UMNO Online - “Jumlah Kes Jenayah Syariah Di Selangor Meningkat – Pengarah Jais” plus 9 more |
- Jumlah Kes Jenayah Syariah Di Selangor Meningkat – Pengarah Jais
- Pembangkang Hidangkan Fantasi, Usaha Kaburi Bajet Realiti BN
- Patut Pembangkang Tanya Anwar, Azizah, Azmin Kenapa Jumpa Soros – Sharifah Azizah
- Pertukaran Status SAR Kepada SABK Tidak Jejas Organisasi Asal – Jamil Khir
- Hukuman Rogol Gadis Bawah Umur Wajar Diputuskan Mahkamah – Tun Zaki
- Lebih 20,000 Pesakit Kronik Dapat Manfaat Tabung Bantuan Perubatan
- Proses Perdamaian Selatan Filipina Mampu Tangani Masalah Kebanjiran PATI Di Sabah
- 33 IBO Projects Expected To Rake In RM1.58 Billion In Revenue Over 3 Years, Says Najib
- Pas Bakal Ulangi Skrip Lebai Malang Kempunan Makan Kenduri
- NGO Perlu Bantu Perbanyak Kaunselor Bertauliah Tangani LGBT – Puad Zarkashi
Jumlah Kes Jenayah Syariah Di Selangor Meningkat – Pengarah Jais Posted: 16 Oct 2012 04:14 AM PDT SHAH ALAM, 16 Okt – Sebanyak 1,151 kes jenayah syariah direkod oleh Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, melebihi jumlah yang direkod sepanjang tahun lepas, kata pengarahnya, Datuk Marzuki Hussin. Beliau berkata, sepanjang tahun lepas cuma 1,077 kes direkodkan. “Peningkatan ini merupakan satu keadaan yang sangat serius dengan kadar purata 191 kes sebulan sepanjang tahun 2012. “Kesalahan jenayah syariah di Selangor juga dilakukan oleh pelbagai generasi tanpa mengira usia, jantina dan latar belakang pendidikan seseorang,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar ‘Tanggungjawab Masyarakat DalamMenangani Jenayah Syariah’ di sini, Selasa. Marzuki berkata, jenayah syariah bukan sekadar kesalahan seperti khalwat, persetubuhan luar nikah dan lelaki berlagak seperti perempuan, malah melibatkan kesalahan berkaitan akidah seperti dakwaan palsu, kesucian agama Islam serta institusi agama Islam itu sendiri. Beliau berkata, tanggungjawab menangani jenayah syariah tidak seharusnya dibebankan kepada penguat kuasa agama sahaja, yang turut menerima kritikan serta tohmahan ketika menjalankan tugas. “Sebagai contoh, kes siasatan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh pihak penguat kuasa agama Jais yang dikatakan menyalahi prosedur. Apa dikesali terdapat banyak pihak mengambil kesempatan ke atas isu ini dengan menokok tambah cerita sehingga memberi kesan negatif ke atas institusi agama Islam itu sendiri,” katanya. Siasatan pada 3 Ogos tahun lepas itu dilakukan selepas Jais mendapat maklumat terdapat orang Islam menyertai majlis anjuran DUMC selain berlaku penyebaran ajaran Kristian kepada mereka di gereja tersebut. Justeru, Marzuki berkata, setiap individu perlu mempunyai sikap ‘menjaga tepi kain orang’ dalam usaha membantu membendung gejala jenayah syariah di kalangan masyarakat, dengan syarat ia perlu berlandaskan undang-undang. Beliau berkata, Jais juga mengambil langkah proaktif dengan memberi kuasa kepada pegawai masjid untuk bersama-sama menggunakan kuasa menangkap pihak yangmelakukan jenayah syariah. Selain itu, Marzuki berkata, ekoran kes siasatan DUMC, pihaknya kini di peringkat akhir merangka Pelan Strategik Dakwah Negeri Selangor 2013-2017, yang mengandungi 10 strategi bagi menangani masalah akidah dan memperkasa umat Islam di negeri ini. “Pelan ini akan melibatkan semua peringkat termasuk umat Islam, warga emas, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), masyarakat bukan Islam dan badan bukan kerajaan (NGO). “Kita akan bentangkan draf di mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan kemudian bukukannya, seterusnya kita rancang memohon perkenan Sultan Selangor untuk melancarkan pelan ini, yang dijangkakan pada awal tahun depan,”katanya. |
Pembangkang Hidangkan Fantasi, Usaha Kaburi Bajet Realiti BN Posted: 16 Oct 2012 04:11 AM PDT KUALA LUMPUR, 16 Okt. – Keghairahan pakatan pembangkang untuk mendapat perhatian dan mengelirukan pemikiran rakyat dengan memburukkan kerajaan pentadbiran Barisan Nasional (BN) turut menjadikan Bajet 2013 sebagai antara bahan manipulasi terbaru mereka. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Suraya Yaakob menyelar kepimpinan pembangkang yang melemparkan tohmahan ke atas bajet tersebut sedangkan realitinya telah terbukti berdasarkan perangkaan dan fakta selain kesinambungan kemajuan negara hasil kepimpinan BN sejak merdeka. "Tahun lepas selepas bajet dibentangkan pun mereka mengatakan ia adalah untuk pilihan raya ke-13 kerana ketika itu mereka meramalkan bahawa pilihan raya akan dilaksanakan pada awal tahun namun malangnya ia meleset dan hampir semua yang digariskan dalam bajet tahun lalu berjaya dilunaskan oleh BN," katanya kepada UMNO-Online. Ujarnya, pepatah yang sesuai untuk pakatan pembangkang ini adalah 'mengata dulang paku serpih, mengata orang sedangkang mereka yang berlebih' ekoran daripada tingkah mereka yang melaksanakan pembentangan bajet dua hari sebelum Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berbuat demikian. "Pembangkang melemparkan tuduhan pada BN kerana sebenarnya mereka sendiri yang memberikan gula-gula politik tetapi melemparkan tuduhan pada BN sedangkan realitinya bajet yang mereka bentangkan lebih kepada mimpi-mimpi indah yang tidak mungkin menjadi realiti. "BN melakukan pembentangan bajet berdasarkan kepada pendapatan kerajaan yang memberikan keselesaan untuk rakyat termasuklah pakatan pembangkang sendiri kerana mereka juga rakyat Malaysia." Terangnya yang juga Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, bajet kerajaan adalah untuk rakyat dengan tafsiran daripada pendapatan negara yang dijangka lebih baik dan keuntungan ini dialihkan serta dikongsi bersama-sama rakyat keseluruhannya dalam bentuk pelbagai imbuhan dan bantuan. "Jika pakatan pembangkang benar-benar bersikap matang dan bertanggungjawab maka mereka tidak akan melaksanakan pembentangan bajet sebagaimana yang dilakukan oleh ketua pembangkangnya apatah lagi banyak perkiraan dan perangkaan-perangkaan yang salah dan bercanggah dengan keadaan sebenar," katanya. Tambah beliau, mana-mana pihak dengan mudah boleh melakar dan menyebut apa saja angka demi untuk mengaburi mata rakyat dan membangunkan satu perincian menarik tanpa melihat kepada situasi dan kedudukan kewangan yang sebenar sebagaimana pembangkang. "Merekalah sebenarnya yang menghidangkan ayat-ayat politik kepada rakyat kerana apa yang mereka janjikan tidak perlu ditunaikan sebaliknya hanya permainan angka dan impian kosong sahaja. "Lebih dari itu, sebenarnya pakatan pembangkang makan hati kerana rakyat menerima dan gembira dengan pembentangan bajet dan ramai menganggapnya sebagai mesra rakyat." Tegas beliau lagi, jika pakatan pembangkang benar-benar bersifat matang dan ingin melakukan kritikan ia boleh dibuat dengan rasional, memberikan cadangan yang bernas dan berdasarkan kepada fakta-fakta sebenar tanpa sebarang manipulasi sebaliknya atas kepentingan masyarakat keseluruhan. Antara janji bajet pembangkang 2013 ialah harga semua jenis kereta akan diturunkan , bayaran tol di kesemua laluan lebuh raya akan dihapuskan dan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) pula akan dimansuhkan. – MediaUMNO |
Patut Pembangkang Tanya Anwar, Azizah, Azmin Kenapa Jumpa Soros – Sharifah Azizah Posted: 16 Oct 2012 04:11 AM PDT KUALA LUMPUR 16 Okt – Pembangkang diingatkan agar menghentikan politik "double standard" atau "telunjuk lurus kelingking berkait" apabila cuba memanipulasi pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan spekulator mata wang, George Soros di New York dua tahun lepas. Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata apa yang dilakukan pembangkang memperlihatkan betapa mereka sudah cukup terdesak untuk mencipta isu apabila satu demi satu isu yang cuba dibangkitkan mereka sebelum ini terbukti sekadar fitnah dan pembohongan. "Tindakan sesetengah pihak mendakwa pertemuaan Perdana Menteri dengan Soros sesuatu yang meragukan dan mempunyai agenda, adalah sesuatu yang lebih bermirip politik dengan niat untuk menimbulkan persepsi negatif, sedangkan pertemuan itu adalah pertemuan biasa. "Nampaknya pembangkang sudah benar-benar terdesak sehingga terpaksa menggunakan modal politik murahan," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung desakan pembangkang yang inginkan mendapatkan penjelasan daripada Perdana Menteri berhubung pertemuannya dengan Soros ketika beliau berkunjung ke negara berkenaan dua tahuna lalu. "Perdana Menteri sudah pun memberi penjelasan mengenai pertemuan tersebut tapi mereka tidak puas hati untuk memutar belitkan cerita berkenaan. "Datuk Seri Najib sudah jelaskan pertemuan itu adalah pertemuan biasa, mengapa pembangkang tidak bertanya kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan beberapa pemimpin pembangkang lain termasuk Anwar sendiri yang pernah bertemu dengan Soros, ini menunjukkan pembangkang mempunyai agenda tersendiri terhadap apa yang berlaku," katanya. Beliau berkata, ini menunjukkan adanya `double standard' kepada pembangkang, apabila terkena pada diri sendiri mereka berdiam diri, tetapi jika sebaliknya mereka akan cuba sedaya upaya untuk menggembar-gemburkan cerita berkenaan untuk menimbulkan persepsi negatif kepada rakyat. -MediaUMNO |
Pertukaran Status SAR Kepada SABK Tidak Jejas Organisasi Asal – Jamil Khir Posted: 16 Oct 2012 03:33 AM PDT KUALA LUMPUR, 16 Okt – Pertukaran status Sekolah Agama Rakyat (SAR) kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) tidak akan menjejaskan organisasi asal SAR, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau berkata pertukaran status sekolah itu juga tidak bermakna SAR menjadi sekolah hak milik kerajaan kerana kerajaan sebenarnya hanya ingin membantu menyalur peruntukan dan kemudahan demi kelangsungan pendidikan di sekolah itu. “Kerajaan bukannya mengambil alih pengurusan dan pentadbiran SAR. Apabila didaftarkan kepada SABK, ahli lembaga kekal tetapi kepentingan dan kemudahan seperti bantuan guru, latihan guru dan prasarana sekolah akan diberikan… (SAR) tidak rugipun,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi dan Agihan Zakat 2012 hari ini. Jamil Khir berkata pengelola SAR perlu mengutamakan kebajikan pelajar dan guru sekolah itu dengan menukar status kepada SABK bagi memastikan kecemerlangan pendidikan di sekolah tersebut berterusan. Sementara itu, sebanyak 12 koperasi termasuk Koperasi Kakitangan Petronas Berhad, Koperasi Kakitangan Felda Malaysia Berhad dan Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad membayar zakat perniagaan yang berjumlah RM1.2 juta kepada Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Jamil Khir, yang juga Pengerusi MAIWP, berkata inisiatif PPZ-MAIWP melaksanakan dakwah zakat memberi kesan positif apabila pembayaran zakat meningkat secara keseluruhan di Wilayah Persekutuan tahun ini. Beliau berkata sebanyak RM257.1 juta kutipan zakat dicatat PPZ-MAIWP bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, menyaksikan peningkatan Sembilan peratus berbanding RM235.2 juta bagi tempoh sama tahun lepas. “Bilangan pembayar dari Januari hingga September tahun ini pula meningkat 15 peratus iaitu seramai 98,291 pembayar berbanding tempoh yang sama tahun lalu iaitu seramai 85,692 pembayar,” katanya. |
Hukuman Rogol Gadis Bawah Umur Wajar Diputuskan Mahkamah – Tun Zaki Posted: 16 Oct 2012 03:24 AM PDT KUALA LUMPUR, 16 Okt – Hukuman bagi kesalahan merogol gadis di bawah umur 16 tahun seharusnya kekal diletakkan di bawah bidang kuasa mahkamah, kata bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi. Beliau berkata, hukuman bagi kesalahan itu tidak wajar ditetapkan kepada satu hukuman semata-mata kerana ada faktor yang perlu dipertimbangkan seperti fakta kes sebelum pesalah dikenakan hukuman berat atau ringan. “Dalam kes seorang lelaki tua merogol gadis bawah umur, dia memang layak diberikan hukuman paling berat iaitu penjara dan sebatan. Tiada persoalan dalam hal itu. “Tetapi dalam kes yang melibatkan pasangan remaja, adakah remaja perempuan itu tidak bersalah langsung? “Saya katakan kedua-duanya bersalah dan adakah adil jika hanya lelaki itu yang dihukum?” katanya sambil menambah kata laporan polis pada kebiasaannya dibuat ibu bapa perempuan yang menjumpai diari anak mereka. Sehubungan itu, Zaki berpendapat cadangan untuk meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi kesalahan merogol gadis bawah umur harus dikaji secara menyeluruh bagi mengelakkan berlaku ketidakadilan. Beliau ditemui selepas sesi dialog Suruhanjaya Khas Mengkaji TransformasiPerkhidmatan Awam (SKMTPA) di Kompleks Kraf di sini, Selasa. Katanya, ketidakadilan juga boleh berlaku dalam kes sumbang mahram sekiranya hanya lelaki dihukum sedangkan ada di antara kes yang pernah berlaku membabitkan wanita yang lebih berusia. “Perkara ini perlu dilihat dalam sudut yang lebih luas. Pada saya, penyelesaian terbaik adalah dengan menekankan bahawa remaja tidak boleh melakukan hubungan seks sehingga mereka berkahwin,” katanya. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada Selasa, bahawa kerajaan memberi kebenaran kepada Jabatan Peguam Negara untuk meminda Seksyen 376 supaya mereka yang didapati bersalah merogol gadis di bawah umur dijatuhi hukuman penjara mandatori dan tidak boleh merujuk seksyen lain bagi meringankan hukuman. Mohamed Nazri berkata, pindaan yang dicadangkan itu bertujuan supaya hukumanpenjara mandatori di bawah Seksyen 376 dikekalkan, dan hakim tidak boleh mengguna pakai Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) yang memberikan mahkamah kuasa budi bicara dalam menjatuhkan hukuman. Keputusan untuk meminda seksyen itu dibuat berikutan jumlah kes rogol melibatkan gadis bawah umur yang terlalu tinggi, selain bagi memelihara golongan itu daripada terdedah kepada jenayah berkenaan tanpa sebarang perlindungan. |
Lebih 20,000 Pesakit Kronik Dapat Manfaat Tabung Bantuan Perubatan Posted: 16 Oct 2012 03:20 AM PDT KUALA LUMPUR, 16 Okt – Seramai 20,624 pesakit kronik mendapat manfaat daripada Tabung Bantuan Perubatan (TBP) sejak tabung itu diwujudkan pada 2005, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata sejak ditubuhkan kerajaan menyalurkan dana berjumlah RM172 juta untuk mengisi tabung itu. Menjawab soalan Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis) Rosnah menafikan dakwaan bahawa prosedur permohonan bantuan yang ditetapkan pihak kementerian terlalu rumit sehingga sukar bagi seseorang pesakit kronik untuk mendapatkan bantuan. “Adalah tidak tepat untuk mengatakan bahawa prosedur permohonan TBP terlalu rumit tetapi seseorang pesakit yang memerlukan bantuan TBP akan dirujuk oleh pakar perubatan yang merawatnya kepada pegawai kerja sosial perubatan hospital untuk dinilai kemampuan sosio-ekonominya. “Ini bertujuan untuk memastikan bantuan hanya disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan dan permohonan yang lengkap akan diberi pertimbangan oleh Jawatankuasa Teknikal Perubatan,” katanya. Rosnah berkata tabung itu diwujudkan bagi membiayai sebahagian atau sepenuhnya kos rawatan, peralatan perubatan, peralatan rehabilitasi dan ubat-ubatan yang tidak disediakan di hospital kerajaan kepada pesakit-pesakit yang tidak berkemampuan Katanya antara tahun 2005 hingga 31 Ogos tahun ini, sebanyak 81 peratus permohonan lengkap yang diterima telah diluluskan dalam tempoh 14 hari. “Di samping itu, bagi pesakit kronik yang layak dan memerlukan kelulusan segera, kelulusan lisan diberikan terlebih dahulu kepada pihak hospital untuk melakukan rawatan ke atas pesakit agar pesakit tidak perlu menunggu lama untuk menjalani rawatan yang diperlukan,” katanya. |
Proses Perdamaian Selatan Filipina Mampu Tangani Masalah Kebanjiran PATI Di Sabah Posted: 16 Oct 2012 03:16 AM PDT KOTA KINABALU 16 Okt – Pemuda UMNO Tenom menyambut baik proses keamanan di selatan Filipina yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua buah negara sekaligus mengatasi masalah Pendatang Tanpa Izin (PATI) di negeri berkenaan untuk jangka masa panjang. Ketua Pemudanya Jamawi Jaafar berkata proses perdamaian itu juga bakal memberi nilai tambah yang cukup bermakna kepada Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dalam usaha mencari jalan penyelesaian yang terbaik berhubung isu PATI. Menurut beliau dengan termeterinya perjanjian antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) diharapkan proses keamanan di selatan Filipina akan bermula untuk kepentingan semua pihak. “Kita yakin proses perjanjian perdamaian ini juga akan dapat mengatasi masalah longgokan PATI, di mana mereka (PATI) akan kembali ke tempat asal tanpa rasa bimbang dan takut untuk memulakan penghidupan mereka di tanah air sendiri “Dan ini sekaligus membuka ruang pertumbuhan eknonomi di selatan negara tersebut bagi memboleh PATI khususnya di Sabah boleh balik ke negara asal mereka bagi memulakan penghidupan baru,” katanya. Jamawi yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia seterusnya menambah usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang menjadi orang tengah menyelesaikan konflik yang berlaku di selatan Filipina menujukkan keprihatinan negara dalam proses keamanan. “Usaha Malaysia menjadi orang tengah untuk membantu menyelasaikan konflik ini bermula pada tahun 2001 di bawah pentadbiran Dr. Mahathir yang telah memainkan peranan penting dalam mengusahakan proses perdamaian antara kumpulan-kumpulan bersenjata yang bertelagah di Mindanao. “Dan usaha tersebut diteruskan oleh Datuk Seri Najib yang akhirnya telah menzahirkan proses mendamaikan dua pihak yang bersengketa sejak berdekad telah menjadi kenyataan apabila perjanjiaan telah dimeterikan pada Isnin lepas yang turut disaksikan oleh Datuk Seri Najib di Manila. “Akhirnya usaha diplomatik Malaysia mendamaikan dua pihak yang bersengketa sejak berdekad lalu bakal menjadi kenyataan. Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bersetuju untuk mengakhiri konflik pertumpahan darah dan mewujudkan wilayah Bangsamoro di kawasan separuh autonomi di Mindanao, dan kita wajar memberikan kredit terhadap usaha kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib” katanya. -MediaUMNO |
33 IBO Projects Expected To Rake In RM1.58 Billion In Revenue Over 3 Years, Says Najib Posted: 16 Oct 2012 03:13 AM PDT KUALA LUMPUR, Oct 16 – A total of 33 projects under the initial Innovation Business Opportunities (IBO) initiatives are expected to rake in RM1.58 billion in revenue over the next three years, says Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. Announcing the results of the Phase 1, IBO and other strategic wealth creation initiatives at the Parliament today, he said out of the 42 initial IBOs offered via transparent competitive bidding, 15 had been taken up by industry partners for commercialisation while 18 others were in different stages of negotiations. Najib, who is also the Finance Minister, said the total revenue potential for the 15 projects had been estimated at RM832 million and the 18 under negotiations had the potential of adding RM748 million more to the nation’s gross national income. “It must be kept in mind that the above revenues totalling RM1.58 billion over the three years are new wealth opportunities uncovered by the government. “This is what a responsible government does — produce visible and tangible results for the rakyat through business community not mere rhetorics or make empty promises. Real results come from real work, not imaginary plans.” Najib also announced the second phase of IBO involving 50 new products or technologies with a revenue potential of RM560 million in the third year. “I invite businesses and individuals to bid for these opportunities that can result in enormous wealth creation for the nation. This is your opportunity to strike it big. Participate and the government will assist you along the way,” said the prime minister. Najib said the government has been on the lookout for innovative products and technologies from the private sector, from companies that have found it difficult to get funding. “As the first step, Agensi Inovasi Malaysia (AIM) has facilitated RM65 million funding to seven companies. Some of these are world-first technologies while the others have a strong niche market that can be developed for Malaysia to take the lead.” These seven companies are expected to garner revenues of RM291 million at the end of their third year of operation, Najib said. Meanwhile, under the National Biomass Strategy, he announced the setting up of three pelletisation plants which will begin their operations within six months. These three plants will process up to 460,000 metric tonnes of biomass each year worth RM159.5 million annually. Najib also disclosed that an export buyer has been secured to take up to four millions tonnes per year, which will pave way for the country to become an exporter of oil palm paste. |
Pas Bakal Ulangi Skrip Lebai Malang Kempunan Makan Kenduri Posted: 16 Oct 2012 03:06 AM PDT KUALA LUMPUR 16 Okt – Pas mungkin menerima nasib seperti Lebai Malang yang akan kempunan makan kenduri ekoran sikap tamak haloba yang akhirnya diri sendiri kelaparan. Ini berikutan penegasan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahwa parti itu akan terus bekerjasama dengan DAP untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 meskipun terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan yang selama ini dipegang parti itu sehingga menimbulkan kegelisahan di kalangan ahli mereka di akar umbi. Mengulas mengenainya perkara itu, Pendakwah Bebas Ustaz Jamil Long berkata apa yang terjadi pada cerita Lebai Malang akan terjadi pada Pas yang hari ini dilihat begitu ghairah untuk duduk di Putrajaya. "Dalam keghairahan mendakap Putrajaya nampaknya Pas sudah tidak nampak apa lagi sehingga terpaksa akur dengan apa saja perbuatan rakan pakatan mereka meskipun ia bertentangan dengan prinsip perjuangan yang dipegang parti itu. "Gara-gara kuasa yang dijanjikan, segala-galanya boleh tercicir. Kita boleh tengok bagaimana jika dulunya Negara Islam dan hari ini pula bertukar kepada Negara Berkebajikan. Mungkin selepas ini apa lagi yang akan tercicir itu kita tidak boleh jangkakan dan hakikatnya perkara ini telah diperkatakan ramai..Jangan nanti yang dikendong tak dapat, dan yang dikejar pula keciciran," katanya kepada UMNO-Online di sini. Mengulas lebih lanjut Ustaz Jamil seterusnya menambah perkembangan perjalanan politik Pas cukup menarik untuk diperhalusi dengan mendalam. Tambah beliau perkongsian tenaga dan kerjasama di dalam pakatan pembangkang seolah-olah menyerlahkan kepada umum bagaimana sikap dan tindak tanduk Pas yang sebenarnya. "Makin hari Pas makin menunduk dengan arahan dan tentangan rakan pakatan mereka. Terbaru isu iklan di Kedah, di Selangor sebelum ini jawatan yang sepatutnya milik Pas turut hilang, ini tidak termasuk di Pulau Pinang. “Malah Pas juga tidak berdaya untuk menangkis tindak tanduk pemimpin dalam pakatan pembangkang dari isu gambar bogel, liwat, video china doll, sokongan Israel dan pelbagai lagi hingga menghakis sokongan di kalangan ahli Pas sendiri," katanya. -MediaUMNO |
NGO Perlu Bantu Perbanyak Kaunselor Bertauliah Tangani LGBT – Puad Zarkashi Posted: 16 Oct 2012 12:33 AM PDT KOTA BAHARU, 16 Okt – Pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) perlu membantu memperbanyak kaunselor yang bertauliah untuk menolong menangani masalah Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) di negara ini. Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata jika tidak, fenomena LGBT dibimbangi menular sehingga kepada pelajar sekolah, kerana pada peringkat ini terdapat beberapa kes turut membabitkan guru sekolah. “Jika boleh, diwujudkan juga klinik kaunselor (oleh NGO) seperti mana wujudnya klinik-klinik kesihatan agar kita dapat membantu mereka yang menghadapi masalah ini kembali ke pangkal jalan,” katanya selepas merasmikan Seminar Keibubapaan (Menangani Isu LGBT) anjuran Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah-sekolah Putrajaya Datuk Shahlan Ismail, Pengerusi YGMB Datuk Alimuddin Mohd Dom dan Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussain Awang. Mohd Puad berkata isu LGBT kini hangat diperbualkan di laman web tertentu yang ada antaranya menyerang usaha kerajaan untuk menanganinya. Beliau berkata Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah segera dengan mengadakan pelbagai program bagi mencegah fenomena ini menular ke sekolah-sekolah. “Pada masa yang sama kita lantang membanteras isu pengambilan dadah dan mat rempit, tapi jangan kita tinggalkan soal LGBT ini yang boleh meruntuhkan institusi keluarga dan juga negara,” katanya. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment