UMNO Online - “Penetapan Gaji Minimum Pembangkang Akan Jejas Operasi PKS” plus 9 more |
- Penetapan Gaji Minimum Pembangkang Akan Jejas Operasi PKS
- Govt Development Agenda To Propel Langkawi Further As International Tourist Destination
- Perjanjian Rahsia DAP – Pas: Anwar Jadi PM Dua Tahun Sahaja
- Kenapa Saya Sokong AES….
- Hudud : Pas, PKR Jangan Pilih Bulu, Bersikap Asabiyyah
- Malaysia Bukan Pangkalan Rekrut Pengganas – Hishammuddin
- Pentaksiran Berasaskan Sekolah Akan Dilaksana Secara Adil – Wee
- Sudahlah Gagal Tunai Janji, Tak Perlulah Pembangkang Iri Hati Burukkan BN
- Sabah Cabinet Wants MAB To Resolve Problems Associated With KKIA
- Rakyat Perlu Hargai Pemimpin Yang Amanah Dan Tepati Janji – Najib
Penetapan Gaji Minimum Pembangkang Akan Jejas Operasi PKS Posted: 31 Oct 2012 05:17 AM PDT KUALA LUMPUR, 31 Okt – Syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berpendapat penetapan gaji minimum yang diumum pakatan pembangkang akan memberi impak langsung dan tidak langsung yang mungkin menjejaskan operasi syarikat. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Sagan berkata ini adalah reaksi PKS terhadap penetapan gaji minimum RM1,100 yang dijanjikan pembangkang dalam belanjawan alternatif mereka. “Secara umumnya, syarikat PKS berpendapat gaji minimum yang diumumkan oleh pembangkang akan memberi impak langsung dan tidak langsung yang mungkin akan menjejaskan operasi syarikat. “Ini termasuk dari segi peningkatan kos produksi dalam sektor pembuatan, pengurangan margin keuntungan dan pemberhentian pekerja,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat hari ini. Pada April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kadar gaji minimum bagi sektor swasta di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM900 sebulan (RM4.33 sejam) manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan (RM3.85 sejam). Sagan juga berkata pengumuman gaji minimum adalah satu daripada langkah penting dalam transformasi pasaran buruh bagi mempertingkat daya saing Negara dalam jangka panjang. “Bagi syarikat PKS, yang merupakan 97 peratus daripada jumlah pertubuhan di Malaysia, pelaksanaan gaji minimum harus dilaksanakan sejajar dengan peningkatan produktiviti. “Tanpa peningkatan ini, gaji minimum akan menjadi satu kos tambahan dalam menjalankan perniagaan,” katanya. Mengulas pelan untuk PKS, beliau berkata kerajaan meluluskan satu pelan induk PKS 2012-2020 pada tahun lepas bagi mewujudkan ekosistem untuk merangsang pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi. Katanya, pelan yang bersifat menyeluruh bagi PKS merentasi semua sector ekonomi, kawasan dan kumpulan sasar. Sagan juga berkata PKS akan memainkan peranan yang lebih penting sebagai pemacu kepada pertumbuhan ekonomi negara. “Ini adalah penting dalam menghasilkan lebih banyak jaguh tempatan yang dapat meningkatkan sumbangan PKS kepada ekonomi negara,” katanya. |
Govt Development Agenda To Propel Langkawi Further As International Tourist Destination Posted: 31 Oct 2012 04:28 AM PDT LANGKAWI, Oct 31 – Langkawi has never been sidelined in the Federal government’s development agenda and the island will definitely benefit from more projects to propel it further as an international tourist destination, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. “Each government development agenda definitely takes into account the welfare of the people, be it in the city, rural areas, islands or interiors. Langkawi is the backbone and pulse of the tourism sector,” he said while launching the Rebranding of Langkawi at the Langkawi Development Authority Complex, here today. The government has listed 14 aggressive but realistic initiatives through the 2011-2015 Langkawi Tourism Blueprint, aimed at drawing three million visitors to the island with a revenue of RM3.8 billion by 2015, he said. “But I understand that we have exceeded three million visitors this year itself. We’ve surpassed our target in 2012, what more in 2015,” he said. With this Blueprint, the government intends to turn Langkawi into an eco-tourism destination and among the top 10 island destinations in the world, said Najib. “The implementation of the Blueprint has had a positive effect on the local economy. Compared to the first half of 2011, before it was launched (on Dec 8 2011) there has been an increase of 11.9 percent in passenger traffic via the Langkawi International Airport. It is the highest percentage recorded since 2000,” he noted. This had also increased hotel occupancy rates by 8.7 percent compared to only three to four percent prior to the launch of the Blueprint, he added. “Physical projects proposed by the private sector have touched RM8.8 billion. The Blueprint is a catalyst to the economic and social development of Langkawi. And most important, the islanders are now enjoying the benefits directly and will do so in the long term as well through developments implemented by the government,” said Najib. The Prime Minister also advised the people to not just succeed as ‘express millionaires’ but to participate in the long term success of the island. He said Langkawi had built its own brand since long ago and this distinctive brand needed to be strengthened. “Rebranding Langkawi is crucial as it is always competing with other famous islands of the world. With a strong rebranding, Langkawi will be even more famous and attractive among the other islands,” he said. Langkawi’s new brand, ‘Naturally Langkawi’ aims to showcase the archipelago of islands as a natural and beautiful first choice of location for tourists, in line with making it one of the top 10 island destinations in the world by 2015.
Langkawi has distinctive and unique features such as a rock formation spanning 550 million years old; an archipelago of 99 islands which have been declared as the region’s first Geopark; rainforests; mangroves, beautiful beaches and its own legends and myths. Also present at the rebranding ceremony were, minister in Prime Minister’s Department, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Agriculture and Agro-based minister Datuk Seri Noh Omar, International Trade and Industry deputy minister Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Kedah Umno Liaison chairman Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah and LADA chief executive officer Tan Sri Khalid Ramli. |
Perjanjian Rahsia DAP – Pas: Anwar Jadi PM Dua Tahun Sahaja Posted: 31 Oct 2012 04:23 AM PDT Kata orang politik itu kotor. Kata-kata ini mungkin benar tetapi kurang tepat kerana yang kotor adalah orang-orang politik dan bukan politik. Namun, bagi Pakatan Rakyat, jangankan orang-orang politiknya kotor diselaputi berbagai skandal tetapi strategi politiknya juga kotor. Semua orang tahu bahawa antara PKR, DAP dan Pas tidak ada titik persamaan dan untuk mereka bergabung di dalam satu pakatan merupakan sesuatu yang pelik atau 'taboo'. Bagi ketiga-tiga mereka untuk bekerjasama dalam ertikata sebenar sebenarnya amatlah mustahil tetapi itulah yang mereka serlahkan kepada rakyat, iaitu kononnya mereka bekerjasama untuk memperjuangkan rakyat. Mengenali DAP yang diterajui Dinasti Lim, sifat kiasu semulajadi mereka tidak memungkinkan mereka menerima sesiapa sebagai pemimpin mengatasi kedudukan mereka. Begitu juga dengan Pas yang kononnya memperjuangkan kepimpinan Ulama dan Negara Islam, mana mungkin menerima orang lain di luar kelompok mereka sebagai Ketua. Tetapi, DAP dan Pas telah menerima Anwar Ibrahim sebagai ketua mereka dan sekali gus bakal Perdana Menteri atau lebih tepat Presiden, jika mengambilkira perjuangan PR untuk menubuhkan Republik. Tentunya, ini adalah pelik. Lebih pelik lagi jika kita melihat kepada sejarah hubungan Anwar dengan Pas dan DAP. Dalam tahun 1997, iaitu apabila kegemaran luar-tabiee dan salahlaku Anwar mula terhidu oleh orang luar, Mat Sabu mengambil langkah awal mendedahkannya di dalam wawancara dengan Majalah Tamadun. Mat Sabu jugalah yang merekacipta gelaran manja 'Aljuburi' untuk Anwar. Di dalam wawancara itu, Mat Sabu membelasah UMNO kerana mempunyai pemimpin yang begitu kotor sekali seperti Anwar Ibrahim. Dalam tahun yang sama, Karpal Singh telah mengambil langkah lebih jauh dengan membawa isu salahlaku dan luar-tabie Anwar ke parlimen. Bukti ini boleh didapati dengan mudah melalui rekod Hansard Parlimen. Karpal Singh mempersoalkan kerajaan kerana membiarkan manusia yang begitu kotor sekali menjadi pemimpin. Beliau juga mendedahkan yang DAP mempunyai bukti terhadap apa yang didakwa mereka itu. Apabila Anwar akhirnya dipecat kerana kesalahan yang terlebih dahulu dihidu Pas dan DAP tersebut, tidak semena-mena Karpal Singh telah bertindak membela Anwar habis-habisan. Tentu sekali, segala bukti yang dimiliki mengenai kesalahan Anwar seperti yang didakwanya disimpan baik-baik. Dan bukti ini pastinya masih ada di tangan Karpal dan DAP. Dengan pengetahuan dan bukti yang dimiliki oleh DAP dan Psd mengenai Anwar, tindakan mereka menerima Anwar sebagai ketua membuktikan yang mereka mempunyai agenda tersendiri atau berasingan dalam memastikan kekuasaan parti masing-masing sekiranya PR memerintah. Dari sumber-sumber dalaman yang diperolehi, dimaklumkan bahawa DAP dan Psd telah membuat perjanjian lisan di antara beberapa pemimpin tertinggi kedua-dua parti mengenai Anwar. Menurut sumber tersebut, kedua-dua parti bersetuju dalam keadaan terpaksa menerima Anwar kerana tiada calon lain yang boleh ditonjolkan sebagai 'orang tengah' yang berwibawa untuk mewakili sebuah pakatan yang bertentangan dalam prinsip perjuangan. Anwar yang mempunyai sejarah Islamik radikal dan kemudiannya berubah menjadi liberal dan plural adalah yang paling sesuai untuk duduk di tengah-tengah antara Islam ekstrem dan kafir harbi. Namun, kedua-dua Pas dan DAP juga tidak senang membiarkan Anwar terus menjadi ketua mereka. Justeru, mereka sepakat bahawa Anwar hanya akan memegang jawatan untuk seketika, sementara keadaan stabil dan rakyat mampu menerima cara pentadbiran PR. Dengan cara ini juga, Pas dan DAP boleh mengkambing-hitamkan Anwar sekiranya kerajaan PR dikecam dan diragui rakyat. Ini juga akan membantu menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar serta memudahkan mereka menendang Anwar keluar. Sebagai menyediakan alasan rasmi untuk menyingkirkan Anwar, mereka akan membangkitkan kembali semua isu skandal seks Anwar dengan mendedahkan bukti-bukti baru yang selama ini disimpan. Pada ketika ini juga, pemimpin DAP dan Pas akan memberi kenyataan bahawa mereka percaya yang video seks Anwar-Chinadoll adalah sahih. Sumber juga berkata bahawa dalam masa 2 tahun, paling lewat, Anwar akan disumbat kembali ke penjara oleh Pas dan DAP. Ini adalah perjanjian lisan yang dibuat antara Pas dan DAP. Namun, sama ada mereka mampu mempercayai sesama sendiri adalah cerita lain sama sekali. Ini kerana DAP mempunyai lebih persamaan dengan Anwar berdasarkan 4 perjuangan asas parti itu iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja, menghapuskan Rejimen Askar Melayu DiRaja, menghapuskan hak istimewa Melayu dan menjadikan Malaysia Negara Sekular. Sedangkan Pas pula ingin mengekalkan apa yang ada dan hanya menambah 'dos' agama iaitu melaksanakan hudud dan meningkatkan perlaksanaan undang-undang Islam dan cara hidup Islam yang bertentangan dengan DAP. DAP dan Pas kedua-duanya percaya yang mereka boleh mencapai segala matlamat mereka tanpa Anwar. Tetapi, mampukah mereka mencapai matlamat tersebut secara bersama? Salah satu parti akan terpaksa mengalah juga akhirnya dan kita sudah dapat menjangkakan bahawa yang akan kalah adalah Pas walaupun majoriti rakyat negara ini adalah Melayu. Ini kerana pemimpin Pas telah terbukti terlalu lemah dan tidak mampu melawan DAP. Lebih buruk lagi, apabila Pas sendiri sudah dikuasai Anwarinas yang prinsipnya lebih cenderung menyerupai DAP berbanding Pas. Kumpulan ini juga pasti akan menimbulkan masalah jika perjanjian lisan Pas-DAP dilaksanakan.
Justeru, apa yang kita lihat ialah negara bakal bergoyah apabila PR memerintah. Dengan Dinasti Lim menggenggam kuat takhta melaksanakan agenda DAP dengan licik dan pantas sementara Pas terkial-kial merebut takhta cuba menghalang mereka, manakala Anwar pula menggunakan sepenuhnya pengaruhnya di barat untuk menepis tendangan mereka. Perebutan dan pergolakan ini akan mempengaruhi penyokong masing-masing, lalu merebak membangkitkan kemarahan rakyat keseluruhan apabila negara semakin tidak terurus. Pada ketika itu, campurtangan asing dan sang kiasu DAP naik tocang lalu mencabar dan membangkitkan kemarahan umat Melayu adalah sesuatu yang pasti akan berlaku. Kesudahan nasib kita tidak perlulah penulis nukilkan di sini kerana penulis pasti anda semua dapat fikirkannya sendiri. isuhot.com |
Posted: 31 Oct 2012 04:01 AM PDT Negara kita adalah salah satu negara yang mempunyai rekod kemalangan jalanraya yang paling buruk dalam dunia. 20 orang mati setiap hari atau 7,000 nyawa melayang setiap tahun. Ramai dari mereka yang mati tersebut adalah anak-anak muda berumur dibawah 25 tahun yang mati menunggang motorsikal. Kematian mereka adalah kerugian besar kepada masa depan negara kita. Kajian oleh pakar menunjukkan kos sosial kemalangan di Malaysia ialah RM9 bilion seperti kos perubatan dan kehilangan pendapatan. Ini tidak termasuk penderitaan dan trauma keluarga yang kehilangan suami, isteri, bapa, emak dan anak. Apatah lagi kalau yang mati itu adalah punca menyara keluarga. Jika tidak ada kematian pun, kecacatan teruk juga akan membebankan keluarga tersebut. AES mula dibincangkan oleh kabinet sejak 2006 lagi. Ianya bukan keputusan tergesa-gesa. Melihat trend kemalangan jalanraya Malaysia yang semakin meningkat dan langkah-langkah pencegahan oleh pihak berkuasa tidkak efektif, maka kerajaan perlu mengambil langkah baru. 90 negara di dunia sistem AES dan sistem ini terbukti efektif. Sebenarnya, sejak 20 tahun yang lalu, kita sudah pun terdedah kepada sistem pengambilan gambar pesalah jalanraya oleh pihak berkuasa. Ingat saman ekor oleh polis trafik? AES bukannya perkara baru. Malah, AES lebih baik dari ops saman ekor kerana menguna teknologi yang tercanggih untuk merakamkan gambar yang lebih jelas supaya pengguna jalanraya yang disaman tidak teraniaya. Apabila saya membaca facebook dan twitter, saya dapati ramai yang kurang faham walaupun kerajaan telah menjelaskannya berkali-kali. Berikut adalah soalan lazim dalam facebook dan twitter. Untuk jawapan kepada soalan lazim yang lebih akademik dan ilmiah, sila layari laman JPJ ini (http://www.jpj.gov.my/aes-system) "Kenapa kerajaan tak buat sendiri?" Kerajaan boleh buat sendiri tetapi kos kapital AES ialah RM717 juta dengan kos operasi sebanyak RM300-RM400 juta setahun. Kenapa kerajaan perlu berbelanja sebanyak itu jika kerajaan boleh mendapatnya secara percuma? Lebih baik duit yang kerajaan jimatkan itu boleh digunakan untuk buat sekolah dan hospital. Begitu juga isu penyelanggaraan yang menjadi kerisauan kerajaan. Kalau kerajaan yang buat bermakna saban tahun, kerajaan terpaksa memperuntukan jumlah yang besar untuk menyelenggara sistem kamera dan komunikasi ini. Ingat sistem ITIS yang dikritik oleh Ketua Audit Negara? Kerajaan dikritik oleh Ketua Audit Negara kerana sistem ITIS tidak diselanggara dengan baik. Hakikatnya kerajaan sukar untuk menyelenggara sistem seperti AES ini kerana kekangan bajet, tanaga manusia dan kepakaran. Itu belum lagi isu vandalisma yang memeningkan kepala kerajaan dan pertambahan pekerja awam yang diperlukan untuk mengurus dan memantau sistem AES ini jika pihak kerajaan yang menguruskannya. Semua ini kos kepada rakyat. Kenapa rakyat yang majoritinya tidak melanggar undang-undang jalanraya terpaksa dihukum membayar sistem yang mendisiplinkan mereka yang melanggar undang-undang? Biarlah pihak swasta yang mencari dana dan menanggung risikonya. "Kenapa zon had laju 40km dan turun bukit pun kena ada AES? Tak adil! " Ada juga pihak yang mengkritik lokasi AES, seperti zon had laju 40km atau zon turun bukit, walaupun mereka tahu ianya ditentukan oleh Miros, Polis dan JPJ berdasarkan kajian dan statistik kemalangan di tempat-tempat "blackspot" itu. Jangan ingat had kelajuan 40km tidak boleh membunuh. Had laju dikuat kuasa di tempat tersebut berdasarkan kebarangkalian kemalangan jika memandu laju. Ada juga yang tanya kenapa letak AES di lokasi menuruni bukit kerana sudah tentu kereta akan bergerak laju menuruni bukit? Bukan kah itu menganiaya pemandu? Jawapannya senang. Bila kita memandu menuruni bukit, kita juga harus patuh kepada had kelajuan yang ditetapkan supaya kereta kita tidak tergelincir atau melanggar kereta lain. Tolong tekan brek dan jangan salahkan "graviti" untuk memandu laju! "Ini semua untuk kroni BN!" Alasan kononnya konsesi ini diberi kepada kroni juga adalah alasan tak munasabah. Sembilan syarikat membida, tujuh tampil membuat persembahan (presentation) dan dua yang dipilih berdasarkan syarat-syarat yang ketat.
Pada saya pulangan kepada pelaburan (IRR) yang diminta oleh syarikat-syarikat ini adalah adil iaitu pada kadar 17%. Risiko kepada syarikat juga besar. Jika semua pemandu kereta di Malaysia dengan tiba-tiba patuh kepada undang-undang jalan raya, syarikat-syarikat ini akan menanggung kerugian jutaan ringgit. Kalau kita marah sangat dengan syarikat-syarikat ini kerana kononnya menghisap darah rakyat, jom kita bangkrapkan mereka. Jom kita patuh pada undang-undang! "Habis, jika semua patuh undang-undang, macam mana syarikat itu nak hidup? Ini mesti ada muslihat nak menipu ni?" Sebenarnya mereka juga sudah buat kajian. Akan ada pemandu yang dikatakan "habitual offenders" atau "hard-core offenders" berjumlah 9%. Mereka ini tak akan berubah sikap walaupun Ketua Polis Negara sendiri datang kerumah mereka memberi nasihat kepada mereka untuk patuh undang-undang jalanraya. Peratusan ini juga ujud di negara-negara lain yang mengamalkan AES ini. Mereka inilah yang akan memberi keuntungan kepada syarikat-syarikat tersebut. Yang lain tak perlu risau melainkan anda adalah tergolong dalam 9% itu. "Padan muka BN.. negeri PR tak nak bagi kelulusan untuk AES di negeri mereka. Syabas PR!" PR selalu tuduh BN guna "brute force of the majority". Contoh PR tak nak bagi kelulusan itu juga contoh "tyranny of the minority". Apapun, lebuhraya atau jalan persekutuan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan walaupun lokasinya di negeri-negeri yang dikuasai PR. Untuk jalan negeri, "see you in court" untuk selesaikan samada PR mempunyai kuasa untuk menahan AES atau tidak. Sementara itu, jika ada kematian jalanraya di negeri Pakatan yang boleh dielakkan oleh AES, saya harap keluarga simati bolehlah bertanya kepada Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim kenapa mereka berdegil dan menolak sistem yang boleh menyelamatkan nyawa orang kesayangan mereka. Terlanjur bercerita mengenai Pakatan, saya nak tanya bagaimana mereka dapat kurangkan kadar kemalangan jalanraya yang dijangka akan meningkat berikutan dasar "Turunkan harga kereta" mereka? Bukankah dasar itu akan menambah ratusan ribu lagi kereta di jalanraya? Sekarang ini pun, menururt statisik JPJ, jumlah kenderaan yang didaftarkan di Malaysia bertambah lebih sejuta setiap tahun kerana rakyat Malaysia semakin bertambah makmur. Malah kajian (http://www.nationmaster.com/graph/tra_mot_veh-transportation-motor-vehicles), menunjukkan Malaysia menduduki tangga ketiga dalam dunia dalam kategori pemilikan kereta setiap 100 ribu penduduk. Hakikatnya, kita tidak akan dapat menyediakan jalanraya yang cukup untuk semua kereta-kereta ini. Suka tidak suka, akan sampai masanya pemandu mesti berdisiplin atau perlu didisiplinkan jika kita tidak mahu kematian bertambah di jalanraya kita yang semakin sesak ini. Dan masa itu adalah sekarang! Saya sokong AES kerana tanggungjawab, bukan untuk jadi populis Kita telah melalui banyak fasa untuk mencegah kemalangan jalanraya. Bertahun-tahun kita telah mendidik, mengujudkan gerakan advokasi dan mencegah. Semuanya gagal untuk mengurangkan peratusan statistik kemalangan jalanraya. Sudah tiba masanya kita guna sistem AES ini. Dengan menyokong dan mengundi AES di Parlimen, saya berpihak kepada rakyat. Saya tidak mahu tujuh ribu keluarga yang dijangka menangis dan meraung setiap tahun, terpaksa melalui trauma psikologi kehilangan ahli keluarga mereka yang terbunuh akibat kecuaian pemandu jalanraya. Dan saya tidak mahu Malaysia bakal memegang rekod kematian akibat kemalangan terburuk di dunia jika kita tidak berbuat sesuatu.
Datuk Abdul Rahman Dahlan Penulis Adalah Ahli Parlimen Kota Belud & Setiausaha BN Sabah (mpkotabelud.blogspot.com)
|
Hudud : Pas, PKR Jangan Pilih Bulu, Bersikap Asabiyyah Posted: 31 Oct 2012 03:31 AM PDT KUALA LUMPUR 31 Okt – Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ilmuan Muda (ILMU), Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya mempersoalkan sikap serta tindak tanduk sesetengah pihak yang dianggap prejudis berhubung isu hudud. Menurut beliau kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sememangnya menyentuh sensitiviti umat Islam dan perkara itu sememangnya tidak dipersetujui kerana Islam berada pada tempat yang tertinggi. "Tetapi persoalannya mengapa apabila kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang berasaskan analisa beliau sendiri tentang hudud, mereka begitu beriya-iya hingga beberapa sahabat daripada PKR dan sebagainya meminta saya agar bersuara. "Sedangkan apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh bersuara, di manakah suara-suara mereka?. Adakah berlaku diskriminasi di sini hanya kerana kepentingan politik sedangkan saya bersuara kedua-dua pihak. Saya katakan saya tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Dr Chua kerana ianya menyentuh sensitiviti umat Islam. "Saya juga tidak bersetuju dengan kenyataan Karpal Singh kerana ianya mencabar umat Islam dengan darah. Itu cabaran. Jadi kedua-dua kenyataan saya tidak bersetuju. Walau bagaimana pun kita tidak prejudis sama ada Chua Soi Lek atau Karpal Singh kerana kita meletakkan Islam di tempat yang tertinggi," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama UMNO-Online di sini. Ustaz Fathul seterusnya menimbulkan persoalan apakah wujud prejudis dan sikap terpilih dalam memperkatakan sesuatu yang benar. "Kita cukup hairan dengan sikap Pas dan PKR apabila Karpal Singh bersuara sunyi sepi tetapi apabila Soi Lek bersuara hampir ada kalangan teman-teman kita mengadakan demonstrsi di Wisma MCA. "Apakah kalian ada pernah buat demonstrasi di hadapan pejabat DAP Pusat umpamanya kerana kenyataan DAP…..kerana penolakan DAP pada hukum ini. Jadi mengapa dilihat jelas berlaku prejudis di sana dalam memilih isu," katanya.. Menjawab soalan apakah Pas dan PKR menghampiri asabiyyah berhubung isu berkenaan Ustaz Fathul menyatakan kebimbangan mengenai perkara tersebut. "Kita lihat erti asabiyyah yang ditakrifkan oleh para ilmu dan para ulama…. kita ambil hadis Nabi sebagai kayu ukur. Kata Nabi s.a.w kalau sekiranya Fatimah mencuri aku akan potong tangannya. "Maka kita boleh katakan di sini seseorang itu dikatakan asabiyyah sekiranya dia mempertahankan kemungkaran dan sanggup mengenepikan kebaikan. Jadi dalam isu ini saya bimbang…bukannya menuduh Pas..Pas boleh dikategorikan asabiyyah kerana seolah-olah menyembunyikan apa yang dibawa oleh Karpal Singh tetapi mengangkat ke depan apa yang dibawa oleh Chua Soi lek. "Jadi di sini wujud asabiyyah mempertahankan teman sendiri semata-mata kerana kepentingan tetapi apabila melihat orang lain atau pun boleh dikategorikan (musuh) mereka mengangkat dan mereka mewar-warkan secara besar-besaran. Di sini berlaku ketidakadilan," tegasnya. -MediaUMNO |
Malaysia Bukan Pangkalan Rekrut Pengganas – Hishammuddin Posted: 31 Oct 2012 03:11 AM PDT KUALA LUMPUR, 31 Okt – Malaysia bukan sarang bagi kegiatan merekrut pengganas di rantau ini, demikian tegas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini. “Pengganas ini bergerak bukan sahaja di Malaysia tapi ke negara-negara Timur Tengah. Mereka boleh direkrut di mana-mana sahaja kesan daripada globalisasi dan teknologi hari ini,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media ketika diminta mengulas perkembangan penahanan dua rakyat Malaysia di Lubnan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan al-Qaeda 18 Okt lepas, Hishammuddin sebelum itu menghadiri mesyuarat Pasukan Petugas Penyampaian (DTF) ke-22 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mengenai jenayah, di bangunan Parlimen. Beliau berkata isu keganasan merupakan realiti global dan pihak kementerian sentiasa berusaha untuk memastikan aktiviti pengganas tidak menjadi ancaman kepada keselamatan negara. Katanya hasil kerjasama dan perkongsian maklumat dengan agensi perisikan antarabangsa mendedahkan terdapat pengganas yang keluar masuk negara ini. Namun, katanya, kebimbangan terhadap ancaman kegiatan pengganas di Negara ini tidak perlu kerana hasil siasatan mendapati mereka tidak pernah meletakkan Malaysia sebagai sasaran. “Ia (siasatan) lebih menumpukan kepada kaitan rakyat Malaysia dengan pengganas kerana merupakan fenomena yang perlu kita teliti dan pantau secara dekat dan ia membuktikan bahawa dunia tanpa sempadan hari ini dan perjalanan manusia, wang ringgit dan maklumat sebenarnya membawa ancaman yang begitu serius kepada semua negara, bukan sahaja kepada Malaysia,” Hishammuddin berkata apa yang perlu dibimbangkan ialah penglibatan pengganas melalui jenayah transnasional seperti penyeludupan dadah, penggubahan wang haram dan pemerdagangan manusia. “Ekonomi gelap, dana haram (jenayah rentas negara) jika jatuh ke tangan pengganas, maka kewangan mereka akan terlalu besar hingga kita berdepan dengan perang terhadap keganasan,” katanya. Selain itu, katanya, akta baru yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) turut mempunyai peruntukan bagi menangani aktiviti pengganas. Beliau berkata usaha juga sedang dilakukan untuk memantapkan hubungan kerjasama dengan agensi antarabangsa seperti Central Intelligence Agency serta pihak perisikan India, Pakistan termasuk China bagi membendung aktiviti pengganas. Mengenai perkembangan terkini penahanan dua rakyat Malaysia itu, beliau berkata kedua-dua mereka berada di bawah pemantauan dan risikan pihak berkuasa sejak setahun lalu. “Namun kita (pihak berkuasa) tidak boleh umumkannya terlalu awal kerana kita perlu mengumpulkan maklumat yang mencukupi,” katanya. |
Pentaksiran Berasaskan Sekolah Akan Dilaksana Secara Adil – Wee Posted: 31 Oct 2012 02:44 AM PDT KUALA LUMPUR, 31 Okt – Kementerian Pelajaran memberi jaminan bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan dilaksana secara adil terutama dalam menentukan penempatan pelajar ke sekolah berasrama penuh. Timbalan Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong berkata walaupun kedua-dua peperiksaan utama, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) akan berubah ke PBS, kementerian akan memastikan kualiti pelajar kekal baik selain memastikan sukatan pelajaran tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. “Di bawah PBS, pelajar akan dinilai melalui empat komponen yang merupakan pentaksiran sekolah, pentaksiran pusat, pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta pentaksiran psikometrik,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) di Dewan Rakyat hari ini. Wee berkata Lembaga Peperiksaan Malaysia akan memantau standard kertas soalan dan kualiti markah yang dibuat oleh guru. Guru dikehendaki untuk mengikuti Dokumen Standard Prestasi (DSP) dan tidak semata-mata bergantung kepada markah yang diterima dalam peperiksaan, katanya. Menjawab soalan Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar), Wee berkata menjelang 2016, murid sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambah baik berasaskan pelaksanaan PBS dan bagi peringkat sekolah menengah pula, dijangkakan menjelang 2014, PBS dapat dilaksanakan sebagai penambahbaikan kepada PMR. Beliau berkata pentaksiran pendidikan dijalankan bagi mendapatkan maklumat berkaitan kemajuan pendidikan pelajar, keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran dan keberkesanan kurikulum yang dijalankan di sekolah. |
Sudahlah Gagal Tunai Janji, Tak Perlulah Pembangkang Iri Hati Burukkan BN Posted: 31 Oct 2012 02:41 AM PDT KUALA LUMPUR, 31 Okt. – Kegagalan pakatan pembangkang dalam menunaikan pelbagai janji di negeri-negeri tadbiran mereka sebagaimana yang pernah diluahkan dalam kempen sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu telah menjadi bukti bahawa ia hanyalah ibarat gula-gula politik. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas pakatan pembangkang iaitu sekutu PKR, Pas dan DAP lantaran gagal memastikan janji-janji terbabit sebagai realiti sebaliknya masih terus-terusan memburukkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO. "Setiap janji yang dilafazkan mesti ditunaikan dan sekiranya kita tidak pasti bahawa apa yang diperkatakan dapat dilakukan maka jangan sesekali berjanji apatah lagi dalam hal-hal yang membabitkan pentadbiran, kebajikan dan kesejahteraan dalam masyarakat," katanya kepada UMNO-Online. Beliau yang juga Setiausaha Agung BN berkata demikian lantaran pelbagai tingkah pakatan pembangkang yang lebih banyak bercakap, meluah janji dan gagal menunaikannnya lantas menempelak pentadbiran BN dan UMNO dengan mencipta pelbagai manipulasi serta persepsi. "Sudahlah janji yang dibuat pada rakyat tidak ditunaikan jadi mereka mula mencari ruang untuk mengalihkan perhatian masyarakat daripada bertumpu kepada kegagalan mereka dengan melemparkan pelbagai tuduhan kepada BN walhal kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik untuk rakyat. "Apabila diasak dengan pelbagai persoalan dan diingatkan berkaitan manifesto maka ada pula jawapan yang diberikan kononnya manifesto bukanlah janji sedangkan dalam realiti politik BN, apa yang diperkatakan dalam pilihan raya adalah janji yang mesti dilunaskan." Dalam hal ini, beliau mengingatkan para pemimpin masyarakat khususnya dalam pakatan pembangkang agar menerima hakikat dan kebenaran sebenar walaupun ianya adalah pahit untuk diperkatakan. "Dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini, telah terbukti bahawa hanya BN yang benar-benar berpegang kepada janji, mengotakan apa yang dikata dan melakukan pentadbiran negara dengan bersungguh-sungguh. "Inilah kebenaran yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana individu pun kerana hasil daripada perancangan dan pentadbiran BN maka Malaysia dapat mencapai kejayaan sebagaimana hari ini walaupun 55 tahun lalu ia hanya sebuah negara yang jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek." Katanya lagi, sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, BN sentiasa melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa dengan melakukan perubahan dan transformasi selaras peredaran zaman. "Inilah masalah pembangkang yang hanya tahu memanipulasi dan melakukan propaganda atas apa yang dilaksanakan oleh BN sedangkan komitmen dan kesungguhan BN sebagai kerajaan yang menepati janji dan melaksanakan amanah tidak pernah membezakan idealogi dan perbezaan politik dalam masyarakat. Tegasnya, apa yang sebenarnya pembangkang tidak puas hati adalah kerana adanya sifat iri hati, angkuh dan cemburu dengan pencapaian BN apatah lagi mereka sendiri sebagai kerajaan di empat buah negeri gagal melaksanakan pentadbiran apatah lagi menyaingi kejayaan BN. "BN bukan baru sepenggal dalam pentadbiran dan rakus mengejar kedudukan sebaliknya perancangan dibuat oleh dengan struktur jelas untuk kecemerlangan negara dengan keselesaan rakyat di dalamnya, iaitu mencakupi semua golongan, dari muda hingga ke tua, dari kanak-kanak kepada dewasa, lelaki dan wanita, semua lapisan masyarakat termasuklah golongan pembangkang sendiri dapat rasa aliran kemajuan dan kesejahteraan tersebut." "Bayangkanlah jika semasa kerajaan mengumumkan untuk pembangunan Putrajaya, KLCC, MSC dan pelbagai lagi projek mega maka macam-macam manipulasi dan putar belit pembangkang untuk menggagalkannya tetapi apabila ia menjadi realiti dan menjadi antara mercu kejayaan negara hari ini maka pembangkang beria-ia pula mahu menakluknya. Sungguh memalukan," katanya yang juga Ahli Parlimen Putrajaya. Tambah beliau lagi, inilah bukti pembangkang yang hanya tahu mencari keburukan orang lain, menuding jari dan menyalahkan kerajaan sedangkan diri sendiri yang 'bergelumang tahi' langsung tidak dibersihkan lantaran ego dan taksub dengan kuasa, politik dan kebendaan. - MediaUMNO |
Sabah Cabinet Wants MAB To Resolve Problems Associated With KKIA Posted: 31 Oct 2012 02:02 AM PDT KOTA KINABALU, Oct 31 – The Sabah Cabinet wants Malaysia Airports Berhad (MAB) to immediately resolve problems associated with the Kota Kinabalu International Airport (KKIA), including that which triggered the recent blackout of its runway lights for two days. Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said the state cabinet also wanted MAB to take proactive steps to ensure such incidents did not recur. He said the state government was “extremely concerned” that the runway blackout had badly affected about 6,000 passengers. “This is not good for the government, Sabah and certainly not good for MAB. “I understand the blame cannot entirely be placed on MAB, but MAB should also have been more prepared in responding to such situations. “Update those stranded and don't leave them in the dark. At the very least, provide them with basic drinking water," he added. Musa was speaking during a state cabinet briefing on the KKIA runway blackout led by MAB chairman Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid and senior general manager Datuk Azmi Murad at Wisma Innoprise near here today. Meanwhile, after the briefing on the cause and response to the incident, Bashir said, due to the malfunctioning lights, the KKIA runway had to be shut down due to safety reasons. "MAB followed every procedure in responding to the incident. Nevertheless, we do apologise for not being able to respond fast enough," he said. He also assured the state cabinet that MAB would do its level best to rectify problems associated with the runway and any shortcoming at the KKIA. |
Rakyat Perlu Hargai Pemimpin Yang Amanah Dan Tepati Janji – Najib Posted: 31 Oct 2012 01:58 AM PDT SUNGAI PETANI, 31 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat menghargai pemimpin yang sentiasa amanah dengan tanggungjawab yang diberikan serta menepati janji. Beliau berkata pemimpin yang tidak pernah mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan wajib disokong oleh rakyat demi kesejahteraan negara. “Kita (pemimpin yang) tidak pernah bercakap bohong, kita bercakap benar, jadi kita mesti faham bahawa apa yang kita lakukan itu memang menepati kehendak agama kita, menepati hadis Rasulullah SAW. “Ini amanah yang kita galas, tidak pernah khianati dan setiap janji kepada rakyat kita tepati,” katanya dalam ucapan pada majlis Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Kedah di Pantai Merdeka di sini hari ini. Kira-kira 15,000 orang menghadiri majlis anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu. Yang turut hadir pada perhimpunan itu ialah ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Johari Baharom dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah. Selain itu, Najib menegaskan tugas mengendalikan urusan sesebuah kerajaan bukan sesuatu yang mudah, bukan semata-mata ikut suka hati sendiri atau sekadar menyedapkan halwa telinga pengundi. “Sebab itulah kita sebagai sebuah negara yang semakin hari semakin berjaya, ada perancangan yang jelas dan berjuang melakukan perubahan yang besar. Untuk mencapai sebuah negara maju, kita perlu kepada kemajuan yang seimbang dan tidak boleh meminggirkan mana-mana golongan. “Kalau kita dengar pembangkang hendak mansuhkan hutang, hapuskan tol, naikkan gaji minimum, kurangkan harga minyak…semuanya sekali boleh sebabkan ekonomi kita runtuh dan jika itu berlaku, hasil kerajaan juga akan merudum,” katanya. Najib memberi contoh mengikut Islam “kalau meninggal dunia wajib lunaskan hutang, kalau kita tak sempat, waris kita kena selesaikan. Kalau mati tanpa melunaskan hutang, berat pada roh kita nanti…seksa nanti, tapi pembangkang senang-senang kata hapuskan hutang, itu bukan ajaran Islam”. katanya. Menyentuh permintaan Pertubuhan Peladang Kedah supaya dilaksanakan projek lebuh raya sungai dari dari Empangan Pedu di bahagian utara Kedah hingga ke daerah Kuala Muda di bahagian selatan, perdana menteri berkata kerajaan tiada masalah melaksanakannya. “Kita (kerajaan) boleh bagi…tapi kena bagi (Barisan Nasional) menang jugalah (pilihan raya umum ke-13). InsyaAllah masalah-masalah yang dihadapi golongan petani, penternak dan nelayan yang disebutkan, akan diambil perhatian,” katanya. Projek lebuh raya sungai itu dicadangkan bertujuan mengalihkan aliran air sungai yang bengkak-bengkok di beberapa daerah di Kedah, seperti di Pendang, bagi mengelakkan berlaku kerosakan tanaman padi akibat air sungai masuk ke kawasan sawah padi. Sebelum ini, apabila tiba musim tengkujuh banyak padi yang rosak dan musnah, kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja yang besar hingga jutaan ringgit untuk diberikan kepada petani sebagai ganti rugi. Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan sumbangan kerajaan persekutuan di bawah beberapa insentif seperti insentif pengeluaran beras, insentif peningkatan hasil, elaun sara hidup nelayan dan insentif tangkapan ikan negeri kepada petani, penternak dan nelayan. Najib menyifatkan golongan petani, penternak dan nelayan sebagai wira yang tidak didendang kerana usaha dan perjuangan mereka adalah di belakang tabir serta tidak menonjol. “Golongan ini mempunyai jasa yang sangat besar kepada kita, kenapa saya kata bahawa golongan ini wira yang tidak didendang…yang sebenarnya golongan petani, penternak dan nelayan ini mempunyai jasa yang begitu besar kepada negara. “Mereka memberi sumbangan yang cukup besar kerana nasi yang kita makan saban hari adalah hasil daripada daripada titik peluh petani, ikan yang dijadikan lauk adalah kerana para nelayan sanggup meniti gelombang, panas matahari terik samudera untuk beri bekalan ikan kepada kita semua, begitu juga ayam dan daging yang kita makan buah dan sayur sebagainya kerana titik peluh serta jasa dan kesungguhan mereka,” katanya. Oleh itu, katanya, golongan petani, penternak dan nelayan sentiasa mendapat perhatian kerajaan dan kerana itu di bawah Belanjawan 2013, sebanyak RM5.8 bilion diperuntukan kepada Kementerian Pertanian dan Asas Tani bagi pembangunan ekonomi golongan ini. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment