BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! HANNA YEOH SALAH GUNA KUASA !!! APA CERITA NI ???

Posted: 05 Oct 2012 08:59 AM PDT


Rakyat Selangor telah ditindas dengan kejam oleh kerajaan pakatan haram Selangor. Belum reda isu Khalid Ibrahim salahguna duit rakyat dengan membeli bas mewah untuk kegunaan Anwar Ibrahim dan pembelian lori kompaktor sampah terpakai, kini timbul semula cerita bagaimana peruntukkan membaiki jalan telah diberikan kepada Hannah Yeoh Adun Subang Jaya untuk menjaga kebajikan penduduk Subang Jaya namun atas salahguna kuasa adun DAP yang lalai menjalankan tugas maka jalan-jalan di sekitar penyeliaan MPSJ tidak dijaga dengan sebaiknya.Kejadian jalan rosak,lampu jalan tidak berfungsi masih terus berleluasa Dan salah seorang mangsa terbaru adalah seorang warga emas kini koma sejak seminggu lalu selepas terbabit dalam kemalangan di Persiaran Lestari Perdana, dekat Sri Kembangan.

Koma angkara jalan rosak

Hakikat bahawa Hannah Yeoh hanya sekadar menjalankan tugasadun dengan berfungsi sebagai penulis di beberapa akhbar seperti STAR semata-mata ingin membina reputasi palsu di mata masyarakat Subang Jaya.Rakyat Selangor dibohongi seolah-olah Hannah Yeoh ini telah menjalankan tugas dengan cemerlang melalui propaganda penulisan beliau sedangkan hakikat sebenarnya tiada apa-apa pembaharuan dan pembaikpulihan yang Adun Dap ini jalankan.Begitu juga dengan propaganda yang mereka jalankan di blog-blog dan akhbar Cina di mana mereka telah suap secukupnya editor dan kakitangan untuk mengeluarkan berita palsu mereka.


Kenyataan sebenarnya yang menjadi ukuran adalah MANIFESTO PRU12 dimana kurang dari 25% janji dapat mereka tepati kerana semua adun pakatan haram Selangor tidak menjalankan tugas. Mereka sibuk mengisi poket masing-masing sepenuhnya. Bilamana Beng Hock di tahan untuk soal siasat atas kejahatan pemimpin DAP maka pakatan haram telah menghantar pembunuh professional untuk pastikan kegiatan mereka tidak terbongkar. Semuanya telah dirancang dengan teliti dengan lakonan meratapi kematian Beng Hock sedangkan mereka yang telah membunuhnya.Dengan izin Allah semua akan terbongkar akhirnya. Kerajaan pakatan haram Selangor telah gagal mentadbir sebuah negeri maka sesungguhnya meraka langsung tidak layak mentadbir Malaysia negaraku yang bertuah. - Selangor Daily

BAHAYA...keadaan jalan yang rosak teruk  akibat gagal diselenggara.

BAHAYA…keadaan jalan yang rosak teruk akibat gagal diselenggara. 

 KUALA LUMPUR: Gara-gara permukaan jalan yang rosak teruk sejak dua bulan lalu, seorang warga emas kini koma sejak seminggu lalu selepas terbabit dalam kemalangan di Persiaran Lestari Perdana, dekat Sri Kembangan, di sini. Kejadian kira-kira jam 8.30 malam pada 28 September lalu itu menyebabkan mangsa, Bahardin Mohd Sohor, 67, patah tulang rusuk, cedera mata kanan, darah beku di kepala dan luka di badan serta kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini. Dalam kejadian itu, mangsa yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Insan Penyayang Malaysia (PKIPM) menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda seorang diri dalam perjalanan pulang ke rumah. Sejurus motosikalnya terlanggar lubang akibat jalan rosak, kenderaan Bahardin hilang kawalan menyebabkan dia jatuh ke atas jalan menyebabkannya cedera parah.- hmetro 

RENUNG-RENUNGKAN 

ISU PERGOLAKAN DI SELANGOR !!! MACAM INI KER NAK PERINTAH MALAYSIA ???

Posted: 05 Oct 2012 12:00 PM PDT


Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS),Dato' Sohaimi Shahadan melihat pergolakan kepimpinan yang berlaku dalam PKR Selangor bukan masalahnya dan bukan urusannya sebaliknya melihat kemelut ini membuktikan bahawa fokus utama pemimpin-pemimpin PKR ini hanya mengutamakan kuasa dan pangkat, bukannya kepentingan rakyat didahulukan.Ujarnya, siapa yang tidak tahu di Selangor berlaku pergolakan antara parti dalam parti, perebutan kuasa dalam parti, antara pasukan Azmin Ali dengan pasukan Khalid. Jadi kalau nak tahu, Tanya sendiri pada kumpulan Tan Sri Khalid sendiri,sudah tentu kumpulan ini akan menolak Azmin dan kumpulan Azmin pula akan menolak Khalid. 

"Ini adalah bunga-bunga awal yang ditimbulkan oleh Timbalan Presiden PKR, walaupun tidak berapa jelas tetapi kita tahulah memang berlaku perpecahan dalam parti PKR di Selangor ini. Tambahnya, kemelut ini bukan sahaja di peringkat negeri,malah di peringkat ranting dan cabang pun wujud keretakan apabila ada team A dan team B," ujarnya mengulas kenyataan Azmin baru-baru ini bahawa kemungkinan MB Selangor akan bertukar selepasPRU13.jom lihat video di bawah

   

RENUNG-RENUNGKAN

ISU AIR PERCUMA !!! DI MANA HAK RAKYAT SELANGOR SEPERTI YANG DI JANJIKAN ???

Posted: 05 Oct 2012 08:30 AM PDT


PEMBERIAN bekalan air kegunaan domestik secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan kepada pemilik kediaman di seluruh Selangor ini memang disebut dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan Raya umum 2008.Perkara ini bukannya seperti ungkapan 'kami akan bagi,kami akan beri'.Itu subjektif tapi ini jelas dan terang memang disebut,jadi perkara ini adalah hak seluruh rakyat dan penduduk yang tinggal di Selangor,tak ada diskriminasi sama ada anda guna atau tidak meter air pukal.Itulah sebabnya Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor(GPRS),Datuk Sohaimi Shahadan menggerakkan inisiatif membantu mereka yang menuntut hak berkenaan daripada kerajaan PKR Selangor yang turut diterajui sekutu mereka daripada DAP dan Pas.

"Sebelum ini mereka tak kisah dan mungkin tak bersatu,tapi hati inginkan air percuma.Ada yang pada awalnya mengatakan ah! berapalah sangat kalau RM50 dikalikan (darab) dengan 11 bulan,baru RM550,tapi kalau diteliti balik,rugilah," kata Sohaimi ketika ditemui di Shah Alam kelmarin. 

Pada Jun 2008,kerajaan negeri Selangor yang mengambil alih pentadbiran BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU 12),Mac tahun itu,memperkenalkan subsidi sebanyak RM11.40 kepada rakyat Selangor di bawah Skim Air Percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan.Namun,bagi rumah yang menggunakan meter pukal tidak tertakluk di bawah program itu sehingga mengundang kemarahan rakyat negeri itu.Ini kerana diyakini pihak kerajaan negeri masih dapat menentukan penggunaan air dan mengeluarkan bil mengikut setiap isi rumah Dan sehingga Jumaat lalu,sejumlah 4,000 saman termasuk daripada orang perseorangan telah dikeluarkan terhadap kerajaan Selangor bagi menuntut tunggakan subsidi di bawah skim tersebut.Setakat ini,tiga kumpulan pengguna air daripada kawasan penduduk Kinrara,Puchong,Bukit Mahkota Cheras melibatkan 1,313 pengguna telah membuat tuntutan tunggakan subsidi RM748,410,manakala 2,020 penduduk Shah Alam dan Petaling Jaya (RM1.15 juta) sementara dari Seksyen 7 dan 18 Shah Alam melibatkan 711 orang dengan tuntutan RM450,270.

Manifesto adalah perkataan Latin yang dipopularkan di Itali yang maksudnya jelas tanpa was-was. Dan daripada catatan sejarah istilah itu telah digunakan dalam penulisan Inggeris pada tahun 1620. Manifesto secara umumnya adalah satu deklarasi awam yang dibuat secara bertulis untuk melahir sesuatu hasrat, motif atau aku janji tentang sesuatu pandangan,isu oleh seseorang individu,kumpulan,kerajaan atau pun parti politik. "Justeru,sama juga dengan tindakan-tindakan politik yang secara keseluruhannya melibatkan pemilih atau pengundi,kaedah pemasaran yang baik telah digunakan secara meluas demi mencari kemenangan dalam pilihan raya.Apa lagi perkataan manifesto itu secara asasnya sejak daripada awal lagi penggunaannya lebih menjurus untuk tujuan politik.Lantas apabila kita menyebut istilah tersebut, kita akan bayangkan janji-janji orang politik.Apabila berkempen pada setiap pilihan raya, para calon sebagai 'produk' akan menyediakan manifesto yang terbaik bagi memancing undi," kata Sohaimi.Menurut Sohaimi,rakyat Malaysia sudah 12 kali menggunakan autoriti memilih 'produk' yang difikirkan berkualiti dan berkelayakan untuk memimpin negara.Tidak lama lagi, pastinya rakyat akan sekali lagi membuat keputusan memilih satu produk yang berkualiti untuk dibayar dengan harga satu undi. "Persoalannya,apakah selepas pilihan raya yang ke-13 itu nanti,produk yang kita pilih itu akan berfungsi seperti mana yang kita inginkan sewaktu memilih untuk membeli mereka," kata beliau.

Pada PRU 12 yang lalu,kata beliau,pengundi telah disogokkan dengan pelbagai janji atau manifesto parti-parti dan individu yang bertanding. "Pada hemat saya,manifesto Barisan Nasional lebih fleksibel dan berpijak di bumi nyata.Sementara manifesto pakatan pembangkang pula sarat dengan janji-janji manis,tidak ubah seperti 'menabur gula-gula kepada kanak-kanak'.Telah ditakdirkan pakatan pembangkang menang di Selangor Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.Kemenangan di Selangor misalnya,kerana rakyat terpesona dengan manifesto yang dilaungkan mereka.Sudah tentu harapan itu tinggi kerana janji-janji yang dilaungkan itu ibarat mencapai bulan dan bintang.Sementara Barisan Nasional tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada pengundi, sebab itulah janji-janji dalam manifesto yang ditulis adalah berpada-pada dan fleksibel kerana pemimpinnya berhati-hati dalam mengukur keupayaan dan kemampuan diri untuk melaksanakan sesuatu," katanya. Walaupun tidak menaburkan janji manis dalam manifesto, kata beliau.

Barisan Nasional telah melaksanakan pelbagai program untuk membangunkan rakyat.Dengan berslogankan "1Malaysia: Pencapaian Didahulukan,Rakyat Diutamakan",Kerajaan Barisan Nasional telah mewujudkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),Skim Penyelarasan Harga, Bantuan Pelajar RM100, Baucar Buku RM200, Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA), Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1MALAYSIA), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA),Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), dan pelbagai lagi.

Kata beliau : "Ironisnya, di mana janji-janji manis pakatan pembangkang. Mereka tidak ubah seperti menanam bibir di tebu menyebabkan rakyat terpesona dan terpedaya.Hakikatnya,janji yang diberi adalah palsu. Manifesto yang dilaungkan hanya cantik pada fizikal tetapi sayang, bukan untuk dilaksanakan. Lebih mengecewakan apabila Menteri Besar Selangor (Abdul Khalid) mengakui bahawa 'janji-janji itu takkan dapat dilaksanakan' kerana manifesto pakatan pembangkang bukan satu perjanjian. Rakyat maklum, 20 liter padu air telah diberikan percuma pada setiap bulan kepada setiap isi rumah di Selangor. Tetapi pelaksanaannya tidak adil dan tidak semua rakyat menerimanya. Pada masa yang sama, Syabas pula yang terpaksa menanggung beban hutang yang tidak dibayar oleh kerajaan negeri. Sebagai rakyat Selangor, tentu anda ingin juga bertanya di mana tabung RM100 bagi setiap anak yang dilahirkan di Selangor? Ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke rumah asuhan, dapatkah mereka bantuan RM75 sebulan untuk seorang? "Anak seorang rakan saya mendapat tempat di universiti bertanyakan bantuan RM1,000, tetapi banyak pula kerenah dari pihak berkenaan (kerajaan Selangor) sehingga beliau menyerah kalah untuk mendapatkan bantuan tersebut. Berapa banyakkah janji manifesto itu yang berjaya dilaksanakan? Rasanya, rakyat Selangor boleh menilai sendiri. Jika dilaksanakan pun, hanya memberi masalah baru kepada orang lain termasuk rakyat sendiri. "Sekiranya diketahui bahawa kita tidak mampu menunaikannya, jangan sekali-kali kita berjanji dan menabur harapan yang tak pasti. Janganlah membuat manifesto palsu semata-mata untuk menang pilihan raya dan akhirnya rakyat menjadi mangsa pembohongan," kata Sohaimi

Oleh Zulkifli Jalil

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! ANWAR IBRAHIM DAN PKR TAMAK MAHU BOLOT JAWATAN KABINET !!!

Posted: 05 Oct 2012 05:00 AM PDT


Bukan main seronok pemimpin kanan PKR apabila Ketua Umum,Anwar Ibrahim membayangkan mereka akan dilantik menjadi anggota pentadbiran negara sekiranya PR memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 kelak.Andaian ini di buat oleh Ketua Penerangan PKR Selangor,Shuhaimi Shafiei yang nampaknya lebih pandai membaca mesej tersirat Anwar berbanding pemimpin PKR yang lain termasuk Presiden,Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presiden,Azmin Ali sendiri.Ketika berucap di Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 di Shah Alam Convention Centre pada hari Sabtu 29 September lalu,Anwar berkata mana-mana ahli parti yang tidak terpilih sebagai calon pada peringkat Parlimen atau DUN tidak seharusnya merajuk dan berputus asa.Kata-kata Anwar tersebut sebenarnya lebih bersifat gimik politik yang mana ini adalah salah satu sifat terkenalnya selain daripada sifat berdolak dalik dan suka kelentong.Beliau tahu semangat ahli-ahli PKR berada pada tahap yang rendah ketika parti berdepan dengan PRU ke-13 disebabkan pelbagai masalah runcing dalaman.Kekecohan serta penipuan dalam proses pemilihan pimpinan parti tahun 2010 masih diperkatakan walaupun secara senyap dan berselindung yang menempatkan Azmin sebagai orang nombor dua parti dan meletakkan kroni-kroni beliau di hampir setiap lapisan kepimpinan parti dari peringkat ranting, cabang hinggalah ke Majlis Pimpinan Pusat (MPP).Hakikat bahawa Azmin telah menggunakan dana yang cukup besar untuk membeli undi bagi memastikan kedudukannya tidak tercabar pada pilihan parti pada tahun 2013 adalah sesuatu yang telah memecah belahkan PKR. 

 Yang lebih dahsyat Anwar tidak melakukan apa-apa terhadap segala aduan penyelewengan yang dilakukan oleh Azmin malah melindungi pula bekas setiausaha sulitnya itu. Melihat pada keadaan menggelegak pada tahap akar umbi parti,Anwar terpaksa membuat janji manis untuk mengalihkan pandangan mereka kepada kemelut yang sedang berlaku.Selain daripada itu,rakyat kini boleh lihat betapa rakus dan tamaknya PKR yang bercita-cita merebut rampasan perang atau ghanimah walaupun tarikh pilihan raya masih belum diumumkan Perdana Menteri.Malah belum pun menang,PKR sudah mengeluarkan kenyataan sekurang-kurangnya 20 jawatan menteri dan timbalan menteri sudah di 'booking'.Ini tidak termasuk banyak jawatan kanan dalam kerajaan yang sudah tentu akan membuat ahli PKR terliur.Cita-cita besar PKR telahpun terbayang sebelum ini dalam minit mesyuarat PKR Pulau Pinang yang bocor dimana Timblan Ketua Menteri I, Mansor Othman mengatakan banyak jawatan kanan akan menjadi rebutan pimpinan parti sekiranya ia berjaya menawan Putrajaya.Jadi ucapan Anwar hanyalah kesinambungan daripada apa yang telah disebut secara tertutup oleh Mansor sebelum ini.Apa pula reaksi rakan PKR dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP? Tidakkah mereka juga mempunyai hasrat yang sama untuk berebut jawatan lumayan ataupun mereka ingin tunggu dan lihat dahulu.Mungkin mereka tidak mahu menunjukkan sifat tamak haloba mereka seperti PKR kerana takut dicaci rakyat. 

Hakikatnya di antara ketiga-tiga parti,PKR sememangnya paling tamak walaupun PAS dan DAP juga tidak kurang.Namun dalam menjadi juara tamak,PKR juga menjadi parti paling penakut dan tidak sedar bahawa ia mempunyai kerusi paling tercorot dalam Parlimen setelah ramai wakil rakyatnya melompat.Sehingga sekarang Anwar tidak berni mengatakan secara jelas bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri Pakatan Rakyat dan impiannya selama ini tidakpun disokong oleh PAS.Malah PKR atau pun Pakatan Rakyat masih kecut untuk umumkan senarai Kabinet Bayangan seperti yang di cabar oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Ini kerana hanya DAP sahaja yang beriya-iya mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri demi muslihat politik dan dan agenda perkaumannya. Komen daripada PAS atau DAP mengenai impian PKR untuk membolot majoriti jawatan dalam Kabinet sudah tentu akan menjadi sesuatu yang amat menarik untuk diamati. Mungkinkah PAS dan DAP akan melenting apabila mengetahui PKR sudah awal-awal mahu mendedahkan cita-cita besarnya itu.Jika ditahu pula jawatan Kabinet mana yang disasar oleh PKR,tidak tidurlah Abdul Hadi, Mat Sabu,Nik Aziz,Lim Guan Eng,Lim Kit Siang dan Karpal Singh dibuatnya.Samada kenyataan Anwar itu menunjukkan PKR belum matang berpolitik atau ini sengaja dilakukan sebagai satu strategi beliau akan tetap memberi kesan negatif kepada perpaduan PR yang semakin retak

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! SINAR HARIAN JADI MANGSA KEADAAN !!! APA CERITA NI ???

Posted: 05 Oct 2012 03:06 AM PDT


Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf,Datuk Abdul Jalil Ali hari ini mengeluarkan kenyataan menafikan akhbar di bawah kawalannya,Sinar Harian tersalah lapor tentang kenyataan Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali.Menurutnya,temu bual yang dibuat bersama Azmin itu dibuat di Parlimen dan disaksikan beberapa wartawan lain. 

"Apa yang kami siarkan adalah temu ramah berekod oleh wartawan dan jurugambar,tidak ada sebarang putar belit atau salah lapor.Wartawan kami boleh menunjukkan bukti apa yang dikatakan oleh YB berkenaan," katanya. 

Rabu lalu,Sinar Harian melaporkan pada muka depannya berita bertajuk,'MB Baru Selepas PRU13' dengan Azmin membayangkan kemungkinan Selangor akan kehilangan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya.Dalam laporan itu,Azmin dilaporkan sebagai berkata,kemungkinan itu berdasarkan kepada faktor keupayaan Abdul Khalid memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).Namun,keesokan harinya dalam sebuah laman portal Pengerusi PKR Selangor itu menafikan mengeluarkan kenyataan tersebut dan mendakwa kenyataannya itu disalah laporkan oleh Sinar Harian. Abdul Jalil turut menegur sikap sesetengah pihak yang sering menuduh media memutarbelitkan fakta sekiranya kenyataan asal yang dibuat menimbulkan kesan negatif setelah disiarkan dalam media. "Ini biasa terjadi,tetapi kami tidak berputus asa sebaliknya akan terus menegakkan profesionalisme kewartawanan dengan melaporkan kebenaran tanpa mengira laporan itu daripada pihak mana," katanya.

PEREBUTAN KUASA DI DALAM PR IBARAT BARAH YANG KRITIKAL DAN TUMBANG BILA-BILA MASA !!!

Posted: 05 Oct 2012 03:05 AM PDT


Tembelang perebutan kuasa di dalam Pakatan Haram semakin hari semakin pecah.Sebelum ini kita telah dihidangkan dengan pergeseran di antara Timbalan Menteri Pulau Pinang Dr Mansor Othman yang mengelarkan Ketua Menterinya sebagai "Cocky,Arrogant and Tokong (CAT)".Hubungan di antara Ketua Menteri yang dulunya suam-suam kuku, kini menjadi seperti retak menanti belah.Ketua Menteri dari parti DAP pastinya akan membuang Timbalannya dari parti PKR bila tiba masa yang sesuai. Semua ini berlaku kerana tamak kuasa. Terbaru, perebutan jawatan Menteri Besar Selangor pula menjadi bualan dan perdebatan di antara pemimpin-pemimpin Pakatan Haram.Umum mengetahui bahawa Azmin Ali sedang mengidamkan jawatan Menteri Besar Selangor.Cumanya,beliau tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk meyakini Ketua Umum PKR untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatannya. Helah terbaru Azmin Ali nyata dapat dibaca.Sinar Harian melaporkan,Tan Sri Abdul Khalid mungkin dipindahkan ke Pusat sekiranya Pakatan berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).Keputusan itu, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, PAS dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran tokoh korporat itu menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini,lapor harian itu. 

Azmin berkata, perbincangan peringkat Pakatan ada ke arah itu,bagaimanapun masih belum diputuskan kerana "tidak sesiapa pun boleh menentukan kedudukannya hari ini sehingga keputusan PRU13 diumumkan".Azmin tidak menunggu lama sehingga PRU13.Cara paling manis untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid adalah dengan membuat usul agar Tan Sri Khalid dipindahkan ke peringkat Persekutuan apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya. Dengan ini, jawatan Menteri Besar Selangor pasti dalam gengamannya. Hari ini pula, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula menemplak Azmin Ali dengan berkata, kenyataan Azmin Ali bersifat peribadi yang tidak pernah dibincangkan itu perlu dielak kerana ia boleh dianggap sebagai pendirian bersama Pakatan Rakyat.Mustafa turut kesal dengan kenyataan Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei sebelum ini yang berkata, 20 pemimpin PKR akan menyertai kabinet. Kenyataan Mustafa ini timbul ekoran di dalam Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 yang diadakan di Shah Alam Convention Centre baru-baru ini, Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa 20 pemimpin kanan PKR dijangka mewarnai jemaah menteri Kerajaan Pusat sekiranya parti tersebut berjaya menawan Putrajaya dalam PRU-13 nanti.

Walaubagaimanapun,senarai nama mereka yang dijangka dilantik tidak disebut tetapi menurut Ketua Penerangan PKR Selangor,Shuhaimi Shafiei,sebahagian kecil pimpinan kanan mungkin diangkat sebagai menteri dan timbalan menteri mengikut tradisi yang wujud di dalam hierarki kepimpinan politik tanah air, di samping memberi peluang kepada anggota parti yang berpotensi. Sebenarnuya, masalah PR untuk menyediakan Kabinet Bayangan bukan hanya terletak kepada kesukaran untuk mencari calon yang layak dan sesuai, tetapi yang lebih kritikal ialah untuk mendapatkan persetujuan semua pihak dari semua parti sekutu dari segi calon dan juga jumlah wakil dari setiap parti. Anwar sebagai PM tidak mungkin boleh mengumumkan tiga kabinet berasingan kerana ia akan menyebabkan memerintah dan mentadbir negara menjadi sesuatu yang mustahil. Justeru, Anwar tidak ada pilihan selain dari mempertimbangkan semua nama-nama yang disenaraikan oleh kesemua parti untuk jawatan kabinet. Jika ini berlaku, maka kabinet Pakatan Rakyat pastinya akan tercatat dalam sejarah sebagai kabinet paling besar dengan sekurang-kurangnya 80 Menteri dan Timbalan Menteri. Ia juga pasti akan direkodkan sebagai yang paling membazir dalam sejarah. - Selangor Daily 

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! BUKTI ANWAR KE PARIS DAN CERITA ALTANTUYA TERBONGKAR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 04 Oct 2012 11:00 PM PDT


Anwar Ibrahim dikatakan berada di Paris,Perancis selepas menghadiri Ceramah Mega Konvoi Royalti di Shah Alam.Perkara ini disebutkannya sendiri ketika berucap di program tersebut.Katanya,peguam-peguam yang mengendalikan skandal Scorpene ingin mengambil kesempatan bertemu beliau berhubung perkembangan terbaru kes tersebut dan beliau akan mengambil kesempatan itu untuk bertanyakan tentang perihal 'komisyen' yang terlibat dalam urusniaga itu.Lalu,kembanglah hidung penyokong-penyokong Anwar,bangga kerana ada Mat Salleh ingin berjumpa Anwar.Langsung tidak terlintas di fikiran mereka tentang apa kena mengena Anwar dengan pembelian scorpene kalaupun benar terdapat keraguan dalam urusniaga tersebut ??? Di bahagian manakah nama Anwar tertulis sebagai saksi atau alibi kepada sesiapa ??? Apakah Anwar terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses pembelian tersebut atau apakah Anwar melihat sendiri 'wang komisyen' bertukar tangan atau apakah Anwar berada di tempat kejadian rasuah atau mungkin, pembunuhan Altantuya ??? Atau apakah Anwar sekadar diperlukan untuk memberi pendapat mengenai kredibiliti saksi atau sikap orang yang disyaki ??? Jika benar,layakkah beliau ??? Jika layak, atas dasar apa pula kelayakan tersebut ??? Sebagai musuh ??? Sebagai rakan subahat ??? Sebagai pasangan intim ??? Tidak mungkin peguam-peguam tersebut ingin berjumpa Anwar sekadar untuk meminta penjelasan beliau tentang kes liwat,chinadoll atau Shamsidar yang tiada kena mengena scorpene ??? 

Jika benar mahkamah Perancis sedang membicarakan kes scorpene,yang mana mereka menafikannya,antara perkara yang perlu sebagai subjek penyiasatan selain saksi dan alibi,adalah barang bukti iaitu dokumen-dokumen kontrak,spesifikasi barangan,dokumen pengesahan syarikat-syarikat dan individu yang terlibat,butiran komunikasi antara pihak yang terlibat,butiran kewangan dan mungkin juga bukti perjalanan dan perbelanjaan yang dibuat oleh semua pihak yang terbabit.Selain dari semua ini,tidak ada peguam atau penyiasat yang akan mengambilkira individu atau perkara atau benda atau kejadian yang tidak bersangkut-paut dengan saksi,alibi atau bukti,sepertimana yang tersenarai dalam proses penyiasatan.Justeru,di manakah signifikannya kewujudan individu bernama Anwar Ibrahim yang kebetulan menjadi Ketua Pembangkang Malaysia,dengan pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia dari sebuah syarikat Perancis ??? Hanya satu saja kemungkinan penglibatan Anwar Ibrahim dalam apa yang disebutnya sebagai 'skandal scorpene' ini,iaitu beliau adalah dalang yang mereka-reka kisah rasuah dan komisyen dalam urusniaga ini.Maka,pertemuan beliau dengan peguam Perancis adalah untuk menyampaikan skrip baru atau arahan baru bagi menyerang kerajaan Malaysia menjelang pilihanraya.Jangan sekali-kali lupa bagaimana sebelum ini, Datuk Zulkifli Nordin,bekas peguam Anwar yang juga menjadi peguam kepada Chief Inspektor Azilah yang dituduh membunuh Altantuya telah mendedahkan bagaimana Anwar mengarahkan beliau agar menukar strategi pembelaan Azilah dengan 'mencipta dan memalsukan bukti untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan tersebut'. 

Bertitik tolak dari itu,maka Zulkifli telah menarik diri dan akhirnya meninggalkan Anwar lalu mendedahkan perkara ini.Jika Anwar pernah mengarahkan Datuk Zulkifli berbuat demikian, apakah yang menghalang beliau berbuat yang sama terhadap peguam-peguam Perancis yang ditemuinya ??? Jika Anwar sanggup merancang agar orang yang tidak bersalah dihukum atas kesalahan yang membawa hukuman mati, maka apakah yang menghalang beliau untuk merancang atau melaksanakan pembunuhan itu sendiri ??? Persoalan ini membawa kita kembali menyorot dua 'kemalangan langgar-lari' berasingan melibatkan kematian isteri seorang Dato' yang menjadi orang pertama membawa kes liwat 1 kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri ketika itu dan juga kematian isteri kepada mangsa dalam kes tersebut,Azizan.Mengambilkira semua fakta ini, maka pertemuan antara peguam-peguam Perancis yang kononnya mengendalikan kes scorpene,dengan Anwar Ibrahim yang 'tiada kena mengena' dengan pembelian tersebut, membawa kita kepada dua kesimpulan iaitu 1.'semakin banyak persoalan' atau mungkin juga sebenarnya adalah 2. 'sebuah jawapan'. 

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! DATUK IBRAHIM ALI MEMBELASAH ANWAR IBRAHIM KAW-KAW !!!

Posted: 04 Oct 2012 07:30 PM PDT


Ahli Parlimen Pasir Mas,Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim seperti burung unta di padang pasir kerana tindakan Anwar Ibrahim yang sanggup ke Paris,Perancis ketika sesi perbahasan Bajet 2013 sedang berlangsung menunjukkan beliau seorang pemimpin penakut yang `bercakap tidak serupa bikin'.Tambahnya,apabila Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir semasa Ketua Pembangkang itu berucap dituduhnya sebagai penakut sedangkan sebagai pemimpin kerajaan,sudah tentu Datuk SerinNajib sibuk dengan pelbagai tugas rasmi. 

"Kita tahu,semasa memegang jawatan Menteri Kewangan juga Anwar jarang mendengar ucapan Ketua Pembangkang pada masa itu yang disandang Lim Kit Siang.Semasa memegang jawatan Menteri Kewangan dahulu sehingga menjadi Ketua Pembangkang sekarang pun jarang ada dalam Dewan Rakyat untuk mendengar Ahli Parlimen lain berbahas," ujarnya ketika ditemui di Lobi Dewan Rakyat selepas sidang berakhir lewat petang semalam.Beliau turut mempersoalkan adakah Anwar pun begitu sibuk sehingga sanggup ke Paris semalam atau hakikatnya takut untuk berada di dalam Dewan Rakyat kerana bimbang diserang oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN). 

"Tindakan Anwar yang menuduh Najib yang juga Menteri Kewangan takut untuk berdepan dengan dirinya ketika membahaskan Bajet 2013 Isnin lalu tetapi pada masa sama,Ketua Pembangkang itu telah ke Perancis semasa sidang Dewan Rakyat masih berlangsung.Dalam masa yang sama,saya sedar,apabila saya bangun berucap mesti Ketua Pembangkang itu akan bangun meninggalkan Dewan Rakyat sebab dia tahu Ibrahim Ali kawan lamanya ini tahu segala rahsia dirinya.Cukup-cukuplah Anwar,insaflah.Berapa banyak lagi kamu hendak berbohong, memperlekeh dan memfitnah orang," ujarnya memperlekeh tindakan Anwar yang dilihat sentiasa takut untuk berhadapan dengan beliau khususnya di Parlimen.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! @AZALINA MEMBELASAH NURUL IZZAH DI DEWAN RAKYAT !!!

Posted: 04 Oct 2012 06:51 PM PDT


Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said mendedahkan peserta luar yang mengambil bahagian dalam perhimpunan Himpunan Hijau membantah projek petrokimia Pengerang pada 30 September lalu masing-masing telah dibayar RM30, dakwa Ahli Parlimennya, Datuk Azalina Othman hari ini. Membahaskan bajet di Dewan Rakyat, Azalina berkata itulah sebabnya pihak penganjur berjaya menarik orang ramai, yang didakwanya kebanyakannya orang luar untuk menghadiri perhimpunan tersebut. Azalina berkata pihak penganjur mendakwa perhimpunan itu dihadiri 7,000 tetapi beliau sebaliknya mendakwa telah difahamkan hanya 3,000 orang yang hadir kerana kawasan tersebut kecil. Oleh itu, beliau tidak tahu bagaimana kawasan itu boleh memuatkan seramai 7,000 orang,sambil mendakwa ramai daripada mereka yang hadir itu adalah orang luar dan dibayar RM30 setiap orang. Kenyataan itu mendorong Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) cuba bangkit untuk menjadi jaguh kampung di Parlimen mencelah bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas tuduhan tersebut, tetapi Azalina enggan memberi laluan kepadanya untuk bercakap. 


Nurul Izzah dilihat silap memilih lawan dalam gelanggang silat tatkala pertikaman lidah dengan itu menyebabkan anak emas Anwar ini tergamam seketika.Azalina sebelum ini mencabar ahli Parlimen PAS Kubang Kerian,Salahuddin Ayub untuk berdebat mengenai projek tersebut,kerana naib presiden PAS itu mendakwa penduduk Pengerang telah menjadi mangsanya. 

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...