UMNO Online - “Hubungan Tanpa Prasangka Malaysia-Singapura Manfaatkan Kedua-dua Pihak” plus 9 more

UMNO Online - “Hubungan Tanpa Prasangka Malaysia-Singapura Manfaatkan Kedua-dua Pihak” plus 9 more

Link to UMNO Online

Hubungan Tanpa Prasangka Malaysia-Singapura Manfaatkan Kedua-dua Pihak

Posted: 03 Sep 2012 04:51 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Sept. – Hubungan negara berjiran antara Malaysia dan Singapura perlu sentiasa disemai tanpa ada rasa prasangka atau irihati agar perkembangan tersebut dapat merangsang kepada pertumbuhan dan kemajuan serantau yang lebih baik.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menekankan bahawa dua negara yang bersempadan perlu saling memberi sokongan serta mengambil sikap positif atas kemajuan dan perubahan dalam sesebuah negara.

"Kemajuan dalam sesebuah negara tentunya akan membawa kebaikan kepada jiran tetangganya yang mana Malaysia dan Singapura perlu mengaplikasikan sikap saling melengkapi tanpa ada rasa cemburu kerana ia akan merangsang kemajuan yang lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kunjungan hormat oleh Delegasi Penjawat Awam Singapura yang diketuai oleh Aaron Maniam di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) telah memberi penerangan berkaitan kedudukan UMNO serta BN yang menjadi tunjang dalam pentadbiran negara.

"Kekuatan Malaysia adalah kerana 'kesatuan dalam kepelbagaian' yang menjadi tunjang apabila di dalamnya diisi dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, berlainan bangsa dan etnik, berbeza agama tetapi sepakat untuk hidup bersama-sama.

"Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam memastikan kesejahteraan rakyat mencakupi semua bangsa termasuklah golongan yang berada di pedalaman iaitu bukan sahaja memastikan setiap janji ditepati tetapi juga mendengar suara hati masyarakat," katanya.

Seramai 45 orang penjawat awam yang terdiri dari Ketua Pegawai Eksekutif, Senior Eksekutif dan pengarah pelbagai agensi kerajaan di Singapura berkunjung bagi memahami struktur pentadbiran dan organisasi UMNO di samping membangunkan hubungan profesional antara dua negara.

Turut serta bersama delegasi tersebut ialah Duta Besar Singapura ke Malaysia H.E Ong Keng Yong. – MediaUMNO

PKR Leaders Need To Teach Its Youth Members Civility – Ahmad Zahid

Posted: 03 Sep 2012 04:16 AM PDT

KUANTAN, Sept 3 – Parti Keadilan Rakyat’s (PKR) top leaders need to teach and advise their Youth wing members on civility so that they will be civil towards the national leaders, says Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

He described the act of stepping on the pictures of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak recently, with the Angkatan Muda Keadilan (AMK) believed to be behind it, as uncouth and not the thing to do at all to a national leader  although they had a different political ideology.

“We may practise different religions and come from different political organisations, but we should not insult a national leader including stepping on his picture as he is the symbol of the nation’s leadership.

“I feel the PKR top leadership should teach and advise its AMK members to be more civilised in politics as what they have done is not part of Malaysian culture,” he said during a visit with 60 media practitioners to the Royal Malaysian Air Force base, here, today.

Ahmad Zahid, who is also an Umno vice-president, was referring to the offensive incident at the “Janji Bersih” gathering during the Merdeka Eve celebratiobn at Dataran Merdeka in Kuala Lumpur on Aug 30.

He urged the people, especially youths, to judge for themselves the behaviour of the opposition party members and supporters, besides the disunity among the opposition parties before deciding whether to choose them to form the next government.

On another matter, Ahmad Zahid said stern disciplinary action would be taken against any Umno leader or member “who tries to sabotage the party by leaking the names of candidates for the upcoming general election and information on the party’s election machinery”.

“The prime minister has warned and reminded about this. If any party leader or member conspire with the opposition by leaking confidental information, they will have to pay a heavy price for it,” he said.

On preparations for the upcoming elections, Ahmad Zahid said he and the other two Umno vice-presidents, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal and Datuk Seri Hishammuddin Hussein were assisting the prime minister by providing input on the candidates.

“However, the final decision lies with the prime minister,” he said and urged all the BN component party members to accept the decision in good faith in the interest of the ruling coalition.

Ketepikan Peranan Sultan Sebagai Ketua Negeri, Kerajaan Selangor Jangan Dolak Dalih

Posted: 03 Sep 2012 04:11 AM PDT

KUALA LUMPUR 3 Sept – Tindakan Kerajaan Selangor tidak menjemput Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 baru-baru ini menunjukkan sikap tidak hormat kerajaan negeri kepada Sultan.

Exco Wanita UMNO, Datuk Norhayati Onn menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima walau apa alasan yang diberikan, sambutan itu adalah suatu majlis rasmi kerajaan negeri dan bukannya majlis politik.

"Setiap kali majlis sambutan ulang tahun kemerdekaan di mana-mana negara, pemimpin tertinggi akan dijemput untuk menghadiri majlis berkenaan, tetapi apa yang berlaku kerajaan negeri telah mengenepikan Sultan Selangor dan sebaliknya memanggil orang luar yang tidak mempunyai hubungkait dengan Selangor.

"Kerajaan negeri lebih mengutamakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding Sultan Selangor sedangkan majlis itu bukannya majlis politik, apakah keistimewaan Anwar sehingga Sultan Selangor diketepikan daripada majlis berkenaan.

"Walau apa alasan yang diberikan olejh kerajaan negeri, tindakan yang dilakukan itu menunjukkan kepimpinan kerajaan negeri seperti tidak mengiktiraf kepada institusi kesultanan dan telah mempolitikkan sambutan itu daripada majlis rasmi kepada majlis politik," katanya kepada UMNO-Online.

Beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Selangor menyifatkan pembangkang sudah terdesak sehingga sanggup menggunakan sambutan rasmi kerajaan negeri sebagai majlis politik mereka dan mengenepikan peranan Sultan Selangor sebagai Ketua Negeri.

Menurutnya, apa yang berlaku itu menunjukkan secara tidak langsung bahawa pembangkang tidak menghormati sistem Raja Berpelembagaan yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

"Pembangkang nampaknya sudah menunjukkan untuk tidak menghormati sistem Raja Berpelembagaan di negara ini  yang menjadi tunggak kepada sistem pemerintahan dan pentadbiran negara ini.

"Baru dapat kuasa sedikit, pembangkang sudah menunjukkan taring mereka sehingga sanggup mengenepikan peranan sultan sebagai ketua negeri, tak tahulah jika mereka memerintah negara ini sudah tentu ada perkara yang lebih teruk daripada itu akan dilakukan," katanya.

Norhayati mengingatkan apa yang berlaku itu perlu dijadikan tauladan oleh seluruh rakyat bukan sahaja di Selangor mengenai kebiadaban pembangkang dan harus ditolak pada pilihan raya umum ke 13 nanti. -MediaUMNO

Dakwaan Polis Berlembut Terhadap Peserta Janji Bersih Tidak Tepat

Posted: 03 Sep 2012 04:07 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Dakwaan polis terlalu berlembut dan tidak mengambil tindakan segera terhadap penganjuran Himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka sehingga berlakunya salah laku peserta pada perhimpunan malam Khamis lepas adalah tidak tepat.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata polis sebenarnya telah mengambil tindakan pantas berhubung kejadian itu namun masyarakat tidak dimaklumkan mengenainya kerana ia dilakukan ‘di belakang tabir’.

“Dakwaan lambat atau tidak bertindak segera adalah tidak tepat kerana polis sebenarnya mengambil tindakan yang cepat tetapi masyarakat tidak tahu perkara sebenar.

“Perkara berlaku di belakang tabir, seperti polis telah mengumpul pelbagai maklumat, yang ada di antaranya disebarkan melalui twitter dan Facebook, (yang) mungkin tidak semua orang tahu mengenainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Bernama bagi mengulas dakwaan polis lambat mengambil tindakan ke atas segelintir peserta perhimpunan itu yang bertindak mempamerkan ‘bendera baharu’ serta insiden memijak dan menunjukkan punggung ke atas gambar pemimpin negara.

Ramli berkata sebagai sebuah pasukan yang dipertanggungjawab menjaga keamanan negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan ke atas perkara yang menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

“Polis sentiasa peka dalam menjaga isu-isu yang sensitif yang menjejaskan aspek keselamatan orang awam, malah untuk perhimpunan di malam ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka itu, polis telah membuat pemantauan sejak awal lagi. “Sejak dari awal polis nasihatkan pihak penganjur agar tidak meneruskan perhimpunan, malah perbincangan dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad juga gagal memperoleh notis kebenaran untuk berhimpun,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, polis tidak boleh bertindak secara serta merta berdasarkan sentimen semasa kerana setiap tindakan perlu diselaras mengikut undang-undang negara.

Menurut Ramli, tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur perhimpunan kerana peserta perhimpunan itu secara jelas membuat beberapa kesalahan yang berlawanan dengan perkara yang terkandung dalam Akta Perhimpunan Aman 2011.

PDRM semalam mengumumkan pembentukan tiga pasukan khas untuk menyiasat tindakan peserta perhimpunan itu yang membawa bendera ‘baharu’ Malaysia, memijak gambar pemimpin dan menunjuk punggung di khalayak ramai berdasarkan Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290 dan 504 serta Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Pasukan itu juga akan menyiasat laporan serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat PKR di Kota Bharu, Kelantan pada awal pagi Sabtu lepas.

Kepercayaan Kepada BN Bukan Perkara Yang Sia-Sia

Posted: 03 Sep 2012 04:05 AM PDT

KUALA LUMPUR 3 Sept – Ahli Dewan Undangan (ADUN) Permaisuri, Abdul Halim Jusoh melihat rakyat akan terus mendapat banyak manfaat sekiranya mereka terus memberikan kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus memerintah baik di peringkat pusat mahu pun negeri.

Dengan mengambil contoh keprihatinan kerajaan yang ditunjangi BN di negeri berkenaan, beliau seterusnya menambah pelbagai bantuan disalurkan termasuklah segala perancangan dan pembangunan dalam segenap aspek dilaskanakan oleh kerajaan negeri.

"Dari segi pendidikan, cuba kita tengok bagaimana kerajaan negeri membelanjakan sejumlah peruntukan yang cukup besar untuk memberikan komputer riba, bantuan pendidikan, sumbangan kepada mereka yang cemerang dan banyak lagi yang disalurkan.

"Dari segi kebajikan pula kerajaan negeri menyediakan dana yang secukupnya untuk membantu rakyat yang berada dalam kesusahan…Baiki rumah, bantu mereka yang tidak upaya dan macam-macam lagilah. Dengan kata lainya kami wakil rakyat dapat melaksanakan tugas dengan berkesan dan apa yang penting penduduk setempat mendapat perhatian sewajarnya. Sebab itulah saya tekankan pentingnya untuk rakyat terus memberikan kepercayaan kepada kita," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Sambil menyifatkan kerajaan negeri cukup 'cakno' dengan rakyat, Halim yang juga Naib Ketau Pemuda UMNO Setiu seterusnya menambah apa yang Pas tawarkan telah dilaksanakan dengan berkesan oleh kerajaan BN.

"Cuba kita nilaikan apa yang saya sebutkan diatas…..Bukankah ianya mencakupi apa yang Pas tawarkan iaitu Negara Berkebajikan…..Mereka baru sekarang mendendangkan Negara Berkebajikan sedangkan kita menerusi BN telah lama amalkan.

"Dulu, Kini dan Selamanya kita telah membuat kebajikan kepada rakyat tetapi kita tidak lah bangga diri sebaliknya melaskanakan tugas dan amanah dengan penuh tanggungjawab. Sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat, kami tentunya perlu menunaikan amanah berkenaan dengan penuh berkesan.

"Jadi harapan saya janganlah sesekali terpedaya dengan segala janji….Kita janji dan kita buat dan bukannya sekadar tin kosong. Dulu, Kini dan Selamanya kita telah berbakti kepada rakyat," katanya. -MediaUMNO

NGO Selangor Desak Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Tegas, Lucut Kerakyatan

Posted: 03 Sep 2012 03:39 AM PDT

SHAH ALAM 3 Sept. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Selangor hari ini tampil membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam insiden memijak gambar Perdana Menteri dan mempamerkan bendera baru bagi menggantikan Jalur Gemilang termasuk individu yang menunjukkan punggung ke atas gambar Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilaporkan semasa sambutan ambang ulang tahun Hari Kemerdekaan di Dataran Kemerdekaan di Kuala Lumpur pada malam Khamis lalu.

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin yang mengetuai laporan polis di Balai Polis Seksyen 6, di sini kira-kira pukul 3 petang tadi turut mendesak mendesak Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan 1948, dengan tindakan pihak berkuasa melucutkan kerakyatan terhadap mereka yang didapati melakukan perbuatan berkenaan.

"Kita mahu pihak berkuasa tidak memandang ringan mengenai insiden tersebut yang merupakan perbuatan yang biadap yang mencetuskan kemarahan rakyat di negara ini.

“Insiden yang berlaku dalam sambutan berkenaan (memijak gambar Perdana Menteri dan mempamerkan bendera baru) adalah satu tindakan yang melampaui batas. Mereka yang terlibat itu seolah-olah satu cubaan untuk menghasut orang ramai mencabar kedaulatan negara ini.

“Kita merasakan tindakan sedemikian satu perbuatan jahat yang ancaman kepada kedaulatan negara selain menjejaskan keharmonian di kalangan rakyatnya,” katanya di sini hari ini.

Selain GAPS, antara NGO yang turut membuat laporan polis itu ialah Waris Malaya, Majlis Belia Petaling dan Majlis Belia Klang.

Sementara itu, bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong turut menyifatkan insiden tersebut satu perbuatan yang boleh mencetuskan sentimen perkauman di kalangan rakyat.

Katanya, masyarakat Cina yang turut sama dalam insiden berkenaan yang berlaku dalam Himpunan Janji Bersih itu sepatutnya sensitif mengenai tindakan tersebut serta tidak ghairah untuk mencapai kepentingan politik tertentu.

“Masyarakat Cina yang terlibat dalam perhimpunan itu sepatutnya menghormati sensitiviti antara kaum dan berpegang kepada prinsip perpaduan dan keharmonian di negara ini. Tindakan memijak gambar Perdana Menteri adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Saya khuatir, tindakan sedemikian boleh mencetuskan isu perkauman yang boleh memburukkan lagi keharmonian antara rakyat di negara ini. Tidak kira sesiapa pun pemimpin, mereka adalah dipilih majoriti rakyat dan seharusnya kita hormati,” katanya yang turut agar tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang terlibat. -MediaUMNO

Manifesto Adalah Akujanji Antara Parti Dan Rakyat Bukan Bahan Mainan

Posted: 03 Sep 2012 03:34 AM PDT

KUALA LUMPUR 3 Sept – Apa pun alasan yang diberikan perlu diingat manifesto adalah akujanji antara sesebuah parti dengan rakyat dan bukannya perkara yang boleh dipermain-mainkan.

Bahkan ianya satu ikatan sekiranya rakyat memberikan kepercayaan kepada mana-mana parti untuk memerintah melaksanakan segala yang dijanjikan itu dan bukannya sekadar melihat sebelah mata, kata Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian Subang seterusnya menambah itulah perbezaan ketara antara Barisan Nasional (BN) dengan pembangkang yang mana BN melihat menifesto adalah satu janji yang perlu dilaksanakan.

"Sebab itu kalau kita perhatikan apa yang kita janji kita akan rancang dan laksanakan yang terbaik untuk rakyat. Kita tengok dan nilai apa yang  kita boleh buat dan apa yang kita boleh janji. Dan janji kita pula bukannya sekadar suka-suka.

"Malah jika diperhalusi dengan mendalam, yang kita tidak pernah janjikan pun kita buat demi kepentingan semua pihak. Berbanding sebelah sana pula cuba kita nilaikan… Apakah patut dinyatakan manifesto bukan satu perjanjian. Bagi saya terpulanglah kepada rakyat untuk membuat penilaian terbaik dan melihat dengan mendalam siapakah yang lebih bertanggungjawab dan peka serta prihatin dengan nasib rakyat khususnya di Selangor hari ini," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusnya menambah amat jelas kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Selangor dipermainkan oleh kerajaan negeri yang seolah-olah tidak ikhlas dalam melaksanakan apa yang dijanjikan sebelum ini.

"Isu pemberian air percuma contohnya…bukankah menimbulkan isu dan kekalutan kepada rakyat…begitu juga dengan pelbagai janji lain. Apakah mereka tidak tahu untuk menterjemahkan manifesto sebagai sesuatu yang realiti.

"Mungkin pada ketika dan saat mereka tawarkan manifesto sebelum ini, mereka tidak menjangkakan boleh menang di Selangor tetapi apa pun itulah tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Janji tetap janji," katanya. -MediaUMNO

Penduduk Kampung Nipis Dapat Sumbangan Zink, Peralatan Dapur

Posted: 03 Sep 2012 03:18 AM PDT

SIPITANG, 3 Sept –  Rakyat dinasihatkan agar menggunakan bantuan dan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan dengan sebaik-baiknya.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata bantuan dan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan adalah untuk membantu rakyat.

"Sebagai tujuan untuk membantu sudah tentu kerajaan mahu agar setiap bantuan dan kemudian yang diberikan dapat dimanfaatkan dan caranya adalah mempergunakan bantuan itu dengan sebaik mungkin," katanya pada majlis pelancaran gotong-royong dan penyampaian Sumbangan zink dan peralatan dapur kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Nipis dekat sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Sindumin Ahmad Bujang, Pegawai Kemajuan Rakyat (CDO) Sindumin Richard Kamtan, Ketua UMNO Zon Pantai Jaini Puasa, Ketua Anak Negeri Chemat Abdul Latif, Pengerusi JKKK Kg. Tanjung Nipis Sahiri Ambai dan Wakil Ketua Anak Negeri Baital Awang Besar.

Sapawi berkata kemudahan yang diberikan dan disediakan oleh kerajaan juga hendaklah dijaga dan tidak dibiarkan.

Katanya setiap rakyat bertanggungjawab unruk memastikan kemudahan yang diberikan dan disediakan itu boleh digunakan.

Menurutnya agak menyedihkan jika kemudahan yang diberikan dan disediakan itu tidak dijaga dan akhirnya rosak sehingga tidak dapat digunakan.

"Sikap bertanggungjawab harus ada pada setiap kita kerana kemudahan itu adalah untuk kita semua…untuk semua rakyat tanpa mengira agama mahupun suku kaum," katanya lagi.

Belittling Gov’t Similar To Tactic Of Communists, Says Jabu

Posted: 03 Sep 2012 02:21 AM PDT

KOTA SAMARAHAN (Sarawak), Sept 3 – Sarawak Deputy Chief Minister Tan Sri Alfred Jabu said today the tactic employed by an opposition party to garner the support of longhouse dwellers by claiming that it could serve better and belittling the government’s success was similar to that used by communist insurgents in the state in the 1960′s and 1970′s.

“This is almost like the communists during the insurgency who stole rice from one longhouse, claiming that it was theirs, before giving the rice to other longhouses,” he said.

He made the remarks when speaking at the ground-breaking for the Sarawak Native Courts and Native Customs Council new headquarters building, here.

Jabu said he knew well of the communist tactics of winning support as he was attached for two years with the Rajang Area Security Command (Rascom), a government entity formed in the 1970s to fight communist terrorism in the Sibu, Sarikei and Kapit divisions in Sarawak.

He said Sarawak would not have been able to enjoy the development that it had now if the communists had succeeded in overthrowing the government during the insurgency.

The Native Courts and Native Customs Council new building, costing about RM40 million, is expected to be completed in two years.

Malam Ambang Merdeka… Malam Himpunan Janji Palsu Pembangkang

Posted: 03 Sep 2012 02:16 AM PDT

Pada 27 Ogos, penganjur Himpunan Janji Demokrasi yang bertemakan Janji Bersih melalui wakilnya Maria Chin Abdullah telah membuat kenyataan rasmi, "Kita telah bersetuju dengan pihak polis, tiada banner, sebarang sticker (pelekat), atau ucapan pada perhimpunan malam itu, cuma Pak Samad (A. Samad Said) akan menyampaikan puisi sahaja".

Selanjutnya kata Maria Chin lagi, "pihaknya telah bersetuju akan mengadakan perhimpunan di Jalan Sultan dan di Dataran Merdeka seawal pukul 10 malam dan akan bersurai selepas pukul 12 tengah malam."

Itu janji mereka, janji yang ditaburi untuk mengaburi mata pihak berkuasa dan rakyat.

Hakikatnya, apa yang berlaku pada sejak awal malam 30 Ogos hingga pagi dinihari 31 Ogos 2012 langsung tidak menepati apa yang telah mereka janjikan.

Peserta perhimpunan Janji Bersih bukan sahaja tidak bersurai selepas detik 12 tengah malam malah sehingga jam hampir 2.00 pagi 31 Ogos sebahagian besar mereka masih bersorak-sorak di tepi-tepi jalan bertentangan Dataran Merdeka dan bangunan DBKL sehingga mengakibatkan kesesakan lalulintas.

Beberapa ketika sebelum itu, Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS dibiarkan sahaja menyampaikan ucapan di perkarangan bangunan DBKL sedangkan janji awalnya hanya A.Samad Said sahaja yang akan membacakan puisi.

Kelihatan juga penyokong tegar Anwar Ibrahim yang juga penulis politik, Hishamudin Rais memberi ucapan di selang seli dengan laungan reformasi dari penyokong pembangkang yang mendominasi himpunan tersebut.

Entah apa kaitan laungan tersebut dengan sambutan ambang merdeka kita pun tak tahu tapi ia semakin galak kedengaran sejak Mat Sabu diiringi ke perkarangan bangunan DBKL bersahut-sahutan dengan pekik lolong "hancur,hancur" dan "hidup, hidup, hidup rakyat".

Nampak sangat sambutan ambang merdeka di malam itu bukan lagi bertujuan untuk meraikan kemerdekaan negara tapi lebih kepada untuk menjayakan kempen politik pembangkang. Orang ramai yang datang khusus untuk menyambut malam merdeka jadi kebingungan.

Paling jelik bila melihat bendera PAS dan PKR dikibarkan pada malam tersebut oleh geng-geng pemuda kuning, mengesahkan lagi himpunan tersebut sejak awal lagi bermotifkan politik kepartian semata-mata.

Walhal sejak berminggu lalu, puak pembangkang agak bising mempertikaikan tema "janji Ditepati" yang menjadi pilihan sempena sambutan kemerdekaan tahun ini. Kata mereka tema tersebut bermotifkan politik dan mencemar kemeriahan hari kemerdekaan negara yang ke-55 tahun.

Tapi apa yang berlaku pada malam Himpunan Janji Demokrasi yang bertemakan Janji Bersih bukan sahaja sudah terbukti mencemari malam sambutan kemerdekaan tanahair tapi turut cuba mengubah sejarah kebanggaan panji negara apabila segelintir peserta mereka sengaja mengibarkan bendera lain ciptaan anak buah Anwar Ibrahim.

 

Tidak syak lagi, program malam tersebut yang dianjurkan oleh NGO proksi pro pembangkang sekali lagi membuktikan mereka hanya pandai berjanji tapi senantiasa liat untuk menepati janji, selayaknya malam tersebut digelar Himpunan Janji Palsu kerana itu lagi bersesuaian dengan tabie mereka sejak dulu-dulu lagi.

Baru jadi pembangkang yang memiliki sedikit kuasa di beberapa negeri sudah besar kepala dan pandai memungkiri janji. Patutlah rata-rata kalangan mereka cukup anti dengan tema "Janji Ditepati".

mykmu.net

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...