BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! ELOK SANGAT LAH TU PAHANG TAK BEKAL AIR KE SELANGOR !!!
- HOT !!! NIK AZIZ AKAN TERIMA BANTUAN DARI SETAN KALAU SETAN BAGI ???
- KANTOI !!! MELOYAKINI MENGAKU TERIMA DANA DARI LUAR DAN #SOROSFUND ???
- HOT NEWS !!! PENOLONG SU DEWAN ULAMA PAS PERTAHAN NGEH KOO HAM ??? APA CERITA NI ???
- HOT NEWS !!! NGA KOR MING MEMPERSENDAKAN ISLAM ??? APA CERITA NI ???
- HOT NEWS !!! DEWAN ULAMA PAS INTAI KEMUNCULAN 'ISLAMIST DEMOCRATS' ??? WAJIB BACA !!!
- #SOROSFUND !!! TUN MAHATHIR MEMBELASAH SUARAM,MELOYAKINI DAN PAKATAN HARAM KAW-KAW !!!
- HOT NEWS !!! TUN MAHATHIR MEMBELASAH PAKATAN HARAM KAW-KAW !!!
HOT NEWS !!! ELOK SANGAT LAH TU PAHANG TAK BEKAL AIR KE SELANGOR !!! Posted: 24 Sep 2012 01:00 PM PDT Awal minggu lalu Menteri Besar Pahang,Datuk Seri Adnan Yaakob telah mengeluarkan satu kenyataan tentang kemungkinan untuk membatalkan perjanjian konsesi bekalan air mentah dari Pahang ke Selangor yang kemudiannya telah mengundang kemarahan ramai penyokong PR.Kenyataan MB Pahang itu sebenarnya ada kaitan langsung dengan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) yang ditandatangani pada 22 Nov 2007 dan merupakan pelengkap kepada projek Langat 2 yang masih hangat diperdebatkan tika ini.Menurut Adnan,langkah tersebut akan dipertimbangkan sekiranya kerajaan PKR Selangor terus mempolitikkan isu bekalan air dan masih berkeras enggan membenarkan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) diteruskan.Tidak semena-mena,Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengeluarkan kenyataan melalui Penyelarasnya,Azhar Achila mengecam MB Pahang itu yang disifatkannya sebagai satu ugutan yang jika dilaksanakan bakal menyebabkan krisis air melanda negeri Selangor. Kebanyakan khalayak pembaca yang memahami hujung pangkal isu air di Selangor tentunya senyum sinis membaca kenyataan dangkal dari NGO pro PR yang diketuai oleh pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin itu.Manakan tidak,baru sahaja 17 Julai lalu Exco kanan kerajaan negeri Selangor,Ronnie Liu dengan bongkak dan sombongnya mendakwa bekalan air mentah di Selangor lebih dari mencukupi untuk menampung keperluan pengguna di Lembah Klang.Untuk mengukuhkan hujahnya,Ronnie yang juga adalah pemimpin DAP negeri turut membawa rombongan media ke beberapa batang sungai dan empangan yang dipenuhi air untuk membuktikan bahawa tiada masalah air di negeri tersebut.Jika sudah demikian,apa perlunya untuk untuk SAMM mempertikaikan amaran dari MB Pahang sedangkan pemimpin negeri Selangor sendiri sudah begitu yakin tiada keperluan bergantung pada bekalan air mentah dari Pahang.Malah kira-kira dua tahun lalu pula pada 4 Ogos 2010,Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim juga secara terbuka telah menolak mentah-mentah tawaran dari kerajaan negeri Pahang yang mahu membantu Selangor dalam usaha berhadapan dengan jangkaan krisis air di negeri tersebut.Kata Khalid,tiada keperluan segera untuk menerima air mentah dari Pahang kerana bekalan air mentah di Selangor mencukupi sehingga tahun 2019.Bagi Khalid,soal penyusunan semula syarikat bekalan air jauh lebih penting berbanding risiko krisis air yang diramalkan berlaku pada 2014. Jadi,teramat kena pada masanya dan amat elok sekali untuk kerajaan Pahang batalkan saja bekalan air mentah ke Selangor sementelah lagi kerajaan Selangor sendiri pun tetap berdegil dan begitu ego sekali.Orang dah taknak,buat apa lagi diteruskan penjanjian konsesi,tak begitu wahai pembaca Badut Rakyat ??? Berdasarkan keyakinan MB Selangor dan Exconya itu,sepatutnya tidak perlu ada kebimbangan dari pemimpin PR mahupun mana-mana NGO mereka berhubung kenyataan 'ugutan' dari MB Pahang.Kecualilah sudah termaktub sejak azali bahawa NGO pro PR itu yang diketuai oleh pemimpin PKR,Badrul Hisham Shaharin sememangnya sudah melampau-lampau kebodohannya apabila mengulas isu tanpa membuat analisis yang mendalam.Tambah bodoh lagi apabila ramai penyokong PAS dan PKR yang turut sama menyokong kenyataan dari SAMM sekaligus mendedahkan betapa ceteknya pemikiran seseorang individu setelah dirinya menjadi penyokong pakatan pembangang. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT !!! NIK AZIZ AKAN TERIMA BANTUAN DARI SETAN KALAU SETAN BAGI ??? Posted: 24 Sep 2012 11:06 AM PDT Seorang yang di katakan ulama PAS telah mengeluarkan fatwa yang betul-betul mengelirukan dan boleh menjatuhkan Aqidah seseorang Islam apabila diikuti.Pada 24 Januari 1999,seorang ulama PAS dan juga Tok Guru kepada penganut PAS Nik Ajis Nik Mat telah mengeluarkan fatwa bahawa :-- "Jika DAP ikhlas nak tolong PAS,saya terima.Usahkan DAP,syaitan pun boleh saya terima." Seorang yang boleh dianggap faham tentang hukum hakam boleh berkata sesuatu yang boleh menjatuhkan Aqidah seseorang.Apa yang kita pelajari selama ini kita sebagai seorang Islam wajib memohon pertolongan (Doa) dari Allah.Dalam Al Quran mahupun hadis menyuruh seseorang itu agar menjauhi syaitan namun sebaliknya Nik Ajis sudi menerima syaitan sebagai temannya.Nabi saw memerintahkan ummatnya melalui Abu Zar r.a dengan bersabda bermaksud :-- "Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan jin".Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w, dengan berkata: "Ya Rasulullah! Adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan?" Baginda menjawab: "Ya! Benar!".Abu Zar r.a. Pengajaran dari hadis tersebut kita diseru agar memohon perlindungan Allah supaya dijauhkan dari godaan syaitan.Begitu juga Ee diterangkan bahawa sesiapa yang menjadikan syaitan sebagai teman hidupnya (mengikut hasutan) maka ia tergolong di kalangan mereka (sekutu syaitan) malah merekalah yang dikenali sebagai "syaitan manusia". Oleh itu ustaz menerangkan agar berwaspadalah dalam menjalinkan hubungan sesama manusia, janganlah sekali-kali terikut atau berkompromi dengan "syaitan manusia" ini kerana kesudahannya kita akan ditimpa malang (kemudharatan) akibat daripada kejahatan mereka.Dalam hal yang sedemikian Nik Ajis sebenarnya telah mengikut dan terikut segala bisikan syaitan yang menjadi teman kepada beliau selama ini dan atas sebab itulah segala percakapannya bukan melambangkan diri Nik Ajis yang sebenarnya. Sedarlah! wahai semua dan cubalah hayati Firman Allah dalam surah Al An'aam ayat 121 yang bermaksud " dan sesungguhnya SYAITAN-SYAITAN itu membisikan kepada pengikutnya,supaya kamu membantah (menghasut) kamu, dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram),sesungguhnya kamu tetap menjadi orang musyrik". RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! MELOYAKINI MENGAKU TERIMA DANA DARI LUAR DAN #SOROSFUND ??? Posted: 24 Sep 2012 08:30 AM PDT PETALING JAYA : Malaysiakini has admitted to receiving grants from National Endowment for Democracy (NED) and other international donors and that it had links with Suaram.The online portal's chief executive officer,Premesh Chandran,claimed that despite receiving grants from international donors, their editorial independence was not compromised."We are happy to work with international foundations on interesting projects to promote press freedom.We are transparent about such partnerships.These grants form a small part of Malaysiakini's budget," he said,adding that the portal was 70% owned by its co-founders and staff. Premesh said this in a statement in response to media reports following controversy over funding provided by Washington-based NED to human rights group such as Suaram and a host of other organisations,including Malaysiakini.Premesh said they also raised funds from international donors to support its Southeast Asia Centre for E-Media (Seacem) and other projects.Malaysiakini initiated Seacem in 2004 to help civil society and fledgling online media organisations in Asia to use new technologies to promote press freedom, human rights and democracy,he said. Seacem was also hired to build a human rights portal for eight key regional organisations, in which Suaram is the Malaysian partner,he said - The Star Soros link kept under wraps PETALING JAYA : Veteran journalist Y.L Chong quit from Malaysiakini as its news editor more than a decade ago when the news portal management refused to admit that they were getting funds from currency speculator George Soros."I told Malaysiakini 11 years ago to come clean,and not hide such information from our subscribers and readers.I decided to throw in my resignation as I could not toe the line and keep the Soros link under wraps," he said in an interview. Chong stressed that he was not against accepting foreign funds but must come clean after accepting the money."But I believe in ethical journalism,especially as Malaysiakini had flagged itself as promoting transparency and openness," he said. Chong had also first revealed all this in his blog called www.desiderata2000.blogspot.com a few years ago,was commenting on reports that Malaysiakini and Suaram were among anti-establishment organisations that allegedly received foreign funding.The two main contributors are the American-based National Endowment for Democracy (NED) and the George Soros-linked Open Society Institute (OSI),which have been financing groups supporting its interests and objectives around the world."I was then news editor and hence privy to information raised at Malaysiakini's meetings, and I had learned that indeed Malaysiakini had received an initial 10% down payment of RM188,000 for a 10% interest in Malaysiakini," he added. Chong said he quit after confronting the two Malaysiakini's top guns – Steven Gan and Premesh Chandran – and the two refused to publicly admit to receiving funds through Media Development Loan Fund (MDLF) run by the Open Society Institute (OSI),a well-known international unit linked to Soros."In fact Gan said it would be the death of Malaysiakini if they admitted to receiving funding from Soros," he said.Chong also expressed disappointment against the news portal management which had stated that he had quit over his salary."They twisted the facts to cover the real reason why I submitted my resignation," he said. Rocky's Bru Blog noted that Chong,the veteran journo and consummate truth-seeker,blew the cover of Malaysiakini and established its link with Soros "way back then" and last year reminded the public about the matter again. Chong said he had brought up the matter more than a decade ago following factual errors in the Far Eastern Economic Review magazine report pertaining to foreign funding from Soros. It was reported that in 1999, Malaysiakini started with a grant of US$100,000 (RM385,000.00) from the South-East Asia Press Alliance and a further deal to "develop open source software application" for RM188,000 with a division of MDLF.Mkini Dot Com allegedly received another RM1.3 mil from MDLF in 2002 in exchange for about 30% equity – The Star RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! PENOLONG SU DEWAN ULAMA PAS PERTAHAN NGEH KOO HAM ??? APA CERITA NI ??? Posted: 24 Sep 2012 05:00 AM PDT MasyaAllah.disaat orang-orang Islam termasuklah segelintir pemimpin-pemimpin Pas marah dengan kenyataan Ngeh Koo Ham yang mempertikaikan orang islam mengadakan demo membantah penghinaan terhadap Junjungan Mulia SAW,tiba-tiba hari ini orang dari dalam Dewan Ulama Pas pula yang mengeluarkan kenyataan,mengatakan apa yang diungkapkan Ngeh ada wajarnya.Berikut adalah kenyataan yang disiarkan di harakah daily Sebagai parti pemerintah,sekadar berdemonstrasi sebenarnya tidak memadai buat Umno kerana mereka sewajarnya mampu untuk berbuat lebih daripada itu.Justeru,Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Muhammad Ismi Mat Taib berkata,Umno perlu menunjukkan kewibawaan mereka sebagai parti yang mendakwa kononnya membela umat Islam dan Melayu di Malaysia.Sehubungan itu,sebagai Ketua Pemuda Umno,Khairy Jamaluddin seharusnya muhasabah diri dan menerima kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dengan jiwa besar."Sebagai sebuah parti Melayu yang paling utama, malah menjadi penaung kepada parti Kerajaan Barisan Nasional,kenyataan Ngeh Koo Ham sebenarnya ada kewajarannya," katanya. Dalam apa keadaan sekali pun samada Dewan Ulama,Dewan Pemuda,asalkan ianya Pas semuanya mereka akan meletak kepentingan politik lebih atas dari segalanya.Saya tak pelik dengan kenyataan dari Dewan Ulama Pas itu,kerana seperti yang saya katakan diatas mereka sentiasa meletak kepentingan politik lebih dari segala-galanya.Tahun lepas dalam persidangan mereka,mereka bawa usul untuk mempertahankan Anwar Ibrahim beraksi bersama dengan pelacur.Semuanya kerana politik.Zina pun zinalah, janji Anwar boleh beri keuntungan politik kepada mereka.Hari ini pula mereka boleh kata apa yang diungkapkan oleh Ngeh Koo Ham sebagai wajar.Jika ulama dalam Umno mereka katakan sebagai syaitan bisu,maka mereka pula adalah binatang-binatang politik yang berselindung disebalik nama ulama untuk mengabui mata masyarakat. - RBF RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! NGA KOR MING MEMPERSENDAKAN ISLAM ??? APA CERITA NI ??? Posted: 24 Sep 2012 01:30 AM PDT DAP sememangnya suka mempersendakan Islam.Ini mungkin disebabkan kuda-kuda tunggangan mereka di dalam PAS sentiasa memberi muka dan mengeluarkan fatwa baru untuk menghalalkan tindakan biadap ini.Sebelum ini YB Beruas Ngeh Koh Ham mempersendakan sensitiviti Umat Islam.kali ini,sepupunya yang juga Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis,menulis Al Fatihah untuk mengucapkan takziah ke atas keluarga seorang mangsa yang ditembak perompak di Perak.Kenyataan biadap beliau ini ditulis di laman sosial Twitter yang turut di "link" kan ke laman sosial Facebook beliau.saya malas nak ulas panjang-panjang cerita nga kor ming ni.kalau nak sebut semua ni masuklah islam.anda pernah tak dengar pemimpin parti komponen BN buat macam ni ??? tak ada kan ??? UNTUK SELANJUTNTYA RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! DEWAN ULAMA PAS INTAI KEMUNCULAN 'ISLAMIST DEMOCRATS' ??? WAJIB BACA !!! Posted: 23 Sep 2012 10:00 PM PDT Dewan Ulama PAS Pusat mula mengintai kemunculan satu golongan baru dalam parti itu yang dinamakan 'Islamist Democrats'.Ahmad Mouhyideen Hasyim,Ketua Majlis Fellow Penyelidik,Ulamak Pelapis Pusat yang juga merangkap ahli Majlis Penyelidikan,Dewan Ulamak PAS Pusat dalam artikelnya "Artikel Ulamak Pelapis : Islamist Democrats Mengelirukan" membahaskan makna dan agenda di sebalik pemakaian istilah tersebut.jom kita lihat artikel beliau di bawah PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang memperjuangkan kedaulatan agama sentiasa berusaha untuk menerangkan Islam kepada semua lapisan dan golongan masyarakat sama ada muslim atau non muslim. Mengemukakan matlamat yang jelas dan prinsip yang tegas adalah keperibadian PAS yang berlandaskan ajaran Quran dan Sunnah serta perjalanan dakwah Nabi S.A.W. Pun begitu,timbul satu golongan baru dalam PAS yang menggelarkan dirinya sebagai Islamist Democrats yang agak liberal dalam pemikirannya.Artikel ini akan cuba melihat dan mengkaji istilah dan pemikiran golongan tersebut guna untuk menilai sejauh mana ia bertepatan dengan aspirasi PAS untuk memperjuangkan Islam. Istilah Islamist Democrats : Bagi memahami apa kehendak sebenar golongan ini dengan istilah tersebut, mereka telah menerangkan bahawa Islamist adalah kata sifat (adjective) dan Demokrat adalah kata nama (mausuf/noun).Oleh itu,ia boleh diterjemahkan sebagai 'pejuang demokrasi yang Islamik'.Jelasnya,golongan ini menggunakan Istilah Islamist Democrats adalah untuk membezakan diri mereka dengan golongan yang mereka labelkan sebagai Islamist dalam PAS.Golongan Islamist pada pandangan mereka adalah golongan yang memperjuangkan doktrin Negara Islam dan perlaksanaan Undang-Undang Islam. Islamist Democrats pengaruh Barat : Penganalisis Barat selalu menggunakan pelbagai istilah dan label untuk mengklasifikasikan Islam dan pejuangnya seperti Islam Liberal, Islam Sekular, Islam Progresif, Islam Ortodoks,Islam Protestan,fundemantalist,reformist,Post Islamism dan lain-lain.Ia seolah-olah menggambarkan bahawa Islam dan pejuangnya mempunyai pelbagai versi.Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk merendah-merendah dan memburuk-burukkan persepsi orang ramai terhadap kumpulan Islam. Sebagai contoh, pejuang Islam dilabel sebagai golongan fundemantalist untuk menggambarkan mereka sebagai golongan yang kuno,tegar agama dan tidak ada kompromi.Perlabelan Islamist Democrats hakikatnya adalah menggunakan method yang sama yang digunakan oleh penganalisis Barat.Islamist Democrats sebagaimana yang diterangkan sebelum ini adalah untuk membezakan diri mereka daripada golongan Islamist.Ia tidak lain untuk menggambarkan bahawa mereka lebih pandai berpolitik,menyuarakan mesej dengan bahasa yang lebih mudah difahami oleh masyarakat awam dan melalui cara yang lebih lunak.Mengikut kaedah Usul Feqh Islam,sesuatu dalil itu perlu dilihat dalam dua aspek. Pertama ; mantuq (yang dilafazkan atau diucap) dan keduanya : mafhum (yang difahami).Kadang-kadang diambil mafhum yang berlawanan dengannya.Justeru,perlabelan Islamist Democrats secara mafhum yang berlawanan dengannya membawa maksud golongan Islamist adalah golongan yang terlalu memaksa orang lain untuk menerima pendapat mereka, agak kuno daripada sudut pendekatan dan tidak pandai berpolitik.Method perlabelan ini tidak seharusnya berlaku dalam gerakan Islam. Ia sangat mengelirukan orang ramai. Ia adalah untuk membina persepsi yang buruk kepada golongan Islam yang mereka gelar sebagai Islamist. Budaya perlabelan seperti ini adalah budaya Barat yang perlu ditolak. Perbezaan Perjuangan PAS dengan golongan Islamist Democrats : Daripada istilah Islamist Democrats yang membawa maksud pejuang demokrasi yang Islamik, kita dapat fahami bahawa asas perjuangan golongan ini adalah demokrasi dan Islam hanyalah sifat kepada perjuangan tersebut. Penekanannya adalah kepada demokrasi sementara Islam hanya untuk memperincikan lagi ciri demokrasi tersebut.Dari sudut ini,golongan ini telah membuat kesilapan yang sangat besar. Secara tidak sengaja, ia telah menukar penekanan daripada perjuangan Islam kepada perjuangan demokrasi. Istilah ini juga seterusnya meletakkan ciri Islamik menjadi hanya salah satu ciri sahaja kepada Pejuang Demokrasi.Persoalan yang timbul ialah sejauh mana ia bertepatan dengan kehendak Islam dan ajarannya yang menjadi tunjang kepada perjuangan PAS.Adakah perjuangan PAS memperjuangkan demokrasi atau memperjuangkan Islam? Pasti jawapannya adalah memperjuangkan Islam kerana dalam perlembagaan PAS jelas menyatakan demikian.Ia adalah perjuangan yang menjadi mata rantai perjuangan para Anbiya'.Fathi Yakan berkata: "Apabila saya mengaku sebagai muslim maka saya wajib bekerja untuk Islam.Saya harus bekerja keras untuk mewujudkan individu muslim, rumahtangga muslim,masyarakat muslim dan negara yang benar-benar Islam." (Apa Ertinya Saya Menganut Islam, 2000).Adapun demokrasi hanyalah wasilah yang digunakan oleh PAS untuk menegakkan Islam. Perkara ini dinyatakan secara jelas oleh Presidennya, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang : "PAS mengemukakan undang-undang jenayah Syariat termasuk hukum Hudud di peringkat negeri Kelantan dan Terenganu melalui proses demokrasi." (Harakahdaily, 13 Ogos 2012). Dr Yusuf al-Qaradhawi berkata : "Saya adalah daripada kalangan orang yang meminta demokrasi dengan sifatnya sebagai wasilah yang memudahkan dan terkawal untuk mencapai tujuan kita dalam kehidupan yang mulia ini yang mana kita mampu di dalamnya menyeru kepada Allah dan kepada Islam ..." (Min Fiqhi Ad-Daulah, 1997).Justeru, perjuangan golongan Islamist Democrats bercanggah dengan perjuangan PAS dan gerakan Islam yang lain. Perjuangan mereka tidak boleh diterima kerana asas perjuangan mereka adalah demokrasi, bukannya Islam. Perjuangan Islamist Democrats berbentuk cebisan,tidak menyeluruh : Golongan Islamist Democrats menyatakan bahawa mereka hanya mahu memainkan peranan dalam proses tadbir urus berdemokrasi dan tidak akan memaksakan pendirian mereka ke atas sesiapa sama ada yang bersifat politik mahupun agama.Kenyataan mereka ini adalah sesuai dengan perkataan 'demokrasi' yang memberikan kebebasan memilih tanpa paksaan terhadap seseorang.Kenyataan ini sebenarnya menyerlahkan lagi pendirian dan perjuangan mereka terhadap demokrasi dan bukannya Islam yang menyeluruh. Islam sifatnya syumul dan menyeluruh. Dalamnya terdapat perkara yang berkaitan toharah, solat, puasa, menunaikan zakat, haji, ekonomi,undang-undang jenayah sehinggalah urusan negara dan pentadbiran. Imam Hasan Al-Banna berkata : "Islam adalah sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah negara dan tanah air atau kerajaan dan rakyat. Ia adalah akhlak dan kekuataan atau rahmat dan keadilan. Ia adalah thaqafah dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman ...." (Nazorat fi Risalah at-Ta'lim, 1990). Mohd Abdullah al-Khatib dan Mohd Abdullah al-Halim menulis : "Imam Al-Banna dalam pemikirannya dalam perkara ini ketika menulis Risalah at-Ta'lim memulakannya dengan rukun Faham. Ini adalah kerana bekerja untuk Islam dan berkumpul sekitarnya tidak mungkin sebelum memahaminya.Beliau sangat mengambil berat agar kefahaman Ikhwan adalah kefahaman Islam yang sebenar, tidak meninggalkan salah satu aspek daripada aspek-aspek Islam." (Nazorat fi Risalah at-Ta'lim, 1990).Memperjuangkan hanya proses tadbir urus yang berdemokrasi hanyalah cebisan dan satu aspek daripada apa yang terkandung daripada Islam dan bertentangan dengan contoh tauladan perjuangan Junjungan Nabi S.A.W. Justeru, tidak peliklah mereka mengelak daripada memperjuangkan dasar PAS yang amat jelas dan syumul.Mereka menggesa agar PAS tidak menimbulkan isu Hudud kerana perbincangan dan perdebatan isu ini pada pandangan mereka membawa kesan yang negatif. Ia berbeza dengan pendirian PAS melalui Presidennya, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang yang tegas dengan prinsip dan dasarnya dalam isu Hudud. Beliau berkata: "PAS menyatakan dasarnya secara terbuka dan DAP juga menyatakan perjuangannya secara terbuka dan berdailog secara terbuka.PAS tidak boleh menghalang DAP menentang Hudud dan DAP tidak berkuasa menghalang PAS menyatakan haknya." (Harakahdaily, 13 Ogos 2012). Islamist Democrats Sedunia? Golongan ini selalu mendakwa bahawa Islamist Democrats yang tidak membicarakan tentang doktrin Negara Islam dan undang-undangnya adalah sejajar dengan perubahan pendekatan oleh pejuang dan gerakan Islam seluruh dunia sebagaimana yang berlaku di Timur Tengah melalui Arab Spring. Ia lebih dikenali sebagai Post Islamism oleh Barat. Dakwaan ini jika diperhatikan tidak ada asasnya. Dr. Mursi sebelum menjadi Presiden Mesir ketika menyampaikan ucapannya sebagai Presiden Parti al-Hurriyyah wal Adalah sempena muktamarnya yang pertama berkata: "Parti ini lahir daripada rahim Ikhwan Muslimin dan natijah daripada perjuangan Ikhwan yang panjang tetapi ia adalah terpisah daripada sudut pentadbiran dan kewangan. Ia adalah parti politik yang berusaha untuk mendapatkan kuasa dengan bersumberkan Islam." Beliau menyebut bahawa syiar parti yang pertama adalah Mesir dan ia adalah tujuan kita yang pertama yang akan kita bergerak daripadanya kepada daulah Islamiyyah (Negara Islam). Agama rasmi Mesir ialah Islam dan ia adalah sumber perundangan. (Al-Yaum as-Sabi', 23 Julai 2011). Jelas bahawa Dr. Mursi tanpa berselindung menegaskan prinsip partinya untuk menegakkan Negara Islam dan Islam adalah sumber perundangan. Walaupun beliau tegas dalam kenyataan tersebut, beliau tetap menang dalam pilihanraya Presiden yang pertama selepas kejatuhan Husni Mubarak. Dr. Muhammad Badi', Al-Mursyidul al-Am bagi Ikhwan Muslimun pula menyeru agar para Ulamak dan Khatib menerangkan tentang kebaikan Hudud dan Syariat Islam dengan berkata: "Sekiranya para Ulamak dan Khatib berjaya menzahirkan kebenaran dan apa yang terdapat dalam Syariat Islam yang membawa kerahmatan, kebaikan yang banyak kepada manusia dan kebahagiaan di dunia serta akhirat maka masyarakat sendiri akan ingin melaksanakan Syariat Islam. Mereka akan mempertahankannya dengan penuh kekuatan dan keazaman." (ikhwanonline.com, 31 Mei 2012). Penulis adalah Ketua Majlis Fellow Penyelidik,Ulamak Pelapis Pusat merangkap ahli Majlis Penyelidikan,Dewan Ulamak PAS Pusat RENUNG-RENUNGKAN |
#SOROSFUND !!! TUN MAHATHIR MEMBELASAH SUARAM,MELOYAKINI DAN PAKATAN HARAM KAW-KAW !!! Posted: 23 Sep 2012 07:00 PM PDT Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata,penyaluran dana asing untuk aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang membuktikan wujud campur tangan pihak luar untuk menukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan yang boleh mengikut telunjuk mereka.Menurut bekas Perdana Menteri,modus operandi yang digunakan adalah sama seperti di Libya,Mesir dan negara Arab lain yang mereka namakan sebagai Arab Spring,iaitu pihak asing memberi bantuan kewangan bagi membiayai aktiviti NGO mengapi-apikan rakyat supaya bangkit menentang kerajaan dan melakukan apa yang dikatakan sebagai regime change. "Kerajaan interim Mesir telah pun menghentikan kegiatan sesetengah NGO ini yang datang dari Amerika. "Mereka ini sebenarnya dibiayai oleh kerajaan (Amerika),mereka pergi ke Mesir dan cuba mempengaruhi orang Mesir dan siapa-siapa yang hendak menghadapi pilihan raya.Mesir telah menghalang mereka daripada masuk campur (dalam pilihan raya).Kita tak pernah campur tangan,tak pernah pergi kacau (pilihan raya negara mereka) dia punya pilihan raya, dia punyalah.Kita punya pilihan raya adalah hak rakyat kita,pasal apa dia nak cuba pengaruhi orang untuk menukar kerajaan, kerajaan yang mesra kepada mereka? Inilah tujuannya.Ini yang diuar-uarkan sebagai regime change," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini kelmarin. Dr. Mahathir diminta mengulas pendedahan akhbar kelmarin mengenai penyaluran dana asing kepada NGO dalam negara termasuk RM1.6 juta yang diterima Suara Rakyat Malaysia (Suaram) daripada National Endowment for Democracy (NED) dan RM845,835 daripada Open Society Institute (OSI),pertubuhan yang diasaskan oleh penyangak mata wang George Soros.Menurut bekas Perdana Menteri seperti yang pernah ditulis oleh beliau di dalam blognya,apa yang dimahukan oleh pihak asing itu bukan setakat regime change atau perubahan kerajaan yang memerintah tetapi perubahan yang menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.Beliau yakin penyaluran dana asing termasuk untuk perhimpunan Bersih dan pelbagai lagi adalah sebahagian daripada operasi untuk menyokong Anwar. "Jerman pun bagi duit,apa kena-mengena dengan Jerman? Adakah anda tidak bersetuju dengan kerajaan sekarang dan mahu menjatuhkannya? Kalau nak bagi duit,bagi dua-dua belah (pihak).Bagi kepada pihak penyokong kerajaan dan pihak pembangkang tak apa.Tapi apabila anda memberi dana hanya kepada satu pihak bermakna anda mengapi-apikan rakyat supaya menentang kerajaan.Ini salah! Ia adalah hak rakyat negara ini untuk memilih kerajaan yang mereka kehendaki bukannya orang luar menentukan kerajaan yang mereka mahukan," tegasnya. Dalam keadaan ini,Dr. Mahathir berkata,apa yang diperjuangkan oleh NGO yang menerima dana asing ini bukan lagi mewakili suara rakyat Malaysia sebaliknya suara pihak luar.Ia bukannya inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing.Tak kan kita hendak dikuasai oleh orang asing? Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar.Jadi siapa yang nak pilih Perdana Menteri Malaysia,orang Malaysiakah orang asing..?," soalnya.Baginya beliau boleh menerima sekiranya rakyat Malaysia sendiri yang membuat keputusan hendak memilih Anwar tetapi biarlah pilihan itu dibuat tanpa dipengaruhi oleh tangan-tangan asing. "Jika pihak asing cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit,itu rasuah...!" tegasnya lagi. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! TUN MAHATHIR MEMBELASAH PAKATAN HARAM KAW-KAW !!! Posted: 23 Sep 2012 04:00 PM PDT Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir di ucapan Keynote nya di Forum CEO menjelas kan dengan perinci apa akan terjadi jika Negara mendapat kerajaan baru hasil kejayaan menanam sifat benci di kalangan rakyat.Walau pun Mantan PM itu mengata kan agak mustahil untuk kerajaan Pakatan menang atas sebab sebab tertentu tetapi beliau tetap membutir kan bayangan dan rupa bentuk keadaan jika Negara menerima "Tuan"baru.Di dalam mencerita kan pertelingkahan yang bakal berlaku oleh ketiga tiga parti dalam Pakatan ini,beliau juga melontar persoalan kepada sidang hadirian apa kah itu yang "kamu sekelian mahu kan" dan menambah kata "sudah bersedia menghadapi ketidak ketentuan?" Jika ini semua sudah di jawap maka terserah lah kepada rakyat sekelian menentu kan hak masing maisng, atas dasar rakyat juga berhak untuk salah, yakni "the right to be wrong". Ketika menjelas kan nya Mantan PM mengarah kan hadirin bukan sahaja harus melihat kepada apa yang akan terjadi, tetapi kepada apa yang sedang berlaku.Saksi kan juga ketika ini perbalahan mulut pemimpin parti dalam Pakatan antara PAS dan DAP,ia nya belum lagi di peringkat sudah ada kuasa tetapi ketika belum ada kuasa lagi.Masa berkuasa akan di habis kan dengan berpolitik,masing masing mahu dasar nya di terima,pergolakan dan ugut mengugut akan terjadi di dalam protes dasar satu sama lain.Dan amat malang lagi ia akan menjadi kerajaan mencari pasal dan mencari alasan kerajaan lama sebagai sebahagian dari sasaran nya,perangai membangkang akan terbawa bawa walau pun sudah menjadi kerajaan.. Umum harus sedar sesama parti di dalam Pakatan pun tidak ada kesedian menerima warna bendera untuk Pakatan Rakyat,ia nya kerana tidak ada persetujuan ke atas corak,warna dan ciri ciri kepada bendera satu Pakatan ini.Itu baru hal warna di sekeping kain.Belum lagi dasar dasar pelajaran, kewangan, pertahanan dan lain lain.Mantan PM itu juga berkata ketidak tentuan ini bakal merosak kan ekonomi atas sebab pelabur akan "hold on" kepada pelaburan nya.Jika pelabur tidak pasti hala tuju kerajaan maka hala tuju ekonomi juga akan tergangu. Pakat di dalam bahasa melayu selalu nya bertujuan untuk sesuatu yang tidak berapa elok, jelas Tun Mahathir.Ia tidak sama dengan muafakat Dan sememang nya ia boleh di lihat dari mata kasar pun.Ketiga komponen dalam pakatan hanya bersetuju kepada satu perkara sahaja ia itu kesemua nya membenci UMNO Dan kebencian kepada UMNO bukan lah satu asas kuat untuk membentuk kerajaan.Jika ada persetujuan di masa ini antara ketiga parti itu ,ia nya berbekal kan apa yang sedia ada,ia itu Anwar sebagai ketua sementara sahaja.Bayang kan apa akan jadi jika DAP pula mendapat kerusi berganda banyak nya dari parti Anwar? Mahu kah DAP ikut telunjuk Anwar lagi? Begitu juga PAS,jika dia menang lebih banyak kerusi dari PKR mahu kah telunjuk Anwar di ikuti? Ramai yang enggan menjawap dengan jujur kerana memang tidak boleh menjawap, yang ada pula penyoal nya yang di serang. Pemimpin PAS pun bukan boleh menjawap satu persatu jika di soal sebegini.Mengambil sikap menghadapi PRU dahulu dan persoalan lain difikirkan kemudian,ada lah sikap yang amat bahaya dan tidak bertanggung jawap.Jika sudah berpakat mana hasil blue print nya? Bayangan menteri dan cabinet pun boleh melaga kan Pakatan rapuh ini Buku Jingga tidak boleh di guna pakai lansung kerana janji janji dahulu pun di anggap sebagai bukan janji oleh Menteri besar PKR di Selangor.Jika yang bertulis pun bukan suatu janji, apa kah yang boleh di pakai dan di pegang oleh rakyat? Ketika Tun Mahathir menguna ungkapan "lebih selamat dengan setan yang di kenali" ramai tidak tahu perkataan proverb itu sememang nya ujud di dalam bahasa Inggeris dan bukan nya Mahathir yang cakap atas perkataan sendiri. Cuma dia pilih idiom itu sebagai perumpaan di dalam jawapan nya. Memang ada kebenaran pada kata Mantan PM.. Bagai mana pula dengan dasar Dalam negeri? Lua negara? Hubungan dengan Negara tertentu? Semua itu tidak jelas dan sangat kabur.Apa kah laluan untuk mengodam sistem pemerintahan Negara akan berlaku sebaik sahaja "malaun" dapat kuasa? Bagaimana sistem kewangan dan sistem sistem lain nya, akan serupa atau akan berubah? Ketika Tun Mahathir berucap dia melontar soalan kepada hadirin dengan kata "it's a government you choose" kamu lah bertangung jawap atas apa yang kamu sendiri pilih,dan jangan salah kan sesiapa jika kalam kabut dan ketidak tentuan berlaku. Cuma ada satu perkara sahaja di kepala Anwar Ibrahim,menjadi PM untuk menguna kan taktik pulas tangan untuk melebur kan kes liwat nya.Sambil itu membalas dendam kepada orang orang yang membongkar kan jenayah seksual nya.Malah ada orang kata asalkan dapat jadi PM sehari pun cukup supaya boleh membawa wang nota RM500 dan RM 1000 di luar Negara di sah guna kan untuk di bahagi kan kepada orang yang setia kepada nya.Bagai mana pula dana yang yang sudah di guna kan oleh kuncu kuncu nya atas jaminan nya? Pihak Yahudi tidak pernah membuat kerja bodoh dan tidak berfaedah, apa yang di labur pasti mahu di kaup untung nya.Dengan dana apa mahu Anwar dan Pakatan membayar kembali kepada Soros? Ada orang kata dengan penyerahan perniagaan di zon ekonomi Petronas, allah walam. Negara jiran sedang menunggu limpahan ekonomi jika Negara dalam keadaan kalam kabut.Lee Kuan Yew pernah berkata kepada Dr Chen Man Hin,"asal dapat jadi PM Malaysia sehari pun cukup".Agak nya kita menuju ke arah ini dan amat pelik parti yang paling kuat menjerit Takbir ada lah parti talibarut kepada tujuan ini tanpa menyedari nya atau memang di sedari nya. Samada Sedar atau pun tidak seperti rasmi pisau,terhiris secara sengaja atau tidak tetap mendatang kan luka - Selangor Daily RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment