tun faisal dot com |
- AES - Semakin ramai blogger pro-BN kritik pelaksanaan AES
- Malaysiakini - Tak masyuuuk punca Konsert Bersih gagal?
- [Video] Ustaz Rasul - Ulama yang bolehkan kritik pemimpin secara terbuka tidak ikut hadis?
- Beza Tun M, @NajibRazak dengan penerima Dana Soros #SorosFund
- [Video] Ustaz rasul - Ulama yang halalkan demonstrasi jahil, ikut Yahudi? #balaciZionis
AES - Semakin ramai blogger pro-BN kritik pelaksanaan AES Posted: 14 Oct 2012 07:00 PM PDT AES bebankan rakyat? JPJ buat tugas polis? Isu saman guna AES ini telah menyebabkan orang ramai menganggapkan nya sebagai telah dikomersialkan. Seolah olah kerajaan menjadikan nya sumber pendapatan atau perniagaan yang menguntungkan syarikat pengendali dan kerajaan. satu lagi isu adalah pihak dibelakang atau disebalik syarikat pengendali sistem AES ini...... Harap DS Najib pertimbangkan sebaiknya......nanti saman tersebut dibayar dengan undi PRU13. As Salam semua pembaca..memang AES ni boleh menyebabkan kemalangan..aku sendiri kena..dekat jalan nak hala ke Serdang atau Bangi..dekat ngan SHELL tu..tetiba jer lampu yang amat terang berkelip dari tepi..terperanjat aku dibuatnya..secara automatik aku tekan brek sebab terkejut..syukur jarak dgn kenderaan belakang agak jauh..malam tu jer 2 kali aku kena..memang tempat tu bukan kawasan kemalangan pun..tolonglah pihak berkuasa kaji balik tempat yang diletakkan AES ni..tolonglah Apa Yang Tak Kena Dengan AES?Siang tadi MyMassa ada panjangkan artikel dari blog JEJARIKAMI di sini :http://mymassa.blogspot.com/2012/10/kenapa-aes-saman-berkamera-penting.html Oleh kerana isu ini hangat diperkatakan, maka respon yang MyMassa terima agak baik. Dari pembacaan MyMassa, isu AES ini bukan sahaja menjadi bola tanggung kepada pembangkang, malah penyokong Kerajaan juga tidak menyokong AES ini. Mengapa? Hujah utama kenapa AES tidak diterima oleh rakyat Malaysia adalah kerana IANYA BUKANLAH DASAR atau TINDAKAN YANG POPULIS. Apabila ianya tidak populis, maka pengenalan dasar ini perlu dibuat dengan penuh teliti oleh pihak Kerajaan. MyMassa ambil contoh isu GST. Walaupun ianya adalah dasar yang baik untuk ekonomi dan pengurusan kewangan Kerajaan, namun pentadbiran YAB Perdana Menteri mengenalpasti bahawa GST adalah isu yang tidak popular maka pengenalan GST telah ditangguh beberapa kali walaupun telah dimasukkan dalam BAJET beberapa tahun yang sudah. Dalam hal AES, MyMassa rasa Kerajaan perlu lebih terbuka mendengar denyut dan nadi rakyat, suara dan rintihan masyarakat. Antara keluhan rakyat dalam isu AES ini adalah: 1. Pemasangan AES tidak dibuat di lokasi kemalangan. 2. Papan tanda AES diletakkan terlalu jauh (sehingga 2km dari lokasi kamera). 3. Saman dikeluarkan walaupun hanya melebih had laju dalam julat 10km/j (jika had laju 80km, kelajuan 83km/j tetap dikenakan saman). 4. AES bukan mengurangkan kemalangan tetapi boleh menyebabkan kemalangan kerana kenderaan membrek secara tiba-tiba. Dalam poin yang ke-4, MyMassa sendiri melihat bagaimana kemalangan berlaku di lokasi AES iaitu dihadapan SHELL berhampiran susur masuk ke MARDI. Setahu MyMassa, kawasan tersebut bukanlah kawasan kemalangan. Tetapi, kawasan tersebut mencipta sejarah menjadi kawasan kemalangan dek wujudnya kamera AES di situ. Oleh yang demikian, MyMassa memohon pihak Kerajaan terutamanya JPJ mengkaji semula AES ini. Antara cadangan MyMassa ialah: 1. Membuka peluang kepada rakyat untuk menentukan sendiri lokasi AES berdasarkan statistik kemalangan. Ianya mungkin boleh dibuat dengan meletakkannya soal selidik atau undian di laman web JPJ atau pun menggunakan laman sosial untuk berinteraksi dengan rakyat. Malah, pendekatan secara bersemuka dengan pengguna jalan raya juga perlu dibuat untuk rakyat sendiri memilih untuk meletakkan kamera AES. Dengan cara ini, Kerajaan dan JPJ akan dilihat lebih telus berbanding sekarang yang mana terdapat tuduhan bahawa JPJ dan syarikat swasta yang mengendalikan AES ini berkomplot untuk meletakkan kamera di kawasan yang mudah untuk menyaman pengguna jalan raya. Kawasan yang diundi sebagai kawasan pilihan terbanyak akan dipasang dengan kamera AES. 2. Menurut pandangan orang ramai, punca utama kemalangan jalan raya adalah kenderaan berat seperti lori trailer, lori kontena mahu pun bas. Kenderaan-kenderaan berat ini dilihat membawa melebihi had laju mereka. Umum mengetahui bahawa had laju kenderaan berat ini adalah lebih rendah daripada kenderaan persendirian. Justeru, MyMassa memohon agar JPJ menggunakan AES untuk menumpukan kepada kesalahan kenderaan berat ini yang sering dilihat sebagai raja di jalan raya terutamanya waktu malam. Ini kerana, dengan menetapkan pada had laju jalan raya untuk kenderaan persendirian, berkemungkinan AES gagal mengesan kesalahan kenderaan berat kerana had laju mereka sepatutnya lebih rendah daripada itu. 3. Menangguhkan hukuman saman AES sehingga dua langkah di atas atau mana-mana langkah yang boleh meredakan kemarahan rakyat terhadap sistem ini dilaksanakan dahulu. Seperti mana GST, AES juga berkemungkinan besar akan menyebabkan undian rakyat dalam PRU tidak memihak kepada BN. MyMassa sendiri telah mendengar rungutan dari penyokong tegar BN bahawa mereka akan bayar saman AES melalui kertas undi. Jadi faham-faham lah ye. Tak patut rasanya untuk mengulas panjang mengenai isu ini kerana MyMassa yakin, pembaca sendiri mempunyai cadangan-cadangan yang bernas untuk dikemukakan di ruangan komen di bawah. *MyMassa rasa Pemuda UMNO dan NGO Pro Kerajaan perlu bertindak memperjuangkan isu ini supaya pelaksanaan AES dikaji semula atau ditangguhkan. |
Malaysiakini - Tak masyuuuk punca Konsert Bersih gagal? Posted: 14 Oct 2012 03:36 PM PDT GEMPAR! Malaysiakini Mengaku BERSIH Gagal Tanpa Pencacai Upahan PASBerita dari Malaysiakini. Tidak seperti acara atau program pembangkang lain, Malaysiakini terpaksa menunggu sehingga pagi keesokan harinya baru melaporkan Konsert BERSIH malam tadi. Mungkin editornya pecah kepala memikirkan macam mana mahu memusingkan (spin) berita mengenai acara ini yang hanya dihadiri seramai 700 orang. Itu pun Malaysiakini terpaksa meletakkan gambar di pentas untuk menutup kegagalan konsert ini. Untuk makluman pembaca, inilah gambaran sebenar jumlah peserta konsert malam semalam. Adakah sampai 700 orang seperti mana yang dilaporkan oleh Malaysiakini? Anda nilaikan. Apa yang pasti, kehadiran peserta ke program anjuran BERSIH takkan ramai sekiranya penyokong upahan PAS tak turun. Walaupun konsert malam tadi dihadiri oleh Ronnie Liu, Ambiga dan Samad Said, namun kehadiran mereka tak sampai 500 orang pun. Semua orang tahu bahawa penyokong PAS takkan turun kalau tiada habuan. Peserta perhimpunan BERSIH disediakan kemudahan termasuk wangUntuk makluman pembaca, pembangkang akan mengadakan perhimpunan BERSIH pada 3 November di Stadium Nasional Bukit Jalil. Untuk perhimpunan pada 3 November, PAS Kedah telah pun menubuhkan satu jawatan kuasa mobilisasi penyokong mereka ke Stadium Nasional. Ahli-ahli PAS seluruh negeri diwajibkan untuk turun ke Kuala Lumpur. Cuma satu yang MyMassa mahu pembangkang jawab sebelum mereka menganjurkan BERSIH pada 3 November. Sekiranya mereka mahukan pilihan raya yang adil dan bersih, kenapa PKR dan PAS Tumpat perlu mengimport pengundi dari Thailand untuk pertahankan Kerajaan PAS Kelantan? *Pembangkang pun ada pengundi hantu jugak. Sebab tu berpuluh tahun pegang Kelantan, mereka tak tumbang dek bantuan pengundi dari Selatan Thai. Pada pilihan raya kecil Manek Urai, antara sebab PAS hampir tewas adalah kerana senarai pengundi hantu dari Thailand dipegang oleh bekas wakil rakyat tidak dapat dijumpai oleh jentera PAS pada PRK Manek Urai. |
[Video] Ustaz Rasul - Ulama yang bolehkan kritik pemimpin secara terbuka tidak ikut hadis? Posted: 14 Oct 2012 06:30 AM PDT |
Beza Tun M, @NajibRazak dengan penerima Dana Soros #SorosFund Posted: 14 Oct 2012 02:00 AM PDT Termakan budi? Hanya balaci yang gesa iktiraf negara Zionis tanpa syarat? Budak-budak PR memang mempunyai masalah memahami konteks. Dalam kata lain, mereka gagal untuk menggunakan aqal bagi mengaitkan sesuatu kejadian dengan makna kejadian tersebut. Sebab itu hanya golongan yang berfikir sahaja dapat membezakan pertemuan Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Soros dan kejadian `mengemis' dana Soros seperti yang dilakukan oleh SUARAM dan Malaysiakini. Cuba kita baca artikel tulisan Steven Gan di Malaysiakini pada 26 September 2012; Steven Gan melaporkan "Empat hari kemudiannya, Dr Mahathir menulis surat tiga halaman kepada Soros, menggesa spekulator matawang itu menyertai beliau dalam projek Forum Keamanan Global, yang berusaha untuk menjenayahkan perang dan mengharamkannya sebagai pilihan untuk menyelesaikan konflik antarabangsa." Pertamanya, balaci zionis tidak mungkin berani menggesa Soros. Kedua, Tun Mahathir bukan mengemis dana Soros untuk membayar gaji beliau dan pekerja beliau, sebaliknya untuk menjayakan gerakan menjenayahkan dan mengharamkan perang. Begitu juga apabila Soros mahu berjumpa dengan Datuk Seri Najib. Tidak salah kalau nak jumpa Soros. Yang menjadi masalah adalah mengemis dana Soros yang akhirnya menyebabkan seseorang individu ini tertakluk kepada syarat-syarat dan minat pemberi dana. Ini menyebabkan penerima dana hilang kredibiliti dalam pendirian mereka dan ini menjelaskan kenapa kumpulan ini mempunyai pendirian yang sama dalam hal berkaitan demonstrasi, hak asasi manusia tanpa batas, termasuk perjuangan LGBT. Artikel blogger Just Read "Soros wanted to see Najib"To the opposition media, read this carefully. It was Soros who wanted to see PM Najib in New York two years ago, and not the other way round as you people had spun!
Yes, nothing's wrong with that. So many people had met that currency manipulator, including former premier Tun Dr Mahathir. In fact, when Soros wanted to have a meeting with Najib, it implied how much he recognised Malaysia and the way its being managed. Najib didn't ask for any financial aid from Soros, unlike the Malaysian opposition and some of its NGOs and media like Suaram and Mkini. Just look at how Mkini spun the meeting, turning it into a 'political crime' when putting the country's interest under their feet seems alright to them! Mkini and the opposition should be ashamed of themselves for politicising the issue... or could it be to cover their fundings from George Soros? Writer Steven Gan got no bullet in his gun for the kill but made himself and Mkini a bunch of fool, losing credibility for trying to spin it out of context. Dr Mahathir wrote in Sunday Times:
The opposition is good at shooting at others as a mean to cover their own mistakes. What Mkini, Malaysia Chronicle and others did was to avert attention on their Soros fund, thus finding Najib-Soros meeting as a shield to defend themselves. Unfortunately, it ended up with them shooting at their own feet! Artikel Steven Gan Dr M minta bantuan Soros dalam projek keamanan EKSKLUSIF "Saya gembira bahawa pendapat anda tentang saya telah berubah," tulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sepucuk surat peribadi kepada spekulator matawang George Soros enam tahun lalu - 11 bulan sebelum beliau bertemu jutawan itu buat kali pertama. Dalam surat tersebut, Dr Mahathir merujuk kepada temubual New Straits Times dengan Soros pada 7 Januari 2006 apabila dermawan itu yang melawat Jakarta untuk menghadiri mesyuarat antara agama, di mana beliau berkata dia bersetuju dengan langkah-langkah yang diambil oleh perdana menteri Malaysia untuk menangani krisis kewangan serantau pada 1997-98. Empat hari kemudiannya, Dr Mahathir menulis surat tiga halaman kepada Soros, menggesa spekulator matawang itu menyertai beliau dalam projek Forum Keamanan Global, yang berusaha untuk menjenayahkan perang dan mengharamkannya sebagai pilihan untuk menyelesaikan konflik antarabangsa. Dalam surat 11 Januari 2006 itu, Dr Mahathir berkata beliau menulis menjemput Soros untuk memberi sokongan kepada usaha tersebut bagi mencapai muktamad hak asasi manusia - hak kepada kehidupan. Kedua-duanya yang berusia 80-an - Mahathir 87, Soros, 82 - terbabit dalam perang mulut sewaktu krisis kewangan Asia, dengan Dr Mahathir memanggil Soros "dungu" dan menyalahkannya mencetuskan kekalutan tersebut, manakala Soros pula membalas dengan menyifatkan perdana menteri Malaysia itu sebagai "ancaman kepada negaranya". Surat pada tahun 2006 itu, di mana Malaysiakini mempunyai satu salinannya, menunjukkan bahawa Mahathir yang mula-mula menghulurkan tangan kepada Soros. Nampaknya, Mahathir telah tertarik dengan pandangan Soros mengenai perang di Iraq, yang mana Soros telah membiayai kempen menentang usaha Presiden Amerika Syarikat ketika itu, George W Bush untuk dipilih semula pada 2004. "Apa juga yang mungkin menjadi perbezaan antara kita, kita nampaknya mempunyai pandangan yang sama mengenai perang, iaitu tentang pembunuhan manusia dalam mengejar agenda nasional," kata Mahathir. |
[Video] Ustaz rasul - Ulama yang halalkan demonstrasi jahil, ikut Yahudi? #balaciZionis Posted: 13 Oct 2012 11:30 PM PDT Tonton minit 1:44:14 untuk fahami pandangan Ustaz Rasul tentang demonstrasi. Tidak ada nas qat'i yang menghalalkan demonstrasi. Pendemonstran adalah jahil dan mengikut ajaran Yahudi. Adakah ulama yang halalkan demonstrasi jahil atau ditaja Zionis? Sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak terlibat dalam demonstrasi sebaliknya dalam demonstrasi pertama dalam Islam yang dibawa oleh Abdullah bin Saba adalah majoritinya orang Mesir. |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment