UMNO Online - “Pemuda UMNO Kenal Pasti 90 Kawasan Pembangkang BN Mampu Menang” plus 9 more

UMNO Online - “Pemuda UMNO Kenal Pasti 90 Kawasan Pembangkang BN Mampu Menang” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pemuda UMNO Kenal Pasti 90 Kawasan Pembangkang BN Mampu Menang

Posted: 10 Aug 2012 08:24 AM PDT

BUKIT MERTAJAM, 10 Ogos – Pemuda UMNO akan memberi tumpuan di 90 kawasan diwakili pembangkang yang diyakini boleh dimenangi Barisan Nasional (BN) jika diberi lebih perhatian kerana kebanyakan penduduk di kawasan itu adalah pengundi atas pagar.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata pemilihan 90 kawasan itu dibuat selepas Pemuda UMNO menjalankan kaji selidik baru-baru ini, bagi mengenal pasti kawasan yang mampu dimenangi BN.

“Sudah pasti kita melihat kawasan tumpuan tertentu terutama parlimen yang ada harapan menang dan melalui kaji selidik dijalankan Pemuda UMNO, sebanyak 90 kawasan pembangkang dikenal pasti mempunyai peluang cerah untuk BN menang.

“Kawasan itu ditakrifkan sebagai atas pagar dan jika diberi tumpuan yang lebih serta dilipat gandakan usaha, saya percaya BN boleh menang, lagi pun kekalahan di parlimen terbabit pada pilihan raya umum lepas hanya sedikit dan tipis,” katanya di sini, Jumaat.

Beliau ditemui pada majlis penyampaian sumbangan Ramadan Pemuda UMNO Pulau Pinang.

Seramai 350 penerima terdiri daripada warga emas, fakir dan orang kelainan upaya menerima wang tunai dan barangan keperluan.

Khairy berkata menerusi kaji selidik yang dijalankan itu juga mendapati sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 90 parlimen berkenaan boleh dimenangi BN.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya tidak akan mengabaikan kawasan parlimen yang dimenangi BN dan akan mempertahankan kerusi tersebut.

“Pemuda juga memberi perhatian kepada parlimen-parlimen yang memang menjadi kubu kuat kita supaya kerusi di situ dipertahankan dan saya percaya dengan tumpuan khusus di 90 kawasan yang dikenal pasti itu, BN akan mampu memperoleh kemenangan dua pertiga,” katanya.

Malang Nasib Pekerja Jana Niaga Angkara Unisel Berhutang RM15 Juta

Posted: 10 Aug 2012 08:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Kemeriahan Syawal sudah mula dirasai. Ketika umat Islam yang lain sudah mula menyediakan persiapan hari raya, namun buat para pekerja Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB), masih buntu untuk menyediakan persiapan memandangkan sejak beberapa bulan ini, mereka tidak menerima gaji mereka.

Keadaan ini memaksa sebahagian besar kakitangan Jana Niaga Sdn. Bhd. (JNSB) hari ini mengadakan demonstrasi secara aman menuntut pihak pengurusan Universiti Selangor (Unisel) melunaskan tunggakan kos pengurusan asrama yang dianggarkan RM15 juta kepada syarikat itu serta-merta.

Kira-kira 100 orang perkerja telah berhimpun kira-kira pukul 2.30 petang di hadapan pintu masuk Unisel di kampus Bestari Jaya, berang dengan tindakan pihak pengurusan Unisel yang menyebabkan mereka berhadapan dengan masalah kewangan kerana JNSB tidak mampu membayar gaji serta tuntutan mereka sejak Mac lalu.

Menurut wakil kakitangan JNSB, Norul Hayati Mustafa, pihaknya kesal dengan tindakan Unisel tidak melangsaikan tunggakan berkenaan yang menyebabkan JNSB itu tidak lagi mampu untuk menjalankan operasi pengurusan asrama di universiti berkenaan.

“Unisel tidak jelaskan hutang kepada syarikat kami (JNSB) yang menyebabkan syarikat kami mengalami masalah kewangan. Namun, paling menyedihkan ialah nasib kami semua sebagai pekerja kerana syarikat kami tidak mampu untuk membayar gaji serta elaun kami kerana tindakan Unisel itu.

“Bagaimana dengan nasib kami semua selepas ini. Kami semua ada keluarga, ada anak-anak lebih-lebih lagi sambutan hari raya yang akan tiba tidak lama lagi,” katanya yang telah bekerja sebagai Eksekutif Pengurusan di JNSB selama tujuh tahun.

Bagi Noorashikeen Mohd Stap, beliau turut mempertikaikan penjelasan Unisel yang sebelum ini dikatakan tidak boleh membayar hutang JNSB kerana universiti itu mempunyai kengkangan kewangan.

Sebaliknya, beliau difahamkan, kakitangan Unisel telah menerima bonus serta imbuhan lain.

“Jadi jika Unisel mempunyai kengkangan kewangan, mengapa mereka mampu membayar bonus serta imbuhan kepada kakitangan mereka. Jika Unisel ada kemampuan, mengapa pula hutang mereka JNSB tidak langsaikan,” tegasnya lagi.

Dalam masa yang sama, rakan sekerjanya Ahmad Abdul Latif, 45, yang mengakui merasa kekecewaan berikutan tindakan Unisel itu terhadap JNSB yang secara tidak langsung telah menyulitkan kehidupan seharian mereka.

Beliau yang bertugas sebagai juruteknik di JNSB itu, kecewaan tersebut lebih-lebih lagi dirasainya bersama isteri serta lima orang anaknya menjelang sambutan hari raya yang semakin hampir.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan yang turut sama menyertai perhimpunan itu berkata, pihaknya menuntut agar pihak pengurusan Unisel menyelesaikan hutang mereka dengan JNSB sebelum hari raya ini.

Katanya, penyelesaian hutang itu harus disegerakan oleh universiti itu atas dasar mengambilkira hak serta kemanusiaan para kakitangan JNSB yang terpaksa berhadapan masalah kewangan.

“Kalau bayaran yuran guaman kepada Rafizi Ramli (Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat) kerajaan negeri boleh bayarkan, kenapa tidak kepada JNSB bagi membolehkan syarikat itu membayar gaji kepada pekerja mereka.

“Ini bukan soal politik, ini soal hak dan kebajikan para pekerja JNSB. Selain itu, kita juga minta supaya MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) menyiasat dan melakukan audit terhadap Unisel,” ujarnya yang turut kesal dengan sikap Unisel yang tidak menghantar wakil untuk menerima memorandum daripada kakitangan JNSB, hari ini. -MediaUMNO

IKHLAS MALAYSIA Sends Memorandum To Selangor Government

Posted: 10 Aug 2012 01:29 AM PDT

SHAH ALAM, Aug 10 – An organisation called Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia or IKHLAS MALAYSIA wants the Selangor government to be responsible for losses incurred by traders in the state if water rationing is imposed.

This was contained in a memorandum submitted to the Menteri Besar’s Office here today which was received by a Chinese language officer there, Teh Yee Keong.

IKHLAS MALAYSIA president, Mohd Ridzuan Abdullah, said they wanted the state government to issue a guarantee letter that it would be responsible for the losses to be incurred by the traders.

He said the state government had seven days to respond to the demand made by the organisation.

Failing which, he said traders in Selangor would stage a demonstration in front of the State Secretariat building.

Loga’s Widow Touched By Government’s Concern

Posted: 10 Aug 2012 01:27 AM PDT

GEORGE TOWN, Aug 10 – Datin Susan Loganathan, the widow of Alleycats vocalist Datuk Loganathan Arumugam, is grateful to the Federal government for extending assistance to the family after 50 per cent of the house they have lived in for the past 12 years was destroyed in a fire last Monday.

Still distraught over the incident, she said she was relieved that so many people were willing to help and remembered her late husband’s contributions to the local music industry.

“Relieved…no word can express, I would like to thank everyone…terima kasih,” she told reporters after receiving RM50,000 from the Information, Communication and Culture Ministry’s special fund to help artistes, here today.

The contribution was presented by Information, Communications and Culture Deputy Minister Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz at her home in Jalan Azyze, Tanjung Bungah here.

Meanwhile, D’Cruz said the funds would facilitate repair and maintenance works on the house.

“From time to time we will look at what else the family needs and try our best to help,” he added.

Najib Congratulates Pandelela For Winning Olympic Medal

Posted: 10 Aug 2012 01:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 10 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak congratulated national diver, Pandelela Rinong, for winning the bronze medal in the Women’s 10m Platform event final of the 2012 London Olympics, hence being the country’s first female Olympian to ever win an Olympic medal.

“This morning, I received a good news from the Olympic Games. Our national sportswoman, Pandelela Rinong anak Pamg, has won the bronze medal in the Women’s 10m Platform event.

“Well done Pandelela!” Najib said in his latest status update on Facebook today, which had garnered over 18,000 likes as at 2pm.

Najib also said that he believed after winning the medal at such a young age, Pandelela would continue to shine in many more years to come.

Najib also congratulated the 19-year-old diver via Twitter.

“Great performance by Pandelela. First Malaysian woman to win an Olympic medal. Well done and congratulation!” he tweeted.

Pandelela collected 359.20 points to settle at third place behind defending champion Chen Ruolin from China (422.30 points) and silver medallist Brittany Broben from Australia (366.50 points).

This is the second medal for Malaysia from the London edition of the Olympics after the national badminton ace Datuk Lee Chong Wei won the silver medal in the men singles’ final last Sunday.

With Pandelela’s success, Malaysia had also repeated its performance at the 1996 Olympic Games in Atlanta in the United States, by bagging one silver and one bronze medal.

Pandelela’s excellent performance also broke badminton domination in medal contribution, which numbered two silver and two bronze medals so far, since Malaysia’s first participation in the Olympic Games in Melbourne in 1956.

At the Seoul Olympics in 1988, national female taekwondo athlete, M. Vasugi, also received a bronze medal, but taekwondo was just a demonstration sport then, and the medal was not counted in the official Olympic medal tally.

Majlis Syura Pas Didesak Nyatakan Pendirian Hubungan Bersama DAP

Posted: 10 Aug 2012 01:15 AM PDT

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Majlis Syura Pas didesak untuk menyatakan pendirian mereka berkenaan  hubungan politik parti tersebut dengan parti DAP berdasarkan hukum Islam bagi memperjelaskan kekeliruan yang berlaku di kalangan rakyat dan juga ahli-ahli Pas sendiri.

Presiden Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDAS), Rosdi Long berkata, setakat ini, tidak ada sebarang kenyataan secara terbuka yang  dilakukan oleh Majlis Syura Ulama Pas menyatakan prinsip parti tersebut berkenaan hubungan bersama DAP.

"Saya minta agar Majlis Syura Ulama Pas buat kenyataan tentang apa hukumnya kerjasama Pas dengan DAP yang terang-terang menolak dan menentang Islam. Pas tidak boleh membiarkan isu ini diulas oleh kepimpinan yang bukan ahli dalamnya. Ini soal hukum Islam dan majlis ulama Pas adalah institusi yang tepat untuk memberikan penjelasan.

"Majlis Syura Ulama di dalam Pas sepatutnya tampil memberikan kenyataan apakah hukumnya bersekongkol dengan DAP, agar rakyat dapat menilai dengan lebih jelas, dan bukannya menyerahkan tugas ini kepada yang bukan ahlinya," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau juga meminta agar isu ini tidak dipolitikkan umat Islam di negara ini perlu menilai perkara ini berdasarkan hukum-hukum Islam yang telah digariskan oleh Al Quran dan Sunnah.

"Umat Islam perlu menilai isu ini dari sudut pandangan Al Quran dan Sunnah, bukannya dari sudut politik. Apabila melibatkan soal hukum dalam agama, umat Islam perlu mengenepikan semangat kepartian  dan berbalik kepada apa yang telah digariskan di dalam Islam.

"Perkara ini penting kerana sepanjang kewujudan DAP di negara ini, parti tersebut telah secara terbuka dan konsisten menentang  secara terbuka sebarang usaha untuk mewujudkan atau menjadikan negara ini ditadbir berdasarkan hukum dan undang-undang Islam," ujar beliau lagi.

Selain itu, beliau juga meminta agar pihak yang berwajib di negara ini membuat satu garis panduan bagaimana prinsip-prinsip yang termaktub di dalam Al Quran dalam hal-hal berkenaan hubungan antara umat Islam dan bukan Islam di negara ini. -MediaUMNO

80,000 Penduduk Kundang Dapat Manfaat Susur Keluar Bertol LATAR

Posted: 10 Aug 2012 12:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Pembinaan susur keluar bertol dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) di Km 17.6 ke Jalan Setia, Kundang, dekat sini, dijangka dapat memberi manfaat kepada 80,000 penduduk Kuang dan Kundang.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata pembinaan projek bernilai RM30 juta itu dijadual pada suku pertama tahun depan dan siap pada penghujung 2014.

“Dianggar sebanyak RM2 juta diperuntuk untuk urusan pengambilan tanah dan baki untuk kos pembinaan. Ketika ini kita masih pada peringkat pengambilan tanah,” katanya selepas melawat tapak cadangan pembinaan susur keluar itu, di sini hari ini.

Pembinaan susur itu akan menambah baik akses penduduk di kawasan sekitar yang pada masa ini terpaksa menggunakan jalan jauh, termasuk persimpangan bertingkat Puncak Alam dan Paya Jaras untuk keluar ke pekan, katanya.

Projek itu juga diharap dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan sosioekonomi kawasan Kundang, Bandar Tasik Puteri dan kawasan sekitarnya, kata Shaziman.

“Pada Oktober tahun lepas, Perdana Menteri sendiri pernah datang mendengar permasalahan penduduk dan meminta kementerian kami membuat kajian. Perkara ini kemudian dibawa ke peringkat Jemaah Menteri untuk pembentangan sebelum diluluskan tiga minggu lepas,” katanya.

Masyarakat Diseru Manfaatkan Ramadhan – Kamarlin

Posted: 10 Aug 2012 12:48 AM PDT

SIPITANG 10 Ogos – Bulan Ramadhan yang tinggal beberapa hari sahaja lagi terus memberi berkat dan manfaat serta limpahan rezeki buat mereka yang tidak berkeupayaan apabila golongan asnaf itu terus menerus mendapat bantuan sewajarnya.

Tidak ketinggalan di Lumadan, dekat sini golongan asnaf yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, anak yatim piatu dan lain-lain turut mendapat limpahan rezeki bulan yang penuh berkat apabila mereka diraikan dalam majlis Ziarah Ramadhan  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan tersebut, Kamarlin Hj Ombi.

Bertempat di Masjid Kampung Bukau, Kamarlin serta pimpinan Kemajuan Rakyat Kawasan Lumadan turut berbuka puasa, solat maghrib, isya' dan terawih secara berjemaah bersama penduduk setempat.

Terdahulu berucap di majlis tersebut Kamarlin yang juga Timbalan  Ketua UMNO bahagian Sipitang mengingatkan umat Islam setempat agar memanfaatkan sepenuhnya bulan yang penuh dengan barakah itu.

"Bulan Ramadan bukan sahaja untuk mempertingkatkan ibadah namun ianya juga wadah untuk menjalin hubungan harmoni di samping memperkukuhkan perpaduan melalui pelbagai program yang dijalankan di masjid dan surau di kawasan masing-masing sepanjang bulan ramadan ini," katanya.

Kata beliau lagi dengan adanya program seumpama itu, ianya akan dapat membantu meningkatkan lagi hubungan antara satu sama lain sekaligus melahirkan masyarakat setempat yang harmoni.

 

 

 

 

 

Lihat Anak Bulan Syawal 18 Ogos

Posted: 10 Aug 2012 12:38 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Ogos –  Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah pada petang Sabtu, 18 Ogos bersamaan 29 Ramadan ini, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen,” kata kenyataan itu.

Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Syawal di Pontian Kecil; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara; Telok Kemang, Port Dickson; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Kuala Langat; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Daerah Manjong; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang).

Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; Menara Alor Star; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu; Tanjong Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching; Tanjung Batu, Bintulu.Tempat lain ialah di Balai Cerap Al-Biruni, Putatan; Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan; Tingkat 13 Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Toll Rebates And Discounts At 24 Expressways In Conjunction With Aidilfitri Celebration

Posted: 10 Aug 2012 12:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 10 – The concessionaires of 24 expressways have agreed to provide incentives in the form of toll rebates and discounts for class 1 vehicles in conjunction with this year’s Aidilfitri celebration.

Works Minister Datuk Seri Shaziman Abu Mansor said the toll rebates and discounts, the highest ever given, would also be in conjunction with the Merdeka Day celebration.

“For class 1 vehicles using the electronic toll payment at expressways managed by PLUS Berhad, they get to enjoy a toll rebate of 30 per cent on Aug 22 and 23.

“For those using other expressways, like the east Coast Expressway,, motorists can enjoy a toll discount of between 10 and 37.5 per cent from Aug 18 to 21,” he added.

He told this to reporters after visiting the site for the proposed construction of a toll exit from the KL-Kuala Selangor Expressway (LATAR) to Jalan B149, Kundang, near here today.

Shaziman said that in conjunction with the Merdeka Day celebration, the concessionaires of two highways, Maju Expressway (MEX) and the Damansara-Puchong Expressway (LDP), would not be collecting toll from motorists on that day.

He said the other 22 expressways would be offering a toll rebate and discount of between 10 and 30 per cent.

With the coming Aidilfitri celebration, Shaziman urged all repair works on expressways to be stopped to avoid congestion and ensure smooth traffic flow.

All work should be stopped one week before until a week after Aidilfitri, he added.

He said an estimated 1.7 million motorists would be using PLUS daily during the festive season, compared with 1.2 million daily on normal days.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...