tun faisal dot com |
- Pulau Carey: Contoh PR menyamun melalui Yayasan Selangor? #PenyamunRakyat #ubahSgor
- [Video] Asri serang ILMU kerana video ini?
- [Video] [Gambar] @TengkuAdnanReal Ibadah qurban Parlimen Putrajaya
Pulau Carey: Contoh PR menyamun melalui Yayasan Selangor? #PenyamunRakyat #ubahSgor Posted: 26 Oct 2012 08:54 PM PDT EKSKLUSIF: PENGURUS BESAR YAYASAN SELANGOR BERLAKU "SAMSENG", ASET YAYASAN MULA DIFARA'IDHKAN SESAMA KRONI - #SAVESGORWritten By Team Media Selangor on Tuesday, 23 October 2012 | 13:36"Selamat datang ke Pulau Carey"... Sebuah pulau yang terkenal dengan kebudayaan masyarakat kaum asli terutama kaum Mah Meri. Kelapa sawit merupakan industri utama dengan penanaman hampir 3/4 di atas muka bumi pulau ini. Aman damai dan tenteram dapat digambarkan suasana di pulau yang turut menempatkan Kompleks Kampung Budaya Masyarakat Asli suku kaum Mah Meri, sebuah pusat pelancongan yang baru dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim sekitar tahun 2011. Ketenangan ini walau bagaimana pun tidak akan berkekalan. Pulau yang turut menempatkan sekitar 3,000 ekar tanah milik Yayasan Selangor ini bakal dirobek ketenangannya. Semenjak kerajaan negeri Selangor diperintah oleh pakatan PKR, DAP dan PAS berbagai agenda bertujuan merompak hasil rakyat telah dilakukan. Ini berlaku terutamanya bila Datuk Seri Anwar Ibrahim menduduki kerusi penasihat ekonomi kerajaan negeri. Yayasan Selangor dikenal-pasti antara 'lubuk' harta yang akan di fara'idh kan sesama pemimpin pakatan di negeri tersebut melalui kroni-kroninya. 3,000 Ekar Tanah Pajakan dirampas semula Kelmarin, satu laporan polis telah dilakukan oleh Ismail b. Abd Rahman, pengurus ladang kepada dua buah syarikat iaitu AGRO SEGAR SDN BHD dan ALAF GIGIH SDN BHD. AGRO dan ALAF telah menduduki tanah kepunyaan Yayasan Selangor ini secara sah atas perjanjian pajakan yang termeterai antara kedua-dua syarikat tersebut dengan Yayasan bagi tempoh selama 25 tahun. Dalam laporan polis yang dibuatnya, Ismail dengan terang lagi jelas menamakan Ilham (Ilham bin Marzuki), pengurus besar Yayasan Selangor sebagai pihak yang telah menceroboh dan seterusnya merampas serta mengusir pihak AGRO dan ALAF dari tanah yang mereka duduki secara sah atas perjanjian pajakan terdahulu. Perjanjian pajakan tersebut difahami adalah bagi membolehkan AGRO dan ALAF menjalankan perniagaan penanaman kelapa sawit bagi mendapatkan hasil dengan keuntungan dibahagi bersama mengikut terma dan syarat yang dipersetujui. Rampasan dan kaedah street-thugs oleh Yayasan Apa yang mengecewakan Ismail, kaedah Ilham Marzuki dan konco-konconya bertindak seperti 'samseng jalanan' yang menghalau sewenang-wenangnya para pekerja AGRO dan ALAF. Walau atas apa alasan sekali pun, Ismail berpendapat perkara ini haruslah diselesaikan secara profesional dengan mengambil kira kaedah perundangan, mahkamah dan sebagainya. Mengibaratkan Ilham Marzuki seperti 'samseng' yang mengguna-pakai undang-undang rimba, Ismail merasakan perbuatan yang dilakukan oleh pihak Yayasan Selangor ini adalah satu tindakan kurang ajar dan ia tidak menggambarkan langsung apa yang dilaung-laungkan oleh Menteri Besar YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai profesional, telus dan ikhlas dalam membantu rakyat negeri Selanggor. "Smelling Rotten Fish & Monkey Business" Dalam satu siasatan yang TMS lakukan baru-baru ini, Yayasan Selangor sebenarnya telah melakukan perancangan awal bagi merampas semula tanah-tanah di bawah pegangan mereka termasuklah tanah di Pulau Carey tersebut. Ini bagi membolehkan kepentingan-kepentingan pihak tertentu mengambil alih dan seterusnya merampok hasil dari apa-apa transaksi yang boleh dilakukan di atas aset-aset bernilai tinggi kepunyaan Yayasan Selangor. Yayasan Selangor terus menjadi 'lubuk' bagi pihak tertentu di sebalik laporan audit negara yang menegur keras kaedah perbelanjaan mereka baru-baru ini. Adakah menteri besar sendiri terlibat dan yang paling utama, adakah penasihat ekonomi kerajaan negeri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim turut terlibat secara langsung mahu pun tidak dalam kegiatan 'merampok' aset-aset berkepentingan Yayasan Selangor ini seperti juga sebidang tanah yang baru-baru ini digembar-gemburkan bakal diberi kepada exco pelancongan dan kebudayaan negeri Selangor iaitu YB Elizabeth Wong? -bersambung- |
[Video] Asri serang ILMU kerana video ini? Posted: 26 Oct 2012 09:25 AM PDT HOT! DR ASRI KANTOI JADI MASTERMIND!Sejak kebelakangan ini bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilihat begitu agresif melontarkan pandangan dan kritikan terhadap Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU) termasuk kenyataan terbaru bahawa Ulama yang menyertai UMNO 'hanyut'. Perbezaan pendapat antara keduanya dilihat ketara selepas ILMU mengeluarkan pandangan menolak demonstrasi jalanan (dalam konteks ini merujuk kepada Bersih 2.0) sebagai satu pendekatan yang diterima Islam. Berbeza dengan Dr Asri yang mengeluarkan pandangan menyokong perkara tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif, Sekretariat Ilmuwan Malaysia, Dr Fathul Bari Mat Jahaya ketika diminta mengulas perkara tersebut mempersoalkan motif kenyataan tersebut. "Saya tak paham apa dia (Dr Asri) punya motif dan apa dia punya tujuan. Saya kira saya tak mahu cakap membuat andaian bagi mengelakkan saya membuat tanggapan buruk kepada saudara se-Islam saya" katanya. Ketika diminta mengulas mengenai idea penubuhan ILMU suatu ketika dahulu, beliau menjelaskan ia adalah merupakan cadangan Dr Asri sendiri. "Ya, dia adalah 'mastmastermind', untuk penyertaan ulama dan ilmuwan muda ke dalam UMNO, dia antara orang yang memberikan cadangan awal dan mengharapkan ilmuwan-ilmuwan bersama-sama dengan UMNO. Itu memang idea beliau yang saya tidak menafikan "Walau bagaimanapun Dr Fathul turut mengatakan ILMU telah 'diserang' dengan pelbagai tuduhan dan kritikan secara berterusan dan ia adalah merupakan satu perkara yang keterlaluan. "Beraku keganjilan, penyertaan kita (ILMU) ke dalam UMNO, bahawasanya (mengharapkan) ia akan memberikan impak yg positif kepada politik negara. Tetapi akhirnya kita diserang oleh beliau (Dr Asri). Sehingga digambarkan sebagai pengampu, ulama kerajaan, bahaya dan hal yang sewaktu dan seumpama denganya. "Jadi kita melihat perkara tersebut telah keterlaluan, kita menjawab dengan beberapa patah perkataan, dan wallahualam, mungkin beliau sendiri merasa kecil hati dengan kenyataan tersebut sehingga berlaku cabar mencabar, debat dan sebagainya. Dr Asri juga dilihat seolah-olah 'menyindir' ILMU di dalam halaman twitter beliau, kerana tidak hadir di dalam program debat anjuran Sinar Harian beberapa hari yang lalu. Dam masa yang sama Dr Fathul Bari menegaskan adalah "tidak adil" menjatuhkan hukuman dengan melabel ulama-ulama yang menyertai UMNO "hanyut" kerana tidak boleh menerima persekitatan politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu. Sambil menolak pandangan Dr Asri, Fathul yang menyertai UMNO lebih dua tahun lalu berkata, sesiapa saja, sekalipun tidak kira ulama atau bukan ulama, dan menyertai mana-mana parti sekalipun, selagi mereka berpegang pada asas dan teras agama Islam, tidak akan wujud istilah "hanyut." "Sangat tidak adil apabila ulama yang menyertai UMNO dijatuhi hukuman sebegini, jika mahu buat kenyataan sekali pun, berlapiklah," kata beliau dipetik dari Sinar Harian. Semalam, Asri berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai UMNO tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam UMNO. "Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan," tegas Fathul. Kata beliau, mana-mana ulama yang menyertai politik akan ada kesan negatif dan positifnya tetapi tidak adil jika ulama dalam politik ini dihukum secara terus. "Hukuman ini sangat tidak adil, jika mahu lontarkan pandangan, beri sekali dengan bukti, bukan hanya lontaran persepsi," tegasnya.Tambah beliau, isu 'hanyut' juga tidak pernah timbul di kalangan ulama kerana bagi dirinya sendiri, asas yang dipegang ialah ajaran ALLAH SWT. "Selagi berpegang kepada teras Islam, isu ini tidak akan wujud, masuklah mana-mana parti politik sekalipun, ia tidak akan jadi masalah," ujarnya.-25/10/2012 AGENDA DAILY |
[Video] [Gambar] @TengkuAdnanReal Ibadah qurban Parlimen Putrajaya Posted: 26 Oct 2012 09:44 AM PDT Tradisi Ibadah Korban Masyarakat Putrajaya Diteruskan oleh : Effy Haridth Rozhan http://www.putrajaya-online.com/2012/10/tradisi-ibadah-korban-masyarakat.html PUTRAJAYA, 26 Oktober - Masyarakat Islam kawasan Putrajaya hari ini meneruskan tradisi korban besar-besaran yang melibatkan semua cawangan UMNO di Putrajaya untuk tahun ketiga berturut-turut, demikian ucapan ringkas Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya ketika ditemubual Putrajaya Online. Sambutan Hari Raya Adiladha pada tahun ini disambut penuh makna dan kesederhanaan di Putrajaya. Pada majlis tersebut, sebanyak 44 ekor lembu telah disumbangkan masyarakat kawasan Putrajaya bertempat di kawasan Parkir Apartment Persint 16 sebentar tadi. Tengku Adnan berkata "semalam masyarakat Putrajaya telah menyembelih 2 ekor lembu untuk majlis kenduri rakyat yang akan diadakan pada tengah hari ini. Disamping dapat menunaikan ibadah, penganjuran program kenduri rakyat dan upacara korban ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat di sini" "Amalan korban dikawasan Putrajaya ini unik apabila setiap cawangan dan blok kawasan akan berhimpun di sini untuk menjalankan ibadah korban bersama-sama." katanya lagi. Tun Faisal Ismail Aziz, Pengerusi Majlis Belia Kawasan Putrajaya berkata kepada pemberita, "Amalan korban ini dapat menginggatkan kita tentang peristiwa dan pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail A.S dalam memenuhi perintah Allah s.w.t." "Disamping itu juga, ibadah korban ini adalah satu ilmu pembelajaran kepada golongan muda untuk belajar bagaimana proses penyembelihan, melapah, menimbang dan mengagih kepada fakir miskin. Perkara ini praktikal, dan ianya bukan mudah untuk golongan muda dapat dan hanya sekali setahun. Saya menyeru golongan muda supaya belajar kerana mereka bakal peneraju masa hadapan" ujarnya lagi. Acara ibadah korban dan kenduri rakyat berakhir sebelum waktu jumaat. Daging korban akan diagih petang ini. -Putrajaya Online Nak tengok lagi banyak gambar klik link ke Galeri Foto UMB di bawah http://lensaloka.blogspot.com/2012/10/ibadah-korban-kenduri-rakyat-parlimen.html |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment