BADUT RAKYAT |
- BONGKAR !!! ISU AIR !!! 4 JUTA PENDUDUK LEMBAH KELANG BAKAL DIANCAM BAHAYA ARSENIK !!!
- BONGKAR !!! DEMI DAP NIK AZIZ SANGGUP PUTUS SAUDARA DENGAN UMNO !!! WAJIB BACA !!!
- KERJASAMA DENGAN DAP !!! PAS UNTUNG,ISLAM RUGI !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!
- BONGKAR !!! AZIZAN VS PHAHROLRAZI !!! KENAPA MAHFUZ OMAR PULAK NAK NAIK JADI MB ??? MIMPI KER ???
- KONSERT #BERSIH !!! BUKTI MALAPETAKA BUAT PAKATAN HARAM TERBONGKAR !!!
- EKSKLUSIF !!! NIK AZIZ MEMBELASAH USTAZ NASHA KAW-KAW !!! APA CERITA NI ???
BONGKAR !!! ISU AIR !!! 4 JUTA PENDUDUK LEMBAH KELANG BAKAL DIANCAM BAHAYA ARSENIK !!! Posted: 16 Oct 2012 12:00 PM PDT Kerajaan PR Selangor tidak lagi boleh menafikan bahawa negeri itu bakal mengalami krisis bekalan air yang buruk dalam masa terdekat apabila bukti-bukti kukuh mengenai kekurangan air di empangan-empangan didedahkan.Sebelum ini mereka cuba meremehkan isu tersebut konon mainan politik Barisan Nasional,tetapi nada mereka kemudiannya berubah dan cuba meyakinkan rakyat bahawa mereka punya strategi sendiri untuk menanganinya.Antaranya,melakukan pembenihan awan dan menggunakan air dari bekas lombong untuk menampung keperluan di Lembah Kelang.Ini dinyatakan sendiri oleh exco kerajaan negeri Selangor,Dr. Xavier Jayakumar.Bagaimanapun,kedua-dua penyelesaian yang dicanangkan kerajaan PR Selangor ini adalah tidak praktikal.Ini kerana pembenihan awan tidak mampu memastikan seratus peratus kejayaan.Kalau pun berjaya,ia masih tidak menyelesaikan masalah utama iaitu, bukannya kekurangan air mentah,tetapi bekalan air yang dirawat. Begitu juga dengan menggunakan air lombong sebagai penyelesaian kerana air lombong mengandungi logam berat yang tinggi selain bakteria dan mikroorganisma yang membahayakan pengguna.Logam berat yang amat membimbangkan yang banyak terdapat di dalam air bekas lombong adalah logam arsenik (As).Arsenik mampu menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah penyakit hati, buah pinggang dan pebagai jenis kanser.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menetapkan kadar selamat arsenik inorganik ini sebagai 0.01 mg/l.Namun,beberapa negara di dunia di dapati mempunyai paras arsenik yang sangat tinggi dan ada yang melebihi 200 kali ganda.Walaubagaimanapun,memang benar bahawa air bekas lombong boleh dirawat dengan beberapa cara.Antaranya,kaedah rawatan secara pasif (passive treatment method). Iaitu air sisa lombong disalurkan ke kolam pengoksidaan sebelum disalurkan ke kolam SAPS (Successive Alkalinity Producing System). Kolam takungan SAPS di lapisi dengan tiga lapisan iaitu lapisan pertama adalah batu kapur (limestone), lapisan kedua adalah lapisan organik dan lapisan ketiga (paling atas) adalah lapisan air sisa. Air akan ditahan di dalam kolam ini selama 3 hari. Selepas itu, air sisa di alirkan ke kolam wetland sebelum dilepaskan keluar. Melalui kaedah ini, pH air dapat ditingkatkan kepada pH 6 dan kandungan logam berat Fe dikurangkan daripada 32 ppm kepada 0.9 ppm.Selain itu,ada juga rawatan secara aktif (active treatment facility) iaitu di mana kadar alir air lombong yang tinggi dan kuantiti yang banyak.pH air sisa setelah dirawat dan dialirkan keluar melalui cara ini adalah 7.84.Walaupun ada caranya untuk merawat air lombong, cadangan menggunakan mana-mana satu dari kaedah ini untuk menyelesaikan masalah air di Selangor adalah tidak praktikal memandang kos yang begitu tinggi termasuk masa yang terlalu suntuk. Kos pembinaan loji rawatan secara aktif bagi lombong Hamtae di Korea sahaja memakan belanja sebanyak USD3 juta. Apatah lagi apabila terdapat cara lain yang lebih mudah, cepat dan murah serta terjamin selamat untuk mengatasi masalah ini, iaitu dengan menggunapakai penyelesaian yang telah digariskan oleh kerajaan pusat iaitu Projek Langat 2.Oleh itu,bagi kerajaan Selangor untuk memilih cara penyelesaian yang tidak praktikal untuk mengatasi masalah ini, menimbulkan keraguan di kalangan rakyat mengenai motif sebenar serta kredibiliti mereka. Lebih dari itu,adalah tidak wajar bagi sebuah kerajaan negeri untuk membiarkan rakyat menanggung risiko keracunan logam berat, seperti arsenik hanya kerana ego dan enggan menerima atau mengakui sesuatu perancangan yang terbaik yang dicadangkan oleh pihak lawan,iaitu kerajaan Barisan Nasional. Sedangkan, pihak PR selama ini yang begitu beria-ia membangkitkan isu alam sekitar walaupun sebenarnya tiada isu.Contohnya,kilang Lynas yang telah disahkan selamat oleh pakar-pakar antarabangsa tetap dituduh mereka sebagai merbahaya kepada alam sekitar dan kesihatan rakyat Kuantan. Pelik sekali apabila PR konon memperjuangkan keselamatan dan kesihatan rakyat Kuantan tetapi sanggup pula mendedahkan 4 juta rakyat Selangor kepada risiko keracunan arsenik.Lagipun,PR sepatutnya lebih peka dengan bahaya arsenik memandangkan Ketua Umum mereka,Anwar Ibrahim pernah mendakwa disuntik dengan racun tersebut oleh kerajaan ketika beliau pertama kali dipenjara kerana meliwat.'Ketakutan' Anwar dan keluarga terhadap kesan arsenik begitu hebat sehingga membawa isu itu kepada media antarabangsa. Untuk pengetahuan pembaca Badut Rakyat,kemasukan arsenik dalam jumlah besar ke dalam tubuh secara mendadak akan menyebabkan serangan akut seperti sakit perut akibat sistem pencernaan rosak,muntah,cirit-birit, rasa haus yang hebat,kejang perut dan akhirnya koma dan kematian.Manakala kemasukan secara sedikit-sedikit dalam jangka waktu lama pula,seperti meminum air yang mengandungi racun arsenik,akan menyebabkan nafas berbau,peluh berlebihan,otot longlai,perubahan warna kulit (menjadi gelap, gangguan saraf, dan seperti yang melanda penduduk Chile dan Bangladesh iaitu penyakit kaki hitam dan juga kanser kulit.Kini,ternyata,Anwar telah berbohong kerana beliau jelas sihat sejahtera setelah dibebaskan, malah boleh 'beraksi' dengan begitu hebat tak kira di pentas-pentas ceramah mahupun di bilik-bilik hotel.Dengan pengetahuan yang 'mendalam' mengenai arsenik,adalah pelik sekali apabila kerajaan PR Selangor langsung tidak bimbang jika rakyat mereka terdedah kepada racun ini.Ini menunjukkan bahawa kerajaan PR tega mementingkan politik lebih dari rakyat.Justeru,kita sarankan agar parti tersebut membuang sahaja nama 'rakyat' kerana ia jelas tidak menepati objektif pakatan mereka. RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! DEMI DAP NIK AZIZ SANGGUP PUTUS SAUDARA DENGAN UMNO !!! WAJIB BACA !!! Posted: 16 Oct 2012 09:52 AM PDT PAS mengatakan ikatannya dengan parti rasis Cina DAP adalah satu bentuk tahaluf siyasi iaitu kerjasama dalam landasan yang sama dalam perjuangan untuk mencapai satu tujuan politik. Dalam kerangka kerjasama PAS-DAP tahaluf siyasi mereka adalah penentangan terhadap Umno-Barisan Nasional dan menumbangkan kerajaan berteraskan kuasa Melayu yang sediada.PAS kini berbelah bagi kerana tahaluf siyasi yang dipertahankan oleh pimpinan tertinggi parti itu semakin mendapat tentangan lapisan akar umbi.Walaupun secara zahir anggota PAS memilih untuk memendam rasa dan perasaan demi perpaduan parti tetapi seperti 'pressure cooker' ia hanya menunggu masa yang sesuai untuk meletup dan menghemburkan keluar segala isi dan kotoran yang busuk.Hanya Mursyidul Am PAS,Nik Aziz Nik Mat sahaja yang nampaknya bersungguh-sungguh mempertahankan kerjasama parti itu dengan DAP.Kenyataan beliau yang berkata parti itu sanggup bersekongkol dengan DAP sekalipun demi mencapai kemenangannya dalam perjuangan politik tidak disenangi oleh sesetengah tokoh dalam PAS. Malah Menteri Besar Kelantan itu merasa tidak salahnya PAS bekerjasama dengan DAP walaupun secara jelas parti perkauman itu menentang pelaksanaan hukum hudud yang selama ini diperjuangkan olehnya. Bagaimanapun dalam pendiriannya mempertahankan DAP,Nik Aziz sebenarnya telah mengesahkan dakwaan pelbagai pihak sebelum ini bahawa PAS adalah keldai tunggangan DAP. Inilah yang berlaku dalam sebuah parti politik apabila pemimpin tidak lagi mendengar luahan hati nurani akar umbi tetapi tetap dengan sikap sombong bodoh yang akhirnya akan membawa kepada kerugian.Walaupun bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa telah mendedahkan perihal agenda DAP untuk mengkristiankan negara ini apabila parti itu menang besar dalam pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu, suara beliau seolah-olah diketepikan.Malah pemimpin PAS seperti Khalid Samad yang menjadi golongan talibarut Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim dalam parti itu yang dipanggil 'Anwarinas' turut menghentam Nasharuddin.Nik Aziz juga dengan lantas melabelkan Nasharuddin sebagai pengacau atau berlidah panjang.DAP kini mahu menyaman Nasharuddin atas pendedahan rahsia besar DAP itu tetapi tidak kedengaran pun suara pimpinan PAS mempertahankan ahli parlimen Bachok itu. Begitu juga nasib yang menimpa bekas Exco PAS Selangor,Hasan Ali yang dipecat daripada parti apabila beliau membangkitkan bahaya gerakan Kristian di negeri itu. Dengan mempertahankan DAP adakah Nik Aziz menunjukkan toleransi tidak bertempat terhadap agenda kristianisasi DAP ??? Sebagai tokoh agama yang dihormati oleh ahli PAS tidakkah sikap ganjil yang dipamerkan oleh Nik Aziz sebenarkan akan membawa kemusnahan kepada parti itu sendiri apabila peringkat akar umbi lambat laun akan memberontak ??? Perjuangan politik PAS kini menjadi begitu teruk kerana kerenah Nik Aziz yang lebih mementingkan politik daripada agenda Islam. Suara Abdul Hadi Awang sebagai presiden sudah tidak laku kerana PAS telah dikawal sepenuhnya oleh ideologi Nik Aziz. Nik Aziz seolah-olahnya tidak pedulikan lagi maruah PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam yang sanggup menolak mentah-mentah permintaan Umnom untuk bermuzakarah dalam semangat persaudaraan sesama Islam tetapi memilih untuk melihat titik persamaan dengan sebuah parti bukan Islam dan rasis pula.Suara-suara bantahan sudah mula kedenganran dan semakin lantang apabila bekas ahli parlimen Baling,Dr Shahanon Ahmad berkata perjuangan politik PAS tidak lagi menepati kehendak Islam apabila ia bekerjasama dengan DAP. Begitu juga Timbalan Mursyidul Am,Dr Haron Din sebagai tidak mendirikan PKR berlandaskan Islam demi mencari keuntungan politik peribadi.Timbalan Mursyidul Am PAS,Datuk Dr Haron Din mengkritik Anwar yang berpegang kepada fahaman liberal dan pluralisme agama apabila tokoh ulama itu mengatakan tindakan Ketua Umum PKR itu bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal jelas menunjukkan beliau menolak kesesuaian Islam dalam pembentukan sebuah negara.Islam diserang daripada pelbagai sudut namun PAS membiarkan perkara ini berlaku.Nik Aziz mempertahankan Anwar walaupun beliau menyokong negara Zionis Israel dan memperlihatkan pegangan ideologi pluralisme agama yang nyata. Nik Aziz berdiam diri apabila wartawan bertanya mengenai komen Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan tindakan umat Islam berdemonstrasi membantah filem anti-Islam dalam twitternya. Mengapa Nik Aziz begitu menikus apabila berdepan dengan DAP tetapi sanggup memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saudara seagamanya dalam Umno ??? Adakah kedudukan DAP yang anti-Islam lebih mulia daripada ahli-ahli Umno yang sama-sama mempunyai pendirian serta prinsip agama dan berkongsi kalimah syahadat yang sama ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KERJASAMA DENGAN DAP !!! PAS UNTUNG,ISLAM RUGI !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!! Posted: 16 Oct 2012 09:52 AM PDT Presiden PAS,Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya kepada media pada 13 Oktober 2012 yang lalu mengakui hasil bersekedudukan dengan DAP telah memberi pelbagai keuntungan kepada PAS, antaranya termasuklah membolehkan PAS menguasai Perak.Beliau juga mengesahkan kejayaan PAS menawan Kedah dan Kelantan dalam PRU 12 yang lepas adalah berkat adanya kerjasama politik dengan DAP. Kelihatannya seperti Hadi memperakui tanpa bantuan DAP,PAS tidak mungkin menawan Kedah dan sukar untuk mengekalkan Kelantan.Jelas dari kenyataannya itu,Hadi memperakui hasil kerjasama dengan DAP hanya menguntungkan PAS dan tidak pula beliau menyatakan bahawa hasil kerjasama songsang itu telah memberi manfaat pada Islam dan umatnya atau sebaliknya. Menguntungkan PAS tidak bermakna ia menguntungkan Islam.Bukan begitu wahai pembaca Badut Rakyat ??? Memang benar kata Hadi bahawa hasil hubungan terlarang parti pimpinannya dengan DAP telah memberi nikmat keuntungan duniawi buat memuaskan hati dan mengisi tembolok pemimpin PAS.Dari segi keuntungan diri sendiri,memang ramai pemimpin PAS yang memperolehi manfaat termasuklah secara tiba-tiba menjadi orang kaya baru serentak dengan perlantikan sebagai Yang Berhormat.Masing-masing berpeluang menyandang jawatan berprestij dalam agensi dan jabatan negeri dengan gaji yang lumayan dan berkali ganda lebih besar berbanding kerjaya sebelumnya.Kereta MB dan exconya pula bertukar ganti dan rumah wakil rakyat pula berubah dari kecil menjadi sebesar-besarnya.Di masa yang sama ada juga yang berpeluang menikmati pendapatan tambahan melalui komisyen dari pelbagai projek dan tender kerajaan.Namun dari segi manfaat untuk umat dan agama Islam itu sendiri,hakikatnya telah banyak yang tercabar,tercalar dan terjejas dek kerana PAS terlampau mendahulukan kuasa berbanding prinsip Islam. Sejak 4 tahun lalu, para pemimpin DAP semakin berani mempertikaikan pelbagai hak dan keistimewaan orang Melayu dan agama Islam kerana yakin mereka telah berjaya menundukkan PAS tambahan pula dikalangan pemimpin PAS sendiri terlalu kerap tunduk patuh pada semua tuntutan DAP. Gara-gara keterlanjuran PAS terlalu mahu menjaga hati pemimpin DAP,impaknya menyebabkan kalimah Allah SWT tercabar kesuciannya malah sengaja digadaikan oleh pemimpin PAS demi untuk memenuhi tuntutan DAP yang mahukan kalimah tersebut diguna sama oleh pendakwah kristian. Laungan azan dan bacaan ayat suci Al-Quran sementara menanti masuknya waktu Subuh kini kian dipertikaikan oleh rakan sepakatan PAS, semuanya atas dasar hak asasi manusia manakala di pihak PAS pula tanpa berselindung terus saja tunduk memperlahankan laungan azan dan bacaan Al-Quran. Manakala itu,tradisi perarakan Maulidur Rasul yang sudah berpuluh tahun tidak pernah dicuit atau dipertikaikan, tiba-tiba sahaja dipersoalkan oleh rakan sekedudukannya kemudian tak semena-mena dibatalkan tanpa sedikitpun dipertahankan oleh pemimpin PAS.Pendakwah Kristian dan pemimpin politik Cina DAP juga semakin berani mendekati orang Melayu Islam sambil menawarkan bantuan kebajikan sambil menerap nila-nilai Kristianiti, kesannya masalah murtad yang suatu ketika dulu pernah menjadi musuh utama PAS kini bagai dipandang sepi saja.Tidak cukup dengan cabaran-cabaran sedemikian,PAS juga gagal ke depan mempertahankan dasar dan polisinya berkaitan hukum hudud dan negara Islam. Demi kerana DAP,kedua-duanya tak mampu disenaraikan dalam buku jingga malah dalam bajet 2013 pakatan pembangkang juga perihal agama Islam bagaikan tercampak ke tepi.Jika beberapa senario di atas masih dianggap oleh Hadi amat menguntungkan PAS,benarlah kata-kata itu kerana ia memang menguntungkan PAS dari segi untuk kepentingan diri pemimpinnya,namun di masa yang sama hakikatnya Islam dan umatnya sejak 4 tahun lalu terus menerus mengalami kerugian. RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! AZIZAN VS PHAHROLRAZI !!! KENAPA MAHFUZ OMAR PULAK NAK NAIK JADI MB ??? MIMPI KER ??? Posted: 16 Oct 2012 06:43 AM PDT Masalah kemaruk ingin jadi Menteri Besar Kedah menggantikan Datuk Seri Azizan Razak di kalangan pemimpin PAS Kedah bukanlah rahsia lagi.Malah,cita-cita yang tidak tertahan-tahan membuatkan mereka tidak segan silu lagi bercakaran secara terbuka.Pendek kata tidak perlulah menggunakan khidmat risikan untuk mengenalpasti siapa musuh siapa,siapa kawan siapa dan siapa alat siapa.Semuanya boleh dilihat dengan terang lagi bersuluh dari kedai kopi sehingga ke dalam media massa.Seperti yang kita semua sedia maklum,antara yang paling kemaruk ingin menjadi Menteri Besar ialah Phahrolrazi.Macam-macam cara telah dilakukan beliau untuk menjatuhkan Ustaz Azizan sehingga menjadi perbualan biasa di kalangan rakyat Kedah.Namun,sehingga kini segala usaha Phahrolrazi masih tidak membawa beliau ke mana. Lebih malang bagi beliau ialah apabila beliau bukan sahaja masih belum dapat menjatuhkan Azizan tetapi terpaksa pula berhadapan dengan persaingan dari beberapa 'tokoh' PAS lain yang turut mengidam jawatan Menteri Besar menjelang PRU ke-13.Antaranya,ialah Mahfuz Omar,Naib Presiden PAS dan juga Ahli Parlimen Pokok Sena.Mahfuz nampaknya tidak berminat untuk berselindung dalam hal ini dan strategi beliau dalam mengatur langkah awal untuk memastikan impiannya tercapai sudah pun dapat dihidu. Mengambil kira desas-desus mengenai pencalonan Dato' Sahlan Ismail Nasution,Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri,bagi kerusi BN di kawasannya,maka Mahfuz dikhabarkan telah beberapa kali pergi berjumpa dengan Dato' Sahlan untuk memastikan mereka tidak bertemu di gelanggang yang sama.Ini kerana Mahfuz mengakui Dato' Sahlan bukanlah lawannya yang setara dan tidak yakin akan menang jika bertanding di gelanggang yang sama.Mahfuz mengharapkan yang Dato' Sahlan bertanding parlimen manakala beliau pula akan memilih mana-mana DUN di kawasan Pokok Sena untuk bertanding.Dengan cara ini,beliau yakin akan dapat mencapai cita-citanya untuk menjadi MB Kedah dengan mudah. Terdapat 3 DUN di dalam Parlimen Pokok Sena,iaitu Bukit Lada,Bukit Pinang dan Derga. Berdasarkan keputusan PRU-12,DUN Bukit Pinang yang disandang oleh Md. Roshidi Osman dari PAS telah mencatatkan kemenangan dengan majoriti paling tinggi iaitu 3,399.Oleh itu,Bukit Pinang dilihat sebagai kawasan yang paling sesuai untuk dijadikan platform bagi Mahfudz untuk mencapai cita-citanya.Namun begitu Mahfuz tidak dapat mengenepikan faktor pengaruh Azizan,mahupun impian Phahrolrazi.Selain itu,dalam kegilaan beliau ingin menjadi MB Mahfuz juga bagaikan terlepas pandang akan faktor UMNO.Sedarkah Mahfuz bahawa walaupun beliau merasakan boleh menang di kawasan yang ditandinginya,beliau masih perlu memastikan yang PAS memenangi majoriti kerusi di negeri Kedah sebelum dapat duduk di kerusi MB.Dengan itu,Mahfuz mahu tidak mahu terpaksa membantu Azizan untuk mengekalkan sokongan rakyat terhadap PAS di negeri itu Dan Mahfuz juga tidak mampu untuk mengsabotaj Azizan sedangkan di masa yang sama menaruh cita-cita untuk menjadi MB.Mampukah Mahfuz menangani semua faktor ini secara serentak ??? Atau mungkinkah Azizan akan berjaya 'menjinakkan' manusia-manusia yang gila kuasa sehingga di tahap tidak terkawal yang berada di sekelilingnya ??? Apapun,persoalan yang lebih tepat sebenarnya ialah apakah PAS akan mampu mengekalkan kuasa di Kedah ??? Jika tidak,jangankan Mahfuz atau Phahrolrazi,malah Azizan sendiri juga terpaksa melupakan saja kerusi MB. RENUNG-RENUNGKAN |
KONSERT #BERSIH !!! BUKTI MALAPETAKA BUAT PAKATAN HARAM TERBONGKAR !!! Posted: 15 Oct 2012 10:35 PM PDT Bertempat di Stadium Kelana Jaya,Sabtu lepas, NGO Bersih 2.0 telah mengadakan "Konsert Bersih 2.0 8T" sebagai usaha lanjutan untuk terus menyemarakkan kempen propaganda anti SPR.Simbol 8T merujuk secara langsung kepada lapan tuntutan yang diperjuangkan oleh NGO tersebut.Menurut penganjur,konsert tersebut diadakan sebagai manifestasi kekecewaan konon kerana kesemua lapan tuntutan mereka gagal dipenuhi.Stadium ini secara rasminya memiliki tempat duduk berkapasiti 25,000 penonton dan jika kawasan padangnya diambil kira,secara umumnya dapat menampung sekitar 35,000 hingga 40,000 orang pada satu-satu masa.Dalam Konsert Bersih 2.0 8T itu,amat jelas kelihatan ruang kosong di atas padang dan bangku tempat duduk lebih banyak tak berpenghuni,menunjukkan betapa kurangnya sambutan orang ramai terhadap program sosial anjuran NGO Bersih 2.0 itu. Ada portal pro pembangkang yang mendakwa konsert tersebut telah dihadiri 700 orang,manakala portal lain pula menyatakan hanya 500 orang sahaja yang memeriahkan majlis tersebut.Berdasarkan pemerhatian dan hasil culaan di lokasi,angka sebenar kehadiran orang ramai dalam konsert tak bermanfaat itu hakikatnya hanya sekitar 300 orang sahaja termasuklah kira-kira 100 orang petugas dan artis-artis yang terlibat.Walaupun angkanya berbeza-beza tapi kesimpulannya sama,konsert tersebut tidak mendapat sambutan dan jumlah kehadiran pula sudah sahih di bawah angka seribu.Sekalipun pemimpin utama NGO Bersih seperti Pengerusinya, Ambiga Sreveneesan dan A. Samad Said turut hadir memberi ucapan dan sokongan,manakala promosi pula telah dilakukan secara besar-besaran sejak dua minggu lalu,nampaknya ia tetap gagal menggamit perhatian ramai. Nyata ia satu pencapaian yang agak mengecewakan penggerak NGO Bersih kerana jumlah kehadiran yang terlampau merosot berbanding kehadiran sekitar 4,000 orang semasa Sambutan Ambang Merdeka dan 25,000 orang semasa demonstrasi jalanan Bersih 3.0. Jelas sekali,apabila demonstrasi atau himpunan anjuran NGO proksi PR itu diadakan dijalanan terutama di kawasan tumpuan ramai,jumlah kehadiran penyokong kelihatan ramai bukanlah kerana pesertanya, tetapi disebabkan orang ramai yang lalu lalang termasuklah khalayak yang datang untuk sekadar memerhati keadaan. Melihat pada kesuraman yang dialami program sosial Konsert Bersih 8T anjuran NGO Bersih ini,mahu tidak mahu,mereka perlu menerima hakikat,retorik perjuangan mereka sudah tidak dipedulikan oleh majoriti rakyat Malaysia.Program ini yang asalnya diramalkan oleh para pemimpin pembangkang dan penggerak NGO Bersih konon bakal menyemarakkan keraguan rakyat terhadap keadilan sistem pengurusan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR,kini sudah bertukar menjadi malapetaka membuktikan rakyat semakin jauh dari pembangkang dan NGO proksi mereka. RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! NIK AZIZ MEMBELASAH USTAZ NASHA KAW-KAW !!! APA CERITA NI ??? Posted: 15 Oct 2012 07:00 PM PDT Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dalam kenyataannya Sabtu lepas tanpa berselindung meluahkan kemarahannya dengan menggelar Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai pemimpin berlidah panjang berikutan sikap bekas Timbalan Presiden PAS itu yang dianggap tidak senada dengan pendirian parti.Reaksi keras daripada Nik Aziz itu sebenarnya berkait rapat dengan kontroversi terbaru membabitkan Nasharudin yang dalam ucapannya minggu lalu,secara terbuka telah menegur sikap sesetengah orang Islam yang terlampau mendahulukan matlamat mengejar kuasa hingga mengabaikan prinsip Islam itu sendiri.Bekas Timbalan Presiden PAS itu, dalam ucapannya di PWTC ketika Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah juga telah mengkritik tindakan pihak tertentu yang memandang benteng isu kesatuan ummah terutama sekali membabitkan penyatuan UMNO dan PAS. Walau dibaca berkali-kali ucapan Nasharudin itu,tiada satu pun yang bertentangan dengan ajaran Islam tapi peliknya ia begitu menyakitkan hati Mursyidul Am PAS sehingga tergamak memanggil pemimpin separti dengannya sebagai berlidah panjang.Jelas sekali,Nik Aziz sudah tidak dapat menahan sabar melihat tindak-tanduk Nasharudin yang berterusan melontarkan pendapat dan idea berkaitan perpaduan sesama Islam, seolah-olah bagi Nik Aziz isu-isu sedemikian tiada maknanya disaat PAS begitu kemaruk mahu mengejar kausa.Barangkali bagi Nik Aziz,kerjasama PAS dengan DAP yang kini berpeluk erat dan berdakap sakan itu terlalu mulia untuk dipertikaikan,sementelah lagi Nik Aziz sendiri mengakui tanpa DAP amat sukar untk PAS menggapai puncak kuasa yang diangan-angankan.Hanya kerana Nasharudin menegur partinya sendiri yang semakin terkeluar dari landasan prinsip Islam,beliau digelar berlidah panjang.Dek kerana Nasharudin pernah menemani Perdana Menteri dalam pertemuan mesra dengan para ulama Arab Saudi,beliau dihalau keluar dari PAS oleh Mursyidul Am PAS. Nasharudin bukanlah orang pertama yang pernah diremehkan maruahnya dengan gelaran sedemikian. Para ulama kerajaan sendiri suatu ketika dulu pernah digelar sebagai 'ulama haid dan nifas' oleh Nik Aziz, manakala Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri pernah dihamburkan dengan doa pelik oleh Nik Aziz supaya perut PM pecah berterabur isi dalamnya. Malah Nik Aziz juga pernah melabel ulama-ulama pro UMNO gelaran syaitan bisu, ulama terompah kayu dan lain-lain panggil buruk yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang manusia yang mengaku sebagai 'tok guru dan ulama'. Orang ramai tak pelik kalau gelaran-gelaran jelik sebegitu tersebut keluar dari mulut penyokong bawahan atau orang biasa yang cuma menjadi pengikut parti politik,tapi bila ucapan buruk sebegitu keluar dari mulut sang pemimpin yang mengaku 'ulama', memang pelik bin ajaib Hakikatnya, masalah tutur kata buruk dan kelancangan mulut Nik Aziz sebenarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa pun. Itulah reputasi hakiki Nik Aziz sejak sekian lama.Bagi sebahagian besar rakyat Kelantan, imej Nik Aziz sebagai pemimpin bermulut berus telah lama disedari ramai.Bagi orang Kelantan istilah 'mulut berus' selalunya dikaitkan dengan seseorang yang lancang mulutnya, kerap mengata pada orang lain , tutur katanya pula hodoh dan lebih banyak menyakitkan hati berbanding memberi pedoman pada pendengarnya.Cuba anda semua tulis perkataan 'mulut berus' pada engin carian Google kemudian klik pada tab imej,pastinya gambar-gambar Mursyidul Am PAS,Nik Aziz Nik Mat kelihatan di dua barisan teratas paparan keputusan.Itulah reputasi sebenar Nik Aziz,sejak dulu lagi sudah sinonim dengan sebagai pemimpin bermulut berus,gemar menggelar orang lain dengan gelaran buruk disamping cukup sinonim dengan perangai buruk suka memperlekehkan sesama Islam. RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment