BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! DATUK SERI IR MOHD ZIN MEMBELASAH KHALID GAGAP DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR KAW-KAW !!!

Posted: 26 Oct 2012 01:05 PM PDT


Sejak mengambil alih pentadbiran di Selangor, Kerajaan Pakatan banyak terlibat dengan isu yang melibatkan tanah seperti tanah YBK,isu Talam yang juga dalam sektor hartanah serta isu tanah KHSB di Gombak seperti yang pernah didedahkan BN Selangor sebelum ini.Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata,perkara ini sebenarnya berkait dengan tadbir urus kerajaan negeri yang gagal menguruskan tukar syarat tanah dengan baik dan berkesan. 

"Menurut Laporan Ketua Audit Negara, terdapat banyak kelemahan dalam pengurusan tanah di Selangor ini. Ini termasuklah pembinaan kilang haram dan penggunaan tanah tanpa kebenaran. Selain itu, Laporan Ketua Audit Negara juga merekodkan beberapa kelemahan seperti kutipan premium tanah yang tidak seimbang termasuk kutipan cukai yang tidak mencapai sasaran.Kelemahan-kelamahan ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri memandang ringan soal tanah dan mengambil mudah pengurusan tanah ini. Ini langsung tidak mencerminkan sikap integriti yang kononnya dimiliki oleh Menteri Besar. Malah, kami juga akan mendedahkan pada masa hadapan beberapa siri pembohongan Khalid Ibrahim kepada rakyat Selangor termasuk menggunakan Institutsi beraja bagi menutup kelemahan beliau," ujarnya kepada pemberita dalam sidang media kelmarin. 

Dalam masa yang sama,antara panggilan talefon yang diterima oleh Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) BN Selangor ialah aduan mengenai keadaan jalan negeri yang tidak diselengara dengan sempurna.Ini termasuklah jalan yang berlubang dan tidak sekata sehingga boleh menyebabkan kemalangan. Menurut Laporan Ketua Audit Negara,Kerajaan Persekutuan memberikan RM 375.90 juta kepada Kerajaan Negeri bagi tujuan penyelenggaraan Jalan Negeri yang berjumlah 16,013 kilometer. 

"Bagaimanapun, Kerajaan Negeri hanya membelanjakan RM218.15 juta sahaja. Iaitu 58.1% dari keseluruhan peruntukan. Ini secara tidak langsung menyebabkan wang Kerajaan Negeri meningkat. Hakikatnya, peningkatan wang kerajaan negeri bukanlah kerana kecekapan Menteri Besar mengurus kewangan tetapi sebaliknya beliau tidak membelanjakan untuk kebaikan rakyat. Tidak guna jika Khalid Ibrahim berbangga dengan peningkatan hampir RM2 billion kepada kerajaan Negeri jika rakyat tidak mendapat hasil dari peningkatan ini. Hakikatnya, Selangor yang terkenal sebagai negeri maju masih lagi mempunyai infrastruktur yang tidak sempurna di sesetengah kawasan," ujarnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor. 

Laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan bahawa terdapat lebihan perbelanjaan tunai untuk tujuan mengurus hampir RM100 juta pada tahun 2011 berbanding 2010.Selain itu,berbanding 2010,Kerajaan Negeri juga membelanjakan RM624.51 juta wang tunai untuk perbelanjaan modal. Sedangkan pada tahun 2010,tiada sebarang perbelanjaan modal dilakukan.Untuk apakah perbelanjaan tunai yang begitu tinggi ini ??? Siapakah yang menerima jumlah tunai ini ??? Kenapakah perbelanjaan tunai adalah melebihi pendapatan tunai ??? 

 "Kami percaya, kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan jangka masa hadapan untuk mengukuhkan kewangan negeri sebaliknya hanya bermain dengan angka untuk jangka masa yang singkat sahaja. Ini terbukti apabila pihak Ketua Audit Negara mengkritik pelaburan jangka masa panjang yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri tidak memuaskan malah pulangan yang diterima juga adalah sangat rendah. Ini amatlah berbeza dengan kenyataan exco Teresa Kok bahawa pelabur berlumba-lumba datang ke Selangor untuk melabur namun hakikatnya tidak diterjemahkan kepada realiti. Berbanding pada tahun 2007 iaitu ketika Barisan Nasional memerintah, trend pelaburan telah menurun lebih RM10 juta malah tidak langsung menunjukkan ianya akan meningkat dalam masa terdekat ini," tambahnya. Khalid Ibrahim yang kononnya mengamalkan perbelanjaan berhemat sebenarnya tidak diterjemahkan kepada rakyat.Hakikat ini perlu diteliti kerana walaupun kerajaan mungkin mempunyai sumber kewangan yang kukuh, namun rakyat Selangor tidak menikmati kebajikan seperti yang mereka janjikan samada dari segi infrastruktur mahupun dari segi kebajkan lain. Sebaliknya, peningkatan cukai pintu premis kediaman dan premis perniagaan serta kadar sewa yang dinaikkan menyebabkan rakyat terus terbeban.

HOT NEWS !!! OSTAD BADROL MEMBAWA FAHAMAN KRISTIAN ??? APA CERITA NI ???

Posted: 26 Oct 2012 08:30 AM PDT


Apa nak jadi dengan Si Ostad sorang ni.Sudah la dia kantoi berkhalwat dengan isteri orang,Sekarang nak bawak budaya Kristian pulak.anda lihat sendiri gambar kat atas.dah tak de cara yang lebih Islamik ke untuk dia bawak sehingga terpaksa ikut apa yang dibuat oleh golongan Nasrani ni ??? Sepatutnya,orang Islam yang jadi contoh dan ikutan kepada orang lain.Bukannya kita pulak dok terhegeh - hegeh ikut cara mereka dan jadikan budaya kita.Tapi apa nak hairan.Dalam PKR ni memang mereka mengamalkan dasar terbuka.Mungkin disebabkan itula Ostad ni pun buat benda yang sama sampaikan isteri orang pun dia sapu jugak !!! meh saya bagi sikit ajaran di atas 

Amalan jahiliyah seperti membakar lilin (candle light vigil) bagi tujuan berkabung atas kematian kaum kafir atau sebagai tanda protes terhadap sesuatu merupakan amalan kaum Yahudi,Nasrani dan Majusi.Begitu juga amalan menghembus lilin di atas kek ketika menyambut hari lahir.Dalam Islam,tiada istilah simbolik dan tolak ansur dalam perkara-perkara bida'ah, khurafat, syubhat dan syirik kerananya kita boleh murtad dan berdosa besar.Rasulullah pernah S.A.W bersabda : 

"Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak". (Riwayat Muslim) 

"Halal itu nyata dan haram itu nyata dan di antara keduanya terdapat perkara syubhat,kebanyakkan manusia tidak mengetahui" (Riwayat Muslim)

Umat Islam wajib berkorban mempertahankan maruah.Malangnya semangat kebangkitan membela Islam kini telah mengakibatkan kita banyak membuat perkara-perkara yang tidak diajar oleh sunnah. Umat Islam lebih suka berdemonstrasi menunjuk perasaan dengan sepanduk-sepanduk dan slogan-slogan yang menzahirkan tuntutan dengan beriktikad bahawa cara itu adalah suatu jihad. Suara-suara mengutuk, mengecam dan jerit pekik hanya menjatuhkan maruah kita di mata penganut agama lain. Amalan ini sememangnya dilaknat Allah dan Rasul-Nya. Sabda Rasulullah s.a.w;

 "Akan muncul nanti tiga perkara (buruk) sebagai tanda hampir kiamat iaitu tempat makmur (masjid) telah lengang dan tempat lengang (pasar dan tempat hiburan) telah makmur (dikunjungi ramai), orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan (demonstrasi) dan seseorang menggesel amanah seperti unta menggesel badannya di pokok kayu" - (Riwayat At-Tabrani) 

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! PEGAWAI DI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI SALUR MAKLUMAT KEPADA TIAN CHUA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 26 Oct 2012 05:00 AM PDT


Maklumat 'dalaman' yang kami terima ini amat mengejutkan!

Seorang pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi berpangkat Senior Director dikatakan telah bertemu dengan Tian Chua untuk menyalurkan maklumat dalaman kementeriannya Dan sudah pastilah pertemuan dengan Tian Chua bukanlah sekadar pertemuan biasa,sebaliknya pertemuan yang mengandungi maksud tertentu.Tian Chua sebagaimana yang diketahui merupakan 'posmen' dan 'pengantara' yang banyak mengatur pembocoran rahsia dari kakitangan awam dengan menggunakan dana yang telah dikhususkan kepadanya. Jawatan Tian Chua dalam PKR adalah Ketua Penerangan Dan sebagai Ketua Penerangan,sudah tentulah Tian Chua yang turut menjadi pengantara terpenting Anwar Ibrahim dengan George Soros,Tian Chua mempunyai kelebihan dari segi kewangan bagi mendapatkan maklumat-maklumat serta merangka strategi yang lebih berkesan.

Latihan pemberitaan dan pengorekan maklumat telah diperolehi oleh Tian Chua ketika dia bersama-sama Ramos Horta,pemimpin yang kemudiannya menjadi Presiden Timor Leste pada tahun 1985.Horta mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Australia dan Amerika Syarikat yang akhirnya menyaksikan negara kecil tersebut keluar dari gabungan Indonesia untuk membentuk negaranya sendiri dengan bantuan kewangan Amerika Syarikat, Australia dan negara-negara Eropah lain. Anehnya, keadaan dan rakyat Timor Leste tidak pernah bertambah baik walaupun negara kecil berkenaan berkhidmat sebagai pecacai kepada kuasa-kuasa besar dan Australia.Pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi tersebut berbangsa India.

Menurut maklumat, pegawai kanan berkenaan sedang berada dalam masalah kewangan yang sangat teruk.Hutangnya dengan Ah Long atau ceti haram telah melebihi RM700,000.Dek kerana hutang tersebut dan buruan Ah Long,pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi itu sanggup mendedahkan apa-apa sahaja maklumat Kementerian Pengajian Tinggi kepada Tian Chua,asalkan hutangnya boleh dijelaskan oleh PKR.Bagi memulakan rundingan dan kerjasama, pegawai berkenaan telah meminta wang pendahuluan sebanyak RM180,000 Dan semenjak itulah,banyak maklumat berhubung Kementerian Pengajian Tinggi dan bidang kuasa di bawah Kementerian berkenaan dibocorkan.Itu cuma satu kes,melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi.Ada 24 buah Kementerian di Malaysia Dan dalam 24 buah Kementerian di Malaysia itu,sudah pasti terdapat ramai yang menjadi gunting dalam lipatan,sama ada untuk parti yang mereka 'sayangi' mahupun yang menerima cek bayaran daripada konco-konco Anwar Ibrahim.Rasuah yang ditawarkan oleh konco-konco Zionis seperti Tian Chua dan ketuanya,Anwar Ibrahim kepada kakitangan-kakitangan awam sememangnya merupakan sebahagian daripada modus operandi penjajah kapitalis untuk meruntuhkan negara ini.Justeru,pihak berkuasa perlu memaksimakan tindakan dan keputusan yang lebih tegas untuk menangani rasuah serta penyalahgunaan kuasa yang kelihatan semakin hari, semakin membimbangkan! - SEL13.COM

SEGALANYA TELAH TERJAWAB !!!

DULU TIAN CHUA BUKAN MAIN TUDUH BUKAN-BUKAN !!!

RUPANYA DIA DALANG SEBENAR UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN !!!

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! NEGERI KELANTAN RUGI LEBIH RM700 JUTA !!! APA CERITA NI ???

Posted: 25 Oct 2012 11:00 PM PDT


Umumnya,sebahagian besar rakyat Kelantan telah lama menyedari projek Pembangunan & Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh adalah salah satu dari beberapa projek pembangunan oleh Kerajaan PAS Kelantan yang gagal dilaksanakan sepenuhnya disebabkan pelbagai kelemahan dan kecuaian di pihak kerajaan negeri.Namun tidak ramai yang menyedari bahawa kegagalan pihak pemaju swasta Liziz Standaco Sdn Bhd menyiapkan projek tersebut juga sebenarnya telah menyebabkan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar,Nik Aziz Nik Mat terpaksa menanggung kerugian yang tidak sedikit jumlahnya. PTSK ataupun lebih dikenali sebagai Projek Lembah Sireh itu, bukan sahaja telah menyebabkan negeriKelantan mengalami kerugian berikutan tanah seluas 716.8 ekar (286.72 hektar) yang bernilai RM318.29 juta tergadai dan berpindah milik kepada syarikat tersebut, malah kerugian sebenarnya jauh lebih besar sehingga melebihi RM700 juta.

umlah kerugian tersebut hampir bersamaan dengan dua kali ganda jumlah belanjawan tahunan Kerajaan PAS Kelantan,malah angka itu juga 3 kali ganda lebih besar daripada peruntukan RM250 juta untuk NFC Corp yang pernah disensasikan oleh pakatan pembangkang sebelum ini. Jika dalam isu NFC yang diberi pinjaman RM250 juta jelas termaktub dalam perjanjian bertulis wang pinjaman tersebut perlu dibayar mengikut jadual,namun dalam kes projek Lembah Sireh pula tanah yang bernilai RM318.29 juta itu secara cuai telah dipindah milik tanpa prosedur yang betul. Ini disahkan sendiri oleh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 yang merekodkan kegagalan projek itu serta turut mengesahkan penukaran hak milik tanah telah dilakukan sewenang-wenangnya, sedangkan sepatutnya hanya selepas keseluruhan projek pembangunan telah selesai dilaksanakan barulah urusan pindah milik kepada Liziz Standaco boleh dilakukan. 

Sementara itu,dalam satu kenyataan oleh Presiden Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad ketika mengulas isu ini, katanya mengikut perjanjian yang ditandatangani kedua-dua pihak itu antara lainnya mensyaratkan pemberian tanah seluas 716.8 ekar itu sepatutnya diikuti dengan sumbangan balas dari Liziz Standaco dalam bentuk kewangan dan pembangunan fizikal. Namun disebabkan kegagalan Kerajaan PAS Kelantan mengurus amanah rakyat, tanah tersebut tergadai begitu sahaja tanpa mendapat manfaat yang setimpal sebagaimana yang disyaratkan dalam perjanjian. Berikutan kecuaian pemimpin PAS yang mengurus tadbir negeri dengan berkesan, impaknya menyebabkan kerajaan negeri kehilangan hak ke atas tanah yang bernilai RM318.29 juta itu, dalam masa yang sama juga mengalami kerugian sebanyak RM389.09 juta dalam bentuk sumbangan balas yang hingga saat ini gagal ditunaikan oleh syarikat Liziz Standaco.Justeru itu,amatlah wajar sekali apabila NGO terbabit mendesak Timbalan Menteri Besar Kerajaan PAS Kelantan iaitu Datuk Ahmad Yakob mengambil tanggungjawab seterusnya meletakkan jawatan berikutan kerugian tersebut,sementelah lagi kerugian yang ditanggung terlalu besar melibatkan pula harta rakyat dan bukannya harta milik pemimpin PAS negeri. 

Menurut Presiden OMBAK itu lagi, pengesahan audit dari LKAN membuktikan bahawa pendedahan yang dibuat pihaknya Februari lalu berkaitan isu ini ternyata benar.Lebih mengecewakan lagi selepas pendedahan itu, kerajaan negeri tidak pula mengambil inisiatif untuk memperbetulkan keadaan. Keadaan ini sekaligus menimbulkan tanda tanya dikalangan khalayak anak negeri,gerangan siapakah pemilik Liziz Standaco dan apakah hubungannya dengan pemimpin dalam Kerajaan PAS Kelantan ??? Entah apa istimewanya Liziz Standaco Sdn Bhd sehingga mendapat kelebihan sedemikian rupa termasuklah secara mudah dibenarkan memiliki tanah milik kerajaan negeri sekalipun sehingga kini masih gagal menyediakan dan menyiapkan pembangunan fizikal yang dijanjikan.Melihat pada senario kegagalan projek Lembah Sireh serta tergadainya tanah kerajaan yang bernilai beratus juta ini, jelas sekali ia menuntut rakyat Kelantan untuk segera bangkit membantah unsur penyelewengan yang kemungkinan besar memang wujud seperti mana pernah diperkatakan ramai lama sebelum ini. Jika rakyat Kelantan lambat bertindak dalam menyatakan hak mereka, dan masih enggan menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan yang sudah terbukti lemah,cuai dan gagal ini,dikhuatiri kelak masa depan negeri ini pula yang tergadai nanti.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! HUDUD !!! USTAZ FATHUL BARI MEMBELASAH TANTAWI !!!

Posted: 25 Oct 2012 07:00 PM PDT


amik ubat !!! nak sangat kan ??? malas nak ulas panjang-panjang.jom lihat video di bawah 

  

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! UCAPAN KHAS HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA PEMBACA BADUT RAKYAT !!!

Posted: 25 Oct 2012 04:00 PM PDT


Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakyat Malaysia dan luar negara yang beragama Islam.sempena hari raya Aidil Adha ini saya ingin memohon maaf zahir dan batin Sekiranya saya terkasar bahasa ketika mengeluarkan artikel dan sebagainya.Semoga anda semua selamat pulang dan kembali bekerja dengan selamat.terima kasih kerana anda tidak putus-putus membaca Blog Badut Rakyat.hanya Allah sahaja yang dapat membalas segalanya

BONGKAR TETAP BONGKAR !!!

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...