Kedah Ke KL - MctHeory |
- PELIK!! Kota Ganjil Wujud Dalam Kawah Gunung Berapi!!
- HANGAT!! Krisis #AirSelangor ! Siapa yang sebenarnya Takutkan Pelabur?
- TUDIAA!! Tantawi Bagi Ayat Pedih Kat Kepimpinan Pas!!
- PANASS!! #AirSelangor Khalid Dapat Wahyu Dari Anwar Untuk Tentang Langat 2!!
- PANASS!! Leman Tak Lawak Warisi Keturunan Pakar Urut Batang!!
- PANASS!! Ahli Majlis PKR Halau Kaum Cina, Kata Ini Bukan Negara China!! #TukarKedah
PELIK!! Kota Ganjil Wujud Dalam Kawah Gunung Berapi!! Posted: 19 Oct 2012 08:18 AM PDT Ini adalah rencana kota vertikal di tengah lautan. Kerana kelangkaan lahar kering, kota ini dibangun secara vertikal untuk mengoptimalkan penggunaan ruang yang tersedia. Kota ini dibangun di dalam kawah gunung berapi yang telah mati. Orang-orang dari kelas bawah hidup di dasar kawah ini. Mereka menikmati sinar matahari yang kurang, tidak ada pemandangan laut dan tidak ada tanah datar, tidak seperti orang kaya yang tinggal di atas kawah. Jesse van Dijk, seorang seniman konsep dari Amsterdam, melihat ini sebagai sebuah desain kota yang optimal di dunia di mana ada sedikit lahan kering yang tersedia. Macamana agaknya kehidupan diorang...tak tergambarkan... |
HANGAT!! Krisis #AirSelangor ! Siapa yang sebenarnya Takutkan Pelabur? Posted: 19 Oct 2012 05:40 AM PDT Kita sedia maklum bahawa TPM yang amat kita kasihi, Tan Sri Muhyiddin Yasin sudah pun membuat kenyataan bahawa, Kerajaan Pusat akan meneruskan projek Loji Langat 2 di Selangor, baru-baru ini semasa beliau di Johor Bahru. Kesuntukkan masa memaksa kerajaan pusat meneruskan Langat 2 kerana loji air bukannya boleh siap dengan sekelip mata saja. Perlu perancangan yang proaktif dan inilah kerajaan yang prihatin kepada keperluan rakayat dan bukannya Kerajaan Pusat tidak peduli, apakah Kerajaan Negeri setuju atau masih lagi berdolak dalik dengan permainan politik sempit mereka itu. Selepas TPM mengeluarkan kenyataan tersebut, Exco Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad mengeluarkan kenyataan balas, dengan mengatakan pelabur akan takut untuk melabur di Malaysia, kononnya kerana tidak ada kepastian bahawa sebarang kontrak yang ditandatangani akan dihormati di negara ini. Beliau juga menambah, pihak pelabur pastinya akan merasakan pelaburan mereka tidak di jamin kerana undang-undang negara tidak akan dapat melindungi kepentingan mereka. Apakah benar kata-katanya itu? Siapa sebenarnya, yang takutkan pelabur? Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri? Kalau diikutkan, bukan kerajaan pusat yang takutkan pelabur, tetapi kebodohan Kerajaan Negeri yang menyusahkan pelabur. Contohnya macam kisah apa yang terjadi pada pengeluar sarung tangan terbesar dunia, Top Glove, yang menghadapi gangguan operasi kerana negeri Selangor gagal membekalkan sumber air yang cukup. Bukankah itu satu perkara yang memalukan? Sudah tentu, nama negeri Selangor akan busuk dan pelabur juga tidak berkeyakinan untuk datang melabur lagi. Air yang menjadi sumber paling penting pun menjadi masalah di Selangor. Macam mana kita nak yakinkan pelabur untuk mereka tidak menghadapi masalah lain pulak? Jadi langkah Kerajaan Pusat sebenarnya menghantar isyarat kepada pelabur, bahawa Selangor mempunyai air yang cukup untuk pelabur dan berpotensi jika mahu mengembangkan lagi pelaburan. Pada masa yang sama, ia juga menunjukkan Khalid menjadi penghalang kepada pembangunan dan kebodohannya menyusahkan pelabur. Kerajaan Negeri Selangor, pernah meminta campur tangan Kerajaan Pusat untuk membantu mereka mempengaruhi syarikat Konsesi, supaya patuh dengan harga dan syarat yang mereka tawarkan untuk memiliki syarikat Konsesi terbabit. Apakah itu tidak salah? Permintaan untuk mempengaruhi syarikat Konsesi secara paksa itu umpama menyuruh Kerajaan Pusat mengunakan kuasa saham emas mereka bagi mempengaruhi syarikat Konsesi demi mengikut kata-kata dan arahan Khalid Gagap. Rasanya itu lagi teruk, jika diketahui oleh pelabur. Mereka pelabur tentunya lihat negara kita umpama tidak ada undang-undang. Hinggakan kontrak dan perjanjian pun boleh dilanggar begitu saja. Jadi siapa sebenarnya yang mahu menakutkan pelabur hingga tidak lagi berani datang melabur di Selangor? Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat melangkah Kerajaan Negeri hanya untuk membuat sesuatu yang baik terhadap rakyat Selangor. Mahu meneruskan projek Laji Air Langat 2. Kerajaan Negeri Selangor, tak kisah pun, pelabur nak datang melabur di Selangor ke tidak. Kalau mereka ambil kisah, sudah tentu mereka akan setuju untuk laksanakan Loji Air Langat 2. Jika mereka kisah, tentunya pengalaman kilang Top Glove menjadi pengajaran bagi menyediakan sumber air yang cukup. Ini baru Top Glove bersuara... Kalau Top Glove ada masalah air, jadi tidak salah kalau dikatakan kebanyakkan industri, bisness SME yang lain di Selangor ni juga hadapi masalah yang sama. Sebab itu Mc kata, Khalid Gagap dan Exco Selangor ni sebenarnya, tidak lagi pedulikan nasib rakyat. Apa yang mereka buat sekarang ni, hanyalah untuk mempertahankan kepentingan politik dan ego mereka sebagai Kerajaan Negeri. Rakyat? Lantak la.. |
TUDIAA!! Tantawi Bagi Ayat Pedih Kat Kepimpinan Pas!! Posted: 19 Oct 2012 02:17 AM PDT Terbaru kenyataan Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS bahawa UMNO menikus depan MCA bagaikan menyindir parti PAS yang kini sedang menikus untuk memperhambakan diri kepada DAP demi kepentingan politik untuk bersama-sama musuh Islam itu ke Putrajaya. Demi kuasa dan jawatan dalam politik, kasih sayangnya PAS terhadap DAP. Ketua Pemuda PAS sanggup menjadi bodoh apabila dilihat sangup mempertahankan DAP yang kini telah di tentang segelintir ahli PAS dan bekas-bekas ahli PAS yang sedar bahawa perhubungan PAS dengan DAP mengundang ancaman yang amat merbahaya kepada Islam di Malaysia. Di sebabkan ketakutan PAS yang melihat Umat Islam kini mula mengetahui akan keburukan DAP yang anti Islam, pelbagai cara telah di buat untuk menutup salah laku. DAP yang terang-terang cuba menghapuskan kuasa Islam / Melayu di Malaysia. Antara cara yang di lakukan PAS untuk menutup salah laku DAP adalah dengan memindahkan salah laku yang di letakan umat Islam terhadap DAP kepada MCA yang berada dalam BN supaya umat Islam merasa benci kepada UMNO yang merupakan peneraju utama BN. Sekiranya di lihat dari logik akal dalam politik. Ternyata dalam BN, UMNO merupakan tonggak utama BN yang menerajui sejak sekian lama bersama parti MCA serta MIC melalui gabungan yang sah di bawah parti BN dan mempunyai 1 lambang sahaja bagi menunjukan bahawa barisan parti yang berada dalam BN mempunyai ikatan yang kukuh. UMNO dengan menjadi peneraju utama dalam gabungan dengan bukan Islam untuk mentadbir Negara, UMNO telah mengikut seperti landasan apa yang di kehendaki Islam iaitu dalam kerjasama dengan bukan Islam untuk mentadbir negara, Islam menjadi peneraju yang berkuasa dan bukannya menjadi peneraju yang tidak mempunyai kuasa seperti Anwar Ibrahim di dalam mengetuai Pakatan Haram. Namun sekiranya di lihat di dalam Pakatan Haram, DAP di lihat lebih berkuasa dari parti-parti lain dalam gabungan yang sangat rapuh dan sukar mencapai kata sepakat. Di dalam gabungan yang tidak ada kesepakatan itu, PAS yang berteraskan Islam di lihat merupakan satu parti yang di perkudakan parti DAP dan PKR dalam Pakatan Haram dan bukannya sebuah parti yang menerajui Pakatan Haram. Sebagai buktinya, PAS dahulunya merupakan sebuah parti yang dasar perjuangannya adalah membentuk Negara Islam melalui acuan Islam PAS, tapi setelah berkerjasama dengan DAP dan PKR, PAS sangup mengadaikan dasar perjuangan parti demi memenuhi kehendak DAP yang mahukan dasar perjuangan membentuk Negara Islam di gugurkan sekiranya ingin bersatu menentang BN yang di terajui UMNO untuk ke Putrajaya. Di dalam menjadi sebuah parti pencacai dalam Pakatan Haram, tidak hairanlah PAS sanggup memperdagangkan Islam demi politik. PAS menganggap merekalah parti Islam yang patut umat Islam sokong dan sekiranya menghina PAS adalah seperti menghina Islam sedangkan hakikatnya PAS hanyalah sebuah parti politik yang mempunyai agendanya tersendiri di dalam merebut kuasa politik dan membalas dendam terhadap UMNO. Dengan berprinsipkan "Matlamat Menghalalkan Cara" PAS kini tidak hairan akan nasib yang bakal menimpa umat Islam asalkan dapat memiliki apa yang di hajatinya itu. PAS kini terpaksa akur terhadap kuasa DAP dan sanggup meminggirkan suara pemikir Islam yang berada dalam PAS yang lantang mengkritik DAP yang di lihat anti Islam.. Akibat kritikan golongan pemikir Islam yang berada dalam PAS terhadap DAP, PAS kini di lihat lebih menikus untuk menjaga hati pemimpin DAP supaya dapat bersama ke Putrajaya walau pun terpaksa memperhambakan diri. |
PANASS!! #AirSelangor Khalid Dapat Wahyu Dari Anwar Untuk Tentang Langat 2!! Posted: 18 Oct 2012 11:38 PM PDT Bersungguh-sungguh Kerajaan Selangor mencari idea sebab dan musabab untuk menangguh atau membatalkan terus projek Loji Langat 2. Mc pun pelik dengan sebuah kerajaan negeri yang bertungkus lumus menolak satu projek yang benar-benar, mendatangkan kebaikan kepada rakyat di negeri tersebut. Apakah membantah segala yang boleh ini, merupakan salah satu idea si tukang penasihat ekonomi Selangor yang berupah 1 Ringgit tu? Mungkin katanya "Jika kita benarkan mereka teruskan Projek Langat 2, bermakna kita kalah pada BN" Atas sebab itu, Khalid Gagap bersilat bagai nak rak untuk menepis segala cadangan dan cubaan kerajaan Pusat untuk membantu rakyat Selangor bagi membina Loji air Langat 2. Terbaru, Khalid Gagap, entah baru baca dari mana, atau baru bangun tidur, dapat wahyu Anwar dari dalam mimpi kot, memberi cadangan untuk mengunakan kaedah alternatif daripada sebuah syarikat Kanada dengan menggunakan teknologi membran bagi menambah kapasiti pengeluaran air daripada loji sedia ada. Tak faham lagi? Kejap, sambung baca dibawah pulak. Khalid Gagap, menjelaskan bahawa teknologi syarikat Kanada terlibat rawat diletakkan bersebelahan setiap loji bagi merawat air tambahan secara berasingan untuk menghasilkan tambahan satu billion liter air setiap hari, bukannya melakukan semua kerja-kerja dari satu loji utama, seperti Langat 2. "Tetapi anda mempunyai beberapa loji rawatan supaya anda menambah 50 juta liter sehari dan lagi 3 juta dari tempat lain, 100 juta dan semua itu anda tambahkan, anda akan mendapat 1 bilion liter sehari. "Jadi, kesimpulannya ialah, kita boleh mempunyai sumber air yang lebih murah pada harga yang sangat-sangat rendah," kata Khalid Gagap lagi. Ohh.. bagus cadangan Khalid Gagap tu. Ok kita lihat satu per satu. Teknologi membran yang diletakkan bersebelahan setiap loji untuk menambahkan pengeluaran air terawat, sumber air mentahnya adalah dari sungai yang sama. Kalau air sungai kering, air di empangan akan dilepaskan. Kalau empangan pun parasnya menyusut akibat kemarau berpanjangan seperti sekarang, mana Khalid nak korek air untuk dirawat oleh loji dan di 'membran' kan? Selepas dirawat dan di 'membran' kan, adakah rangkaian paip-paip air yang sedia ada bagi bekalan air kepada pengguna boleh menampung peningkatan air terawat ini for distribution? Perlu diingat Kerajaan Selangor tidak membenarkan Syabas meneruskan capexnya yang termasuk penambahbaikan paip-paip lama. Penambahan kapasiti ini sudah tentu meningkatkan pressure dan paip-paip lama ini boleh pecah. Yang tak cukup bekalan air adalah disebelah selatan Selangor, takkanlah membrane teknologi pun nak diletakkan di loji-loji yang terletak di utara Selangor. Air terawat berlebihan tu nak diangkut guna lori ke selatan pulak... ataupun nak kena bina paip sambung ke selatan. Dulu selepas loji Sg Labu, yang pembinaannya dibiayai oleh kerajaan pusat, siap dibina, Khalid enggan memberikan kebenaran untuk mengeluarkan air dari sungai untuk dirawat walaupun penduduk Sepang memerlukan bekalan air. Kebenaran hanya diberi selepas kerajaan pusat bersetuju memberikan hak operasi and pengendalian kepada anak syarikat kerajaan Selangor. Ini menunjukkan, demi rakyat Selangor, Kerajaan Pusat sanggup membiarkan Kerajaan Negeri mengambil nama daripada usahanya, Kerajaan negeri pula sebenarnya sanggup mempertaruhkan kesejahteraan rakyat demi kepentingan politik sempit mereka. Kini bila bekalan air tidak dapat menampung permintaan yang meningkat, kerajaan pusat telah sarankan 8 projek mitigasi yang menelan belanja RM600 juta. Projek mitigasi ini bersifat jangka pendek, hanya cukup untuk bekalan air sehingga 2015. Kalau ikut perancangan asal, Langat 2 sepatutnya siap pertengahan tahun 2014. Tak pasal-pasal kerajaan pusat terpaksa belanja RM600 juta untuk projek mitigasi ni. Kerajaan Selangor sebenarnya mengambil kredit 5 projek tebatan kononnya mereka yang melaksanakan. Tetapi sebenarnya, pembiayaan projek itu sebanyak RM345 juta adalah daripada Kerajaan Pusat. Walaupun dengan tender terbuka, Khalid mengatakan yang Langat 2 menguntungkan kroni. Tapi Khalid kini telah dua kali memperkenalkan membran teknologi sebagai alternatif kepada Langat 2. Adakah ini wahyu dari atas? Siapakah di kalangan puak-puak Khalid yang merupakan pembekalnya? Sebenarnya, mereka langsung tak kisah tentang Loji Langat 2 tu penting atau tidak, air cukup ke tak, apa nasib rakyat Selangor nanti, mereka tak peduli. Apa yang mereka tahu, janji mereka jangan kalah dengan Kerajaan Pusat. Mungkin itu pesanan keramat Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor. "Biar rakyat merana tak ada air, janji kita jangan kalah dengan Kerajaan Pusat!" |
PANASS!! Leman Tak Lawak Warisi Keturunan Pakar Urut Batang!! Posted: 18 Oct 2012 08:16 PM PDT Fuhh, benarkah keluarga Leman 3 suku pakar dalam bidang urut batin ni?? Ramai kawan kawan aku kat Padang Terap duk cerita yang mak si leman tukang urut batang pensil lelaki bukan muhrim..Leman sebelum ni dikatakan pernah mewarisi legasi bisnes keluarganya selepas keluaq dari raja lawak.. Disebabkan bisnesnya yang memang tak boleh nak maju, lalu diceburkan dirinya dalam Pas kerana keserasian antara ubat kuat warisan keluarganya dengan Pas hampir sama ibarat isi dan kuku.. Kalau hangpa tak percaya boleh tengok gambaq kat bawah ni, agak agak leman ka orang lain ? Menurut kawan aku si AUPN, kesemua pesakit pesakit yang mengunakan khidmat tukang urut kat Kg Bukit Nyamuk boleh test drive..Apa makna test drive tu AUPN.. Aku kurang fahamlah..Kalau hangpa semua nak tau apa itu maksud Test Drive dalam bahasa sanskrit tukang urut boleh baca kat SINI McTheory: Oitt Medan Tempur aku pun taktau apa maksud test drive tu.. he he.. |
PANASS!! Ahli Majlis PKR Halau Kaum Cina, Kata Ini Bukan Negara China!! #TukarKedah Posted: 18 Oct 2012 05:38 PM PDT Tak sangka ahli majlis PKR tu berani keluar kenyataan macam tu. "U jangan main-main, ini bukan negara China". Ayat dia tu, benar-benar rasis dan menghina. Nak tau apa cerita sebenarnya ni, boleh baca kat SINI McTheory: Kurang Ajar tu.. rasis sungguh!! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment