BADUT RAKYAT |
- BONGKAR !!! KUMPULAN KRISTIAN MENGUASAI DAP !!! APA CERITA NI ???
- HOT NEWS !!! N GOBALAKRISNAN MEMBELASAH ANWAR IBRAHIM DAN XAVIER KAW-KAW !!!
- HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM SAHKAN NIK AZIZ MB PALING TERUK DI MALAYSIA ????
- BONGKAR !!! PR RANCANG NAK HAPUS AGENDA MELAYU DI SELANGOR ?? APA CERITA NI ???
- KANTOI !!! 2 PENGGANAS YANG DITANGKAP DI LUBNAN ADALAH PENYOKONG PR ??? WAJIB BACA !!!
BONGKAR !!! KUMPULAN KRISTIAN MENGUASAI DAP !!! APA CERITA NI ??? Posted: 30 Oct 2012 05:00 AM PDT Suatu ketika dulu,ramai kalangan pemimpin dan penyokong PAS yang begitu teruja dan terpesona dengan kepimpinan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang,pernah menyamakan Setiausaha Agung DAP itu sebagai setaraf dengan Khalifah Umar Al-Khattab.Sehinggakan ada segelintir pemimpin PAS yang secara sedar mendoakan kesejahteraan kepimpinan Guan Eng di Pulau Pinang semasa Khutbah Jumaat dibacakan.Pelik tak pembaca Badut Rakyat ??? Tiada peliknya pun.Bagi PAS kepentingan undi dan kuasa duniawi amat penting dan kerana itu amat dihargai nilai persahabatannya dengan kafir harbi DAP berbanding persaudaraan sesama Islam.Dalam pada PAS begitu teruja dengan 'kehebatan khalifah' Guan Eng,selang beberapa ketika kemudiannya beliau dinugerahkan dengan gelaran sebagai Father Joseph dari Gereja St. Anne,Bukit Mertajam sebagai perhargaan di atas sumbangan dana kepada gereja tersebut.Penganugerahan gelaran Father Joseph kepada Guan Eng itu sebenarnya tidaklah mengejutkan,walaupun selama ini beliau sering berahsia berkaitan status agamanya. Namun bagi penyokong PAS yang acapkali memuja muji Guan Eng konon bakal mengulangi kegemilangan Khalifah Umar Al-Khattab,tak sedikit yang terpinga-pinga apabila mengetahui rupa-rupanya Guan Eng adalah seorang penganut Kristian yang amat taat pada agamanya. Mungkin ini dapat menjawab persoalan kenapa tiba-tiba sahaja perarakan Maulidur Rasul tidak lagi diadakan di Pulau Pinang. Barangkali ini semua adalah gara-gara betapa 'mesranya' Setiausaha Agung DAP itu dengan gaya kepimpinan ala khalifahnya yang selama ini di puja oleh PAS agaknya. Selain Guan Eng dan isterinya, Betty Chew, ramai lagi pemimpin DAP yang sedang menonjol tika ini rata-ratanya beragama Kristian, antaranya Terresa Kok, Ronnie Liew, William Leong, Ngeh Koo Ham @ James, Nga Kor Ming @ David, Tony Pua dan Hannah Yeoh. Sebahagiannya dari mereka diketahui umum cukup keras dalam mencuit hak umat Islam termasuklah pernah mempertikaikan azan subuh, bacaan Al-Quran, tulisan jawi pada papan tanda jalan, mendesak penggunaan kalimah Allah s.w.t untuk kegunaan kitab Kristian dan gereja serta beberapa isu sensitif yang lain. Selain itu, dikalangan pemimpin PKR pula seperti Xavier misalnya serta beberapa yang lain juga pernah mencetuskan kontroversi termasuklah menyampaikan 'tazkirah' di ruang utama solat surau. Malah beberapa orang dari mereka juga merupakan orang kuat gereja yang pernah terbabit secara tidak langsung dalam usaha memurtadkan orang Islam. DAP tetap DAP, sementelah lagi kini DAP sudah dikuasai kumpulan pemimpin yang beragama Kristian yang agak vokal mempertikaikan hak agama dan umat Islam, tidak mustahil mereka akan semakin berani mempolemikkan pelbagai isu sensitif berkaitannya. Manakala PKR pula walaupun dikuasai oleh Anwar Ibrahim, namun kebanyakan hala tuju politiknya terlalu dekat dengan unsur Kristian termasuklah cukup sinonim dengan budaya candle light virgil serta pernah menamakan seorang penganut Kristian,Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak.Jelas sekali kerjasama dan persahabatan PAS dengan DAP tidak pun berjaya mengubah kepercayaan Guan Eng ataupun menyebabkan DAP semakin berlembut dengan Islam ataupun membawa PKR semakin dekat dengan Islam.Sebaliknya yang berlaku, PAS pula semakin liberal dengan pendiriannya sehinggakan terikut-ikut rentak DAP serta PKR dengan melupakan terus semua perjuangannya untuk mendirikan Negara Islam dan menegakkan hukum hudud ala PAS. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! N GOBALAKRISNAN MEMBELASAH ANWAR IBRAHIM DAN XAVIER KAW-KAW !!! Posted: 30 Oct 2012 01:30 AM PDT Bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR mendakwa Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri Selangor,Dr Xavier Jayakumar adalah anti-Hindu ketika mengulas projek Kondominium 29 tingkat bersebelahan dengan kuil Sri Maha Mahamariamman di Batu Caves, Selangor. "Saya rasa terdapat satu konspirasi dalam sesetengah parti untuk memusnahkan ikon komuniti masyarakat India Malaysia.Saya berpendapat begini kerana terdapat sesetengah pemimpin dalam Pakatan Rakyat adalah anti-Hindu.Agenda mereka adalah memecahbelahkan masyarakat India dan menjadikan mereka sebagai hamba,"kata Gobala dalam sidang media di parlimen.Gobala mendakwa tidak ada kepimpinan India yang beragama Hindu yang dilantik menjadi exco kerajaan Selangor dan kejadian terbaru di Batu Caves itu sebagai mengulangi tragedi Kampung Buah Pala yang menunjukkan pengabaian terhadap masyarakat India.Ketika diminta mengulas lanjut tentang label 'anti-Hindu' itu,Gobala menjawab, "Anwar Ibrahim adalah anti-Hindu dan sesetengah pemimpin seperti Dr Xavier Jayakumar juga anti-Hindu". Gobala juga mendakwa Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri telah memberi amaran agar loceng di kuil Hindu tidak lagi berbunyi. "Saya tahu dia akan saman dengan kata-kata ini,tetapi saya mempunyai saksi untuk perkara tersebut,"katanya.Difahamkan, kata-kata Gobala di atas merujuk terhadap satu kes pergaduhan Hindu-Islam di Pulau Pinang pada tahun 1998,di mana Anwar ketika sebagai TPM sebagai individu perantaraan.Menurut sumber,Dr Xavier Jayakumar,meskipun berketurunan India tetapi beragama Kristian.Manakala seorang lagi tokoh India yang dipercayai Anwar,Sivarasa Rasiah juga diragui identiti agamanya kerana isterinya,Ann James yang dipercayai beragama Kristian.Dr. Xavier Jayakumar adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan,Pekerja Ladang,Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor. Manakala Sivarasa Rasiah adalah Ahli Parlimen PKR Subang yang menjadi master mind dalam SUARAM dan projek guaman kerajaan negeri Selangor. |
HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM SAHKAN NIK AZIZ MB PALING TERUK DI MALAYSIA ???? Posted: 29 Oct 2012 10:00 PM PDT Tindakan Ketua Pembangkang mengumumkan 'anugerah Menteri Besar terbaik' yang 'dimenangi' oleh Khalid Ibrahim dilihat sebagai 'politically incorrect',sekali gus menunjukkan bahawa kebolehan Anwar dalam berpolitik semakin terjejas.Kesilapan kecil ini bukanlah sesuatu yang biasa bagi Anwar kerana beliau selama ini cukup bijak mengatur kata-kata dan tindakan dalam berpolitik sehingga berjaya memperdaya begitu ramai orang termasuk Yahudi dan pemimpin bertaraf dunia,Tun Mahathir Mohamad selama berpuluh-puluh tahun.Namun,akhir-akhir ini,Anwar kerap membuat kesilapan sama ada kerana terperangkap dalam situasi yang sukar seperti apabila disoal mengenai pendiriannya terhadap Israel dan undang-undang liwat atau kerana gabra terkantoi seperti kes jam omega.Tetapi dalam kes pengumuman anugerah Menteri Besar Terbaik,Anwar tidak berada di dalam keadaan tertekan,terdesak atau terperangkap.justeru,kemungkinan pengumuman tersebut bukan kesilapan tetapi Anwar memang benar-benar berniat membuat pengumuman itu tanpa memikirkan kesannya.PR mempunyai 4 Menteri Besar dan bagi Anwar untuk memuji salah seorang pastinya akan membangkitkan rasa kurang senang di kalangan 3 yang lain. Sedangkan,prestasi seseorang MB tidak wajar diadili melalui pendapatan negeri kerana setiap negeri mempunyai masalah yang berlainan berdasarkan sumber negeri dan landskap masyarakat.Di sudut lain pula, memilih untuk memuji seorang MB sebagai terbaik juga dilihat sebagai cubaan menyelamatkan MB tersebut yang telah dilihat lemah.Ini adalah strategi biasa politik di mana apabila seseorang politikus itu semakin lemah, maka semakin banyaklah puji-pujian dilemparkan sekadar untuk memastikan pengundi terus yakin dengan parti.Oleh itu,tindakan Anwar memuji Khalid berlebihan menjadi senjata yang bukan sahaja makan tuannya tetapi semua orang-orang disekelilingnya sekali.Menurut beberapa blog,tindakan ini boleh ditafsirkan sebagai talian hayat untuk Khalid tatkala prestasi MB dilanyak teruk oleh Azmin Ali dan kumpulannya dengan menjadikan Faekah Hussin,Setiausaha Politik MB sebagai kambing hitam Dan secara semulajadi,apabila ada yang terbaik,pastinya ada yang tercorot.Jadi,siapakah MB PR yang tercorot ??? Walaupun Anwar tidak mengumumkannya,tetapi mengikut logik,Nik Aziz yang telah memerintah Kelantan selama 22 tahun pastinya secara automatik menjadi yang tercorot.Memuji Khalid yang belum sampai sepenggal menjadi MB secara tidak langsung boleh ditafsirkan sebagai menyindir Nik Aziz kerana tidak berjaya membangunkan Kelantan dari apa-apa segi sekali pun.Malah,Kelantan kekal sebagai negeri termiskin dan termundur di dalam Malaysia selama lebih dua dekad.Dalam masa yang sama,bukan rakyat tidak tahu bahawa Khalid Ibrahim juga adalah MB yang lemah,walaupun tidak selemah Nik Aziz tetapi tetap lemah dalam kategori seorang MB.Di bawah beliau,isu-isu politik yang merugikan PR tidak mampu ditangani dengan baik. Antaranya, isu murtad,arak dan rumah-rumah urut.Selain itu,di bawah Khalid juga rakyat menyaksikan UNISEL lingkup,peniaga Melayu di PKNS kini menghadapi risiko,tanah YBK ingin dirampas,isu air yang semakin hari semakin meruncing tetapi kerajaan Selangor masih tidak memberi jawapan bagi penyelesaian yang meyakinkan.Justeru,walaupun pada dasarnya,Anwar dilihat sebagai memuji Khalid,tetapi tafsiran yang dibuat oleh rakyat ialah Anwar cuba memulihkan imej Khalid dan menyindir Nik Aziz sekali gus.Tindakan Anwar bagaikan membaling sebiji batu tetapi terkena dua ekor burung yang bukan menjadi sasarannya.Walau apapun,Nik Aziz wajar difahamkan akan isyarat Anwar ini. Anwar diketahui tidak pernah mempunyai rasa hormat terhadap PAS.Oleh itu,secara tidak langsung,sindiran terhadap Nik Aziz tersebut merupakan cara halus untuk Anwar mengingatkan PAS betapa lemahnya mereka dan betapa mereka tidak layak untuk duduk sama tinggi dengan PKR atau DAP dalam PR. PAS tidak mampu membangunkan walau satu negeri dalam masa 22 tahun,bagaimana PAS boleh bermimpi untuk memberi tekanan kepada PKR dan DAP untuk melaksanakan hudud atau apa saja yang berkaitan undang-undang Islam jika PR memerintah ??? Kesimpulannya,Anwar telah berusaha untuk memberi 'muka' kepada Khalid tetapi langsung tidak berbuat yang sama terhadap Nik Aziz. Anwar secara halus telah mengesahkan bahawa Nik Aziz adalah lemah, dan bahawa PAS adalah tidak lebih dari sekadar tukang sorak dan tukang cuci bagi PR. RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! PR RANCANG NAK HAPUS AGENDA MELAYU DI SELANGOR ?? APA CERITA NI ??? Posted: 29 Oct 2012 07:00 PM PDT antara kelemahan utama kerajaan PR Selangor ialah hampir ketiadaan langsung agenda bagi memartabatkan bangsa Melayu di negeri itu.Sebut sahaja mana-mana bidang kehidupan yang menyentuh orang Melayu samada perniagaan,aspek sosio-ekonomi malah agama sekali pun,rakyat akan tertanya-tanya apakah program-program pro-Melayu yang telah dirancang mahupun dilaksanakan sepanjang 4 1/2 tahun PR memerintah di negeri terkaya di Malaysia.Malah amat menyedihkan sekali apabila Selangor melantik pula Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi yang sepatutnya membela orang Melayu terutamanya golongan susah dan miskin.Namun dengan pengalaman serta ketokohan Anwar sebagai bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun juga gagal menyelamatkan nasib orang Melayu.Anwar bagaikan tunggul kayu mati yang hanya berperanan sebagai penghias serta tidak mempunyai apa-apa fungsi yang boleh membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat Selangor.Kini nasib orang Melayu di tanah air mereka sendiri akan lebih tertekan dan akhirnya akan merempat apabila Menteri Besar,Abdul Khalid Ibrahim bercadang untuk menjual lima aset bangunan kepunyaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).Antara aset PKNS yang bakal menjadi mangsa kerakusan Pakatan Rakyat ialah Wisma Yakin yang begitu terkenal sebagai ikon perniagaan orang Melayu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sejak awal tahun 1970an lagi. Siapa tidak kenal Wisma Yakin yang menjual serba anika pakaian dan aksesori budaya Melayu seperti baju Melayu, songkok, samping, kain pelikat, butang baju dan sebagainya.Kelas peniaga Melayu kecil dan menengah berjaya diwujudkan di Wisma Yakin kerana dasar pro-Melayu yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional selama ini.Turut menjadi mangsa lagi ialah Kompleks PKNS Shah Alam yang akan dijual pada harga RM85 juta, PKNS Bangi (RM42 juta),PKNS Petaling Jaya (RM90 juta) dan SACC Mall (RM97 juta) dengan nilai keseluruhan yang bakal diraih berjumlah RM321 juta.Begitu hebat pentadbiran PR dengan slogan 'Harapan Baru Untuk Malaysia' sehingga orang Melayu akhirnya akan kehilangan semua aset-aset mereka sedikit demi sedikit yang telah dibina dengan penuh penat lelah di bawah Barisan Nasional sejak zaman merdeka lagi.Antara objektif utama PKNS yang ditubuhkan oleh kerajaan BN sejak 45 tahun lalu ialah peranannya sebagai satu agensi pembangunan sosio-ekonomi Selangor selain menjadi, agensi utama pembangunan hartanah kerajaan negeri, pemegang amanah bumiputra, agensi utama melaksanakan Dasar Ekonomi Baru dalam menyusunkan semula struktur masyarakat dan pembasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Bumiputera bandar dan luar bandar. Jika diteliti jasa lebih empat dekad PKNS di,kejayaan terbesarnya adalah kemunculan Selangor sebagai negeri yang termaju dan terkaya di Malaysia dari segi pembangunan industri, perumahan dan perbandaran. Di bawah Pakatan Rakyat semua kejayaan yang telah dicapai bagi pembangunan sosio-ekonomi rakyat Selangor khususnya orang Melayu akan hancur dan musnah. Maka tidak silap dikatakan bahawa antara agenda penting kerajaan PR apabila mengambil alih pentadbiran di Selangor ialah mensasarkan institusi-institusi yang mempunyai kepentingan Melayu.Faktor mengapa ini berlaku ialah kehadiran parti rasis DAP sebagai sekutu PKR dan PAS. Sementara PAS sudah menjadi keldai DAP akan membawa apa sahaja beban mengikut kemahuan parti rasis Cina itu,PKR pula menjadi pak turut kerana sokongan amat diperlukan oleh Anwar untuk mengejar cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Yang menjadi mangsa sudah tentunya orang Melayu kerana DAP tidak sesekali akan membenarkan orang Melayu berjaya dan cemerlang di negeri itu. Lihat bagaimana agenda Pakatan Rakyat Selangor di kawal dan dirancang oleh DAP dengan restu Anwar apabila kerajaan negeri merampas tanah seluas 323.7 hektar kepunyaan Yayasan Basmi Kemiskinan di Serendah pada tahun 2010.Tanah tersebut dirampas oleh PR hanya kerana YBK menolak nafsu Khalid supaya beliau dilantik sebagai pengerusi yayasan itu.Rampasan tanah itu telah membantutkan usaha kerajaan pusat untuk membina kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah sekali gus menafikan hak beribu-ribu anak Melayu meneruskan pengajian mereka.Mujur keadilan dapat ditegakkan apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan tanah itu dikembalikan semula kepada YBK.Agenda melemahkan orang Melayu melalui bidang pendidikan juga dikesan di UNISEL,sebuah universiti milik kerajaan negeri Selangor yang mengalami kerugian berjumlah RM54 juta dalam tempoh tiga tahun sejak Pakatan Rakyat memerintah bermula dari tahun 2008 sehingga 2010.Sebagaimana anak-anak Melayu di nafikan pendidikan dengan ketiadaan kampus cawangan UiTM di Serendah,beribu-ribu pelajar Melayu yang kini menuntut di UNISEL akan menerima nasib yang lebih malang di bawah pentadbiran PR.Pengurusan yang lemah dan tidak berjaya,ditambah lagi dengan agenda politik kotor PR untuk menjadikan UNISEL sebagai medan latihan kader-kader pembangkang, institusi pengajian tinggi yang dulunya dipandang tinggi dengan pencapaian akademik yang membanggakan, kini akan turut sama dikorbankan demi memuaskan hati DAP. Hakikatnya lebih lama PR memerintah di Selangor,lebih dahsyat kemusnahan agenda Melayu akan dilakukan dan semua ini dilakukan di depan mata PKR dan PAS yang kononnya mendakwa sebagai pelindung Melayu. RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! 2 PENGGANAS YANG DITANGKAP DI LUBNAN ADALAH PENYOKONG PR ??? WAJIB BACA !!! Posted: 29 Oct 2012 04:00 PM PDT Kita bertuah berada di bumi Malaysia yang terhindar dari segala keganasan dan bencana alam yang besar.Walaupun terdapat beberapa percubaan untuk menghuru-harakan negara oleh beberapa pihak,namun,sehingga kini segala percubaan tersebut berjaya dipatahkan atau dibendung oleh pihak berkuasa.Untuk itu,kita wajar menghargai kecekapan pihak keselamatan negeri,negara dan juga kepimpinan kerajaan.Ini adalah bukti bahawa segala apa tohmahan yang cuba menggambarkan bahawa pihak keselamatan negara ini serta kepimpinan kerajaan adalah korup dan tidak cekap adalah tidak benar sama sekali.Adalah mustahil bagi sebuah negara yang anggota keselamatan dan kepimpinan kerajaannya begitu korup dan tidak cekap mampu memastikan keamanan yang berkekalan di negara ini.Namun,itu tidak bermakna yang mentaliti 'gemar kepada keganasan' tidak wujud di kalangan rakyat Malaysia.Mungkin kerana tidak mampu mengatasi kecekapan pihak berkuasa Malaysia maka pengganas Malaysia memilih untuk melakukan keganasan di negara lain, antaranya,Nordin Mat Top yang berasal dari Johor,telah ditembak mati di Indonesia kerana terlibat dalam pengeboman di negara itu.Selain itu,penangkapan dua warga Malaysia kerana dipercayai menjadi pengebom berani mati di Lubnan baru-baru ini juga menjadi satu lagi bukti akan kewujudan mentaliti sebegini di kalangan kita. Siasatan mendapati dua lelaki Malaysia itu direkrut ke dalam Al-Qaeda oleh seorang lagi rakyat Malaysia sebelum dibawa ke Yemen di mana mereka menemui anggota lain kumpulan itu.Kedua-dua suspek itu cuba memasuki Syria menerusi Turki atas misi jihad bagi melakukan serangan berani mati.Mereka dikatakan bercadang menghubungi seorang individu di Lubnan untuk menyelaras komplot serangan tersebut.Mentaliti yang 'cintakan keganasan' ini sering menggunakan nama penyamaran iaitu 'jihad' bagi menghalalkan kemusnahan yang mereka bakal lakukan.Sejarah mengenai keganasan di Malaysia merekodkan bagaimana parti PAS terlibat dalam menerapkan mentaliti ini sehingga membawa kepada tragedi berdarah Memali dan juga Sauk.Semuanya atas nama 'jihad'.Ia bermula dari Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO itu kafir kerana bekerjasama dengan bukan Islam dan wajib ditentang.Sehingga kini,masih ada di kalangan PAS yang menggelar mereka yang terbunuh di Memali sebagai para 'syuhada'.Mereka percaya,yang mereka wajib membunuh, menentang dan menjatuhkan kerajaan Islam yang ada di Malaysia atas sebab 'tidak cukup Islam' atau 'kafir' dan perlu digantikan dengan pemimpin mereka yang 'benar-benar Islam'. Mereka benar-benar yakin bahawa membunuh pihak berkuasa yang sebahagian besarnya juga beragama Islam, adalah satu jihad dan jika terbunuh ketika berjihad itu, maka kematian mereka adalah syahid. Walaupun PAS kini sudah semakin terbuka,hatta liberal juga mungkin,tetapi mentaliti ektremis ganas yang diterapkan oleh mereka suatu ketika dulu terus kekal di dalam beberapa golongan masyarakat.Hari ini, golongan ini memilih untuk menyertai organisasi asing seperti JI, Al-Qaeda dan berbagai-bagai lagi,yang menaja keganasan atas berbagai alasan dan sebab. Membela umat Islam Palestin, adalah antara alasan paling 'popular' di kalangan mereka.Mereka enggan memilih untuk berjihad dengan cara aman sepertimana yang dilakukan oleh Aman Malaysia atau Mercy Malaysia yang sanggup bergadai nyawa merempuh bahaya serangan dan halangan pengganas Israel untuk menghantar bantuan ke Palestin.Tetapi,mereka memilih untuk membunuh atau membalas keganasan dengan keganasan juga,dengan harapan untuk mati syahid.Lebih buruk apabila mereka bukannya bertindak ganas di zon bahaya yang terlibat,tetapi di tempat awam yang selamat dengan misi 'bom berani mati'.Memilih keganasan dan bukan keamanan untuk berjuang adalah sinonim bagi pihak penentang kerajaan atau pemberontak.Telah menjadi satu 'hukum tidak bertulis' bahawa golongan bermentaliti ganas tidak mungkin menyokong pemerintah dan sering menganggap orang lain salah dan jahil serta hanya mereka sajalah yang benar dan bijak. Walaupun mereka menyokong kerajaan,kerajaan itu pastinya kerajaan negara lain dan bukannya kerajaan yang memerintah negara mereka Dan ini akan dijadikan alasan untuk mengganas.Pendek kata,mereka tidak pernah menghargai apa yang ada di depan mata dan sering mencari alasan untuk memberontak.Seperti juga dua warga Malaysia yang ditangkap di Lubnan tersebut, sumber awal yang didapati dari Lubnan menyatakan bahawa kecenderungan politik mereka ialah membenci kerajaan Malaysia dan menyanjung pihak pembangkang.Tidak perlu diperincikan parti mana dari pembangkang yang mereka sanjung kerana pembangkang di Malaysia kini telah terangkum menjadi satu,iaitu Pakatan Rakyat.Justeru,cukup untuk kita hadamkan maklumat ini iaitu dua warga kita yang disyaki pengganas itu adalah penyokong Pakatan Rakyat.Maka terbuktilah sudah bahawa politik benci keterlaluan yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat akhirnya berjaya melahirkan pengganas. RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment