Gelombang Rakyat |
- MAJLIS SYURA PARASIT PAS BELA NGEH KOO HAM - "MENANG PRU13 BARU AMBIL TINDAKAN..!!"
- PDRM SAHKAN KAJIAN SIASATAN KENYATAAN NGEH KOO HAM HINA ISLAM..!!
- NAJIB AKHIRNYA BERSUARA ISU SUARAM..!!
MAJLIS SYURA PARASIT PAS BELA NGEH KOO HAM - "MENANG PRU13 BARU AMBIL TINDAKAN..!!" Posted: 22 Sep 2012 07:37 AM PDT UNIKNYA Politik Islam di Malaysia. Tumpuan dunia terhadap pendirian sebuah parti yang sekian lama melabel nama Islam pada nama organisasi. Masih kekal hingga hari ini walaupun beberapa Negara Islam telah mengharamkan penggunaan nama 'Islam' dalam Parti politik. Itupun dikatakan Kerajaan Malaysia kejam terhadap Islam. Tidak perlu ahli Majlis Syura Ulama PAS bermesyuarat, lantas terus dijawab Ketua Penerangannya yang masih kekal berkopiah dan berserban walaupun mengisytihar diri menyertai 'Parasit PAS'. Berpegang teguh kepada 'ajaran baru' tetap kekal setia bersama DAP dalam membentuk Kerajaan Malaysia pada PRU13 kelak. Isu Hudud hanyut. Kini sehinggakan pemimpin rakan segerombolan 'meludah' umat Islam yang memprotes filem menghina junjungan besar Muhammad SAW. Itupun PAS menerusi kenyataaan Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa parti ini tidak sama sekali berganjak bersama Pakatan demi kuasa. Majlis Syura Ulama PAS kini hanya berfungsi mengadakan pertemuan 'reunion' semata2. Seperti 'jamuan kecil' mengeratkan 'tali sillaturrahim' Ulama PAS semata2 sementara menanti saat2 akhir dicantas dari kepimpinan Parti. Kerana ianya telah dimonopoli Ulama' Parasit PAS dikepalai Tuan Ibrahim Tuan Man. |
PDRM SAHKAN KAJIAN SIASATAN KENYATAAN NGEH KOO HAM HINA ISLAM..!! Posted: 22 Sep 2012 05:23 AM PDT Polis akan menilai dan meneliti laporan polis yang dibuat terhadap Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham berhubung kenyataan di laman twitternya yang didakwa mempersoal tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslims. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, penilaian itu dibuat bagi mengenal pasti sama ada perbuatan Koo Ham itu tergolong dalam sebarang bentuk kesalahan di bawah undang-undang negara. "Kalau ada justifikasi kita akan siasat ikut prosedur yang ada," katanya pada sidang media selepas melancarkan program Kepolisan Komuniti Kampus (3K) Institusi Pengajian Tinggi Awam peringkat Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini. Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semalam yang meminta polis membuka kertas siasatan berhubung isu itu. Nazri berkata, banyak pihak membuat laporan polis terhadap tindakan Ngeh yang didakwa menimbulkan kemarahan umat Islam yang memprotes filem yang ternyata menghina dan memfitnah Nabi Muhammad SAW. Ditanya sama ada pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung isu itu, Ismail berkata: "Buat masa ini saya tidak dapat lagi laporan daripada pengarah Jabatan Siasatan Jenayah yang telah diarahkan untuk mengkaji laporan itu." "Saya percaya dalam masa terdekat kita boleh umumkan (keputusannya)," katanya. Dalam laman Twitternya, Koo Ham didakwa mempersoal rancangan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk menganjurkan protes terhadap klip video itu, dan menyatakan sama ada umat Islam menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga mengenai isu berkenaan. Filem bajet rendah YouTube itu, yang diarah Sam Bacile dari California telah menghina dan memfitnah Nabi Muhammad SAW sehingga mencetuskan protes ganas di seluruh negara Islam. Lagi Artikel Berkaitan (Klik pada tajuk di bawah utk paparan) :- REJAM NIK AZIZ - KENYATAAN 'PERIBADI' TERBARU PEMIMPIN DAP HINA ISLAM..!! |
NAJIB AKHIRNYA BERSUARA ISU SUARAM..!! Posted: 22 Sep 2012 01:21 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan penyaluran dana asing kepada Suara Rakyat Malaysia (Suaram). "Biar pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pihak berkuasa berkaitan siasat (perkara itu)," katanya kepada Bernama selepas melancarkan Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Pudu Sentral di sini, hari ini. Sebelum ini, siasatan awal SSM mendapati wujud transaksi dana antara Suaram dan Suara Inisiatif Sdn Bhd. Bagaimanapun, Suaram yang mendakwa mereka sebagai sebuah badan bukan kerajaan didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan Arab Saudi menolak permohonan kuota tambahan jemaah haji Malaysia, Najib berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada kerajaan negara itu untuk membuat keputusan |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment