PAPA GOMO |
Misi Bantuan Kelab Putera 1 Malaysia Di Myammar Berjalan Lancar Posted: 02 Oct 2012 08:00 PM PDT Kapal Sinar Bima dengan muatan 500 tan barangan makanan dalam misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang berada di pelabuhan Yangon sejak malam kelmarin kini telah diberi pelepasan cukai. Kementerian Hal Ehwal Sempadan Myanmar telah memberikan pelepasan cukai bagi 40 kontena barangan bantuan makanan yang dibawa Kapal Sinar Bima bagi meneruskan destinasi seterusnya di Port Switte. Kesemua barangan bantuan terbabit kini berada di jeti Pelabuhan Yangon yang jaraknya tujuh kilometer daripada Terminal Pelabuhan Asia World (AWPT) dimana tempat kapal Sinar Bima berlabuh. Menurut Pengurus Operasi Misi KP1M, Nasir Khan Abdul Rahman, kesemua kontena terbabit sudah diturunkan dari kapal pagi semalam dan dimuatkan di dalam trak sebelum dibawa ke jeti untuk dipunggah. Beliau turut memberitahu kerjasama yang baik yang diberikan oleh pihak pelabuhan telah memudahkan urusan pemunggahan malah kapal Sinar Bima telah mampu berlabuh terlebih dahulu, lebih awal dari yang dijadualkan. Sementara itu, Nasir berkata operasi pemunggahan serta pemindahan ke atas tongkang akan dilakukan secara berterusan selama 24 jam dan dijangka bergerak ke Pelabuhan Sittwe pada petang ini. "Kami tidak menyangka diberi laluan untuk berlabuh berbanding waktu sebenar. Kerja-kerja pemindahan kontena ke atas trak juga dilakukan dengan begitu cepat. "Jika tidak kerana kerjasama baik dari pelbagai agensi di sini, mustahil kerja-kerja pemindahan dari kontena ke atas trak serta pemunggahan barang hanya mengambil masa sehari kerana selalunya ia akan mengambil masa tiga ke empat hari untuk dilakukan," katanya. Nasir turut memberitahu setibanya barangan bantuan di Pelabuhan Sittwe, ia akan dipindahkan semula ke dalam 11 trak dan dibawa ke stor simpanan yang sudah dikenalpasti. Lawatan di AWPT petang tadi turut dihadiri oleh Naib Presiden KP1M, Mohd Farid Hassan, Bendahari Kehormat KP1M, Abdul Mutalif Abdul Rahim, Timbalan Pengurus AWPT, Than Htay dan Pembantu Pengurus AWPT, Tim Win. Dalam pada itu, Nasir turut mengumumkan kumpulan utama yang diketuai Presiden KP1M, Datuk Azeez Abdul Rahim dijangka tiba di Yangon pada Sabtu ini dan akan bergerak ke Sittwe pada keesokannya bagi meneruskan misi bantuan ke empat kem pelarian di sana. - KL POS |
You are subscribed to email updates from PAPA GOMO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment