UMNO Online - “Belanjawan 2013 Lebih Fokus Kepada Pembangunan Negara, Kata Ahmad Husni” plus 9 more

UMNO Online - “Belanjawan 2013 Lebih Fokus Kepada Pembangunan Negara, Kata Ahmad Husni” plus 9 more

Link to UMNO Online

Belanjawan 2013 Lebih Fokus Kepada Pembangunan Negara, Kata Ahmad Husni

Posted: 28 Sep 2012 07:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini adalah belanjawan yang memberi penekanan kepada pembangunan negara.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata penekanan tersebut adalah sesuatu yang amat penting, terutama di dalam keadaan ekonomi yang bergolak.

“Dengan penekanan tersebut, kita mampu untuk memenuhi keperluan rakyat terutamanya dalam membantu mereka berhadapan dengan kos kehidupan yang tinggi hari ini,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan Belanjawan 2013 di Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata belanjawan kali ini adalah belanjawan yang diberi tumpuan oleh kerajaan dalam usaha untuk mencapai pertumbuhan yang mampan, di samping memastikan rakyat mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Tan Sri Rafidah Aziz menyifatkan Belanjawan 2013 sebagai seimbang dan memberi penumpuan kepada semua aspek di samping memastikan pembangunan negara yang berterusan.

“Saya berasa amat gembira melihat belanjawan kali ini turut memfokuskan kepada golongan berpendapatan rendah, pendidikan dan inovasi.”

“Kerajaan juga turut memberi jaminan bahawa rakyat akan menikmati lebih banyak faedah, seperti faedah pinjaman rumah,” kata Rafidah, yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Beliau berkata Belanjawan 2013 juga turut menjadi kayu ukur kepada tanggung jawab kerajaan seperti pengurangan defisit.

Belanjawan 2013 Realistik, Fokus Penuhi Keperluan Semua Golongan – Muhyiddin

Posted: 28 Sep 2012 07:38 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Belanjawan 2013 sebagai realistik dan fokus dalam memenuhi keperluan segenap lapisan masyarakat di negara ini.

Beliau berkata belanjawan bertemakan ‘Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati’, yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat petang tadi, mengambil kira input daripada masyarakat yang merangkumi 100 ‘touch point’ (perkara penting) melibatkan tawaran dan pemberian untuk kebajikan rakyat.

“Bagi saya, ia (belanjawan) adalah satu yang amat memberangsangkan… antara belanjawan yang terbaik yang pernah dibentang dengan mengambil kira situasi ekonomi global.

“Tapi dalam keadaan yang sama, saya percaya ia satu belanjawan yang mampan, realistik dan di samping itu, dapat memenuhi keperluan yang biasa dituntut oleh segenap peringkat kumpulan dalam masyarakat kita.

“Daripada rakyat biasa, petani, nelayan, pegawai kerajaan, pesara, saya fikir tak ada satu kumpulan yang agak terasing atau terkeluar yang dapat nikmat dari belanjawan ini,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan belanjawan itu.

Dalam pada itu, Muhyiddin menyangkal dakwaan pembangkang bahawa belanjawan itu adalah ‘gula-gula’ pilihan raya sebaliknya beliau menegaskan apa yang dilakukan oleh Najib selaku Menteri Kewangan adalah kelangsungan daripada pelaksanaan Belanjawan 2012.

“Ini bukan kerana tuntutan pilihan raya dan sebagainya tetapi ia telah terbukti dalam Belanjawan 2012, kita telah mulakan dengan beberapa bentuk ‘touch point’,” katanya.

Muhyiddin berkata dua teras penting iaitu tanggungjawab dan penyatuan fiskal yang merangkumi kos sara hidup dan keadaan ekonomi global yang tidak menentu, menjadi asas pertimbangan untuk perbelanjaan atau pembiayaan belanjawan kali ini.

“Ia juga mampu menjana pertumbuhan ekonomi antara 4.5 hingga 5.5 peratus tahun depan dan dalam keadaan yang sama boleh mencapai sasaran untuk mengurangkan defisit yang disebut iaitu pada tahun 2015 iaitu sebanyak tiga peratus,” katanya.

Beliau berkata sebagai usaha mengurangkan kos sara hidup, kerajaan meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk kali kedua, iaitu pemberian yang ditunggu-tunggu oleh rakyat malah kali ini turut mengambil kira kumpulan orang bujang yang mendapat RM250.

Bajet 2013 Bukan Janji Syurga, Bintang Tapi Berpaksi Pada Realiti Untuk Rakyat

Posted: 28 Sep 2012 05:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Pembentangan belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dilihat sebagai satu belanjawan yang menyentuh keseluruhan aspek dan lapisan masyarakat, sebagai satu kesinambungan dalam meneruskan tradisi kerajaan Barisan Nasional  untuk memakmurkan negara dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat di negara ini.

Belanjawan 2013 ternyata tidak menjanjikan bulan dan bintang, namun berpaksi pada realiti kemampuan kerajaan untuk melaksanakan segala pembangunan ekonomi, infrastrutur dan juga pembangunan insan yang merupakan satu penghargaan kepada seluruh rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan latar belakang.

Justeru itu, menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal menganggap bahawa bajet 2013 ini menyentuh segala aspek keperluan semua masyarakat di pelbagai peringkat lapisan.

"Ia satu belanjawan yang amat bertanggungjawab untuk rakyat dan negara kita. Ia tidak berpaksikan untuk meraihkan sokongan dan undi semata-mata, biarpun kita sedar bahawa pilihanraya sudah hampir tiba. Tetapi ia berlandaskan keupayaan negara kita. Adakah kita mampu untuk membelanjakan 251 bilion yang ada.

"Amat jelas bahawa belanjawan ini tidak menjanjikan syurga, bulan dan bintang, tetapi menjanjikan sesuatu yang mampu kerajaan tunaikan dan laksanakan kepada rakyat. Bagi peringkat kementerian kemajuan luar bandar, ia merupakan satu berita baik bagi masyarakat luar bandar.

"Peruntukan sebanyak RM 4.5 bilion ringgit, di mana RM 1.2 untuk jalan raya, RM 1.6 untuk air dan bekalan elektrik. Dan insyaAllah dengan penambahan bajet yang telah diberikan ini, kita mampu untuk menunaikan segala perkara yang masih belum dapat ditunaikan pada tahun-tahun yang sebelumnya," tegas beliau.

Manakala menurut Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan, bajet 2013 merupakan satu belanjawan untuk mensejahterakan rakyat.

"Biarpun pembangkang kata bajet ini untuk pilihanraya. Cuma saya nak bertanya, apakah bajet yang dibentangkan oleh Pakatan Pembangkang itu bukan untuk pilihanraya? Jadi mereka ini hanya pandai bercakap, tetapi mereka juga membuat perkara yang serupa.

"Bagi saya, samada ia untuk pilihanraya atau tidak, ia bukan salah satu masalah. Apa yang penting, adakah wang itu kita berikan secara bertanggungjawab? Angka-angka yang penting untuk diambil berat oleh rakyat  ialah RM 100 untuk anak-anak sekolah, RM 200 adalah untuk pembelian telefon bimbit, RM 250 baucer buku yang dinaikan RM 50, RM 250 adalah untuk orang bujang berpendapatan RM 2000 ke bawah dan RM 500 adalah untuk BR1M 2.0.

“Dan percayalah kita akan tunaikan segala janji sebagaimana kita telah menunaikan janji-janji kita pada bajet 2012 sebelum ini," ujar beliau.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Perdana Menteri yang membentangkan belanjawan yang penuih keprihatinan terhadap pelbagai aspek, khusus untuk angkatan tentera Malaysia dan veteran tentera.

"Ada enam aspek yang telah diberikan oleh Perdana Menteri. Pertamanya ialah bayaran wang sagu hati sebanyak RM 1000 sekaligus untuk veteran tentera yang tidak berpencen yang melibatkan seramai 24 ribu bekas tentera. Ini perkara yang dituntut oleh Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) dan Perdana Menteri sebagai bekas Menteri pertahanan selama 14 tahun, prihatin terhadap tuntutan ini.

"Yang keduanya, ialah pasukan askar wataniah, pasukan simpanan tentera laut dan udara dengan dinaikan elaun daripada RM 4 sejam dan kini dinaikan sebanyak RM 6 sejam mengikut pangkat. Ini merupakan kenaikan hampir 25 peratus dan ini akan menggalakanlebih ramai masyarakat terlibat denngan pasukan simpanan," jelasnya.

Selain daripada itu menurut Zahid yang juga Menteri Pertahanan, insentif sebanyak RM 200 kepada pegawai tentera yang bekerja lebih masa dan ini telah menyamaratakan elaun yang selama ini diperolehi oleh pihak polis. Begitu juga dengan insuran berkelompok merupakan satu skim baru yang merupakan satu penghargaan terhadap pihak tentera dan polis.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Harun menyifatkan bahawa belanjawan 2013 ini merupakan bajet yang bertambah baik yang merangkumi semua aspek.

"Bajet 2013 telah memgambil kira secara menyeluruh oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dan pada masa yang sama saya dapat merasakan bahawa kecekapan dan keberkesana bajet ini kerana PM benar-benar memaksudkan apa yang beliau katakan serta benar-benar mendengar keluhan rakyat di negara ini.

"Bajet ini ialah manifestasi kepada idea-idea PM untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat secara kolektif. Sebab itu bagi saya ini adalah bajet yang terbaik yang pernah saya dengar yang mengambil kira semua aspek kehidupan baik bagiorang bujang, anak-anak bersekolah,golongan tua, golongan sederhana, kaya dan miskin, bagi yang berpencen atau masih bekerja dan sebagainya, ia  merupakan satu bajet yang benar-benar menepati setiap aspek dalam kehidupan masyarakat di negara ini," kata beliau.

Begitu juga menurut Ahli Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman Said, yang amat gembira apabila Perdana Menteri mengumumkan seramai 300 pelajar Institut Kemahiran Belia yang akan diberikan peluang untuk melibatkan diri dalam industri Minyak dan Gas di negara ini sebagai satu permulaan penglibatan rakyat di negara ini dalam industri tersebut.

"Secara tak langsung, ia membuka peluang kepada anak-anak muda untuk terlibat secara langsung dalam industri minyak dan gas, dan mereka tidak perlu ke luar negara untuk mendapat latihan dan pendidikan dalam bidang ini.

"Manakala secara umumnya bajet ini saya lihat adalah lebih menjurus kepada generasi muda di negara ini. Bagi saya generasi muda di negara amat beruntung kerana kerajaan yang sedia ada hari ini sedar bahawa generasi muda hari ini merupakan pemangkin kepada kemajuan negara pada masa yang akan datang," ujarnya. -MediaUMNO

‘Bajet Balas Keyakinan & Kepercayaan Rakyat Kepada Kerajaan BN ‘ – Syed Ali

Posted: 28 Sep 2012 05:28 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Belanjawan 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen petang tadi disifatkan sebagai ‘membalas keyakinan’ rakyat yang berterusan memberikan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee juga berkata belanjawan 2013 berjumlah RM251.6 bilion tersebut menepati cita rasa dan aspirasi rakyat daripada pelbagai sektor dan golongan.sama ada di bandar, pinggir bandar dan luar bandar serta pendalaman.

Katanya, belanjawan itu juga turut mensasarkan kepentingan dan masa depan generasi baru sebagai langkah persedian menjana pembangunan modal insan apabila negara bergerak menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.

Bagaimanapun kata beliau, apa yang menarik pada belanjawan kali ini ialah kelonggaran diberikan kepada pemimjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menggalakkan mereka membayar hutang pinjaman.

“Potongan 20 peratus kepada pemimjam yang membayar hutang sekaligus dan 10 peratus kepada mereka yang konsisten membayar balik pinjaman tersebut mulai Oktober ini merupakan satu kelonggaran dan meringankan beban semua pihak,” katanya.

Sehubungan itu, Syed Ali yang juga Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) berharap pemimjam PTPTN akan memanfaatkan kelongaran dan skim insentif tersebut demi kepentingan masa depan mereka.

“Saya menyambut baik cadangan tersebut dan berbangga dengan usaha kerajaan kerana isu PTPTN sebelum ini telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang untuk meraih sokongan rakyat,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, kesediaan kerajaan BN meneruskan pemberian bantuan RM100 kepada setiap pelajar seperti yang dilakukan pada tahun 2012 dan kenaikan Baucar Buku 1Malaysia daripada RM200 kepada RM250 bagi mahasiwa merupakan usaha berterusan kerajaan menjana pembangunan sistem pendidikan yang lebih komprehensif.

“Bantuan RM100 kepada setiap pelajar membabitkan 5.4 juta pelajar merupakan tanggungjawab kerajaan bagi meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah yang berdepan dengan masalah kewangan pada awal musim persekolahan,” katanya.

Syed Ali juga turut mengalu-alukan peruntukan pra-sekolah berjumlah RM1.2 bilion dan RM1 bilion bagi menyelenggarakan sekolah dengan menyifatkannya usaha terbaik kerajaan menaikkan taraf pendidikan terutama di kawasan luar bandar.

“Begitu juga RM3.7 bilion diperuintukkan untuk meningkatkan latihan  kemahiran di bidang teknikal dan vokasional, ia merupakan pelaburan masa depan untuk melahirkan generasi berilmu dan berkemahiran tinggi,” katanya.

Beliau juga menyifatkan kesediaan kerajaan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM2.0) dengan memperluaskan kepada golongan bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan RM2 ribu sebagai hadiah daripada ‘janji ditepati’ oleh kerajaan  untuk rakyat jelata.

Beliau berkata, belanjawan 2013 yang dibentagkan oleh Perdana Menteri dilihat sebagai belanjawan terbaik yang pernah dinikmati oleh rakyat di negara ini.

“Kerajaan BN pimpinan Najib telah menunaikan amanah dan tanggungjawab dengan mengutamakan kesejahteraan rakyat dan masa depan negara, bukannya menjanjikan pelbagai perkara yang diluar kemampuan sepertimana dibuat oleh pembangkang,” tegasnya.

Pada keseluruhannya beliau berpendapat belanjawan 2013 merupaan belanjawan berjiwa rakyat dan bukannya dibuat atas perkiraan politik.

Hudud Bakal Ranapkan Pakatan Palsu Pembangkang

Posted: 28 Sep 2012 05:13 AM PDT

Salam…. Suatu ketika dulu, isu perlaksanaan hukum hudud pernah memberi manfaat besar kepada Pas terutama sekali dalam usahanya menyaingi kekuatan dan pengaruh UMNO dikalangan orang Melayu Islam.

Sepanjang dekad 90-an itu, Pas berjaya meraih laba politik dari isu tersebut di masa yang sama telah mendoktrinasikan pemikiran sesetengah orang Melayu Islam untuk percaya kononnya UMNO telah menolak hukum Allah s.w.t.

Hasil doktrinasi itu jugalah kesannya menyebabkan pemahaman ramai penyokong dan ahli Pas semakin kukuh dan berkeyakinan penuh dengan perjuangan politik bersama Pas ganjarannya adalah syurga, manakala menentang UMNO seumpama satu jihad fisabillilah.

Kefahaman sedemikian adalah lanjutan dari pelbagai isu terdahulu seperti isu mengkafirkan sesama Islam, fatwa haram bekerjasama dengan orang bukan Islam dan Amanat Hadi yang pernah Pas pelopori lama sebelum isu hudud menjadi agenda utama Pas.

Hari ini, dalam dekad millenium kini di mana Pas sudah semakin akrab dan berikrar sehidup semati bersama gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR), isu perlaksanaan hudud sudah dilihat bagaikan senjata makan tuan dan boleh memudaratkan kedudukan Pas dalam gabungan tersebut.

Senario itu dapat dirasakan apabila Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat mula memperlahankan suaranya setelah digertak oleh pemimpin DAP gara-gara membuat kenyataan bahawa Pas tetap teguh mahu melaksanakan hukum hudud.

Malah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu juga pernah menafikan kenyataannya pada 27 Ogos 2012 yang disiarkan oleh akhbar Sin Chew Daily dalam edisi petang Isnin yang menyebut “Pas akan mencadangkan perlembagaan negera dipinda untuk memberi laluan kepada pelaksanaan hudud sekiranya PR memerintah negara selepas PRU 13″.

Penafian Mat Sabu itu menjadi satu asas penting, bukti betapa agenda hudud bukanlah satu keperluan dalam dasar PR sekaligus menunjukkan wujudnya penolakan gabungan tersebut terhadap hukum hudud sebagai perundangan negara.

Dari satu sudut, tindakan Mat Sabu dan Pas itu kena pada masanya.

Berdasarkan kajian oleh UMCEDEL beberapa hari lalu, sebahagian besar respondan agak yakin isu hudud adalah ancaman terbesar terhadap kesepakatan PR. 42% respondan keturunan Cina percaya isu itu akan memudaratkan PR manakala 52% lagi menolak perlaksanaannya dengan alasan kemajmukan masyarakat negara ini.

Tunggak utama kekuatan PR sekarang ialah sokongan sebahagian besar pengundi keturunan Cina, oleh itu tidak sukar untuk kita memahami kenapa Pas begitu bersungguh-sungguh mahu membuktikan kepada umum bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan sama sekali walaupun jika PR dapat memerintah negara.

Dulu Pas pernah menuduh UMNO telah menolak hukum Allah, hari ini realiti semasa membuktikan Pas pula yang bersungguh-sungguh menolak perlaksanaan hukum itu demi semata-mata kepentingan politik PR.

Kini, Hudud sudah dipandang oleh Pas dan PR sebagai punca akan menyebabkan mereka berpecah belah, seolah-olah api dalam sekam yang membahayakan kesepakatan mereka dalam PR.

Suleiman Azeez, Kepong

Pas Kelantan Hanya Selamat Di 17 Kerusi DUN

Posted: 28 Sep 2012 05:08 AM PDT

Semasa PRU 11 tahun 2004, Pas pernah hampir tersungkur di Kelantan apabila hanya menang di 24 kerusi DUN manakala baki 21 kerusi DUN lagi dikuasai oleh BN. Ramai pemimpin Pas mengurut dada, tak terjangka sedemikian rupa kebangkitan rakyat Kelantan tika itu.

Dengan jurang majoriti hanya berbeza 3 kerusi sahaja, kerajaan Pas Kelantan senantiasa berada dalam keadaan dihujung tanduk. Tambahan pula sebahagian DUN yang dimenangi Pas tika itu pula majoriti kemenangannya di bawah 1,000 undi sahaja.

Kini, senario yang hampir sama juga tidak mustahil berulang kembali. Gelombang kebangkitan rakyat Kelantan sudah semakin marak hampir ke kebanyakan kawasan DUN dan Parlimen negeri.

Semenjak Pas hanya menang nyawa-nyawa ikan di Manek Urai dan tewas teruk di DUN Galas tidak berapa lama dulu, kedua-dua peristiwa bermakna itu, merupakan antara faktor tambahan yang membantu merancakkan kebangkitan khalayak untuk menolak Pas.

Penglibatan serius beberapa bekas pemimpin Pas turun berkempen di Kelantan dalam membantu UMNO juga memberikan impaknya yang tersendiri. Kesannya, menyebabkan mitos kononnya Kelantan masih kebal di bawah jajahan Pas jelas semakin pudar dari fikiran rakyat.

Tambahan pula beberapa kajian dan culaan trend sokongan terkini baik dari pihak UMNO mahupun Pas sendiri, juga telah mengesahkan kedudukan Pas di negeri Cik Siti Wan Kembang ini sudah tidak selesa seperti dulu.

Realiti tersebut hingga saat ini masih sukar untuk dicerna dek akal fikiran sesetengah pimpinan Pas negeri.

Dalam satu kenyataan terbaru seorang exco kanan kerajaan negeri, Nik Amar Nik Abdullah menyatakan pengaruh Pas di Kelantan tidak tergugat, hakikatnya senario semasa menunjukkan sebaliknya.

Sedangkan beberapa sumber dalaman Pas juga mengakui salah satu laporan kajian yang dilakukan oleh Pas mendapati parti itu hanya selamat betul-betul selamat di 17 kerusi DUN sahaja. Sebahagian besar kerusi selamat itu dikatakan berpusat dalam Parlimen Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa.

Sebahagian besar kerusi selamat itu dikatakan berpusat dalam Parlimen Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa.

Ditambah lagi dengan kajian terkini dari UMCEDEL, walaupun tidak berapa tepat dengan senario semasa namun sekurang-kurangnya mengesahkan kebangkitan rakyat sedang berlaku dan populariti Pas di negeri Serambi Mekah itu juga semakin goyah.

Pun begitu, tetap perlu digandakan gerak kerja tambahan supaya kekuatan UMNO dan BN di 25 kerusi yang sudah putih dan kini menjadi kubu kuat UMNO itu bukan sahaja kekal teguh malah baki 3 kerusi lain yang masih kelabu juga perlu diusahakan supaya dapat dikuasai sama.

Paling penting usah sesekali UMNO tersilap langkah atau cuai dalam meraikan kebangkitan rakyat tika ini.

Sekarang pun sudah wujud beberapa gerakan aggresif oleh Pas untuk menarik seramai mungkin pemimpin UMNO yang berpengaruh di peringkat cawangan dan bahagian supaya menyertai Pas, jelas satu usaha terdesak untuk memperlahankan impak kebangkitan rakyat.

Habuan tanah dan konsesi balak misalnya adalah antara sandaran utama dalam percubaan mereka untuk menarik minat pemimpin UMNO yang menjadi sasaran.

Sekalipun jika umpan oleh Pas itu mungkin mengena dan kesannya pula diyakini tidak begitu membimbangkan berikutan di pihak UMNO sendiri turut menyedarinya dan telahpun mengambil langkah perlu untuk menghadapinya, namun langkah berwaspada tetap perlu dipertingkatkan.

Walaupun apapun, senario kini yang sedang memihak pada BN ini jangan dipersia-siakan atau dipandang selesa oleh pimpinan UMNO negeri. Sekarang bukan masanya untuk bergoyang kaki sebaliknya usaha perlu digandakan supaya Pas benar-benar bungkus dalam PRU 13 kelak.

Mr Beruang Biru

Selangor Govt Faces Third Suit Over Free Water Scheme

Posted: 28 Sep 2012 04:57 AM PDT

SHAH ALAM, Sept 28 – The Selangor government faced its third suit related to a free water scheme today, this time from 1,313 consumers in the state seeking RM748,410 in damages claiming they had not received the water subsidy as promised by the opposition during the last general election.

The group’s lawyer, Kamarudin Ahmad of Messrs Kamarudin & Partners, told reporters that the suit was filed by residents from Kinrara, Puchong, Bandar Mahkota Cheras and Section 18 Shah Alam.

They named the Selangor government, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim and Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd as the first, second and third defendants respectively.

The plaintiffs sought for a declaration to include all consumers in the state under the Free Water Scheme as promised by the Selangor government, regardless of whether they used bulk or individual metres.

They also sought RM748,410 in damages from the first or third defendants.

The plaintiffs claimed that Selangor domestic consumers were promised the first 20 cubic metres of water free on a monthly basis during the March 2008 General Election campaign.

On Sept 19, a group of 2,020 consumers filed a suit seeking RM1.15 million in damages from the same defendants.

Najib Tables Budget 2013, With Focus On People’s Well-Being

Posted: 28 Sep 2012 04:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, Sept 28 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today tabled in the Dewan Rakyat Budget 2013 which underscored focus on five major areas to raise the people’s standard of living.

The budget tabled by Najib, who is also the finance minister, aimed to ensure a sustainable economic growth, prudent spending and reduce the country’s fiscal deficit, with the people’s well-being as the overall objective.

The government would ensure that the people enjoyed the best service and maximum benefit from the development programmes and projects, he said when tabling the 2013 budget which provides an allocation of RM251.6 billion.

The budget, carrying the theme, “Prospering the Nation, Enhancing the Well-being of the Rakyat: A Promise Fulfilled”, will benefit all sectors of society, including the rural community, farmers, labourers, fishermen, teachers, smallholders, lecturers, artistes, civil servants, professionals and entrepreneurs.

Najib said that based on the global economic environment, which was expected to be better in 2013, the national economic growth was projected to be expand strongly, between 4.5 and 5.5 per cent.

“For the first time, the nation’s nominal Gross Domestic Product is expected to exceed RM1 trillion,” he said.

Of the RM251.6 billion allocation, RM201.9 billion is for operating expenditure and RM49.7 billion, for development expenditure.

Najib said that federal government revenue collection in 2013 was expected to be RM208.6 billion compared with RM207.2 billion in 2012.

“Taking into account the estimated revenue and expenditure, the federal government fiscal deposit will further decline to four per cent of GDP in 2013 from 4.5 per cent in 2012.

“This reflects the government’s commitment to continue reducing the fiscal deficit to a lower level,” the prime minister said.

The government allocated RM232.8 billion under Budget 2012, comprising RM181.6 billion for operating expenditure and RM51.2 billion for development expenditure.

The five key areas of focus emphasised in Budget 2013 are boosting investment activity; strengthening education and training; inculcating innovation, increasing productivity; fiscal consolidation and enhancing the public service delivery; and enhancing the well-being of the rakyat.

Pilihanraya Kampus Bukti Orang Muda Sudah Meluat Politik Pembangkang

Posted: 28 Sep 2012 04:47 AM PDT

Keputusan Pilihanraya Kampus 2012 (PRK 2012) sudahpun diketahui umum menyaksikan mahasiswa Pro Aspirasi (Pro-A) semakin menguatkan sokongan apabila menguasai sebahagian besar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di IPTA seluruh negara.

Daripada sejumlah 20 IPTA, 12 buah darinya sudah sah dikuasai oleh Pro-A, antaranya UiTM, USM, UUM, UTM, UMK, UPM, UPSI, UPNM, UMP, UniMAP, UTeM dan UTHM.

Hanya dua IPTA sahaja iaitu UM dan UKM dapat dikuasai oleh kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M) yang diketahui condong kepada pembangkang dan amat sinonim sebagai proksi rasmi kepada PR di dalam kampus.

Status sebenar UM bagaimanapun masih lagi mengelirukan memandangkan kedudukan rasmi tika ini, Pro-A menguasai 19 kerusi manakala Pro-M pula 20 kerusi. Dua kerusi lagi dipegang calon bebas yang dipercayai mungkin akan bersama Pro-A.

Baki dua kerusi selebihnya terpaksa melalui pertarungan sekali lagi selepas calon Pro-A dan Pro-M berkongsi jumlah undi yang sama.

Walau apapun keputusan rasminya kelak, yang jelasnya Pro-A telah berjaya meningkatkan pencapaiannya di UM berbanding pada PRK 2011 yang lepas mereka hanya menang di 16 kerusi sahaja.

Jika diimbas senario PRK 2011 yang lalu, UM adalah satu-satunya IPTA yang merekodkan kejadian mistik apabila seorang calonnya dari Pro-M didapati 'hilang' secara mistik. Misteri yang menyelubungi anak perempuan kepada seorang pemimpin muslimat PAS itu hingga kini masih lagi menjadi sindiran sinis ramai pihak.

Untuk rekod, calon yang 'hilang' itu adalah isteri kepada Safwan Anang yang juga merupakan salah seorang penggerak Pro-M di UM dan pernah beberapa kali menyertai demonstrasi jalanan yang dikelolakan oleh parti pembangkang.

Lebih menarik, di UM beberapa tahun lampau pernah juga kecoh dengan insiden kepala khinzir diletakkan dalam surau bersama bendera PAS. Rentetan dari itu membawa kepada undi simpati melimpah ruah untuk calon Pro-M.

Beberapa tahun kemudian barulah masyarakat umum dan warga UM menyedari insiden kepala khinzir itu adalah strategi yang digunapakai oleh Pro-M semata-mata untuk memburukkan Pro-A seterusnya meraih laba kemenangan simpati darinya.

Tidak mustahil, kebangkitan Pro-A di UM kali ini adalah manifestasi penolakan mereka terhadap gerak kerja politik kumpulan Pro-M yang dilihat sudah melampau batas dan semakin tersasar jauh dari matlamat utama yakni mendahulukan kebajikan pelajar.

Dalam perkembangan berkaitan, kekalahan teruk Pro-M di UPSI merupakan antara peristiwa manis untuk dikenang kerana pada tahun ini IPTA itu pernah dihimpit kontroversi apabila salah seorang pelajarnya, Adam Adli dan beberapa kuncunya telah terbabit dalam beberapa insiden yang memalukan nama baik UPSI.

Keputusan rasmi untuk UPSI merekodkan 25 kerusi berjaya dirangkul oleh Pro-A, berbanding hanya 21 kerusi sahaja yang dimenangi mereka pada sesi lalu. Manakala pengaruh Pro-M pula kian merosot dari 8 kerusi kini hanya berbaki 4 sahaja. Jelas hanya sebahagian kecil pelajar sahaja yang masih terikut rentak pembangkang.

Sementara itu, baki 5 IPTA lagi seperti Unimas, USIM, UMS, UniSZA dan UMT dikuasai oleh calon MPP yang tidak terikat dengan kumpulan Pro-A mahupun Pro-M, tapi cenderung untuk mesra dengan pihak pentadbiran universiti.

Manakala di UIA, pengundian terpaksa dilakukan semula dalam tempoh seminggu dari sekarang. Berdasarkan pada rekod IPTA tersebut yang terkenal sebagai kubu kuat pembangkang, berkemungkinan Pro-M akan mengekalkan penguasaan mereka tapi dengan jumlah kerusi yang lebih rendah.

Secara keseluruhannya, PRK 2012 menjadi titik tolak penting yang menggambarkan pendirian mahasiswa dan belia. Jelas sekali mereka menolak kehadiran kumpulan pelajar yang rapat dengan agenda parti pembangkang.

Barangkali sukar untuk pimpinan parti-parti pembangkang menerima hakikat bahawa ideologi dan susur galur perjuangan mereka sudah semakin pudar dari perhatian ramai khususnya dikalangan para belia kita.

Keputusan PRK 2012 sebenarnya lebih dari mencukupi sebagai bukti sebahagian besar orang muda dan para belia sudah serik dan semakin jauh dari jangkauan dakyah pakatan pembangkang.

mykmu.net

Belanjawan 2013 Berpaksi Kesejahteraan Rakyat

Posted: 28 Sep 2012 04:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Jumaat membentangkan Belanjawan 2013 yang menggariskan lima fokus utama untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh negara.

Belanjawan yang dibentangkan Najib yang juga Menteri Kewangan itu jugabertujuan memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah danmengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakankesejahteraan rakyat.

“Kerajaan akan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik serta manfaatmaksimum hasil daripada pelaksanaan program dan projek pembangunan,” katanyaketika membentangkan Belanjawan 2013 berjumlah RM251.6 billion di Dewan Rakyat,di sini, pada Jumaat.

Belanjawan bertemakan “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah JanjiDitepati” itu bakal memberi keselesaan kepada pelbagai lapisan masyarakattermasuk masyarakat desa, petani, buruh, nelayan, guru, pekebun kecil, pensyarah, karyawan, penjawat awam dan golongan profesional serta usahawan.

Najib berkata pada 2013, berdasarkan persekitaran ekonomi global yangdijangka lebih baik, pertumbuhan ekonomi negara diunjur berkembang lebih kukuhpada kadar 4.5 hingga 5.5 peratus.

“Julung kalinya, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal dijangkamelepasi paras RM1 trilion,” katanya.

Daripada keseluruhan peruntukan RM251.6 bilion itu, sejumlah RM201.9 bilion ialah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.

Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2013, Najib berkata jumlahnya dianggarkan RM208.6 bilion, berbanding RM207.2 bilion tahun ini.

“Dengan mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan, defisit Kerajaan Persekutuan akan berkurangan kepada empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2013, berbanding 4.5 peratus pada 2012.

“Ini menunjukkan kerajaan komited untuk terus mengurangkan defisit fiskal ke paras lebih rendah,” kata perdana menteri.

Kerajaan memperuntuk RM232.8 bilion untuk Belanjawan 2012, termasuk RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Sementara itu, lima fokus yang diberi penekanan dalam Belanjawan 2013 ialah merangsang aktiviti pelaburan; memperkasa pendidikan dan latihan; membudaya inovasi meningkatkan produktiviti; konsolidasi fiskal dan mempercekap penyampaian perkhidmatan awam; dan mensejahterakan rakyat.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...