BADUT RAKYAT |
- KANTOI !!! ISU PKNS !!! DULU UNTUK PERUMAHAN RAKYAT !!! KINI UNTUK DANA PRU 13 !!!
- EKSKLUSIF !!! ANDA NAK TAHU SIAPAKAH SEBENARNYA ANWAR IBRAHIM ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS AND VIDEO !!! PENDEDAHAN SEBENAR STRATEGI DAP MEROMPAK TANAH MILIK ORANG MELAYU TERSEBAR !!!
- BONGKAR !!! UGUTAN MOGOK OLEH PEMANDU TEKSI !!! ADAKAH ITU KETERLALUAN ???
- HOT NEWS !!! HUDUD !!! DATUK IBRAHIM ALI MEMBELASAH PAS KAW-KAW !!!
- HOT NEWS !!! @NOHOMAR YANG HARUS MINTA MAAF ATAU FAEKAH YANG BEBAL ???
KANTOI !!! ISU PKNS !!! DULU UNTUK PERUMAHAN RAKYAT !!! KINI UNTUK DANA PRU 13 !!! Posted: 27 Oct 2012 08:30 AM PDT Di atas nasihat Penasihat Kewangan Negeri,PKR turut mencari lain-lain sumber kewangan yang lebih untuk pilihanraya selain dari sumber asing.Antara yang dikenalpasti untuk menjadi 'golden geese' (angsa bertelor emas) kepada PKR adalan PKNS.Setakat ini, menurut sumber HQ,beberapa projek PKNS sudahpun menyalurkan sejumlah dana kepada tabung pilihanraya. Perjanjian pembangunan secara joint venture adalah jalan yang paling selamat.Antara projek yang dikatakan menjadi sangat penting kepada dana pilihanraya – sekaligus mempertahan Selangor adalah seperti berikut : Datum Jelatek (mixed development consisting of four residential towers and retail podium) bernilai RM900 juta Sports City, Kelana Jaya (sports-themed mixed development) bernilai RM1.8 billion PJ Sentral Garden City, Petaling Jaya (integrated urban regeneration project) bernilai RM2.6 billion. [Khabarnya kebanyakan 'kickback' akan disalurkan kepada DAP.] PJ Elevated City (SoHo suites, retail space, al-fresco restaurants, hostels) bernilai RM3 billion Aquavilla,Shah Alam (gated community) bernilai RM20juta 90 degrees Residence 1, Selangor Science Park,Cyberjaya bernilai RM118.16 juta Aura, Setia Alam (gated community) bernilai RM58 juta Menara Worldwide bernilai RM350 juta Jumlah semua bernilai RM8,884.16 juta atau RM8.9 billion Tidak kira lagi objektif PKNS untuk menyediakan perumahan kepada anak-anak Selangor dan rakyat berpendepatan rendah. PKNS mahu buat duit sebanyak yang boleh. Masaalah nanti di repair kemudian. Rakyat mudah ditipu dengan propaganda. Pemain ekonomi yang sudah lama bekerjasama dengan PKNS semakin diketepi. Kini kebanyakan usahasama baru yang digubal dalam PKNS sepanjang pemerintahan PKR memerlukan 'blessing' (restu) Anwar atau Azmin. Tanpa restu kedua-dua strategis utama PKR ini, tiada apa dapat dijalankan. Soalan utama : apakah semua usahasama ini dilakukan secara tender terbuka? Atau 'selected tender' (tender terpilih)? Ataupun, berdasarkan 'quotation' (sebutharga) yang dihantar sesalinan kepada Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor? Apakah ini yang dikatakan kepimpinan bersih dan integriti yang sering Anwar laungkan? Sejauh mana Anwar membezakan antara 'sumbangan peribadi' JV Partners PKNS dengan dana pilihanraya PKR? DAP tidak ada banyak masalah dengan usahasama yang dilakukan. Taikun Cina masih diberikan peluang yang luas.Sementara JV Partner Melayu bergembira dengan projek bernilai RM58 juta dan RM118 juta; DAP lebih minat dengan projek 'bilion' ringgit.Menarik sekali. Khabarnya, ramai juga Taikun Pulau Pinang yang sudah berkongsi peluang di Selangor atas nama 'transparency' (ketelusan). Patutlah Khalid Ibrahim beria mengucapkan terima kasih kepada rakyat Selangor dengan menyangkutkan banner merata-rata tempat.Sementara rakyat dimomokkan dengan air percuma, tetapi akan berhadapan dengan masaalah air dalam beberapa tahun lagi hingga Tuanku Sultan sudah terpaksa menegur. Mereka sedang khenduri 'makan besar' projek PKNS. Padanlah cakap besar nak jadikan PKNS syarikat hartanah yang hebat. Pekerja pun disogokkan dengan bonus yang berlipat kali ganda untuk ditutup mulut.- GA RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! ANDA NAK TAHU SIAPAKAH SEBENARNYA ANWAR IBRAHIM ??? WAJIB BACA !!! Posted: 27 Oct 2012 05:00 AM PDT Saya mula mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak tahun 1969.Sewaktu menjadi Pengerusi BBC Parlimen Malaysia,saya berurusan dengan beliau selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Ketua Whip BN yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal urusan Dewan Rakyat.Selain mengetahui beliau memang pintar mennyanyikan lagu Hindustan dan beberapa lagi oldies Inggeris, dan mengetahui hubungannya dengan Ikatan Cendikiawan Muslim Indonesia (ICMI) serta World Assembly of Muslim Youth (WAMY),saya kurang arif mengenai network beliau dengan lain-lain individu tertentu di seluruh dunia.Namun sepotong berita di bawah ini menyebabkan saya merungkai semula persoalan strategik ini — siapakah Anwar sebenar-benarnya. KUALA LUMPUR (malaysiaaktif) – Walaupun akhirnya dibebaskan daripada tuduhan meliwat,nampaknya Datuk Seri Anwar Ibrahim terus berusaha untuk mengaitkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan konspirasi kerajaan untuk menjatuhkan selain wujudnya tekanan daripada pihak luar untuk membebaskan beliau (http://malaysiaaktif.my).Kemudiannya saya tonton semula interview Anwar bersama Stephen Sackur dalam BBC World Hard Talk 10 Mei 2005 menerusi Seterusnya, saya terjumpa pula sepotong berita oleh Christopher Badeaux, New Ledger dalam internet — http://www.anwaraidc.com/?p=11465 Sesudah itu,saya terjumpa pula sesi Anwar bersama Paul Wolfowitz selaku mantan bos Bank Dunia,mantan Timbalan Setiausaha Pertahan Amerika Syarikat (AS) dan salah seorang pengkarya Project for the New American Century (PNAC) yang didukung sepenuhnya oleh kelompok neokonservatif yang pro-Israel dan pro-perang anti-teror di Iraq dan Afghanistan. http://web.worldbank.org/WBSITE/EXTERNAL/EXTABOUTUS/ORGANIZATION/EXTPRESIDENT2007/EXTPASTPRESIDENTS/EXTOFFICEPRESIDENT/0,,contentMDK:20977460~menuPK:64343277~pagePK:51174171~piPK:64258873~theSitePK:1014541,00.html dan http://malaysiane.ws/al-gore-anwar-ibrahim-paul-wolfowitz/26 Semua data di atas mengembalikan ingatan saya kepada kisah RAND Corporation yang didakwa sebagai satu daripada organisasi jaringan Zionis International "untuk memecah belah umat Islam di berbagai belahan dunia,termasuk di Indonesia" (Dwi Hardianto,Majalah Sabili 3 Februari 2011:32).Anehnya, majalah Indonesia ini turut menyatakan bahawa RAND Corporation yang ditaja oleh "AS, negara barat, termasuk jaringan Zionis International" (ibid) juga memberikan penghargaan kepada "Anwar Ibrahim" (ibid:33). Akhir sekali, saya imbas semula kenyataan Naib Presiden Al-Gore pada tahun 1998 yang memuji kelompok pro-Anwar yang menentang kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai "the brave people of Malaysia" (The New York Times 17 November 1998; BBC 18 November 1998).Seluruh maklumat dan data di atas menjadikan saya terus tertanya-tanya, mengapakah Anwar berkata bahawa keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 yang lalu adalah hasil tekanan "pihak luar." Kesimpulannya, siapakah Anwar dalam konteks politik Malaysia, politik AS dan kepentingan neokonservatif; apakah kaitan Anwar dengan RAND Corporation dan mengapakah organisasi ini memberikan penghargaan kepada beliau; dan mungkinkah "pihak luar" yang dimaksudkannya adalah AS serta Paul Wolfowitz dan rangkaian neokonservatif yang bercita-cita menguasai rantau Asia Tenggara dan Asia Timur di abad ke-21… Oleh Ruhanie Ahmad RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 27 Oct 2012 01:30 AM PDT |
BONGKAR !!! UGUTAN MOGOK OLEH PEMANDU TEKSI !!! ADAKAH ITU KETERLALUAN ??? Posted: 26 Oct 2012 10:00 PM PDT Pada 23 Oktober lepas,Gerakan Tuntutan Pemandu Teksi Malaysia (TEKSI) yang kononnya mewakili seluruh pemandu teksi mengugut akan mengadakan protes aman setiap Sabtu selagi tuntutan mereka untuk memperoleh permit individu tidak dipenuhi kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). Pengerusinya,Mohammad Ridzwan Mohamad Daud berkata, mereka juga akan jelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan kepentingan dan hak pemandu teksi yang diabai kerajaan.Majlis pelancaran Tuntutan Pemandu Teksi Malaysia dilakukan oleh Ahli Parlimen Ampang,Zuraida Kamaruddin di Bilik Gerakan Utama Parlimen Ampang yang dihadiri lebih 100 pemandu teksi.Selain menuntut permit teksi individu tanpa syarat,TEKSI juga mendrafkan beberapa tuntutan lain kepada kerajaan khususnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Antara tuntutan tersebut merangkumi kadar bunga atau cukai kenderaan pembelian teksi buatan Malaysia dimansuhkan, membenarkan penggunaan teksi selain dari Proton untuk teksi bandar kerana kos pembaikan dan ketahanannya kurang memuaskan serta kadar harga meter dikaji semula.Selain daripada itu mereka juga menuntut kerajaan supaya mengkaji semula kemudahan perkhidmatan bas Go KL,memansuhkan kaunter teksi berkupon yang telah membebankan penumpang dengan bayaran tambahan, menubuhkan badan yang menjaga hak pemandu teksi dan memberi pinjaman untuk pembelian rumah dan sebagainya. Semakin dekat PRU13,semakin banyak pihak dipergunakan oleh Pakatan Rakyat khasnya untuk mengugut Kerajaan dengan permintaan-permintaan yang tidak masuk akal.Awal bulan lalu pula,kira-kira 250 pemandu teksi mogok di hadapan kompleks beli belah Pavilion di ibu negara sebagai tanda protes terhadap perkhidmatan bas percuma Go KL yang 'membunuh' mata pencarian mereka.Kitapun hairan,apa salahnya Kerajaan menyediakan bas percuma untuk Rakyat sekitar Ibu kota untuk meringankan beban Rakyat.Tambahan lagi,bukankah majoriti pemandu-pemandu teksi di sekitar Ibu Kota amat bersikap acuh tidak acuh dengan penumpang-penumpang tempatan yang mahu menggunakan perkhidmatan teksi untuk jarak yang dekat ??? Bukankah pemandu-pemandu teksi sekitar Ibu Kota lebih gemar mengambil penumpang terutama dari pelancong-pelancong asing supaya mereka dapat mengenakan caj yang lebih tinggi tanpa menggunakan meter ??? Kita sedia maklum bukan semua pemandu-pemandu teksi yang merupakan penyokong Kerajaan. Dalam mereka merembat segala bantuan Kerajaan kepada pemandu-pemandu teksi terutama bantuan terbaru iaitu insentif hampir RM35 juta untuk pemandu teksi di seluruh negara melalui program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA),mereka tetap tidak bersyukur.Kita tidak salahkan Ahli Parlimen Ampang dan Pakatan Rakyat. Mereka ini bijak memperdayakan Rakyat minoriti yang cuba mengambil peluang atas sikap terdesak Pakatan Rakyat untuk meraih undi.Namun kita terkilan dengan sikap segelintir pemandu teksi yang malas bekerja,suka berjudi dan menipu pelanggan.Hebat betul permintaan mereka ini seolah-olah nasib mereka sahaja yang perlu dibela oleh Kerajaan.Apakah kemudahan-kemudahan yang mereka minta ini adalah berjajaran dengan khidmat yang mereka berikan kepada masyarakat dan Rakyat Malaysia selama ini. - Selangor Daily Apakah masalah yang ditimbulkan oleh memandu-pemandu teksi seperti tidak mahu menggunakan meter,mengenakan tambahan yang terlampau tinggi,tidak mahu mengambil penumpang dan bermacam masalah lain akan selesai sekiranya Kerajaan menurut kemahuan mereka di atas ??? Pemandu-pemandu teksi mempunyai rekod yang tidak baik di kalangan Rakyat Malaysia termasuk pelancung asing sebagai pengguna.adakh anda lupa dengan kes di bawah : 46 kes pemandu teksi kenakan tambang lebih 16/07/2012 2:46 Pm KUALA LUMPUR – Setakat ini,Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) telah merekodkan 46 kes kesalahan pemandu teksi mengenakan tambang melebihi kadar dibenarkan di negara ini, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada 1,823 kes pelbagai kesalahan yang dilakukan pemandu teksi.Katanya,pemandu teksi bersalah akan dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 Seksyen 22(3) yang menyatakan mana-mana pemandu melakukan kesalahan ini boleh dikenakan denda tidak kurang RM1,000 tetapi tidak lebih RM5,000 atau boleh dipenjarakan tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Ahmad berkata demikian semasa menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong yang meminta penjelasan mengenai tindakan yang akan dikenakan terhadap pemandu teksi di ibu kota yang sengaja tidak menggunakan meter semasa membawa penumpang.Ahmad berkata,kerajaan juga melaksanakan beberapa inisiatif bagi memperbaiki imej perkhidmatan kenderaan awam yang uzur,daif serta kotor selaras dengan hasrat menjadikan negara maju berpendapatan tinggi. – Bernama RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! HUDUD !!! DATUK IBRAHIM ALI MEMBELASAH PAS KAW-KAW !!! Posted: 26 Oct 2012 07:00 PM PDT Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata penipuan PAS terhadap Umat Islam khususnya di Kelantan berkaitan perlaksanaan hukum hudud terbukti menerusi kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu,Datuk Wan Mutalib Embong pada 3 Oktober 1996 yang mendakwa Kerajaan Negeri masih tiada sebarang usaha serius dalam melaksanakan Sistem Perundangan Syariah itu.Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas juga mempersoalkan sikap pemimpin-pemimpin PAS Negeri yang melaungkan perjuangan melaksanakan Undang-Undang Islam itu menjelang Pilihan Raya namun sehingga kini ianya masih belum dilaksanakan meskipun Sidang DUN Negeri telah meluluskan usul menggubal Sistem Perundangan Negeri Kelantan. "PAS Kelantan tidak pernah pun meminta pandangan PAS pusat untuk melaksakan syariat yang hendak diluluskan pada tahun sebelum ini. Mereka masih bercakap mahu melaksakan hukum hudud tetapi sesudah mendapat kelulusan di Dewan Undangan Negeri sampai ke hari ini mereka tidak buat hukum itu," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat PERKASA di sini semalam. UNTUK SELANJUTNYA APA CERITA NI ??? ANDA NAMPAK PAS KENCING RAKYAT MALAYSIA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! @NOHOMAR YANG HARUS MINTA MAAF ATAU FAEKAH YANG BEBAL ??? Posted: 26 Oct 2012 04:00 PM PDT apa cerita ni ??? Patutlah ramai pemimpin PKR nie bengang dan menyampah dengan Setpol Khalid Ibrahim yang bernama Faekah Husin ni.Minah nie suka sangat keluarkan statement yang menampakkan lagi kebodohan bos dier,siapa lagi kalau bukan Khalid Gagap.semalam faekah menggesa Noh Omar untuk memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan rakyat Selangor kerana mendakwa PKNS mahu menjual lima asetnya pada harga RM321 juta.bagi faekah kononnya Noh nie memalukan UMNO & BN kerana memliki menteri kabinet yang 'naif' tentang hal ehwal korporat,jelas membuktikan bahawa beliau tidak mahir selok belok urus tadbir korporat. Bagi saya,PKR dan Pakatan serta Khalid Ibrahim yang patut malu kerana memiliki seorang Setpol yang bodoh dan bangang.kenapa saya kata begitu ??? Sebelum ini Noh mendakwa,aset-aset terlibat yang dikatakan bakal dijual ialah Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta),Shah Alam Convention Centre (SACC) (RM93 juta),Kompleks PKNS Shah Alam (RM88 juta),Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).Namun Faekah mengatakan kesemua aset komersial yang dimaksudkan Noh itu masih kekal milik PKNS.Menurutnya,PKNS ketika ini sedang dalam proses menyelaras aktiviti-aktiviti teras Kumpulan PKNS di mana salah satu inisiatif korporat yang sedang dilaksanakan adalah penubuhan syarikat milik penuh perbadanan itu iaitu Private Real Estate Company atau PREC. (sila rujuk Selangorku) saya nak tanya Faekah,kalaulah PKNS sedang membuat penstrukturan semula aset-aset ni atau PKNS,mengapa ada urusan 'JUAL-BELI' ke atas lima aset tersebut seperti Menara PKNS mahal tu (RM90 juta), SACC (RM93juta), Kompleks PKNS Shah Alam (RM88juta),Kompleks PKNS Bangi (RM42juta) & Wisma Yakin RM7 juga.Kalau bukan untuk dijual,mengapa wujud nilai yang berjuta-juta ni.Apalah susat sangat, kalau yea pun nak buat pemindahan syarikat atau sebagainya, tubuhlah syarikat A, B, C, D, E …. Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta) tukar kepada Company A,Shah Alam Convention Centre (SACC) (RM93 juta) pergi ke Company B,Kompleks PKNS Shah Alam (RM88 juta) pergi ke company C,Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) pergi ke company D dan Wisma Yakin (RM7 juta) ke company E. Lagi satu,saya nak tanya si faekah.Kenapalah dalam urusan PKNS nie cepat si faekah ni menjawab…. Tapi mengapa bila kena tang UNISEL,senyap.diam mencuka si faekah ni ??? kenapa tak nak jawab isu UNISEL ??? Ataupun sebab faekah ni ada kepentingan dalam UNISEL ??? sebab tu diam dan sekarang dia nak muncul sebagai hero dalam PKNS,boleh plak dia dapat kepentingan dalam PKNS nanti.manalah tahu kan ???? SIKIT MASA LAGI AKAN TERJAWAB CERITA PKNS NI FAEKAH WEIII !!! TUNGGU !!! |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment