House PK

House PK


WAHAI PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB! TOLONG HARAMKAN MALAYSIAKINI!

Posted: 22 Sep 2012 08:00 PM PDT


Semalam blog Rocky sini mendedahkan posting seorang bekas Editor Malaysiakini yang dibuat setahun lalu. Ianya berbunyi:

I was then News Editor, and hence privy to information raised at Mkini's meetings, and I had learned that indeed Mkini had received an initial 10percent down payment of RM188,000 for a 10percent interest in Mkini. At a weekend meeting I told the top two guns--Steven Gan and Premesh Chandran-- they had better come clean by telling the "full story" and not half-truths. I saidf how the investment money came through from George Soros -- direct or indirect -- was not important. The truth was indeed that RM188,000 came as initial investment from MDLF, a Soros unit.

I told them since Mkini flagged itself as promoting transparency and openness, it was not right to hide the fact. I said I had no problem with funding from Soros into the news portal -- as long as we practised ethical journalism. Since the top two guns did not agree with me -- in fact Steven Gan said it would be the death of Malaysiakini if they admitted to receiving this Soros funding! -- I was given Hobson's choice but told them I would hand in my resignation the following Monday (two days later)


Dah jelas begini maka wajib kita mintak kerajaan dan UMNO boikot Malaysiakini dari semua sidang akhbar dan acara kerajaan dan parti.

Selain itu, Kementeriaan harus tarik balik pas wartawan Malaysiakini dan akhbar online yang tuanpunya dan dana operasi tidak jelas asal usul.


Sekarang jelas juga bahawa tindak tanduk NGO-NGO yang konon perjuangkan demokrasi, pilihanraya Bersih, menentang korupsi dan lain-lain adalah modus operandi CIA untuk jatuhkan kerajaan.

Kerajaan Rusia, UAE, Mesir dan pasti ada lain-lain pihak sudah menghalau pihak-pihak seperti KAF, NDI, NED, IRI, OSO dan lain-lain keluar dari negara mereka. Baca di sini


Kita mesti tuntut kerajaan tutup dan halau puak-puak ini dan tutup serta juga kumpulan-kumpulan tempatan seperti Bar Council, SUARAM, Bersih, NGO-NGO kiri yangdapat wangd ari luar, IDEAS, dan lain-lain.

HOUSE PK: Ini la yang menjadi masalahnya, parti UMNO selalu sangat nak tunjuk yang mereka ni terbuka maka mereka benarkan kehadiran portal Melacurkini membuat liputan dalam semua majlis UMNO, kalau dihalang ada pulak anjing keturunan new politic yang akan melalak kata bagi kebenaran.

Masalahnya wahai pendokong keturunan anjing yang sukakan NEW POLITIC! Melacurkini aka Malaysiakini yang dibiayai oleh SOros ni memang tak pernah terbuka punya, kerja mereka memang masuk mana-mana majlis UMNo dan kerajaan dan mereka akan 'spin' suka hati mak bapak mereka je!

Gambar mamat yang muka macam komunis kat atas tu, ada orang bagitau aku yang dia memang selalu dijemput ke majlis UMNO dan majlis kerajaan. Mana-mana tengok mesti ada muka si komunis ni. Katanya melayu tapi aku tengok muka macam penyangak jual CD kat Petaling Street je.

HARAMKAN MALAYSIAKINI atau batalkan semua pas-pas media mereka, takkan dengan segala macam pendedahan ni, pihak yang bertanggungjawab nak mendiamkan diri jugak? Takkan takut kalau batalkan lesen tak dapat undi Cina?

Hear me loud please! CINA MEMANG TAK AKAN UNDI BN PUNYA! To hell with them!

PANAS BERAPI! KENAPA MALAYSIA TIDAK MENDAPAT KUOTA HAJI YANG LEBIH?

Posted: 22 Sep 2012 05:00 PM PDT



Akibat mereka merosakkan kesucian Masjid Medinah dan Mekah dengan membawa Bersih 3.0 dan politik Malaysia ke sana, bawah ini berita kami terima:

RM0.UM.21/09: 

Permohonan Malaysia untuk menambah kuota haji tahun ini ditolak kerajaan Arab Saudi - Jamil Khir Baharom 


Kuota kita hanya 28,000 tapi setiap tahun, kita dapatlah lebih sikit-sikit pasal jemaah kita baik dan sopan serta tidak memberi masaalah.

Hubungan kerajaan kita dan Tabung haji dengan pihak sana sangat akrab dan rapat.

Tambahan kuota yang diberi dapat membantu queue yang termata panjang untuk orang pergi Haji hingga katanya kalau belum daftar, 7-8 tahun baru dapat sampai giliran.

Tahun ini haprak sikit pun tak dapat.

Jangan cakap tahun ini Haji Akhbar maka mereka mahu kurangkan supaya dapat menampung orang tempatan dan berdekatan yang akan tertumpu masuk, dulu haji Akbar pun kita dapat tambahan kuota.


Ada anak yang nak iring mak bapak yang dah tua tak dapat disampaikan haji. Ada suami pergi isteri tak dapat ikut sama. Siapa nak marahlah mereka ini.

Pergi negeri orang tak hormat undang2 dan pertaruan serta cara mereka. Padanlah di malaysia mereka ini jadi perosak.

Harap siapa di sana nanti doakan mereka mendapat balasan yang setimpal.

Bukan nak apa, harap siapa yang pergi Haji tahun ini mohon doakan Allah tunjukkkan jalan dan betulkan mereka-mereka yang dah disesatkan dan dilencungkan oleh seorang manusia yang bersekongkol dengan Dajjal Al Masih.

Harap doakan juga agar agama, bangsa dan negara yang kita sayangi dan hargai ini selamat, aman dan terus maju.

House PK: Artikel ini disediakan oleh The Unspinners. Ini la masalahnya bila ada parti sesat yang mengaku Islam. Mereka dok menjaja Bershit sampai ke tanah suci, akhirnya ianya merugikan rakyat Malaysia. Dan mereka ni masih lagi berkata mereka berjuang untuk rakyat? Akai ada ka?

PANAS BERAPI! KEBODOHAN MAHFUZ MEMBUATKAN NEELOFA NAK TERMUNTAH!

Posted: 22 Sep 2012 07:00 AM PDT

SAYA berpendapat, tentu ramai yang semakin menyampah terhadap Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar (gambar), yang seolah-olah kehabisan modal untuk menyerang UMNO sehingga menyalahkan parti kerajaan itu dalam semua hal.

Terbaru, Mahfuz ketika ditanya media mengenai kenyataan Ngeh Koo Ham di laman sosial Twitter yang jelas menghina Islam dan Rasulullah SAW, dia sekali lagi menyalahkan UMNO.

Katanya, UMNO bertanggungjawab mengajar golongan bukan Islam untuk menghina Islam dan mengaitkan kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, mengenai isu janggut Rasulullah SAW dan pisau cukur "gillete".

Sebenarnya, sekiranya diberi peluang, mahu saja saya meluku kepala Naib Presiden PAS itu sekuat-kuat hati bila dikenangkan kebebalannya.

Semua kesalahan di negara ini akan dikatakan salah UMNO.

Ngeh keluarkan kenyataan menghina Islam, Mahfuz kata salah UMNO. Mungkinkah kalau dia digigit nyamuk pun nanti dikatakan salah UMNO juga?

Tidakkah Mahfuz fikir bahawa setiap individu itu bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan yang dilakukan sama ada diajar atau pun tidak diajar?

Misalnya, jika seorang murid diajar untuk mecuri oleh gurunya, apakah murid itu perlu mengikut ajaran gurunya itu untuk mencuri?

Atau, sekiranya seseorang muslim diajar untuk menghina Islam oleh rakan Yahudinya, apakah dia tidak boleh berfikir dengan waras untuk tidak melakukan sedemikian?

Saya tidak rasa begitu memandangkan setiap individu itu dikurniakan Allah dengan otak dan akal untuk berfikir secara rasional serta bijak memilih untuk melakukan kesalahan atau membetulkan keadaan dengan tidak melakukan perkara yang salah.

Samalah juga dengan Ngeh.

Baca seterusnya di Perak Today

CILI KASI TARUK! DAP TETAP TAK NAK HUDUD! APA KATA PAS?

Posted: 22 Sep 2012 05:00 AM PDT


Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, pendirian DAP bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular adalah tetap dan konsisten.

Sehubungan itu, kata beliau, hukum hudud tidak akan dilaksanakan jika pembangkang berjaya mengambil alih Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 kerana ia bukan dasar pakatan itu.

Ia kenyataan pertama Kit Siang berhubung isu hudud dan dilihat sebagai 'serangan' balas kepada kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkata, pelaksanaan hudud tidak boleh dilengah-lengahkan.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada satu majlis anjuran DAP Pasir Pinji Rabu lalu dan teks ucapannya diterbitkan dalam blognya, limkitsiang.com hari ini.

Dalam entri tersebut, pemimpin kanan DAP itu memberitahu, hudud hanya boleh dilaksanakan jika ketiga-tiga parti komponen pembangkang mencapai persetujuan konsensus.

"Kepimpinan pakatan pembangkang sudah berulang kali menekankan bahawa perlaksanaan hukum hudud (yang diperjuangkan PAS) bukan sebahagian daripada dasar dan polisi yang dipersetujui pakatan pembangkang.

"Ini bererti jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang dan membentuk Kerajaan Persekutuan untuk tempoh lima tahun akan datang, hudud bukan sebahagian daripada program yang akan dilaksanakan," katanya sebagaimana dipetik daripada limkitsiang.com.

"Kami berpegang teguh kepada prinsip fundemental kami bahawa negara Islam dan hukum hudud adalah tidak sesuai bagi Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk.

"Kami tidak menyorok prinsip dan kepercayaan fundamental kami, sama ada daripada Pas atau parti-parti politik lain atau rakyat Malaysia.

"Kami tahu pendirian PAS mengenai negara Islam dan hukum hudud, sama seperti PAS mengetahui pendirian berbeza kami dalam kedua-dua isu ini," kata Kit Siang lagi.

Pendirian Kit siang itu selari dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pakatan tidak akan melaksanakan hukum hudud selagi tidak mendapat persetujuan DAP serta hukum itu sendiri tiada dalam Buku Jingga.

Sebelum ini pelbagai pihak mendesak Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng menyatakan pendirian DAP mengenai hudud selepas berlaku 'perang' terbuka antara Karpal Singh dengan para pemimpin PAS sejak isu berkenaan kembali ditimbulkan.

Terbaru Isnin lalu, Pengerusi DAP itu menyifatkan alasan Nik Abdul Aziz yang mahu pelaksanaan hudud tidak dilengah-lengahkan sebagai tiada asas serta tidak rasional kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

PANAS BERAPI! MUDAHNYA NGEH MINTAK MAAF! CUKUP KE?

Posted: 22 Sep 2012 02:18 AM PDT


Akhirnya setelah dihentam teruk berhubung komen yang mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem "Innocence of Muslims" dalam laman Twitternya, Ngeh Koo Ham pun meminta maaf pada Khamis lalu.

"Saya menarik balik dan meminta maaf kepada Islam yang tersinggung dengan 'tweet' saya kerana ia tidak pernah bertujuan untuk menjadi begitu," kata Pengerusi DAP Perak itu dalam kenyataan satu perenggannya.

Begitu mudah Ngeh ingin memadamkan api kemarahan umat Islam negara ini terhadap komen beliau yang di anggap amat tidak sensitif dan bersifat provokatif.

Dalam komen Twitter Isnin lalu, Ngeh melontarkan persoalan kenapa orang Islam harus buang masa dan tenaga membantah tindakan seorang individu yang menerbitkan sebuah filem yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Persoalannya mengapa Ngeh yang juga Ahli Parlimen Beruas dan juga ADUN Sitiawan mengambil masa terlalu lama untuk memohon maaf dan menyedari keterlanjuran kata-katanya tersebut.

Alangkah ceteknya pengetahuan Ngeh mengenai Islam yang sudah menjadi rakyat negara ini dan bercampur gaul dengan masyarakat berbilang kaum lebih daripada setengah abad hidupnya?

Adakah selama beliau berada di bumi Malaysia ini tidak terlintas langsung untuk menyelami perasaan serta memahami latar belakang bangsa lain dari segi budaya dan agama selain sifat kecinaan dan agama Kristian yang dianuti.

Lebih daripada itu, komen beliau telah menyingkap kepada rakyat sikap sebenar pemimpin-pemimpin DAP yang tidak boleh mengikis sentimen perkauman yang tebal walaupun cuba menutupnya seboleh mungkin.

Malangnya sungguhpun DAP cuba menjadi harum di mata orang Melayu untuk menutup bau perkaumannya namun bak kata peribahasa Melayu, mulut bau madu, pantat bawa sengat.

Sesekala tersembur juga kalimat-kalimat yang mencerminkan nilai anti-Islam, anti- Melayu yang tersirat di lubuk hati pemimpin DAP seperti Ngeh.

Apatah lagi komen Ngeh itu secara langsung telah mengejutkan sekutu DAP iaitu PAS dan PKR ketika parti itu mendabik dada dan berlagak sombong dan bongkak bahawa rakyat kini menyokongnya.

Lebih parah lagi ia berlaku semasa musim Pilihan Raya Umum ke 13 sudah hampir.

Pemimpin PAS dan PKR berdiam diri dan tidak menempelak Ngeh atas kenyataan beliau itu kecuali seorang dua.

Kalau ada pun ia tidak lebih daripada melepaskan batuk di tangga, jangan dikatakan tidak ada langsung teguran.

Ini membuktikan PAS dan PKR berada dalam keadaan tersepit dan serba salah akibat kenyataan Ngeh itu dan untuk tidak menyimbah minyak ke dalam api, kedua-dua parti mengambil sikap berdiam diri.

Sebenarnya sikap tersebut lagi merbahaya kepada Pakatan Rakyat kerana seolah-olah PAS dan PKR mengabsahkan penghinaan yang dilakukan oleh DAP terhadap Nabi Muhammad SAW.

PKR yang menganuti 'agama' liberalisme dan pluralisme serta menyokong LBGT sudah tentu tidak peduli samada Islam atau Nabi Muhammad SAW di hina atau tidak.

Ini kerana matlamat utama parti itu bukan untuk memperjuangkan agenda Islam dan Melayu tetapi melaksanakan program kuasa asing yang dipertanggungjawabkan kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Sebab itu Anwar sehingga kini membisu seperti orang mati.

PAS pula seperti biasa bersifat hipokrit yang tidak berani langsung menegur DAP yang sudah menjadi taiko.

Di Perak semasa Pakatan Rakyat memerintah selama 11 bulan, yang menjadi Menteri Besar hakiki ialah Ngeh bukannya Nizar Jamaluddin.

DAP muncul juara dalam Pakatan Rakyat apabila memenangi 18 kerusi DUN manakala PAS dan PKR masing-masing enam dan tujuh namun kekangan undang-undang tubuh negeri Perak tidak membenarkan bukan Melayu menjadi Menteri Besar.

Jadi selama tempoh Nizar menjawat Menteri Besar  beliau hanyalah keldai tunggangan Ngeh dan sepupunya Nga Kor Ming yang menjadi kuasa sebenar di belakang pemimpin PAS itu.

Melihat kepada kemelut yang membelit DAP akibat keceluparan mulut DAP, orang Melayu sudah sedar betapa busuknya hati pemimpin parti itu terhadap Islam.

Kalau dahulu DAP bersikap anti-Melayu dan Islam tetapi kini bertambah lagi bukti bahawa tidak ada perubahan langsung dalam pendiriannya, malah ia bermuka-muka berbaik dengan orang Melayu.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...