UMNO Online - “KDN Akan Siasat Dakwaan Terhadap Suaram – Hishammuddin” plus 9 more

UMNO Online - “KDN Akan Siasat Dakwaan Terhadap Suaram – Hishammuddin” plus 9 more

Link to UMNO Online

KDN Akan Siasat Dakwaan Terhadap Suaram – Hishammuddin

Posted: 05 Oct 2012 06:45 AM PDT

PETALING JAYA, 5 Okt – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat dakwaan penjawat awam menerima wang sogokan daripada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebagai habuan kepada penyaluran maklumat rahsia negara.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pemantauan yang berterusan akan dijalankan terhadap sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

“Saya tidak boleh sahkan atau nafikan dakwaan itu tetapi kita akan pantau perkara-perkara yang sensitif melibatkan kepentingan negara sama ada maklumat, wang ringgit dan juga orang-orang luar,” katanya selepas melancarkan Kempen Keselamatan Wanita di sebuah sekolah di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan akhbar oleh Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah semalam yang mendakwa sejumlah RM100 juta dana asing dipercayai telah dibawa masuk sepanjang operasi Suaram di negara ini.

Wang tersebut juga dipercayai digunakan untuk merasuah beberapa kakitangan kerajaan dalam membuat keputusan yang memihak kepada kepentingan sekutu Suaram serta mendapatkan maklumat dan rahsia kerajaan dalam negara.

Sementara itu, Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno, menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan tindakan sesetengah pihak yang mempolitikkan isu majlis kenduri kahwin anak lelaki Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

“Saya nak ingatkan orang ramai kalau kita nak berpolitik pun ada had dan batasan dan jangan kita terikut-ikut amalan kebencian dan serangan peribadi sehingga kerja kahwin pun dipolitikkan,” katanya

“Esok saya akan jumpa Ali Rustam dan beritahu jangan kecewa kerana benda ini (sengaja ditimbulkan) kerana musim politik,” katanya.

Malaysia Di Landasan Betul Memerangi Rasuah – Idris Jala

Posted: 05 Oct 2012 06:42 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Malaysia berada di landasan betul dalam mewujudkan “halangan dan pencegahan’ asas dalam memerangi rasuah, kata Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Datuk Seri Idris Jala.

Berucap pada konvensyen Persatuan Pihak Berkuasa Antirasuah Antarabangsa (IAACA) di sini hari ini, beliau berkata inisiatif itu, antara lain, ialah pengenalan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, penubuhan 14 Mahkamah Khas Rasuah dan penyiaran nama pesalah rasuah di laman web Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Inisiatif lain ialah usaha menambahbaik Kerangka Pembiayaan Politik, pengurangan 52 peratus lesen perniagaan tidak perlu; Ikrar Integriti Korporat; penyiaran kontrak kerajaan secara online; pemeteraian 132,459 perjanjian integriti dan inisiatif-inisiatif dalam laporan Ketua Audit Negara, katanya.

Idris, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata hasil daripada inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan Malaysia amat menggalakkan berdasarkan kajian bebas yang dijalankan oleh Institut Integriti Malaysia, Frost & Sullivan dan Price Waterhouse Coopers.

Beliau berkata Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Malaysia mengenai rasuah telah terbukti efektif dan oleh itu, berkongsi maklumat berkenaan dalam konvensyen seperti IAACA akan memberi manfaat kepada usaha memerangi rasuah global.

“Kami memperkenalkan tujuh NKRA di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk fokus kepada apa yang rakyat mahu,” katanya.

Hasilnya “barometer rasuah’ (CB) Malaysia telah berubah daripada 48 peratus pada 2010 kepada 49 peratus tahun lepas.

Pemimpin Kemaruk Jawatan MB Buat Negeri Selangor Bertambah Huduh

Posted: 05 Oct 2012 06:33 AM PDT

Belumpun wisel PRU 13 ditiupkan secara rasmi, kem-kem pihak berkepentingan dalam PR sudah bertelagah sesama sendiri berhubung perebutan jawatan Menteri Besar Selangor yang sekarang ini sedang disandang Khalid Ibrahim.

Semuanya gara-gara kenyataan Timbalan Presiden PKR yang menyatakan Selangor akan mendapat MB baru selepas PRU 13 serta turut mengesahkan perkara tersebut sedang dalam perbincangan pimpinan tertinggi PR.

Kenyataan Azmin Ali itu kemudian menjadi kontroversi memaksanya membuat ‘pembetulan’ terutama sekali selepas Setiausaha Agong PAS, Mustapha Ali menegurnya kerana bimbang kenyataan Timbalan Presiden PKR itu akan mengelirukan penyokong pakatan pembangkang.

Namun demikian, dikalangan rakyat Selangor tak ada yang keliru pun kerana umum mengetahui Azmin telah agak lama mengidam dan begitu kemaruk sekali untuk mengambil alih jawatan tersebut. Kontroversi kali ini hanyalah lanjutan dari beberapa konflik dalaman yang pernah tercetus sebelum ini.

Melihat pada rekod dan sejarah Azmin dalam membelasah musuhnya dalam PKR dan PR hingga lunyai, tidak sukar untuk kita jangkakan Khalid juga akan mengulangi nasib yang sama sebagaimana pernah di alami Zaib Ibrahim dan Hasan Ali.

Zaid yang diawal kemasukannya dalam PKR disambut meriah bagai pahlawan akhirnya terpelanting keluar selepas dilihat berpotensi mencabar populariti dan kewibawaan Azmin dalam PKR.

Hasan pula disepak terajang oleh PAS selepas Azmin memberi kata dua kepada pemimpin PAS supaya mengambil tindakan keras berikutan kenyataan Hasan yang menolak demonstrasi 901 pada Januari lepas.

Selepas PRU 13 sama ada PKR kekal atau rebah di Selangor, tetap tiada maknanya dunia politik untuk Khalid. Sama ada dia akan terpinggir sendiri atau dipinggirkan secara terhormat, semuanya menjurus kepada kejatuhannya dari hierarki kepimpinan PKR.

Dalam pada itu, keterlanjuran Mustapha Ali menegur Azmin nampaknya mengundang padah apabila dalam satu mesej tweeternya kepada seorang pembacanya, Azmin memperlekehkan teguran pemimpin PAS itu sebagai kenyataan dari orang yang mudah melatah disebabkan faktor usia yang semakin tua.

Reaksi Azmin itu agak keras seumpama satu ketukan yang agak menyakitkan singgah di atas kepala Setiausaha Agong PAS. Satu penghinaan yang agak memilukan hati barangkali.

Tapi nasib Mustapha boleh dikira masih baik kerana cuma diketuk sahaja dan bukannya dibicarakan dan dipecat dari parti tanpa bela diri seperti mana dialami bekas Naib Presiden PAS, Hasan Ali.

Namun tentunya ia mengundang amarah dikalangan penyokong dan ahli PAS tapi percayalah, dalam keadaan sekarang di mana PAS hanyalah ibarat keldai tunggangan untuk PKR dan DAP, tiada apa yang dapat PAS lakukan dalam menghadapi sikap Azmin yang kurang ajar dan terlampau ego itu.

Apapun, PRU 13 belum pun membuka tirai namun dikalangan pemimpin PR sudah berperang merebut jawatan yang belum tentu akan kekal di tangan mereka lagi. Nampak sangat nawaitu perjuangan politik terlebih-lebih mengutamakan kepentingan perut sendiri berbanding khidmat bakti untuk rakyat.

Sama-samalah kita tunggu PRU 13 dan kita akan saksikan di antara mereka bertiga ini, Azmin, Khalid dan Mustapha, siapa yang masih kekal berpaut di dahan kering atau tak mustahil kesemua mereka dicampak oleh rakyat jauh terperosok ke dalam longkang.

Pengundi Ijok

Opposition Claims Of ‘BN Has Brought No Development To Sabah’ A Big Lie

Posted: 05 Oct 2012 06:15 AM PDT

KIULU, Oct 5 – Sabah deputy chief minister, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan refuted opposition claims of Barisan Nasional (BN) not having brought ‘any development’ to the state and its people for the past 49 years as a big lie.

Describing the opposition’s allegations as a tactic to garner votes for the upcoming general election, he added that Sabahans could see the evidence for themselves with the provision of basic facilities, infrastructure, education, electricity and water supply.

“Conditions have come a long way since I entered politics in 1975 or 1976. Sabah was lacking in many areas but now there’re roads, electricity and water supply, schools, institutions of higher learning (Universiti Malaysia Sabah), even in Kiulu,” he said.

The Parti Bersatu Sabah (PBS) president was speaking during the opening of the Kiulu division PBS annual general meeting, at the Kiulu Multipurpose Hall here today.

He added that Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was in the midst of actively transforming the country towards a developed nation with a high income population by 2020 through the Government Transformation Programme.

Calling Najib a ‘political doctor’, Pairin said the Prime Minister was a people’s leader who always went down to the grass roots to treat and resolve their problems, especially in rural and secluded areas.

“Najib genuinely listens to the needs and woes of the people. That’s why he’s willing to go down to the grass roots, including in my constituency of Tambunan,” he said, adding that Najib was the first Prime Minister to set foot in Tambunan.

He advised Sabahans to fully support BN and not be easily swayed by the opposition’s tactics of promising anything just to gain power.

Perlekeh Satu Sama Lain Bukti Pakatan Pembangkang Pakatan Kosmetik

Posted: 05 Oct 2012 06:09 AM PDT

KUALA LUMPUR 5 Okt – Tindakan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali memperlekehkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapa Ali menerusi laman twitter bukti betapa pemimpin pembangkang tidak mempunyai perasaan hormat antara satu sama lain.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata komen Azmin Ali itu adalah satu gambaran betapa pakatan pembangkang bukanlah satu pakatan yang ikhlas dan jujur sebaliknya penuh dengan perasan hasad serta saling tidak mempercayai .

Menurutnya isu yang tercetus sebelum itu juga berhubung Selangor akan mendapat Menteri Besar baru bagi menggantikan Tan Sri  Khalid Ibrahim sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) juga adalah sesuatu yang cukup janggal.

"Kita nampak daripada luar nampak pelik sikit la….Sebelum pilihan raya seolah-olah boleh tentukan siapa yang boleh bertanding…siapa yang tidak boleh bertanding… saya pun difahamkan  keputusan itu pun tidak dibuat Majlis Presiden parti-parti pembangkang.

"Walaupun kita tidak mahu campur rumahtangga orang lain tetapi nampak gaya macam-macam masalah dalam pakatan ini. Bukan sahaja Azmin dengan khalid tetapi dua hari lepas Azmin kata dalam twitter kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali komen salah dan kata-kata yang tidak sepatutnya.

"Benda-benda macam itu dalam Barisan Nasional (BN) kita tak cakap…. kita hormat komponen parti tak cakap macam tu..kita tak cakap dia dah tua, dia ni sombong, dia ni tokong, aragon. Rakyat nilailah kalau antara mereka dah boleh cakap macam itu dalam mesyuarat.. dalam  twitter… Ini Azmin lepas dalam twitter..bukan dalam mesyuarat tertutup.. dalam twitter. Dia terlepas cakap," katanya di sini, hari ini.

Kata beliau lagi masalah antara mereka seolah-olah tidak dapat disembunyikan lagi dan itulah yang rakyat perlu membuat penilaian terbaik.

"Bagi saya beliau cakap pasal SUA parti lain. Takkan boleh cakap secara terbuka macam itu. Justeru rakyat kena tengok kalau sesama mereka pun tak boleh sembunyi lagi, tak boleh kongsi lagi apa kebencian terhadap parti-parti lain dalam pakatan macammana hendak memerintah. Macammana mereka nak pakat," katanya.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapa Ali sebelum ini menegur kenyataan Azmin Ali berhubung isu pelantikan baru Menteri Besar Selangor.

Dalam jawapan kepada satu pertanyaan mengenai kritikan Mustapa itu, Azmin dalam nada menyindir berkata, “faktor usia menyebabkan beliau keliru dan cepat melatah,”.

Sebelum itu, seorang pengguna tweet dengan nama @hisomudin komen dengan berkata “Mustapha Ali ali dakwa YB akn mengelirukn rakyat behbg MB Selangor. Kenyataan beliau lagi mengelirukn! Just my opinion!” tulisnya.

Selain itu, Azmin juga RT tweet Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohamad Akin yang menyindir Setiausaha Politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin.

Kata Shamsul,”RT @shamsuliskandar: Faekah tdak perlu melatah; yg memilih kerajaan & Menteri Besar ialah rakyat ! Pemimpin bebas berikan pandangan. ”

Kenyataan tersebut mungkin merujuk kepada kenyataan Faekah yang disiarkan sebuah portal berita.

Faekah dilaporkan menyoal bidang kuasa Azmin Ali dalam pelantikan Menteri Besar Selangor.

"Siapa Azmin untuk membuat kesimpulan begitu? Saya tidak tahu dari mana dia dapat aspirasi begitu?" kata Faekah.

Azmin sebelum ini dilaporkan berkata Khalid Ibrahim ‘sesuai’ memegang jawatan Menteri Persekutuan jika PR mengambil alih Putrajaya.

Kenyataan tersebut tidak disenangi Pas, berdasarkan komen terbuka yang dibuat Mustapa Ali dan disiarkan harakahdaily pada Selasa.

Dalam pada itu,  Khalid Ibrahim sendiri dilaporkan berkata kenyataan Azmin itu adalah pendirian peribadi Timbalan Presiden PKR itu sendiri.

Menurut Khalid, kenyataan itu bukanlah dibuat secara bersama membabitkan PKR, DAP dan Pas.

NGO Desak KDN Siasat Pembangkang Bawa Masuk Peguam Asing

Posted: 05 Oct 2012 05:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Okt –  Enam badan bukan kerajaan (NGO) mendesak Kementerian Dalam Negeri menyiasat rancangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta tiga anggota Parlimen Pakatan Rakyat yang berhasrat membawa masuk pihak asing mencampuri hal-ehwal pentadbiran dan keselamatan negara berhubung isu pembelian kapal selam Scorpene.

Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) Dzulkarnain Mohd Taib berkatasiasatan itu perlu bagi mengetahui agenda pembangkang menjemput tiga peguam luarnegara memberi taklimat kepada anggota Dewan Rakyat berkaitan prosiding mahkamahdi Perancis berhubung pembelian kapal selam tersebut.

Dzulkarnain juga mempersoal kemampuan pembangkang menanggung kos kehadiranpeguam terbabit, yang tidak diketahui sumbernya.

“Mereka adalah peguam profesional, dan kita sedia maklum bayaran dikenakan mengikut jam. Siapa yang membayar kos pengangkutan dari Perancis dan juga kos penginapan, kerana sudah pasti mereka tidak akan menetap di hotel tiga bintang,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang Jumaat.

Selain KWMM, NGO lain yang membuat laporan polis ialah Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Lembaga Kesedaran Pencegah Jenayah (LKPJ), Lembaga Pelindung Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Pada 3 Okt lalu, pemimpin Pakatan Rakyat Datuk Mahfuz Omar, R. Sivarasa danTian Chua mengadakan sidang akhbar di Parlimen memaklumkan Anwar menyampaikansurat jemputan kepada Bourdon dan rakan peguamnya, Joseph Breham serta OliverMetzner untuk memberi taklimat di Dewan Rakyat.

Bajet 2013 Salah Satu Agenda Besar Pemuda UMNO Alor Star

Posted: 05 Oct 2012 04:45 AM PDT

ALOR STAR  5 Okt – Pemuda UMNO Alor Star akan memberi penerangan dan penjelasan isu-isu semasa khususnya persoalan Belanjawan 2013 yang dimanipulasi oleh pembangkang kepada kumpulan sasaran yang sebenar.

Ketuanya Datuk Zubir Zabidi berkata Belanjawan 2013 adalah satu agenda besar yang akan diberi pendekatan dan penerangan sewajarnya dengan menumpukan kepada beberapa aspek serta pecahan tertentu untuk memudahkan orang ramai terutama golongan muda memahami dengan lebih mudah.

Menurut beliau memang tugas pembangkang akan memanipulasi apa jua yang dilaksanakan oleh kerajaan dan atas dasar itulah pula menjadi tugas serta tanggungjawab mereka sebagai sayap parti untuk memberi penderangan sewajarnya.

"Untuk mencari kelemahan bukanlah sesuatu yang susah dan itulah kerja pembangkang. Dah namanya pun pembangkang tentulah mereka akan menggunakan apa jua kaedah untuk memastikan rakyat percaya dengan apa yang mereka bawa.

"Kita pula menggunakan kedah kita untuk berdepan dengan situasi ini dan salah satu caranya adalah menerusi Pentas Pemuda dan beberapa cara lain seperti 'flyers' dan sebagainya lagi," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Zubir yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia seterusnya menambah Pemuda bahagian berkenaan hanya menunggu masa untuk bergerak dalam usaha membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti.

Tambah beliau segala perancangan ke arah itu telah lama berjalan dan pada saat dan ketika ini mereka hanya melihat kepada beberapa perkara yang perlu diperkemaskan lagi dalam usaha melahirkan sebuah jentera yang mantap.

"Insyaallah..bila tiba masanya nanti Pemuda Alor Star akan bergerak dan mengorak langkah dengan pelbagai resepi yang telah kita rancangkan untuk memastikan hasrat rakyat untuk perubahan di Alor Star terlaksana," katanya. -MediaUMNO

Malaysia Undergoing Challenging Phase To Achieve Developed Nation Status – Najib

Posted: 05 Oct 2012 04:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 5 – Datuk Seri Najib Tun Razak said Malaysia is now undergoing the most challenging period in the final phase to achieve the developed nation status by the year 2020.

The Prime Minister said Malaysia had a clear strategy and direction to go through the challenge that would elevate the country to the desired position.

“We know how to get there there. But we need to work hard. Think creatively in order to get there.

“We must renew our determination and resolve, and with the grace of Allah, this dream and aspiration can be achieved,” he said when opening the ‘Ekspo MalaysiaKu’ at the Putra World Trade Centre, here today.

Also present were Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Nor Mohamed Yakcop and Chief Secretary to the Government Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

The three-day exposition with the theme “Tanah Air yang Dihormati” (Our Respected Country) is organised by the Economic Planning Unit.

Recalling the country’s development in the context of economic growth, Najib said Malaysia had undergone three major phases, namely, the phase to realise the essence of independence, the industrial era development phase implemented through the New Economic Policy, and the third phase under the new economic model, where the Economic Transformation Plan and the Government Transformation Plan (GTP) were introduced to drive national development.

The Prime Minister said the country had achieved much success beginning as an agricultural nation which was leading in rubber and palm oil production.

“Today, we have sectors which have achieved global recognition such as oil and gas, real estate, Islamic banking and financial centre, manufacturer of products such as gloves, and the latest, we have emerged as the third largest IPO (initial public offering) hub in the world,” he said.

Najib said these achievements could be realised because Malaysia had strong political leadership that was effective and had the wisdom to make decisions that were ahead of time and received the support of the civil servants.

“These two elements formed the foundation for our success,” he said.

In order for the country’s success and development to move in tandem, Najib said emphasis was also given to the people’s well-being index.

This was implemented by making improvements to sectors that were close to the people’s heart including services, public transport, pollution, solid waste and crime prevention, he said.

“We are not a government that is static in terms of approach and thinking.

“We are not a government that doesn’t want to change. We can change, we can reform and bring real progress to the country,” he said, adding that creative thinking was crucial in taking the country to greater heights.

“That journey will be successful…but we need your support and mandate when the time comes,” he added.

Dana Asing RM100 Juta Untuk Guling Kerajaan, GAPS Yakin JMM Ada Bukti Kukuh

Posted: 05 Oct 2012 03:12 AM PDT

SHAH ALAM, 5 Okt – Pendedahan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang Suaram telah menerima sejumlah dana asing sehingga RM100 juta dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini sangat memeranjatkan rakyat.

Justeru Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yakin penyaluran dana asing ini adalah bagi tujuan menggulingkan kerajaan yang telah dipilih secara demokrasi.

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, penyaluran dana asing ini merupakan satu perkara yang sangat serius yang boleh mengancam kedudukan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di negara ini.

“Ancaman penderhakaan kepada negara ini disebut dalam perkara 149 Perlembagaan Persekutuan iaitu membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang diPertuan Agong atau kerajaan dalam persekutuan serta usaha untuk mendapatkan perubahan secara tidak sah.

“GAPS yakin JMM mempunyai bukti yang kukuh sehingga boleh mengaitkan Suaram membawa masuk sejumlah wang yang sangat besar yang dibiayai oleh anasir subversif asing,” ujarnya di sini hari ini.

Tegas beliau lagi, selain itu syarikat-syarikat dan individu yang menggunakan topeng NGO untuk melaksanakan kepentingan agenda asing ini juga wajar didedahkan kepada rakyat. NGO-NGO dan parti-parti politik yang mendapat tajaan dana asing juga wajib diumumkan.

“Selain dari pihak Polis, Pendaftar Syarikat dan Bank Negara yang sudah terlibat menyiasat perkara ini, GAPS juga mencadangkan Jabatan Imegresen, Suruhanjaya Sekuriti dan Jabatan Audit Negara serta lain-lain agensi yang berkaitan juga wajar menyiasat menyaluran masuk dana asing yang berniat jahat ini”, katanya.

Oleh yang demikian tambah beliau GAPS mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat secara penyeluruh pengaliran masuk dana asing yang mempunyai niat jahat yang mahu menghancurkan sistem pemerintahan demokrasi negara sekali gus menghuru-harakan keamanan dan ketenteraman awam, kesejahteraan dan keharmonian rakyat serta kemakmuran ekonomi negara ini.

“Kerajaan juga wajib membentang lapuran suruhanjaya ini di Parlimen sebagai Kertas Putih mengenai usaha terancang campur tangan asing untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam sistem pemerintahan demokrasi di negara ini,” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor.

Katanya mereka yang terlibat menjadi agen dan talibarut anasir asing ini wajar dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.

“Tiada kompromi kepada mereka yang menjadi penderhaka kepada negara Malaysia yang merdeka”, ujarnya. -MediaUMNO

55 Peratus Tenaga Kerja Wanita Di Malaysia Menjelang 2015

Posted: 05 Oct 2012 02:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Malaysia dijangka memiliki 55 peratus tenaga kerja wanita menjelang 2015, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Mayarakat, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur.

Beliau berkata pelbagai program akan dilaksanakan bagi mencapai sasaran tersebut termasuk waktu kerja fleksibel, bekerja dari rumah dan menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja.

“Menurut Laporan Bank Dunia, sehingga 2011, kadar penyertaan tenaga kerja wanita di Malaysia ialah 47.9 peratus iaitu di bawah kadar purata negara Asia Timur dan Pasifik yang lain,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Pembangunan Dunia 2012 mengenai Persamaan Gender dan Pembangunan di sini.

Noorul Ainur berkata 71 pusat penjagaan kanak-kanak ditubuhkan di pelbagai agensi kerajaan dan 20 di sektor swasta untuk ibu bekerja.

Laporan pembangunan berkenaan menyebut menggalak penyertaan wanita kepada peluang pekerjaan dan ekonomi boleh meningkatkan produktivi di rantau berkenaan. Beliau berharap pihak berkepentingan akan mengguna pakai sepenuhnya laporan itu bagi memastikan strategi dan inisiatif ke arah persamaan gender di Malaysia adalah setanding dengan standard antarabangsa.

Katanya peruntukan RM50 juta kepada wanita dalam Belanjawan 2013 perlu digunakan untuk melatih wanita sebagai anggota lembaga pengarah syarikat bagi membantu mencapai sasaran kerajaan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat dasar.

Belanjwan tersebut akan turut digunakan untuk Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) dalam keusahawanan, program Get Malaysian Business Online untuk melatih 50,000 usahawan kecil secara online dan saringan mamogram percuma.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...