tun faisal dot com |
- #PRKampus 18-2, Mahasiswa UM tolak pro-M yang bawa #AspirasiPembangkang
- #Bersih: Ulama sokong demonstrasi wajar baca pengalaman Sepanyol ini
- Faekah kena balun kaw-kaw akibat isu Khalid tidak cukup bagus jadi MB
#PRKampus 18-2, Mahasiswa UM tolak pro-M yang bawa #AspirasiPembangkang Posted: 09 Oct 2012 06:30 PM PDT Mahasiswa tolak aspirasi pembangkang. Itu kesimpulan yang boleh dibuat bila calon bebas memilih untuk membawa aspirasi mahasiswa dan bukan menyokong pro-M yang membawa aspirasi dan kaedah pembangkang. Tahniah kepada warga UM. Pro-Aspirasi Mahasiswa menguasai 18 IPTA, termasuk 3 IPTA di Klang - UM, UPM dan UiTM. Pro-M tewas teruk dengan hanya menang di UIA dan UKM. Pemilihan MPP hari ini mengesahkan kemenangan Aspirasi Mahasiswa (Pro-AM) di Universiti Malaya bagi melengkapkan kemenangan bergaya Pro-AM mengalahkan Pro-M dalam PRKampus 18-2. Pro-M hanya menang di UKM & UIAM. Pada PRKampus UM pada 25 September lalu Pro-M memenangi 20 kerusi, Penggerak (Pro-AM) 19 kerusi, Bebas 2 kerusi dan 2 kerusi fakulti terpaksa dipertandingkan semula kerana keputusan seri. Selepas pengundian semula Pro-M mendapat 21 kerusi dan Pro-Am 20 kerusi. Bagaimanapun 2 calon bebas yang menang di Fakulti Undang-undang memilih untuk memihak kepada Pro-AM menjadikan Pro-M tewas sebanyak 1 kerusi. Pemilihan hari ini dikhabarkan Penggerak Pro-AM memonopoli 12 daripada 13 tempat dalam kabinet MPP UM, termasuk beberapa kerusi utama: Keputusan rasmi pemilihan kabinet MPP 1)YDP - Izham Ismail (Bebas) 2)NYDP - Yong II Yang (Penggerak Mahasiswa) 3)Bendahari Agung - Lock Li Ping (Penggerak Mahasiswa) 4)S/U Agung - Atiqah Jani (Penggerak Mahasiswa) TAHNIAH PENGGERAK (ASPIRASI MAHASISWA) UNIVERSITI MALAYA!! |
#Bersih: Ulama sokong demonstrasi wajar baca pengalaman Sepanyol ini Posted: 09 Oct 2012 03:30 PM PDT Penyokong Demonstrasi, IMF, Dana Zionis macam ada perkaitan. Siapa jadi alat dan diperalatkan kita tidak tahu. Tapi saya yakin Ulama Salaf tidak akan halalkan demonstrasi terhadap pemerintah Islam. The price of street demonstrationsSpain has received a 100 billion euro bailout package from euro zone countries to prop up its hobbled banking system, but, unlike Greece, it has not been required to reduce its deficit as a condition of the loan. The government has had to submit control of its financial sector to the International Monetary Fund (IMF), the European Central Bank and the European Commission. However, about 5 billion euro was lost due to the cost of massive demonstrations since May 2011 over the government's austerity drive, forcing the government to do whatever is necessary to put both problems - street demo and the economy - under control. The spending cuts appear to be in anticipation of a possible second bailout package to keep the government from defaulting on its debt, and so rather than be forced to relinquish any sovereignty over its spending policies, Madrid is saving face by imposing austerity on itself. The Indignados have been protesting since May 2011, when the current political opposition, the Spanish Socialist Party, was in power. As a loosely organised popular political movement, the Indignados share a frustration with Spain's two-party political system, a strong opposition to government austerity and rejection of the current economic system, which they view as subverting democratic freedoms and breeding political corruption. Now, perhaps Malaysia could learn something from the 'happenings' in Spain, especially with regard to street demonstrations and a stiff opposition that rejects everything the government does for the benefit of the country and its people. What separates the opposition in Spain with us is that, the Spaniards would usually close rank on every constructive measures introduced by the government, and this include the opposition as well. However, ours is totally an 'opposition' that opposes anything the government does. I have not seen a situation like this, not in any of the 87 countries I have visited. But we can understand why Pakatan Rakyat is throwing stones at Barisan Nasional government every now and then - for the sake of power! And ever since Anwar announced his quest to become a prime minister, the opposition movement has gone radical, subscribing to fascism method in avowing their greed to take over Putrajaya in the next general election. What happens if their 'victory' is met with similar protest like what they have been doing? Would they be able to sustain present stability in the years to come? |
Faekah kena balun kaw-kaw akibat isu Khalid tidak cukup bagus jadi MB Posted: 09 Oct 2012 03:44 AM PDT Ada andaian yang isu terkini Khalid merupakan test ground untuk melihat kekuatan team Azmin dalam PKR. Keputusan terkini, nampaknya Khalid goyang... Benarkah Azmin sudah mendapat semula kekuatan? Mungkin Pas dan Dap Selangor tidak bersetuju dengan Azmin tentang kedudukan Khalid di negeri selangor. Setiausaha Politik MB dibidas pada 06-10-2012 02:10 Ditulis Oleh Nur Shakira Buang SHAH ALAM: Majlis Pimpinan Selangor(MPN) hari ini kecewa dengan sikap Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berhubung kontroversi kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. Timbalan Pengerusinya, Zuraida Kamaruddin menegaskan, Faekah sepatutnya mengelak daripada membuat komen-komen yang tidak wajar mengenainya. Zuraidah berkata, Faekah seharusnya mengambil pendekatan positif dengan menghubungi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sendiri berhubung isu berkenaan. "Jika Faekah mengambil nafas kali kedua dan baca habis laporan (media), beliau pastinya akan faham keseluruhan mesej komen Azmin di mana TSK (Khalid digambarkan sebagai) satu aset bagi kerajaan PR dalam merealisasikan Buku Jingga, manifesto dan Bajet 2013 di peringkat persekutuan," kata beliau yang juga Ketua Wanita PKR dalam satu kenyataan hari ini. Faekah dalam satu kenyataan kepada satu portal berita berkata, beliau menyifatkan kenyataan Azmin, yang disiarkan oleh Sinar Harian Rabu lalu, sebagai langkah yang "tidak bijak secara politik." Katanya, selaku pemimpin PR, seseorang yang membuat kenyataan sedemikian seharusnya telah mempertimbangkan implikasi akibat kenyataan mereka. Azmin sebelum ini dilaporkan berkata Khalid Ibrahim 'sesuai' memegang jawatan Menteri Persekutuan jika PR mengambil alih Putrajaya. Khalid ketika ditemui wartawan Antarapos di lobi Parlimen menyatakan beliau memahami apa yang diutarakan Azmin itu adalah pandangan peribadinya dan padanya Azmin tidak bersalah dalam konteks tersebut. "Saya baca kenyataan (Azmin) dari sudut positif dan nampaknya saya boleh bekerja dalam kerajaan Persekutuan dan Negeri," katanya. Mengulas lanjut, Zuraida berkata, di pihak Azmin, beliau telah berulang kali secara terbuka menunjukkan sokongan penuh kepada Khalid selaku Menteri Besar Selangor "TSK (Khalid) telah melakukan kerja yang menakjubkan, mengubah 360 darjah gaya kerajaan BN (sebelum ini)," katanya sambil menambah bahawa Khalid telah digambarkan sebagai Menteri Besar PR yang cemerlang, sehingga mencemburukan BN. "Berkenaan dengan komen terbaru mengenai peranan TSK di peringkat persekutuan, ia telah disalah tafsir dengan tidak bijak oleh Faekah," kata Zuraida, yang juga Ahli Parlimen Ampang. Sehubungan itu Zuraida berkata, "nasihat kami kepada Faekah, robohkan tembok komunikasi dengan pemimpin-pemimpin parti kerana sehingga kini beliau masih belum berkomunikasi dengan kebanyakan pemimpin negeri dan parti berkenaan dengan urusan parti dan negeri." Tambahnya, selaku seorang setiausaha politik yang efektif, Faekah seharusnya memberi tumpuan untuk memperbaiki hubungan politik antara Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin parti, bukannya menyebabkan ketidakstabilan dengan membuat kenyataan sewenang-wenangnya. "Dan, satu peringatan mesra kepada Faekah, sementara parti (ibu pejabat) tidak perlu berbincang dengan negeri, tetapi kami bertindak secara objektif dan profesional. "Dengan penjelasan ini, kami berharapa perkara ini akan berakhir dan marilah kita rapatkan hubungan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13," katanya. |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment