CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[VIDEO] PANAS Debat PAS vs. Guru Pondok

Posted: 18 Apr 2013 01:16 AM PDT






ISU Negara Islam bukan perkara baru - bukan kepada UMNO, bukan kepada Pas dan bukan juga kepada masyarakat Melayu Islam Malaysia.

Malah isu ini boleh dikatakan sama usianya dengan agama Islam. Dan selagi manusia mengamalkan politik, selama itu jugalah isu ini akan berlarutan.

Di negara ini, debat mengenai negara Islam atau pentadbiran Islam sudah berlarutan lebih seabad. Sebelum wujud parti politik seperti UMNO dan Pas, ia ditangani oleh apa yang disebut sebagai golongan tua dan golongan muda atau angkatan lama dan angkatan baru.

Malah, penubuhan Pas sendiri adalah cetusan daripada perdebatan ini apabila pada akhir tahun 1940-an, ulama-ulama yang menganggotai UMNO atau yang menyokongnya berselisih pendapat mengenai Islam dan peranannya dalam politik Malaya.


Pada tahun 1951, mereka yang tidak bersetuju dengan UMNO kerana bekerjasama dengan bukan Melayu, keluar dan menubuhkan Pas. Maka bermulalah persaingan politik yang berasaskan agama dan seterusnya mencetuskan pernyataan politik (political statement) yang berbeza mengenai Islam.
Debat negara Islam, sama ada di Malaysia, Indonesia, Arab Saudi, Iran, Pakistan, Libya atau Sudan, adalah debat mengenai interpretasi atau takrif politik. Ia isu politik, bukan isu agama.

Siapa berani menafikan yang Arab Saudi negara Islam? Pastinya tidak ada sesiapa pun yang waras fikirannya bersedia mengatakan Arab Saudi bukan negara Islam.

Tetapi Iran, Pakistan, Sudan dan banyak lagi negara di dunia mengaku mereka juga negara Islam. 

Hatta di negara yang mengamalkan sistem sekular seperti Indonesia, perdebatan ini tidak kurang hebatnya seperti yang berlaku di antara pergerakan Nahdatul Ulama dan Muhamadiah.

Jadi, siapa yang lebih Islam atau sebenarnya Islam? Apakah Arab Saudi lebih Islam dari Pakistan dan Iran lebih Islam dari Sudan?

Soalan ini mustahil terjawab kerana sama ada di Arab Saudi, Pakistan, Iran, Sudan, Nigeria, Maghribi atau Afghanistan, label negara Islam adalah label yang tercetus hasil daripada takrif dan pernyataan politik yang berbeza mengenai political Islam.

Tengok Dua-Dua Pun Macam Sarkas – Adibah Noor Jawab Isu Politik

Posted: 17 Apr 2013 10:53 PM PDT


Memandangkan tidak lama lagi seluruh rakyat Malaysia akan keluar mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang bakal diadakan pada bulan Mei ini, oleh itu selaku selebriti yang berpengaruh, Adibah Noor turut akui merasa penangan isu tersebut.

Menurut penyanyi serta pengacara terkenal ini, dirinya sendiri pernah dilamar untuk terlibat dalam salah sebuah aktiviti politik, akan tetapi dia menolak tawaran tersebut secara baik.

"Ada juga yang bagi tawaran, tapi saya cakap saya tak boleh buat macam itu sebab saya bukannya pandai sangat dengan bab-bab politik. Cuma kadang-kadang saya nak praktis dan menyuarakan sahaja bukannya cakap awak kena sokong mana-mana parti sebab ia telus ataupun tidak.
"Lagipun undi itu kan rahsia. Jadi saya rasa, biarlah ia kekal rahsia."

Apabila Adibah Noor mengeluarkan kenyataan bahawa undi adalah satu rahsia, jadi timbul persoalan dikalangan pihak media, betulkah ianya kini masih dianggap sebagai rahsia memandangkan kebanyakan orang awam, walhal artis sendiri sekarang ini semakin berani mendedahkan parti mana yang mereka sokong, sehingga ada yang sanggup berkempen dan melibatkan diri dengan mana-mana ceramah politik.

"Itulah, memang kadang-kadang saya ada terfikir juga betul ke rahsia. Tapi saya pun tak tahu.

"Lagipun ini baru pertama kali saya mengundi. Saya pun baru sahaja daftar 2,3 tahun lepas. Kalau nak ikutkan sebelum ini saya belum terpanggil dan tak ada kesedaran pun untuk mendaftar sebagai pengundi," ujar Adibah Noor sambil tergelak kecil.

Mengulas lebih lanjut mengenai hak serta tanggungjawab rakyat Malaysia yang digalakkan untuk mengundi, penyanyi ini akui ramai anak-anak muda sekarang masih kurang faham mengenai isu tersebut, tambahan pula dengan parti politik sekarang yang masing-masing mempunyai dramanya yang tersendiri.

"Saya percaya memang ramai mentaliti anak-anak muda sekarang ramai tak rasa atau terpanggil untuk mendaftar sebagai pengundi, terutama dengan situasi yang macam ini.
"Kalau kita tengok sekarang kedua-duanya pun dah macam sarkas, sampaikan akhirnya kita sendiri tak tahu nak mengundi yang mana satu, ini kan pula anak-anak muda sekarang. Mereka pun ramai yang pening tengok orang-orang tua yang berlagak macam budak-budak kecil terutama mereka yang berbangsa Melayu," komen Adibah Noor sewaktu bertemu di sidang media konsert '3 Permata' petang semalam.

Bidang pendidikan terjejas teruk jika pembangkang berkuasa

Posted: 17 Apr 2013 10:25 PM PDT

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam
SEGAMAT - Bidang pendidikan di negara ini akan terjejas teruk sekiranya rakyat memilih parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) untuk mentadbir negara.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata, beliau mahu para pengundi berfikir secara rasional kerana ikrar Pakatan Rakyat (PR) yang mahu mengurangkan penjawat awam sekiranya berjaya membentuk kerajaan sememangnya akan memberi ancaman besar kepada sektor itu yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara.

"Mereka berjanji mahu memberi rakyat pendidikan percuma sedangkan dalam masa yang sama pembangkang beberapa kali menyatakan hasrat mereka untuk mengecilkan jumlah penjawat awam yang mana kita sedia maklum bahawa guru adalah golongan terbesar dari jumlah keseluruhan kakitangan awam di negara kita,

"Justeru, jika ikrar itu dilaksanakan, bermakna jumlah guru semakin berkurangan dan ini akan mengakibatkan bidang pendidikan terjejas teruk yang mana akan memberi kesan jangka panjang kepada pembangunan, ekonomi serta pembangunan modal insan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan kepada 46 peniaga gerai makan di Kampung Abdullah yang mengalami kerugian akibat banjir baru-baru ini malam tadi.

PENGERUSI SPR: SPRM Kata Beri Wang/Tiket Kepada PENGUNDI LUAR BUKAN RASUAH

Posted: 17 Apr 2013 09:17 PM PDT



KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menyediakan elaun perjalanan untuk pengundi balik ke kawasan mengundi masing-masing, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam.

Beliau berkata SPR hanya menyediakan elaun kepada petugas SPR yang perlu bertugas pada hari pengundian berlangsung sahaja.

"Bila saya sebut petugas SPR itu bukan bermakna pegawai ataupun kakitangan SPR, tetapi mereka adalah kakitangan pejabat daerah, daripada Kementerian Pelajaran, majlis bandaraya yang mana mereka perlu bertugas pada hari mengundi dan masa-masa lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan 'Momentum' kelolaan radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) di sini.

Abdul Aziz diminta mengulas persoalan oleh segelintir pihak sama ada pengundi yang bekerja di luar kawasan daftar pemilih diberikan elaun perjalanan sekiranya pulang ke kampung halaman untuk mengundi.

Katanya, perkara itu tidak perlu dijadikan alasan untuk tidak keluar mengundi kerana pengundi boleh menukar alamat dalam kad pengenalan sekiranya lebih tiga bulan bermastautin di sesuatu tempat berdasarkan undang-undang.

"Sepatutnya duduk di satu tempat lebih tiga bulan, bawah undang-undang pendaftaran boleh ubah alamat di kad pengenalan, tukar di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) apabila telah tukar bagi tahu secara rasmi pertukaran kepada SPR," katanya.

Mengulas mengenai wujudnya keadaan di mana parti politik menyediakan elaun kepada pengundi untuk balik mengundi, Abdul Aziz berkata elaun itu tidak akan dianggap rasuah sekiranya diberikan tanpa syarat.

"Saya telah bincang dengan Datuk Seri Abu Kassim Mohamed (Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) adakah ini berbentuk rasuah...tidak dengan syarat bila beri wang, tiket, elaun jangan beri sebarang syarat.

Kalau bagi elaun ini lepas itu suruh pilih parti-parti tertentu, ini tidak boleh, (ia adalah) rasuah, saya tidak mahu ada kejadian membeli undi," katanya. - Bernama

SENARAI PENUH CALON PAKATAN PEMBANGKANG di Kelantan

Posted: 17 Apr 2013 08:15 PM PDT


P19 TUMPAT: Kamarudin Jaaffar.
N1 Pengkalan Kubur: Shahrom Ibrahim (PKR)
N2 Kelaboran: Mohd Zaki Ibrahim.
N3 Pasir Pekan: Ahmad Yaacob.
N4 Wakaf Baru : Che Abdullah Nawi.

P20 PENGKALAN CHEPA: Izani Hussein.
N5 Kijang: Wan Ubaidah Wan Omar.
N6 Chempaka: Nik Abdul Aziz Nik Mat.
N7 Panchor: Mohd Amar Nik Abdullah.

P21 KOTA BHARU: Takiyuddin Hassan.
N8 Tanjung Mas: Rohani Ibrahim.
N9 Kota Lama: Annuar Tan Abdullah.
N10 Bunut Payung:  Ramli Mamat.

P22 PASIR MAS: Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.
N11 Tendong: Rozi Mohamad.
N12 Pengkalan Pasir: Hanifa Ahmad.
N13 Chetok: Abdul Halim Abdul Rahman.

P23 RANTAU PANJANG: Siti Zailah Mohd Yusoff
N14 Meranti: Nasaruddin Daud.
N15 Gual Periok: Ahmad Awang.
N16 Bukut Tuku: Abdul Rasul Mohamad

P24 KUBANG KERIAN: Ahmad Baihaqi Atiqullah.
N17 Salor: Husam Musa.
N18 Pasir Tumbuh: Abdul Rahman Yunus.
N19 Demit: Mumtaz Mohd Nawi.

P25 BACHOK: Ahmad Marzuk Shaari.
N20 Tawang: Hassan Mahmood.
N21: Perupok: Mohd Huzaimi
N22: Jelawat: Abdul Aziz Kadir.

P26 KETEREH: Ab Aziz Kadir (PKR)
N23 Melor: Yusnan Yusof
N24 Kadok: Azami Mohd Nor.
N25 Kok Lanas: Nik Mahadi Nik Mahmod.

P27 TANAH MERAH: Nik Mahmod Nik Ab Aziz (PKR).
N26 Bukit Panau: Abdul Fatah Mahmood.
N27 Gual Ipoh: Wan Yusuf Wan Mustafa.
N28 Kemahang: Mejar Anizan Abdul Rahman.

P28 PASIR PUTEH: Nik Mazian Nik Mohamaed.
N29 Selising: Saiful Baharin.
N30 Limbongan: Mohd Nazlan Mohamad
N31 Semerak: Wan Hassan Wan Ibrahim.
N32 Gaal: Tuan Mazlan Tuan Mat

P29 MACHANG: Wan Zawawi Ismail (PKR).
N33 Pulai Chondong: Zulkefli Mamat.
N34 Temangan: Mohd Fadzli Hassan.
N35 Kemuning: Mohd Roseli Ismail

P30 JELI: Apandi Mohamad.
N36 Bukit Bunga: Sufely Razak.
N37 Air Lanas: Abdullah Yaacob.
N38 Kuala Balah: Ramlan Mat (PKR).

P31 KUALA KRAI: Mohd Hatta Ramli.
N39 Mengkebang: Abdul Latif Abdul Rahman.
N40 Guchil: Che Rosli (PKR).
N41 Manek Urai: Fauzi Abdullah.
N42 Dabong: Ku Mohd Zaki Ku Hussin.

P31 GUA MUSANG: Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
N43 Nenggeri: Mohd Azihan Che Seman (PKR).
N44 Paloh: PKR
N45 Galas: Abdullah Hussein.

[PENTING] Jangan ABAIKAN Pengundi Luar, Jika BN Ingin Menang di Kelantan

Posted: 17 Apr 2013 12:56 PM PDT

Himpunan Perdana Anak-Anak Kelate Di Perantauan 2013
Sebelum ini pada 5 Februari lalu, Mustapa melancarkan Gelombang Merah Pemuda di ibu pejabat parti itu Kota Bharu dihadiri lebih 600 penyokong UMNO empat peringkat. Pelancaran Gelombang Merah itu adalah ekoran gendang perang dipalu beliau di hadapan 120 pemimpin tertinggi parti itu dari setiap bahagian di UiTM Machang.

Paluan keramat itu menandakan jentera pilihan raya UMNO Kelantan sedang bersiap sedia menyerang PAS pimpinan Datuk Seri Nik Abdul Aziz sudah bermula.

Ini adalah kali kedua Mustapa diberi mandat untuk memimpin barisan kepemimpinan BN dan UMNO Kelantan untuk merampas kembali negeri itu daripada PAS. Kali pertama ialah pada 2004 ketika Pilihan Raya Umum Ke-11.

PAS memerintah Kelantan sejak 1990 apabila parti itu bekerjasama dengan Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah berjaya mengalahkan BN yang memerintah Kelantan sejak 1978.

Dalam tempoh lebih 22 tahun PAS memerintah Kelantan, pelbagai usaha dilakukan BN untuk menambat hati rakyat Kelantan, tetapi nasib masih menyebelahi PAS. Kekalahan BN bukan bermakna Pas kuat, namun banyak faktor lain yang memungkinkan PAS menang.

Himpunan Perdana Anak-Anak Kelate Di Perantauan 2013

Pengundi Luar 

Ketika ini, ada 15 peratus daripada jumlah pengundi yang berdaftar di Kelantan berada di luar negeri ini dan sokongan mereka tentunya mampu merubah senario politik di Kelantan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, mereka merupakan kira-kira 15 peratus pengundi yang berdaftar di Kelantan yang mempunyai kuasa penentu kemenangan sesebuah parti.

Kesemua 14 bahagian Umno di Kelantan diarah mengenal pasti lebih 100,000 pengundi yang berada di luar negeri itu pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Awang Adek, yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok berkata, usaha setiap bahagian mengenal pasti pengundi luar itu akan dipantau oleh Biro Pengundi Luar yang dipengerusi Ketua Umno Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Himpunan Perdana Anak-Anak Kelate Di Perantauan 2013
Pengundi Luar Menyokong BN  Kecewa

Berdasarkan pertemuan dengan rakan-rakan yang berada di Lembah Kelang, kebanyakan mereka merungut dan mengeluh kerana tidak ada wakil UMNO atau BN yang menghubungi mereka.

Malah ramai daripada mereka terpaksa menghantar message kepada Badan Perhubungan UMNO Kelantan melalui Facebook kerana tidak mendapat respond setelah message dan sms dihantar kepada UMNO di peringkat Bahagian.

Tidak adakah usaha di peringkat UMNO Bahagian untuk mengumpul senarai nama pengundi luar berdasarkan PRU yang lalu. Jika mereka telah mempunyai senarai, sepatutnya mereka perlu menghubungi pengundi luar dan terus menjalankan kempen agar pengundi mengundi BN.

Bukan sebaliknya, dimana pengundi pula yang bersusah payah menghubungi UMNO Bahagian.

Malah terdapat aduan yang dihantar terus kepada facebook YB Dato' Sri Mustapa Muhamad meluahkan perasaan sedih atas layanan daripada jentera parti di peringkat Bahagian yang dikatakan berlagak seperti lebih sudu daripada kuah.

Antara aduan tersebut adalah"

"Salam Dato Pa , Saya Nak report kawasan TIKAT DUN KIJANG PARLIMEN PENGKALAN CHEPA tidak layan pengundi luar yang nak balik mengundi BN untuk Menumbangkan PAS .Siap boleh bagitahu Undilah sapa2 pun ..Bukan Nak mengajak pengundi yang sudah datang untuk membantu..Puncanya takut wang peruntukan Habis tak dapat banyak kat diorang ..Inilah akibatnya lantik orang yang jaga Duit ,,tukang kebun sekoalah , bukan orang profesional ..cepat rabun mata tengok duit ..kalau cakap elok2 tak per..ini tidak mesra alam..Macamana Usaha Tok Pa nak menawan kelate terhasil ..jika orang yang macam ni ada.Sila Siasat Untuk kepentingan Umno dan BN kelate."

Undi mereka seolah-olah tidak bernilai langsung kepada UMNO dan BN Kelantan.

Jika perangai sedemikian berterusan, dikhuatiri usaha To Pa' selama ini akan menjadi sia-sia. Jangan lupa, pengundi luar juga mampu mempengaruhi ahli keluarga mereka di kampung untuk memilih parti mana yang mereka kehendaki.

Jentera parti UMNO dan BN Kelantan, diharap tidak berlagak sombong dengan pertambahan sokongan rakyat Kelantan sejak akhir-akhir ini. Sokonga mereka boleh berubah bila-bila masa sahaja.

Himpunan Perdana Anak-Anak Kelate Di Perantauan 201

Perhimpunan Perdana Anak-Anak Kelantan 2013

Jentera parti diingatkan tidak lalai dengan sokongan di Perhimpunan Perdana Anak-anak Kelantan 2013 pada 17 Februari 2013, bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil

Jumlah kehadiran di himpunan ini dianggarkan melebihi 15,000 orang dengan sebahagian besarnya berpakaian merah sesuai dengan semangat Gelombang Merah yang kini semakin menyemarak di hati sanubari majoriti rakyat Kelantan.

Jika diambil kira ribuan lagi yang berlegar di ruang pendaftaran di pintu masuk utama stadium, mungkin keseluruhan hadirin mencecah sekitar 18,000 orang atau lebih.

Jangan kecewakan mereka yang telah bersemangat menumbangkan PAS di Kelantan dalam PRU13 ini. 

PAS bayar pengundi luar RM250 

Pada pilihanraya kecil DUN Galas, PAS secara terang-terangan menyatakan akan membayar sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar DUN Galas bagi menampung kos perjalanan mereka untuk keluar mengundi. 

Penasihat jentera pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil itu, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, bayaran itu bukanlah satu bentuk rasuah. Katanya, bayaran tersebut hanyalah untuk memudahkan kumpulan pengundi berkenaan, sejumlah 1557 orang bagi keluar mengundi. 

"Kita berjanji lepas mereka mengundi kita akan bayar kepada mereka," katanya 

Berdasarkan PRU yang terdahulu, Pas dilihat sanggup mengeluarkan belanja yang besar kepada pengundi luar bagi memastikan penyokong mereka dapat pulang dan memberi satu undi kepada mereka. 

Di sini jelas bahawa, satu undi sangat penting dan dihargai oleh Pas. 

Bagi UMNO, perkara yang sama juga telah dilaksanakan, cuma jentera parti sepatutnya lebih jujur dan perlu dilihat menghargai dan mengutamakan pengundi.

Kita tidak mahu perkara yang berlaku pada PRU12 berulang kembali. Umpamanya semasa PRU12, Bahagian Kota Bahru menyediakan sebanyak RM400 kepada pengundi luar (Lembah Klang) tetapi Bahagian Jeli hanya menyediakan RM250. Ini jelas jentera parti lebih mementingkan perut masing-masing mengatasi pengundi.

 

 

[VIDEO & GAMBAR] Kereta PALING Mahal di DUNIA, "LAIN KALI LAH"

Posted: 17 Apr 2013 10:10 AM PDT






PRU13 sudah semakin hampir, pasti akan ada yang akan berhabis dengan menabur dan menghembur wang kepada pengundi dengan pelbagai cara demi memastikan para pengundi mengundi mereka pada pilihanraya kali ini.

Pasti akan ada juga pihak yang akan menerima nikmat daripada projek menjual air liur, mencetak bendera dan banner, serta kepada janji-janji projek besar dan projek mega seperti projek Trowong Bawah Laut di Pulau Pinang.

Pasti juga akan ada yang berangan untuk memiliki kereta-kereta mewah. Apa kata anda dengan kereta mewah di bawah. Jangan lupa harga kereta yang dinyatakan masih dalam US dollar.

Lamborghini Veneno with 750 hp at $4.6 million price tag, beats the the defending champ Bugatti Veyron at $2.4 million. Lamborghini Veneno is officially the most expensive "Road Worthy" Car in the World!

 

Anwar temui pelanduk 2 serupa?

Posted: 17 Apr 2013 06:36 AM PDT


KUALA LUMPUR 16 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mengesahkan sama ada benar dakwaan yang beliau telah menemui seorang individu mirip wajahnya untuk mengaku terlibat dalam semua kegiatan liwat yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Yasin memberitahu, lelaki tersebut didakwa berasal dari Thailand tetapi sedikit muda setelah usaha mencari orang yang memiliki wajah dan umur yang sama dengan Anwar gagal.


Berikut adalah kenyataan penuh SD Johari:

1. Kita difahamkan melalui maklumat dari dalam PKR bahawa Anwar telah berjaya dalam usaha mencari 'pelanduk dua serupa' yang mirip wajahnya. Orang tersebut dikatakan berasal dari Thailand, cuma sedikit muda daripada Anwar. Mereka gagal mencari orang yang sama rupa dan sama umur.

2. Kita juga difahamkan bahawa usaha ini mengambil masa yang lama sebab pelanduk dua serupa tersebut terpaksa melakukan 'plastic surgery' untuk pastikan paras rupa mirip Anwar.

Dengar kata orang Thailand itu akan membuat pengakuan dalam bahasa Thailand bahawa dia yang terlibat dalam semua kegiatan liwat. Anwar juga akan buat dakwaan bahawa UMNO yang bayar orang Thailand tersebut.

3. Anwar juga dipercayai akan menggunakan episod 'pelanduk dua serupa' beliau sebagai case reference untuk menyelamatkan Mustafa Ali. Kita tidak menuduh Anwar apa-apa tetapi hanya meminta Anwar supaya dapat buat pengesahan tentang perkara ini sama ada akan berlaku atau tidak.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...