Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Kurang Ajar!! penjual Hp Tampar Customer Sebab Tawar harga!!

Posted: 31 Oct 2012 08:38 AM PDT


Memang kurang ajar, kononnya kongsi gelap la, main pukul orang sesuka hati depa saja. Kalau kena kat Mc, dah lama kena pijak budak cina ni. Bukan Mc rasis, tetapi mengajar dia supaya lebih bersopan!

PANASS!! @NajibRazak Di Serbu Nelayan Mengamuk!! #BNbagus

Posted: 31 Oct 2012 06:38 AM PDT


He he he.. memang PM kena serbu pun, tapi kena serbu sebab nak salam. Nelayan Pantai Merdeka dan Tanjung Dawai sokong UMNO/BN untuk PRU ke 13 ini!! Alaa.. dulu kalah pun sikit saja.. Jom kita KALEH Kerajaan Pas 'lembu' Kedah!!

Nak baca hal PM kat kampung nelayan meh klik SINI

GEMPAR!! Azizan Razak MB Kedah Paling Terbaik?!! #TukarKedah

Posted: 31 Oct 2012 05:38 AM PDT


Dato' Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah dikatakan amat disenangi rakyat Kedah kerana sikapnya yang santai, suka berjenaka dan bersih. Bagi rakyat Kedah yang tidak berfikiran jauh, ketiga-tiga sifat ini sudah cukup untuk diberi undi. Mereka tidak sedar bahawa mentadbir negeri memerlukan lebih dari sekadar personaliti yang disenangi.

Bagaimanapun, Laporan Audit yang dibentangkan baru-baru ini seharusnya membuka mata rakyat Kedah mengenai kesilapan mereka memberi kepercayaan kepada pihak yang salah atas sebab-sebab yang salah. Jelas dari laporan tersebut bahawa negeri Kedah berada dalam keadaan 'kehilangan arah' akibat Menteri Besarnya tidak punya kawalan dan pengetahuan atas apa yang berlaku.

Masalah MB Kedah tidak tahu apa-apa bukan masalah kecil sepertimana yang cuba digambarkan oleh PAS kepada rakyat Kedah. Kelemahan beliau telah mengakibatkan Kedah kerugian atas sebab-sebab yang tidak sepatutnya atau sepatutnya dapat dielakkan sejak dari awal.

Audit mendapati bahawa MB Kedah telah gagal mengenalpasti projek yang berisiko tinggi seperti perladangan di Papua New Guinea. Entah bagaimana, projek sebegitu besar boleh diteruskan dengan pinjaman berjumlah USD44 juta dari luar negara tanpa tandatangan Lembaga Pengarah. Pinjaman pula dibuat tanpa dokumen yang lengkap.

Begitu juga dengan projek 99 East Langkawi yang mengalami kerugian hanya kerana tidak menepati perjanjian tanpa sebab-sebab yang pasti.

Dan tidak perlulah disebut lagi tentang lantikan kontraktor yang tidak berdaftar sepertimana yang didedahkan secara meluas di dalam akhbar. Dari situ pula, terdedah kemudiannya amalan kronisme dan korupsi serta kelemahan yang ketara di semua peringkat pentadbiran yang terlibat.

MB yang kononnya Ulama ini juga gagal memastikan perihal agama dititikberatkan. Buktinya, Laporan Audit mendapati bahawa sijil halal negeri Kedah bagi tahun 2011 telah diberikan tanpa dikemukakan kepada jawatankuasa kerana jawatankuasa telah TIDAK PERNAH BERMESYUARAT. Sebaliknya semua kelulusan sijil halal dilakukan oleh YDP secara bersendirian atas alasan untuk kepentingan industry yang mana membangkitkan persoalan mengenai korupsi.

Semua yang berlaku ini amatlah mengejutkan kerana ia melangkaui kelemahan biasa dalam sejarah audit negeri.

Kedah bukannya negeri yang besar malah besar sedikit sahaja dari Perlis. Dari segi perindustrian juga Kedah masih jauh jika dibandingkan dengan Pulau Pinang, Selangor atau Johor. Dengan hanya beberapa projek setahun tentunya aktiviti kewangan Kedah juga tidaklah begitu rancak. Dalam ertikata lain, tidak seharusnya seorang Menteri Besar terlepas pandang atau tidak sedar akan apa yang berlaku dalam negeri yang kecil ini.

Justeru, tidak ada alasan bagi Azizan untuk menafikan kelemahannya. Azizan juga tidak dapat lagi untuk meletakkan kesalahan ke atas bahu kerajaan terdahulu memandangkan projek-projek yang mengalami masalah yang 'pelik-pelik' ini adalah bermula ketika pemerintahannya.

Sudahlah projek yang 'diluluskan' tidak masuk akal, kerugian yang dialami pula diakibatkan oleh masalah yang tidak masuk akal juga. Di masa yang sama pula, Azizan langsung tidak mampu mencari projek yang benar-benar masuk akal yang amat diperlukan oleh Kedah dan rakyatnya. Contohnya, memelihara, memulihkan dan membina pusat-pusat pelancongan serta peninggalan sejarah. Sehingga kini, pusat pelancongan yang boleh dibanggakan oleh rakyat Kedah, hanyalah Langkawi, itupun dicetus dari pemikiran Tun Mahathir yang amat dibenci oleh PAS.

Kedah sebagai tamadun tertua seharusnya mampu menjadi pusat sejarah namun usaha untuk menggali dan mengorek serta mendokumenkan sejarah lama masih gagal dilakukan. Malang bagi Kedah kerana pemimpinnya hanya berminat untuk meraih undi tanpa memikirkan tanggungjawab sebenar mereka terhadap negeri tersebut. Sedangkan Kedah mampu mengatasi atau menyaingi Melaka dalam menjadi negeri bersejarah.

Ini belum lagi dikira masalah sampingan seperti KUIN atau KCS sendiri yang mana perasaan tidak puas hati di antara orang bawahan dengan orang atasan serta orang sekeliling berterusan tanpa apa-apa tindakan atau keputusan dari Azizan. Perebutan jawatan dalam pentadbiran Kedah juga dibiarkan berlarutan seolah-olah Azizan sudah buntu atau mungkin benar-benar tidak tahu menahu tentang apa yang berlaku.

Kini, setelah segalanya terdedah dengan bukti audit, kita tidak tahu sama ada Azizan sengaja buat tak tahu atau benar-benar tidak tahu. Beliau tidak pula memberi jaminan siasatan atau penambahbaikan akan dilakukan ke atas pendedahan audit.

Tetapi, apa yang beliau tahu ialah menuding jari kepada pihak lain serta mengangkat bahu mengaku tidak tahu. Langsung beliau tidak malu menjadi MB yang serba tak tahu.

Maka tidak hairanlah bila ada yang bertanya "Apa yang Azizan buat di Kedah?" Maka jawapan rakyat Kedah ialah "Azizan buat tak tau".

PANASS!! Tak Patut Blogger @Keris7Lok Kutuk Nik Aziz Kata Dia Kaki AUTA!!

Posted: 31 Oct 2012 02:16 AM PDT


Ishh tak patut sungguh la Keris7Lok kutuk Pok Nik Aziz macam tu. Dia bukan auta, cuma dia lupa. Biasa la orang tua, mana boleh ingat semua betui dak? he he..

Kalau dah tua dan tak boleh ingat semua, tak reti-reti nak letak jawatan ke? heh..

PANASS!! #AirSelangor Azmin Ali Punca Air Selangor Tak Cukup!

Posted: 30 Oct 2012 11:16 PM PDT


Lawak Mc tengok video Azmin Ali yang menyalahkan Syabas 100% mengenai masalah air di Selangor. Apa dia kata, Syabas tak cekap mengendali air, sebab tu akan wujud masalah air di Selangor. Betul ke? Azmin ada fikir ke apa yang dia cakap tu?

Sedarkah Azmin jika Syabas tak cekap, bermakna, Kerajaan Negeri Selangor juga terlibat dalam 'ketidakcekapan' Syabas tu. Kenapa Mc kata macam tu?

Tahukah anda Kerajaan Negeri Selangor mempunyai pegangan 30% dalam Syabas, melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad 15%, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad 15%, dan mempunyai board seat yang mewakili kepentingan Kerajaan Negeri Selangor, dalam Syabas.

Itu bermakna apa saja keputusan yang Syabas buat, Kerajaan Negeri Selangor juga terlibat. Setiap perkara teknikal atau tindakan akan diputuskan melalui mesyuarat lembaga pengarah, yang ada wakil Kerajaan Negeri. Jadi jika Syabas kononnya melakukan kesalahan, itu bermakna Kerajaan Negeri Selangor pun turut sama buat salah.

Sama juga, kalau Syabas dikatakan mengambil kesempatan untuk mengaut untung atas rakyat. Setiap keuntungan yang diperolehi oleh Syabas, akan diberikan 30% kepada Kerajaan Negeri Selangor dari keuntungan tersebut.

Selama ini pun, Kerajaan Negeri Selangor tidak pula pernah menolak keuntungan yang diperolehi dari hasil Syabas. Jadi ini bermakna, apa saja tindak tanduk Syabas, ianya diatas restu Kerajaan Negeri, bukannya syok sendiri. Ada faham ka Azmin?


Kerajaan Negeri Selangor, tak kisah la MB Selangor sekarang atau bakal MB Selangor yang akan datang (kalau PR Menang la) Khalid atau Azmin, sering kali mempromosi teknologi membran, walaupun mereka tahu teknologi tu bukanlah bagus sangat pun.

Dalam artikel yang lepas Mc ada menjelaskan sistem teknologi membran ini lebih membazir dari menguntungkan. Dari segi kos dan juga jangka masa panjang.

Memang atas kertas, ia nampak seperti tidak mengeluarkan modal yang banyak, tetapi jika untuk melaksanakannya, kita perlu ada tekanan yang air yang tinggi untuk memaksa air masuk kedalam membran.

Mc merujuk kata-kata Bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), Prof. Datuk Ir. Keizrul Abdullah,

"Sekiranya ada pihak mahu menggunakan kaedah membran, mereka perlu memastikan wujudnya tekanan air yang amat tinggi supaya bekalan itu boleh dipaksa masuk ke dalam membran. Tekanan ini akan memakan kos yang tinggi dari segi penggunaan pam.

Kos permulaan bagi teknologi membran memang tidak mahal tetapi setiap kali digunakan harus ada tenaga iaitu menggunakan pam bagi menjadikan tekanan lebih tinggi. Pam ini memerlukan tenaga elektrik dan diesel" katanya lagi.

Mc nak tambah, apakah pengunaan tenaga elektrik dan diesel itu percuma? Perlu di ingat, ianya setiap kali pengunaan, kalau sepuluh kali guna sebulan, tentu kosnya melambung tinggi. Ini bermakna, jika kita guna teknologi membran, kita akan bergantung harap pula pada harga pasaran minyak antarabangsa (kerana diesel). Bukankah itu menambah satu lagi beban yang ada kepada kita?

Begitu juga dengan pendapat, Ketua pusat teknologi keseimbangan proses Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Abdul Wahab Mohammad, yang menganggap, kos operasi teknologi merawat air adalah mahal kerana ia memerlukan penyelenggaraan yang kerap.

Beliau menyatakan bahawa teknologi ini hanya untuk merawat dan tidak mampu menambah bekalan air.

"Saya terkejut apabila Menteri Besar Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) berkata ia (teknologi) ini boleh menambah bekalan air. Saya rasa tidak begitu.

"Selangor masih memerlukan sumber air mentah daripada sesuatu tempat. Teknologi ini hanya merawat air," beliau mengulas kenyataan Khalid tentang perancangan Selangor menggunakan teknologi membran untuk memperbaiki empangan Langat 2 bagi mengatasi kemungkinan kekurangan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Tapi saya tak rasa di Malaysia ia akan berjaya. Beberapa tahun lepas terdapat perancangan untuk mendapatkan air daripada bawah tanah di Perak. Tetapi ini isu yang sensitive. Ia mungkin mendatangkan masalah pada struktur tanah pada masa akan datang."

Jika pakar dan ahli akademik pun tak berani nak menyokong teknologi membran ini, bagaimana Kerajaan Negeri Selangor, senang-senang nak melaksanakan satu sistem yang belum terjamin keberhasilannya? Orang dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor tu pakai otak ke tak? Atau main bedal saja!

Daripada bersusah payah bergelut memikir sistem dan teknologi lain untuk Air Selangor, Mc rasa adalah lebih baik Kerajaan Negeri Selangor setuju saja dengan Langat 2. Buat apa nak buang duit buat perkara sia-sia, sedangkan Langat 2 terbukti relevan untuk kini dan masa depan.

Apakah Kerajaan Negeri Selangor lebih utamakan ego politik dari nasib rakyat? Kalau begitu, memang benarlah para pentadbir Kerajaan Negeri Selangor, memang takdak otak!


McTheory:
bab ni pun nak politik, memang bangang la!

PANASS OII!! Kisah Menarik Di Sebalik Kejadian Lembu 'Ghaib' Projek Pas Kedah!! #TukarKedah

Posted: 30 Oct 2012 08:34 PM PDT


 Ahh.. lembu, moohhhhh.. Pas itu lembu, lembu itu Pas. Kenapa Mc kata macam tu? Pagi tadi Mc ada keluarkan cerita dan sedikit berita dari Bernama. Ia menceritakan mengenai projek Lembu 'ghaib' Pas Kedah yang kontroversi dan ia dipertikaikan di parlimen. Nak baca entri pagi tadi, boleh klik SINI.

Bagi rakyat Kedah yang tahu menahu mengenai projek lembu 'ghaib' Pas Kedah ni. Mc nak buka la story sikit.

Cerita dia macam ni, kononnya idea bijak ni datang dari 'orang tu' individu yang Mc ceritakan semalam. Tangan halus yang mempengaruhi setiap gerak geri MB Kedah.

Perancangan puak Pas ni, kononya, nak ambil lembu dari Australia dan membekalkan ke Indonesia, kiranya projek ni dibawah NGO bekas Presiden Indonesia yang lepas, Gus Dur. NGO tu pula nama Nadhatul Ulamak.

Masa tu, Pas Kedah punya bising, pukul canang, serupa projek ni projek mega yang hebat dari Pas Kedah. Tapi akhirnya apa pun tak jadi! Kenapa ya? Apakah ada penyelewengan sebelum ia bermula?

Ishh.. tapi pelik la kan, takkan orang indon tak pandai nak beli lembu sendiri? Nak kena orang Kedah juga pi beli? pelik-pelik, tapi ia benar, itu yang berlaku. Semua ini berlaku pada tahun 2010.

Pada MB Kedah, idea membekal lembu Australia ke Indonesia ni kira hebat habis la. Mc taktau apa analisis yang puak ni pakai dan bagaimana pula kiraan depa.

Kira banyak kali jugalah puak Pas Kedah dihantar berombongan ke Australia dan ke Indonesia, konon pi buat kerja, tapi apa yang Mc nampak, ianya lebih kepada pi bercuti! Rombongan Pas Kedah melibatkan Setpol MB, Che Had dan berapa individu yang takdak kena mengena pi.

Akhirnya, apa pun tak jadi, MOU ke mana, projek kemana, yang Mc tau semua tu mengabihkan duit rakyat Kedah, sebab dok bawa rombongan puak Pas ni pi ke sana-sini. Kos untuk projek lembu 'ghaib' yang tak jadi tu saja, menelan belanja sebanyak RM1 juta!!

RM1 juta bagi kerajaan negeri Kedah yang kecil ni, memang banyak la cek oii.. boleh buat perumahan PPRT satu kampung kot.

Projek tak jalan, tapi duit RM1 juta dah keluar, agaknyalah, kemana duit tu pergi?

Sapa lagi nak jawab ni? MB? Setpol? Blogger Zul Ya yang bengap? Atau Pencacai Lembu Pas Kedah? he he..

P/s: Banyak betui persoalan yang Pas Kedah tak jawab..

McTheory:
Puak Pas ni ada teloq ka nak jawab? kah kah kah..

TUDIAA!! Projek Lembu 'Ghaib' Pas Kedah Terbongkar!! #TukarKedah

Posted: 30 Oct 2012 05:37 PM PDT



Dulu puak pembangkang bising gila pasal lembu NFC. Kali ni kerajaan negeri Kedah pun ada terlibat sama dengan projek lembu, malah projek tu pun kantoi. Namun tak pula orang yang dok kutuk NFC tu, kutuk kerajaan negeri Kedah ni.

Beberapa Ahli Parlimen penyokong kerajaan hari ini membidas pembangkang kerana cuba 'menutup mata' terhadap isu lembu di Kedah walaupun perkara itu dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010-2011.

Datuk Abdul Rahman Dahalan (BN-Kota Belud) berkata laporan itu menyatakan kerajaan Kedah membelanjakan RM1 juta untuk mengimport dan membela lembu dari Australia.

"Skandal ini sama seperti NFC (National Feedlot Corporation ) tetapi kita tidak nampak pula ia dibawa oleh pembangkang. Ada yang mengatakan RM1 juta itu satu jumlah tetapi kalau dibandingkan dengan ekonomi Kedah, sudah tentu RM1 juta itu adalah besar.

"Saya ingin terangkan skandal RM1 juta ini jika dibandingkan dengan peratusan terhadap Bajet Kedah yang bernilai lebih kurang RM1 bilion, ia kira-kira 0.1 peratus.

"NFC kalau dibandingkan dengan Bajet kerajaan Persekutuan juga hanya lebih kurang 0.1 peratus. Adakah `double standard' di mana pembangkang mengkritik NFC tetapi pada masa yang sama menutup mata kepada satu skandal `cowgate' di Kedah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah perbahasan Hamim Samuri (BN-Ledang) mengenai Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 pada persidangan Parlimen di sini, hari ini.

Hamim pula yang turut bersetuju mengenai sikap berat sebelah itu berkata laporan audit itu bukanlah satu hukuman tetapi ia lebih kepada penemuan untuk siasatan di peringkat kementerian bagi menambah baik mana-mana kekurangan.

Sementara itu, Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) bertanya sama ada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mempunyai pilihan negara pengimport lembu lain jika Australia menyekat bekalan lembu sekiranya tidak mengikut piawaian yang ditetapkan negara itu.

Beliau berkata berikutan pelaksanaan sistem Jaminan Rangkaian Pembekal Pengeksport (ESCAS) oleh Australia berhubung pengeksportan lembu dari negara itu, ia seolah-olah ada ancaman bahawa negara itu akan menyekat pengeksportan bekalan lembu.

"Jika ia sekat apa pilihan kita, ini penting untuk sempurnakan tuntutan agama (ibadah korban). Apakah kita hanya bergantung kepada Australia, New Zealand...apakah kita tidak boleh bergantung kepada India, Vietnam, Kemboja, Indonesia," katanya yang membahaskan rang undang-undang sama. - BERNAMA

Apa gamaknya kerajaan negeri Kedah nak pusing lagi lepas ni. Apakah projek lembu ni pun salah UMNO jugak? he he..


McTheory:
Atau ini konspirasi UMNO? kah kah kah..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...