UMNO Online - “Hayati Konsep Pengorbanan Sempena Aidiladha – Najib” plus 9 more

UMNO Online - “Hayati Konsep Pengorbanan Sempena Aidiladha – Najib” plus 9 more

Link to UMNO Online

Hayati Konsep Pengorbanan Sempena Aidiladha – Najib

Posted: 25 Oct 2012 04:42 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat menyambut Aidilhadha kepada semua umat Islam yang merayakannya esok.

“Semoga Aidiladha tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya dan Aidiladha yang akan datang akan menjadi lebih baik daripada tahun ini,” katanya dalam perutusan yang dimuatnaik dalam blog 1Malaysia Khamis.

Beliau berharap agar Aidiladha diraikan dalam keadaan makmur, sejahtera dan penuh keberkatan sambil mengajak umat Islam menghayati konsep pengorbanan yang dituntut Islam, yang sanggup berkorban masa, wang ringgit, jiwa raga dan dan kepentingan diri bagi memperoleh keredhaan Allah.

Beliau berkata konsep itu terkandung dalam Surah Al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud :"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik."

Malaysia sendiri turut mendukung konsep pengorbanan dengan bertindak sebagai mediator bagi mengakhiri konflik berdarah lebih 40 tahun antara Manila dan Bangsamoro, katanya.

“Ini pastinya satu pengorbanan yang amat membanggakan,” katanya dalam perutusan itu.

Najib berkata kerajaan Malaysia mengambil pendekatan Perjanjian Hudaibiyah yang berlaku lebih 1400 tahun yang lalu, untuk memainkan peranan menjayakan pelan damai antara pihak Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kerajaan Filipina baru-baru ini.

Melalui Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad SAW dengan puak Kafir Quraisy di Kota Makkah, umat Islam dapat mengerjakan haji pada tahun yang berikutnya.

“Iktibarnya, kita telah mengambil pendekatan yang sama dengan berperananmenjayakan pelan damai antara pihak Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kerajaan Filipina baru-baru ini,” katanya.

Kerajaan Filipina dan MILF telah memeterai perjanjian damai bersejarah pada 15 Okt, dengan Malaysia sebagai pengantara, untuk menamatkan konflik yang berlarutan selama empat dekad di selatan Filipina.

Najib berkata komitmen jitu dalam membantu menyelesaikan pelbagai konflik yang berlaku di sesebuah negara membolehkan Malaysia diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam yang progresif dan dinamik.

“Ini terbukti dengan pengiktirafan ulama terkemuka dunia iaitu Sheikh Yusuf Al-Qardhawi yang melahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan terhadap usaha Malaysia yang konsisten menyokong dan membantu perjuangan rakyat Palestin selama ini,” katanya.

Perdana menteri turut mengajak umat Islam di negara ini berdoa agar jemaah haji di Makkah dapat menjalankan ibadah mereka dengan sempurna dan dikurniakan haji mabrur serta kembali ke tanah air dengan selamat.

“Ibadah haji yang dilaksanakan pada setiap tahun ini membawa bersamanya seribu satu pengajaran dan pendidikan dalam kehidupan sejagat,” katanya. 

 

Umat Islam Diajak Perkukuh Perpaduan Ummah

Posted: 25 Oct 2012 04:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis mengajak umat Islam di negara ini untuk memperbaharui azam dan memperteguh tekad bagi membina dan memperkukuh perpaduan ummah yang sejati sempena Aidiladha.

Dalam perutusannya, Muhyiddin berkata Aidiladha memberi erti bahawa perpaduan ummah yang berasaskan kesatuan tauhid dan persaudaraan dalam Islam tanpa mengira perbezaan bangsa dan warna kulit adalah sesuatu yang amat dituntut agama.

“Janganlah kita mengabaikan soal perpaduan ummah yang menjadi benteng kekuatan umat Islam dalam menempuhi segala cabaran yang mendatang,” katanya.

Ketika menyertakan ucapan selamat menyambut Aidiladha daripada beliau sekeluarga, Muhyiddin berkata rakyat Malaysia bersyukur kerana sentiasa dilimpahi rahmat dan inayah Allah yang membolehkan Aidiladha disambut dalam suasana yang meriah, aman, makmur dan harmoni.

Bagi umat Islam, katanya, Aidiladha mempunyai dua makna penting, iaitu yang pertama ia adalah hari di mana umat Islam di seluruh dunia memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan anakandanya Nabi Ismail dalam mematuhi perintah Allah dan kedua, berkait rapat dengan ibadah haji yang ditunaikan umat Islam dari seluruh pelosok dunia.

Beliau berkata adalah menjadi kewajipan setiap mukmin untuk mempertahankesucian akidah dan memelihara agama dengan mematuhi segala titah perintah Allahdan menjauhi segala larangannya.

Ia sejajar dengan tuntutan memelihara agama sebagai tujuan utama syariah atau maqasid syariah dalam Islam, katanya.

“Bagi kita umat Islam, Idul Adha memberi makna bahawa keimanan kepada Allah adalah tonggak kehidupan yang paling utama bagi seorang mukmin.

“Tiada lain yang lebih penting dalam kehidupan seorang mukmin selain keimanan dan kecintaan kepada Allah,” katanya.

Beliau berkata ibadah korban yang dilaksanakan pada Aidiladha dan hari-hari tasyrik berikutnya adalah lambang keimanan dan keakraban umat Islam kepada Allah. 

 

RM46.8 Million Disbursed As Schooling Aid In Sabah Last Year

Posted: 24 Oct 2012 10:22 PM PDT

KOTA KINABALU, Oct 25 – A sum of RM46,845,800 was disbursed as schooling aid of RM100 each for primary and secondary students last year in Sabah, State Assistant Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Bolkiah Ismail said today.

He said 453,458 primary and secondary students received RM45,345,800 while 7,500 Form Six students obtained RM1.5 million as the schooling aid.

“For the next schooling aid, all students will enjoy the aid based on the number of students in the current year,” he said when replying to a question from Datuk Zakaria Mohd Idris (Umno-Gum-Gum) in the State Legislative Assembly meeting.

On the 1Malaysia book vouchers for students in institutions of higher learning, Bolkiah said the Sabah Education Department did not have the information as the payment was handled by the respective institutions.

Meanwhile, State Community Development and Consumer Affairs Minister Datuk Azizah Mohd Dun, in replying to a question from Abd Muis Picho (Umno-Sebatik), said that as of September, there were 445 juvenile criminal cases in Sabah.

She said theft comprised the highest number of 136 of the offences.

“The youngest juvenile criminals were aged between seven and 10. Four children in that age group were caught for theft and burglary,” she said.

Fama Focuses On Reducing Role Of Middlemen

Posted: 24 Oct 2012 10:19 PM PDT

SUNGAI PETANI, Oct 25 – The Federal Agriculture Marketing Authority (Fama) is to focus on reducing the role of middlemen to assist farmers, livestock breeders and fishermen improve their income.

Fama chairman Tan Sri Badruddin Amiruldin said the move would not only benefit farmers, livestock breeders and fishermen but also consumers as they could enjoy reasonable prices for the products.

“In the past, middlemen were a strong force because the function of Fama at that time had not reached the level of marketing goods due to a lack of infrastructure but now Fama has more than 500 farmers’ markets, fresh fruit stalls, agro bazaars, three-wheel motorcycles and K-Shoppes.

“Infrastructure logistics has improved and we can collect the produce directly from the people to be marketed by farmers’ market participants,” he told reporters after opening the Kedah-level Fama 47th anniversary celebration at the Sungai Petani Fama operations office, here, yesterday.

Badruddin said the focus of Fama at the moment involved farmers and in two months, the effort to reduce the role of middlemen would be extended to fishermen to ensure that the target of reducing the role of middlemen by 60 per cent was achieved.

Tiada Perbicaraan Scorpene, SUARAM Bunuh Altantuya?

Posted: 24 Oct 2012 10:16 PM PDT

Setelah tidak mampu menangkis kebenaran, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian kapal selam scorpene di Perancis, SUARAM tidak mampu lagi meneruskan penipuan yang sama.

Sekali gus, Cynthia Gabriel terpaksa mengakui bahawa berita yang disebarnya termasuk senarai nama individu yang akan disapina hanyalah rekaan semata-mata.  Atau dalam ertikata lain, Cynthia Gabriel terpaksa mengaku yang dia telah menipu seluruh dunia.

Walaupun begitu, tidak bermakna si pengkhianat ini merasa malu atau bersalah kerana menipu kerana sifat itu sudah tidak lagi ada dalam dirinya.  Sebaliknya, Cynthia dan SUARAM bertekad untuk terus menipu tetapi dengan menukar sedikit haluannya sahaja.

Lagipun, penipuan perlu diteruskan untuk memastikan segala usaha dan dana yang dilabur pihak asing selama ini tidak sia-sia begitu saja.

Dalam menipu, SUARAM tidak segan silu menggunakan nama sesiapa sahaja termasuk Kerajaan dan Hakim Perancis, isteri Perdana Menteri, Jasbir Singh Chahl untuk mengukuhkan cerita dongeng mereka.

Dan nampaknya, walaupun setelah penipuan mereka terdedah, SUARAM masih lagi tidak tahu malu dengan menggunakan Modus Operandi yang sama dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan BN, iaitu menipu dengan mempergunakan nama seseorang lain pula.

Kali ini, nama yang dipilih ialah Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.  Menurut SUARAM, Tan Sri Musa akan bercakap dengan wartawan di Bangkok berkenaan pembunuhan Altantuya.  Tajuk program tersebut ialah 'Pendedahan baru dalam pembunuhan Altantuya'.

Tan Sri Musa yang terkejut dengan berita tersebut, pantas menafikannya.  Beliau tidak faham kenapa ada yang suka-suka menipu dengan menggunakan namanya. Beliau menegaskan yang beliau berada di sini, di Malaysia dan tidak terlibat dengan program di Bangkok itu.

Nampaknya, muka Cynthia Gabriel ini kalau diukur pastinya setebal dinding kalis radioaktif, kerana langsung tidak tahu malu menipu secara terang-terangan.

Hakikatnya, jika pendakwa Perancis sendiri telah membuat kenyataan rasmi bahawa tidak ada perbicaraan pembelian kapal selam dan mengesahkan bahawa SUARAM telah berbohong mengenainya, maka secara automatik segala-gala kes atau kejadian yang dikaitkan dengan perbicaraan pembelian kapal selam yang dijaja SUARAM adalah juga satu pembohongan.

Ini termasuklah mengenai penglibatan kepimpinan tertinggi atau kerajaan Malaysia dalam pembunuhan Altantuya.

SUARAM mendakwa bahawa pembunuhan Altantuya adalah didalangi kepimpinan tertinggi dan kemudiannya dilaksanakan atau disaksikan sendiri oleh atau Datin Seri Rosmah.  Pembunuhan itu kononnya bertitik tolak dari penglibatan mereka dalam rasuah pembelian kapal selam.

Justeru, jika mahkamah Perancis telah mendapati bahawa aduan SUARAM berkenaan kerajaan Malaysia dan kepimpinan tertinggi terlibat dalam rasuah pembelian kapal selam tersebut adalah tidak berasas serta menolaknya mentah-mentah, maka ia sekali gus bermakna bahawa kisah berkenaan penglibatan mereka dalam pembunuhan Altantuya juga adalah rekaan SUARAM semata-mata.

Memandangkan telah terbukti bahawa SUARAM sengaja mengada-adakan cerita mengenai penglibatan kerajaan dalam rasuah, dan SUARAM juga mengada-adakan cerita mengenai penglibatan kepimpinan tertinggi dalam pembunuhan, maka persoalan yang timbul kini ialah "berapa jauhkan SUARAM sanggup lakukan untuk mengada-adakan kaitan pemimpin kerajaan dalam rasuah dan satu pembunuhan?"

Atau, dalam bahasa mudah di kalangan rakyat, sanggupkah SUARAM membunuh bagi mengada-adakan pembohongan ini semata-mata untuk memastikan kerajaan Malaysia tumbang?

Ini adalah antara isu yang menjadi bualan rakyat Malaysia hari ini.  Dan isu ini jugalah yang akan menghantui pembangkang menjelang pilihanraya akan datang kerana umum tahu bahawa SUARAM itu adalah topeng pembangkang.

isuhot.com

Malaysia Ke-12 Paling Berdaya Saing : Bukti Negara Tak Bangkrap

Posted: 24 Oct 2012 10:12 PM PDT

Laporan Bank Dunia Edisi 2013 yang meletakkan Malaysia di tangga ke 12 paling berdaya saing bagi perniagaan sekali gus menghumban segala tuduhan pembangkang konon negara ini akan bangkrap, ke dalam longkang.

Kedudukan ini merupakan lonjakan enam anak tangga berbanding 2011 iaitu lonjakan yang paling tinggi setakat ini.  Pada tahun 2010, Malaysia berada di tangga 23.

Kedudukan ini juga meletakkan Malaysia mengatasi negara seperti Sweden (ke-13), Taiwan (ke-16), Jerman (ke-20), Jepun (ke-24) dan Switzerland (ke-28).

Laporan Bank Dunia ini adalah berdasarkan kajian ke atas 185 ekonomi merentasi kriteria daya saing seperti kemudahan memulakan perniagaan, kelulusan mendapatkan lesen, kecekapan pentadbiran cukai dan kemudahan menjalankan perdagangan rentas sempadan.

Malaysia didapati telah memperbaiki kedudukan daya saingnya dalam lima bidang menjalankan perniagaan, iaitu Kemudahan Bekalan Elektrik (dari tempat ke-59 ke tempat ke-28); Pendaftaran Hartanah (dari tempat ke-59 ke tempat ke-33); Pembayaran Cukai (dari tempat ke-41 ke tempat ke-15); Perdagangan Rentas Sempadan (dari tempat ke-29 ke tempat ke-11) dan Urusan Permit Pembinaan (dari tempat ke-113 ke tempat ke-96).

Nampaknya, segala usaha pembangkang untuk menggambarkan kepada rakyat dan dunia bahawa Malaysia mengalami masalah ekonomi serta mengalami risiko bangkrap berdasarkan Bajet dan Audit yang baru dibentangkan telah sekali lagi tidak berjaya.

Dengan laporan Bank Dunia ini, keyakinan pelabur terhadap Malaysia juga akan melonjak tinggi dan ini bakal membantu negara mencapai sasaran pengurangan kadar defisit kepada 4.0 peratus daripada KDNK berbanding 4.5 peratus tahun ini.

Golongan peniaga juga dijangkan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan dalam PRU yang akan datang berdasarkan perkembangan positif yang direkodkan ini.

Sementara itu, pakatan pembangkang dilihat semakin buntu apabila Bajet yang dibentangkan mereka mendapat kritikan hebat kerana tidak dibuat berdasarkan realiti dan tegar meneruskan janji-janji yang tidak masuk akal.

Lebih buruk lagi bagi pembangkang apabila Laporan Audit yang dibentangkan mendedahkan kelemahan yang ketara di negeri-negeri yang diperintah mereka sehingga dalam beberapa kes terdapat desakan dari rakyat agar dilakukan siasatan oleh SPRM.

Ketika BN berjaya membuktikan kecekapan melalui khidmat yang cemerlang, pembangkang terpaksa bermain politik dengan isu remeh iaitu kamera AES dan cukai rokok yang sebenarnya membawa kesan yang baik untuk rakyat.

Pembangkang telah bertindak menyeru rakyat menolak sesuatu yang baik untuk mereka dengan alasan ia memberi pulangan wang kepada kerajaan dan cuba menggambarkan bahawa kerajaan terdesak untuk menambah pendapatan dengan memeras rakyat.

Namun, laporan Bank Dunia ini dengan sendirinya menafikan yang kerajaan buntu untuk menjana kewangan.

Terbukti kerajaan telah berjaya menyediakan persekitaran yang selesa untuk membolehkan perniagaan berkembang dan pelaburan meningkat bagi memastikan kewangan negara dapat dijana secara konsisten.

Kini rakyat semakin yakin dengan kerajaan dan pembangkang semakin kehilangan modal untuk berkempen.

Erman Haiqal PJU

Sejumlah RM46.8 Juta Dibelanja Bagi Bantuan Persekolahan Di Sabah

Posted: 24 Oct 2012 10:08 PM PDT

KOTA KINABALU, 25 Okt – Sejumlah peruntukan RM46.8 juta dibelanjakan untuk bantuan persekolahan RM100 bagi pelajar sekolah menengah dan rendah di Sabah tahun lepas.

Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Bolkiah Ismail berkata seramai 453,458 pelajar sekolah menengah dan rendah diberikan bantuan itu dengan peruntukan RM45,345,800.

Untuk pelajar tingkatan enam pula seramai 7,500 menikmati bantuan itu dengan peruntukan RM1.5 juta.

“Untuk bantuan persekolahan akan datang, semua pelajar akan menikmati bantuan tersebut berdasarkan kepada bilangan pelajar pelajar pada tahun semasa,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Zakaria Mohd Idris (Umno-Gum-Gum) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Berhubung pemberian baucer buku 1Malaysia kepada pelajar institusi pengajian tinggi, Bolkiah berkata Jabatan Pelajaran Negeri Sabah tidak mempunyai maklumat kerana pembayaran diurus oleh pihak IPTA.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Azizah Mohd Dun semasa menjawab soalan Abd Muis Picho (Umno-Sebatik) berkata jumlah pesalah juvana yang direkodkan di Sabah sehingga September lepas ialah sebanyak 445 kes.

Azizah berkata jenis kesalahan jenayah yang paling banyak dilakukan oleh kanak-kanak ialah kesalahan mencuri iaitu sebanyak 136 kes.

“Usia pesalah juvana paling muda adalah antara tujuh hingga 10 tahun. Dalam lingkungan usia itu seramai empat orang kanak-kanak terlibat dalam kes mencuri, kes pecah rumah siang dan kes pecah rumah malam,” katanya.

UKOM Terengganu Mantapkan Jentera Pilihanraya Di Kawasan Pembangkang

Posted: 24 Oct 2012 10:04 PM PDT

KUALA TERENGGANU, 25 Okt – Unit Komunikasi Negeri (Ukom) Terengganu memantapkan jentera pilihan raya di kawasan dewan undangan negeri (DUN) yang dikuasai pembangkang, bagi membantu Barisan Nasional (BN) merampas semula kawasan terbabit.

Pengarah Ukom, Shamsuddin Sulong berkata usaha dilakukan menerusi Majlis Komunikasi Patriotik yang mendedahkan petugas dan jentera pilihan raya Ukom kepada maklumat terkini sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Pada program itu juga jentera pilihan raya diberi motivasi untuk terus berkhidmat dengan baik terutama bagi perayu undi supaya usaha merampas semula kesemua lapan kerusi DUN itu berhasil,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya setakat ini program itu sudah diadakan di tujuh DUN iaitu Ladang, Wakaf Mempelam dan Batu Buruk (kawasan Parlimen Kuala Terengganu), Bukit Tunggal (Kuala Nerus), Manir (Hulu Terengganu), Bukit Payong serta Rhu Rendang (Marang).

Bagi DUN Sura yang terletak dalam Parlimen Dungun pula, program akan diadakan selepas sambutan Aidiladha, katanya.

Katanya setiap program dihadiri kira-kira 200 petugas dan anggota jentera pilihan raya di DUN terbabit.

Menurutnya berdasarkan pemerhatian Ukom, BN berupaya memenangi semula kerusi DUN terbabit kerana pengaruh pembangkang tidak sekuat seperti yang digembar-gemburkan.

“…jika jentera pilihan raya bekerja keras dalam saat-saat terakhir ini, kemenangan mungkin akan berpihak kepada BN,” katanya.

Turun Padang, Gempur Sekarang, Jangan Tunggu Hingga Semboyan Pilihanraya – Ahmad Maslan

Posted: 24 Oct 2012 10:00 PM PDT

SELAYANG, 25 Okt – Pengerusi Biro Publisiti Dan Penerangan Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan menasihatkan jentera parti untuk tidak menunggu sehingga semboyan pilihan raya dibunyikan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya sudah boleh turun padang untuk berjumpa rakyat khususnya menyebarkan risalah-risalah kempen kepada rakyat di akar umbi.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan mesar di Pasar Borong Selayang bersama jentera BN Selayang dengan mengedarkan lebih 3,000 risalah Bajet 2013.

"Kita jangan tunggu sehingga ke saat akhir, sebaliknya program tinjauan mesra, program yang dipelopori YAB Perdana Menteri dan Timbalannya, elok untuk kita pimpinan di bawah ini turuti kerana ia mudah, tidak melibatkan kos yang tinggi namun ianya memberikan kesan yang sangat baik kepada masyarakat di akar umbi.

“Ia baik dilaksana dan dibuat di tempat-tempat strategik dan menjadi tumpuan ramai dan lebih elok jika ia bersekali dengan kompenan BN sebagai satu pasukan. Contohnya hari ini, tinjauan ke Pasar Borong Selayang, kita dapat berjumpa ramai orang, malah laungan 1Malaysia tadi dari pengunjung pasar membuktikan bahawa Gagasan 1Malaysia yang diilham YAB Perdana Menteri dapat diterima oleh masyarakat dari segenap lapisan," ujarnya  selepas membuat tinjauan mesra di pasar Borong Selayang, di sini hari ini.

Turut sama dalam tinjauan tersebut ialah Datuk Subahan Kamal, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Taman Templer, Jessie Ooi, Pegawai Penyelaras Parlimen Selayang, Datuk Sohaimi Shahadan, Pengerusi Pemuda BN Selayang dan kepimpinan BN Selayang yang lain.

"Usaha ini perlu kita lakukan di semua tempat, di seluruh negara. Hari ini kita di Pasar Borong Selayang ini, ianya menjadi tumpuan orang ramai. Risalah-risalah penerangan, tidak semestinya mengenai Bajet 2013, tetapi juga risalah-risalah penerangan mengenai dasar-dasar kerajaan dapat diedarkan ke seluruh negara oleh jentera-jentera penerangan BN bahagian dan negeri.

“Edar dari sekarang, jangan tunggu pilihanraya baru nak edar. Ianya kena diedarkan secara berkala, secara kerap di tempat tumpuan-tumpuan," ujarnya yang juga Ketua Penerangan UMNO.

Dalam masa yang sama, beliau melihat langkah mengumumkan calon pilihan raya lebih awal mempunyai kesan positif dan negatif.

“Yang baiknya, calon yang dipilih itu boleh mengerakkan jentera dan bekerja dengan lebih awal namun kesan buruknya, ianya akan memberikan kesan kepada mereka yang tidak terpilih.

"Orang yang kecil hati kerana tidak terpilih itu lebih panjang masanya. Katakanlah calon yang sedia ada sekarang tidak dapat jadi calon, tentunya ia mempunyai banyak masa memikirkan tentang perkara-perkara yang boleh menyebabkan usaha-usahanya selama ini menjadi sia-sia, usaha penyokong-penyokongnya menjadi sia-sia dan boleh menyebabkan wujud usaha-usaha untuk memboikot calon yang dipilih kelak.

“Namun, kita belum ada cadangan untuk mengumumkan calon lebih awal dan pucuk pimpinan pun tidak pernah memberikan komitmen itu tetapi percayalah bahawa di satu-satu tempat itu ada banyak winnable candidate, lebih dari seorang tetapi yang akan dapat hanya seorang, jadi pada pandangan saya, kepada mereka yang tidak dapat, ia bukanlah penghujung dunia untuk mereka, ada banyak lagi rezeki lain dan jika mereka terus menunjukkan kesetiaan pada parti, ada banyak lagi perkara-perkara lain yang mereka akan dapat daripada kesetiaan mereka itu," ujarnya lagi. -MediaUMNO

Usah Temberang Beri Pendidikan Percuma Jika Tadbir UNISEL Pun Gagal

Posted: 24 Oct 2012 09:52 PM PDT

KUALA LUMPUR,  25 Okt – Penganalisis politik tempatan, Prof Dato Zainal Abidin Borhan berpendapat bahawa kerajaan Selangor gagal dalam menjalankan amanah rakyat dalam mengurus tadbir negeri berikutan laporan audit yang melaporkan kerugian yang dialami oleh beberapa institusi di bawah seliaan kerajaan negeri.

Beliau mengambil contoh  Universiti Selangor (UNISEL) yang dilaporkan mengalami kerugian akibat kemerosotan pelajar sehingga mengalami krisis kewangan yang meruncing.

"Kerugian yang ditanggung oleh UNISEL itu jelas membuktikan bahawa pendidikan percuma seperti mana yang dicadangkan oleh Pakatan Pembangkang selama ini tidak boleh dilaksanakan. Ini kerana, soal pendidikan memerlukan dana yang besar untuk menampung kos-kos pembelajaran, bukan hanya melibatkan kos pelajar sahaja, tetapi keseluruhan kos pembelajaran seperti gaji kakitangan, penyelenggaraan dan sebagainya.

"Baru-baru ini, penjelasan menteri Pengajian Tinggi juga membuktikan bahawa negara Turki seperti yang didakwa oleh Pakatan Pembangkang memberikan pendidikan percuma kepada pelajar pengajian tinggi itu tidak benar. Turki hanya memberikan pendidikan percuma di peringkat menengah tetapi tidak kepada pelajar-pelajar di peringkat pengajian tinggi," kata beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Menurutnya lagi, kerajaan Selangor perlu menukar cara dan corak pentadbiran mereka dalam mengurus UNISEL bagi memastikan institusi pengajian tersebut tidak terus mengalami kerugian.

"UNISEL merupakan sebuah entiti perniagaan, jadi kelangsungan universiti tersebut bergantung kepada hasil berdasarkan berapa ramai pelajar yang menuntut di situ. Bagi saya, sekiranya kerajaan Selangor tidak dapat mengatasi atau memperbaiki masalah pengurusan di situ, adalah lebih baik UNISEL itu ditutup saja," tegas beliau. -MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...