Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Kelantan Tawar Perempuan Melayu Untuk Urut Mengurut!

Posted: 16 Oct 2012 08:16 AM PDT


Tindakan seorang tukang urut wanita yang menyembunyikan pelanggan lelaki di bawah selimut bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, berjaya dihidu anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB-BRI) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dalam serbuan di sebuah pusat spa, di sini, petang Khamis lalu.

Dalam operasi terbabit, wanita berusia lingkungan 20-an itu pada mulanya tidak mahu membuka pintu bilik yang menempatkan pelanggan itu bersamanya, yang dikunci dari dalam sehingga menyebabkan pihak terbabit terpaksa menunggu hampir 20 minit di luar pintu bilik.

Serbuan yang diketuai oleh Pegawai penguat kuasa MKPB-BRI Inspektor Roslan Yusof, bersama 20 penguat kuasa MPKB dan JHEAIK yang dilakukan hasil risikan dan maklumat awam.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan, Ramly Che Hussin berkata, dalam operasi yang dilakukan itu, pihaknya turut berjaya menahan wanita berkenaan serta lelaki itu yang sedang mendapatkan perkhidmatan mengurut.

"Kita mengeluarkan tiga kompaun terhadap kesalahan menjalankan operasi spa tanpa lesen, di samping kompaun kepada tukang urut wanita yang tidak menutup aurat di bawah Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 serta menahan pelanggan berkenaan yang diserahkan kepada pihak jabatan agama.


"Aktiviti terbabit merupakan perlakuan yang memalukan dan menjatuhkan moral umat Islam memandangkan wanita itu beragama Islam yang menjalankan perkhidmatan mengurut kepada pelanggan lelaki.

"Pihak kami memandang serius aktiviti seumpama ini dan diharapkan agar peniaga yang menjalankan perniagaan spa, tidak menjalankan aktiviti seumpama ini. Perbuatan ini salah di sisi agama Islam memandangkan agama Islam menyuruh umatnya menjaga batasan perlakuan dengan lelaki bukan muhrim," katanya.

PANASS!! Laporan Audit Pas Kedah Songlap Duit? #TukarKedah

Posted: 16 Oct 2012 05:37 AM PDT


 Kerajaan 'Islam' PAS negeri Kedah nampaknya tidak mampu membuktikan integriti dan ketelusan yang tinggi sepertimana yang dikehendaki dalam Islam. Walaupun, laporan audit negeri secara umumnya direkod sebagai memuaskan, namun ia wajar dipersoal atau ditolak memandangkan masih ada 31.8% dari 22 agensi-agensi kerajaan negeri gagal mengemukakan penyata kewangan mengikut masa yang ditetapkan.

Kegagalan ini menyebabkan kita musykil sama ada terdapat sesuatu yang cuba disembunyikan atau sekadar kelemahan pihak yang terbabit.

Walaubagaimanapun, secara keseluruhan kedudukan ini adalah lebih baik dari tahun lalu di mana lebih 43% dari agensi kerajaan negeri gagal mengemukakan penyata kewangan pada tarikh ditetapkan.

Namun begitu, peningkatan ini masih tidak menggambarkan sebarang penambahbaikan dari segi kecekapan kerana daripada 17 Jabatan/Agensi Negeri dinilai pencapaian pengurusan, hanya 3 Agensi Negeri berada pada tahap sangat baik dengan diberi penarafan 4 Bintang.

Manakala 12 Jabatan/Agensi Negeri berada pada tahap baik dengan penarafan 3 Bintang. 2 Jabatan Negeri iaitu Majlis Daerah Pendang dan Pejabat Daerah Kulim pula berada pada tahap memuaskan dengan penarafan 2 Bintang.

Kerajaan Negeri Kedah juga pada tahun 2011 masih mengekalkan perbelanjaan defisit sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Penyata Kedudukan Kewangan pula menunjukkan jumlah RM252.36 juta iaitu penurunan sejumlah RM75.92 juta atau 23.1% berbanding RM328.28 juta pada tahun 2010.

Lebihan pendapatan semasa dicatatkan pada angka RM2.39 juta iaitu penurunan sejumlah RM20.11 juta.

Kegagalan pelaksanaan beberapa projek utama oleh anak syarikat dibawah Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) merupakan salah satu punca kerajaan negeri mencatat kerugian. Projek-projek seperti pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea, Projek 99 East di Lankawi serta projek udang kerpan, tanaman getah dan kelapa sawit semuanya mencatatkan kerugian dengan nota audit yang menyatakan kelemahan dari segi perlaksanaan, perjanjian dan pemantauan.

Nampaknya, ini adalah bukti jelas bahawa kepimpinan Ulama PAS di Kedah telah tidak mampu untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik dari kepimpinan bukan Ulama di negeri-negeri lain.

Namun, apa yang lebih mengejutkan dari laporan audit Kedah ialah apabila terdedahnya bagaimana Kerajaan PAS Kedah telah membayar RM2.55 juta kepada 5 kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor bagi melaksanakan projek Taman Seri Gemilang, Flat Seberang Terus, Taman Wira, Flat Alor Malai, Flat simpang Kuala, Flat tongkang Yard dan Taman Kota Nelayan.

Lebih dahsyat lagi ialah apabila didapati bahawa Pengarah yang bagi lima syarikat pembinaan tersebut mempunyai hubungan keluarga antara satu sama lain. Tidak cukup dengan itu, pembayaran kepada kontraktor-kontraktor pula menunjukkan ketidaktelusan yang serius di mana RM500,000 telah dibayar dengan menggunakan nama syarikat lain serta tuntutan-tuntutan yang dibuat secara berulang.

Jelas, apa yang dikatakan kepimpinan Ulama atau kerajaan yang telus yang diwar-warkan oleh Pakatan Rakyat hanyalah satu hipokrasi tahap tertinggi.

Sedangkan hakikatnya, kerajaan PAS Kedah selama ini berselindung di sebalik papan-tanda 'Islam' di sekitar negeri Kedah yang menggunakan tulisan jawi dan hanya memaparkan wanita yang menutup aurat. Namun, di sebalik papan-tanda tersebut, telah berlakunya amalan kronisme dan rasuah yang berleluasa selain kelemahan dan ketidakcekapan yang ketara sepertimana yang direkodkan dalam teguran oleh Jabatan Audit Negara.

GEMPAR!! Fakta Mengenai Israel yang Patut Kita Tahu!!

Posted: 16 Oct 2012 02:38 AM PDT


Walaupun kebanyakan daripada kita kenal dan biasa dengar tentang penubuhan negara haram Israel ini, tetapi masih ada lagi fakta-fakta lain yang kita tak pernah dengar pasal negara Israel. Cuma satu fakta sahaja yang kita tahu sering dengar, iaitu negara haram Israel ditubuhkan dengan pertumpahan darah saudara se-Islam kita disana, iaitu rakyat Palestin. Kalau korang nak tahu apa lagi fakta-fakta pasal Israel ni, boleh baca kat bawah ni..

1. Tahukah anda bahawa selain daripada orang Yahudi, bangsa lain dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda baha wa setiap warga Yahudi yang ada di seluruh negara di seluruh dunia menjadi warganegara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negaranya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin?

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan mereka antara warga Yahudi dan bukan Yahudi?

4. Tahukah anda bahwa Jurusalem bahagian timur, Tepi Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya Barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel?

5. Tahukah anda bahawa Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk warga Yahudi dan memberikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya disalurkan kepada 120 ribu penduduk Palestina di daerah itu?

6. Tahukah anda bahawa Amerika menyumbangkan US$5 Billion dari cukai pajaknya setiap tahun kepada Israel?

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar US$1.8 Billion setiap tahunnya? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh negara di benua Afrika?

8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar US$4 Billion dari Amerika yang terdiri dari pesawat tempur F 16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan negara penyokong utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua fasiliti yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.

9. Tahukah anda bahawa pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran peraturan oleh Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan penyediaan senjata nuklear? Dan menolak pasukan penyiasat PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?

11. Tahukah anda bahawa sebelum tertubuhnya negara Israel pada tahun 1948, sudah memiliki kemudahan membuat senjata nuklear?

12. Tahukah anda bahawa Pemerintah Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Tahukah anda bahawa Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 yang lain, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh negara Islam?

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik konservatif terhadap identiti warga Yahudi agar kekal menjadi warganegara itu?

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri, Ariel Sharon sebagai 'tidak bersalah' dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang membunuh lebih dari 1000 orang Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang tua?

17. Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang sedang menunggu bas di sebuah perhentian bas untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu pula kah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988, semua bangunan dan pejabat di Israel hanya boleh menempelkan keterangan mencari kerja dengan perkataan: "kerja kosong hanya untuk warga Yahudi", "Seorang karyawan dicari, dengan syarat perlu warga Yahudi"?

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 perusahaan media Amerika untuk menonjolkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak parti radikal Molodeit untuk menjadi pesaing utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu berideologi radikal dengan persepsi utama untuk membersihkan Israel dari warga bukan Yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama, David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh warga Arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel, Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin? Bahkan dia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya Paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel: "Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerananya dilarang semua warga Yahudi untuk memberikan rasa kasih saying kepada warga Arab, dan wajib bagi setiap Yahudi untuk menembak senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga Arab untuk membunuhnya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk"……

23. Tahukah anda bahawa Palestin merupakan penjara terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan melarang penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Perisikan Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses pembelajaran dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor?

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa yang diterbitkan pada tanggal 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin kerana terhalang dengan perjanjian yang ditandatangani pakatan OSLO?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga keamanan dan keselamatan diri?

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvensyen Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin?

30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon sudah tidak diendahkan lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang askar Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi askar Israel terus menyerang, menembak orang awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka.

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah negara rasisme dan apartheid sama seperti keadaan Afrika Selatan?

Soalan Tambahan, setelah semua fakta yang kita baca, tahukah anda siapa pemimpin Pembangkang di Malaysia yang menyokong Israel secara terang-terangan?


McTheory:
Senang punya soalan, tentulah Anwar Ibrahim!!

EKSKLUSIF DAN PANASS!! Kerajaan Negeri Pas Kedah Cadang Kulim Jadi HUB Pelacuran?? #TukarKedah

Posted: 15 Oct 2012 11:39 PM PDT


Saban hari, kita membaca cerita mengenai pelacuran di Kulim, Kedah. Cerita budak sekolah jual diri la, budak terbiar jual badan sebab topup, mat rempit perdagangkan aweknya dalam perlumbaan, budak IPT jual diri sebab cari duit poket, budak kampung buat kerja parti time melacur dan pelbagai lagi cerita mengenai remaja Kulim yang semuanya berkaitan dengan pelacuran.


Malah semua cerita yang kita baca tu dilaporkan oleh Sinar Harian. Kiranya Sinar Harian Kulim ni memang hebat dalam mengesan aktiviti melacur.

Mc taknak sentuh bagaimana Sinar mencari beritanya mengenai pelacuran, tapi Mc nak pertikaikan kerajaan Negeri yang masih tidak ada sebarang usaha mencegah atau mencari solution lain bagi mengelakkan gejala pelacuran ini terus berlaku.

Sebagai kerajaan Negeri yang berteraskan Islam dan berkepimpinan Ulamak (KONONNYA) Pas Kedah harus berusaha mencegah perkara mungkar ini dari terus berlaku. Bukannya sibuk memberi ceramah politik tak kira siang, malam, pagi, petang malah diatas mimbar pun masih nak berceramah politik.

Patutnya banyakkan ceramah, tazkirah dan kerja amal dalam masyarakat Islam bersosial, ini tidak. Semua ceramah, tazkirah hatta apa pun yang berkaitan dengan kerajaan Negeri semuanya politik. Tak ada satu pun usaha dari kerajaan Negeri yang mahu mengajak rakyat Kedah jadi muslim yang baik.

Jadi, apa relevannya Pas Kedah yang kononnya lebih ISLAM dari UMNO, berkepimpinan ULAMAK yang tersohor (bagi orang Pas la) menjadi kerajaan negeri? Sedangkan pada hakikatnya pentadbiran lebih teruk dari UMNO?

Malas Mc nak ulang keburukkan Pas ni. Penat tangan nak menaip pasal benda yang sama, dari ekonomi, infrasturktur, pentadbiran, sosial, pertanian dan pendidikan semuanya GAGAL. Malah menjaga untuk menjaga Syiar Islam dan akidah rakyat Kedah pun Pas Kedah GAGAL TERUKK!!


Apa yang berjayanya Pas Kedah hanyalah menternak kelab-kelab malam di sekitar Alor Setar dan Sungai Petani. Itulah kejayaan Pas Kedah yang paling maksimum disamping membalak sesukahati di Kedah, umpama mak bapak depa yang punya, hingga habis gondol gunung dan bukit.

Sekali lagi Mc nak tanya, apa relevannya Pas Kedah terus menjadi Kerajaan Negeri? Sahabat-sahabat Mc dalam Pas tolong jawab sat!

Buktikan Pas lebih baik dari UMNO, dari terus menghina UMNO dalam setiap ceramah!!


McTheory:
Cakap saja pandai, kerja habuk pun taktau!!

PANASS!! Mahfuz Omar Menteri Besar Pas Kedah yang Seterusnya? #TukarKedah

Posted: 15 Oct 2012 09:37 PM PDT

Menteri Besar Kedah??

Masalah kemaruk ingin jadi Menteri Besar Kedah menggantikan Dato' Seri Azizan Razak di kalangan pemimpin PAS Kedah bukanlah rahsia lagi. Malah, cita-cita yang tidak tertahan-tahan membuatkan mereka tidak segan silu lagi bercakaran secara terbuka.

 Pendek kata tidak perlulah menggunakan khidmat risikan untuk mengenalpasti siapa musuh siapa, siapa kawan siapa dan siapa alat siapa. Semuanya boleh dilihat dengan terang lagi bersuluh dari kedai kopi sehingga ke dalam media massa.

Seperti yang kita semua sedia maklum, antara yang paling kemaruk ingin menjadi Menteri Besar ialah Phahrolrazi. Macam-macam cara telah dilakukan beliau untuk menjatuhkan Ustaz Azizan sehingga menjadi perbualan biasa di kalangan rakyat Kedah.

Namun, sehingga kini segala usaha Phahrolrazi masih tidak membawa beliau ke mana. Lebih malang bagi beliau ialah apabila beliau bukan sahaja masih belum dapat menjatuhkan Azizan tetapi terpaksa pula berhadapan dengan persaingan dari beberapa 'tokoh' PAS lain yang turut mengidam jawatan Menteri Besar menjelang PRU ke-13.

Antaranya, ialah Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS dan juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Mahfudz nampaknya tidak berminat untuk berselindung dalam hal ini dan strategi beliau dalam mengatur langkah awal untuk memastikan impiannya tercapai sudah pun dapat dihidu.

Mengambil kira desas-desus mengenai pencalonan Dato' Sahlan Ismail Nasution, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, bagi kerusi BN di kawasannya, maka Mahfudz dikhabarkan telah beberapa kali pergi berjumpa dengan Dato' Sahlan untuk memastikan mereka tidak bertemu di gelanggang yang sama.

Ini kerana Mahfudz mengakui Dato' Sahlan bukanlah lawannya yang setara dan tidak yakin akan menang jika bertanding di gelanggang yang sama. Mahfudz mengharapkan yang Dato' Sahlan bertanding parlimen manakala beliau pula akan memilih mana-mana DUN di kawasan Pokok Sena untuk bertanding. Dengan cara ini, beliau yakin akan dapat mencapai cita-citanya untuk menjadi MB Kedah dengan mudah.

Terdapat 3 DUN di dalam Parlimen Pokok Sena, iaitu Bukit Lada, Bukit Pinang dan Derga. Berdasarkan keputusan PRU-12, DUN Bukit Pinang yang disandang oleh Md. Roshidi Osman dari PAS telah mencatatkan kemenangan dengan majoriti paling tinggi iaitu 3,399. Oleh itu, Bukit Pinang dilihat sebagai kawasan yang paling sesuai untuk dijadikan platform bagi Mahfudz untuk mencapai cita-citanya.

Namun begitu Mahfudz tidak dapat mengenepikan faktor pengaruh Azizan, mahupun impian Phahrolrazi.

Selain itu, dalam kegilaan beliau ingin menjadi MB Mahfudz juga bagaikan terlepas pandang akan faktor UMNO. Sedarkah Mahfudz bahawa walaupun beliau merasakan boleh menang di kawasan yang ditandinginya, beliau masih perlu memastikan yang PAS memenangi majoriti kerusi di negeri Kedah sebelum dapat duduk di kerusi MB.

Dengan itu, Mahfudz mahu tidak mahu terpaksa membantu Azizan untuk mengekalkan sokongan rakyat terhadap PAS di negeri itu. Dan Mahfudz juga tidak mampu untuk mengsabotaj Azizan sedangkan di masa yang sama menaruh cita-cita untuk menjadi MB.

Mampukah Mahfudz menangani semua faktor ini secara serentak? Atau mungkinkah Azizan akan berjaya 'menjinakkan' manusia-manusia yang gila kuasa sehingga di tahap tidak terkawal yang berada di sekelilingnya?

Apapun, persoalan yang lebih tepat sebenarnya ialah apakah PAS akan mampu mengekalkan kuasa di Kedah? Jika tidak, jangankan Mahfudz atau Phahrolrazi, malah Azizan sendiri juga terpaksa melupakan saja kerusi MB.

PANASS!! Pas Kedah Akan Adakan Demo Bantahan Depan Pejabat Dap? #TukarKedah

Posted: 15 Oct 2012 06:38 PM PDT



Pas Kedah cuma adakan bantahan depan pejabat Dap dalam mimpi saja. Puak ni mana berani, nak tau apa cerita, sila baca kat bawah ni.

Alamakk apa dah jadi ni? Kerajaan Pas Kedah, ditentang oleh Dap yang hanya ada satu kerusi saja di Kedah ni? he he.. lawaknyaa.. Takkan Pas nak dok diam saja kot. Kalau dengan UMNO mati-mati puak ni berjihad, dengan Dap ni takmau ka?

DAP Kedah sekali lagi menegaskan mereka akan menentang undang-undang yang berunsurkan Islam jika ia mahu dilaksanakan di negeri itu.

Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, tindakan itu termasuk dalam soal pelaksanaan garis panduan papan iklan antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan perlu bertudung jika beragama Islam.

Katanya, sebarang perkara berkaitan undang-undang Islam perlu dipersetujui oleh semua parti dalam pakatan pembangkang di peringkat Pusat dan negeri.

"DAP negeri sekali lagi ingin menegaskan dan menjelaskan bahawa kami tidak akan memberi sokongan terhadap undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan isu negara Islam," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Guan Aik mengulas kenyataan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Mat Noh Ahmad berhubung garis panduan pemasangan papan iklan di kawasannya yang meliputi penggunaan bahasa, landskap dan pakaian model iklan.

Antara perkara yang ditekankan dalam garis panduan itu ialah model dalam gambar perlu sopan dan berpakaian tidak menjolok mata dan jika model itu beragama Islam, dia perlulah menutup aurat.

Guan Aik berkata, kenyataan Datuk Bandar tersebut cuma merupakan pendirian peribadinya kerana garis panduan yang dicadangkan itu tidak selari dengan peraturan dalam Undang-undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS) 1992.

Jelasnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu tidak mempunyai kuasa untuk menggubal atau mewartakan sesuatu peraturan tanpa dipersetujui oleh Ahli Majlisnya yang diwakili oleh wakil daripada parti pakatan rakyat.

"Perkara ini serius dan masing-masing ada prinsip. Tidak kira apa undang-undang pun.

"Setiap ahli majlis mewakili parti dan bertanggungjawab kepada parti. Parti tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka jika mendapat tahu kepentingan parti diketepikan. Oleh itu mereka perlu tahu apa yang patut atau tidak patut disokong," katanya. - Utusan


McTheory:
Puak Pas ni, dengan Dap teloq teruih hilang!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...