UMNO Online - “Selesai Masalah Dibahagain Untuk Menang Besar” plus 3 more |
- Selesai Masalah Dibahagain Untuk Menang Besar
- Pemimpin Dunia Wajar Kutuk Filem Dan Karikatur Hina Islam
- Wanita Penggerak Berkesan Pertumbuhan Global – Najib
- BN Johor Tekad Pertahankan 26 Parlimen
Selesai Masalah Dibahagain Untuk Menang Besar Posted: 23 Sep 2012 09:12 AM PDT KUANTAN, 23 Sept -Naib Presiden UMNODatuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu segala perbalahan yang wujud di peringkat bahagian diselesaikan segera kerana kegagalan berbuat demikian akan menghalang kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Beliau berkata kini bukan lagi masa untuk anggota parti bercakaran atau bertelagah sesama sendiri tetapi merapatkan lagi barisan sedia ada dan bekerjasama dengan anggota parti komponen BN yang lain. “Suka atau tidak tapi inilah masanya kita rapatkan barisan kita, sekiranya kita tidak lakukannya sekarang akhirnya kita akan berhadapan dengan nasib seperti yang menimpa negara di Timur Tengah yang bertelagah yang berpunca daripada politik,” katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Indera Mahkota di sini, hari ini. Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, sesiapa saja yang akan dicalonkan dalam pilihan raya nanti juga tidak patut dicemburui oleh mereka yangtidak terpilih, sebaliknya mereka harus memberikan sokongan penuh kepada calontersebut demi masa depan parti dan negara. Beliau turut mengingatkan anggota-anggota UMNO supaya bersedia berdepandengan pelbagai isu seperti serangan peribadi dan tohmahan yang akan dibangkitkan pembangkang dalam PRU-13 kelak “Dekat PRU-13 ini banyak isu yang akan dibangkitkan pembangkang seperti perkauman, agama serta serangan peribadi dan kita mesti bersedia menghadapinya. ”Budaya politik kebencian dan pecah-belah yang cuba disuntik pembangkang kepada pemikiran orang ramai ini boleh menular sekiranya tidak dikawal dan budaya politik seperti ini kita mesti tolak kerana ia tidak membantu negara,” katanya. Sementara itu, Hishammuddin berkata beliau berharap kertas cadangan yang dihantar kementeriannya untuk memperkasa pasukan keselamatan negara terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Belanjawan 2013 yang akan dibentang Jumaat ini mendapat pertimbangan sewajarnya. “Saya teruja untuk mendengar pembentangan Bajet 2013 kerana kertas cadangan telah dihantar untuk penilaian dan saya harap kerajaan dapat beri pertimbangan mengenai penambahan anggota dan memperbaiki skim perjawatan dalam PDRM. “Pertambahan anggota ini penting bagi meneruskan kesinambungan kejayaan PDRM mengurangkan kadar jenayah dan ia termasuk dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang ditetapkan kerajaan,” katanya Menurutnya, selain penambahan anggota, KDN bercadang memperluas penglibatan banyak pihak dalam membanteras jenayah termasuk yang dilakukan sebelum ini iaitu membabitkan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (Jpam) |
Pemimpin Dunia Wajar Kutuk Filem Dan Karikatur Hina Islam Posted: 23 Sep 2012 09:01 AM PDT KUALA LUMPUR, 23 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata filem antiIslam ”Innocence of Muslims” dan karikatur yang menghinaNabi Muhammad s.a.w dalam majalah Perancis, Charlie Hebdo, merupakan penghinaankepada umat Islam dan wajar dikutuk oleh pemimpin-pemimpin di seluruh dunia. Beliau berkata penghasilan filem dan karikatur itu adalah perkara yang tidak berfaedah dan telah menyinggung perasaan mereka yang berpegang kepada agamaIslam. “Charlie Hebdo mungkin tidak melanggar undang-undang Perancis dalam mencetakkarikatur itu, namun kita pertikaikan etikanya dalam membuat sesuatu keputusan,” katanya dalam entri terbaru Blog 1Malaysia. Najib berkata penghasilan video filem itu pula menimbulkan provokasi lebih-lebih lagi pada masa kini yang keadaannya telah sedia genting. Sehubungan itu, Najib menyeru umat Islam supaya terus bertindak secara aman dan bukannya berpaling kepada keganasan untuk menunjuk perasaan. “Kini, kita seharusnya meningkatkan lagi penghormatan, toleransi dan persefahaman antara satu sama lain agar kita dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai. “Oleh kerana inilah kita di Malaysia telah menjemput negara-negara lain tidak mengira bangsa dan agama untuk menyertai kita dalam perlaksanaan ”GlobalMovement of the Moderates” (Pergerakan Kesederhanaan Global),” katanya. Filem ”Innocence of Muslims” itu, yang diarah Sam Bacile dari California, Amerika Syarikat, juga mendapat kecaman di seluruh dunia. |
Wanita Penggerak Berkesan Pertumbuhan Global – Najib Posted: 22 Sep 2012 11:05 PM PDT KUALA LUMPUR, 22 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata wanita pada hari ini merupakan penggerak berkesan bagi pertumbuhan global selaras dengan peningkatan akses kepada pendidikan dan kuasa beli. Najib, yang pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata sebagai contoh, Women”s Economic Oppurtunity 2012 yang diterbitkan oleh The Economist melaporkan bahawa penglibatan wanita dalam pasaran pekerjaan telahberjaya meningkatkan ekonomi negara membangun pada abad ke-20. “Malah, penglibatan wanita dalam pasaran pekerjaan telah dilihat sebagai pemangkin ekonomi dan perniagaan,” kata Najib dalam ucapannya pada jamuan malamnanjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita (NCWO) sempena sambutanHari Wanita ke-50 di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur. Turut berangkat pada majlis itu Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Hamimah.Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abd Karim, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan,Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Noriah Kasnon dan Yang Dipertu NCWO Prof Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabuddin. Perdana Menteri berkata peranan wanita sebagai modal insan, pemacu ekonomi dan rakan transformasi dilihat sebagai aset penting kepada negara. Menyedari hakikat itu, beliau berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan pertumbuhan ekonomi seimbang daripada perspektifgender termasuk meluluskan Dasar Sekurang-kurangnya 30 peratus Wanita di Peringkat Pembuat Dasar Keputusan Dalam Sektor Korporat pada 2011. ”Kerajaan juga telah mengubal Peraturan-peraturan Kerja Separuh Masa selainmemasukkan peruntukan gangguan seksual di dalam Akta Kerja,” katanya.. Najib berkata persekitaran kerja yang mesra wanita dipercayai dapat meningkatkan penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan selaras dengan sasaran 55nperatus penyertaan golongan itu dalam pasaran pekerjaan. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah berusaha dengan gigih untuk memastikan wanita dapat bersama-sama berganding bahu dengangolongan lelaki dalam memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi danpembangunan negara,” katanya. Najib berkata perjuangan pemimpin wanita terdahulu yang berjiwa cekal dan tidak mengenal penat telah membolehkan Malaysia mencipta pelbagai kejayaan dalam usaha membangunkan golongan hawa di negara ini. Dalam pada itu Najib berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan penting untuk melengkapkan usaha kerajaan dalam pembangunan sosial negara, malah ia merupakan rakan kongsi strategik kepada kementerian bagi memastikan pembangunan masyarakat yang progresif dan inklusif. “Kerjasama strategik ini perlu dikekalkan dan marilah kita bersama-sama memastikan agenda pembangunan diarusperdanakan dalam pelbagai bidang pembangunan,” katanya. Mengenai sambutan Hari Wanita ke-50, Najib berkata ia merupakan satu pengiktirafan kepada sumbangan wanita dalam pembangunan negara dan berharap iaakan menjadi sumber inspirasi dan menyemarakkan semangat wanita hari ini sertagenerasi akan datang. Pada majlis itu Najib dalam teks ucapannya mengumumkan peruntukan RM500,000 kepada NCWO untuk membolehkan NGO itu menjalankan pelbagai aktivi dan programnya. |
BN Johor Tekad Pertahankan 26 Parlimen Posted: 22 Sep 2012 10:53 PM PDT JOHOR BAHARU, 22 Sept – Barisan Nasional (BN) Johor bertekad mempertahankan 26 kerusi parlimen di negeri ini yang sekaligus memberi sumber kekuatan kepada BN untuk mengekalkan perkhidmatan kepada rakyat. Menegaskan demikian, pengerusinya Datuk Abdul Ghani Othman berkata usaha sudah dilakukan dengan menggerakkan tenaga di peringkat akar umbi. Ini termasuk menggabungkan jentera parti komponen di 922 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan meletakkan lebih 160,000 anggota parti bersiap siaga di bawah pelbagai portfolio di pusat-pusat daerah mengundi. ”Denyut nadi keyakinan sudah pun dirasai di setiap peti undi. Hampir separuh daripada 1.5 juta pengundi di negeri ini adalah anggota parti BN. Inilah sumber asas kekuatan kita. “BN Johor menaruh keyakinan yang tinggi untuk meraih sokongan yang kuat di semua kerusi parlimen melalui sokongan asas anggota BN dan diperkukuhkan pula oleh perpaduan Melayu yang utuh di segenap ceruk negeri,” katanya. Abdul Ghani yang juga Menteri Besar Johor berucap pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan berkelompok Umno bahagian-bahagian Johor oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini, hari ini. Beliau berkata BN Johor yakin rakyat negeri ini mampu menilai masa depan agama, bangsa dan tanah air yang tidak boleh diserahkan kepada pakatan yang palsu serta tidak rela masa depan anak cucu mereka diperjudikan kepada suatupakatan yang tidak sepakat perjuangannya. Menurut Abdul Ghani sokongan rakyat Johor terhadap BN kukuh sejak dahulu lagi apabila memenangi 232 daripada 234 kerusi parlimen yang dipertandingkan sejak 1959. Katanya, rekod itu mencerminkan Johor merupakan kubu kuat BN yang bukandatang dengan sendirinya tetapi menerusi perpaduan, kegiatan bersama rakyat sepanjang tahun, kerja keras dalam setiap pilihan raya serta perkhidmatan yang amat meyakinkan rakyat. “Kita (BN Johor) sudah menempuh 12 pilihan raya umum sejak merdeka. Hanyadua kali kita kehilangan kerusi parlimen iaitu di Kluang pada 1978 dan Bakripada 2008. “Di Dewan Undangan Negeri, kita turut cemerlang dengan memenangi 459 kerusidaripada 576 yang dipertandingkan sepanjang tempoh itu,” tegasnya. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment