliau seterusnya menambah sudah tiba masanya mereka berfikir dengan sedalam-dalamnya apa yang berlaku itu demi masa depan parti berkenaan.

"Saban waktu ada sahaja isu dan dakwaan yang melibatkan tokoh pembangkang dan seperti biasa pimpinan Pas akan terus bertungkus lumus untuk menjawab atau memainkan peranan seperti di atas dalam usaha menutup  kekotoran yang dilakukan rakan pakatan mereka.

"Kita tidak tahu sampai bila Pas boleh bertahan untuk terus menjadi rakan pakatan yang peranannya hanya sebagai tukang cuci dari isu wakil rakyat bogel, sokong Israel, skandal jamban, liwat dan macam-macam lagi," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Ustaz Noor seterusnya percaya rata-rata penyokong Pas di akar umbi pun sudah melihat dan memperkatakan hal berkenaan sedangkan apa yang sepatutnya dilakukan adalah mempertahankan prinisp perjuangan.

"Kita percaya dan ini pun diperkatakan oleh masyarakat di luar Pas yang mana selagi parti itu  terus bersama pakatan pembangkang maka selagi itulah Pas akan menjadi tukang cuci kepada najis yang ditinggalkan pemimpin rakan pakatannya terutama PKR.

"Dah banyak kali saya sebut dan dah banyak kali saya sarankan dan bukanlah niat untuk mengajar mereka tetapi melihatkan situasi semasa hari ini, sewajarnya rakan-rakan saya yang masih setia bersama Pas, eloklah bermuhasabah sementara masih berkesempatan," katanya.  -MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...