House PK |
TAHNIAH DR ZAMBRY! YOU DID A GOOD JOB IN PERAK! Posted: 17 Oct 2012 05:00 PM PDT Hasil pentadbiran dan pengurusan yang cekap, kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir terus mencipta kejayaan demi kejayaan yang pastinya dicemburui pihak luar terutamanya pembangkang. Terbaru, Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang memuji pengurusan kewangan kerajaan Perak, jabatan dan agensi di bawahnya kerana prestasi lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Laporan itu turut menunjukkan rekod baik dicapai hasil tindakan kerajaan negeri dan jabatan negeri yang memberi tumpuan dan fokus sejak pelaksanaan Indeks Akauntabiliti oleh Jabatan Audit Negara bermula 2007. Ia juga memperlihatkan tahap prestasi prestasi pengurusan kewangan di 11 jabatan dan agensi negeri bagi 2011 juga berada pada tahap baik dengan dua lagi menerima penarafan sangat baik. Selain itu, semakan di tujuh jabatan pula mendapati kawalan bajet, terimaan dan perbelanjaan berada pada tahap sangat baik manakala kawalan pengurusan di tahap baik. Read more... |
PANAS BERAPI! PAS TUMBANG SEJAK BERKAWAN DENGAN SYAITAN! MESTI BACA Posted: 17 Oct 2012 02:14 AM PDT Agak menggelikan hati apabila Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz, menyifatkan hubungan PAS dan DAP adalah sangat baik dan saling faham memahami antara satu sama lain dalam gabungan songsang kedua parti itu. Malah kata beliau di laman Facebook semalam, UMNO sudah lama tumbang dan PAS pula sedang mengukuhkan laluan! Entahlah laluan apa yang dimaksudkan oleh anak lelaki Nik Aziz itu, mungkin juga laluan PAS ke Putrajaya, mungkin? Bagaimanapun, kenyataan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS itu jelas bertentangan dengan apa yang berlaku di Kedah di mana Dewan Ulama PAS Negeri itu menyelar DAP yang disifatkan sebagai tidak menghormati PAS. Katanya, PAS selalu berusaha untuk menjaga hati DAP dalam apa jua hal sekali pun, namun parti "chauvinis ultra kiasu" itu sebaliknya dikatakan sering melukakan dan tidak peduli untuk menjaga hati PAS! Kenyataan dari Setiausaha Dewan Ulama PAS Kedah, Syeikh Zainol Asri Ramli, turut membidas DAP yang menentang undang-undang berunsurkan Islam dilaksanakan di negeri ini termasuk pelaksanaan garis panduan papan iklan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). Dalam hal papan iklan tersebut, DAP menegaskan bahawa mereka menentang sebarang perlaksanaan undang-undang MBAS yang menetapkan penggunaan model berpakaian sopan dan perlu bertudung jika beragama Islam manakala model bukan Islam perlu berpakaian sopan. Persoalannya, dari insiden yang berlaku di Kedah tersebut, apakah ia menandakan bahawa hubungan PAS dan DAP itu benar-benar ikhlas, satu hati, sejiwa dan mempunyai dasar yang disepakati bersama? Nampaknya tidak sama sekali jawapannya! Read more... |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment