Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Perempuan Cantik yang Berbahaya!!

Posted: 12 Oct 2012 08:16 AM PDT

Seringkali kita dengar penjahat biasanya sinonim dengan nama LELAKI. Namun Kali ini Keris senaraikan 5 orang wanita cantik (Mengikut selera masing-masing) yang pernah menggegarkan dunia dengan kesalahan yang telah mereka lakukan.

1. Tao Jing (Sindiket Dadah)


Gadis yang berumur 20 tahun berasal daripada Yunnan, China. Suatu ketika dahulu menjadi pesalah hukuman mati termuda mengikut sejarah pengadilan di China. Dia yang telah ditangkap pada tahun 1991, sedang membawa dadah dalam beg plastik dengan satu jumlah yang besar. Katanya dia ditipu dan menjadi keldai dadah, mangsa kepada teman lelakinya.

Namun setelah dibicara di mahkamah, terbukti bahawa dia sebenarnya adalah sebahagian daripada sindiket penyeludupan ubat-ubat terlarang terbesar di China.

Cara dia mati dihukum adalah dengan mati ditembak. Lokasi dimana dia dotembak telah dirahsiakan. Kejam siot cara mati.

2. Patricia Campbell Hearst Shaw (Perompak Bank)


Gadis ini adalah adik kepada penerbit terkenal zaman 70-an. Dikenali dengan nama Patricia Hearst dan berasal daripada Amerika Syarikat. Aneh juga bagaimana dia boleh menjadi seorang perompak bank. Cerita pasal dia ini agak pelik.

Gadis cantik ini telah mengaku kepada pihak polis bahawa dia telah diculik oleh satu kumpulan pengganas rahsia yang bernama 'Tentera Pembebasan Amerika' ketika sedang melepak di rumahnya di California. Difahamkan dirinya telah mengalami proses 'Brain Wash' oleh kumpulan tersebut supaya terlibat untuk merompak bank bagi pembiayaan kumpulan tersebut.Selepas dua bulan dia diculik, dia telah didapati telah merompak dua buah bank di San Francisco bersama kumpulan pengganas tersebut menggunakan Machine Gun.

Dia kemudiannya ditangkap bersama kumpulan tersebut. Dia telah dipenjarakan selama tujug tahun sebelum dibebaskan kerana dianggap menjadi korban kepada konspirasi Bill Clinton pada tahun 1990.

Pelik~~~

3. Bandit Barbie (Perompak Bank)


Dua sahabat baik iaitu Heather Johnston dan Ashley Miller yang berasal daripada Achworth, Georgia, Amerika. Mereka telah digelar sebagai Bandit Barbie kerana kecantikan mereka dan berwajah seakan-akan patung barbie.

Kali pertama mereka berkenalan adalah ketika sama-sama bekerja sebagai penari bogel. Kerana sangat dahagakan wang yang banyak dalam masa yang singkat, mereka telah merancnag untuk membuat satu rompakan bank. Mereka juga bekerjasama dengan seorang pekerja bank bagi merealisasikan rancangan mereka.

Mereka berjaya merompak bank tersebut sebelum pihak polis berjaya menahan ketiga-tiga mereka beberapa hari selepas rompakan berlaku. Pada 2007, Miller telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun dan Johnston dijatuhkan hukuman 'trial' selama 10 bulan.

Gila betul!

4. Monique Awoki (Ketua Geng Berambut Perang Brazil)


Dia adalah ketua dan yang paling samseng kalau nak dibandingkan daripada senarai ini. Monique Awoki yang berasal daripada Brazil, merupakan dalang bagi rompakan kepada pemain-pemain bolasepak yang kaya.

Selain itu dia bersama 5 orang gadis yang lain terkenal kerana menculik wanita-wanita kaya yang sedang berbelanja di Shopping Mall sebelum merompak mereka. Adalah dalam RM270 000 yang berjaya mereka rompak.

Kebanyakan ahli 'Gang of Blondes' ini adalah mereka yang cantik, bergaya malah berkelulusan tinggi.

Awoki akhirnya tumpas di tangan polis ketika hendak ke luar negeri daripada Sao Paolo. Dia mengaku mengetuai geng tersebut sejak tahun 2008 dengan bantuan suaminya.

Apa jadi pada dia tak tau la.

5. Bonnie Elizabeth Parker (Perompak Bank dan Pembunuh Bersiri)


Namanya selalu dapat kita baca dalam novel, komik, siri televisyen serta filem. Pasti ramai yang tahu tentang cerita dan lagu 'Bonnie and Clyde'. Kalau sesiapa yang baca komik One Piece juga akan perasan persamaan gadis ini dengan watak Jewelry Bonnie.

Dia dan kekasihnya, Clyde Barrow telah merompak puluhan bank di serata Amerika Syarikat ketika kejatuhan ekonomi berlaku pada tahun 1931-1934. Ketika itu ekonomi di Amerika sangat teruk sehinggakan tiada pekerjaan menjadikan ramai memilih untuk mencari wang secara haram.

Pasangan ini yang dibantu oleh enam orang ahli mereka memulakan rompakan dengan merompak kedai-kedai kecil sebelum merompak bank. Nampak sahaja lembut dan cantik, dia tidak pernah segan silu membunuh. Tercatat sebanyak sembila orang polis dan belasan orang biasa ditembaknya apabila mereka merompak.

Kisah Bonnie dan kekasihnya berakhir pada tahun 1934 di kawasan Lousiana. Pihak polis telah menembak mati kedua-duanya.

Nota : Ini pengajaran buat semua dan hanyalah pengetahuan am. Zaman sekarang ada juga gadis cantik yang merompak orang kaya cuma pendekatan mereka berbeza. Mereka kikis sampai lebam. Tapi tak semua ya!

Cerita pasal perempuan cantik tapi jahat ni Mc ambil dari Blogger Playboy Keris7Lok

PANASS!! Alkisah SUK Kedah Di Katakan Barua UMNO!! #TukarKedah #PasBodoh!

Posted: 12 Oct 2012 05:39 AM PDT


Demi kuasa regim Zionis Pas Kedah beraksi bodoh lagi, kali ini pihak regim dalam usaha terakhir mereka mempertahankan kuasa pemerintah kukubesi. Mereka bertindak untuk menyerang dan mengenakan KCS (Kedah Civil Service atau Perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri Kedah).

Dalam satu mesyuarat yang diadakan disebuah markas besar Pas di Kedah, pihak regim zionis Pas telah bersetuju dengan pelan strategi baru iaitu untuk menyingkirkan mana mana KCS yang tidak sehaluan dengan pendirian politik Pas.

Caranya adalah dengan bertindak menyerang dan memberi tekanan melampau kepada mana mana KCS yang tidak menyokong regim zionis pas. Terbaru, SUK Negeri Kedah Datuk Paduka Rasli b. Basir diserang dan dihina sebagai barua UMNO di dalam blog blog pro pas di Kedah hanya kerana SUK telah menandatangani surat pertukaran Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu iaitu Ahmad Fisol.

Ahmad Fisol merupakan ahli totok Pas perut hijau. YDMDKP itu jelas secara terbuka telah menggunakan MDPT untuk tujuan politik regim zionis Pas dengan menganjurkan program yang sangat bersifat kepolitikkan regim zionis.

Lebih malang lagi, akibat keghairahan berpolitik, prestasi kerja Ahmad Fisol tersangatlah teruk hingga menjadi perbualan rakyat Kubang Pasu. Kemudian Ahmad Fisol ditukarkan ke Kuala Muda namun pihak regim zionis pas Kubang Pasu telah bertindak menghalang pertukaran Ahmad Fisol itu kerana bimbang Pas Kubang Pasu tidak lagi boleh membuat program program kepartian dengan menggunakan segala kemudahan prasarana awam Kerajaan Negeri Kedah.

Tepat tindakan SUK untuk menukar Ahmad Fisol, kerana sebagai kakitangan kerajaan negeri tidak seharusnya Ahmad Fisol mengunakan segala kelengkapan untuk kepentingan parti. Tindakan Pas Kubang Pasu menghentam SUK Kedah kononnya menganggap sebagai barua UMNO sebenarnya kelihatan sangat bodoh dan bahalol.

Ini sebenarnya mendedahkan kepincangan dalam pentadbiran Negeri Kedah yang sebelum ini belum pernah terjadi. Untuk makluman semua, serangan ke atas SUK Kedah ini adalah lanjutan daripada peperangan dalaman di antara kumpulan Exco Durhaka Phahrolrazi dengan kumpulan MB Lena Azizan Razak..


Thanks bro AKTIVIS UMNO PEKAN NAKA

P/s: Esok geng TMK akan mendedahkan, siapa yang suka melancong ke luar negara untuk habiskan duit rakyat!! SUK atau Kakitangan Kerajaan Kedah yang Pas lantik?

he he.. sama-sama la kita tunggu!!

PANASS!! Surat Terbuka Untuk Umat Islam Malaysia dan Dr Asri!!

Posted: 12 Oct 2012 02:17 AM PDT


 Email ni Mc dapat dari seorang sahabat, sesuai untuk tatapan umat Islam di Malaysia. Malah individu ini tujukan khas kepada Dr Asri, seorang Ummarak di Malaysia.

SURAT TERBUKA UNTUK KAUM MUSLIMIN DAN BEKAS MUFTI PERLIS DATUK ARIF PERKASA DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN


Beberapa perkembangan mutakhir yang berlaku dalam negara amat membimbangkan saya. Saya seorang India yang telah memeluk Islam. Alhamdulillah, saya menerima hidayah memeluk Islam ketika menuntut di universiti.

Saya dilahirkan dalam agama Kristikan Katolik dan sehingga kini kedua ibu bapa saya masih beragama Kristian. Saya memeluk Islam sejak 15 tahun yang lalu. Ia merupakan sebuah perjalanan hidup yang paling indah dalam hidup saya.

Setiap hari saya mendalami ilmu agama Islam dan berusaha sedaya-upaya untuk mengamalkan semua ajaran Islam, di samping berusaha menyebarkan dakwah kepada rakan-rakan non-Muslim.

Pengaruh paling utama mempengaruhi saya memeluk Islam ialah buku-buku yang ditulis oleh Syeikh Ahmad Deedat. Beliau memiliki pengetahuan yang mendalam dalam bidang perbandingan agama, bahkan sering dijadikan rujukan utama seluruh dunia untuk mendakwahkan Islam kepada penganut agama Kristian.

Saya berasa amat bersyukur kepada Allah dan bertuah kerana berada di sebuah negara Islam Malaysia, dengan itu saya dapat beramal dengan ajaran Islam secara bebas. Sehingga kini saya masih lagi belajar mengenali al-Qur'an dan Sunnah melalui beberapa ilmuan seperti Ustaz Hussein Yee dan Ustaz Farid Ravi.

Syeikh Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik pula merupakan inspirasi buat saya. Saya amat meminati dan mengagumi usaha mereka bedua mempromosikan Islam ke seluruh dunia. Justeru, apabila mendapat berita bahawa Dr Zakir Naik akan datang ke Malaysia, saya berasa amat teruja dan telah membawa seluruh ahli keluarga menghadiri syarahan beliau.


Namun apa yang mengelirukan saya ialah apabila seorang ilmuan yang juga bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis menulis dalam twitternya bahawa Ulama' Muda dari sebuah parti politik mendakwa akidah Dr Zakir Naik sebagai sesat. Twitter beliau berbunyi," Buruk sungguh bila 'ulama' muda' parti politik mndakwa akidah Dr Zakir Naik dan Ahmad Deedat pun x betul".

Ketika itu saya berasa sangat marah. Mungkinkah seseorang yang menyerahkan seluruh hidup dan usahanya (tentunya dengan izin Allah), mengIslamkan beribu orang, kemudian dituduh dengan tuduhan sedemikan rupa? Sehinggakan sahabat saya Lim Jooi Soon menulis respon balas menyatakan rasa marah dan kecewa terhadap kenyataan Ulama' Muda. Brother Firdaus Wong juga meluahkan kekecewaannya terhadap ustaz dari UMNO itu di dalam blognya.

Namun selepas itu baharu saya perasan bahawa akhir-akhir ini bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis itu sering memberikan komen negatif terhadap Ulama' Muda. Baik melalui blog, twitter mahupuan ruangan akhbar. Saya mula terfikir adakah ini merupakan konflik peribadi?

Al-Qur'an menjelaskan bahawa setiap berita yang diterima harus disemak dan disiasat, agar keadilan ditegakkan dan tiada pihak yang dizalimi.

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah (kebenarannya) dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu". (Al-Hujurat: 6)

Kemudian saya mengambil keputusan untuk mendapatkan kepastian. Saya menelefon ustaz muda UMNO yang dimaksudkan. Saya juga bersiap sedia untuk membidas beliau sekiranya beliau mengaku merendah-rendahkan Syeikh Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik. Namuan yang mengejutkan saya ialah, beliau menafikan pernah meragui akidah kedua tokoh tersebut. Bahkan beliau memuji keduanya.

Ustaz tersebut juga menceritakan bahawa beliau telah menjelaskan isu tersebut kepada Ustaz Hussein Yee. Akhirnya Ustaz Hussein Yee tahu bahawa isu ini hanyalah tuduhan tidak berasas (fitnah) yang dilemparkan oleh pihak yang tidak berpuas-hati. Perbualan saya dengan ustaz tersebut berakhir dengan beberapa nasihat berharga dari hadis Nabi SAW.

Oleh yang demikian itu saya menyeru sahabat-sahabat sekelian untuk berlaku adil dalam menyampaikan berita dan komen. Serta menyemak kesahihan sesuatu berita sebelum ia disebarkan.

Setiap klik di twitter, facebook dan blog akan dibaca dan dikongsi oleh jutaan pembaca. Jika disalahgunakan ia akan menyebabkan fitnah tersebar dan mengakibatkan perpecahan.

Adalah lebih baik ia digunakan untuk menyebarkan kebenaran ajaran Islam kepada non-Muslim di luar sana. Dunia Islam sudah punya banyak musuh yang selalu menebar fitnah dan kekeliruan terhadap ajaran Islam seperti filem keji "Innocence of Muslim."

Tolong jangan bantu musuh Islam dengan menyebabkan lebih banyak perpecahan dalaman sesame kita kerana natijahnya amat merugikan kita.

Seperti kata pepatah, "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh." Saya bukanlah sesiapa, Sekadar mualaf berbanding dengan orang ternama seperti bekas mufti. Namun ini sekadar nasihat dari serorang hamba Allah yang rendah hati buat diri saya sendiri dan kaum Muslimin.


Mohd Hisyam Shymalan Abdullah

HOT!! Air Empangan Selangor Makin Kering, Khalid Gagap Gigit Jari?

Posted: 11 Oct 2012 11:36 PM PDT


Adakah rakyat Selangor sedar, air di empangan dan sungai utama Selangor sudah masuk tahap membimbangkan? Dalam erti kata sebenar, sudah hampir kering ke tahap 50 peratus dari paras asal.

Jika dulu MB Selangor si Khalid Gagap, para exco dan NGO pro Pakatan, berlumba-lumba ke empangan untuk menangkap gambar, bagi menunjukkan keadaan air empangan yang melimpah ruah, tetapi kini, adakah berani mereka berbuat begitu lagi?

Kalau ada yang berani pun, cuma si Khalid Gagap dan Xavier saja yang bersuara mengenai keadaan empangan Selangor yang hampir kering. Malah mereka berdua turut memberi jalan penyelesaian kononnya mahu melakukan pembenihan hujan jika air empangan terus kering.

Pembenihan hujan itu bagus, namun ia bukan jalan penyelesaian yang terbaik. Mungkin ia dapat menyelesaikan masalah air dalam waktu yang singkat, akan tetapi kalau dikira dalam jangka masa panjang, sampai bila kita nak guna cara itu untuk tambahkan air dalam empangan?

Lagi satu perkara yang perlu kita ingat, pembenihan hujan, jumlah kuantiti hujan yang turun, tak banyak.

Malah ia tak dapat membantu pun memenuhi empangan yang kering tu. Kalaulah itu cara penyelesaian terbaik yang MB Selangor kemukakan, memang agak sedih la, Selangor mempunyai MB yang tak pandai berfikir dengan waras.

Mungkin MB Selangor harap, air hujan turun secara semulajadi, membantu memenuhi empangan dan sungai yang hampir kering tu. Mc tak nafikan, air adalah sumber semulajadi yang turun dari langit menjadi hujan. Namun sebagai manusia, kita mampu mengawal keadaan dengan mengkaji purata hujan setahun
dan membuat persediaan rapi bagi menghadapi segala ancaman krisis air yang mendatang.

Diatas kajian terperincilah, Loji Langat 2 dicadangkan menjadi penyelesaian masalah air di Selangor. Namun hingga sekarang, ianya masih tidak dapat dilaksanakan, kerana tidak di sokong oleh kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan negeri Selangor pula tak sudah-sudah, sibuk dengan penstrukturan air dan masalah pembelian syarikat konsesi. Patutnya Kerajaan Negeri lebih fokus kepada empangan, tempat simpanan air, saluran air, sumber sungai dan jumlah kegunaan harian air penguna di Selangor. Namun lain pulak yang di fokusnya.

Jika sekarang tahun 2012 pun, empangan dan sumber air sungai di Selangor seolah-olah tidak mampu menampung jumlah pengunaan air di Selangor. Bagaimana kita harap, semua ini mampu menampung keperluan air penguna di Selangor pada tahun-tahun yang akan datang?

Cuba kita fikir secara logik, Selangor sebuah negeri maju, setiap bandar di Selangor berkembang pesat. Malah jumlah penduduk di Selangor setiap tahun bertambah dengan cepat. Apakah bekalan simpanan air sekarang dapat menampung jumlah permintaan penguna air di Selangor kelak? Itu baru dikira jumlah penduduk. Tidak kira faktor yang lain lagi.

Masalahnya, air bukan hanya digunakan untuk keperluan manusia sahaja. Ia juga digunakan untuk pembangunan, pertanian, perlombongan, perkilangan dan lain-lain lagi. Apakah dengan infrastruktur simpanan air Selangor sekarang, dapat membekalkan jumlah yang cukup pada tahun-tahun yang mendatang?

Apakah Khalid Gagap sebagai MB Selangor tidak fikir akan semua ini? Khalid ohh Khalid, jika anda sudah tidak mampu untuk menyelesaikan masalah air di Selangor, sila serahkan tanggung jawab ini kepada Kerajaan Pusat. Mc percaya, TPM dan menteri yang berkaitan akan sudi menolong Kerajaan Negeri Selangor yang dilihat amat bermasalah untuk menyelesaikan masalah air.

Mc harap, dengan kebijaksanaan TPM, Muhyiddin Yassin yang amat mengambil berat tentang masalah air di Selangor. Beliau dapat turun padang untuk melihat sendiri, masalah sebenar, apa yang berlaku di empangan dan kenapa Loji Langat 2 sangat-sangat perlu dilaksanakan, walaupun tanpa sokongan Kerajaan Negeri.

Andaikata Kerajaan Pakatan Selangor tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat, biar Kerajaan BN pula yang turun membantu bagi memperlihatkan kepada rakyat, siapa sebenarnya yang pandai buat kerja, dan siapa pula yang hanya tahu bercakap saja!!


McTheory:
Bila la si Khalid ni nak berfikiran waras?

BANGANG!! Tian Chua Celaka Kurang Ajar Dengan Ayahanda Tun Dr Mahathir!

Posted: 11 Oct 2012 08:29 PM PDT


Bangang si Tian Chua ni. Sudah jelas lagi bersuloh memang Pakatan Haram ni proksi yahudi dan di taja oleh George Soros. Boleh pulak dia nafikan lagi. Siap boleh kata tak kenal pulak tu, apa punya bangang si gigi arnab ni.

Kalau tak kenal, kat bawah ni gambar siapa dengan Soros? Ingat rakyat Malaysia buta kot..

oit Tian Chua.. tu sapa tu..

Kata tak kenal, tu gambar kat atas tu Tian Chua dengan sapa tu? Pak Menakan dia ka? Woit bahalol, tu la Soros bangang!.. adehh..

Tun Dr Mahathir tak nyanyuk.. yang nyanyuk tu sebenarnya ko Tian Chua oiitt..!!  pembohong besar!! Sama macam Anwar Ibrahim juga.. jenis manusia pembohong tak boleh dipercayai langsung.


McTheory:
Kalau jenis puak penipu tu, memang kerja dia menipu saja la..

PANASS!! Lepas Phahrol, YB Demam Pula Nak Serang Azizan? #TukarKedah

Posted: 11 Oct 2012 05:37 PM PDT


Apa cerita ni YB Demam sampai nak mengamuk dekat Azizan ?? Alkisah dia macam ni, Mc dapat tau satu hari tu, yb demam berjumpa dengan penduduk Kuala Nerang dalam satu majlis dan berjanji akan bagi tanah serta geran dekat penduduk kampung..

Tunggu punya tungu tak ada apa apa berita jugak.. Lama kelamaan penduduk kampung yang dijanjikan geran tanah itu menuntut janji yb demam..

Mereka berang kerana ditipu oleh yb demam yang suka berjanji tapi tak pernah tunaikan..Akhirnya pekara ini sampai ke telinga MB..Tindakkan bodoh yb demam itu membuatkan Azizan berang kerana yb demam tidak merujuk kepada beliau dan Pejabat Tanah terlebih dahulu..

Hasil semakan di Pejabat Tanah, tanah yang dijanjikan oleh yb demam itu sebenarnya tanah milik orang lain..Akhirnya yb demam ini di sembur oleh penduduk kampung apabila mereka tahu cerita sebenar..

Akibat dengan tindakkan orang kampung keatas dirinya, yb demam kini tidak puas hati dengan Azizan yang memalukan dirinya kepada penduduk kampung..Desas desus juga mengatakan bahawa yb demam kini telah menjadi seangkatan dengan Phahrolrazi untuk menjatuhkan Azizan.

Medan Tempur
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...