Gelombang Rakyat |
JIJIK.. DAP KEDAH BANTAH IKLAN TUTUP AURAT DILAKSANAKAN..!! Posted: 15 Oct 2012 12:18 AM PDT Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik berkata parti itu tidak akan menyokong pelaksanaan garis panduan papan iklan yang menetapkan model berpakaian sopan atau bertudung, seperti yang dilaksanakan di Kelantan. Lee berkata DAP Kedah akan menentang undang-undang berunsur Islam itu sekiranya dilaksanakan PAS di negeri tersebut. "DAP negeri sekali lagi ingin menegaskan dan menjelaskan bahawa kami tidak akan memberi sokongan terhadap undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan isu negara Islam," katanya seperti dipetik akhbar itu. Kenyatannya itu bagi mengulas garis panduan pemasangan papan iklan seperti yang dinyatakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar Datuk Mat Noh – berhubung penggunaan bahasa, lanskap dan pakaian model iklan. Menurutnya lagi, aris panduan tersebut antara lainnya menekankan bahawa model tersebut tidak boleh berpakaian mencolok mata dan perlu menutup aurat bagi model beragama Islam. Lee juga berkata, kenyataan Mat Noh itu hanya pendirian peribadi kerana garis panduan tersebut didakwa bercanggah dengan Undang-undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS) 1992. Malah, DAP Kedah juga akan mengambil tindakan ke atas ahli majlisnya dalam MPKS yang mengenepikan kepentingan parti tersebut dalam pelaksanaan garis panduan itu, katanya. "(Ahli majlis DAP) perlu tahu apa yang patut atau tidak patut disokong," katanya yang menambah MPKS tidak akan daapat menggubal atau mewartakan apa-apa peraturan tanpa persetujuan ahli majlis tersebut. |
POLITIK KIAN PANAS.. EX PRO ANWAR VS AGEN ANWAR..!!? Posted: 14 Oct 2012 06:25 AM PDT MP Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin menuntut supaya timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan kerana berpandangan serangan BN ke atas jutawan George Soros berpotensi "memakan diri sendiri". Dalam laporan Mingguan Malaysia itu, Zulkifli berkata Saifuddin sepatutnya membezakan "isu pertubuhan haram menerima dana asing untuk menjatuhkan kerajaan" dan "isu politik". "Saya terkejut kenyataan seperti itu dikeluarkan oleh anggota kabinet yang jelas menunjukkan beliau tidak lagi layak menjadi timbalan menteri dan patut meletakkan jawatan," katanya seperti dipetik akhbar milik Umno itu. Beliau mendakwa, isu yang dikaitkan dengan NGO Suaram itu "bukan soal politik tetapi perkara itu menyentuh tentang keselamatan serta kedaulatan negara". Turut dibariskan dalam laporan tersebut untuk menyelar Saifuddin ialah presiden Jaringan Melayu Malaysia Azwanddin Hamzah dan juga presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia Mohd Shahar Abdullah. Azwanddin dilaporkan kesal kerana Saifuddin menurutnya "cuba mempertahankan sebuah pertubuhan yang terbukti menerima dana dan menjadi tali barut kuasa asing". "Kami (NGO) bersungguh-sungguh menentang kemasukan dana asing yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan, malangnya Saifuddin pula mempertahankan Suaram," katanya. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment