BADUT RAKYAT |
- KANTOI !!! KHALID IBRAHIM BAYAR DUIT BAS DENGAN DANA YAHUDI ??? WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF !!! CERITA SEBENAR HUDUD TERSEBAR !!! SAH !!! PAS MEMPOLITIKKAN ISU HUDUD DAN MENYALAHKAN UMNO !!! APA CERITA NI ???
- ISU HUDUD !!! APA SALAH CHUA SOI LEK ??? MEH BADUT RAKYAT JAWAB !!!
- HOT NEWS !!! OSTAZAH ABBY DAH PERASAN PANDAI ??? APA CERITA NI ???
- EKSKLUSIF !!! BUKTI NEGARA MALAYSIA TIDAK BANGKRAP DI BAWAH KEPIMPINAN PM @NAJIBRAZAK DI DEDAHKAN !!!
- EKSKLUSIF !!! BUKTI PR MENIPU DAN MEMBOHONG RAKYAT MALAYSIA TERBONGKAR !!!
- BONGKAR !!! SUARAM MEMBUNUH ALTANTUYA ??? TAN SRI MUSA HASSAN MENJADI MANGSA ??? APA CERITA NI ???
- HOT NEWS !!! @NOHOMAR MEMBANTAI KHALID IBRAHIM KAW-KAW !!!
KANTOI !!! KHALID IBRAHIM BAYAR DUIT BAS DENGAN DANA YAHUDI ??? WAJIB BACA !!! Posted: 25 Oct 2012 12:00 PM PDT Pakatan haram dan penipuan sentiasa berjalan seiringan. Sudah terlalu banyak kali pemimpin pakatan haram ditangkap menipu rakyat. Anwar telah menurunkan ilmu menipu ini kepada para pengikut setianya. Walaupun bukti 100% benar mereka tetap akan putar-belitkan sehingga bukti 1000% dijumpai. Isu bas jelajah merdeka rakyat ini telah dapat membuktikan sekali lagi betapa pemimpin pakatan rakyat merupakan penipu dan kaki kelentong professional.Tanpa ada perasaan malu dan segan sedikitpun dihati mereka walaupun penipuan telah terbongkar. Benar dan yakinlah bahawa malu itu separuh dari iman!! Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman. (Shahih Muslim No.50) Di manakah hilangnya sifat malu para pemimpin pakatan haram ini ??? Apabila mereka bertuhankan kejahatan maka malu telah hilang dari kamus kehidupan.Cita-cita politik telah mengaburi mata hati mereka sehinggakan mereka ini sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama.Tambahan pula manusia durjana seperti Anwar ini yang bukan sekadar bertuhankan kejahatan tetapi juga bertuhankan nafsu songsang maka dia telah menyimpan dendam kesumat terhadap rakyat Malaysia dan berazam sepenuh hati untuk menghancurkan bangsa dan agama Islam.Maka musuh-musuh Islam seperti DAP telah menangguk di ayer keroh dengan mempergunakan sepenuhnya peluang hasil dendam kesumat Anwar untuk menghancurkan bangsa Melayu dan agama Islam. Bas Jelajah Merdeka PKR ini telah menjadi kebanggaan Anwar dan PKR . Ianya juga menjadi alat penggerak meneruskan segala dendam kesumat Anwar.Dengan kuasa Allah yang maha berkuasa dan maha kaya maka tembelang mereka telah terdedah satu persatu. Anwar kaki kelentong telah memgumumkan bas mewah untuk kegunaan PKR itu adalah disewa dan diuruskan oleh Khalid Ibrahim MB Selangor pada bulan Ogos lalu. Kemudian itu, Khalid Gagap akhirnya mengakui bas mewah itu adalah miliknya dan dibeli melalui sewa beli selama 6 bulan.Ketika yang sama,beliau turut menafikan tuduhan bas itu dibiayai oleh syarikat yang membekalkan 50 lori kompak sampah kepada MBI incorporated.Presiden,Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS),Hamidzun Khairuddin bertanya bagaimana Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim boleh mampu membayar sewabeli bas selama 6 bulan ??? Menurut Hamizon,gaji Menteri Besar adalah sebanyak lebih kurang RM20 ribu sebulan.Manakala pembayaran untuk bas yang berharga RM900,000 memerlukan sekurang-kurangnya RM150,000 sebulan tanpa ambilkira faedah lagi.Dengan perbezaan gaji dan sewabeli sebanyak RM130,000 sebulan,ia menimbulkan persoalan bagaimana Khalid boleh mampu membeli bas yang diberi untuk kegunaan Jelajah Merdeka Rakyat oleh Ketua Umum PKR ??? SPRM wajib siasat perkara ini kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.Kami juga mahukan kepastian adakah ini juga berkait rapat dengan dana Yahudi yang dibawa masuk oleh Anwar ibrahim ??? - Selangor Daily RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 25 Oct 2012 08:02 AM PDT saya akan ceritakan satu persatu cerita hukum hudud ini,kepada puak PAS yang baca artikel ini tolong baca sampai habis.anda kata UMNO yang bersalah.betul tak ??? saya ceritakan A sampai Z ok setiap kali pilihanraya umum akan berlangsung,setiap kali itu jugalah pemimpin-pemimpin PAS melaungkan hasrat untuk melaksanakan hukum hudud jika menang.hakikatnya lebih 20 tahun dewan undangan negeri kelantan meluluskan hukum hudud tetapi sehingga ke hari ini hukum hudud masih belum dilaksakan oleh PAS.apa cerita ni ??? tidak syak lagi,laungan untuk melaksanakan hukum hudud ini sebenarnya adalah taktik PAS untuk memancing undi islam atas dasar PAS adalah lebih islam dari UMNO kerana PAS mahu melaksanakan hukum hudud.setiap kali timbul persoalan mengapa PAS masih belum melaksanakan hukum hudud setelah lebih 20 tahun memerintah kelantan,alasan yang sama akan diberikan oleh pemimpin PAS,termasuklah yang diberikan oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam kenyataannya pada 24 ogos yang lepas iaitu kerana usaha ini kononnya telah di halang oleh kerajaan pusat dengan surat Tun Dr Mahathir kepada nik aziz pada 15 julai 1994 sering dijadikan bukti kepada halangan ini.hakikatnya PAS sendiri tidak berniat dan tidak mampu melaksanakan hukum hudud.sikit-sikit kerajaan salah.kenapa saya berkata begitu ??? jika PAS berniat untuk melaksanakan hukum hudud,mengapa sehingga hari ini hukum yang diluluskan oleh dewan undangan negeri kelantan pada 25 november 1993 tidak diwartakan ??? meh saya ceritakan sikit,saya rasa ramai pembaca Badut Rakyat tidak tahu cerita sebenar,belum pun hukum ini di bentang ada satu isu timbul.ceritanya adalah pada mesyuarat lujnah politik dan pilihanraya PAS kelantan pada april 1993 telah memutuskan bahawa hukum ini tidak akan diwartakan setelah diluluskan.apa cerita ni ??? buat apa hukum ini di bentang jika awal-awal lagi sudah di putuskan ia tidak diwartakan ??? di situ anda nampak kan PAS dah politik cerita hudud ni ??? jika tidak diwartakan bagaimana hukum hudud nak dilaksanakan.sebenarnya hukum hudud mesti di wartakan,baru boleh dilaksanakan.nampak sangat PAS tak sedia nak buat hukum hudud.dari dulu nak melalak.apa cerita ni ??? saya ulang lagi sekali jika PAS berniat untuk melaksanakan hukum hudud,mengapa sehingga hari ini hukum yang diluluskan oleh dewan undangan negeri kelantan pada 25 november 1993 tidak dilaksanakan ??? apa perlunya pemimpin-pemimpin UMNO dipersalahkan kerana tidak meminda perlembagaan persekutuan apabila lujnah undang-undang dan guaman PAS pusat sendiri telah memutuskan sejak dari 9 oktober 1994 lagi bahawa hukum hudud ini adalah satu undang-undang yang sah dan boleh dikuatkuasakan kerana tidak bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. temberang PAS mengenai hukum hudud ini terbukti di dalam kenyataan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Datuk Wan Abdul Mutalib Embong pada 3 oktober 1996 bahawa "sehingga kini tidak ada tanda-tanda kerajaan kelantan bersungguh-sungguh mahu melaksanakan syariat,khususnya dalam bidang perundangan,kelantan sendiri tidak pernah membuat permintaan kepada PAS pusat untuk mendapatkan pandangan PAS pusat berkaitan dengan perkara itu dan belum lagi saya lihat kerajaan kelantan mengemukakan rangka atau blueprint ke arah perlaksanaan syariat".itu yang diberitahu oleh ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Datuk Wan abdul mutalib embong.satu lagi kenyataan beliau di dalm mesyuarat jawatankusa kerja PAS pusat pada april 1998,beliau mempersoalkan mengapa kerajaan kelantan belum melaksanakan hukum hudud.beliau juga berkata PAS berkuasa ke atas hukum hudud kerana hukum hudud telah diluluskan.anda nampak tak permainan di situ ??? jelas kini bahawa PAS berkuasa untuk melaksanakan hukum hudud di kelantan,tetapi tak nak melaksanakannya kerana tidak mampu.kepada PAS,berhentilah menipu rakyat malaysia.itu je saya minta.kalau tiada niat dan tak mampu laksana hukum hudud mengaku jerrr.tolong berhenti bercakap soal hukum hudud kerana nak guna agama untuk memancing undi.anda tak percaya ??? PRU 13 mesti pancing lagi.cerita hukum hudud ni mesti berkumandang.wahai pemimpin PAS.masihkah anda ingat lagi suruhanhaya hisbah yang mudah anda janji nak dibuat dalam manifesto sejak 1990 anda tak buat ??? tak perlu lagi bincang pasal hukum hudud ni yer ???? RENUNG-RENUNGKAN |
ISU HUDUD !!! APA SALAH CHUA SOI LEK ??? MEH BADUT RAKYAT JAWAB !!! Posted: 25 Oct 2012 05:00 AM PDT Hiruk piruk seketika dunia maya dengan hamburan kemarahan sesetengah pihak apabila Presiden MCA,Chua Soi Lek (CSL) menyatakan sekiranya hasrat PAS mahu melaksanakan hukum hudud menjadi kenyataan bakal menyebabkan kira-kira 1.2 juta orang kehilangan pekerjaan.Kebanyakan reaksi balas dari pihak penyokong pro pembangkang,mereka menyifatkan kenyataan CSL itu adalah satu penghinaan terhadap Islam dan disebabkan itu UMNO perlu mengambil tanggungjawab di atas keterlanjuran CSL itu.Hakikatnya,bukan UMNO ataupun mana-mana pemimpinnya yang perlu dipersalahkan berikutan kenyataan CSL yang sedikit bias itu,sebaliknya Mursyidul Am PAS,Nik Aziz Nik Mat serta Presiden PAS,Hadi Awang yang perlu mengambil tanggungjawab dan menanggung bebannya.Seandainya para pembaca Badut Rakyat semua imbas semula pertikaian hukum hudud di antara PAS dengan rakan sepakatannya DAP sejak sekian lama,Nik Aziz dan Hadi Awang sebenarnya secara sedar atau sebaliknya,telah memberi 'lesen' untuk CSL berkata demikian mengikut pemahamannya. Misalnya 12 Ogos 2009 yang lalu,Nik Aziz pernah mengeluarkan kenyataan terbuka menganggap tentangan DAP terhadap Islam bukannya satu kesalahan konon atas alasan DAP bukannya Islam. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam.Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," demikian kata Nik Aziz kepada pemberita di Kota Bharu semasa diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP yang seperti sengaja menghina Islam.Reaksi selamba Nik Aziz itu sehingga kini tidak pernah dinafikan olehnya dan menariknya semenjak itu,segelintir pemimpin politik bukan Islam kelihatan yakin dengan lampu hijau dari Mursyidul Am PAS itu,sehinggakan kian ramai dari kalangan mereka khususnya dari DAP dengan sewenang-wenangnya mempersendakan hukum hakam Islam.Barangkali sudah ketentuan Illahi, ngam-ngam 3 tahun selepas Nik Aziz memberi lampu hijau untuk DAP sesuka hati menghina Islam atas alasan DAP bukan Islam, tanggal 12 Ogos 2012 yang baru sahaja dua bulan berlalu, Presiden PAS,Hadi Awang pula telah mengeluarkan kenyataan bahawa "DAP berhak untuk menolak hudud".Dalam kenyataan tersebut yang disiarkan oleh Sinar Harian itu, Hadi berkata,penolakan DAP terhadap undang-undang Islam bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana Karpal Singh serta kebanyakan ahli DAP adalah bukan Islam. Namun apabila CSL selaku Presiden MCA pula mengeluarkan satu kenyataan bias mengaitkan kesan buruk pada ekonomi negara sekiranya hudud PAS dilaksanakan, kenapa pula para penyokong PAS tiba-tiba sahaja melenting ??? Walhal,bukankah Nik Aziz dan Hadi Awang sendiri sebelum ini secara sedar telah menghalalkan tindakan DAP untuk menghina Islam.Jika para pemimpin DAP dianggap tidak bersalah bilamana mempertikaikan hukum hakam Islam sehingga berjaya memaksa PAS berlembut dan mengalah sebagaimana terbukti dalam beberapa mesyuarat tertinggi PR sebelum ini, maka usahlah menyalahkan CSL apabila beliau mengambil kesempatan tersebut untuk lebih kritis terhadap hudud PAS.siapa yng mulakan dulu ??? itu yang anda perlu ketahui !!! RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! OSTAZAH ABBY DAH PERASAN PANDAI ??? APA CERITA NI ??? Posted: 25 Oct 2012 02:59 AM PDT Cubaannya untuk mengelak dengan menyatakan secara umum bahawa hujahnya itu TIDAK PERLU DIPAKAI KALAU IANYA SALAH,menunjukkan dengan jelas BETAPA TIDAK BERTANGGUNGJAWABnya seorang ahli PAS yang mengaku sedang berdakwah.Seharusnya,kalau dia sendiri tidak pasti dengan apa yang didengarnya,maka dia tidak perlulah berhujah kepada umum menerusi TWITTER atau mana-mana medium sekalipun. Dia seharusnya lebih banyak belajar seandainya ikhlas untuk mendekatkan diri dengan Allah Taala.Tidak ada jalan pintas untuk perjuangan agama dan mendapat rahmat Allah Taala. Jangankan amalan yang diwajibkan juga berkemungkinan tidak membantu, menjadi ahli Parti PAS jauh sekali daripada mendapat 'rezeki' yang lebih besar di akhirat. Dari awal lagi, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menyatakan bahawa berketurunan atau berdarah 'yang baik-baik' tidak akan menjamin iman dan taqwa,apatah lagi dengan menjadi ahli parti politik.Apabila dipertikaikan tentang halal haram ibadah korban dan kemudian dibandingkan pula dengan pengorbanan dalam dunia politik, ia samalah seperti membanding daging daripada ternakan yang disembelih mengikut syariat Islam dengan daging haiwan ternakan yang disembelih bukan atas nama Allah Taala. Walaupun asasnya daging, tetapi halal haramnya tetap jelas dan nyata.Tidak perlulah berkempen untuk menghalalkan sesuatu yang telah jelas haramnya.betul tak pembaca Badut Rakyat ??? NI APA PULAK CERITANYA ??? ANDA NAK TAHU ??? KLIK DI SINI UNTUK SELANJUTNYA RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 25 Oct 2012 03:02 AM PDT Laporan Bank Dunia Edisi 2013 yang meletakkan Malaysia di tangga ke 12 paling berdaya saing bagi perniagaan sekali gus menghumban segala tuduhan pembangkang konon negara ini akan bangkrap,ke dalam longkang.Kedudukan ini merupakan lonjakan enam anak tangga berbanding 2011 iaitu lonjakan yang paling tinggi setakat ini.Pada tahun 2010,Malaysia berada di tangga 23.Kedudukan ini juga meletakkan Malaysia mengatasi negara seperti Sweden (ke-13),Taiwan (ke-16),Jerman (ke-20),Jepun (ke-24) dan Switzerland (ke-28).Laporan Bank Dunia ini adalah berdasarkan kajian ke atas 185 ekonomi merentasi kriteria daya saing seperti kemudahan memulakan perniagaan, kelulusan mendapatkan lesen, kecekapan pentadbiran cukai dan kemudahan menjalankan perdagangan rentas sempadan. Malaysia didapati telah memperbaiki kedudukan daya saingnya dalam lima bidang menjalankan perniagaan, iaitu Kemudahan Bekalan Elektrik (dari tempat ke-59 ke tempat ke-28); Pendaftaran Hartanah (dari tempat ke-59 ke tempat ke-33); Pembayaran Cukai (dari tempat ke-41 ke tempat ke-15); Perdagangan Rentas Sempadan (dari tempat ke-29 ke tempat ke-11) dan Urusan Permit Pembinaan (dari tempat ke-113 ke tempat ke-96). Nampaknya, segala usaha pembangkang untuk menggambarkan kepada rakyat dan dunia bahawa Malaysia mengalami masalah ekonomi serta mengalami risiko bangkrap berdasarkan Bajet dan Audit yang baru dibentangkan telah sekali lagi tidak berjaya. Dengan laporan Bank Dunia ini,keyakinan pelabur terhadap Malaysia juga akan melonjak tinggi dan ini bakal membantu negara mencapai sasaran pengurangan kadar defisit kepada 4.0 peratus daripada KDNK berbanding 4.5 peratus tahun ini.Golongan peniaga juga dijangkan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan dalam PRU yang akan datang berdasarkan perkembangan positif yang direkodkan ini. Sementara itu, pakatan pembangkang dilihat semakin buntu apabila Bajet yang dibentangkan mereka mendapat kritikan hebat kerana tidak dibuat berdasarkan realiti dan tegar meneruskan janji-janji yang tidak masuk akal. Lebih buruk lagi bagi pembangkang apabila Laporan Audit yang dibentangkan mendedahkan kelemahan yang ketara di negeri-negeri yang diperintah mereka sehingga dalam beberapa kes terdapat desakan dari rakyat agar dilakukan siasatan oleh SPRM. Ketika BN berjaya membuktikan kecekapan melalui khidmat yang cemerlang,macam biasa pembangkang terpaksa bermain politik dengan isu remeh iaitu kamera AES dan cukai rokok yang sebenarnya membawa kesan yang baik untuk rakyat.Pembangkang telah bertindak menyeru rakyat menolak sesuatu yang baik untuk mereka dengan alasan ia memberi pulangan wang kepada kerajaan dan cuba menggambarkan bahawa kerajaan terdesak untuk menambah pendapatan dengan memeras rakyat.Namun,laporan Bank Dunia ini dengan sendirinya menafikan yang kerajaan buntu untuk menjana kewangan.Terbukti kerajaan telah berjaya menyediakan persekitaran yang selesa untuk membolehkan perniagaan berkembang dan pelaburan meningkat bagi memastikan kewangan negara dapat dijana secara konsisten. Kini rakyat semakin yakin dengan kerajaan dan pembangkang semakin kehilangan modal untuk berkempen. RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! BUKTI PR MENIPU DAN MEMBOHONG RAKYAT MALAYSIA TERBONGKAR !!! Posted: 25 Oct 2012 03:02 AM PDT Pembangkang dilihat semakin gagal untuk meyakinkan rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional.Setiap hari ada sahaja kelemahan pembangkang didedahkan di dada-dada akhbar mahupun melalui internet.Kegagalan Selangor menyediakan perancangan pengurusan air yang efektif di negeri menyebabkan negeri paling kaya di Malaysia bakal menghadapi krisis air yang teruk menjelang 2014.Gambaran krisis yang akan menyebabkan merundumnya perkembangan pesat ekonomi yang telah dibina sejak merdeka di bawah pemerintahan BN bukanlkah sesuatu yang diada-adakan oleh kerajaan untuk menyerang pembangkang. Ia adalah amat benar tetapi malangnya kerajaan PR Selangor menghidapi sindrom penafian yang serius.Walaupun kerajaan pusat merayu agar isu air tidak dipolitikkan dan kebajikan rakyat diutamakan, gesaan itu bagai mencurah air di daun keladi.Begitu juga kegagalan kerajaan PAS di Kelantan menyediakan bekalan air yang bersih kepada rakyat negeri itu juga adalah satu realiti pahit yang terpaksa diterima.Sejak 22 tahun lamanya PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang itu,kebajikan rakyat yang rata-ratanya terdiri daripada orang Melayu tidak dihiraukan.Walaupun berdegar-degar mencanangkan slogan 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negara Kebajikan' namun nilai-nilai tersebut tidak langsung menjadi agenda utama PAS yang menjadikan politik kepartian sebagai asas perjuangan mereka. PAS hanya mahu mendapat kuasa politik semata-mata tetapi apabila rakyat memberi mereka amanah untuk memerintah, kacau bilau pentadbiran negeri dibuatnya dan akhirnya negeri menjadi mundur dan corot dari segi pencapaian negeri. Lihat sahaja gelagat ahli-ahli parlimen pembangkang di sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.Banyak masa dibuang oleh pembangkang berkelahi dan bertikam lidah dengan Speaker hanya atas perkara remeh temeh berhubung peraturan mesyuarat dan perkara-perkara enteng. Pembangkang gagal mengangkat agenda yang lebih besar dan penting iaitu program pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Mereka membazirkan masa perbahasan untuk membuat tuduhan dan melontar pelbagai fitnah terhadap anggota dan pentadbiran kerajaan.Setakat ini tidak ada apa-apa wadah yang di bawa Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim yang boleh dibanggakan.Apabila Perdana Menteri,Datuk Seri Najib membentangkan Bajet 2013 pada 28 September lalu,Anwar pun terhegeh-hegeh memintas untuk membentang bajet alternatif.Kononnya beliaulah bekas Menteri Kewangan terhebat yang mampu menjana pemikiran ekonomi yang paling innovatif.Malangnya apabila dikupas dan analisa oleh pakar ekonomi dan kewangan jelas Anwar tidak faham langsung apa yang dibentangkan.Kesimpulannya,negara akan bankrap di bawah pembangkang dan ekonomi akan menguncup jika bajet alternatif mereka dilaksanakan. Pembangkang amat berbangga dengan Buku Jingga yang seolah-olah dianggap sebagai kitab suci yang menggariskan program serta dasar bakal dilaksanakan sekiranya mereka memerintah negara. Bagaimanapun Buku Jingga tidak lebih daripada koleksi mimpi-mimpi PKR, PAS dan DAP yang tidak realistik seperti menghapuskan PTPTN,menghapuskan kutipan tol lebuhraya, pendidikan percuma, mengurangkan harga minyak dan sebagainya. Tidak pernah didengar Buku Jingga mendapat pujian pakar ekonomi samada dalam negara atau peringkat antarabangsa.Sebenarnya Buku Jingga adalah program syok sendiri pihak pembangkang yang tidak berdiri di bumi nyata.Yang tidak boleh pembangkang nafikan adalah hakikat bahawa akhbar berpengaruh seperti Financial Times memberi pujian tinggi kepada Perdana Menteri kerana berjaya meneraju ekonomi Malaysia di saat dunia bergelut dengan pelbagi krisis kewangan. Perkembangan ekonomi Malaysia yang sihat serta program transformasi ekonomi dan kerajaan yang jelas, tersusun serta membuahkan hasil yang memberangsangan telah mengejutkan pemerhati ekonomi luar. Tidak pun didengar media Barat yang satu masa dahulu memuji Anwar sebagai tokoh kewangan yang hebat, memberi sanjungan yang sama apabila beliau membentang bajet alternatifnya.Hakikatnya dunia luar memerhati prestasi pembangkang kerana jika air percuma di Selangor pun tidak mampu diberi kepada rakyat seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 2008, masakan janji pembangkang boleh dipercayai sekiranya mereka memerintah kerajaan pusat. Memang semuanya nampak cantik dan mulus di atas kertas tetapi kenyataannya PKR, PAS dan DAP bertelagah sesama sendiri dari segi dasar perjuangan dan ideologi.Dokumen persefahaman bersama yang ditangani ketiga-tiga pemimpin pembangkang pada 2009 tidak menyebut pelaksanaan hukum hudud yang menjadi nadi perjuangan PAS.Tetapi di luar sana,PAS dan DAP terus berkelahi mengenai isu hukum hudud yang tetap ditolak oleh parti cauvinis Cina itu sementara PAS tidak berganjak daripada pendiriannya. RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! SUARAM MEMBUNUH ALTANTUYA ??? TAN SRI MUSA HASSAN MENJADI MANGSA ??? APA CERITA NI ??? Posted: 24 Oct 2012 07:00 PM PDT Setelah tidak mampu menangkis kebenaran,bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian kapal selam scorpene di Perancis,SUARAM tidak mampu lagi meneruskan penipuan yang sama.Sekali gus,Cynthia Gabriel terpaksa mengakui bahawa berita yang disebarnya termasuk senarai nama individu yang akan disapina hanyalah rekaan semata-mata Atau dalam ertikata lain,Cynthia Gabriel terpaksa mengaku yang dia telah menipu seluruh dunia.Walaupun begitu,tidak bermakna si pengkhianat ini merasa malu atau bersalah kerana menipu kerana sifat itu sudah tidak lagi ada dalam dirinya.Sebaliknya,Cynthia dan SUARAM bertekad untuk terus menipu tetapi dengan menukar sedikit haluannya sahaja.Lagipun,penipuan perlu diteruskan untuk memastikan segala usaha dan dana yang dilabur pihak asing selama ini tidak sia-sia begitu saja.Dalam menipu,SUARAM tidak segan silu menggunakan nama sesiapa sahaja termasuk Kerajaan dan Hakim Perancis,isteri Perdana Menteri,Jasbir Singh Chahl untuk mengukuhkan cerita dongeng mereka Dan nampaknya,walaupun setelah penipuan mereka terdedah,SUARAM masih lagi tidak tahu malu dengan menggunakan Modus Operandi yang sama dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan BN,iaitu menipu dengan mempergunakan nama seseorang lain pula. Kali ini,nama yang dipilih ialah Bekas Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassan.Menurut SUARAM, Tan Sri Musa akan bercakap dengan wartawan di Bangkok berkenaan pembunuhan Altantuya.Tajuk program tersebut ialah 'Pendedahan baru dalam pembunuhan Altantuya'. Tan Sri Musa yang terkejut dengan berita tersebut,pantas menafikannya.Beliau tidak faham kenapa ada yang suka-suka menipu dengan menggunakan namanya.Beliau menegaskan yang beliau berada di sini,di Malaysia dan tidak terlibat dengan program di Bangkok itu.Nampaknya,muka Cynthia Gabriel ini kalau diukur pastinya setebal dinding kalis radioaktif, kerana langsung tidak tahu malu menipu secara terang-terangan.Hakikatnya,jika pendakwa Perancis sendiri telah membuat kenyataan rasmi bahawa tidak ada perbicaraan pembelian kapal selam dan mengesahkan bahawa SUARAM telah berbohong mengenainya,maka secara automatik segala-gala kes atau kejadian yang dikaitkan dengan perbicaraan pembelian kapal selam yang dijaja SUARAM adalah juga satu pembohongan.Ini termasuklah mengenai penglibatan kepimpinan tertinggi atau kerajaan Malaysia dalam pembunuhan Altantuya. SUARAM mendakwa bahawa pembunuhan Altantuya adalah didalangi kepimpinan tertinggi dan kemudiannya dilaksanakan atau disaksikan sendiri oleh atau Datin Seri Rosmah. Pembunuhan itu kononnya bertitik tolak dari penglibatan mereka dalam rasuah pembelian kapal selam. Justeru,jika mahkamah Perancis telah mendapati bahawa aduan SUARAM berkenaan kerajaan Malaysia dan kepimpinan tertinggi terlibat dalam rasuah pembelian kapal selam tersebut adalah tidak berasas serta menolaknya mentah-mentah, maka ia sekali gus bermakna bahawa kisah berkenaan penglibatan mereka dalam pembunuhan Altantuya juga adalah rekaan SUARAM semata-mata. Memandangkan telah terbutki bahawa SUARAM sengaja mengada-adakan cerita mengenai penglibatan kerajaan dalam rasuah, dan SUARAM juga mengada-adakan cerita mengenai penglibatan kepimpinan tertinggi dalam pembunuhan, maka persoalan yang timbul kini ialah "berapa jauhkan SUARAM sanggup lakukan untuk mengada-adakan kaitan pemimpin kerajaan dalam rasuah dan satu pembunuhan ???" Atau,dalam bahasa mudah di kalangan rakyat, sanggupkah SUARAM membunuh bagi mengada-adakan pembohongan ini semata-mata untuk memastikan kerajaan Malaysia tumbang ??? Ini adalah antara isu yang menjadi bualan rakyat Malaysia hari ini Dan isu ini jugalah yang akan menghantui pembangkang menjelang pilihanraya akan datang kerana umum tahu bahawa SUARAM itu adalah topeng pembangkang. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! @NOHOMAR MEMBANTAI KHALID IBRAHIM KAW-KAW !!! Posted: 24 Oct 2012 04:00 PM PDT Saya ingin mengulas berkenaan dengan kenyataan Ketua Umum Pakatan Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor sebagai Menteri Besar yang paling berjaya.Kenyataan daripada Ketua Umum PR boleh dikategorikan sebagai melucukan.Saya mengatakan demikian kerana rakyat Selangor sedia maklum bahawa pentadbiran kerajaan Selangor sekarang lebih suka menipu rakyat daripada memberi gambaran sebenar apa yang terjadi.Sebagai contoh,bila saya mendedahkan tentang kerugian yang dihadapi oleh UNISEL berjumlah RM54 juta dalam tempoh 3 tahun bermula dari tahun 2008 sehingga 2010,Menteri Besar Selangor tanpa segan silu menafikan dakwaan saya tersebut. Beliau mengatakan bahawa laporan audit tersebut tidak dimuktamatkan lagi dan menuduh saya tidak memahami tentang akaun. Sila rujuk laman web www.selangorku.com bertarikh 10 September 2012 yang bertajuk MB : Laporan Audit UNISEL Belum Diselaras,Noh Tak Faham Akaun.Pembohongan Menteri Besar Selangor akhirnya terbongkar selepas Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini mendedahkan kerugian UNISEL dan ini secara jelas membuktikan dakwaan saya adalah betul dan juga semua jumlah yang didedahkan adalah tepat.Ini tidak termasuk hutang penyelenggaraan asrama pelajar UNISEL kepada kontraktor yang saya difahamkan telah pun mencecah RM 19 juta yang gagal dijelaskan.Kegagalan tersebut telah menjejaskan keselesaan dan keselamatan pelajar di asrama mereka.Perkara ini juga telah di sentuh di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.Inikah cara pentadbiran yang dikatakan sebagai pentadbiran Menteri Besar paling berjaya? Saya berkeyakinan penuh bahawa rakyat Selangor sudah sedar cara pentadbiran Kerajaan Selangor yang sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan menipu rakyat. Sekiranya Menteri Besar Selangor adalah seorang yang mengamalkan ketelusan di dalam pentadbiran saya cabar beliau supaya menafikan dakwaan saya bahawa Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah bersetuju untuk menjual 5 aset bangunan mereka iaitu Wisma Yakin, PKNS Shah Alam, PKNS Bangi, PKNS Petaling Jaya dan SACC Mall dengan nilai RM 321 juta. Sekiranya benar Menteri Besar Selangor pandai mentadbir dan telus kenapa aset-aset ini perlu dijual? Terima Kasih Datuk Seri Noh Omar Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor. |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment