House PK |
- PANAS BERAPI! HARON DIN DAH MULA SOUND ANWAR PEMBOHONG! WAJIB TONTON!
- GEMPAR BERAPI! ZURAIDAH MAK LAMPIR SUKA MENGAISKRIMKAN AZMIN ALI? KENAPA?
- PANAS BERAPI! MARI LIHAT BAGAIMANA DAP HALAU MELAYU DARI PULAU PINANG!
- KHALID GAGAP SEMAKIN MELAMPAU! SUDAH MULA UGUT RAKYAT SELANGOR PULAK!
- CILI KASI TARUK! AIR EMPANGAN MAKIN SURUT BUKTI SELANGOR HADAPI KRISIS AIR!
- KUNYIT HANGIT! CERAMAH ANWAR TAK DAPAT SAMBUTAN DI SIMPANG PULAI?
PANAS BERAPI! HARON DIN DAH MULA SOUND ANWAR PEMBOHONG! WAJIB TONTON! Posted: 08 Oct 2012 01:00 AM PDT |
GEMPAR BERAPI! ZURAIDAH MAK LAMPIR SUKA MENGAISKRIMKAN AZMIN ALI? KENAPA? Posted: 07 Oct 2012 11:00 PM PDT Perihal Mak Lampir 'memberi nasihat' kepada SETPOL Khalid Ibrahim, yang juga cukup terkenal dengan muka berminyak dan mulut lepas bebasnya, terutama sekali terhadap Noh Omar dan Dr. Khir Toyo, Faekah Hussin, habislah diperkatakan baik dari kalangan yang pro-UMNO, mahupun yang pro-Pakatan Rakyat. Dan seperti biasalah, apabila ianya melibatkan Zuraidah 'Si Lampir' Kamaruddin dan Faekah 'Andartu' Hussin, ia memang menarik untuk diperkatakan. Lebih menarik lagi ialah apabila masing-masing menyalak bagi pihak boss mereka. Zuraidah dengan Azmin Ali dan Faekah dengan Khalid Ibrahim. Hubungan antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sudah lama keruh apabila Azmin gagal dalam cubaannya merampas kuasa Menteri Besar yang dipegang oleh Khalid Ibrahim pada tahun 2009 dahulu apabila tanpa disangka-sangka, Khalid Ibrahim mendapat sokongan padu daripada DAP dan sebahagian ADUN PKR bukan Melayu di DUN Selangor. Kempunan Azmin Ali sudah terlalu lama. Justeru mungkin kerana tidak tertahan dengan penantian yang tidak kunjung tiba, dan munculnya ruang atau lebih tepat lagi 'kebenaran daripada kekasihnya, Anwar Ibrahim', maka Azmin Ali pun segera mengeluarkan kenyataan yang dilihat menyinggung Khalid Ibrahim. Apa yang keluar dari mulut Azmin Ali, sebenarnya itulah yang dikehendaki oleh Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim tidak mampu bercakap terus-terang dengan Khalid Ibrahim kerana dia sudah banyak 'termakan budi' dengan Khalid Ibrahim. Apatah lagi dengan sikapnya yang gemar baling batu sembunyi tangan dan kemudian menuduh orang lain, Anwar memang menjadikan mulut dan lidah Azmin Ali sebagai mulut dan lidahnya sendiri. Amat mudah untuk memahami mengapa Zuraidah cepat-cepat membela Azmin Ali. Kalau di Ampang atau lebih tepat lagi di MPAJ, kebanyakan kontraktor di kerajaan tempatan itu adalah proksi Zuraidah dan Azmin. Zuraidah dan Azmin benar-benar berkompromi serta menjalinkan hubungan gelap dalam hal ini. Sebagai penjilat Anwar, Zuraidah tahu dia perlu berbaik dan menyayangi Azmin Ali kerana Azmin Ali adalah kesayangan Anwar Ibrahim. Sungguhpun Wan Azizah adalah Presiden dan isteri Ketua Umum, manakala Nurul Izzah pula adalah Naib Presiden PKR dan anak Anwar Ibrahim, kasih sayang Anwar kepada Azmin, mengatasi segala-galanya bahkan melebih isteri dan anak-anaknya. Read more... |
Posted: 07 Oct 2012 09:00 PM PDT Apabila Mahathir mengatakan undi pembangkang, bererti mengundi Soros menjajah negara ini, Khalid Ibrahim yang masih hidup dalam dunia 70-an, serta-merta mengeluarkan kenyataan membela dengan menyanggah kenyataan bekas Perdana Menteri itu. Katanya, rakyat sekarang tidak mengenali Soros dan tidak tahu apa-apa tentang Soros. Anggota-anggota parti (dan pengundi) sudah cukup matang untuk menilai kenyataan berkenaan. (RUJUK SINI) Pendedahan dan pengakuan MALAYSIAKINI yang merupakan portal kesukaan Pakatan Rakyat, menerima dana operasi daripada George Soros, selain beberapa pertubuhan NGO lain yang turut dibiayai oleh Soros termasuklah SUARAM, memberikan pukulan hebat kepada Pakatan Rakyat. Ditambah pula dengan kekerapan Anwar Ibrahim ke luar negara, dan kehebatan Pakatan Rakyat mengeluarkan pelbagai isu termasuklah isu aset keselamatan negara seperti kapal selam Scorpene, menyebabkan Pakatan Rakyat semakin terkucil dan tidak tahu jawapan apakah yang boleh diberikan tentang tindak-tanduk mereka. Selepas 'berjaya' dalam usaha menghapuskan ISA, Pakatan Rakyat menerusi beberapa orang pemimpin Cina Chauvinist DAP, mula memperkatakan isu-isu sensitif termasuklah sektor keselamatan negara dengan bertopengkan rasuah dan ketirisan wang rakyat. Tony Pua dalam beberapa insiden, sudah berulang-ulang kali meminta Kementerian Pertahanan menyenarailengkapkan butiran aset-aset keselamatan termasuklah pecahan perbelanjaan yang telah digunakan oleh ATM, kononnya sebagai satu cara ketelusan dan kejujuran. Sebarang perbelanjaan terhadap aset keselamatan segera dipertikaikan dengan alasan kononnya perbelanjaan tersebut terlalu besar berbanding nilai sebenar aset yang diperolehi oleh ATM. George Soros pernah berusaha menjatuhkan dan memufliskan negara ini dalam serangan matawang. Hanya apabila Mahathir membuat tambatan Ringgit dengan Dollar Amerika Syarikat pada kadar USD1=RM3.80, barulah Soros menghentikan serangannya. Dan pada ketika itu, pihak dalam negeri, bahkan dari Kabinet yang dilihat terlibat dengan Soros adalah Anwar Ibrahim biarpun pihak berkuasa tidak pernah mahu mengeluarkan butiran siasatan berhubung perkara berkenaan atas aspek-aspek yang hanya mereka sahaja mengetahuinya. Khalid Ibrahim amat sedar, sebarang perkara berkaitan Soros mempunyai ikatan yang amat kukuh dengan PKR dan Anwar Ibrahim. Sudah tentulah apa yang disebutkan oleh Khalid Ibrahim berpunca daripada ketakutan para pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat, rakyat akan mula menggali sejarah penglibatan George Soros dalam usaha menjahanamkan negara ini dari tahun 1997-1998 yang membawa kepada kejatuhan matawang dan struktur ekonomi Malaysia hanya semata-mata untuk membolehkan Anwar Ibrahim menjawat jawatan Perdana Menteri!!! House PK: Ini aku petik dari Blog Flying Kick. Nampaknya Pakatan semua dah mula menggelupor bilamana Tun M kata undi Pakatan sama seperti undi Soros! Makin lama makin terbuka la segala pekung harami sang pakatan ni. Ada banyak lagi akan didedah ni, tungguuuu.... |
PANAS BERAPI! MARI LIHAT BAGAIMANA DAP HALAU MELAYU DARI PULAU PINANG! Posted: 07 Oct 2012 07:00 PM PDT Mengikut satu kajian dikeluarkan Oktober tahun lalu, jumlah penduduk Melayu berkurangan daripada 654,300 orang pada 2009, kepada 636,146 orang pada 2010, iaitu penyusutan 18,154 orang dalam tempoh setahun. Tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini? Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang. Berikutan itu, jumlah penduduk Cina yang berjumlah 670,400 orang pada 2010 menjadi kumpulan etnik terbesar iaitu 42.9 peratus, manakala Melayu 40.7 peratus. Ini berbanding pada 2009, orang Melayu menjadi kumpulan terbesar iaitu 42.4 peratus, manakala kaum Cina (40.9 peratus). Hasil kajian membuktikan Bumiputera Pulau Pinang dipinggirkan secara halus oleh kerajaan negeri pimpinan cina DAP. Strategi disusun kerajaan negeri dalam melaksanakan dasar peminggiran Melayu di Pulau Pinang. "Nasib Melayu Islam di Pulau Pinang semakin kritikal. Statistik terbaru mendedahkan ramai orang Melayu membawa diri ke negeri lain kerana tidak mampu menampung kos kehidupan yang semakin tinggi. "Rakan-rakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) sering bertanya kepada Guan Eng, selepas empat tahun memerintah Pulau Pinang, mana projek perumahan rakyat miskin dan golongan marhaen? "Tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini? "Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang? Lim Guan Eng dan pemimpin DAP apabila berdepan orang Melayu cakap manis tetapi di belakang memburukkan Melayu, tanpa mengetahui beliau memahami bahasa Mandarin yang mereka tuturkan. Kajian Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi Pulau Pinang (PReCISE) yang dikeluarkan Oktober lalu juga menunjukkan purata harga rumah melebihi RM500,000 seunit di negeri itu dikenal pasti antara faktor ramai orang Melayu berhijrah ke kawasan luar bandar dan negeri jiran sejak 2010. Kajian mendapati purata harga rumah di Pulau Pinang pada 2011 melonjak kepada RM540,000 seunit, iaitu lapan kali lebih tinggi daripada purata pendapatan tahunan isi rumah, iaitu RM67,500. Malah, purata harga rumah itu adalah kira-kira 27 peratus lebih tinggi berbanding Kuala Lumpur, iaitu RM390,000 seunit. Sumber: KLIK SINI |
KHALID GAGAP SEMAKIN MELAMPAU! SUDAH MULA UGUT RAKYAT SELANGOR PULAK! Posted: 07 Oct 2012 05:00 PM PDT Rakyat Selangor tidak perlu takut dengan ugutan pihak-pihak terentu dalam usaha mereka untuk menggagalkan proses tuntutan Air Percuma kepada kerajaan negeri itu. Mewakili ribuan rakyat, peguam Kamarudin Ahmad dari Tetuan Kamarudin & Partners mengakui bahawa rakyat yang cuba menuntut hak bagi menikmati Skim Air Percuma diugut dimana golongan tersebut dengan niat menakut-nakutkan masyarakat dari bertindak untuk menyaman kerajaan Selangor. "Rakyat Selangor perlu berani untuk mendapatkan hak… bangun dan tuntut hak anda untuk menikmati Air Percuma seperti yang dijanjikan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat dalam manifesto mereka pada Pilihanraya 2008. "Anda semua tidak perlu takut… saya tekankan perkara ini kerana kita dapati ada pihak-pihak yang sedang menakut-nakutkan pengguna air supaya tidak mengambil tindakan. "Kita difahamkan… golongan itu kata buat apa nak saman… kalau kes ini kalah maka kerajaan Selangor akan saman rakyat balik,"katanya ketika berucap di Demonstrasi Aman Menuntut Air Percuma di Flat SPNB, Kampung Dato Harun pagi tadi. Kamarudin menambah, rakyat Selangor tidak seharusnya risau tentang kekalahan kes tuntutan tersebut sekiranya berlaku kerana ia melibatkan puluhan ribu rakyat negeri itu. Malah, beliau juga merasakan kerajaan Selangor mahupun Tan Sri Khalid Ibrahim tidak akan berani dan bertindak bodoh dengan menyaman semula rakyat. Read more... |
CILI KASI TARUK! AIR EMPANGAN MAKIN SURUT BUKTI SELANGOR HADAPI KRISIS AIR! Posted: 07 Oct 2012 02:55 PM PDT Kita tidak faham kenapa kerajaan PR Selangor masih menafikan yang negeri yang diperintah mereka ini bakal berdepan dengan krisis air yang kronik. Tidak mungkin mereka tidak mampu memahami fakta dan angka yang menjelaskan masalah ini. Tidak mungkin juga mereka tidak turun melawat sendiri ataupun melihat gambar-gambar empangan yang didedahkan oleh beberapa blog dan laman web yang menunjukkan jumlah takungan air yang menyusut dengan kadar yang pantas. Antara yang terbaru ialah empangan Sungai Selangor dekat Jalan Kuala Kubu Bharu yang didedahkan oleh Mynewshub semalam. Air di empangan ini yang berukuran lebih kurang 600 hektar telah susut hampir 40 peratus dari paras takungan yang sepatutnya iaitu kira-kira 235 juta meter padu. Salah satu sungai iaitu Sungai Liut yang menjadi sumber kepada takungan air di empangan itu juga semakin kering untuk menyalurkan air ke dalam empangan tersebut. Gelongsor limpahan di empangan juga sudah hampir lima bulan tidak dilimpahi air menyebabkan tiada simpanan air di empangan pengawal Sungai Selangor. Justeru, apakah alasan kerajaan PR Selangor bagi terus berdegil menyatakan yang krisis air yang dibimbangi BN hanya mainan politik? Krisis air Selangor dijangka berlaku pada 2014 atau lebih awal berdasarkan kajian dan unjuran yang dijalankan oleh pakar. Masalah kekurangan bekalan air mula timbul selepas kerajaan PR Selangor membekukan perbelanjaan modal (Capex) syarikat konsesi yang menyebabkan syarikat tersebut tidak berupaya meneruskan kerja-kerja penggantian paip yang telah lama dan rosak. Sekali gus menyumbang kepada peningkatan bekalan non-revenue water (NRW) di negeri ini. Secara dasarnya, negara ini mempunyai bekalan air hujan yang cukup tetapi, bekalan air terawat memerlukan loji dan teknologi rawatan yang sistematik yang mana membawa kepada projek Langat 2 yang dicadangkan oleh kerajaan BN Selangor yang terdahulu. Namun, kerajaan PR Selangor telah bertindak membekukan projek ini atas alasan ingin mengstruktur semula industri air di Selangor. Alasannya ialah agar membolehkan kerajaan Selangor mengurus kadar tarif air dengan lebih rendah berbanding kenaikan sehingga 37 peratus yang dicadangkan syarikat konsesi air terlibat. Dalam ertikata lain, kerajaan PR Selangor mengambil pendirian bahawa mereka lebih rela jika rakyat tidak mendapat bekalan air bersih langsung daripada membayar harga yang tinggi untuknya. Pendirian kerajaan PR Selangor ini amatlah mencurigakan, apatah lagi dengan terbuktinya bahawa janji mereka untuk memberi 20m padu air percuma kepada rakyat dalam PRU terdahulu hanyalah janji kosong di mana perlaksanaannya adalah tidak menyeluruh dan tidak adil kepada beberapa pihak. Kini, krisis air yang bakal melanda semakin nyata dengan empangan-empangan yang semakin menyusut dan kering. Apakah kerajaan PR Selangor buta? Politik apakah yang sedang dimainkan oleh kerajaan Selangor? Salahkah jika rakyat terus meragui mereka? Apakah kerana mereka terlalu angkuh untuk mengaku tersilap memahami dan mencongak fakta dan angka mengenai bekalan air, sehingga sanggup membiarkan rakyat menanggung derita? Dengan kedegilan kerajaan Selangor, inilah disarankan agar rakyat Selangor yang masih ragu-ragu mengenai isu air mengambil inisiatif sendiri untuk menyelidik perkara ini agar dapat membuat pilihan yang tepat dalam PRU nanti. Pastikan kerajaan yang dipilih dapat menjamin kesejahteraan hidup rakyat dan bukannya angkuh tidak bertempat. Jangan dua kali terhantuk sehingga berdarah baru hendak ditengadah. Ingatlah kata-kata Khalid Ibrahim, iaitu manifesto PR bukannya janji. |
KUNYIT HANGIT! CERAMAH ANWAR TAK DAPAT SAMBUTAN DI SIMPANG PULAI? Posted: 07 Oct 2012 04:32 AM PDT BERMODALKAN janji basi menurunkan harga minyak selepas 24 jam menguasai Putrajaya dan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya semakin ghairah mengejar impiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh. Bertempat di perkarangan padang Taman Raia, dekat Simpang Pulai, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tiba menaiki kenderaan rasmi, yakni bas mewah yang mencetuskan kontroversi kerana didaftarkan di bawah nama Menteri Besar Selangor sempena siri jelajah Merdeka Rakyat ke negeri Perak, petang tadi. Di hadapan kira-kira 300 penyokong, Anwar begitu bersemangat bercerita dan mengulangi kembali janji manisnya untuk menurunkan harga minyak dalam tempoh 24 jam selepas Pakatan Rakyat berkuasa. Alasan yang diberinya cukup mudah iaitu Malaysia negara pengeluar minyak dan janji menurunkan harga minyak itu dibuat bagi tujuan mengurangkan beban rakyat. Bukan sahaja menurunkan harga minyak, bayaran tol di Lebuhraya Utara Selatan turut dihapuskan selain caji elektrik diturunkan selepas beberapa minggu atau bulan PR menguasai Putrajaya, itu kata Anwar lagi. Semua tahu cerita pembangkang nak turun harga minyak bukan modal baru Anwar dan sudah banyak kali harga minyak jadi bahan kempen pembangkang termasuk dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini. Selain turun harga minyak, Anwar juga janji program dalam Buku Jingga akan turut dilaksanakan jika pembangkang berjaya tawan Putrajaya. "Yang penting kita perlu tawan Putarajaya," katanya. Beliau turut menjangkakan PRU-13 akan diadakan tahun ini sambil berkata InsyaAllah PR akan menguasai Putrajaya. Hakikatnya, apa yang dijanjikan oleh PR itu tidak masuk akal dan tidak bertanggungjawab kepada rakyat. Read more... |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment