Gelombang Rakyat |
- TERKINI.. AZMIN ALI UMUM KHALID GAGAP BAKAL DIGUGUR JAWATAN MB SELANGOR..!!
- PAS REDHA TUNTUTAN DAP MAHU 30 JAWATAN KABINET..!!
- BAR COUNCIL KENA SERANG GARA2 KES POLIS KENA TEMBAK..!!
TERKINI.. AZMIN ALI UMUM KHALID GAGAP BAKAL DIGUGUR JAWATAN MB SELANGOR..!! Posted: 02 Oct 2012 11:38 PM PDT Kelihatan Azmin Ali hampir berjaya ke kemuncak dalam mencantas musuhnya dalam parti bernama Khalid Gagap. Menerusi laporan dalam beberapa laman portal termasuklah Sinar Harian dan KLPOS, Azmin mengesahkan Khalid Gagap bakal digugurkan jawatan MB Selangor jika Pakatan menang majoriti pada PRU13 kelak. Impian Khalid Gagap untuk memecah tradisi MB paling lama memegang jawatan tersebut seperti Nik Aziz di Kelantan tidak kesampaian. Azmin yang sebelum ini pernah membuat pengakuan secara terbuka menerusi TV3 menghadapi krisis kerjasama dengan Khalid Gagap telah diamanahkan sendiri bosnya Anwar Ibrahim membuat kenyataan sedemikian. Adakah benar kenyataan media yang dibacakan beliau mendakwa Khalid bakal diimport ke Kerajaan Pusat jika benar PRU13 menjadi milik Pakatan? Lebih jijik Azmin sendiri secara tiba2 membaca teks penukaran tersebut atas faktor rekod 'cemerlang' Khalid. Sedangkan Azmin sendiri pernah membuat pengakuan mengkritik kepimpinan Khalid di Selangor yang menjadi punca tercemarnya imej parti? Masing2 punya agenda yang lebih liar mengikis kekayaan Negeri yang sepatutnya diberikan kepada rakyat. Apa perubahan yang dijanjikan mereka selama ini? Bukan sahaja tidak berubah, malah semakin kritikal dengan isu air, talam, penyelewengan MBSA dan sebagainya. |
PAS REDHA TUNTUTAN DAP MAHU 30 JAWATAN KABINET..!! Posted: 02 Oct 2012 07:21 PM PDT Dalam Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 yang diadakan di Shah Alam Convention Centre baru-baru ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa 20 pemimpin kanan PKR dijangka mewarnai jemaah menteri Kerajaan Pusat sekiranya parti tersebut berjaya menawan Putrajaya dalam PRU-13 nanti. Walaubagaimanapun, senarai nama mereka yang dijangka dilantik tidak disebut tetapi menurut Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei, sebahagian kecil pimpinan kanan mungkin diangkat sebagai menteri dan timbalan menteri mengikut tradisi yang wujud di dalam hierarki kepimpinan politik tanah air, di samping memberi peluang kepada anggota parti yang berpotensi. Pengumuman ini, seperti dijangka, telah ditempelak DAP kerana ianya tidak pernah dibincangkan langsung dalam mana-mana mesyuarat Pakatan Rakyat. Mana tidaknya kerana DAP sendiri telah pun menyenaraikan 30 pemimpin dan anggota parti itu bagi mengisi jawatan Menteri dan Timbalan Menteri jika berjaya menawan Putrajaya. Namun, perkara ini belum dibawa ke mesyuarat PR memandangkan Anwar belum menetapkan agenda khas untuk membincangkannya setakat ini. Lebih menarik lagi, sumber-sumber dalaman parti PAS juga memberitahu bahawa PAS sendiri telah menyediakan senarai nama 30 orang pemimpin dan anggota parti itu untuk dikemukakan ke mesyuarat PR sebagai bakal Menteri dan Timbalan Menteri jika berjaya menawan Putrajaya. Nampaknya, parti-parti sekutu PR masing-masing 'menyimpan' sendiri nama-nama bakal Menteri dan Timbalan Menteri yang akan mereka lantik tanpa mendedah atau berkongsi maklumat walaupun sesama sendiri. Kerana itu, PR masih gagal mengenalpasti 'bayang-bayang' mereka yang boleh disenaraikan dalam Kabinet Bayangan sehingga kini. Bagi sebuah parti yang begitu kemaruk, tidak sabar dan tidak tertahan-tahan lagi untuk menjadi pemerintah, kegagalan PR mengumumkan Kabinet Bayangan sehingga ke saat ini amatlah pelik. Sedangkan mereka cukup maklum bahawa Pilihanraya akan diadakan bila-bila masa saja dalam waktu terdekat ini. Sebenarnuya, masalah PR untuk menyediakan Kabinet Bayangan bukan hanya terletak kepada kesukaran untuk mencari calon yang layak dan sesuai, tetapi yang lebih kritikal ialah untuk mendapatkan persetujuan semua pihak dari semua parti sekutu dari segi calon dan juga jumlah wakil dari setiap parti. Anwar sebagai PM tidak mungkin boleh mengumumkan tiga kabinet berasingan kerana ia akan menyebabkan memerintah dan mentadbir negara menjadi sesuatu yang mustahil. Justeru, Anwar tidak ada pilihan selain dari mempertimbangkan semua nama-nama yang disenaraikan oleh kesemua parti untuk jawatan kabinet. Jika ini berlaku, maka kabinet PR pastinya akan tercatat dalam sejarah sebagai kabinet paling besar dengan sekurang-kurangnya 80 Menteri dan Timbalan Menteri. Ia juga pasti akan direkodkan sebagai yang paling membazir dalam sejarah. Dengan begitu ramai Menteri, Anwar mungkin boleh 'merekacipta' berbagai portfolio baru atau memecahkan satu-satu portfolio kepada beberapa bahagian. Contohnya, tiada lagi Menteri Pengangkutan secara umum, tetapi akan diwujudkan Menteri Kereta, Menteri Kapal Terbang, Menteri Motorsikal atau Menteri Jet Peribadi. Mungkin ini saja penyelesaian yang logik bagi Anwar untuk memastikan pakatan pembangkang tidak bertelagah apabila memerintah. Namun begitu, di sebalik kesukaran PR untuk menyediakan Kabinet Bayangan, satu perkara yang tidak kurang kritikalnya bagi parti itu ialah sikap bakal Perdana Menteri mereka sendiri, iaitu Anwar Ibrahim, yang cenderung menjadi kuku besi. Perhatikan bagaimana Anwar dengan selamba telah mengumumkan 20 orang Menteri dari parti PKR tanpa meminta pandangan atau berbincang dengan DAP mahupun PAS. Anwar seolah-olah 'terlupa' akan tanggungjawabnya untuk mendapatkan persetujuan semua. Belum pun menjadi Perdana Menteri, sudah terserlah sikap kuku besi Anwar. Bayangkan jika beliau menjadi Perdana Menteri nanti. PAS mungkin tidak punya pilihan selain dari mengangguk dan mengiakan segala perintah Anwar kerana kepimpinan parti tersebut telah 90% dipengaruhi puak Anwarinas. Tetapi, bagaimana dengan DAP yang begitu yakin bahawa Anwar berada dalam genggaman mereka? Apakah DAP pasti yang mereka mampu menguasai Anwar nanti? Apakah DAP pasti yang segala rahsia gelap Anwar yang ada dalam tangan mereka mampu mengikat Anwar? Tidakkah DAP sedar bahawa segala rahsia gelap Anwar sudah pun menjadi rahsia umum seluruh dunia? Oleh itu, apakah rahsia tersebut masih mempunyai nilai peras-ugut? Hakikatnya, kesukaran PR untuk menyediakan Kabinet Bayangan ini telah membantu memudahkan rakyat untuk membayangkan keadaan negara di bawah pemerintahan mereka; iaitu kacau bilau dan huru-hara dengan begitu ramai Menteri dan begitu ramai pula yang berperanan sebagai dalang kepada Perdana Menteri yang kuku besi. |
BAR COUNCIL KENA SERANG GARA2 KES POLIS KENA TEMBAK..!! Posted: 02 Oct 2012 05:37 AM PDT Keamanan negara merupakan satu perkara yang tidak boleh dikompromikan bagi memastikan keselamatan, kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran negara dapat dinikmati oleh seluruh rakyat. Tanpa keamanan, negara akan jadi hura-hara, tyrani, ekonomi akan kucar-kacir, rakyat sengsara, masadepan anak Malaysia jadi tidak ketahuan. Peranan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejak dari sebelum merdeka telah memastikan hingga sekarang ketenteraman dan keamanan negara ini dapat kecapi hingga ke hari ini. PDRM telah diiktiraf sebagai antara pasukan polis yang terbaik di dunia apabila berjaya menyelesaikan antara 36% – 48% kes jenayah pada setiap tahun. Ini melebihi tahap piawaian INTERPOL iaitu 20 % daripada kes jenayah yang direkodkan setiap tahun. Berdasarkan pula kepada soal selidik bebas yang dilaksanakan oleh sebuah agensi bebas antarabangsa yang mengukur kepuasan masyarakat terhadap tugas yang dilaksanakan oleh PDRM, sebanyak 70.5 % daripada mereka yang berurusan di pejabat dan balai-balai polis telah menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan layanan yang diterima. Namun kami amat kesal dengan tindakan sesetengah pihak termasuk Majlis Peguam Malaysia yang bersikap double standard dalam soal keamanan negara ini. Dalam banyak hal Majlis Peguam Malaysia telah mempersoalkan wibawa pasukan keselamatan dinegara ini terutamanya pasukan polis. Majlis Peguam Malaysia dilihat gagal menyumbang kearah keamanan dan kesejahteraan dinegara ini. Badan ini dilihat sentiasa mencari salah dan mempertikaikan setiap inci tidak tanduk pasukan polis yang sentiasa bertungkus lumus menjaga keamanan negara dan keselamatan rakyat. Majlis Peguam Malaysia harus bersikap neutral dalam setiap isu, tanpa mengorbankan hakikat bahawa soal ketenteraman, keamanan, kesejahteraan, dan keadilan rakyat serta kemakmuran ekonomi negara menjadi matlamat. Badan ini harus bebas dari cengkaman anasir asing yang cuba menggangu gugat dan irihati terhadap keharmonian dan kemakmuran yang rakyat nikmati sekarang. Kami rakyat Malaysia menggesa agar Majlis Peguam Malaysia memperjuangkan kedaulatan undang-undang dinegara ini tanpa memperjudikan nasib majority rakyat yang mahukan ketenteraman dan keamanan negara menjadi kriteria utama kehidupan yang lebih baik dinegara ini. Kami rakyat Malaysia juga menyokong penuh usaha gigih dan berterusan PDRM untuk menggunakan segala kuasa yang ada didalam undang-undang untuk memastikan ketenteraman, keamanan, keharmonian, dan kemakmuran negara dapat dipertahankan. PDRM sumber keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara. Yang memperjuangkan ketenteraman dan keamanan negara, Pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Jaringan Cina Malaysia (JCM) Pertubuhan Waris Malaya 4 Justice |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment