UMNO Online - “Kelantan Govt Must Clarify Projects Censured By A-G” plus 6 more |
- Kelantan Govt Must Clarify Projects Censured By A-G
- Rais Attends Programme To Enhance Malaysia-Cambodia Ties
- Jangan Jual Tanah Pemberian Kerajaan, Kata Khaled
- Van Skuad Sayang Wanita Umno Bandar Tun Razak Disimbah Cat Merah
- Jual Aset PKNS: Khalid Terus Dicabar Beri Penjelasan
- Kerajaan Terus Bantu Golongan Ketinggalan – Nor Mohamed
- Kerajaan K’tan Perlu Jelaskan Kepada Rakyat Teguran Ketua Audit Negara
Kelantan Govt Must Clarify Projects Censured By A-G Posted: 27 Oct 2012 08:20 AM PDT TANAH MERAH, Oct 27 – The Kelantan state government should treat seriously the censures highlighted in the Auditor-General’s Report 2012 for projects implemented, and immediately give clarifications to the public. Kelantan Umno Liaison chairman Datuk Seri Mustapa Mohamed said the people had the right to seek clarification because the funds used in implementing the projects came from the public. “We have not received convincing clarification from the state government. The people of Kelantan have the right to ask for an explanation on what happened to the projects which did not yield commensurate return on the substantial investments made,” he told reporters at the Aidiladha Open House at his residence, here today. Mustapa said the projects censured by the Auditor-General included the people’s farm project, the Sungai Kelantan development and beautification project, and Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd. “We hope the state government will not treat the Auditor-General’s Report lightly. We must be fair where praise is given for positive action taken while acknowledging our weaknesses and addressing them,” he said. |
Rais Attends Programme To Enhance Malaysia-Cambodia Ties Posted: 27 Oct 2012 08:17 AM PDT PHNOM PENH, Oct 27 (Bernama) – Malaysian Minister of Information, Communications and Culture Datuk Seri Dr Rais Yatim today attended the Programme to Boost Malaysia-Cambodia Common Culture at Kampung Speu, Chom Kaalee, 170km from here. The programme was held in conjunction with the Hari Raya Aidiladha celebration at the village which has a Muslim Malay population of 2,000. Dr Rais, in his speech at the function, hoped that the Champa Malay culture in the country could continue to grow and be given prominence. In introducing the Malaysian Malay culture to the Malay community in Cambodia, he said the Malaysian Department of Culture would stage a cultural show in this country soon. Dr Rais said Malaysians had ties with the Malays in Kampung Cham in this country through marriage and commerce. At the function, the Malaysian minister also handed over a contribution of RM10,000 to the Kampung Speu Mosque and RM12,000 to six surau in the surrounding areas. Another contribution of RM5,000 was distributed to 50 students of religious schools. Dr Rais’s wife, Datin Seri Maznah Rais also handed over contributions to female students of religious schools. Also present was the Malaysian Ambassador to Cambodia, Datuk Pengiran Mohd Hussein Mohd Tahir Nasruddin. In an interview later, the Mufti of Cambodia, Kamaruddin Yusof said he was thankful for all the contributions. He said the programme could assist efforts to further boost friendly ties between the Muslim communities of both countries. Meanwhile, the Penang Cop Bikers, a motor riders club whose members comprise police personnel, also participated in the programme in Kampung Speu to contribute sacrificial meat and financial aid to residents in several villages in the area. The club’s deputy president, Mohd Fauzi Harun, 44, said they had travelled the 2,000km journey from Air Hitam, Penang on motorcycles from Oct 23 and arrived at the Cambodian capital on Oct 25. Dr Rais, who is on a working visit to this country from Oct 24 to 27, earlier attended the Asean Socio-Culture Community Council Meeting, here. |
Jangan Jual Tanah Pemberian Kerajaan, Kata Khaled Posted: 27 Oct 2012 08:14 AM PDT PASIR GUDANG, 27 Okt – Penduduk kampung setinggan yang diberi geran tanah oleh kerajaan dinasihati agar tidak menjual tanah yang mereka peroleh walaupun ditawarkan harga yang tinggi. Anggota Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan memberikan tanah itu bagi kesenangan dan keselesaan golongan tersebut. “Saya berharap penduduk memanfaatkan pemberian tersebut dengan sebaik-baiknya. Bina rumah yang selesa untuk seisi keluarga, tetapi jangan sesekali menjualnya,” katanya. Mohamed Khaled yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Notis 5A kepada penduduk Kampung Masai Baru, Masai, di sini hari ini. Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk M. Munusamy dan ADUN Johor Jaya, Tan Cher Puk. Mohamed Khalid berkata, kerajaan negeri akan terus membantu penduduk setinggan di 10 perkampungan dalam negeri ini untuk mendapatkan hak milik ke atas tanah yang mereka telah diami sekian lama. Menurut beliau, setakat ini borang permohonan atau Notis 5A telah dikeluarkan kepada penduduk di Kampung Pasir Gudang Baru, Kampung Melayu Makmur dan yang terbaru, Kampung Masai Baru. “Selepas ini, penduduk Kampung Melayu Pandan pula yang akan mendapat peluang itu namun pemberian geran di kawasan itu agak mencabar kerana sebahagian besar tanah bukan milik penuh kerajaan. “Bagaimanapun, kerajaan mempunyai pilihan untuk mengatasi isu berkenaan dengan menawarkan rumah yang di bawah projek kerajaan negeri yang berharga lebih RM200,000 hanya pada harga RM25,000 kepada penduduk terbabit,” jelasnya. Mohamed Khalid berkata tawaran rumah itu sangat berbaloi apatah lagi pembayaran nilai tersebut boleh dibuat secara ansuran bergantung pada jumlah pendapatan penduduk. Beliau berkata jika penduduk tidak setuju dengan pilihan itu, mereka boleh memilih untuk memohon tanah yang prosesnya menunggu lebih lama kerana ia melibatkan banyak prosedur. |
Van Skuad Sayang Wanita Umno Bandar Tun Razak Disimbah Cat Merah Posted: 27 Oct 2012 08:11 AM PDT KUALA LUMPUR, 27 Okt – Pergerakan Wanita Umno Bahagian Bandar Tun Razak hari ini dikejutkan dengan perbuatan menyimbah cat merah serta menconteng perkataan kesat pada sebuah van Skuad Sayang milik mereka. Ketuanya Zaleha Najmuddin berkata kejadian itu dimaklumkan oleh seorang awam kepada setiausahanya pada pukul 11.26 pagi tadi yang kebetulan melalui kawasan kejadian di Taman Tenaga, Bandar Tun Razak. “Saya cukup kecewa dengan pihak yang melakukan tindakan sabotaj ini dan cuba mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno yang banyak berkhidmat kepada masyarakat di sini. “Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab yang sama sekali tidak akan mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno,” katanya kepada pemberita di pusat pergerakan Wanita tersebut hari ini. Beliau berkata sehubungan itu pihaknya telah membuat laporan polis di Balai Polis Salak South pada 2.10 petang ini bagi dijalankan siasatan lanjut. Zaleha berkata sebelum ini pergerakan tersebut telah disabotaj sebanyak dua kali seperti menyimbah cat merah pada pusat pergerakan itu dan menggunting kain rentang yang dipasang mereka. Sementara itu Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. |
Jual Aset PKNS: Khalid Terus Dicabar Beri Penjelasan Posted: 27 Oct 2012 08:05 AM PDT KUALA LUMPUR, 27 Okt – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dicabar untuk tampil memberi penjelasan berhubung cadangan negeri itu menjual lima aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bernilai RM321 juta. Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata Abdul Khalid terutamanya perlu menjelaskan rasional cadangan penjualan itu khusus mengenai kesannya ke atas golongan usahawan Bumiputera yang menjalankan perniagaan di premis-premis terlibat. “Bolehkah kerajaan negeri Selangor memberi jaminan bahawa bakal pemilik baru lima aset berkenaan akan menjaga kebajikan usahawan yang berada di premis-premis terbabit dalam penjualan tersebut kelak?” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan mengulas kontroversi cadangan penjualan aset terbabit oleh kerajaan Selangor yang dikhuatiri merugikan rakyat negeri itu khususnya golongan Bumiputera. Lima aset berkenaan ialah Menara PKNS, Petaling Jaya; SACC Mall, Shah Alam; Kompleks PKNS Shah Alam; Kompleks PKNS Bangi; dan Wisma Yakin, Jalan Masjid India. Rosnah berkata sebagai bekas ahli korporat, Abdul Khalid seharusnya berfikiran lebih matang dalam meningkatkan pembangunan negeri dan rakyat tanpa mengakibatkan penganiayaan terhadap mereka. “Tan Sri Abdul Khalid tidak boleh menganggap pentadbiran negeri Selangor sebagai satu perniagaan yang hanya mementingkan keuntungan dan pembangunan tanpa memikirkan kebajikan rakyat. “Adakah penjualan lima aset tersebut merupakan jalan terbaik? Mengapa keputusan tersebut dibuat sekarang? Adakah PKNS menghadapi masalah kewangan? Semua persoalan ini menjadi tanya tanya dan perlu dijelaskan,” tegas Rosnah. Katanya, PKNS sepatutnya berusaha menambah pegangan aset miliknya dan bukan mengurangkannya dengan cara menjual (hartanya) kepada pihak lain. |
Kerajaan Terus Bantu Golongan Ketinggalan – Nor Mohamed Posted: 27 Oct 2012 08:03 AM PDT KLANG, 27 Okt – Kerajaan kini memberi tumpuan terhadap isu-isu khusus berkaitan ekonomi mikro dalam usaha membantu golongan yang ketinggalan dalam arus pembangunan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Beliau berkata penekanan diberi kepada program yang dapat menjana ekonomi dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi. “Selain memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan ekonomi makro, kerajaan juga mengutamakan ekonomi mikro dalam usaha membantu kumpulan yang belum merasai hasil kemakmuran negara secukupnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis konvokesyen Power Malaysia di sini, hari ini. Nor Mohamed berkata antara inisiatif yang dilakukan ialah memperuntukkan RM14 juta bagi penganjuran pelbagai program untuk kaum India sepanjang tahun ini. Katanya, melalui usaha itu, pelajar kaum India dalam kelas peralihan yang ketinggalan akan dibantu dengan kelas tambahan. “Kerajaan sudah membuat projek perintis dalam membantu 200 pelajar kaum India dalam kelas peralihan di Sepang, Kapar dan Klang, dan sambutannya amat menggalakkan,” kata Nor Mohamed. Sementara itu, presiden Power Malaysia, Mohana Muniandy berkata 280 wanita kaum India di seluruh negara telah diberi kursus kemahiran anjuran Power Malaysia dalam tempoh dua tahun. “Mereka yang terdiri daripada ibu tunggal, golongan berpendapatan rendah dan keluarga miskin diberi kursus kemahiran selama tiga bulan dalam bidang jahitan, gubahan bunga, kecantikan, kristal serta manik. Selepas tamat kursus, mereka berjaya membuka perniagaan sendiri,” katanya. Power Malaysia mendapat peruntukan RM1 juta dari Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri untuk mengadakan kursus berkenaan. |
Kerajaan K’tan Perlu Jelaskan Kepada Rakyat Teguran Ketua Audit Negara Posted: 27 Oct 2012 07:52 AM PDT TANAH MERAH, 27 Okt – Kerajaan Negeri Kelantan perlu memandang serius teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 terhadap projek yang dilaksanakan dan segera memberi penjelasan kepada rakyat. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata rakyat berhak mendapat penjelasan kerana perbelanjaan bagi melaksanakan projek tersebut menggunakan wang rakyat. “Kita belum dapat penjelasan yang mantap daripada kerajaan negeri, rakyat Kelantan berhak mendapat penjelasan apa yang berlaku terhadap projek-projek tersebut yang tidak mendapat pulangan memuaskan daripada pelaburan yang besar,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Sempena Hari Raya Aidiladha di kediamannya di sini hari ini. Mustapa berkata projek yang mendapat teguran Ketua Audit Negara itu termasuk projek ladang rakyat, projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan dan Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd. “Kita harap kerajaan negeri tidak mengambil ringan Laporan Ketua Audit Negara itu, kita hendaklah berlaku adil mana yang baik kita harus beri pujian mana yang lemah kita akui dan membuat pembetulan,” katanya. Beliau berkata rakyat negeri ini tidak berpuas hati dengan pendekatan kerajaan negeri melaksanakan projek tersebut antaranya projek ladang rakyat yang tidak mencapai sasaran untuk mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan peserta. Ditanya Barisan Nasional (BN) berkemungkinan akan menamakan calon Pilihan Raya Umum ke-13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini, Mustapa berkata pihaknya menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan. Beliau berkata semua pihak boleh memberi pandangan bagaimanapun keputusannya terserah kepada pucuk pimpinan parti dan semua pihak perlu akur dengan keputusan itu. Semalam, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika menyuarakan kemungkinan tersebut berkata perbezaan daripada amalan biasa itu tidak tertakluk kepada calon Umno sahaja malah semua parti komponen BN. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment