BADUT RAKYAT |
- JUAL ASET PKNS : DATUK SOHAIMI SHAHADAN MEMBELASAH KHALID GAGAP KAW-KAW !!!
- HOT NEWS !!! LAJIM UKIN BAKAL TPM MALAYSIA ???
- HOT NEWS !!! KERAJAAN PUSAT ANAK TIRIKAN RAKYAT KELANTAN ??? ADA BUKTI KER ???
- KISAH BENAR !!! DATUK SERI AZIZAN ADALAH MB KEDAH YANG BENGAP ??? WJIB BACA !!!
JUAL ASET PKNS : DATUK SOHAIMI SHAHADAN MEMBELASAH KHALID GAGAP KAW-KAW !!! Posted: 31 Oct 2012 12:28 PM PDT Kompleks PKNS Shah Alam Antara Yang Bakal 'Dilelong' Kerajaan Negeri Selangor. Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibidas kerana dilihat sanggup menggadai aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang bertujuan membangunkan sosioekonomi rakyat secara seimbang demi kepentingan politik.Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO,Datuk Sohaimi Shahadan mendesak penjualan aset tersebut dibatalkan atau kerajaan negeri akan berdepan dengan demonstrasi besar-besaran rakyat dan kumpulan peniaga di Selangor. "Abdul Khalid jangan bermain politik kolot dengan menggunakan istilah 'urus tadbir korporat' bagi mengelirukan dan terus memperbodohkan rakyat sedangkan hakikatnya ingin menjual semua aset tersebut," tegasnya.Sohaimi Shahadan Sohaimi berkata,sekiranya benar semua aset itu ingin disusun semula dan diselaraskan di bawah penubuhan anak syarikat PKNS,kerajaan negeri tidak sepatutnya membuat pinjaman korporat dan transaksi kewangan bernilai ratusan juta ringgit seperti yang didakwa. "Kita melihat penjualan aset ini ekoran Abdul Khalid dan kerajaan negeri semakin terdesak sedangkan aset-aset berkenaan adalah simbol kejayaan PKNS dalam konteks membantu usahawan dan peniaga Melayu di Selangor," katanya.Tambah beliau,penjualan itu sudah pasti memberi kesan kepada kumpulan peniaga dan usahawan kecil antaranya kenaikan kadar sewa sekali gus membebankan mereka. "Bukan hanya aset PKNS,malah harta kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor lain juga tidak mustahil akan dijual. Agenda pembangunan rakyat tidak dipandang berat dan sebab itu Abdul Khalid dengan mudah menyatakan manifesto yang dibuat pada pilihan raya lalu bukannya janji," katanya.Sebelum ini,Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor,Datuk Seri Noh Omar mencabar Abdul Khalid memberi penjelasan berhubung dakwaan PKNS meluluskan penjualan lima aset milik mereka yang difahamkan proses penjualannya berada di peringkat akhir meskipun belum dimuktamadkan. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! LAJIM UKIN BAKAL TPM MALAYSIA ??? Posted: 31 Oct 2012 08:30 AM PDT Baru saja PR meraikan 'kemenangan' mereka memancing atau mungkin juga 'membeli' pemimpin veteran Sabah,Datuk Seri Panglima Lajim Ukin,tetapi kini parti itu sudah mula pening dengan personaliti tersebut.Lajim Ukin,telah membuat keputusan untuk menyertai pembangkang atas alasan UMNO Sabah sudah dikuasai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri,Datuk Seri Musa Aman yang didakwanya memonopoli kuasa sehingga tidak boleh ditegur serta menyukarkan wakil rakyat untuk menyelesaikan masalah rakyat.Sebenarnya,jawapan ini adalah jawapan 'standard' yang telah dijangka dari mana-mana ahli politik yang memilih untuk berpaling tadah secara tiba-tiba.Di mana,secara tiba-tiba juga masalah rakyat menjadi masalah utama mereka walaupun selama ini tidak pernah menjadi masalah langsung Sama seperti bagaimana Anwar tiba-tiba melihat kepincangan sistem kehakiman,dasar-dasar kerajaan,malah PTPTN apabila berada di luar kerajaan sedangkan sebelum ini beliau turut terlibat dalam membentuk dan melaksanakan kesemua dasar-dasar dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan.Lajim Ukin adalah orang lama di dalam politik.Sebagaimana lazimnya,orang lama pastinya berharga dan barangan berharga tidak boleh diletakkan sewenang-wenangnya di mana-mana saja.Ia perlu diletakkan di tempat yang sesuai dengan harganya.Lajim Ukin melihat dirinya setanding dengan Ketua Menteri.Iaitu tarafnya adalah taraf Ketua Menteri Sabah. Tindakannya keluar BN juga adalah kerana percaya yang jawatan Ketua Menteri sepatutnya menjadi miliknya.Cita-cita Lajim ini telah menjadi rahsia umum di Sabah. Malah, antara syarat beliau untuk kekal di dalam BN ialah jawatan Ketua Menteri atau Yang DiPertuan Negeri.Namun,malang bagi beliau kerana BN tidak melayan mana-mana pemimpin yang gila kuasa dan cuba 'tawar-menawar' harga dirinya untuk dijual beli.Justeru,Lajim tidak punya pilihan selain keluar BN dan menyertai PR. Syarat yang sama juga telah disuarakan oleh Lajim kepada Anwar dan difahamkan Anwar pun memberi jawapan politik yang 'standard' juga kepadanya.Jika jawatan tersebut sahaja tuntutan Lajim, mungkin tidak begitu memeningkan Anwar,walaupun beliau punya calonnya sendiri untuk jawatan tersebut. Yang memeningkan Anwar ialah apabila Lajim membangkitkan faktor Sabah dan Sarawak sebagai deposit bagi PR dan menuntut agar Anwar memberi pengiktirafan yang setimpal kepada negeri itu dengan melantik dirinya sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya PR berjaya memenangi PRU nanti.Tuntutan Lajim ini bagi Anwar adalah keterlaluan apatah lagi apabila Anwar telah mengenalpasti personaliti lain bagi jawatan tersebut sekiranya faktor Sabah dan Sarawak wajib diambil-kira.Antara individu yang mendapat kepercayaan Anwar ialah juga pemimpin veteran,iaitu Jeffrey Kitingan,Parti Reformasi Negeri (STAR). Sebelum ini Jeffrey telah membuat kenyataan bahawa partinya adalah berdiri dengan sendirinya sebagai pembangkang Sabah tetapi akan bekerjasama dengan PR menentang BN dalam PRU akan datang. Jeffrey pernah menjadi Pengerusi PKR Negeri dan pernah dilantik jawatan kanan sebagai Naib Presiden. Tetapi titik tolak Jeffrey meninggalkan PKR ialah isu pemilihan calon-calon dalam PRU 2008. Pengerusi Perhubungan Sabah yang baru telah tidak memilih calon-calon pilihan yang dicadangkan Dr Jeffrey.Ekoran rasa tidak puas hati Jeffrey menubuhkan Pakatan Bebas atau Independent Front, menaja calon-calonnya pilihannya sebagai calon Bebas.Bagaimanapun semua calon itu kalah termasuk Jeffrey sendiri yang bertanding atas tiket PKR. Jeffrey kemudiannya menubuhkan UBF (United Borneo Front) di mana beberapa pemimpin yang gagal dalam pemilihan ketua cabang PKR termasuk penyokong peribadinya turut meninggalkan PKR dan menyertai NGO baru itu. Walaubagaimanapun, sumber dalaman memberitahu bahawa Jeffrey yang telah menunjukkan sikap 'survivor' dalam politik yang mana begitu menarik perhatian Anwar.Jeffrey juga difahamkan telah memahami 'isyarat-isyarat' Anwar.Namun,kemunculan personaliti seperti Lajim Ukin yang ghairah mencari dan merebut kuasa telah mengganggu perancangan Anwar di Sabah.Anwar kini terpaksa menimbang semula antara kepercayaannya dengan pengaruh kedua-dua pemimpin Sabah itu,di kalangan rakyat tempatan. Nampaknya,Anwar mungkin telah memikirkan segala-galanya untuk menghadapi PRU ini tetapi Anwar tetap gagal memikirkan satu perkara iaitu sentimen rakyat yang muak dengan personaliti yang gila kuasa. Anwar juga lupa bahawa rakyat hari ini boleh mengenalpasti ahli politik yang tamak dan korup kerana rakyat kini cukup bijak untuk membaca yang tersirat dari tindakan dan kenyataan di media. Jeffrey mahupun Lajim kedua-duanya telah menunjukkan sikap tamak dan gila kuasa dengan melompat ke sana ke mari mencari tempat yang tinggi untuk bersemayam.Ahli politik seperti ini jarang sekali hiraukan nasib rakyat dan tidak mustahil atau besar kemungkinan, adalah korup juga.Oleh itu,apakah Anwar pasti yang rakyat mampu menerima mana-mana dari mereka sebagai TPM jika PR berjaya memenangi pilihanraya ??? Dan apakah Anwar yakin yang mereka boleh menang di kawasan yang ditandingi setelah menunjukkan kerakusan mereka kepada rakyat ??? Dari sudut lain pula,apakah jaminan bagi Jeffrey ataupun Lajim untuk memastikan yang segala janji dan isyarat yang diberikan Anwar kepada mereka bukanlah umpan semata-mata ??? Apabila umpan sudah mengena,belum tentu apa yang dijanji akan dilaksana.Apapun,suka saya mengingatkan mereka bahawa memungkiri janji bukanlah sesuatu yang asing bagi Anwar,mahupun PR. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! KERAJAAN PUSAT ANAK TIRIKAN RAKYAT KELANTAN ??? ADA BUKTI KER ??? Posted: 31 Oct 2012 07:21 AM PDT Sejak PAS menguasai Kelantan Oktober 1990 hingga sekarang,salah satu propaganda kenegerian yang seringkali disebut-sebut oleh pemimpin PAS ialah kononnya rakyat negeri ini telah di anak tirikan oleh Kerajaan Pusat.Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan,bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat kenegerian rakyat Kelantan disamping terus menanam kebencian umum terhadap UMNO yang menerajui Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat.Hakikatnya,tak selamanya propaganda sedemikian mampu mempengaruhi rakyat jelata kerana banyak bukti yang terpampang di depan mata telah secara sendirinya menafikan dakyah PAS tersebut.Ambil satu contoh mudah dalam isu projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh,antara tanggungjawab dan janji yang sepatutnya dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan tapi gagal ditunaikan ialah pembinaan Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra.Sehingga tahun 2007,Jambatan tersebut gagal dibina oleh syarikat swasta Liziz Standaco Sdn Bhd yang dilantik oleh Kerajaan PAS Kelantan,akhirnya Kerajaan Pusat pula yang mengambil inisiatif dan menanggung beban membinanya bagi mengurangkan kesesakan di kawasan berkenaan. Namun tabie pemimpin PAS tetap sama tidak berubah,hanya disebabkan takut dengan sikap prihatin Kerajaan Pusat dalam membantu rakyat negeri ini, maka disebarkan khabar-khabar angin kononnya kelewatan projek jambatan ini siap disebabkan wujudnya unsur rasuah.Pertukaran beberapa kontraktor pembinaan dijadikan asas bagi mengukuhkan hujah mereka berkaitan dakwaan berlakunya ketirisan dan rasuah dalam projek pembinaan jambatan ini.Sedangkan hakikat syarikat pemaju,Liziz Standaco yang dilantik oleh Kerajaan PAS Kelantan gagal melaksanakan tanggungjawab pembinaannya tidak pula berani disentuh oleh ustaz-ustaz jadian dan para penceramah PAS.Kesediaan Kerajaan BN meneruskan pembinaan jambatan ini motifnya cukup jelas kerana menyedari kepentingannya selain mampu mengurangkan masalah kesesakan lalulintas,ia juga mempunyai kesan signifikan dalam memacu pertumbuhan ekonomi negeri khususnya di pusat bandar Kota Bharu.Kerajaan Pusat sebenarnya berhak untuk buat tidak endah sahaja dengan kegagalan PAS memenuhi janji pembangunannya itu,namun demi kerana mahu membantu rakyat maka soal perbezaan politik diabaikan demi kebaikan bersama. Senario keprihatinan Kerajaan BN ini membuktikan tuduhan pemimpin PAS kononnya Kerajaan BN sengaja meminggirkan Kelantan dan menganaktirikan negeri ini hanyalah satu pembohongan dan propaganda jahat sahaja. RENUNG-RENUNGKAN |
KISAH BENAR !!! DATUK SERI AZIZAN ADALAH MB KEDAH YANG BENGAP ??? WJIB BACA !!! Posted: 30 Oct 2012 10:21 PM PDT Datuk Seri Azizan Razak,Menteri Besar Kedah dikatakan amat disenangi rakyat Kedah kerana sikapnya yang santai,suka berjenaka dan bersih.Bagi rakyat Kedah yang tidak berfikiran jauh,ketiga-tiga sifat ini sudah cukup untuk diberi undi.Mereka tidak sedar bahawa mentadbir negeri memerlukan lebih dari sekadar personaliti yang disenangi.Bagaimanapun,Laporan Audit yang dibentangkan baru-baru ini seharusnya membuka mata rakyat Kedah mengenai kesilapan mereka memberi kepercayaan kepada pihak yang salah atas sebab-sebab yang salah. Jelas dari laporan tersebut bahawa negeri Kedah berada dalam keadaan 'kehilangan arah' akibat Menteri Besarnya tidak punya kawalan dan pengetahuan atas apa yang berlaku.Masalah MB Kedah tidak tahu apa-apa bukan masalah kecil sepertimana yang cuba digambarkan oleh PAS kepada rakyat Kedah.Kelemahan beliau telah mengakibatkan Kedah kerugian atas sebab-sebab yang tidak sepatutnya atau sepatutnya dapat dielakkan sejak dari awal.Audit mendapati bahawa MB Kedah telah gagal mengenalpasti projek yang berisiko tinggi seperti perladangan di Papua New Guinea.Entah bagaimana,projek sebegitu besar boleh diteruskan dengan pinjaman berjumlah USD44 juta dari luar negara tanpa tandatangan Lembaga Pengarah. Pinjaman pula dibuat tanpa dokumen yang lengkap.Begitu juga dengan projek 99 East Langkawi yang mengalami kerugian hanya kerana tidak menepati perjanjian tanpa sebab-sebab yang pasti Dan tidak perlulah disebut lagi tentang lantikan kontraktor yang tidak berdaftar sepertimana yang didedahkan secara meluas di dalam akhbar.Dari situ pula,terdedah kemudiannya amalan kronisme dan korupsi serta kelemahan yang ketara di semua peringkat pentadbiran yang terlibat.MB yang kononnya Ulama ini juga gagal memastikan perihal agama dititikberatkan.Buktinya,Laporan Audit mendapati bahawa sijil halal negeri Kedah bagi tahun 2011 telah diberikan tanpa dikemukakan kepada jawatankuasa kerana jawatankuasa telah TIDAK PERNAH BERMESYUARAT.Sebaliknya semua kelulusan sijil halal dilakukan oleh YDP secara bersendirian atas alasan untuk kepentingan industry yang mana membangkitkan persoalan mengenai korupsi.Semua yang berlaku ini amatlah mengejutkan kerana ia melangkaui kelemahan biasa dalam sejarah audit negeri. Kedah bukannya negeri yang besar malah besar sedikit sahaja dari Perlis.Dari segi perindustrian juga Kedah masih jauh jika dibandingkan dengan Pulau Pinang, Selangor atau Johor.Dengan hanya beberapa projek setahun tentunya aktiviti kewangan Kedah juga tidaklah begitu rancak.Dalam ertikata lain,tidak seharusnya seorang Menteri Besar terlepas pandang atau tidak sedar akan apa yang berlaku dalam negeri yang kecil ini. Justeru, tidak ada alasan bagi Azizan untuk menafikan kelemahannya.Azizan juga tidak dapat lagi untuk meletakkan kesalahan ke atas bahu kerajaan terdahulu memandangkan projek-projek yang mengalami masalah yang 'pelik-pelik' ini adalah bermula ketika pemerintahannya. Sudahlah projek yang 'diluluskan' tidak masuk akal, kerugian yang dialami pula diakibatkan oleh masalah yang tidak masuk akal juga.Di masa yang sama pula,Azizan langsung tidak mampu mencari projek yang benar-benar masuk akal yang amat diperlukan oleh Kedah dan rakyatnya.Contohnya,memelihara,memulihkan dan membina pusat-pusat pelancongan serta peninggalan sejarah.Sehingga kini,pusat pelancongan yang boleh dibanggakan oleh rakyat Kedah,hanyalah Langkawi,itupun dicetus dari pemikiran Tun Mahathir yang amat dibenci oleh PAS.Kedah sebagai tamadun tertua seharusnya mampu menjadi pusat sejarah namun usaha untuk menggali dan mengorek serta mendokumenkan sejarah lama masih gagal dilakukan.Malang bagi Kedah kerana pemimpinnya hanya berminat untuk meraih undi tanpa memikirkan tanggungjawab sebenar mereka terhadap negeri tersebut. Sedangkan Kedah mampu mengatasi atau menyaingi Melaka dalam menjadi negeri bersejarah. Ini belum lagi dikira masalah sampingan seperti KUIN atau KCS sendiri yang mana perasaan tidak puas hati di antara orang bawahan dengan orang atasan serta orang sekeliling berterusan tanpa apa-apa tindakan atau keputusan dari Azizan. Perebutan jawatan dalam pentadbiran Kedah juga dibiarkan berlarutan seolah-olah Azizan sudah buntu atau mungkin benar-benar tidak tahu menahu tentang apa yang berlaku.Kini,setelah segalanya terdedah dengan bukti audit, kita tidak tahu sama ada Azizan sengaja buat tak tahu atau benar-benar tidak tahu. Beliau tidak pula memberi jaminan siasatan atau penambahbaikan akan dilakukan ke atas pendedahan audit. Tetapi, apa yang beliau tahu ialah menuding jari kepada pihak lain serta mengangkat bahu mengaku tidak tahu. Langsung beliau tidak malu menjadi MB yang serba tak tahu. Maka tidak hairanlah bila ada yang bertanya "Apa yang Azizan buat di Kedah ???" Maka jawapan rakyat Kedah ialah "Azizan buat tak tau". RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment