Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Cerita Tak Menarik Pasal Isteri Akhir Zaman!!

Posted: 17 Oct 2012 08:19 AM PDT

hiasan semata

 Seorang isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan cecair yang dikatakan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.

Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah Allah) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.

Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia yang dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup di dalam minuman suami.

Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.

Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.

Dia yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.
Katanya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.

"Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.

"Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.

"Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran," katanya.

Halim berkata, dia ada bertanya isterinya mengapa sanggup berbuat demikian, tetapi seperti diduga wanita itu menafikan dia melakukan perbuatan berkenaan.

"Menurut sepupu saya, sebelum kami berkahwin lagi isteri saya sediakan sejenis air untuk saya yang tidak diketahui tujuan. Rakan yang pernah datang ke rumah kami juga berasa tidak sedap hati apabila hendak masuk.

"Apabila saya bertanya isteri, dia tak mengaku dengan memberi pelbagai alasan. Saya tidak tahu mengapa dia sampai hati menyihir saya," katanya.

Menurut Halim, akibat perbuatan isteri, kerjayanya sebagai perunding dana amanah terjejas sehingga bayaran bulanan rumah tertunggak sembilan bulan.

Hutang kad kredit juga bertimbun, manakala keretanya hanya menunggu masa untuk ditarik kerana ansuran bulanan tidak dijelaskan.

"Kerja saya terjejas teruk. Jika dulu pendapatan mencecah RM20,000 tetapi sekarang jauh merosot, malah pernah dapat tidak sampai RM2,000 sebulan. Apabila hendak jumpa orang, saya malas pergi apabila tiba masanya.

"Sebaliknya isteri saya yang bekerja bidang sama mampu memperoleh RM20,000 ke RM50,000 sebulan, malah dalam bidang ini dia terkenal antara yang berjaya mencatat perolehan tertinggi," katanya.

Halim berkata, apabila keadaan itu berlaku isterinya hidup dalam serba kemewahan, tetapi dia sebaliknya.

"Apabila isteri hidup dalam keadaan bertuhankan duit, dia mula berubah, rasa diri hebat, bongkak, meninggi diri serta sombong. Saya seperti orang suruhan dia. Begitupun sebagai suami, saya masih menjalankan tugas dan tanggungjawab saya," katanya.

Menurutnya, selepas mengetahui dirinya disihir, dia menemui empat bomoh, termasuk pakar perubatan Islam, untuk membuang sihir berkenaan.

"Ada yang saya jumpa beritahu, saya sudah lama kena (sihir). Melalui seorang ustaz, saya diberitahu, dalam satu tangkal, isteri saya menggunakan darah haidnya manakala tangkal lain menggunakan minyak kelapa, kertas wafak yang didakwa ada jin serta tulisan jampi serapah. Ada juga memberitahu, tangkal itu dihasilkan daripada air mani gajah," katanya.

Menurutnya, tangkal berkenaan diserahkan kepada pengamal perubatan Islam untuk 'dimatikan' sihirnya dan dia kini masih mendapatkan rawatan pemulihan berterusan.

"Saya masih sayangkan isteri demi anak kami yang berusia tiga tahun dan dia pula kini mengandung tiga bulan. Malah kami masih tinggal bersama meskipun tidak sehaluan.

"Namun, melihat isteri semakin jauh menyimpang, saya tiada pilihan selain memfailkan permohonan nusyuz di mahkamah dalam masa terdekat," katanya.

Halim yang berharap akan pulih segera daripada ilmu hitam itu merancang membina kembali kerjayanya, selain hidup dalam keadaan tenang dan bahagia.

Sambung baca SINI

Masalahnya sekarang ni, terlalu ramai isteri yang buat perkara terkutuk ni. Banyak yang tak sedar diri, dan rasa diri tu tak akan mati kot, sebab tu yang boleh buat perkara terkutuk ni. Kalau fikir mati, rasanya nak lawan suami pun tak berani kan?

PANASS!! Pergaduhan Di antara Ketua Cawangan Pas dan Bekas Ketua Cawangan!! #TukarKedah

Posted: 17 Oct 2012 05:38 AM PDT

Lama kita meninggalkan cerita Baling. Tak kisah la cerita Pas atau cerita UMNO. Namun Blogger tersohor Baling si Kamera Kupang, ada cerita terbaru mengenai ahli Pas yang berebut jawatan.

Semasa berlaku pertandingan pemilihan PAS peringkat Cawangan, di Kampung yang teletak di laluan lebuh raya Kulim Grik, Penyandang ketua Cawangan tersebut cuba mempertahan Jawatan, tetapi dicabar oleh Ketua Pemuda PAS cawangan iaitu seorang guru di sekolah Agama. Ketua Pemuda PAS itu adalah orang kuat YB Johari (ADUN Kupang) sering dilihat bersama serta mengiringi YB Johari di Majlis Anjurah PAS, Kupang, manakala ketua cawangan merupakan seorang pesara merupakan orang lama serta penyokong kuat Ustaz Taib Azzamuddin.

Pada pemilihan yang lepas, berlaku pertandingan sengit di antara keduanya. Sehinggalah keputusannya memihak kepada orang kuat YB johari dengan kemenangan hanya 1 undi.

Gambar di kaburkan,Ketua Cawangan PAS
yang baru hanya menang 1 undi jer.

Selepas daripada kejadian itu, perpecahan PAS di Kampung tersebut, menjadi 3 puak, penyokong Ustaz Taib di ketuai oleh bekas ketua Cawangan. Puak cikgu Joe pula diketuai ketua Cawangan yang baru iaitu guru sekolah agama tebabit, dan satu puak lagi atas pagar, kira dok makan untung la, yang mana mai semua depa sapu. Kiranya Pas Baling ni tak pernah bersatu, dari pemilihan tempohari hinggalah sekarang ni.

Kekalahan Bekas Ketua Cawangan tersebut di tangan seorang ketua pemuda PAS, amat sukar di terima dan menjatuhkan reputasi beliau, mungkin selama ini beliau berasa amat selesa dengan jawatan yang di sandang di Cawangan tersebut, menyebabkan selepas kekalahan tersebut, beliau jarang menghadirkan diri serta mendirikan solat di Markaz Pas.

Orang Pas ni pelik sikit, untuk pengetahuan semua pembaca, kat kampung tu.. orang PAS lebih suka solat kat Markaz dari masjid, walaupun jarak Masjid dengan Markaz dalam 200 meter je. Selepas beliau kalah, beliau lebih selesa mendirikan solat berjemaah di Masjid, walaupun di pujuk oleh ahli yang lain untuk hadir ke Markaz.

Mungkin itu kebaikkan yang beliau dapat setelah beliau kalah, dapat bermasyarakat dengan orang kampung balik.

Sambung baca cerita ni kat SINI

PANASS!! Pembunuh Berkeliaran di UUM Sekarang!! Waspada!

Posted: 17 Oct 2012 02:17 AM PDT

apa maksud msg ni??

Lepas PR Kampus tempohari, Mc sendiri pun dah tak update pasal UUM ni. Apa agaknya yang telah jadi kat sana? Mengikut blogger tegar UUM si Makan Cabai, ada kejadian yang kurang menyenangkan berlaku di UUM sekarang ni.

Fitnah dan khabar angin mengenai pengetua dan pentadbiran UUM sedang dilakukan oleh pihak tertentu. Perkara ini tidak boleh dibiarkan, kalau dibiarkan ianya akan semakin menjadi-jadi.

Nak tau cerita apa, dan fitnah tentang apa, meh klik Kat Sini

P/s: Fitnahkan lebih teruk dari membunuh!!

TUDIAA!! @RazlanRafIi Ketua Pemuda Seputeh Gesa Terasa Cock Mohon Maaf Pada Umat Islam Malaysia!

Posted: 16 Oct 2012 11:18 PM PDT

Saudara Razlan juga Timb. Pengerusi UMB PPUM

Teresa Kok, siapa tak kenal, musuh utama orang Islam di Malaysia. Blog Keris7Lok ada cerita pasal cina berdarah yahudi ni.

Siapa yang tidak kenal siapa sebenarnya Teresa yang berketurunan yahudi? Kalau dah memang ada darah zionis sudah pasti perwatakannya terarah kepada Anti-Islam. Umumnya DAP memang anti Islam namun entah mengapa masih ada melayu-melayu yang tidak endahkan perkara itu demi kuasa.

Teresa sangat diketahui umum kerana dialah individu yang marah-marah apabila tidak dibenarkan memasuki Masjid Negara. Walhal kita umat Islam tahu sesiapa yang dibawa masuk perlu bersih daripada hadas besar, lagipun pernah ada gambar Teresa memanggang babi, takkan dia samak sebelum masuk masjid? Tak hormat tempat ibadat Islam

Dia juga yang pernah bawa isu azan di Puchong sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam di Selangor. Hampir nak berparang bagai. Dia yang ditahan ISA kerana sikap tak bermaruah itu juga memfitnah ISA sejurus selepas dibebaskan. Dia kata dirinya telah diberi layanan yang teruk dan diberi makan seperti anjing. Keris tengok lepas dia keluar lemak kat dagu tak berubah pun.



Dia juga yang membantah tulisan jawi di Kuala Lumpur. Kurang ajar dan memang tak hormat langsung dengan sensitiviti Islam.


Dia juga yang buat fitnah terhadap polis dengan menyatakan ada seorang warga cina telah menerima gangguan seksual di balai polis. Tidak pernah lupa apabila dia memfitnah pihak polis dengan mendakwa seorang wanita daripada Republik China didera di dalam lokap polis.Sedangkan perempuan dalam video tu, melayu.


Banyak betul perkara anti Islam dan cubaan menimbulkan ketegangan kaum di Malaysia hasil idea Teresa. Dia cuba menyerapkan rasa benci rakyat cina yang sayangkan Malaysia kepada bencikan Malaysia.

Selama ini pun kita semua tidak ada masalah hidup berbilang kaum. Sejak DAP menang banyak kerusi, bukan main berani masing-masing tunjuk perangai buruk sebenar. Inilah aspirasi DAP. Aspirasi pembangkang yang tidak mahukan keharmonian dan mahu merosakkan hubungan antara kaum di Malaysia.

Keris bersetuju dengan saudara Razlan, Teresa perlu minta maaf. Tak sebenarnya bukan sahaja minta maaf, malahan perlu undur diri daripada politik. Tak layak jadi wakil rakyat kalau tak faham apa makna keharmonian di Malaysia


McTheory:
Patut halau mangkuk ni dari Malaysia, buat semak saja..

PANASS!! Gambar Adun PKR Masuk Islam Ke?

Posted: 16 Oct 2012 08:16 PM PDT

YB bukan Islam dalam masjid

Lagi cerita menarik yang Mc ambil dari blog CTS, rasanya sebagai umat Islam patutkah kita biar cerita kat bawah ni?

Baca apa yang CTS tulih,

Beberapa bloggers dan cybertroopers Pakatan Haram mula memainkan gambar di atas bagi menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin P"Gay"R Perak mula mendekati Islam. Kelihatan Ahli Parlimen Gopeng, YB Dr Lee Boon Chai, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang bersama jemaah masjid selepas solat Fardhu Maghrib penuh teliti mendengar ceramah agama.

Bagi bersangka baik, CTS yakin YB-YB berkenaan telah suci daripada hadas besar untuk duduk di dalam rumah Allah SWT. Kita berharap YB-YB DAP berkenaan hadir mendengar ceramah untuk mendekati Islam dan bukannya dengan niat tipu daya untuk mengambil hati orang-orang Islam di kawasan berkenaan. Maklumlah, PRU13 sudah dekat. Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Haram terutama DAP akan berbuat apa sahaja untuk "membeli" undi orang-orang Islam. Tak gitu?

Bukannya apa. CTS tidak pernah lupa YB Chan Ming Kai yang pernah menimbulkan kontroversi bertakbir sempena Aidil Fitri di sebuah rumah milik orang Melayu pada 2009, hari ini sekali lagi menunjukkan sikap di luar tabi'i dengan menyerbu naik ke podium Speaker DUN Perak dan menghentak meja Speaker, Dato' R. Ganesan yang sedang mengendalikan persidangan.


McTheory:
Senang cara nak beli Melayu ni..

PANASS!! Terbukti, Pas Kedah Amalkan Sistem Kayakan Kroni!! #TukarKedah

Posted: 16 Oct 2012 05:37 PM PDT


Mc taknak komen banyak pasal laporan audit kerajaan negeri Kedah. Tak banyak yang berubah, hutang bayar, pendapatan ada kurang sikit. Tapi takpa la, kalau nak semua sempurna, itu bukannya kerajaan, itu dah panggil tuhan.

Tapi ada satu perkara yang Mc nak fokuskan.. hmmm


Apa yang lebih mengejutkan dari laporan audit Kedah ialah apabila terdedahnya bagaimana Kerajaan PAS Kedah telah membayar RM2.55 juta kepada 5 kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor bagi melaksanakan projek Taman Seri Gemilang, Flat Seberang Terus, Taman Wira, Flat Alor Malai, Flat simpang Kuala, Flat tongkang Yard dan Taman Kota Nelayan.

Lebih dahsyat lagi ialah apabila didapati bahawa Pengarah yang bagi lima syarikat pembinaan tersebut mempunyai hubungan keluarga antara satu sama lain. Tidak cukup dengan itu, pembayaran kepada kontraktor-kontraktor pula menunjukkan ketidaktelusan yang serius di mana RM500,000 telah dibayar dengan menggunakan nama syarikat lain serta tuntutan-tuntutan yang dibuat secara berulang.

 Pas Kedah harus jawab pendedahan laporan audit ini. Jelas terbukti ada penyelewengan dalam kerajaan negeri, malah projek pula disalurkan kepada kroni-kroni yang berkaitan. Nama syarikat lain, tetapi orang yang sama. Malah orang yang sama juga dapat projek Pas Kedah, dalam keluarga yang sama.

Apakah ini bukan cara kayakan kroni? Jangan tipu la kalau Pas Kedah kata tak kenal dengan individu berkenaan. Sebab angka 2.5 juta tu bukan angka yang kecil. Mc masih ingat kata-kata Azizan Razak yang menegaskan bahawa beliau takkan berikan projek pada keluarganya walaupun dirayu. Sebab itu adalah prinsip beliau.

Namun laporan audit membuktikan sebaliknya, kata-kata Azizan Razak tu tak boleh pakai! Nampak sangat Pas Kedah mengamalkan sistem kroni untuk agihkan projek. Dulu dok kutuk UMNO kaki kroni, kali ni dah jelas terbukti, Pas Kedah pula amalkan sistem untuk kayakan kroni sendiri.

Laporan audit dah keluar, pendedahan songlap duit rm2.5 juta untuk kroni dah terdedah. Bila lagi Azizan Razak nak jawab ni? Jangan dok jawab taktau sudah la no..

Laporan penuh audit Kedah boleh klik SINI


McTheory:
Azizan jawab, 2.5 juta tuu.. kroni Phahrolrazi yang punya.. he he..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...