UMNO Online - “Kedah Corp : Gerakan Youth Lodges Report With MACC” plus 9 more

UMNO Online - “Kedah Corp : Gerakan Youth Lodges Report With MACC” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kedah Corp : Gerakan Youth Lodges Report With MACC

Posted: 30 Oct 2012 04:59 AM PDT

PUTRAJAYA, Oct 30 – Kedah Gerakan Youth has lodged a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) over the state-owned Kedah Corporation Bhd’s (Kedah Corp) logging and plantation investment in Papua New Guinea.

The report, lodged by Kedah Gerakan Youth chief Tan Keng Liang at the MACC headquarters here, demanded a thorough investigation on the alleged RM13.49 million loss incurred by the company.

“Doubt arises when the Auditor-General’s Report 2011 stated that there is a goodwill payment made to vendors for works done in Papua New Guinea, such as for land exploration and lobbying the ministers and landlords.

“The report also stated that a total of RM1.21 million was paid to a third party to lobby the ministers involved in the project.

“We also want the MACC to conduct further investigations on the share sale agreement signed between Kedah Corp and MAS Incorporated Ltd on Oct 12, 2008 which had incurred major loss to the Kedah government,” he told reporters here today.

The Auditor-General’s Report 2011 stated that Kedah Corp, a subsidiary of Menteri Besar Incorporated, had bought a 70 percent stake in MAS Incorporated Ltd for RM31.21 million to develop two areas covering 114,429 hectares in Papua New Guinea, but the project was terminated by the Kedah Corp board of directors on March 1 last year, causing losses amounting to RM13.49 million.

ABIM Dan Shah Rukh Khan : Gajah Di Hadapan Mata Tidak Nampak?

Posted: 30 Oct 2012 04:54 AM PDT

Ibarat kata pepatah Melayu lama, "kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak" begitulah sifat ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) apabila mereka membuat protes terhadap penyiaran filem Shah Rukh Khan pada hari kedua Aidil Adha tahun ini. Filem yang bertajuk "My Name Is Khan" itu dituduh sebagai mengelirukan dan menjadi ejen penyebar ideologi pluralisma dalam beragama.

Penulis bukanlah seorang peminat filem Hindustani ataupun seorang peminat Shah Rukh Khan, namun begitu sikap ABIM yang memilih kasih dalam menegakkan Islam dan akidah umat Islam seharusnya ditegur. Jangan bila orang luar negara buat salah sahaja ditegur, tapi bila jiran sebelah rumah buat hal, diam seribu bahasa.

Pluralisma agama adalah satu ideologi atau gerakkan yang menjatuhkan taraf agama Islam sama seperti agama lain. Di Malaysia, fahaman pluralisma agama ini telah bergerak sejak berpuluh tahun lamanya.

Kini, sedar atau tidak fahaman ini sedang menyusup ke dalam sanubari rakyat Malaysia terutamanya orang-orang muda dan belia.

Filem "My Name Is Khan" menunjukkan tahap pluralism yang tertinggi dimana perkahwinan campur (suami dan isteri tidak sama agama) dibenarkan malah digalakkan.

Di Malaysia pula pluralisma dalam beragama ini banyak contohnya tetapi caranya tidaklah sebegitu terang. Setiap perkara yang dilakukan oleh penggiat ideologi pluralisma ini di kaburkan dengan menggunakan tajuk-tajuk tipikal seperti hak asasi dan keadilan sejagat.

Contoh yang paling ketara di Malaysia adalah seperti penubuhan IFC (Inter-Faith Council), penggunaan nama Allah oleh semua agama, tuntutan memperlahankan azan dan banyak lagi.

Seperti biasa ianya di dalangi oleh pihak-pihak yang menjadi rakan setia parti pembangkang. Walaupun perkara ini disedari oleh sesetengah pihak, namun ianya dibiarkan sahaja berlaku mungkin kerana takut menjadi "buah pukul" arena politik.

Malah salah seorang bekas Presiden ABIM (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sendiri telah melancarkan ideologi pluralisma dalam agama ini secara terbuka. Ini dapat dilihat semasa isu penggunaan nama Allah oleh Bible Katholik berbahasa Melayu dahulu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jelas menyokong penggunaan nama "Allah" di dalam Bible Katholik. Mengapa ABIM tidak bangkit dan menentang Anwar Ibrahim pada masa itu? Adakah ini bukan pluralisma dalam agama? Adakah ini tidak mengelirukan kaum muslimin?

Negara-negara Asia seperti India dan Indonesia adalah negara yang mempunyai ramai penduduk yang mengamalkan pluralisma dalam agama. Namun, begitu ianya tidak bermaksud seluruh umat Islam di negara tersebut mempunyai pendapat yang sama.

Semangat nasionalis mereka lebih tinggi dari agama dan bangsa. Mudah kata, pluralisma lebih senang berkembang di dalam negara yang telah hilang jatidiri agama mereka. Atas nama hak asasi dan kebebasan beragama, mereka menolak jatuh setiap ulama' yang menentang mereka. Tindakan ini dapat dilakukan dengan jayanya kerana ada sesetengah ulama' dan persatuan Islam yang juga menyokong gerakan pluralisma ini.

Orang Islam/Melayu sudah lali dengan filem Hindustan, dan kebanyakkan mereka hanya mengambil isi dan intipati filem-filem dari India ini sekadar halwa mata. Mungkin ada yang akan terpengaruh namun peratusannya terlalu kecil.

Apa yang kita hadapi sekarang di depan mata kita lebih teruk. Kita berhadapan dengan satu manusia yang sanggup membawa apa jua entiti asing, baik atau buruk, demi mempertahankan perjuangan peribadinya.

Sekali lagi, penulis ingin menegaskan di sini bahawa artikel ini tidak meng"halal"kan kebiadapan Shah Rukh Khan dalam menonjolkan idea pluralisma di dalam filem lakonan beliau.

Malah, semua filem "hindustan" harus diharamkan kerana kebanyakkannya memaparkan aksi-aksi ghairah dan tidak sesuai untuk ditayangkan di Malaysia.

Namun begitu, penulis rasa, sekiranya kita ingin menghapuskan kejahatan, lebih baik kejahatan yang telah sampai dekat di hadapan kita dahulu. Tegur Datuk Seri Anwar Ibrahim, hapuskan buku Jingga dan hancurkan IFC barulah agenda pluralisma ini dapat ditewaskan di Malaysia.

Apakah ABIM yang berdiri tegak kononya membela Islam sanggup berhadapan dan berlawan dengan manusia ini yang juga pernah menjadi Presiden ABIM sendiri? Ataupun ABIM hanya mampu bertindak mengikut kesesuaian dan kesenangan mereka sahaja?

Diharap, sekiranya ABIM benar-benar ingin memperjuangkan Islam, perjuangkanlah ia sehabis baik. Jangan hanya seperti melepaskan batuk di tangga. Bila ada isu remeh baru menjerit, bila isu besar diam seperti tikus.

mykmu.net

Bekas Badan Beruniform Jangan Terikut-ikut Tingkah Pembangkang

Posted: 30 Oct 2012 04:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Okt. – Left. Jeneral (B) Datuk Zaini Mohd Said melahirkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir bekas anggota pakaian beruniform yang terikut-ikut dengan kerenah pakatan pembangkang apabila tamatnya perkhidmatan mereka.

Katanya, sewajarnya mana-mana individu yang telah tamat dalam perkhidmatan dan menghadapi masalah akan menggunakan saluran yang betul dan tidak melakukan penentangan kepada kerajaan yang selama ini dipertahankannya.

"Saya menyedari dan memahami masalah yang dihadapi oleh mereka tetapi kita tidak harus menangani atau menghadapi masalah yang dihadapi itu dengan melakukan penentangan daripada luar," katanya kepada UMNO-Online.

Sebelum ini, pakatan pembangkang sering mengembar-gemburkan berita apabila ada bekas tentera, polis atau badan beruniform yang memihak kepada mereka dengan melontarkan tuduhan bahawa kerajaan bertindak zalim dan tidak adil.

Antara yang menyertai pakatan pembangkang ialah bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara, Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab yang telah dilantik sebagai Presiden Majlis Rundingan Keselamatan (MRK) PKR serta beberapa individu lain.

Sehubungan itu beliau menyeru bekas tentera, bekas polis dan bekas-bekas badan beruniform yang lain supaya mengenang kembali tentang perjuangan semasa berkhidmat dahulu iaitu demi negara, demi keselamatan dan kesejahteraan negara dan semangat ini mesti kekalkan buat agama, negara dan bangsa sebagai penentu kejayaan negara masa kini, akan datang dan selama-lamanya.

"Kita mesti rela dan ingat kembali semangat pengorbanan semasa menjalankan tugas dan buat saya inilah semangat yang harus ada untuk menghadapi cabaran yang begitu getir sama ada dalam pilihan raya dan dimasa-masa mendatang," ujarnya.

Beliau yang pernah mengetuai 'Ops Subuh' semasa menumpaskan kumpulan Al-Maunah menegaskan sekiranya ingin meluahkan pandangan atau mempunyai pendapat yang bertentangan maka sewajarnya ia dikemukakan dengan cara atau landasan yang betul dan bukannya bertindak melawan dan menentang kepada kerajaan.

"Kita sedar bahawa bekas-bekas perkhidmatan beruniform memang menghadapi masalah untuk sesuaikan diri dengan cara hidup diluar daripada perkhidmatan dan kadang-kadang ada yang tidak mampu untuk menentukan kesejahteraan diri masing-masing.

"Itu memang kita akui, kerajaan pun memahami dan kerana itu kerajaan juga membantu tetapi, kalau kita mahu perbaiki kedudukan kita maka gunakanlah segala semangat, kemahiran dan kepintaran yang kita perolehi semasa dalam perkhidmatan dan seterusnya melalui parti atau pertubuhan yang telah terbukti dapat menjayakan dan mensejahterakan negara, menjaga rakyatnya dan jangan menentang tetapi bersama dengan parti atau pertubuhan itu untuk memperbaiki kedudukannya."

Dalam hal ini, beliau turut menasihatkan kepada mana-mana individu yang telah tersilap langkah dan terbawa-bawa dengan tingkah pakatam pembangkang agar berbaliklah kepada kerajaan atau pertubuhan yang berkebolehan dengan turut serta membantu menangani masalah.

"Jangan segan silu meluahkan perasaan masing-masing tetapi gunakan cara berhemah, tertib dan berpatutan dan Insya-Allah ianya semua dapat diambil perhatian dan seterusnya dapat membetulkan keadaan kita sendiri." - MediaUMNO

Waspada Dengan Golongan Suka Tabur Janji Manis – Tawfiq

Posted: 30 Oct 2012 04:11 AM PDT

TAWAU, 30 Okt – Masyarakat luar bandar di sini diingatkan agar sentiasa berwaspada terhadap kegiatan golongan berkepentingan yang kebelakangan ini rancak menabur pelbagai janji manis di kawasan luar bandar demi kepentingan politik.

Ketua UMNO bahagian Tawau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Apas Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata golongan itu menggelarkan diri sebagai pemimpin dan pergi ke kawasan luar bandar menabur pelbagai janji kononnya untuk membela nasib rakyat.

“Rakyat telah mengetahui dan hampir setiap hari kita boleh melihat di dada akhbar dan televisyen rakyat (di negeri kawasan pembangkang) memprotes menuntut janji yang telah diberikan (pada pilihan raya umum lalu),” katanya ketika berucap pada majlis Salam Aidiladha bersama pemimpin di Kampung Wakuba, kira-kira 30km dari sini, hari ini.

Tawfiq, yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah, mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan janji manis berkenaan kerana kesannya kelak boleh menimpa diri mereka sendiri.

Pengumuman Calon Awal Tidak Sesuai Untuk Semua Kawasan – Khairy

Posted: 30 Oct 2012 04:09 AM PDT

KUALA LUMPUR 30 Okt – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata cadangan agar diumumkan awal calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti boleh dipertimbangkan untuk kawasan tertentu dan bukannya untuk semua kawasan.

Menurut beliau bukannya semua kawasan bersedia untuk perkara berkenaan disebabkan faktor oleh dalaman dan sebagainya.

"Saya berpedapat bahawa pengumuman calon lebih awal boleh dipertimbangkan bagi kawasan tertentu. Mungkin bukan setiap kawasan dan bukannya setiap kawasan bersedia disebabkan faktor dalaman dan sebagainya.

"Tetapi untuk kawasan tertentu di mana pada pendapat pimpinan parti calon itu adalah yang boleh diterima oleh kebanyakan masyarakat dan juga parti BN di situ maka tidak ada masalah…kalau nak umumkan awal pun bukanlah enam bulan sebelum pilihan raya… mungkin daripada dua hari sebelum penamaan calon sebelum ini mungkin kita boleh umumkan dua minggu atau sebulan. Itu paling lamalah.

"Kalau ada risiko masalah dalaman perlu dipastikan bahawa semua ursuan dalaman selesai sebelum diumumkan. Umum awal kawasan tidak ada masalah." katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda UMNO di sini, hari ini.

Berhubung pendekatan pergerakan itu dalam usaha membantu parti pada PRU akan datang di negeri yang dikuasi pembangkang, Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) menambah pada waktu ini mereka lebih menjurus kepada isu.

"Banyak program yang telah dibuat untuk mendekati pengundi muda dan sebagainya. Terkini tumpuan kepada Lporan Ketua Audit negara. Kita ke depan dalam isu. Kita tidak mahu ketinggalan dari segi isu. Contohnya laporan Ketua Audit Negara.. banyak serangan terhadap Kerajaan persekutuan tetapi kalau diperhatikan betul-betul banyak kelemahan di bawah pentadbiran kerajaan pembangkang.

"Jadi saya minta Pemuda Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang utarakan benda ini. Buat laporan Polis, sidang akhbar supaya kita dapat beri tekanan kepada mereka dan beritahu kepada rakyat bahawa apa yang diceritakan kepada umum bahawa ini kerajaan contoh sebenarnya tidak betul…. banyak kepincangan dan banyak penyelewengan dan itu penekanan kita. Pemuda Pulau Pinang mainkan isu pentadbiran negeri, Kelantan isu skandal Lembah Sireh. Itu pendekatan kita sekarang ini," katanya.

Pada masa yang sama Khairy menyarankan agar kepimpinan BN setiap negeri meletakkan sesuatu yang istimewa untuk golongan muda di dalam manifesto masing-masing pada pilihan raya umum nanti.

"Kalau boleh kita sarankan setiap negeri dalam manifesto itu mesti ada sesuatu untuk pengundi muda yang khas. Kita tengok belanjawan kali ini oleh Datuk Seri Najib Razak ada beberapa pengumuman untuk orang muda..pinjaman perniagaan, latihan, skim rumah pertamaku, BRIM 2.0 dan sebagainya lagi.

“Jadi dalam manifesto kita mesti ada yang khas untuk orang muda  lebih-lebih lagi negeri yang kita kalah yang mana yang pengundi muda jadi undi penentu," katanya. -MediaUMNO

KM Melaka Bidas Pas, PKR Masih Bersekongkol Dengan DAP

Posted: 30 Oct 2012 04:02 AM PDT

MELAKA, 30 Okt – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam hari ini mempertikaikan bagaimana PKR dan Pas masih terus bersekongkol dengan DAP kerana parti itu jelas anti Islam.

Ini jelas tegasnya apabila Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham menghina dan memperlekehkan masyarakat Islam berhubung penerbitan filem "Innocence of Muslim".

Ketika mengemukakan usul mengutuk filem itu pada Sidang DUN Melaka hari ini, beliau berkata Ngeh Anti Islam dan tidak layak sebagai wakil rakyat dan patut letak jawatan.

"Bagaimana pun kita hairan kenapa pemimpin PKR dan Pas masih boleh menerima peminpin DAP itu. Inilah yang dkatakan politik yang menghalalkan cara untuk mencapai matlamat mereka", katanya.

Justeru beliau menyeru rakyat Melaka dan Malaysia untuk menolak politik begini dalam PRU 13 nanti. Usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri Melaka itu dluluskan sebulat suara oleh Sidang DUN.

Kerajaan Mohon Maaf Kepada Penumpang Terjejas Akibat Gangguan Elektrik Di KKIA

Posted: 30 Oct 2012 03:55 AM PDT

LABUAN, 30 Okt – Kerajaan Persekutuan memohon maaf kepada penumpang yang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada malam Khamis dan Jumaat lepas.

Ketika menyatakan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan memandang berat insiden itu dan mahu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha melaporkan apa sebenarnya yang berlaku pada mesyuarat Kabinet Persekutuan Jumaat ini.

“Kita memohon maaf kepada mereka (penumpang) kerana kita tahu waktu itu ramai yang bersedia pulang merayakan Aidiladha tetapi tak dapat balik dan terpaksa menunggu di lapangan terbang kerana gangguan lampu di lapangan terbang yang tidak beroperasi dan berfungsi dengan baik.

“Kita memandang berat perkara ini. Jadi saya tunggu dalam mesyuarat Kabinet yang akan datang pada Jumaat ini, mungkin Menteri Pengangkutan boleh melaporkan apakah yang sebenarnya berlaku dan hasil siasatan. Ini (siasatan) mesti dibuat sehingga ke akar umbi bagi mengetahui apa sebab perkara itu berlaku kerana kita tidak mahu perkara itu berulang lagi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Muhyiddin, yang kini dalam rangka lawatan sehari ke pulau bebas cukai itu, berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian itu yang menimbulkan keresahan dan kemarahan orang ramai yang ingin pulang untuk meraikan Hari Raya Aidiladha di kampung halaman masing-masing.

Malaysia Airports Berhad (MAB) pada Sabtu dipetik sebagai berkata masalah lampu tidak berfungsi di landasan KKIA mengakibatkan 51 penerbangan, sama ada terpaksa dilencongkan, ditunda dan dibatalkan selama dua malam, menjejaskan sejumlah 6,000 penumpang.

Bagaimanapun, ia disahkan selamat untuk operasi penerbangan komersil pada sebelah malam pada 9.30 malam Jumaat, berikutan pemasangan kabel baharu dan pencahayaan serta sistem sokongan bekalan elektrik mudah alih.

Sambil menyatakan simpati terhadap penumpang yang terjejas akibat kejadian luar jangka itu, Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan Sabah juga prihatin tentang insiden itu dan “Ketua Menteri (Datuk Seri Musa Aman) sendiri pun sudah mengeluarkan kenyataan meminta supaya siasatan terperinci dibuat”.

“Saya juga dapat maklumat bahawa Kementerian Pengangkutan sudah meminta laporan lengkap daripada pihak pengurusan lapangan terbang sama ada MAB atau pihak kontraktor yang terlibat membantu operasi di lapangan terbang supaya memberi kerjasama.

“Apa yang penting kita mahu kenal pasti kesilapan dan siapa yang bertanggungjawab dan apakah yang perlu dibuat supaya perkara ini tidak berulang lagi. Ini adalah satu perkara malang kerana mengakibatkan penumpang-penumpang menghadapi masalah sebegitu,” katanya.

Mengenai kelewatan pihak berkenaan menyiapkan projek pembesaran KKIA, Muhyiddin berkata isu itu turut dibincangkan pada mesyuarat Kabinet yang akan datang.

“Kabinet juga akan melihat perkara ini kerana kita tahu semakin lama semakin ramai termasuk pelancong dari China, Hong Kong, Korea dan pelancong domestic (yang datang ke negeri ini). Ini bermakna lapangan terbang ini semakin penting sebagai hub di rantau ini.

“Sebab itu kerja pembesaran itu perlu dilaksanakan… saya tidak tahu apa sebabnya berlaku kelewatan dan operasi lapangan yang terganggu boleh menjejaskan nama baik Malaysia terutama bakal pelawat yang ingin berkunjung ke negeri ini,” katanya.

Laporan Kewangan Kerajaan Negeri Ditadbir Pembangkang Mencurigakan – Wakil BN

Posted: 30 Oct 2012 03:48 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini meminta Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang untuk menjelaskan jumlah hasil pendapatan kewangan yang diperoleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran pembangkang secara terperinci kerana angkanya meragukan.

Anggota Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata sebagai contoh di Pulau Pinang, laporan kewangan Laporan Ketua Audit Negara untuk tahun 2011 negeri itu dipercayai bukan jumlah yang sebenar.

“Dakwaan kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini yang mengatakan bahawa hutang negeri itu turun kepada kepada RM600 juta adalah tidak tepat kerana jumlah RM600 adalah hutang yang dipindahkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk urusan berkaitan bekalan air di sana,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Turut hadir anggota Parlimen BN dari Ledang, Hamim Samuri, anggota Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan dan Anggota Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Lain-lain anggota parlimen BN turut menyokong pendapat Shamsul dan menyatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan laporan kewangan di semua kerajaan negeri di bawah pentabiran pembangkang.

“Difahamkan, kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang telah mengubah wang dari Akaun Amanah Disatukan dan mentakrifkannya sebagai hasil kewangan sebenar yang dicatat kerajaan negeri, tetapi sebenarnya wang Akaun Amanah adalah untuk kegunaan seperti memperbaiki jalan, memperbaiki kemudahan awam dan pelbagai perkara yang berkaitan,” katanya.

Setiap kerajaan negeri mempunyai Akaun Amanah Disatukan, dana akaun itu akan diperoleh kerajaan negeri atau daripada kerajaan pusat, ia adalah satu daripada Akaun Kumpulan Wang Disatukan di mana semua penerimaan dan pembayaran wang amanah diakaunkan mengikut kehendak akta amanah, suratcara amanah, arahan amanah, undang-undang atau perjanjian, kata Shamsul.

Katanya terdapat tiga jenis hasil diperolehi kerajaan negeri iaitu hasil cukai, hasil bukan cukai dan hasil atau bantuan kewangan diterima dari kerajaan pusat.

Shamsul berkata mereka (anggota Parlimen BN) akan membuat permohonan kepada Ketua Audit Negara untuk mendapatkan maklumat itu pada masa yang terdekat ini untuk mengetahui perkara yang sebenar.

Sementara itu, anggota Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) berkata kerajaan negeri di bawah pentabiran pembangkang menggunakan pendekatan ‘perakaunan kreatif’ iaitu memutarbelit fakta.

“Pendekatan creative accounting ini adalah supaya mereka (pembangkang) digambarkan dalam Laporan Ketua Audit Negara sebagai kerajaan negeri yang menguruskan kewangan dengan baik,” katanya.

Kerajaan negeri akan memindahkan dana dari Akaun Amanah negeri dan mencampurkannya dengan akaun kerajaan negeri seterusnya mengisytiharkan sebagai hasil kewangan yang diperolehi mereka tetapi sebenarnya wang itu tidak dijana secara sendiri, kata Abdul Rahman.

Pemuda UMNO Desak Kerajaan Tangguhkan Pelaksanaan AES

Posted: 30 Oct 2012 03:27 AM PDT

KUALA LUMPUR 30 Okt – Pemuda UMNO hari ini menuntut dan mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan mengkaji semula pelaksanaan sistem berkenaan kerana terdapat banyak rungutan dan persoalan mengenai sistem tersebut.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata terdapat banyak pandangan serta maklum balas daripada akar umbi mengenai sistem berkenaan dan pergerakan itu berharap mesyuarat kabinet pada minggu ini dapat membincangkan dan membuat keputusan berdasarkan desakan pergerakan itu.

Menurut beliau pihaknya telah membincangkan perkara berkenaan secara pro dan kontra dan kesimpulannya pergerakan itu mendapati terdapat banyak kelemahan yang ada pada sistem AES itu.

"Banyak rungutan mengenai lokasi kamera berkenaan…. Ada pandangan orang awam yang katakan lokasi itu tidak mencerminkan kebarangkalian berlakunya kemalangan. Banyak rungutan kawasan tersebut bukanlah kawasan yang dianggap tidak selamat atau bukan kawasan hitam.

"Keduanya ada tempat yang mana kamera diletakkan had lajunya tidak praktikal.. had laju rendah untuk diletakkan kamera dan banyak kenderaan yang melepasi had laju tersebut tanpa timbulkan masalah keselamatan. Ketiganya jarak kamera terlalu dekat dengan kawasan tertentu yang mana kawasan itu mudah untuk  melepasi had laju.

"Kesimpulannya kami dapati bahawa ada banyak kelemahan pada sistem AES ini dan bukan kami tidak setuju kerana pada dasarnya sistem automatik  adalah sistem yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeruskan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini, hari ini.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) seterusnya menambah sekiranya sistem berkenaan hendak dilaksanakan selepas ini, kerajaan perlulah mengkaji beberapa aspek seperti lokasi, had laju dan mengadakan pendidikan umum.

"Bukan kita tidak sokong AES ini untuk jalan raya menjadi lebih selamat dan kami memahami bahawa ini tidak menghalalkan mereka yang melanggar undang-undang tidak dibawa pengadilan….AES menimbulkan banyak masalah.

"Jadi Pemuda desak kerajaan tangguhkan pelaksanaan AES dan kami harap mesyuarat jemaah menteri pada minggu ini dapat membincangkan perkara ini dan membuat keputusan atas permintaan dan desakan kami," katanya.

Dalam pada itu Khairy turut memberitahu Pemuda UMNO dan Pemuda BN akan berperanan sebagai pemduah cara dalam usaha membantu proses pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Kita buat perkara ini atas semangat kesukarelaan sendiri dan tidak diminta oleh mana-mana pihak. Cuma kami dapati bahawa pengedaran BR1M kepada penerima baru terutama golongan bujang yang tidak tersenarai dalam BR1M pertama perlu kita permudahkan proses dan membantu mereka.

"Saya dah minta setiap bahagian edar borang dan skuad utusan pemuda pergi ke kawasan kilang-kilang, kawasan orang orang muda dan sasaran kita adalah 2,000 setiap bahagian. Kita akan pergi ke kawasan yang ramai orang muda untuk edarkan borang dan sekiranya perlu akan kutip dan hantar borang BR1M 2.0 ke LHDN.

"Walaupun borang ini mudah dimuat turun menerusi internet, boleh diisi secara elektronik  tetapi contohnya ramai pekerja kilang yang tidak sempat untuk isi secara elektronik dan kami akan hantar Skuad Utusan Pemuda untuk bawa borang berkenaan kepada mereka yang layak," katanya. -MediaUMNO

Kerajaan Beri Peruntukan RM3 Juta Untuk Infrastruktur Di Labuan

Posted: 30 Oct 2012 02:20 AM PDT

LABUAN, 30 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa mengumumkan peruntukan lebih RM3 juta untuk pembangunan pelbagai projek kecil dan menaik taraf infrastruktur di Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau berkata sebanyak RM3 juta diperuntukkan bagi pelbagai projek kecil manakala sebanyak RM400,000 lagi bagi menaik taraf jalan raya, jambatan dan membaik pulih sekolah.

Selain itu, Perbadanan Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) akan membina 1,000 unit rumah mampu milik bagi memberi kemudahan kepada golongan berpendapatan sederhana, katanya ketika berucap pada majlis mesra rakyat di Dewan Arena Perumahan Kakitangan Awam Bukit Kuda di sini Selasa.

Muhyiddin berkata Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menerusi Menterinya Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin akan mencari tapak yang sesuai untuk membina rumah itu.

“Saya sudah sampai Labuan, saya tidak ingat berapa kali dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) pun sudah sampai dan kita tidak payah tunggu pilihan raya (beri peruntukan)…setiap kali sampai, kita ada ‘special present’ (hadiah istimewa) untuk orang Labuan,”katanya.

Majlis yang dimeriahkan kira-kira 10,000 rakyat pelbagai lapisan masyarakat itu turut dihadiri isteri beliau, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Raja Nong Chik dan anggota Parlimen Labuan Datuk Yusuf Mahal.

Terdahulu, Raja Nong Chik berkata kerajaan masih mengkaji untuk mencari jalan memendekkan tempoh perjalanan antara Menumbok ke Pulau Labuan yang kini menggunakan perkhidmatan feri.

“Masih dalam kajian, BN (Barisan Nasional) tidak pernah janji hendak bina jambatan, tetapi membuat penilaian dan kajian yang teliti agar tidak membebankan rakyat dan membebankan kewangan negara,” katanya.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...