BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! RAHSIA ANWAR IBRAHIM TERSEBAR !!! RUPANYA ANWAR IBRAHIM TAK SUKA PAS !!!

Posted: 29 Sep 2012 12:31 PM PDT


Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang,Mohammad Fairuz Khairuddin mendakwa Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah suka dengan pendirian Pas yang memperjuangkan dasar Islam.Menurut Fairuz, kenyataan mengenai Anwar ini pernah didedahkan ketika beliau masih berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Fairuz meletakkan jawatan itu pada Mac 2009 dan kemudian keluar dari PKR. 

"Hari ini saya mahu dedahkan yang selama ini, Anwar tidak pernah suka dan setuju dengan dasar Pas. Beliau anggap Pas ini tidak boleh diharap," kata beliau pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk "Dakwah Menjana Kesatuan Ummah" di sini, hari ini.Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sesi Ideologi Politik : Adakah Menjadi Penghalang Kepada Penyatuan. "Saya sendiri sedih kerana Menteri Besar Kelantan,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah menyanggah dan berkata tidak jika Anwar campur tangan dalam Pas," katanya. 

Tambah beliau,cara pemikiran Anwar tidak seiring dengan Pas kerana sering berbeza pendapat dengan Pas berhubung dengan Islam. "Ilmu agama Islam hanya 'celup-celup".Tidak sepatutnya Anwar bercakap mengenai Islam dengan ilmu yang cetek.Bila nak cakap tentang Islam,Anwar perlu teliti sama ada ia benar atau bertentangan dengan Islam," tegasnya.Menurut Fairuz, pengalamannya bekerjasama dengan Anwar semasa berkhidmat satu ketika dulu membuatkan beliau "celik mata" dan membuatkannya sedar siapa Anwar sebenarnya."Pengalaman saya dulu sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang satu ketika dulu, benar-benar memberi pengalaman yang cukup bermakna buat saya," katanya - SH

ADAKAH BENAR BAJET ALTERNATIF 2013 PAKATAN HARAM ADALAH BAJET LIBERALISME ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 29 Sep 2012 05:00 AM PDT


Kerana terlalu ingin menjadi Perdana Menteri sebelum mati,Anwar Ibrahim sentiasa memainkan peranan sebagai Perdana Menteri apabila saja berpeluang.Jika Datuk Seri Najib mengadakan program mesra rakyat dan meninjau keadaan rakyat,maka beliau pun ingin berbuat yang sama dengan mendekati rakyat sambil meninjau pengangkutan awam seperti LRT.Jika Datuk Seri Najib ke sana ke mari dengan pengawal peribadi dan menaiki jet peribadi maka beliau juga ingin menjalani kehidupan yang sama Dan yang paling hebat ialah walaupun belum menjadi Perdana Menteri,Anwar ingin sekali membentangkan bajet seperti seorang Perdana Menteri.Kerana itu,walaupun Anwar tidak punya akses kepada maklumat terperinci kewangan negara bagi melayakkannya membentangkan bajet secara tepat,itu tidak menghalang beliau untuk terus melakonkan watak Perdana Menteri dan turut membentangkan bajet.Kerana tidak berdasarkan maklumat yang perlu,maka kita tidak perlu pun mendengar pembentangan Anwar kerana sudah pasti Bajet yang dibuat 'di atas angin' adalah Bajet Tong Kosong.Untuk sesiapa mempercayai dan menaruh harapan kepada bajet sebegini,amatlah menyedihkan.Namun,yang menjadikan kita agak berminat untuk mendengar Bajet Alternatif ini ialah kerana sifat parti PR itu sendiri yang tidak sepakat.saya ingin melihat apakah 'rupa' bajet yang berdasarkan prinsip Islam,Malaysian-Malaysia dan juga liberal.seperti yang dijangka,tiada apa-apa yang lebih 'Islam' dari BN dalam bajet PR.Sebaliknya,ia lebih mengutamakan golongan kaya dan berada walaupun kelihatan seolah-olah membantu yang miskin dan sederhana.Pendek kata,ia lebih menepati konsep Malaysian-Malaysia dan liberal. 

Tiada peruntukan yang digariskan untuk mengekang pertumbuhan pusat-pusat maksiat.Tiada juga peruntukan khas bagi mengatasi masalah murtad yang berpunca dari kemiskinan walaupun masalah ini adalah meruncing di Selangor, iaitu negeri yang diperintah PR.Malah,kelihatan seolah-olah tiada langsung 'input' dari pihak PAS dalam bajet ini. Selain itu,perancangan PR untuk menghapuskan cukai korporat hanya akan membebankan rakyat biasa kerana akan terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk satu-satu perkhidmatan dan barangan.Seperti juga perancangan untuk menurunkan harga dan duti eksais kereta di mana ia akan menjejaskan kos pengeluaran dan pemasangan dan lain-lain di mana menyebabkan negara mungkin terpaksa mengimport barangan dari negara lain.Akhirnya,yang akan terjejas adalah vendor-vendor Melayu yang dilahirkan oleh syarikat automobil nasional, selain syarikat automobil nasional itu sendiri. Jika ini berlaku, ia bukan sahaja melibatkan beribu-ribu pekerja tetapi juga, industri automobil nasional dan maruah negara sekali gus. Jelas, bahawa bajet yang dibentangkan PR adalah tidak menyeluruh, tidak patriotik dan tidak membawa kebaikan untuk jangkamasa panjang terutama untuk membantu bumiputera. 

PR berkali-kali menekankan bahawa Bajet tersebut adalah bersifat adil untuk semua kaum dan ungkapan ini dengan sendirinya membawa makna kesamarataan total iaitu yang menjadi tunjang Malaysian-Malaysia idaman DAP.Sedangkan,kita tahu bahawa kesamarataan total tidak akan membawa keadilan kepada semua kerana hakikat pegangan ekonomi di Malaysia adalah berat sebelah kepada satu kaum iaitu Cina. Dengan tiadanya mekanisme khusus untuk mengukur tahap sifat perkauman seseorang,adalah sukar untuk kita memastikan bahawa kaum Melayu, India dan lain-lain tidak didiskriminasi oleh kaum yang lebih berkuasa dalam persaingan kek ekonomi ini.Kita faham bahawa PR ingin menekankan kelemahan dasar kerajaan yang memberi bantuan kepada bumiputera yang dianggap mereka sebagai diskriminasi yang bertulis.Tetapi,PR telah mengabaikan dan menafikan hakikat yang lebih serius yang membelenggu masyarakat Malaysia hari ini iaitu diskriminasi yang tidak bertulis dalam persaingan di sektor swasta dan perniagaan yang dikuasai kaum Cina. Kesimpulannya, Bajet PR adalah Bajet Liberal yang terbuka dan tidak mengambil kira keadaan sebenar majoriti rakyat.Tetapi,apa yang nak dihairankan kerana pembentangan Bajet PR bukanlah untuk rakyat, tetapi sekadar untuk 'mencabar' BN.Itu saja.Walau apapun,yang pasti,PAS tidak punya suara langsung dalam penyediaan Bajet berkenaan.Tanpa keprihatinan dan 'input' dari PAS,bagaimana kita boleh memastikan kaum Melayu akan terbela di bawah PR ???

RENUNG-RENUNGKAN 

BONGKAR !!! GENTING BELI SAHAM FGVH ??? SATU LAGI PEMBOHONGAN DARI PAS !!!

Posted: 28 Sep 2012 10:00 PM PDT


Mudah sungguh bagi Subky Latif membuat tuduhan di Haramkahdaily bahawa Genting membeli saham FGVH.Mudah kerana ia tidak memerlukan fakta, angka dan bukti apa-apa untuk menguatkan tuduhan.Siapa saja boleh menuduh apa saja malah kita juga boleh menuduh Subky Latif atau Hadi Awang ada membeli saham Genting dan kemudian melalut-lalut mengaitkan keturunan,kenalan dan sahabat handai mereka sambil memburuk-burukkan semuanya sebagaimana yang Subky lakukan terhadap FGVH dan Datuk Seri Najib dalam tulisan tersebut.Sehinggakan sekali baca,tampak seolah-olah Subky Latif ini bukannya ingin mempersoalkan Genting atau saham FGVH,tetapi dengki kerana tidak tergolong dalam keturunan orang-orang berada dan bernama seperti Datuk Seri Najib.Sebenarnya,sikap orang-orang PAS ini sama saja,tak kira penulis,penyokong atau pemimpin Iaitu mereka gemar mempersoalkan tahap 'keIslaman' orang lain di samping menonjolkan diri sebagai yang 'lebih Islam' atau 'paling Islam'. Dalam hal ini, mereka sengaja membangkitkan persepsi seolah-olah pengurusan Felda tidak tahu halal-haram atau tidak cukup Islam.

Mungkin kerana telah kalah dalam isu FGVH iaitu gagal menghalang penyenaraian,terbongkar segala penipuan dan niat jahat atau kerana menyesal tergadai peluang untuk sama-sama memperoleh keuntungan,maka PAS cuba mengalih pandangan dengan membangkitkan soal 'keIslaman' FGVH pula. Untuk PAS dan Subky Latif,tidak perlulah meragui keIslaman FGVH kerana sesungguhnya pihak yang mengurus FGVH juga cukup peka dengan halal-haram sesuatu urusan perniagaan.Jika ada yang terlepas pandang atau kurang jelas,sama-samalah diperbetulkan bukan difitnah atau dijatuhkan kerana yang akan rugi nanti adalah orang-orang kita juga,orang Islam,orang Melayu yang menjadi majoriti peneroka Felda.Tetapi,apa yang jelas haram atau dosanya di sini ialah tindakan menuduh dengan niat memfitnah terhadap orang lain seperti apa yang dilakukan oleh Subky Latif,Haramkahdaily dan PAS.Saham FGVH adalah bertepatan dengan syariah berdasarkan prospektus dan setakat ini,tiada pemegang saham atas nama 'Genting' yang direkodkan. 

 Bagaimanapun,jika Genting yang membeli saham sepatutnya bukanlah satu isu tetapi yang sepatutnya menjadi isu ialah jika FGV yang membeli saham judi Genting.Tetapi ini tidak pernah dan tidak mungkin berlaku selagi ia dipantau oleh kerajaan yang didominasi oleh orang Islam.Lainlah jika PR yang menjadi kerajaan serta Anwar Ibrahim yang membawa fahaman pluralisme menjadi Perdana Menteri dengan DAP menjadi tulang belakangnya,maka mungkin sesuatu seperti itu boleh berlaku.Dengan itu,Subky harus ingat bahawa bukan dia sahaja yang Islam di Malaysia ini.Orang-orang UMNO,majoriti peneroka Felda dan pengurusan FGVH juga Islam.Bezanya,satu pihak gemar mempertikai iman dan ilmu agama orang lain dan satu pihak lagi tidak,Itu saja.Tetapi,pihak atau individu mana yang lebih beriman,lebih tinggi darjat dan akan mendapat berkat di sisi Allah SWT tiada siapa yang tahu,walau berapa kali pun Nik Aziz cuba membayangkan kepada kita yang dia tahu.Justeru,tak usahlah Subky melalut menulis panjang-panjang sekadar untuk melepas geram memburukkan Perdana Menteri,keluarga dan tokoh-tokoh UMNO.Ini kerana tidak berbaloi menambah dosa sedangkan Perdana Menteri dan orang-orang yang dikutuk Subky langsung tidak terjejas dan tidak terasa apa-apa.Perdana Menteri kekal tenang bekerja untuk rakyat,peneroka Felda terus gembira mendapat nikmat,Felda terus maju dan meningkat.Cuma Subky dan PAS saja yang penuh dengan dendam kesumat.

RENUNG-RENUNGKAN 

BAJET ALTERNATIF 2013 ADALAH BAJET KOSONG PAKATAN HARAM !!!

Posted: 28 Sep 2012 04:00 PM PDT


BELANJAWAN pakatan pembangkang yang digelar Bajet Alternatif sudah diumumkan lebih awal daripada Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.Skrip serupa digunakan tahun lalu dan dijangka disambung dengan dialog menuduh bajet kerajaan meniru bajet pembangkang yang lebih banyak menjanjikan 'gula-gula' daripada mengumpul 'gula' itu sendiri.Mengimbas kembali,apa yang dijanjikan untuk 2013 seperti bantuan RM1,000 setahun kepada warga emas,bantuan kebajikan RM550 sebulan, gaji minimum RM1,100, elaun pendidik sebanyak RM500 dan banyak lagi sebenarnya salinan fotostat daripada bajet bayangan 2012 juga.Mungkin dapat dilupakan seketika apa yang dibentangkan itu dengan poket kosong, umpama orang yang cuma window shopping, mereka tetap menabur janji-janji baru melalui bajet bayangan 2013 tanpa segan silu,sedangkan janji dan manifesto sebelum pilihan raya umum (PRU) 2008 masih banyak belum ditunaikan.Lebih menarik,individu yang mengumumkan bajet bayangan untuk lebih 28 juta rakyat itu juga adalah Penasihat Ekonomi Selangor tetapi bajet yang setanding tidak pula dibentang dan dilaksanakan terlebih dahulu untuk lima juta rakyat negeri tersebut selepas lebih empat tahun memerintah. 

Dengan bajet poket kosong 2013,mereka janji dan terus berjanji untuk membina jalan raya di Sabah sedangkan di negeri sendiri masih menunggu, mahu turunkan cukai kenderaan 20 peratus tetapi cukai pintu masih tergantung, serta pendidikan percuma dan hapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),sesuatu yang masih dinanti-nantikan pelajar negeri yang diperintah pakatan pembangkang. Bagaimana pula janji-janji mereka di Kelantan,Kedah dan Pulau Pinang mahupun Perak ketika mereka memegang kuasa dahulu ??? Mungkin kerana itu tema Hari Merdeka tahun ini begitu sensitif kepada sesetengah pihak. Bantuan bagi pendidikan prasekolah,anak yang dihantar ke nurseri, menurunkan cukai pintu dan cukai premis perniagaan serta elaun ibu tunggal juga masih dinanti-nantikan.Tidak cukup dengan itu, janji-janji 'berat' juga semakin bertambah seperti penurunan harga kereta,pemansuhan tol dan pemansuhan pinjaman PTPTN sedia ada,kononnya semua itu mampu ditampung kerajaan pembangkang,cukup dengan menghapuskan rasuah dan mengawal ketirisan sahaja. 

Ini belum mengambil kira rancangan 'kurang cerdik' seperti mengurangkan bilangan kakitangan awam, terowong dasar laut Pulau Pinang,menurunkan harga minyak dalam 24 jam selepas menang PRU, meroboh tembok penjara jika pemimpin mereka dipenjarakan mahupun ada yang mengangkat komunis sebagai hero, menukar Jalur Gemilang dan sebagainya.Yang nyata,setiap bajet bayangan yang menjanjikan bulan,bintang dan roket itu gagal mendedahkan sumber kewangan yang jelas mahupun kaedah menjana pendapatan serta menarik pelaburan bagi menjamin semua yang dikatakan mampu dipenuhi. Bagi rakyat biasa tentu sekali apa yang digula-gulakan itu sangat menarik, untuk lima saat,tetapi akal yang waras dan rasional tentu melihat banyak lompang dalam perancangan yang tidak berdiri atas realiti dan kemampuan sebenar pembangkang menunaikan janji mahupun kemampuan negara ini menampung bajet boros mereka itu kelak. Bagi Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat,Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),Mohamad Noorizzuddin Nooh, apa yang cuba dilakukan pembangkang sukar difahami kerana ia umpama bajet bunuh diri. 

"Tidak masuk akal, itu yang mampu saya katakan.Selama ini saya bayangkan pembangkang di negara kita lebih bijak. "Mereka seperti tidak berfikir, tiada rancangan sokongan dan tidak gantikan hasil yang hilang. Asas akaun pun tidak lulus kalau tidak boleh imbang antara tolak dan tambah," tegasnya.Menurut beliau, bajet pembangkang itu juga tidak menceritakan bagaimana untuk menggantikan hasil hilang yang digunakan untuk menampung semua rancangan mereka menghapuskan kos perbelanjaan tertentu.Walaupun bajet bayangan pembangkang itu dikatakan ada pelan mencari hasil, beliau tetap merasakan ia tidak mampu menampung apa yang cuba dilakukan mengikut moto Negara Berkebajikan mereka. 

"Mereka nampaknya mengambil contoh elemen tertentu dari beberapa negara maju lain yang mempunyai sistem kebajikan sosial tetapi negara terbabit juga hanya mengamalkan sesetengah aspek yang disebutkan bajet pembangkang itu.Tiada satu kerajaan pun mampu melaksanakan kesemua elemen yang pembangkang sebut dalam bajet itu secara serentak seperti menghapuskan tol, pendidikan percuma dan sebagainya, jika tidak negara itu boleh lumpuh," jelasnya.Katanya lagi,bajet bayangan sepatutnya sesuatu yang realistik dan boleh dilaksanakan secara serentak dalam tempoh satu ke dua tahun dan bukannya yang tidak masuk akal mahupun diganti dengan alasan tunaikan satu demi satu dahulu selepas mendapati janji itu sukar ditunaikan. 

Profesor Ekonomi, Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan,Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Amir Baharuddin pula berpendapat, bajet yang dibentang pembangkang itu umpama ditambah secara main-main sedangkan bajet bayangan terdahulu sudah banyak kepincangannya."Bajet eutopia ini macam main-main ditambah.Asas pun tak ada, hendak dapatkan pertumbuhan yang tinggi pula. Janji yang bukan-bukan, budak tingkatan enam pun boleh hasilkan bajet sebegini.Kalau nak lebih mudah, ambil bajet tahun lepas dan tukar nombor-nombor sahaja.Ini bukan caranya.Untuk hasilkan bajet perlu sekurang-kurangnya sembilan bulan kerja, berbincang dengan ramai pihak sebelum kumpul semuanya dalam satu belanjawan," tegasnya.Beliau turut menempelak janji kononnya dengan menghapus atau mengurangkan cukai mereka masih boleh menguruskan sebuah kerajaan kerana ia jelas menipu rakyat dan itu belum melibatkan pembayaran hutang negara.Tambahnya, untuk susutkan hutang negara juga mengambil masa bertahun-tahun dan bukannya dalam satu belanjawan sahaja, jika tidak bajet kerajaan untuk tahun itu hanya untuk membayar pinjaman semata-mata.Beliau memaklumkan pertumbuhan 4.5 peratus juga kini sukar dicapai melihatkan situasi global tetapi sasaran bajet pembangkang umpama satu usaha simplistik untuk mengelirukan rakyat. 

"Dia (pembangkang) boleh janji apa saja tapi pelaksanaannya tentu 'sakit'.Perubahan kekal di bawah kuasa Perlembagaan dan Parlimen, mereka tidak boleh buat apa pun yang dibentangkan selagi tidak memegang kuasa. "Mereka perlu ubah Perlembagaan untuk buat semua yang dijanjikan itu dan ini akan memerlukan sokongan majoriti dua pertiga.Jika tidak,mereka terpaksa akur juga kepada sistem sedia ada," jelasnya.Beliau juga kesal dengan taktik pembangkang sekali lagi membentang satu bajet dengan poket kosong seperti tahun lepas,lebih-lebih lagi diumumkan lebih awal daripada bajet kerajaan. Tambahnya, tindakan itu umpama satu bentuk hasutan yang mengganggu perjalanan proses kerajaan dipilih majoriti rakyat dan menyusahkan kerja Perdana Menteri. Amir menegaskan,pembangkang sepatutnya menyokong apa yang ada kini dan ubah apa yang mereka mahu jika sudah berkuasa,agar apa yang mereka lakukan itu tidak dibalas setimpal kelak. 

"Kalau dia perintah dan orang buat begitu, dia suka? Ini cara kebudak-budakan berjanji itu dan ini. Rakyat bukan sahaja kena fikirkan kenapa mereka bentang bajet bayangan malahan kenapa melangkaui pembentangan Perdana Menteri. Kalau agendanya baik dan betul, mereka tak bentang sekarang, patut tak bentang langsung sebaliknya akan bantu stabilkan negara," ujarnya. 

Menurut beliau,secara individu memang pembangkang banyak duit tapi untuk perbelanjaan negara tentu mereka akan menggunakan hasil daripada cukai dan memerah keringat rakyat. Tambahnya, jika pembangkang pamkan duit sendiri ke dalam tabung negara mahupun meminjam dengan orang kaya seperti George Soros sekalipun belum tentu ia akan mencukupi."Orang kaya seperti Soros pun tiada cita-cita nak biayai negara lain. Mungkin derma main-main beberapa juta sana sini tetapi payah untuk orang sepertinya beri pinjaman berbilion ringgit kepada negara seperti Malaysia.Oleh itu, rakyat perlulah berwaspada dengan perkembangan ini kerana orang yang cetak wang palsu pun sudah ramai, yang janji palsu lagi banyak," tegasnya. - Utusan
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...