BADUT RAKYAT |
- BONGKAR !!! ANWAR IBRAHIM GILA DAN MABUK KUASA SELAGI TIDAK MENDAPAT JAWATAN PM !!!
- KANTOI !!! ANWAR IBRAHIM JADIKAN SCORPENE STRATEGI UNTUK ALIH ISU BAJET 2013 !!!
- HOT NEWS !!! ELIZABETH WONG MENTERI PELANCONGAN ATAU MENTERI PELACURAN ???
- KANTOI #BERSIH !!! AKHIRNYA PR AKUR BERHIMPUN DI STADIUM !!! TAHU PUN DEMO JALANAN BAHAYA !!!
- ISU DANA ASING !!! KERAJAAN WAJIB BENTANG KERTAS PUTIH DI PARLIMEN !!!
BONGKAR !!! ANWAR IBRAHIM GILA DAN MABUK KUASA SELAGI TIDAK MENDAPAT JAWATAN PM !!! Posted: 06 Oct 2012 08:30 AM PDT Anak emas Mahathir rupa-rupanya sudah jadi singa jantan yang lapar.Sebagai Perdana Menteri yang lantang mengecam Amerika dan Barat, Mahathir menjadi sasaran kecaman hebat dari berbagai pemimpin negara-negara tersebut.Media Barat seperti CNN, CNBC, BBC dan lain-lain seringkali menyiarkan laporan-laporan dan berita-berita negatif terhadap Malaysia. Lebih-lebih lagi Mahathir menjadi jurubicara negara-negara Selatan-selatan dan penyokong kuat perjuangan rakyat Palestin. Sebaliknya Anwar, sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, mendapat liputan yang cukup baik dari media Barat. Malah, dia pernah diberi penghormatan memeriksa barisan kehormat sewaktu beliau melawat Washington oleh Setiausaha Pertahanan, William Cohen, pemimpin Amerika keturunan Yahudi. Tidak pernah dalam sejarah, menurut protokol, seorang Timbalan Perdana Menteri dari sebuah negara asing diberi penghormatan begitu oleh kerajaan Amerika Syarikat. Seperti kata peribahasa Melayu, 'pukul anak sindir menantu.' Washington seolah-olah hendak menyindir Mahathir dan menunjukkan secara terbuka hubungan akrab Anwar dengan Washington. Malah, majalah Time memilih Anwar sebagai salah seorang dari 100 tokoh dunia yang ternama untuk menggilap imejnya yang tercemar sebagai homoseks dan gagal menguruskan kewangan negara sewaktu kegawatan ekonomi tahun 1997 yang lalu. Sikap Washington dapat dilihat dengan jelas. Amerika berpihak kepada Anwar dengan harapan dia boleh menjadi budak suruhan Pakcik Sam. Amerika memperalatkan pemimpin asing, bukan perkara baru. Amerika mahu pemimpin-pemimpin asing, terutama sekali negara-negara sedang membangun yang ketua kerajaannya dianggap anti-Amerika, digulingkan dan digantikan dengan mereka yang pro-Amerika. Berbagai bantuan diberikan kepada mereka yang sanggup menjadi budak suruhan Washington untuk memperkukuhkan kedudukan politik mereka di negara masing-masing. Amerika negara kapitalis ingin menjadi "polis dunia" sebagai kuasa dunia yang maha hebat. Untuk memperkukuhkan cengkaman Amerika ke atas negara-negara kecil dan besar di dunia, khasnya negara-negara sedang membangun yang memerlukan bantuan kewangan dan teknologi untuk kemajuan negara-negara tersebut, Amerika dengan senang hati menawarkan berbagai jenis bantuan, kononnya untuk kesejahteraan rakyat dan meninggikan ekonomi negara-negara yang mundur itu. Bank Dunia dan IMF, merupakan dua institusi kewangan yang dikuasai Amerika dan Yahudi. Untuk menjana kekuatan ekonomi Amerika. Washington juga turut membantu syarikat-syarikat gergasi negara tersebut untuk mendapat berbagai projek bernilai ratusan juta dolar Amerika di negara-negara yang memerlukan bantuannya. Washington meletakkan syarat-syarat ketat, bahawa negara-negara peminjam mesti menggunakan kepakaran teknologi dari Amerika. Kerjasama yang erat antara Washington dan syarikat-syarikat korporatnya, membolehkan Amerika menjadikan negara-negara peminjam tunduk kepada kemahuan politik dan kepentingan Amerika. Ada kerjasama yang erat antara syarikat gergasi dengan CIA bagi merealisasikan negara-negara peminjam menari menurut rentak disko Amerika. Syarikat korporat dan Washington akan mengirimkan hitman, iaitu pegawai-pegawai khas yang berlagak sebagai konsultan untuk mengkaji dan menilai sesuatu projek yang dibiayai Amerika di negara-negara peminjam. Laporan penilaian projek dibuat oleh hitman yang bertujuan untuk memberi keuntungan yang lumayan kepada syarikat gergasi yang didukungi Washington. Berbagai tekanan, termasuk rasuah digunakan oleh institusi-institusi kewangan Amerika bagi mempastikan Amerika mendapat keuntungan politik dan ekonomi dari segi pemberian projek dan dana. Boleh dikatakan Bank Dunia, IMF, bank-bank Amerika dan syarikat-syarikat gergasi Amerika menggunakan berbagai manipulasi dalam pemberian pinjaman dan lain-lain bantuan teknologi kepada negara-negara miskin yang meminjam dari Washington. Seorang bekas hitman telah mendedahkan perbuatan-perbuatan manipulasi,, penipuan, ugutan, tekanan terhadap negara-negara miskin yang meminta bantuan Pakcik Sam. Sebuah buku karangan John Perkins, 'Confession of an Economic Hitman,' patut dibaca oleh ahli-ahli politik dan masyarakat untuk mengetahui mainan politik kotor Amerika untuk menguasai negara-negara miskin yang memerlukan bantuan dari Washington. Mahathir sedar permainan kotor Amerika dalam pemberian bantuan kepada negara-negara membangun. Justeru itu, beliau menjadi jurubicara dan pemimpin Negara Ketiga (Third World) untuk mendapatkan kerjasama para pemimpin kerajaan Selatan-selatan dalam berbagai bidang kemajuan, terutama sekali pembangunan ekonomi. Kerjasama erat antara negara Selatan-selatan, boleh menjadi suatu blok politik dan ekonomi yang kuat di peringkat antarabangsa tanpa tunduk kepada desakan dan tekanan Barat, khasnya Amerika Syarikat. Amerika khasnya, tidak mahu melihat Negara-negara Dunia Ketiga menjadi suatu blok politik dan ekonomi yang bebas dari pengaruhnya. Justeru itu, Washington menganggap Mahathir sebagai musuh politik Amerika. Melalui berbagai media Barat dan tekanan-tekanan lain dikenakan ke atas Mahathir dan Malaysia, supaya hasrat Mahathir untuk menwujudkan blok Dunia Ketiga yang kuat dan berpengaruh, gagal. Amerika tidak putus asa menggugat Malaysia. Ia ada Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai darling Barat. Jaringan persahabatan yang Anwar wujud dengan berbagai pemimpin Amerika, Kanada, Eropah, Australia, membolehkan dia diterima sebagai pemimpin alternatif kepada Mahathir. Janganlah hairan bin terkejut, kalau dia ahlan wasahlan dengan berbagai pemimpin di bawah pentadbiran Clinton dan Bush yang terdiri dari kaum Yahudi. Umum mengetahui pentadbiran Amerika, baik Republikan mahupun Demokrat, mesti tunduk kepada pelobi-pelobi Yahudi di Capitol Hill. Pengaruh Yahudi yang kuat dalam kerajaan Amerika menyebabkan pemimpin-pemimpin Dunia Ketiga yang bernaung di bawah ketiak Washington, akan menjadi talibarut pada kuasa Yahudi juga. Anwar boleh dikatakan tidak sehaluan dengan Mahathir dari segi dasar luar Malaysia yang mirip kepada Dunia Ketiga dan tidak berkiblat pada Barat, khasnya Amerika. Bila Mahathir mengecam Barat, Anwar memperlihatkan dirinya sebagai pro Amerika dan pro Eropah. Sewaktu menjadi Menteri Kewangan, dia dikatakan lebih banyak mendengar nasihat dari IMF dalam menangani kemerosotan ekonomi Asia pada tahun 1997, akibat penyangak mata wang Soros yang menyerang mata wang Asia hingga menyebabkan kegawatan ekonomi di Asia. Dalam kegawatan ekonomi, Suharto yang memerintah Indonesia selama 30 tahun, akhirnya tumbang akibat rusuhan anti rejimnya. Indonesia banyak berhutang dengan IMF dan akhirnya terpaksa tunduk pada syarat-syarat ketat yang dikenakan IMF untuk membayar balik pinjamannya. Thailand, Filipina, Korea Selatan, Singapura dan Malaysia mengalami kegawatan yang parah dan banyak negara di Asia mengambil masa yang lama untuk memulihkan kembali kestabilan ekonominya. Ada orang berpendapat, Soros merupakan tokoh billionare Yahudi yang mempunyai agenda politik untuk menimbulkan kegawatan ekonomi supaya pemimpin-pemimpin yang anti Barat seperti Mahathir serta Suharto yang memerintah dengan kuku besi dijatuhkan. Dengan kata lain, kegiatan Soros itu menyebabkan huru-hara dan demonstrasi menentang kerajaan. Soros mempunyai sebuah yayasan yang membiayai dan membantu pihak-pihak tertentu dalam negara-negara yang mengamalkan pemerintahan kuku besi untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin mereka. Soros juga mempunyai kaitan rapat dengan Washington kerana mempunyai visi politik yang sama dengan Pakcik Sam. Apakah kegawatan ekonomi akibat serangan mata wang Asia oleh Soros sebagai suatu helah Washington untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin tertentu di Asia Tenggara iaitu Mahathir di Malaysia dan Suharto di Indonesia? Apakah ini suatu taktik kotor Amerika meletakkan pemimpin-pemimpin yang disenangi Washington sebagai pengganti mereka yang dibenci Amerika? Di Indonesia, Habibie yang terkenal sebagai pro Amerika menggantikan Suharto. Malangnya kegawatan ekonomi di Malaysia tidak menumbangkan Mahathir. Sebaliknya, Anwar yang dipecat dari Kabinet dan UMNO atas tuduhan meliwat. Sebagai Menteri Kewangan, dia tidak dapat mencari jalan terbaik untuk mengatasi keadaan yang membimbangkan itu. Lantas dia mendengar nasihat dari Camdessus, Ketua IMF, untuk menaikkan bunga pinjaman bank dan menaikkan bayaran minima hutang kad kredit dari 5% menjadi 15% dalam masa kegawatan ekonomi! Akibatnya, banyak orang jatuh bangkrap dan kestabilan politik terancam. Tindakan Anwar dianggap tidak bijaksana kerana dia tidak mempunyai idea yang super bernas bagi mengatasi kegawatan tersebut. Aneh bin pelik, Malaysia pada waktu itu tidak meminjam dari IMF. Mengapakah Anwar perlu mendengar nasihat dari IMF untuk mengatasi kemelut tersebut? Apakah ada suatu agenda tersembunyi antara Anwar dengan Washington, Soros dan IMF? Apakah Anwar yang mendengar nasihat IMF untuk menaikkan bunga bank dan bayaran kad kredit sebanyak 15% bertujuan untuk menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat yang boleh menyebabkan kejatuhan Mahathir? Apakah ada rancangan sulit antara Anwar dengan Washington dan IMF untuk menolak Mahathir dan menggantikannya dengan Anwar sebagai Perdana Menteri? Dalam keadaan ekonomi yang gawat pada tahun 1997-98, mengapakah Anwar tidak meminta nasihat dari Gabenor Bank Negara dan pakar-pakar ekonomi tempatan untuk mengatasi kemelut tersebut? Mengapa IMF? Bukankah sewaktu dia menjadi Menteri Kewangan, Bank Negara mengalami kerugian lebih dari RM10 bilion dalam transaksi tukaran wang asing? Bolehkah dia menafikan bahawa dia tidak bertanggungjawab tentang spekulasi mata wang yang dilakukan oleh salah seorang pegawai tinggi Bank Negara yang menyebabkan kerugian lebih dari RM10 bilion? Apakah tidak mungkin kegawatan ekonomi Asia akibat mainan Soros, sebagai suatu rancangan sulit antara Washington, Soros dan IMF untuk menimbulkan ketidakstabilan politik beberapa negara Asia tertentu, khasnya Malaysia dan Indonesia, yang majoriti penduduk beragama Islam, anti Israel dan anti Amerika? Mahathir terang-terangan anti Amerika dan anti Yahudi dan beliau merupakan tokoh politik bertaraf dunia yang mempunyai pengaruh kuat di kalangan Negara-negara Dunia Ketiga. Sekiranya Mahathir dapat dijatuhkan melalui kegawatan ekonomi tersebut dan digantikan dengan Anwar yang pro Amerika, maka Washington yakin ia mendapat seorang sahabat yang akrab menjadi Perdana Menteri Malaysia. Di Indonesia, Amerika berjaya menyingkirkan Suharto dan melantik Habibie yang pro Barat sebagai pengganti. Adalah menjadi dasar pentadbiran Washington yang dikuasai Yahudi untuk mengawasi dan menghancurkan golongan Islam militan khasnya di Indonesia dan Malaysia, yang majoriti penduduknya beragama Islam terbesar di dunia. Kalau kedua negara ini dipimpin oleh pemimpin yang pro Amerika dan Barat, maka dengan sendirinya pengaruh Amerika yang dikuasai Yahudi menjadi semakin kuat dari segi geopolitik di kedua buah negara yang penting ini. Perlulah diingati Amerika dan korporat gergasi yang dikuasai dan dipengaruhi Yahudi, mempersetankan kepentingan negara-negara membangun yang miskin dalam percaturan politik antarabangsa. Amerika mahu menguasai dunia melalui kekuatan tentera, teknologinya yang super canggih dengan kerjasama erat sektor korporat gergasinya. Negara-negara Arab di Timur Tengah yang kaya dengan hasil minyak diporak-perandakan oleh agen Amerika dan Barat yang super rakus untuk menguasai kekayaan minyak. Justeru itu, Bush sanggup menyerang Iraq dan menumbangkan Saddam Hussein walaupun tidak terdapat senjata pemusnahan manusia yang amat mengerikan. Malah, Bush sanggup menentang resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu yang menentang penyerangan Amerika terhadap Iraq. Politik Timur Tengah yang dihantui oleh negara Israel dan penderitaan serta perjuangan rakyat Palestin, akan terus-menerus menajamkan konflik antara Israel dengan negara-negara Arab selagi isu penderitaan rakyat dan penubuhan Palestin tidak diselesaikan. Paling ketara, Anwar nampaknya seolah-olah tidak berminat untuk menyokong perjuangan Mahathir yang ingin menjadi juara Dunia Ketiga. Malah, perjuangan rakyat Palestin untuk menubuhkan negara Palestin yang merdeka nampaknya tidak mendapat dukungan yang hangat dari Anwar. Mahathir bersungguh-sungguh membela PLO dan Yasser Arafat yang hidup mati dengan rakyat Palestin. Anehnya, Anwar yang dikatakan rapat dengan sesetengah pemimpin negara-negara Timur Tengah, tidak pula memperlihatkan sikap yang sama kental dengan Mahathir memperjuangkan nasib rakyat Palestin. Mengapa? Apakah Anwar mencari jalan selamat untuk menjaga kepentingan politiknya yang lebih rapat dengan Washington dan tokoh-tokoh Yahudi tertentu yang menguasai politik Amerika? Apakah dia takut dimurkai dan disisih oleh pembesar-pembesar Amerika dan sesetengah negara Barat sekiranya dia memperlihatkan sokongan hangat terhadap rakyat Palestin? Apakah dia takut kehilangan sokongan Washington dan lain-lain pemimpin Barat sekiranya dia terlalu pro Palestin? Memang ketara sekali sasaran perjuangan Mahathir dengan Anwar sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan merangkap lagi sebagai Timbalan Presiden UMNO. Kalau Mahathir berjuang membebaskan negara-negara miskin Dunia Ketiga dari cengkaman dan pengaruh politik kuasa Barat, Anwar sebaliknya lebih cenderung berpihak kepada Barat dalam tindak-tanduk politiknya. Mengapakah dia berkiblat ke Amerika untuk mencari kekuatan politiknya? Anwar menganggap dia perlu mendapat sokongan dari para pemimpin Barat, khasnya Amerika, kerana Amerika adalah kuasa besar dunia, "polis dunia" dan boleh memberi tekanan hebat kepada mana-mana negara di dunia khasnya negara-negara miskin yang lemah dan membangun seperti Malaysia. Dia amat memerlukan sokongan dan bantuan Washington sebagai kuasa luar untuk menekan Mahathir, sekiranya Mahathir terus-menerus mengecam Washington dan bersikap anti Yahudi. Nampaknya Anwar tidak peduli dengan siapa dia berkawan dan mendapat sokongan, asalkan dia mendapat keuntungan politik dan peribadi untuk menjadi bakal Perdana Menteri. Mereka yang sinis berkata, sekiranya Anwar dapat berunding dengan syaitan sekali pun, dia akan meminta bantuan syaitan untuk kepentingan politiknya. Anwar begitu yakin Mahathir akan rontok dan terpaksa melepaskan jawatan Perdana Menteri, sekiranya Washington dan London terutama sekali, mengambil sikap bermusuhan dengan dia. Dia juga sedar, Mahathir tidak mempunyai rangkaian jalinan para penyokong yang hebat dan teratur sepertinya. Orang-orang Anwar sudah menguasai sebilangan besar Ketua-ketua Bahagian. Kononnya dari 192 Bahagian UMNO, lebih dari tiga perempat dikatakan menyokong Anwar. Waktu dia mengadakan roadshow menentang Ghafar Baba pada tahun 1993 untuk merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO, sudah jelas di mana kiblat sokongan sebahagian besar pemimpin UMNO di waktu itu. Mereka pilih Anwar. Mereka menjadi juak-juak Anwar. Mereka menjadi ahli kabilah Anwar. Mereka menolak Ghafar Baba, pemimpin veteran UMNO yang banyak jasanya pada parti dan kerajaan. Mabuk kemenangan menewaskan Ghafar Baba untuk merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO, menyebabkan Anwar salah langkah, salah dugaan, salah perhitungan. Pelanduk lupa pada jerat, tapi jerat tidak lupa pada pelanduk. Kejayaan menumbangkan Ghafar, membuat dia terlalu yakin bahawa Mahathir juga akan menghadapi nasib yang sama dengan Ghafar. Menumbangkan Ghafar tidak perlu sokongan Amerika atau London. Kalau sebahagian besar Ketua-ketua Bahagian UMNO sudah menjadi tekukur makan di tangan, masakan mereka akan berpihak kepada Mahathir, kalau dia berhasrat merebut jawatan Presiden UMNO kelak! Bukankah sesetengah dari mereka sudah mendapat ganjaran saham pink form? Malah, ada antara pemimpin itu yang menjadi kroni Anwar, menjadi jutawan ala mi segera hasil dari berbagai projek yang diperolehi ehsan dari Anwar. Juak-juak Anwar mendabik dada dengan keangkuhan bahawa tidak lama lagi Anwar akan menjadi Perdana Menteri! Inilah angan-angan dan mimpi yang berlegar dalam kepala para juak dan pengampu-pengampunya. Sebenarnya, Anwar tidak boleh bersabar lagi. Dia tidak mahu menunggu Mahathir menunaikan janjinya untuk berundur dari Putrajaya dan memberi kuasa kepadanya. Dia berpendapat, Mahathir seolah-olah tidak mahu berundur dan hendak terus berkuasa selagi nyawa dikandung badan, tidak sasau dan tidak gila. Para juaknya dan penasihatnya sudah memukul gendang perang untuk memerangi Mahathir pula. Hanya Mahathir seorang saja yang menghalang Anwar bersemayam sebagai Perdana Menteri di Putrajaya. Waktu mula menyertai Kabinet, Anwar angguk seperti ayam jantan, memperlihatkan perhubungan awamnya yang mesra kawan, mesra pemimpin dan mesra rakyat. Setelah menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan merangkap lagi sebagai Timbalan Presiden UMNO, jiwa raga Anwar sudah banyak berubah. Dia lupa pada restoran Amjal di Jalan Pantai Baru. Dia lupa pada Volkswagen tuanya. Kini dia sudah memakai sut berharga RM17 ribu sepasang dan punya image consultant bernama Sukma Darmawan, seorang lelaki berasal dari Indonesia yang pernah tidur sebilik dengannya sewaktu Anwar masih bujang trang tang-tang dan tinggal dengan bapanya, Datuk Ibrahim. Itu life style Anwar dalam UMNO, bukan Anwar di era ABIM… Dia ada umph..dia ada kuasa yang tidak pernah dia mimpikan sewaktu menjerit, melolong menentang kerajaan pimpinan UMNO. Sekarang, Mahathir bukan lagi mentornya, tapi Perdana Menteri yang mesti ditumbangkan. Anwar merancang. Dia sudah menguasai sebahagian besar Ketua-ketua Bahagian yang marhaban bersamanya. Sekarang giliran Mahathir akan ditumbangkan seperti mana dia lakukan terhadap Ghafar pada tahun 1993. Mahathir dapat baca dalam kilat ada kilau mainan politik Anwar. Mahathir mendiamkan diri. Allah Maha Mengetahui. Anwar mabuk memburu kuasa. Petikan dari buku Yahaya Ismail, "Anwar Ibrahim, pengkhianat Atau Patriot?," Usaha Teguh Sdn Bhd, 2011. RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! ANWAR IBRAHIM JADIKAN SCORPENE STRATEGI UNTUK ALIH ISU BAJET 2013 !!! Posted: 06 Oct 2012 05:00 AM PDT Suaram yang menerima dana daripada penyanggak mata wang Yahudi melalui Suara Inisiatif Sdn Bhd masih terus memfitnah dan memburuk-burukkan kerajaan berhubung isu kapoal selam Scorpene.Terbaru pertubuhan badan bukan kerajaan yang tidak berdaftar secara sah itu telah menganjurkan satu forum bertajuk "Skandal Kapal Selam Buatan Perancis" di Ipoh,Perak 30 September lalu.Walaupun badan itu kini sedang disiasat berhubung penerimaan dana asing yang ada kaitan dengan gerakan Yahudi-Zionis antarabangsa,namun Suaram mahu menunjukkan bahawa ia seolah-olah kebal dan mempunyai immuniti yang tebal untuk terus menjalankan kegiatan subversif.Seolah-olah ia tidak takut kepada kerajaan kerana yakin ada kuasa disebalik operasinya yang mampu melindungi dan mempertahankan kebebasan untuk mencemar nama baik negara samada di dalam atau di luar negara.Ini terbukti beberapa hari lalu apabila tiga orang ahli parlimen pembangkang R. Sivarasa,Tian Chua dan Mahfuz Omar mengadakan sidang akhbar di ruang legar Parlimen berhubung isu Scorpene.Mereka memaklumkan bahawa Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim kini berada di Paris,Perancis untuk menyerahkan dua pucuk surat,satu warkah bagi menjemput dua orang peguam yang mewakili Suaram dan satu lagi bagi peguam yang mewakili Thales,anak syarikat DCNS, syarikat milik kerajaan Perancis yang membuat kapal selam Scorpene. Tujuan Anwar berada di ibu negara Perancis itu adalah bagi menjemput ketiga-tiga peguam tersebut membuat taklimat kepada ahli-ahli parlimen terutamanya daripada pihak pembangkang mengenai kapal selam Scorpene.Tindakan Anwar tersebut secara jelas mengesahkan hubungkait beliau dan pembangkang dengan Suaram.Selama ini Suaram bertegas menafikan ia adalah sebuah pertubuhan bebas politik dan tidak ada sangkut paut dengan pembangkang tetapi kini hubungan keduanya tidak lagi boleh diselindungi.Sahlah bahawa Suaram sebenarnya adalah apparat yang digunakan oleh Anwar untuk memfitnah kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dan memburuk-buruk imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Hakikat bahawa Anwar kini berada di Paris selang beberapa hari setelah Bajet 2013 dibentang oleh Perdana Menteri menimbulkan syak wasangka yang menunjukkan ia adalah satu usaha yang terancang. Ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mengalihkan tumpuan rakyat daripada membicarakan tentang bajet pro-rakyat yang telah mendapat sambutan amat positif daripada setiap lapisan rakyat.Ia juga bagi menutup perbincangan rakyat mengenai bajet palsu yang dibentangkan oleh Anwar dua hari sebelum pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.Rata-rata rakyat menolak bajet alternatif pembangkang yang tidak mempunyai elemen baru tetapi hanya merupakan kitaran semula isu-isu lapuk yang sudah tidak relevan dan sesuai dengan perkembangan ekonomi negara yang terkini. Anwar takut jika tidak ada isu baru yang boleh diketengahkan untuk menyerang Perdana Menteri maka tembelang pembangkang akan terbongkar. Maka beliau perlu mencari satu isu yang boleh hangat diperkatakan dan Scorpene adalah sasaran yang sesuai pada pandangannya. Namun strategi ini meleset sama sekali kerana isu Scorpene tidak lagi aktif dibicarakan oleh sistem perundangan unik Perancis. Ini kerana mahkamah negara itu hanya menjalankan siasatan berhubung syarikat DCNS samada ada wujud unsur rasuah dalam urusan jual beli kapal selam tersebut oleh kerajaan Malaysia. Apabila dakwaan rasuah tidak mampu dibuktikan, pembangkang mengubah jalan ceritanya dengan cuba menggaitkan pembunuhan wanita Mongolia,Altantuya Shaariibuu dengan Perdana Menteri dan isterinya pula. Langkah ini juga mendedahkan bahawa tindakan Suaram membawa isu ini ke mahkamah Perancis adalah bermotifkan politik dan bukannya untuk memperjuangkan keadilan atau hak rakyat negara ini.Pembuktian bahawa Altantuya tidak tahu bertutur bahasa Perancis serta tidak ada bukti rekod imigresen Perancis bahawa wanita itu memasuki negara tersebut sekali gus meranapkan premis dakwaan Suaram dan pembangkang yang selama ini bergantung hidup kepada pembohongan itu. Namun demi melaksanakan agenda tuan asing yang memberi sokongan kewangan,Suaram terpaksa meneruskan juga siri fitnahnya walaupun setiap hari berlalu semakin terserlah penipuannya. Begitu juga dengan Anwar yang begitu setia menjalankan arahan Soros dan rakan-rakan Yahudi-Zionisnya di Washington. Bagi pelopor gerakan Yahudi-Zionis, jika Anwar ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia pada pilihan raya umum ke 13 nanti, beliau perlu mengikut segala rentak dan program yang telah diatur oleh mereka untuk menumbangkan kerajaan sedia ada. Begitulah hebatnya Anwar menjadi hamba Yahudi-Zionis sehingga sanggup menjual maruah, agama dan bangsa sendiri demi mencapai cita-citanya. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! ELIZABETH WONG MENTERI PELANCONGAN ATAU MENTERI PELACURAN ??? Posted: 06 Oct 2012 01:59 AM PDT Senarai Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) Timbalan Perdana Menteri I : Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas) Timbalan Perdana Menteri II : Lim Guan Eng (DAP) Timbalan Perdana Menteri III : (Pemimpin dari Sabah dan Sarawak) Menteri di Jabatan Perdana Menteri : Dr Tan Seng Giaw (DAP) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR) Datuk Mustafa Ali (Pas) Menteri Kewangan I : Tony Pua (DAP) Menteri Kewangan II: Rafizi Ramli (PKR) Menteri Pertahanan: Salahuddin Ayub (Pas) Menteri Pelajaran: Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin (Pas) Menteri Dalam Negeri: Azmin Ali (PKR) Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan: Fuziah Salleh (PKR) Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Dr Dzulkefly Ahmad (Pas) Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Dr Mohd Hatta Ramli (Pas) Menteri Pengajian Tinggi: Chong Chieng Jen (DAP) Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Husam Musa (Pas) Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Dr Che Rosli Che Mat (Pas) Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar: R Sivarasa (PKR) Menteri Pengangkutan: Khalid Samad (Pas) Menteri Pelancongan: Elizabeth Wong (PKR) Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Tian Chua (PKR) Menteri Kerja Raya: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas) Menteri Kesihatan: Dr Lee Boon Chye (PKR) Menteri Belia dan Sukan: Yusmadi Yusoff (PKR) Menteri Sumber Manusia: Gobind Singh Deo (DAP) Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan: S Kulasegaran (DAP) Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Anthony Loke (DAP) Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Zuraida Kamarudin (PKR) Menteri Luar Negeri: Datuk Saifuddin Nasution (PKR) Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar: Nurul Izzah Anwar (PKR) Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Teresa Kok (DAP) - YB Elizebeth Wong yang terpalit skandal gambar Bogel menjawat jawatan Menteri Pelancongan.Apakah Malaysia kelak akan memperomosi produk Seks seperti Pelacuran dan Pornografi apabila Elizebeth Wong menjadi Menteri Pelancongan?- Papa Gomo RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI #BERSIH !!! AKHIRNYA PR AKUR BERHIMPUN DI STADIUM !!! TAHU PUN DEMO JALANAN BAHAYA !!! Posted: 05 Oct 2012 09:52 PM PDT PR nampaknya terus berpegang kepada strategi 'jalan belakang' dan enggan berhadapan secara 'anak jantan' dalam Pilihanraya dalam usaha mereka untuk mengambilalih kuasa dari BN.Ini terbukti lagi apabila mereka masih ingin mengadakan perhimpunan walaupun beberapa perhimpunan sebelum ini gagal mencapai jumlah sasaran.Perhimpunan kali ini dinamakan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat dan dicadangkan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November 2012, jam 4 petang hingga 12 malam.Seperti yang umum sedia maklum,perhimpunan ini,seperti juga BERSIH 1,2 dan 3 adalah bertujuan untuk menanam prasangka buruk terhadap sistem pilihanraya negara,sebagai langkah awal untuk menolak keputusan pilihanraya sekiranya ia tidak menyebelahi mereka.Ini adalah taktik kotor atau taktik pengecut yang sering digunakan oleh pihak yang tidak punya integriti serta tidak yakin yang mereka akan menang.Yang membuat perhimpunan ini agak 'berbeza' dari yang lain ialah kerana PR bercadang mengadakannya di dalam stadium.Alasan mereka iaitu 'menyahut seruan Perdana Menteri agar tidak menyebabkan kesesakanlalulintas' tentulah menarik untuk dibincangkan.Alasan ini membuktikan bahawa seruan PM sebelum ini adalah rasional,tepat dan baik di mana dengan keengganan PR untuk menurutinya sebelum ini membuktikan bahawa mereka tidak rasional, tidakbertanggungjawab dan tidak bijak. Akhirnya,PR terpaksa mengakui bahawa 'hobi' mereka untuk berhimpun di jalanraya sebagai menyusahkan dan membangkitkan kebencian rakyat terhadap mereka.Bayangkan,sejak 1998 sehingga kini,setelah berpuluh-puluh perhimpunan yang mengganggu dan menyusahkan rakyat, baru hari ini mereka sedar yang mereka telah tersilap ??? Dan baru hari ini mereka menyedari bahawa seruan kerajaan untuk berhimpun secara aman dan bertamadun di dalam stadium adalah tepat dan selamat ??? Bagaimana kita boleh mengharapkan pemimpin PR memimpin negara jika mereka memerlukan masa yang begitu lama iaitu lebih sedekad untuk menyedari kesilapan setelah begitu banyak kemusnahan dilakukan ??? Bagaimanapun,kita tidak harus menaruh harapan yang terlalu tinggi bahawa PR telah menginsafi kesilapan lalu. Ini kerana perhimpunan di dalam stadium ini masih di peringkat cadangan.tidak mustahil ia akan berubah ke jalanraya di saat-saat akhir. Mungkin juga strateginya ialah para peserta akan meletakkan kenderaan jauh dari stadium dan berarak ke sana melalui jalanraya. Jangan sekali-kali lupa bahawa matlamat utama PR ialah untuk memperlihatkan kepada dunia yang Malaysia ini tidak stabil, tidak aman,kerajaan kejam dan rakyat dalam keadaan marah yang amat sangat. Matlamat ini tidak akan dapat dicapai jika rakyat hanya duduk diam memegang sepanduk dengan aman di dalam stadium, lebih-lebih lagi jika jumlah kehadian begitu corot seperti yang berlaku dalam BERSIH 3.0 Dan jangan lupa juga bahawa perhimpunan ini hanyalah langkah awal dari keseluruhan strategi untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan belakang.Kemuncaknya,adalah di waktu pilihanraya itu sendiri.Justeru,rakyat wajar bersiap sedia menghadapi apa jua taktik kotor PR yang mampu memusnahkan segala nikmat yang kita kecapi hari ini dalam sekelip mata. Belajarlah dari apa yang berlaku di Syria,Mesir,Libya dan Tunisia di mana pemberontakan yang berlaku tidak membawa kemenangan kepada mana-mana pihak selain dari pihak asing. RENUNG-RENUNGKAN |
ISU DANA ASING !!! KERAJAAN WAJIB BENTANG KERTAS PUTIH DI PARLIMEN !!! Posted: 05 Oct 2012 04:51 PM PDT Pendedahan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang Suaram telah menerima sejumlah dana asing sehingga RM100 juta dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini sangat memeranjatkan rakyat.GAPS yakin penyaluran dana asing ini adalah bagi tujuan menggulingkan kerajaan yang telah dipilih secara demokrasi.Ia merupakan satu perkara yang sangat serius yang boleh mengancam kedudukan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di negara ini.Ancaman penderhakaan kepada negara ini disebut dalam perkara 149 Perlembagaan Persekutuan iaitu membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang diPertuan Agong atau kerajaan dalam persekutuan serta usaha untuk mendapatkan perubahan secara tidak sah.GAPS yakin JMM mempunyai bukti yang kukuh sehingga boleh mengaitkan Suaram membawa masuk sejumlah wang yang sangat besar yang dibiayai oleh anasir subversif asing. Selain itu syarikat-syarikat dan individu yang menggunakan topeng NGO untuk melaksanakan kepentingan agenda asing ini juga wajar didedahkan kepada rakyat. NGO-NGO dan parti-parti politik yang mendapat tajaan dana asing juga wajib diumumkan. Selain dari pihak Polis, Pendaftar Syarikat dan Bank Negara yang sudah terlibat menyiasat perkara ini, GAPS juga mencadangkan Jabatan Imegresen, Suruhanjaya Sekuriti dan Jabatan Audit Negara serta lain-lain agensi yang berkaitan juga wajar menyiasat menyaluran masuk dana asing yang berniat jahat ini. Oleh yang demikian GAPS mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat secara penyeluruh pengaliran masuk dana asing yang mempunyai niat jahat yang mahu menghancurkan sistem pemerintahan demokrasi negara sekali gus menghuru-harakan keamanan dan ketenteraman awam,kesejahteraan dan keharmonian rakyat serta kemakmuran ekonomi negara ini. Kerajaan juga wajib membentang lapuran suruhanjaya ini di Parlimen sebagai Kertas Putih mengenai usaha terancang campur tangan asing untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam sistem pemerintahan demokrasi dinegara ini. Mereka yang terlibat menjadi agen dan talibarut anasir asing ini wajar dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.Tiada kompromi kepada mereka yang menjadi penderhaka kepada negara Malaysia yang merdeka. Hamidzun Khairuddin Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) 5 Okt 2012 Shah Alam. |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment