House PK

House PK


ALHAMDULILLAH! PASUKAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN MANGSA PERANG SYRIA TELAH SELAMAT SAMPAI DI JORDAN!

Posted: 20 Oct 2012 03:38 AM PDT

Kumpulan pertama Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Perang Syria di Jordan telah selamat sampai ke negara tersebut sekitar jam 6.30 pagi tadi.

Ketibaan sukarelawan yang diketuai Presiden Kelab Putra 1 Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim telah disambut oleh pegawai kedutaan Malaysia di Jordan.

Abdul Azeez ketika ditemui, memanjatkan kesyukuran selepas kesemua sukaralewan telah selamat sampai bersama-sama dengan barangan bantuan yang akan disalurkan dalam misi tersebut.

"Alhamdulillah, kita telah sampai di Amman, Jordan… dan kita datang ke sini dengan bantuan duta besar kita serta sukarelawan pelajar Malaysia di Jordan yang dipimpin oleh Ustaz Farid Ravi Abdullah.

"Saya difahamkan, kesemua sukarelawan disini telah mula melakukan persiapan sejak 10 hari yang lalu… dan kini segalanya dilihat berjalan lancar," katanya pada sidang media Misi Sukarelawan Mangsa Perang Syria yang sampai ke Jordan pagi tadi.

Read more...

Juga baca disini tentang Malaysia Tidak Akan Campurtangan Dalam Pergolakan Di Syria
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...