BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! TERBUKTI MAT SABU PUAK SYIAH !!! JOM BACA SELAWAT MAT SABU !!!

Posted: 03 Sep 2012 11:53 AM PDT


Daripada Abdurrahman bin Abu Laila,beliau berkata Ka'ab bin Ujrah pernah berkata :

اللهم صل على محمد كما صليت على ابراهيم وعلى ال ابراهيم انك حميدمجيد اللهم بارك على محمد وعلى ال محمد كما باركت على ابراهيم وعلى ال ابراهيم انك حميد مجيد. اخرجه البخاري ٣٣٧٠

Sesungguhnya ada banyak jenis selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Antara laman yang boleh dikongsikan seperti ini http://ad-diyari.com/fail_pdf/Artikel/Al-Idrak/Al-Idrak%20Edisi%202%202010_AFN.pdf dan banyak lagi,khususnya berguru dengan ustazustaz dengan kepelbagaian dan jenisjenis selawat kepada Rasulullullah SAW.Malangnya,Mat Sabu mempunyai Selawat yang berbeza ??? Selawat Nabi yang dilafazkan oleh Mat Sabu lebih kepada Selawat fahaman Syiah !!!

Apakah Mat Sabu tidak mampu membuang fahaman Syiah beliau ??? Apakah PAS di bawah Mat Sabu semakin Syiah ??? Tahukah anda Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak mengiktiraf fahaman Syiah ??? Tahukah anda bahaya fahaman Syiah ??? Tahukah anda Amerika tidak akan menyerang Iran kerana Iran berfahaman Syiah ??? Kami hanya melontarkan,Jika anda hendak berbahas,anda boleh bertemu Rektor KUIN, Kedah Bertanyalah kepadanya akan fahaman Syiah yang dibawa oleh Mat Sabu dalam PAS - MyMassa

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! APA MOTIF PAKATAN HARAM CADANGKAN BENDERA MIRIP KOMUNIS ???

Posted: 03 Sep 2012 08:30 AM PDT



Usaha Pakatan Rakyat memperkenalkan bendera baru bagi menukar Jalur Gemilang benar-benar memakan diri parti tersebut.Walaupun Anwar bersungguh-sungguh cuba menafikan yang PR punya sebarang niat sedemikian, namun pengakuan pegawai Anwar untuk tugas sebagai penasihat ekonomi Selangor,Najwan Halimi,sebagai pencipta bendera tersebut,menyebabkan penafian Anwar terkantoi.


Najwan telah mempertahankan bendera Sang Saka Bangsa ciptaannya yang didakwanya dicipta seawal tahun 2007. Profile facebook Najwan menamakan dirinya sebagai Timbalan Ketua Penerangan AMK Malaysia, seorang pengamal politik 'moderate' dan pengasas serta pengarah Akademi Pak Sako, sebuah akademi yang menggunakan nama Pak Sako, nama sebenar kepada Ishak Haji Muhammad, individu yang mengagaskan idea penyatuan Melayu Raya Indonesia, Malaysia dan Brunei.


Perlu diingatkan iaitu,pada tahun 2003,PKR,pada ketika itu memakai nama Parti Keadilan Nasional (PKN) telah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) iaitu satu-satunya parti berhaluan kiri yang masih wujud pada hari ini.

Mengimbas sejarah PRM, pada tahun 1958, PRM pimpinan Ahmad Boestamam telah bergabung dengan Parti Buruh Malaya, pimpinan Pak Sako dan Parti Perhimpunan Kebangsaan, pimpinan Abdul Aziz Ishak) dan menamakan gabungan mereka sebagai Barisan Sosialis Rakyat Malaya (Malayan People's Socialist Front) yang berhaluan kiri.


Bendera Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1896 hingga 1950

Sebelum itu, pada tahun 1938 Ahmad Boestamam menubuhkan Gerakan Kiri Tanah Air (KITA) yang bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya bagi menentang Jepun. Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1945.PKMM mempunyai dua cawangan pemuda dan pemudi iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Boestamam, dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh yang juga salah seorang aktivis komunis.Pada tahun 1947,PKMM dipimpin pula oleh Pak Sako.PKMM kemudiannya,menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan bergabung pula dengan AMCJA (All-Malaya Council of Joint Action) sebagai gabungan kumpulan sosialis Malaya.Gabungan ini bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 untuk penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.Ini kerana PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Dalam usaha merealisasikan gagasan ini, PKMM mengambil bendera kebangsaan Indonesia – Sang Saka Merah Putih sebagai bendera parti dan lagu kebangsaan Indonesia Raya sebagai lagu kebangsaan PKMM yang sering dinyanyikan dalam perhimpunan PKMM Dan bendera inilah yang begitu mirip dengan bendera ciptaan Najwan dari segi nama dan juga rupa. Ia juga membawa ciri-ciri komunis iaitu latar merah dan bintang kuning.Oleh itu,persoalan yang timbul ialah, apakah 'roh' Pak Sako dan komunis hanya satu kebetulan dalam bendera Sang Saka Bangsa Z??? Apakah kecenderungan PR untuk mengwirakan Mat Indera,seorang pengganas komunis, merupakan sebahagian dari keseluruhan agenda besar komunisme ???

Apabila berlaku konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1963,Ahmad Boestamam,Pak Sako dan Aziz Ishak ditahan di bawah undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menjadi pembelot negara dengan bersekongkol dengan Indonesia.

Dan apa yang ironi di sini ialah,Anwar juga dianggap sebagai pengkhianat negara dan sering mengunjungi Indonesia untuk memburuk-burukkan Malaysia serta menghasut rakyat di negara tersebut agar memandang serong dan rendah terhadap rakyat dan negara ini.Seolah-olah beliau cuba menggerakkan satu konfrontasi pula.Mungkinkah impian Anwar setinggi itu iaitu memanjangkan idea Pak Sako iaitu menggabungkan Indonesia-Malaysia dengan meletakkan dirinya sebagai Ketua bagi gugusan Melayu rantau ini ???

Apakah jenis pemimpin yang dengan sengaja 'menjemput' negara asing menjajah kita sedangkan pemimpin seharusnya mempertahankan negara dari dijajah ??? Apalagi negara yang jauh lebih mundur dari kita seperti Indonesia.saya tak dapat membayangkan adanya sebarang penjelasan yang masuk akal dari pihak PR berkenaan isu bendera Sang Saka Malaya ini.PR boleh terus menafi,tetapi kerosakan telah pun berlaku.Rakyat kini telah sedar siapakah PR dan apakah agenda besar parti ini untuk Malaysia.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! SAH !!! AGENDA REPUBLIK MALAYSIA SEMAKIN KETARA !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 03 Sep 2012 05:00 AM PDT



Ramai yang berang dengan sikap keterlaluan puak-puak pakatan haram yang bukannya meraikan Hari Kemerdekaan,tetapi memperlekeh dan menghina sambutan tersebut.Dalam himpunan 'Janji Demokrasi' yang diadakan pada malam Merdeka,penyokong-penyokong PR telah bertindak mengenepikan Jalur Gemilang dan sebaliknya sebuah bendera baru mirip Indonesia dan Singapura 'diperkenalkan'.Terdapat juga risalah yang diedarkan untuk mengajak rakyat mengubah Jalur Gemilang kepada bendera baru itu.Jelas,puak-puak pakatan haram sudah tidak lagi dapat menyembunyikan pendirian mereka yang selama ini menafikan atau menolak sejarah kemerdekaan negara ini.Walaubagaimanapun,setelah dicemuh secara meluas,pemimpin-pemimpin PR telah terpaksa menafikan adanya niat untuk menukar bendera Malaysia di pihak mereka.Namun,penafian semata-mata tidak membawa makna.Sebaliknya,tindakan PR yang sering berupa 'khianat' terhadap negara ini menjadi bukti pupusnya patriotisme di dalam diri mereka.PR,terutamanya PKR dan DAP banyak berkongsi pendirian yang sama terutama mengenai menghapuskan Institusi Raja-raja atau menubuhkan Republik Malaysia.PAS,walaubagaimanapun,hanyalah pak turut yang bingung,dungu dan tidak tahu apa-apa yang masih beretorik konon ingin membina Negara Islam.

Di kalangan mereka yang celik politik,siapa tidak tahu akan niat Anwar untuk menjadikan negara ini negara Republik.Perkara ini telah pun didedahkan oleh Ummi Hafilda dalam siri-siri ceramahnya dan juga sidang akhbar.Selain itu,Raja Petra Kamaruddin, yang satu ketika dahulu adalah penulis upahan Anwar,sebelum membuat U-turn dan membelasah Anwar,pernah beberapa kali menulis secara berkias mengkritik sistem Beraja,iaitu satu usaha dari pihak Anwar menghasut rakyat mempersoalkan sistem tersebut.Penentangan DAP terhadap Institusi Raja pula bukanlah sesuatu yang baru.DAP yang selamanya anti Melayu,Islam amat memusuhi Institusi Raja-raja kerana disitulah terdapatnya benteng pertahanan Melayu dan Islam.Beberapa kali,DAP mempergunakan PKR dan PAS untuk mempersoal atau memperleceh titah Sultan dalam memperkatakan isu mengenai Islam.Kemuncaknya,dalam sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Negeri Selangor,PR telah bertindak membelakangkan terus Sultan Selangor.Inilah bukti kukuh bahawa PR benar-benar ingin menukar negara ini menjadi Republik.Mencadangkan bentuk bendera yang menyerupai negara-negara jiran kita yang merupakan Republik menunjukkan yang agenda ini telah pun lama berjalan.


Jika kita menyusuri usaha puak-puak ini,kita akan mendapati bahawa mereka ada mewujudkan blog dan portal,buku dan risalah yang bertujuan mengubah sejarah negara ini,terutama mengenai Kemerdekaan.Matlamat mereka ialah mempertikai peranan pejuang-pejuang UMNO/Melayu serta mengiktiraf peranan komunis dalam perjuangan kemerdekaan.Untuk itu,mereka telah menghina askar-askar Melayu,Cina dan India serta orang-orang awam yang telah terkorban dalam pertempuran atau dibunuh kejam oleh komunis.Tidak sukar untuk kita memahami kenapa pihak PR,terutamanya DAP,cuba membela komunis iaitu kerana generasi dari darah komunis itu enggan menerima hakikat bahawa nenek-moyang mereka adalah petualang dan pembunuh kejam.Sebaliknya,mereka ingin mengubah sejarah menjadikan nenek-moyang mereka yang kejam itu, sebagai wira.

Bukan sejarah mengenai komunis dan kemerdekaan sahaja yang ingin diubah mereka, tetapi juga semua sejarah yang memaparkan pengkhianatan dan kekejaman mereka, contohnya 13 Mei juga, cuba diubah atau dipadam terus.Masalah tidak dapat menerima hakikat sejarah ini diwarisi atau dipelajari DAP dari PAP Singapura. Kita sedia maklum bahawa Singapura telah pun memadamkan terus sejarah negara itu sebelum kedatangan Sir Stamford Raffles. Secara teknikalnya, sejarah Singapura ditulis kembali seolah-olah ia adalah sebuah pulau yang tidak bertuan, tidak pernah ditemui atau dihuni oleh sesiapa sebelum Raffles.Kisah bagaimana Temasek,iaitu nama lama Singapura, telah menjadi pelabuhan penting sejak kurun ke 14 ditutup, mungkin kerana ingin memadamkan terus nama-nama yang menunjukkan bangsa penduduk asal seperti Sang Nila Utama,Parameswara atau Iskandar Shah,iaitu Raja terakhir Temasek.Adalah penting bagi PAP untuk menghapuskan nama-nama atau jejak-jejak peradaban atau ketamadunan Melayu lama bagi memberi mereka 'tapak' dan alasan untuk 'menjajah' dan menindas kaum Melayu.Bagi PAP, imbasan sejarah silam dikhuatiri akan menaikkan semangat cintakan negara yang membawa kepada pemberontakan atau perjuangan ke arah kemerdekaan bagi menuntut kembali tanahair yang telah tergadai.

Atas tujuan yang sama,PR cuba menanam sifat memandang remeh terhadap kemerdekaan negara di kalangan rakyat di Malaysia.Himpunan Janji Demokrasi yang diadakan mereka sebenarnya membawa matlamat ini.Sedarlah bahawa matlamat mereka untuk mengikut jejak langkah Singapura dengan menenggelamkan sejarah Melayu lama bukanlah cakap-cakap kosong.Sesungguhnya,mereka telah lama berusaha ke arah itu, dengan dibantu oleh Melayu-melayu pengkhianat di dalam PKR dan Melayu-melayu dungu di dalam PAS.Justeru,bendera 'baru' Malaysia yang dikibarkan PR bukan isu remeh,ia sebenarnya membawa agenda yang jauh lebih besar dan bahaya,jika kita semua sanggup mengambil sedikit masa untuk memikir dan mengkaji sejarah,sikap dan tindakan DAP/PKR selama ini.PAS ??? Abaikan saja parti ini akan menurut apa saja,asalkan dapat bergandingan bersama ke Putrajaya.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! KISAH HUDUD YANG ANDA PERLU TAHU !!! PUAK PAS TOLONG BACA !!!

Posted: 03 Sep 2012 02:01 AM PDT


Setiap kali menjelang Pilihanraya Umum (PRU), mesti isu Hudud akan timbul. Pakatan Rakyat pula akan asyik menyalahkan UMNO,sedangkan hakikatnya,PAS lah yang memukul gendang isu ini untuk menarik minat penyokong-penyokong PAS mengundi mereka di dalam PRU.Biarlah penulis menulis sedikit sebanyak apa itu Hudud dan apa beza dengan Hudud yang PAS hendak laksanakan.

Undang-undang syariah terbahagi kepada tiga elemen iaitu:

1. Hudud
2. Qisas
3. Ta'zir

Dalam undang-undang syariah Malaysia,Qisas,Ta'zir dan Diat telah dilaksanakan kecuali Hudud.Mari kita lihat perbandingan antara Hudud,Qisas dan Ta'zir

1. Hukum Hudud

Dari segi istilah Hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah yang WAJIB dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T.Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.

2. Qisas

Dari segi syarak,Qisas bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. kerana kesalahan kesalahan yang melibatkan hak individu. Mengikut hukum Qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.

3. Diat

Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas. Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu Qisas @ Diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, Qisas bunuh dikenakan. Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan pembunuhan tidak sengaja adalah Diat sahaja. Qisas tidak dikenakan.

4. Ta'zir

Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.

Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni ta'zir ;

(a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.

(b) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.

(c) Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat,menipu,berjudi,rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.Kerajaan Kelantan telah memperuntukan RM 500,000 utk menyediakan draf Hudud. Hudud juga telah diwartakan dan diluluskan di Kelantan.Namun,belum ada perlaksanaannya lagi.Walaupun begitu terdapat 3 versi Hudud yg berbeza dari segi fasal dan huraiannya. Hudud adalah milik Allah dan telah ditetapkan oleh Allah.Tetapi mengapa pula boleh berbeza-beza mengikut negeri-negeri yang berlainan?

Seperti dalam artikel Dato' Safei Daud :

Sehingga kini ada tiga versi hudud Pas yang masing-masing berbeza.

Pertama hudud Pas Kelantan yang bernama Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 mempunyai 72 fasal.

Kedua hudud Pas Terengganu yang dibentang dalam seminar pada 12 Mei 2002 bernama Draf Cadangan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu mempunyai 74 fasal.

Ketiga Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang mengandungi 67 fasal sahaja.

Mana satukah hudud yang sebenar antara ketiga-tiga hudud Pas itu?

Draf yang dibentangkan pada seminar di Kuala Terengganu 12 Mei 2002 ada Bughah (Fasal 23, 24 dan 25). Sedangkan dalam EKJS (II) 1993 Kelantan dan rang yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 7-9 Julai 2002 tidak ada Bughah.Mengapakah bughah diketepikan dalam kedua-dua undang-undang hudud itu? Draf Hudud oleh PAS didapati tidak memberi keadilan malah menzalimi rakyat. Ini kerana Hudud dikatakan terpakai untuk orang Islam sahaja, sebagaimana petikan dlm surat Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir) kepada Nik Aziz, yang menyatakan ;

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu Al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

3. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW.Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan Agama Islam.

4. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.

5. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain.

Inikah kebenaran HUKUM HUDUD yg nak diperjuangkan PAS? - Selangor Daily

RENUNG-RENUNGKAN

SAH !!! PAS,HARAKAH DAN SYIAH TIDAK DAPAT DI PISAHKAN !!! SEBARKAN !!!

Posted: 02 Sep 2012 10:00 PM PDT



KLIK GAMBAR UNTUK BESAR KAN !!!

sila lihat gambar di atas dan lihat tajuk diatas yang saya highligt.Harakah utusan rasmi Syiah.Memang sah PAS sudah diresapi Syiah.Terbaru,mereka menulis artikel

KLIK DISINI

UNTUK SELANJUTYA

SEKIRANYA ANDA TAK BOLEH BACA TULISAN GAMBAR DI ATAS !!!


Kalau nak tahu siapa Ayatussyaitan Ali Khamenei ni,lihat gambar screenshot twitter dia.Dia ni maharaja lawak. Antaranya:

wali keramat:

Gambar 1 ( atas kiri ): Ayatussyaithon Ali Khomenie :Aku sedang duduk bersama anak perempuan kecilku dan tiba-tiba ular besar melintas depan kami.Kami terlalu takut dan aku cuba membunuhnya. Ular itu melihat aku dan berkata "aku tidak akan mencederakan kau".Maka aku pun membiarkan ia.Kemudian ular itu menangis dan memukul dirinya dengan ekornya.Aku menangis menyaksikan kejadian itu.

Komen Syeikh Syaithan Hasan as-Safar : wahai wali Allah,jangan kau ceritakan itu kepada orang awam,nanti ramai akan jadi gila kerana mendengar kisahmu itu

Gambar 2 ( atas kanan ) : "Masih aku ingat suatu keadaan sukar yang terjadi kepadaku pada hari berlakunya letupan bangunan pada 11 September,ketika itu aku sedang berada ditingkat paling atas bangunan tersebut. Tika itu aku melihat sebuah kapal terbang datang. Lantas aku pun menyebutkan "Ya Husain", kemudian aku pun menukarkan serbanku menjadi payung terjun dan aku telah mendarat dengan selamat."

Gambar 3 ( bawah kiri ) : hari ini saya pergi ke pantai di mana perairannya begitu masin dan tiada siapa yang suka pergi ke sana kerana kemasinan, apabila aku celup kaki aku tiba-tiba kemasinan telah hilang, saya menoleh ke belakang dan berkerumun ramai orang di belakang saya kerana hendak mandi di pantai ini!

Gambar 4 : keratan akhbar harakah.Kononnya la dia menyelar,tak tahukah syiah ni taqiyyah ???

Gambar 5 ( tengah kanan ) : "Aku rindukan Sayyid Ayatullah Zahrsyadi.Tiba-tiba aku melihat beliau di dalam TV di siaran al-Kautsar sedang menyampaikan muhadharah.Lalu beliau pun tersenyum kepadaku, lalu aku pun memasukkan kedua tanganku ke dalam skrin TV,kemudian aku pun bersalaman dengan beliau"

APA MACAM ???

MASIH LAGI TAK MENGAKU KE PUAK PAS NI ADA YANG SOKONG SYIAH ???

JANGAN CAKAP SAYA TUDUH MACAM-MACAM PULAK !!!

INI ADALAH BUKTI !!!

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! KISAH PEMBOHONGAN P.BALASUBRAMANIAM BERKENAAN ALTANTUYA DI BUNUH TERBONGKAR !!! SEBARKAN !!!

Posted: 02 Sep 2012 07:00 PM PDT



Pada hari Khamis 3 Julai 2008,Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim telah mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di Merchant Square,Tropicana di Petaling Jaya.Dalam sidang media ini, penyiasat persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal (a.k.a P.Balasubramaniam) mendedahkan Akuan Bersumpahnya yang bertarikh 1 Julai 2008.

Antara lain,dalam Akuan Bersumpahnya itu dinyatakan :

Sekitar Jun atau Julai 2006,saya telah diupah oleh Abdul Razak Baginda untuk tempoh 10 hari bagi mengawal keselamatannya di pejabatnya di Bangunan Getah Asli,Jalan Ampang, antara jam 8:00 am sehingga 5:00 pm setiap hari bekerja, memandangkan dia seringkali diganggu oleh pihak ketiga.Pada 19.10.2006,saya tiba di rumah Abdul Razak Baginda di Damansara Height untuk memulakan tugasan malam.Saya telah meletakkan kereta saya di luar seperti biasa.Saya terpandang sebuah teksi Proton Perdana berwarna kuning dengan tiga orang wanita di dalamnya,di mana salah seorang daripada mereka adalah Aminah (Altantuya – pen). Teksi berkenaan membuat pusingan U dan berhenti di hadapan rumah di mana ketiga-tiga wanita berkenaan menurunkan tingkap dan mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada saya.Teksi kemudiannya berlalu.Lebih kurang 20 minit kemudian,teksi berkenaan muncul semula dengan Aminah seorang sahaja di dalamnya. Dia keluar dari teksi dan berjalan ke arah saya dan bercakap dengan saya. Saya menghantar SMS kepada Abdul Razak Baginda,memaklumkan kepadanya, "Aminah ada di sini". Saya menerima SMS dari Razak mengarahkan saya agar 'melengah-lengahkannya sehingga orang saya sampai.'

Selepas bercakap dengan Aminah selama 15 minit,sebuah Proton Aeroback tiba dengan seorang wanita dan dua orang lelaki. Saya mengenali wanita itu sebagai Lans Korporal Rohaniza dan kedua-dua lelaki berkenaan sebagai Azilah Hadri dan Sirul Azahar. Mereka semuanya berpakaian awam.Azilah berjalan ke arah sementara kedua-dua orang yang lain duduk dalam kereta.Azilah bertanya saya sama wanita yang berbual bersama-sama saya itu adalah Aminah dan saya berkata, 'Ya'.Azilah kemudiannya meninggalkan saya dan membuat beberapa panggilan dengan menggunakan telefon mobilnya. Selepas 10 minit,sebuah lagi kenderaan,Proton Saga berwarna biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu,melintasi kami dengan perlahan.Tingkap sebelah pemandu telah diturunkan dan pemandu itu memerhatikan kami.Azilah kemudiannya memberitahu saya, mereka akan membawa Aminah.Saya menjelaskan kepada Aminah yang kesemua yang hadir itu hendak memberkas dan menahannya.Dua orang yang lian turut dari kereta Proton merah dan bertukar tempat duduk membuatkan Lans Korperal Rohaniza dan Aminah berada di belakang,manaka dua lelaki berada di hadapan.Mereka berlalu dan itulah kali terakhir saya melihat Aminah.Balasubramaniam dalam Akuan Bersumpahnya menyatakan,dia telah diambil bekerja oleh Abdul Razak Baginda pada Jun atau Julai 2006.Manakala Didier Arnauld dalam laporannya pula,memberitahu Polis Kebangsaan Perancis bahawa semenjak tahun 2000 lagi, Balasubramaniam sudah menjadi salah seorang dalam pasukan Perimekar.

KLIK DI SINI

UNTUK KISAH SEBENAR BALA DAN RAZAK !!!

Jadi,bila sebenarnya Bala diambil bekerja oleh Razak? Dalam tahun 2000 atau pada tahun 2006?

Kita telah pun mengetahui peranan Bala pada tahun 2006 iaitu menyelesaikan 'masalah' Razak dengan Altantuya Shiiribu. Tetapi apakah peranan sebenar Bala semenjak tahun 2000 sebagai salah seorang 'anggota pasukan' Perimekar? Justeru, apakah Bala mula bekerja dengan Razak pada tahun 2006 sebagaimana yang didakwanya, atau pada tahun 2000 sepertimana dakwaan Polis Kebangsaan Perancis? Satu lagi teka-teki dalam kenyataan Bala ialah melibat Musa Safri. Bala berkata, "Selepas 10 minit,sebuah lagi kenderaan,Proton Saga berwarna biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu, melintasi kami dengan perlahan.Tingkap sebelah pemandu telah diturunkan dan pemandu itu memerhatikan kami."


Bala tidak dapat mengenalpasti individu berkenaan dan dalam sidang medianya di London dua tahun kemudian,dia berkata, dia tidak tahu siapakah lelaki tersebut, tetapi hanya baru mengetahui bahawa lelaki itu adalah Musa Safri apabila terlihat di kaca televisyen dengan nama dan gambarnya dipaparkan.Dengan kata lain,dia hanya baru mengetahui selepas beberapa tahun bahawa lelaki di dalam kereta Proton berwarna biru itu adalah Musa Safri, Pegawai Khas Perdana Menteri, Najib Abdul Razak.Bagaimanapun, dalam Akuan Bersumpahnya pada 1 Julai 2008, Bala berkata, "Saya telah menerima panggilan di telefon mobil saya daripada Musa Safri yang kemudian telah diserahkan kepada seorang Inspektor di Dang Wangi. Perbualan tersebut berlangsung selama 3 sehingga 4 minit di mana dia telah mengarahkan wanita tersebut beredar dan menemuinya keesokan harinya."

Mari kita analisakan kenyataan Bala pada 1 Julai 2008 itu.

Pada 14 Oktober 2006, Bala telah menerima panggilan telefon menerusi telefon bimbitnya daripada seorang lelaki yang mengenalkan diri sebagai Musa Safri. Ini bermakna Bala dan Musa Safri saling mengenali antara satu sama lain. Tetapi Bala berkata, dia tidak tahu siapakah lelaki yang berada dalam Proton berwarna biru (insiden tersebut berlaku lima hari kemudian iaitu pada 19 Oktober 2006) dan hanya mengetahuinya secara kebetulan beberapa tahun kemudian menerusi kaca televisyen.Secara ringkas,dalam Akuan Bersumpah itu, Bala berkata, dia tidak tahu siapakah lelaki di dalam Proton berwarna biru. Padahal lima hari sebelumnya, dia telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki bernama Musa Safri. Empat tahun kemudian, dia berkata, Musa Safri adalah lelaki di dalam Proton berwarna biru.Berdasarkan kenyataan Bala dalam Akuan Bersumpahnya dan laporan Polis Kebangsaan Perancis, Bala tidak sahaja bertindak sebagai penyiasat persendirian yang ditugaskan untuk mengawasi Altantuya. Bala sudah pun mempunyai kaitan dengan Razak enam tahun sebelum itu dan Bala mengakui, pada malam Altantuya dibunuh, tugasnya adalah untuk memastikan Altantuya ditemani sehingga beberapa orang individu lain muncul untuk mengambilnya.

Betapa naifnya Balasubramaniam dalam kes pembunuhan Altantuya.Bahkan dia sebenarnya merupakan key-player dan tidak sekadar seorang penyiasat persendirian 'bebas'.Adakah Bala 'terkejut' dengan pembunuhan Altantuya atau dia sebenarnya merupakan salah seorang yang memastikan pembunuhan Altantuya berlaku?

Bala berkata,dia telah memberitahu Altantuya yang individu-individu yang disebutnya itu hendak memberkas dan menahannya.Tetapi Bala juga berkata, yang mereka akan 'membawanya pergi', bukan menahannya. Bala tahu, itu bukanlah prosedur normal yang digunakan oleh polis ketika melakukan penahanan.P.Balasubramaniam adalah seorang bekas anggota polis. Oleh kerana itu, amat mustahil yang dia tidak mengetahui pegawai-pegawai polis yang datang untuk membawa Altantuya pergi tidak dalam berpakaian seragam, off-duty, ditambah pula mereka menggunakan kereta persendirian dan tidak menggunakan kenderaan yang melambangkan kenderaan polis rasmi?

Jadi,amatlah mustahil Bala tidak mengetahui dan menjangkakan, sama ada kehadiran mereka di situ untuk menangkap atau melakukan sesuatu yang lebih daripada sekadar tangkapan terhadap Altantuya? Dan mengapa perlu diselindungkan identiti Musa Safri, orang yang Bala sudah pun kenal dan yang telah menghubunginya lima hari sebelumnya ketika dia berada di Balai Polis Dang Wangi?


Atau sebenarnya Balasubramaniam telah menggunakan skrip yang dikarang oleh pihak tertentu untuk mengenakan Najib Abdul Razak dan seboleh-boleh mungkin berusaha untuk mengaitkan Perdana Menteri Malaysia dan isterinya dengan pembunuhan Altantuya Shiiribu sepertimana yang seringkali dikempenkan oleh Anwar Ibrahim?

Berdasarkan kepada kenyataan berulangkali Balasubramaniam, kita akan dapat mengesan peranannya yang lebih besar berbanding apa yang didakwanya. Dan menurut Polis Kebangsaan Perancis, mereka berkata, testimoni Bala di Paris tidak boleh dipercayai dan bertentangan dengan apa yang telah ditemui oleh Polis Perancis. Polis Perancis tidak dapat menerima dakwaan Balasubramaniam bahawa dia tidak terlibat dan bersalah sebagaimana yang cuba ditekannya.Bagaimanapun, siasatan Perancis bertumpu kepada aspek-aspek rasuah dalam kontrak kapal selam dan bukannya pembunuhan Altantuya.Sekaligus,peranan sebenar Balasubramaniam dalam pembunuhan Altantuya tidak dilanjutkan dan diterangkan secara terperinci menerusi laporan mereka.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

TAK UNDANG SULTAN !!! @NOHOMAR MEMBELASAH PAKATAN SELANGOR KAW-KAW !!!

Posted: 02 Sep 2012 04:00 PM PDT



Kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor dilihat gagal membezakan program rasmi kerajaan negeri dan program politik apabila menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat pada sambutan malam ambang kemerdekaan di Dataran Kemerdekaan,Khamis lepas.Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan menjemput Ketua Pembangkang itu jelas menunjukkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cuba membawa budaya 'pembangkang' ke dalam pentadbiran negeri ini.

"Mengapa Anwar yang tidak berada dalam barisan kepimpinan tertinggi
kerajaan negeri menjadi tetamu kehormat dalam sambutan ini dan bukannya dalam kalangan yang memegang portfolio rasmi dalam kerajaan.Justeru, kami nak mendapatkan penjelasan Menteri Besar sendiri sama ada program sambutan kemerdekaan ini program rasmi kerajaan ataupun program politik," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Umno.

Noh berkata demikian ketika mengulas tindakan kerajaan negeri yang dilapor membelakangkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri.Noh,yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata kerajaan negeri sepatutnya membincangkan sambutan itu di peringkat exco selain jawatankuasa khas yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohamad Khusrin Munawi.Beliau turut melahirkan kekesalan dengan sikap lepas tangan Abdul Khalid yang meminta Mohamad Khusrin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan peringkat negeri, memberi penjelasan berhubung laporan bahawa kerajaan negeri tidak menjemput Sultan Selangor ke majlis itu.

Sementara itu,Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor,Faekah Husin dalam satu kenyataan menafikan kerajaan negeri sengaja membelakangkan Sultan Selangor dalam majlis tersebut.Beliau berkata Mohamad Khusrin mengesahkan bahawa Sultan Selangor tidak pernah dijemput ke malam ambang kemerdekaan kerana baginda dijangka hadir dalam program rasmi pada sebelah pagi 31 Ogos, iaitu majlis tahlil dan doa selamat di Masjid Negeri.Faekah juga berkata program sambutan pada malam kemerdekaan sebelum ini tidak pernah melibatkan kehadiran Sultan Selangor.

ANDA INGIN MELIHAT PENIPUAN ANWAR IBRAHIM ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...