BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! PAS BATU GAJAH BOIKOT DEMO BANTAH FILEM 'INNOCENT OF MUSLIM' ??? APA CERITA NI ???

Posted: 23 Sep 2012 12:00 PM PDT


Dimaklumkan bahawa Pas Batu Gajah telah memboikot demonstrasi yang sepatutnya diadakan bersama Persatuan bukan kerajaan (NGO) pada pagi Semalam di depan Pasar Batu Gajah.Kini NGO terbabit terpaksa melakukan sendirian.Difahamkan juga Pas Batu Gajah terpaksa mengambil tindakan tersebut demi untuk menjaga hubungan antara Pas dan DAP supaya tidak retak ekoran bantahan keras yang dilakukan oleh umat islam terhadap Ngeh Koo Ham ekoran kenyataannya bahawa bantahan terhadap filem Innocent of Muslim yang telah dilaksanakan oleh umat Islam adalah membuang masa dan tenaga.

Menurut YDP NGO terbabit Pas takut jikalau nama Ngeh di sebut dalam demonstrasi yang telah diadakan walaupun pada mulanya mereka memberi syarat bahawa Pas Batu Gajah akan menyertai jika nama Ngeh tidak disebut,katanya.Walau bagaimana pun NGO terbabit berjaya mengumpumpulkan lebih 20 orang untuk menyertai demonstrasi tersebut.tahniah diucapkan kepada NGO ini walaupun demo itu tidak berapa ramai sekurang-kurang orang Batu Gajah ada semangat untuk membantah filem Innocent of Muslim.Tahniah juga diucapkan kepada Pas Batu Gajah kerana berjaya menunjukkan tahap ketakutan yang teramat sangat terhadap pemimpin tertinggi DAP Perak Ngeh Koo Ham.

RENUNG-RENUNGKAN 

BONGKAR !!! ROMPAKAN TERANCANG PAKATAN HARAM SELANGOR BAKAL MENGHANCURKAN SELANGOR !!!

Posted: 23 Sep 2012 08:30 AM PDT



Rompakan terancang pakatan haram ke atas Selangor bakal menyaksikan harta Selangor hampir licin ditelan adun-adun DAP,PKR dan PAS.Sepanjang empat tahun kepimpinan pakatan pembangkang mengambil alih negeri Selangor ternyata tidak ada apa perancangan dan pembangunan baik dari sudut infrastrutur mahupun dari sudut sumber manusia yang boleh dibanggakan oleh rakyat di negeri ini. Mereka hanya tahu bagaimana untuk mengaut hasil bumi sebagai contoh menjadikan pasir sebagai satu industri. Mereka mengeluarkan pasir di bumi Selangor dengan kuantiti yang begitu banyak.Apabila pasir ini sudah habis kelak, mereka tumpu pula kepada aset-aset anak syarikat.Sebagai contoh mereka jual tanah PKPS di Sarawak sebanyak 11 ribu hektar.Selepas itu,isu penjualan tanah Yayasan Selangor Kampung Pandan, isu jual padang bola di Kelana Jaya.Begitu juga dengan isu menjual institut kemahiran Yayasan Selangor di Sabak Bernam.Apa yang jelas bagi saya,mereka ini mengumpul kewangan untuk anak syarikat dan untuk negeri dengan menjual aset-aset yang ada.


Ternyata pakatan haram tidak tahu mentadbir negeri apabila mereka gagal membuat perancangan untuk memperkembangkan lagi aset-aset yang sedia ada termasuk memperbanyakkan lagi industri dalam negeri Selangor bagi membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.Mereka hanya berharap kepada apa yang diusahakan oleh kerajaan BN dahulu.Apa yang mereka nikmati hari ini adalah usaha gigih kerajaan BN sebelum ini.Tidak ada sebarang pembaharuan yang mereka lakukan atau sebarang penambahbaikan. Cuma yang ada hanya janji-janji kosong yang tidak mampu mereka laksanakan.


Begitu juga dengan janji-janji palsu manifesto Pakatan haram di Selangor bilamana puluhan janji dalam manifesto Pakatan haram di Selangor, hanya sebahagian air sahaja yang mampu mereka laksanakan berbanding dengan puluhan lagi janji-janji mereka yang masih belum tertunai.Air diberikan pada golongan kaya dan sederhana manakala golongan miskin terus terpinggir.Apa guna bagi air percuma kepada industri, iaitu kilang-kilang besar di Selangor dan rumah-rumah banglo.Mereka ini tidak terasa apa-apa dengan potongan sebanyak RM 11 itu.Golongan yang sepatutnya nak merasa RM 11 itu ialah rakyat berpendapatan rendah yang tinggal di bandar.Semua rakyat Selangor kita sama-sama berjihad menentang pakatan haram dari memerintah Selangor untuk bangsa, agama dan negara. - Selangor Daily

RENUNG-RENUNGKAN  

SAH !!! #SOROSFUND TAJA SUARAM,MALAYSIAKINI DAN TALI BARUT YANG LAIN !!!

Posted: 23 Sep 2012 05:00 AM PDT


Penjajahan bentuk halus oleh penyangak matawang Yahudi,George Soros melalui Open Society Institute (OSI) yang menyalurkan dana sekurang-kurangnya RM 2.4 juta kepada SUARAM (Suara Rakyat Malaysia). Liputan eksklusif TV3,20 September dengan menonton rakaman di bawah.jom kita lihat

   

RENUNG-RENUNGKAN

PILIHANRAYA SERENTAK !!! KARPAL SINGH BELASAH KHALID GAGAP ???

Posted: 23 Sep 2012 03:47 AM PDT


Pengerusi kebangsaan DAP,Karpal Singh mengakui pilihan raya negeri dan parlimen secara serentak dapat menjimatkan wang pembayar cukai.Bagaimanapun,katanya,beliau turut berpandangan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) harus diadakan pada penghujung penggal lima tahun.

"Rakyat mengundi kerajaan untuk tempoh lima tahun,oleh itu ekspektasi itu perlu dipenuhi," katanya.

Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dilapor berkata,Selangor tidak dapat mengadakan pilihan raya serentak dengan pilihan raya kebangsaan.Menurut beliau,perkara itu tidak boleh dilaksanakan kerajaan Selangor kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum membersihkan daftar pemilih bagi negeri berkenaan.Media pada 22 April lalu bagaimanapun melaporkan cadangan mengadakan pilihan raya berasingan itu menunjukkan pakatan pembangkang takut dengan angin perubahan yang melanda negeri itu.Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri,Datuk Seri Noh Omar dipetik berkata,Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang membuat saranan itu kerana sedar rakyat telah kembali kepada BN.Justeru,katanya,Anwar mula mencari alasan baru kononnya senarai daftar pemilih SPR tidak bersih dan hanya akan menyertai pilihan raya umum selepas semuanya bersih mengikut pandangan mereka.

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! SPR DEDAH PENIPUAN PKR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 22 Sep 2012 10:00 PM PDT


Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang media di pejabatnya di Putrajaya kelmarin berkata,wujud unsur penipuan yang berlaku dalam audit daftar pemilih yang dilakukan oleh PKR di negeri Selangor.Penipuan tersebut dikesan oleh SPR selepas Abdul Aziz dan Saifuddin dijemput dalam sebuah program radio Bernama baru-baru ini.

"Dalam program tersebut Saifuddin menunjukkan kepada wartawan gambar sebuah pondok yang dikatakan terdapat 18 orang pengundi berdaftar di Kampung Sungai Pusu,Gombak.Saya minta dia tunjukkan gambar tersebut,gambar tersebut kami ambil untuk buat kajian.Saya mengarahkan beberapa pegawai saya untuk memeriksa kawasan tersebut dan sebenarnya kawasan itu luas dan dikelilingi rumah apabila SPR turun dilapangan,rupa-rupanya,pondok itu adalah tempat letak motosikal dan sebenarnya terdapat 32 buah keluarga tinggal kampung tersebut,gambar tersebut sebenarnya di crop. "Ini salah satu bukti penipuan dalam audit yang dilakukan oleh PKR," katanya

"Pondok itu hanya digunakan oleh penduduk di kawasan itu untuk meletakkan motosikal dan terdapat kedai kopi di sana yang menggunakan alamat surat-menyurat itu.Peti surat disitu digunakan sebagai address point para penduduk kawasan itu.Rumah-rumah tersebut terletak di bukit sekitarnya dan dilindungi pokok.Sebab mengapa mereka menggunakan alamat sama adalah kerana ia terletak di atas tanah rata dan memudahkan posmen untuk menghantar surat.Ini tidak unik terdapat banyak kes di mana orang ramai menggunakan alamat sama atas sebab-sebab serupa.Ia tidak bermaksud pengundi-pengundi ini tinggal di pondok tersebut," katanya.

JOM LIHAT VIDEO DI BAWAH

 

RENUNG-RENUNGKAN

TWEET MENGHINA ISLAM !!! DAP WAJIB MENGHUKUM NGEH KOO HAM !!!

Posted: 22 Sep 2012 07:00 PM PDT


saya setuju dengan pandangan Datuk Seri Najib,iaitu 'kerosakan telah pun berlaku' dalam mengulas permohonan maaf oleh Ngeh Khoo Ham,Pengerusi DAP Perak yang mempersoalkan tindakan demonstrasi protes terhadap filem yang menghina Rasulullah SAW sebagai membuang masa dan tenaga.Lebih-lebih lagi apabila Koo Ham terlebih dahulu sebelum itu dilaporkan enggan meminta maaf.Ini menunjukkan bahawa permohonan maaf yang dilakukannya bukan kerana ikhlas tetapi kerana tidak tahan menghadapi tekanan dan kecaman rakyat.Kini,walaupun Koo Ham memohon maaf dan menarik balik kenyataannya,beliau tidak mungkin mampu merawat luka di hati umat Islam seperti mana juga beliau mungkin mampu memulihkan kembali kerosakan yang dilakukannya terhadap imej parti DAP yang sedia dilihat rasis,chauvinis dan tidak sensitif.Justeru,DAP tidak ada pilihan selain dari menghukum Koo Ham dengan hukuman yang setimpal. 

DAP perlu membuktikan bahawa ia adalah parti yang mengotakan apa dikata dan mempraktikkan apa yang dihujahkan iaitu kesamarataan total,tidak rasis serta sesuai untuk semua kaum.saya percaya,jika kaum Melayu yang memperlekehkan agama kaum India atau Cina,DAP pasti merupakan orang pertama mengecam dan mengasak tindakan berat dikenakan terhadap Melayu tersebut sambil menuduh UMNO menjadi dalang.Tetapi,kenapakah DAP tidak langsung menunjukkan sensitiviti yang sama apabila agama Islam yang menjadi sasaran ??? Tidak salah rasanya jika dikatakan bahawa DAP sebenarnya tidak pernah menghiraukan tuduhan rasis terhadap mereka,kerana ia adalah sesuatu yang benar dan mungkin dibanggakan oleh mereka.Malah,DAP juga kelihatan cukup berat walaupun untuk berpura-pura baik dengan kaum lain,terutama Melayu.Bagi DAP,kaum Cina perlu berada di atas kaum-kaum lain di Malaysia dan tidak perlu menghormati atau bertolak ansur dengan sesiapa.Sikap ini amatlah tidak konsisten dengan prinsip 'kesamarataan total' yang dilaungkan mereka sedangkan di masa yang sama mereka sering menuduh UMNO sebagai rasis dan berat sebelah. 

 Namun,UMNO terbukti cukup telus dan sedia mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpinnya yang telah mengguris hati rakyat dari mana-mana kaum pun.Antara yang terpaksa menerima akibat dari kesilapan seperti itu ialah Datuk Nasir Saffar,pegawai Khas Bahagian Komunikasi bagi Perdana Menteri.Kes Datuk Nasir tidak begitu kukuh kerana beliau di dakwa mengeluarkan kata-kata berbaur rasis terhadap pelancong dari Cina dan India yang ramai mengunjungi negara ini untuk melacur atau meminta sedekah yang mana merupakan fakta atau hakikat.Beliau bukannya merujuk kepada kaum Cina dan India yang menjadi warganegara Malaysia.Walaubagaimanapun,beliau tetap diarahkan meletakkan jawatan dan meminta maaf kepada kaum Cina dan India kerana UMNO mengambil kira hati kaum Cina dan India yang telah terguris.Begitu juga dengan Datuk Ahmad Ismail yang digantung keahlian UMNO selama 3 tahun kerana menggelar kaum Cina dan India sebagai pendatang. 

Kenyataan tersebut juga bukanlah sesuatu yang salah kerana memang benar nenek moyang kaum Cina dan India merupakan pendatang negara ini dan sikap anak-cucu mereka hari ini juga masih membawa semangat dan 'roh' negara asal nenek moyang mereka.Dengan itu,dari satu segi,kenyataan Datuk Ahmad Ismail masih boeh diperdebatkan tetapi kerana UMNO berpegang kepada prinsip memelihara sensitiviti semua kaum, maka beliau tetap dikenakan tindakan.Jelas,walaupun DAP sering menuduh UMNO sebagai rasis tetapi UMNO telah membuktikan sebaliknya.Yang jelas bersikap rasis,hanyalah DAP dan DAP semata-mata dari dahulu sehingga kini dan selama-lamanya. Dalam kes Adun DAP Kota Alam Shah,M. Manoharan yang menghina Jalur Gemilang di laman sosialnya,DAP telah bertindak menggantung beliau selama enam bulan sahaja walaupun perbuatan itu dianggap berat terutama apabila ia melibatkan wakil rakyat yang seharusnya mempunyai semangat patriotik yang tinggi.Namun begitu,apabila Lim Guan Eng menghina Sultan Johor,iaitu kesalahan yang begitu berat,tidak pula dikenakan apa-apa tindakan oleh DAP.Bukankah ini menunjukkan sifat rasis dan berat sebelah yang melampau di dalam DAP yang mana mungkin Manoharan telah tidak menyedarinya kerana terlalu sibuk mengampu ???

Kini,Koo Ham pula yang berlaku kurang ajar kepada umat Islam, dan kepimpinan tertinggi DAP nampaknya masih 'kabur' dan belum membuat kenyataan tegas terhadapnya.Sedangkan,kes Koo Ham adalah nyata dan tidak dapat diperdebatkan lagi.Apakah DAP merasa sukar untuk mengambil tindakan ke atasnya kerana beliau seorang Cina ??? Apakah DAP merasa sukar untuk memarahinya kerana parti itu juga berkongsi pendapat yang sama dengannya ??? Persoalan inilah yang memenuhi ruang fikiran rakyat Malaysia hari ini.Bagi menjawab persoalan ini,DAP tidak dapat tidak,wajib mengambil tindakan keras ke atas Koo Ham kerana telah dengan tidak bertanggungjawab mencurah minyak ke atas api yang sengaja dinyalakan oleh Nakoula Basseley Nakoula untuk membakar emosi umat Islam. 

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...