Gelombang Rakyat |
TUN M DEDAH LAGI - MALAYSIAKINI MILIK GEORGE SOROS..!!? Posted: 07 Oct 2012 06:18 AM PDT Bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undi kepada pembangkang merupakan undi kepada usaha jutawan George Soros untuk menjajah Malaysia. Dalam satu tulisan di akhbar New Sunday Times hari ini, Mahathir memetik beberapa sumber yang menyatakan Soros sebelum ini berusaha berbuat demikian di Hungary, Ukraine dan Georgia. Sumber yang dipetik Mahathir itu antara lainnya menyatakan bahawa Soros membiayai NGO untuk membentuk "masyarakat sivil" bagi memberi peluang untuk "penjajahan" baru. Beliau juga mengaitkan perkara itu dengan "kegemaran" bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di dalam kerajaan. Mahathir juga menyatakan betapa Anwar kini masih bercakap mengenai "masyarakat sivil". "Kesamaan idea di antara kedua-duanya, Soros dan Anwar adalah signifikan," tulisnya. Mahathir menganggap, salah satu proksi Soros adalah Malaysiakini yang disifatkannya sebagai NGO yang menjalankan perintah "jahat" bagi meletakkan "orang-orangnya" di tampuk kuasa. "Dia (Soros) menganggap Malaysiakini sebagai NGO untuk diperalat untuk mencapai objektifnya. Tentu ada NGO asing dan kerajaan lain yang memperalat pembangkang Malaysia untuk kepentingan mereka. "Undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros, si penyangak matawang," tulisnya. |
MANIFESTO BARU BUKU JINGGA : PASANGAN NAK KAHWIN WAJIB DAFTAR DI PEJABAT SPRM..!! Posted: 07 Oct 2012 02:48 AM PDT 'HEBAT' politik di Malaysia sekarang. Ingatkan parti2 politik, agensi2 Kerajaan dan syarikat2 korporat sahaja kena siasat SPRM. Majlis kenduri kahwin pun sekarang kena siasat. Gara2 sambutan luar biasa terhadap perkahwinan anak KM Melaka Ali Rustam yang mencecah jumlah kehadiran tanpa dijangka seramai 130 Ribu orang, maka DAP Melaka mendesak siasatan dari SPRM berhubung status perbenjaan yang dikeluarkan untuk anak beliau. Huh. Aku nak tanya sikit, masyarakat Cina yang kaya raya di luar sana berapa perbenjaan perkahwinan mereka? Cina2 kaya di luar sana yang sekarang dok teruja sokong Anwar dan DAP ni. Tanya mereka berapa jumlah perbelanjaan untuk sebuah perkahwinan anak cucu mereka? Yang hadir pula berapa ramai? Banding kos perbelanjaan dengan jumlah tetamu yang hadir. Berbaloikah? Majlis Perkahwinan Anak Anwar Ibrahim. Rujuk gambar di atas. Tak nak desak SPRM siasat sekali. Punya mewah diraikan. Belum jadi PM lagi tu? Kenapa tak disiasat? Sebab yang hadir tak sampai 2000 orang ke? BODOH jika ada orang yang ikut telunjuk DAP menghina dan buat tuduhan gila terhadap Pemimpin No. 1 Negeri Melaka ini. Majlis Kahwin pun dijadikan psywar serangan politik pembangkang sekarang ni.Punya ramai rakyat Malaysia di luar sana yang meraikan anak masing2 sebagai Raja Sehari dengan kos yang jauh lebih tinggi, mengapa ianya dijadikan isu? Nak berpolitik biarlah berpada2. Jangan pula disebabkan sambutan rakyat Negeri Melaka yang luar biasa hadir pada Majlis tersebut, timbul pula rasa cemburu membuta tuli sehingga overdose mencipta persepsi bodoh. Sepatutnya Pemimpin berjiwa rakyat memikirkan jalan penyelesaian terhadap perbagai masalah melibatkan pasangan remaja di luar sana. Tak nikah dah ada anak. Tak nak anak dibuang. Nikah lari usah dibicara. Pergi siam nikah tanpa restu ibu bapa. Macam Anwar dan Azizah. Eh? Haaa... |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment