House PK |
- PANAS! APA MOTIF PAKATAN NAK KURANGKAN ANGGOTA POLIS DAN LEMAHKAN PDRM SEKIRANYA MEREKA MENANG?
- PANAS BERAPI! APA BEZA ANTARA DR ROZMEY, DR ASRI DAN ANWAR IBRAHIM?
- CILI KASI TARUK! ARTIKEL YANG AKAN BUATKAN DR ASRI HANGIN SATU BADAN! MESTI BACA
- AKHIRNYA YBK DIISYTIHARKAN MENANG!
PANAS! APA MOTIF PAKATAN NAK KURANGKAN ANGGOTA POLIS DAN LEMAHKAN PDRM SEKIRANYA MEREKA MENANG? Posted: 03 Oct 2012 01:30 AM PDT Antara salah satu perkara terpenting dalam bajet alternatif yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat ialah MEREFORMASIKAN PDRM DENGAN MENGALIHKAN SUMBER KEWANGAN DAN TENAGA MANUSIA KEPADA PEMBANTERASAN JENAYAH. Sekali dengar, macam molek sangatlah usul berkenaan. Namun hakikatnya, ia sudah cukup mencerminkan kebencian Pakatan Rakyat kepada PDRM yang telah banyak menyekat dan mengurangkan aliran masuk wang kepada Pakatan Rakyat menerusi sumber-sumber yang tidak soheh dan bersifat jenayah seperti kegiatan maksiat, perjudian dan dadah. Apa sebenarnya yang dibenci sangat oleh Pakatan Rakyat terhadap PDRM? Sudah tentulah kerana PDRM begitu peka terhadap kempen-kempen hasutan yang cuba mengucar-ngacirkan negara ini dan meletakkan negara ini berada dalam kedudukan mudah dijajah dan dikuasai oleh pihak asing. Kewujudan PDRM dan iltizam yang ditunjukkan oleh PDRM dalam usaha-usaha berkenaan, membuatkan Pakatan Rakyat, terutama sekali Anwar Ibrahim begitu membenci dan mendendami pasukan keselamatan itu. Tiada sesiapa pun yang dapat menafikan, PDRM telah banyak berjasa kepada rakyat negara ini. Keamanan dan keharmonian yang dikecapi oleh setiap orang rakyat di negara ini, banyak disumbangkan oleh PDRM yang menjaga dan memantau keselamatan dalam negeri. Bergandingan dengan Angkatan Tentera Malaysia yang sentiasa bersiap siaga mempertahankan negara dalam peperangan yang bersifat konvensional mahupun perang risikan, kedua-dua pasukan berkenaan sentiasa dicemburui oleh pihak asing, khususnya dari negara Seberang Tambak. Untuk menjajah negara ini, teras utama yang perlu diruntuhkan adalah kepolisian. Cubaan mengganggu Angkatan Tentera Malaysia, hanya mengundang risiko yang lebih besar berbanding gangguan terhadap PDRM. Dek kerana itulah, Pakatan Rakyat dalam setiap ceramah dan kempen mereka akan memastikan PDRM akan dicaci dan diperlekehkan termasuklah melabelkan PDRM sebagai ANJING UMNO sepertimana yang mereka sedang lakukan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya sekarang ini. Read more... |
PANAS BERAPI! APA BEZA ANTARA DR ROZMEY, DR ASRI DAN ANWAR IBRAHIM? Posted: 02 Oct 2012 10:18 PM PDT Aku baru dapat tahu Dr Rozmey yang jual ubat kurus dan buat filem dan macam-macam lagi telah ditarik balik kedoktorannya: MMC gantung keanggotaan Dr Che Rozmey selama 2 tahun selepas mendapati beliau melanggar Kod Etika Professional di bawah akta perubatan 1971 - Bernama Dr Rozmey ni conman, ada penyokong dia ata lebih tepat lagi partner in crime dia kata dia ni usahawan, maka mereka mula compare kan si Rozmey ni dengan usahawan ikhlas yang lain. Korang silap beb. A Conman is always a conman, jangan samakan conman dengan businessman! Begitu juga kisahnya dengan Dr Asri aka Dr Maza aka whatever la! Ada satu artikel yang akan buatkan rambut dia yang nipis tu menjadi lebih nipis, apa kata kita baca artikel ni: 1. Anwar Ibrahim orang Pulau Pinang, Mohd Asri Zainal Abdin juga orang Pulau Pinang.. 2. Anwar Ibrahim lahir dan membesar dalam keluarga UMNO, bapanya seorang Ahli Parlimen UMNO dan ibunya, Ketua Wanita UMNO di Pulau Pinang sebelum nampak seperti Pro-PAS sewaktu di kampus dan zaman ABIM. MAZA pula adalah proksi PAS di Kolej Islam Kelang (KIK) sewaktu di asrama sekolah menengah dan juga ketika mengambil ijazah di Jordan sebelum nampak seperti Pro-UMNO sewaktu memegang jawatan Mufti. 3. Anwar Ibrahim rapat dengan Dato' Asri Muda sewaktu Pro-PAS dan sebelum Anwar isytihar masuk UMNO sehinggakan Asri Muda offer jawatan Presiden PAS pada Anwar. MAZA pula rapat dengan Shahidan Kassim dan UMNO Perlis sewaktu nampak Pro-UMNO sehingga dapat jawatan Mufti Perlis dan title Dato'. 4. Anwar dulu antara pengasas awal Badan Revolusi Ugama di MCKK dan ABIM, MAZA pengasas PAS di KIK dan Jordan. MAZA juga tubuh dan asaskan Ilmuwan Muda UMNO (ILMU). 5. Anwar Ibrahim cipta masalah kepada UMNO dengan demonstrasi dan kebangkitan Islam, MAZA cipta masalah kepada PAS dengan idea taat kepada pemerintah walaupun zalim sewaktu jadi Mufti sehingga digelar Bapak Setan oleh Dr Badrul Amin. 6. Anwar Ibrahim jadi hero kepada UMNO lawan idea kebangkitan Islam yang dulu dia mulakan sewaktu pimpin ABIM guna penerapan nilai-nilai Islam, MAZA jadi hero sekarang ini kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk lawan ulamak muda UMNO pasal idea taat pemerintah walaupun zalim, (sebelum dia jadi Mufti, ustaz mana pun tak pernah sebut benda ni, MAZA yang mula promote taat pemerintah zalim di Utusan dalam kolum Minda Mufti sekarang dia pulak konon tunjuk hero tak setuju fahaman ni). 7. Anwar Ibrahim hantar kawan-kawannya seperti Tuan Haji Mohamad Sabu, Arwah Ust. Fadzil Noor dan Haji Hadi dalam ABIM masuk PAS, MAZA hantar Fatul Bari dan Fazlan Osman masuk UMNO melalui ILMU. 8. Anwar Ibrahim hantar orang sahaja masuk PAS, tapi dia sendiri pun tak masuk PAS, MAZA hantar orang saja masuk UMNO tapi dia sendiri pun tak masuk UMNO. 9. Anwar Ibrahim tak rujuk ulamak ABIM untuk tidak masuk PAS dan lepas tu masuk UMNO, MAZA tak rujuk ulamak Wahabi untuk tidak masuk UMNO, dan kemungkinan besar tidak rujuk ulamak Wahabi jika mau masuk PAS. 10. Anwar Ibrahim mula-mula nampak Islamik, selepas itu nampak pro-Amerika Syaitan Besar dan pro-Barat bila dah berkuasa. MAZA mula-mula nampak Islamik dan sekarang mula cenderung kepada Barat bila dah popular. Inilah 10 persamaan antara Anwar Ibrahim dan Mohd Asri Zainal Abidin. Manakala Dr Rozmey pulak, apa persamaan dia dengan mereka berdua ni? Senang cerita la semuanya CONMAN! |
CILI KASI TARUK! ARTIKEL YANG AKAN BUATKAN DR ASRI HANGIN SATU BADAN! MESTI BACA Posted: 02 Oct 2012 05:00 PM PDT Membedah Minda Popularis Agama Rentetan kebelakangan ini, muncul pelbagai pendapat dan fatwa tentang halal-haramnya sesuatu perkara dalam muamalat sesama manusia khususnya melibatkan isu-isu berkaitan dengan politik. Politik dan ugama di Malaysia adalah suatu perkara yang tidak dapat dipisahkan. Maka, dengan itu muncullah pelbagai cara untuk menginterpretasikan isu-isu politik ini dengan menggunakan hukum-hakam Islam. Dengan ini muncullah sekelompok agamawan yang menggunakan slogan tajdid ataupun pembaharuan untuk menangani perkara ini. Golongan ini berasakan bahawa mereka adalah pewaris kepada gerakan tajdid yang pernah dibawa pada awal kurun ke-20 oleh tokoh-tokoh seperti Syeikh Syed Al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Abu Bakar Al-Asha'ari dan sebagainya. Kedudukan mereka dikuatkan atas faktor mempunyai kelulusan PhD. dalam bidang agama serta ditambah pula jawatan yang pernah disandang di institusi agama selain dari faktor "semulajadi" mereka yang petah bercakap dan menulis. Ini menyebabkan mereka senang mendapat sokongan terutamanya golongan intelektual dan juga di kalangan mereka yang cuba mencari penyelesaian yang dianggap rasional dalam agama. Pengambilan Hukum Agama Secara asasnya golongan ini mengaku mengambil hukum langsung dari Al-Quran dan sunnah serta mengikut metodologi yang digariskan oleh salafussoleh. Ini dapat dilihat daripada cara mereka menangani isu dan menjawab persoalan dalam perkara aqidah, ibadah dan juga sirah Nabi dan para sahabah. Mereka tidak segan untuk merujuk dan menggunakan fatwa dan pendapat ulama'-ulama' seperti Syeikh Bin Baz (bekas Mufti Saudi), Syeikh Nasiruddin Al-Albani, Syeikh Salih Al Fauzan dan Syeikh Ibn Uthaymin jika bersesuaian dengan kehendak peribadi dan khalayak yang mengajukan persoalan kepada mereka. Namun, mereka ini mempunyai masalah besar dari segi disiplin pengambilan ilmu dan menerbitkan hukum hatta jika dibandingkan dengan golongan tradisionalis agama. Sekurang-kurangnya, golongan tradisional bersumberkan kepada tradisi dan juga kebiasaan setempat dalam berugama serta kitab-kitab kuning tuan guru-tuan guru zaman berzaman. Tetapi, golongan ini tidak segan untuk melemahkan sumber ugama yang sahih serta pendapat yang kuat jika sumber ini menyalahi kepentingan dan kehendak mereka. Seolah-olah, mereka bersifat "flip-fop" dalam pendapat mereka. Tidak dinafikan, mungkin ini berpunca dari latarbelakang keilmuan sebahagian mereka yang bukan dari jurusan Usuluddin dalam ijazah pertama mereka seperti dalam jurusan Bahasa Arab yang memungkinkan mereka memandang ringan kepentingan menerbitkan hukum agama dari sumber yang sahih dan juga pendapat-pendapat dan fatwa guru-guru yang berautoriti dalam aliran pemikiran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Barat membina tamadunnya melalui kaedah saintifik dan metodologi yang tersusun. Ini bukan sahaja khusus dalam bidang sains tetapi juga diamalkan dan meliputi ilmu-ilmu kemanusian dan sains sosial. Setiap bidang ilmu disusun dengan metodologi dan tatacaranya sendiri, dan kaedah untuk menerbitkan dan menaskahkan ilmu turut digariskan dengan begitu komprehensif. Dalam tradisi keilmuan Barat, pendapat guru-guru Agung dalam bidang kepakaran masing-masing dipegang dan dihormati.Tetapi, guru-guru Agung ini manusia dan setiap ahli akademik dalam bidang tersebut juga adalah manusia. Mereka boleh dibantah tetapi dengan syarat menggunakan eksperimentasi dan metodologi yang telah digariskan oleh disiplin ilmu tersebut. Namun, sebelum Barat mencipta kaedah-kaedah ini, Islam terlebih dahulu menyusun tatacara ini terutamanya dalam aspek penerbitan hukum-hakam agama. Golongan ini amatlah memuja pemikiran dan tamadun Barat, namun, itu hanyalah sekadar propaganda semata-mata. Mereka tidaklah mengikut kaedah ilmiah seperti yang digariskan oleh ilmuan Barat dalam disiplin ilmu Islam. Sebagai contoh, terdapat tulisan yang memperlekehkan maksud sebuah hadith yag diterbitkan untuk pembacaan khalayak awam. Kecurangan ilmu dibuat dengan tidak menyatakan sumber hadith berkenaan kerana jikalau disebutkan riwayat hadith tersebut samada dari Tirmizi, Ibnu Majah dan sebagainya, maka tentulah tulisan itu bakal dibakulsampahkan oleh khalayak pembaca. Tidak dinafikan hadith tersebut barangkali mempunyai jalur periwayatan yang lemah (tetapi disahihkan oleh jalur periwayatan yang lain), tetapi atas niat untuk mengejek pendapat yang berpegang kepada hadith tersebut, disiplin dalam menerbitkan hukum Islam tidak diendahkan dan dikhianati. Malang sekali, golongan popularis agama ini menyembunyikan pengkhianatan mereka terhadap disiplin ilmu Islam dengan menggunakan kaedah "character assasination" dan perlabelan. Istilah-istilah seperti jumud, literalist dan zahiri digunakan untuk mematahkan semangat ilmuan Islam yang jujur,istiqamah dan berdisiplin sebagai ahli akademik yang teguh berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah tanpa mempedulikan glamor dan populariti di pandangan masyarakat umum. Kaedah-kaedah popularis ini mungkin sesuai dengan masyarakat yang tidak memahami kepentingan berpegang dengan sunnah dan pendapat salafussoleh, tetapi tidak dengan masyarakat yang menghargai dan mencintai disiplin keilmuan apatah lagi ilmu-ilmu Islam. Hubungan Dengan Pemerintah Hubungan golongan popularis agama ini dengan kaum pemerintah adalah pelik, tidak konsisten dan kadangkala melucukan. Di hadapan masyarakat ramai, mereka cuba mempotretkan diri mereka seperti Hang Jebat ataupun Hang Nadim dalam kisah Singapura dilanggar todak. Tetapi, hakikatnya mereka ini tidaklah semata-mata bagaikan menurut resam anjing. Apabila ditepuk-tepuk, diberi makan dan dibawa berjalan-jalan, maka diam dan manjalah mereka dengan kaum pemimpin atau pemerintah tertentu. Sudah tentu, pemerintah ini juga ada melakukan kesilapan dan khilaf sebagai pemimpin, namun, popularis agama boleh menutup mata dan menyembunyikannya di bawah karpet untuk kepentingan duniawi yang sedikit. Sekonyong-konyong hilanglah taring, gigi dan kuku mereka laksana diserang penyakit kuku dan mulut lagaknya. Dari situ,tentu sekali, kita tidak boleh menyalahkan kaum pemerintah berkenaan kerana begitulah sepatutnya sikap golongan umara' iaitu menghargai dan meletakkan kaum ulama' di peringkat yang tinggi. Tetapi, peluang mereka untuk menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar seperti yang kononnya mereka warwarkan kepada umum sebenarnya dipersia-siakan. Dari satu segi yang lain mereka mempraktikkan "double standard" kepada pemerintah yang mereka tidak mempunyai saham dan kepentingan. Golongan popularis ini tidak akan membuang masa, menggigit, menokak serta membaham kaum pemerintah yang tidak "membayar wang perlindungan" kepada mereka. Setiap isu yang bakal menyusahkan pemerintah yang tidak pandai membodek golongan popularis ini akan diulas dan disebarkan atas slogan demokrasi dan suara rakyat walaupun ia hanyalah khabar-khabar angin. Untuk mencapai agenda mereka ini, pendapat minoriti dan lemah diambil dan digahkan serta pendapat yang kuat dan sahih dilemahkan dan diperlekehkan. Gagal mencari dalil yang berpaksikan agama, kata-kata tokoh dan pemimpin Barat pula dijadikan hadith yang baru untuk mengabsahkan hujah dan tindakan mereka. Dengan mengikut resam anjing inilah, mereka menonjolkan diri mereka sebagai ulama' rakyat supaya dipuja dan disanjung oleh masyarakat yang malang kerana tidak memahami permainan mereka. Kesimpulan Tidak dinafikan bahawa golongan popularis agama ini turut mempunyai jasa terhadap perkembangan keilmuan Islam di Malaysia terutamanya yang tidak berkaitan dengan hal-ehwal politik dan muamalat. Tetapi, malangnya falsafah keilmuan mereka bercanggah dengan tradisi ilmu tidak kira berasalkan warisan Barat apatah lagi warisan Islam. Walaupun pada permukaannya, garapan idea mereka mahu mentajdidkan masyarakat, tetapi akhirnya ia bakal menyumbang kepada satu krisis ilmu dan fitnah kepada golongan yang berpaksikan kepada tradisi salafussoleh samada sebagai satu tradisi keilmuan ataupun cara hidup keseluruhan. Dr Abu Uzma Abdul Rahman |
AKHIRNYA YBK DIISYTIHARKAN MENANG! Posted: 02 Oct 2012 03:10 AM PDT Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini telah memutuskan tanah YBK seluas 800 ekar yg dirampas dgn zalim oleh Kerajaan Negeri Selangor 2010 adalah kekal milik YBK. Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment