BADUT RAKYAT |
- EKSKLUSIF !!! KRISIS AIR SELANGOR !!! YANG MANA FAKTA DAN YANG MANA AUTA ??? WAJIB BACA !!!
- KANTOI !!! PENIPUAN TERHEBAT PAKATAN HARAM TERUTAMA KHALID GAGAP TERBONGKAR !!!
- HOT NEWS !!! BLOGGER FITNAH DATUK SERI RAIS YATIM DAN MENGHINA MAHKAMAH DI PENJARA 3 BULAN !!!
- ISU AIR !!! KANTOI !!! DATUK MD ZIN MEMBELASAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR DAN KDEB !!! WAJIB BACA !!!
- BONGKAR !!! ANTI PATRIOTISME !!! MANOHARAN MENGAKU MENGHINA JALUR GEMILANG ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! HARAM DAN BERDOSA UNDI DAN MENYOKONG DAP !!!
- EKSKLUSIF !!! SENARAI LOKASI 'SPEED TRAP' TERSEBAR !!! ANDA NAK TAHU DI MANA ??? WAJIB BACA !!!
EKSKLUSIF !!! KRISIS AIR SELANGOR !!! YANG MANA FAKTA DAN YANG MANA AUTA ??? WAJIB BACA !!! Posted: 10 Aug 2012 11:52 AM PDT waktu ini di Hulu Langat terdapat sebuah loji pemprosesan air utama (Loji Sungai Langat) yang membekalkan air untuk kegunaan pengguna di kawasan Hulu Langat,Petaling Jaya,Kuala Lumpur,Cheras,Kajang dan Balakong.Loji Sungai Langat yang ada sekarang dibina pada 1971.Ia direka bentuk untuk memproses dan merawat 386 juta liter air sehari.Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini loji tersebut terpaksa merawat sebanyak 460 juta liter air sehari.Peningkatan itu disebabkan oleh permintaan yang semakin meningkat daripada pengguna saban hari. Jumlah 460 juta liter sehari yang diproses akan keluar dari loji untuk disalurkan kepada pengguna tanpa meninggalkan seliter pun bakinya.Akibat dari pemprosesan yang melebihi kapasiti yang direka bentuk membuatkan pihak Puncak Niaga berada dalam keadaan tertekan kerana mereka perlu menggunakan kesemua 15 mesin yang ada.Tidak ada satu mesin pun tidak digunakan melainkan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.Ini kerana pada masa itu ramai penduduk Lembah Klang pulang ke kampung halaman.Itu pun sekadar dua mesin yang boleh dihentikan untuk tempoh beberapa hari sahaja. Akibat dari tekanan pemprosesan air yang terlalu banyak 24 jam sehari tanpa henti menyebabkan pada sesetengah waktu mesin tersebut rosak.Apabila mesin rosak,jumlah air yang diproses akan berkurangan dan bekalan kepada pengguna akan terganggu.Proses membaik pulih mesin bergantung kepada kerosakan yang dialami.Ia boleh memakan masa antara 1-3 hari.Loji tersebut sudah maksimum penggunaannya.Tidak ada sebarang ruang lagi untuk pembesaran atau penambahan mesin baru.Jawapan kepada masalah yang timbul adalah pembinaan loji baru.Itulah yang dinama Loji Langat 2 yang dirancang oleh Kerajaan Persekutuan. Tetapi oleh kerana permainan politik Kerajaan PKR Selangor menghalangnya.Pembinaan Loji Langat 2 memerlukan masa antara 3-4 tahun.Sehingga ke hari ini ia belum dapat dibina kerana halangan Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Makin lama pembinaannya terhalang makin lama masa yang diperlukan untuk menyiapkannya.Sekiranya dibina sekarang,mungkin ianya akan siap pada 2016.Maknanya,ia sudah melebihi dari tempoh yang jangkaan krisis air akan berlaku pada 2014.Berikut antara auta Kerajaan Negeri Selangor setiap kali Kerajaan Pusat menjelaskan fakta akan risikonya jika Projek Langat 2 tergendala dan tidak disegerakan: 1. Auta : Mendakwa krisis air tidak akan berlaku pada 2014. Fakta : Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk menjalankan 5 projek mitigasi bernilai RM301 juta untuk mengelakkan masalah air.Persetujuan kerajaan negeri itu untuk melaksanakan projek-projek tersebut menunjukkan mereka mengakui krisis air akan berlaku pada tahun 2014 jika tiada sebarang langkah diambil untuk menanganinya. 2. Auta : Tanggungjawab Kerajaan Pusat dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset-aset air di Selangor. Fakta : Kerajaan Negeri Selangor,sebagai pemilik aset-aset air negeri Selangor yang telah diberi kuasa oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah Seksyen 188 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), bertanggungjawab bagi memastikan ketersediaan atau water supply availability di loji-loji rawatan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.Syabas yang telah diberi kuasa di bawah Seksyen 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) sebagai operator pengagihan air di Selangor hanyalah untuk membekalkan dan mengagihkan bekalan air terawat dan bukannya berperanan untuk memastikan ketersediaan bekalan air terawat. 3. Auta : Tidak ada keperluan catuan air dalam masa terdekat jelas menunjukkan Selangor tidak mengalami krisis bekalan air,sekali gus menafikan keperluan pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 Fakta : Ketiadaan keperluan catuan air pada masa ini bukan bermakna krisis air tidak akan berlaku pada tahun 2014.Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM606 juta untuk melaksanakan projek-projek mitigasi untuk mengelakkan krisis air pada tahun 2014 berikutan kedegilan Kerajaan Negeri Selangor. 4. Auta : Kalau tidak ada catuan air,maka tidak ada masalah air. Fakta : SPAN menjangkakan jumlah bekalan air sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pada tahun 2014.Bekalan air yang dapat dikeluarkan oleh 34 loji rawatan air di Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga penghujung tahun 2012 sahaja. 5. Auta : Tindakan membina Loji Rawatan Air Langat 2 bertujuan memastikan kroni UMNO-BN mendapat kontrak pembinaan. Fakta: Tender belum dikeluarkan dan Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan secara tender terbuka dan mengalu-alukan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor untuk menyertai tender. 6. Auta : Kerajaan Selangor mahu ambil alih operasi Syabas kerana Syabas tidak mampu urus bekalan air. Fakta : Kerajaan Persekutuan tidak dapat mempertimbangkan permohonan kerana : i). Kes mahkamah yang masih belum selesai.Kes tersebut difailkan oleh Syabas untuk menuntut pampasan kerana Kerajaan Negeri Selangor tidak bersetuju untuk menaikkan tarif air di negeri Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak tahun 2009. ii). Kedua-dua pihak iaitu Kerajaan Negeri Selangor dan Syabas didapati telah melakukan keingkaran dan tuduhan Kerajaan Negeri Selangor ke atas keingkaran yang dilakukan oleh Syabas didapati tidak mencukupi untuk membolehkan Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih operasi Syabas berdasarkan Klausa 32 Perjanjian Konsesi. 7. Auta : Tahap takungan air di tujuh empangan berada di tahap maksimum. Fakta : Air di empangan hanya akan digunakan sekiranya paras air sungai berada di bawah paras yang dibenarkan untuk dipam ke loji rawatan air.Air empangan tersebut hanya boleh digunakan dalam tempoh empat bulan sahaja kalau digunakan secara berterusan. 8. Auta : Tarif air akan naik andai Projek Langat 2 dijalankan. Fakta : Projek masih belum dimulakan, jadi bagaimana Menteri Besar Selangor boleh mengatakan tarif air akan naik. Tanggungjawab kerajaan negeri untuk mewartakan tarif air dan bukannya Kerajaan Persekutuan. 9. Auta : Keupayaan pengeluaran semua 34 loji rawatan air di Selangor ialah 4.807 juta liter sehari (JLH) berbanding dengan keupayaan agihan Syabas 4.371 juta liter sehari iaitu terdapat lebihan sebanyak 436 JLH. Fakta : Jumlah kapasiti pengeluaran yang dinyatakan oleh Kerajaan Negeri Selangor pula iaitu sebanyak 4.807 JLH merupakan jumlah kapasiti reka bentuk loji dan mengambil kira kapasiti lebihan yang dihasilkan oleh lima buah loji yang sedang dioperasikan melebihi tahap reka bentuk. 10. Auta : Kos projek Loji Rawatan Air Langat 2 ialah RM8.65 bilion. Fakta : Skim Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor daripada 2 komponen iaitu : (i) Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor. Kos RM3.936 bilion. Sumber 75% Japan International Cooperation Agency (JICA) dan 25% Kerajaan Persekutuan. (ii) Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2). Kos RM4 bilion. RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! PENIPUAN TERHEBAT PAKATAN HARAM TERUTAMA KHALID GAGAP TERBONGKAR !!! Posted: 10 Aug 2012 08:30 AM PDT Awal tahun 2012 PKR membuat gegak gempita satu negara sehingga satu laporan polis dibuat oleh Nik Nazmi atas tuduhan Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan 2 yang lain menggunakan wang zakat bagi membiayai kos guaman.Kos guaman sebanyak RM 63,650 ribu dikatakan diguna untuk tuntutan qazaf Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain,sebagai responden.Pihak JAWI telah menafikan wang zakat diguna untuk membayar kos guaman tersebut. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali hari ini sekali lagi menegaskan dakwaan penggunaan wang zakat bagi pembayaran kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain adalah tidak benar.Sambil menegaskan pembayaran tersebut dibuat dengan menggunakan peruntukan geran kerajaan, Che Mat yang juga setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), berkata dakwaan seperti itu timbul mungkin disebabkan semua peruntukan atau dana daripada kerajaan dan wang zakat dimasukkan ke dalam akaun yang sama. "Sumbangan atau dana daripada kerajaan memang kita masukkan di dalam akaun yang sama,iaitu akaun zakat,cuma dimasukkan sementara tetapi akaun banknya adalah sama.Kalau kita nak ambil duit itu (dana kerajaan) bagi digunakan untuk pembayaran kos guaman pun boleh,tak ambil pun boleh dan jika nak ambil duit zakat pun tidak mengapa,asalkan untuk memartabat kredibiliti dan kehormatan MAIWP dalam menguruskan hal ehwal dan warga Islam di Wilayah Persekutuan," Sumber : sinar online Walaupun JAWI menafikan perkara tersebut,PKR tetap membuat pelbagai tuduhan liar terhadap Jamil Khir atas tuduhan menyeleweng wang zakat.Kini setelah 7 bulan berlalu,minggu lepas Khalid Ibrahim secara terang-terangan mengumumkan Kerajaan Selangor akan membiayai kos guaman Rafizi Ramli yang didakwa di mahkamah kerana kesalahan BAFIA.Itu adalah penyelewengan yang terang-terangan.Tetapi bagi puak-puak mereka ianya halal.Inilah budaya politik PKR. Bagi musuh semuanya seleweng dan rasuah. Manakala bagi mereka semuanya dihalalkan.Jamil Khir sebagai anggota kerajaan yang disaman oleh Anwar Ibrahim atas tugasnya,manakala Rafizi orang yang tidak ada kena mengena di Selangor dan didakwa kerana jenayah BAFIA. Daripada maklumat yang kami dapat, pihak-pihak dalam industri bank semuanya mengeleng kepala dan ada yang ketawa melihat kebodohan pemimpin-pemimpin PKR mempertahankan Rafizi.Kepada pihak BN pula, anda hendaklah mengucapkan terima kasih kepada Khalid Ibrahim kerana dia telah memberi peluru kepada anda serta memudahkan kerja anda. Mungkin ini juga sebahagian daripada strategi Khalid untuk mensabotaj PKR di Selangor. Mungkin kerana beliau sudah sedia maklum yang beliau tidak akan menjadi MB lagi walaupun sekiranya PKR menang lagi di Selangor selepas ini. - Selangor Daily RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! BLOGGER FITNAH DATUK SERI RAIS YATIM DAN MENGHINA MAHKAMAH DI PENJARA 3 BULAN !!! Posted: 10 Aug 2012 05:00 AM PDT Blogger Amizudin Ahmat,Jumaat,dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas dia didapati bersalah menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof semasa menyampaikan keputusan itu berkata Amizudin telah melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Rais dalam laman blognya. "Ini satu kes penghinaan yang serius,mahkamah kenakan perintah custodial selama tiga bulan penjara,berkuatkuasa hari ini," katanya. Beliau berkata jika dilihat keseluruhan kes itu,penghinaan yang dilakukan Amizudin bukan sekali berlaku,tetapi beberapa kali dan ia bukan satu perkataan yang boleh diterima - Bernama |
ISU AIR !!! KANTOI !!! DATUK MD ZIN MEMBELASAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR DAN KDEB !!! WAJIB BACA !!! Posted: 10 Aug 2012 01:51 AM PDT Barisan Nasional (BN) Selangor mendakwa mereka mempunyai maklumat bahawa pengarah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Suhaimi Kamaralzaman telah mengeluarkan surat arahan kepada Pihak ABASS pada tahun 2011 supaya mengurangkan pengeluaran air terawat daripada 145 juta gallon sehari kepada hanya 120 juta gallon sehari.Koordinatornya, Dato' Sri Ir Mohd Zin Mohamed turut mendakwa tindakan yang dilakukan adalah penyebab berlakunya krisis air di kawasan Kajang dan Balakong memandangkan ABASS mengendalikan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.Mohd Zin turut berkata dalam sidang media pada yang lalu,beliau pernah menyatakan sebelum ini bahawa KDEB iaitu salah sebuah anak syarikat kerajaan Negeri mempunyai 15% saham di dalam Syabas dengan seorang wakil dalam mesyuarat lembaga pengarah. Alasan bahawa Kerajaan Negeri tidak tahu menahu mengenai krisis air ini langsung tidak masuk akal dan seperti sengaja dipolitikkan oleh mereka. " Mengapa Suhaimi mengeluarkan arahan tersebut kepada ABASS. Kami mahu tahu adakah pihak KDEB atau Kerajaan Negeri ingin melakukan sabotaj terhadap rakyat Selangor dan Syabas.Mengapa pihak Syabas yang disalahkan sedangkan kawasan yang mengalami gangguan dikendalikan oleh ABASS.Siapakah yang mengarahkan Suhaimi supaya mengeluarkan arahan tersebut," katanya. ANDA NAK LAGI ??? KLIK DI SINI UNTUK SELANJUTNYA Rakyat Selangor di Kajang dan Balakong diperbodohkan dan dipermainkan oleh Khalid Ibrahim dan Pakatan Haram dalam isu air terawat ini.Warga marhaein di Kajang dan Balakong perlu persoalkan mengapa pengarah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Suhaimi Kamaralzaman telah mengeluarkan surat arahan kepada Pihak ABASS pada tahun 2011 supaya mengurangkan pengeluaran air terawat daripada 145 juta gallon sehari kepada hanya 120 juta gallon sehari. RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! ANTI PATRIOTISME !!! MANOHARAN MENGAKU MENGHINA JALUR GEMILANG ??? WAJIB BACA !!! Posted: 10 Aug 2012 01:05 AM PDT anda lihat gambar di atas,ini adalah contoh pimpinan pakatan haram yang menghina bendera malaysia.di bawah saya akan ceritakan.Saban tahun menjelang sambutan kemerdekaan negara kita,akan ada saja kenyataan dan komen negatif seperti disengajakan akan terpancul keluar,rata-ratanya datang dari kalangan politikus pakatan haram.Semacam ada gerakan subversif yang mahu menyemai kebencian dan menyemarakkan semangat anti patriotisme dikalangan rakyat sedang dijalankan oleh segelintir poli'tikus' pembaiki labu air.Biasanya gerakan mereka bermula dengan polemik mempertikaikan rekabentuk bendera kebangsaan,Jalur Gemilang yang acapkali cuba dikaitkan dengan bendera Amerika Syarikat hanya semata-mata beberapa warnanya sama.Sedangkan sebuah negara lain di Afrika iaitu Liberia,benderanya juga seakan sama seperti bendera Amerika namun tidak pernah ianya menjadi polemik sehingga menyebabkan hilang rasa hormat rakyat terhadap panji kemerdekaan negara mereka.Malah Iran yang sentiasa seringkali dipuja puji oleh pembangkang khususnya PAS juga memiliki rekabentuk bendera yang hampir sama seperti India,cuma berbeza dari segi warna merah dan oren serta kedudukan atas bawah warna hijau,tidak pula pernah pemimpin pembangkang di negara tersebut menjadikannya pertikaian. Demikian jua dengan Syiria,Iraq dan Yemen,jalur merah putih dan hitam melintangnya sama yang berbeza cuma kedudukan objek ditengah lajur putih sahaja pun tidak sesekali rakyat pernah tersilap mengibarkan bendera, malah tidak juga hilang kecintaan mereka pada ibu pertiwi.Begitu juga dengan jiran kita Indonesia dan Singapura,sekalipun bendera mereka memiliki jalur warna merah putih sama seperti Poland,pantang sekali untuk mereka menghina panji negara masing-masing apatah lagi untuk merasa segan untuk mengibarkannya.Tapi di Malaysia yang tercinta ini,kita memiliki terlampau ramai politikus yang didukung oleh segelintir rakyat yang tiada semangat kecintaan pada negara yang begitu gemar memperlekehkan simbol kebesaran negara sendiri.Dalam pada mereka seringkali membandingkan bendera kita dengan bendera Amerika sambil memperlekehkan maruah kemerdekaan negara,di masa yang sama mereka jugalah yang acapkali mendabik dada memuji sistem demokrasi Amerika dan meminta kerajaan mencontohi kebebasan politik ala Amerika. Kontradiks. Jika pada tahun lepas (2011) pertikaian terhadap bendera negara kita hangat diperkatakan gara-gara kenyataan anti patriotisme oleh M.Manoharan,tahun ini politikus yang sama mempertikaikan pula pengorbanan jaguh badminton yang berpenat lelah cuba mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.Tidak lupa juga kontroversi ceramah Mat Sabu pada tahun 2011 yang secara terbuka pernah mengheret isu Jalur Gemilang dan lagu Negaraku diikuti sanjungannya pada Mat Indera komunis yang baginya adalah pejuang kemerdekaan sebenar berbanding pahlawan negara yang menjadi mangsa kekejaman Mat Indera di Bukit Kepong.Seperti sengaja mahu merancakkan lagi gerakan anti patriotisme,dalam tahun ini pula seorang lagi politikus dari PAS, Nizar Jamaluddin turut berkongsi nada sama-sama mengambil bahagian melabelkan penghinaan terhadap bendera negara sebagai jalur malang.Baru beberapa ketika berlalu,kartunis pro pakatan haram yang bernama Zunar pula tanpa sedikit pun rasa bersalah telah dengan angkuh dan sombong melakarkan karikatur yang memperlekehkan panji kemerdekaan negara Dan seperti biasa,para penyokong pakatan haram akan berusaha sedaya upaya cuba menjustifikasikan penghinaan tersebut sebagai satu kewajaran,sedangkan selama ini merekalah yang bersungguh benar mahu merampas tampuk kekuasaan negara yang berpanjikan Jalur Gemilang yang mereka hina itu. Langsung tak terdetik barangkali di nurani masing-masing betapa polemik yang mereka timbulkan hasil kenyataan anti kenegaraan itu berkait langsung dengan maruah anak bangsa dan tanahair.Melihat pada susun atur dan corak serangan terbuka terhadap simbol,lambang dan sejarah kemerdekaan negara, pastinya tidak sukar untuk kita membuat satu andaian sememangnya wujud gerakan anti patriotisme dikalangan politikus pakatan haram.Tentu saja tujuan mereka mahu seboleh mungkin mengikis semangat patriotisme dikalangan hamba rakyat,bila ianya berjaya dilakukan barangkali mudah untuk pembangkang mencucuk jarum kebencian bagi mencapai angan-angan mereka untuk merampas pemerintahan negara ini.Tatkala ramai pemimpin politik di negara lain bertungkus lumus melakukan amal bakti dan menabur jasa demi cinta mereka pada negara sekalipun masing-masing berbeza fahaman politik,di negara kita sebaliknya berlaku.Politikus pakatan haram Malaysia kelihatan semakin selesa menjalankan gerakan anti kenegaraan samada secara sedar atau tidak,menjurus kepada kepentingan sempit tanpa mengira impaknya bakal memudahkan musuh luar mengambil yang bakal menjahanamkan tanahair tercinta.Oleh itu,semua rakyat Malaysia yang masih menyimpan perasaan cintakan ibu pertiwi,bangunlah segera mempertahankan maruah tanahair ini dari terus dinodai oleh politikus haprak yang rendah nilai patriotismenya.Tanah bertuah ini baik buruknya,lebih atau kurangnya waima ditimpa hujan batu sekalipun sepatutnya kita sama-sama terus mempertahankan maruahnya kerana disinilah bumi yang kita pijak dan selamanya akan kita junjung. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! HARAM DAN BERDOSA UNDI DAN MENYOKONG DAP !!! Posted: 09 Aug 2012 07:00 PM PDT KOTA BHARU : Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.Pengasas Pondok Geting,Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.Beliau berkata,agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam. "Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.Parti-parti yang bekerjasama dengan DAP juga berdosa disokong kerana sokongan kepada mereka bermakna kita juga menyokong DAP sebab mereka satu pakatan," katanya kepada Utusan Malaysia disini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli PAS mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum ke 13.Menurut Ibrahim, persoalan itu perlu dijawab Pas kerana adalah jelas pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud.Mengulas lanjut, Abdullah berkata, DAP berbeza dengan MCA dan MIC yang menjalin kerjasama dengan UMNO dalam BN kerana parti tersebut tidak bermusuhan dengan Islam malah sedia menerima pemerintahan Islam. "Sebaliknya,DAP tidak mahu,mereka mahu hak samarata,tidak mahu tinggi rendah,tidak Mahu Islam tinggi,sifat harbi mereka sangat jelas iaitu menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam.Saya menyeru orang melayu dan umat Islam supaya pada pilihan raya umum akan datang jangan sokong Pas yang masih tidak mahu keluar daripada pakatan pembangkang, sokong Umno dan BN supaya orang melayu dan syiar Islam terus dimartabatkan," katanya. *Petikan dari Utusan Malaysia 8/8/12 RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! SENARAI LOKASI 'SPEED TRAP' TERSEBAR !!! ANDA NAK TAHU DI MANA ??? WAJIB BACA !!! Posted: 09 Aug 2012 04:00 PM PDT Menjelang akhir tahun ini kita sebagai pengguna jalan raya akan 'diperhatikan' oleh 566 kamera statik berteknologi tinggi yang boleh merakam wajah pemandu dan jenis kenderaan dengan jelas walaupun memandu melebihi 100 kilometer sejam.Kamera berteknologi Jerman itu adalah satu daripada komponen Sistem Penguatkuasaan Elektronik (AES) yang akan dipasang oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di lokasi strategik,terutama kawasan berisiko kemalangan di seluruh negara bagi memerangkap pemandu melebihi had laju.Selain kamera,pemandu juga diawasi 266 kenderaan penguat kuasa elektronik yang dilengkapi kemudahan canggih bagi memantau pesalah trafik dan menahan mereka yang tidak mematuhi peraturan jalan raya. Prosedur operasi standard (SOP) bagi mewujudkan ketelusan dalam penguatkuasaan peraturan itu membabitkan pemasangan papan tanda amaran bagi membolehkan pemandu mengetahui kewujudan kamera perangkap laju seperti diamalkan di negara maju.Saman yang dikeluarkan nanti adalah berasaskan gambar yang dirakam pemegang konsesi penyumberluaran yang dilantik kerajaan dan wajib disahkan agensi penguat kuasa,iaitu JPJ sebelum notis saman dikeluarkan. Gambar yang dirakam ini lebih tepat,tidak kabur,walaupun pandu kereta lebih 100 kilometer sejam.Ia akan beroperasi selewat-lewatnya hujung tahun ini dan dijangka meningkatkan persepsi kebarangkalian ditangkap ke tahap 90 peratus.Mengenai kos pemasangan,kerajaan tidak mengeluarkan peruntukan sebaliknya dua syarikat konsesi dilantik menanggung kos berkenaan menerusi perolehan diterima daripada kutipan saman.Berikut diberikan lokasi-lokasi pemasangan sistem baru perangkap had laju baru itu,tapi ini yang tak rasmi,mungkin betul,mungkin salah atau mungkin 'di sekitarnya' kalau silap jangan marah.Yang penting,ikut peraturan,bukan kerana saman tapi demi keselamatan diri sendiri dan nyawa orang yang tersayang.Selamat memandu - MyNewsHub PLUS Arah Utara Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction. Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange. Under the overhead restaurant at Sg Buloh. Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km. Under the bridge at 296.5km, Bangi junction. Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction. Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction. PLUS Arah Selatan Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby. Under the bridge after Subang junction at 11.3km. Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction. Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only! Under the bridge at 302.8km, Kajang junction. About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes At 296.5km and 297km, Bangi junction. Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction. At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction. On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction. After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park. Behind the right hand crash barrier at 198.4km. Lebuhraya Elite Hubungan Timur Tengah/Utara On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone! Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km. Lebuhraya Elite Hubungan Barat Tengah/Selatan Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone! Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km. After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h NKVE Arah Timur/Utara 300m before Jalan Duta toll, 60km/h! Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h! Below bridge at Damansara Junction, 17.5km NKVE Arah Barat/Selatan Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h! From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone! From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km. Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km Below railway bridge at 11.2km Under the bridge at Shah Alam junction. Lebuhraya Kesas Timur Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction. Kesas West Bound At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala Lumpur City Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone. Lebuhraya Kesas – Klang Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only! Leburaya Pantai Timur East bound, downhill run after Raub junction. Maran, 60km/h zone. Paya Bungor, 70km/h zone. Kawasan Negeri Johor Arah Selatan Tangkak junction. Under the bridge after Yong Peng North junction at 97.3km. Ayer Hitam junction. Sedenak junction. Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Utara Around Ayer Hitam in 60km/h zone. Before Perwaja Steel. Sg Petani junction. Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll. Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h. Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Selatan Penang Bridge Island end. Speed limit 80km/h. About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction. Under the bridge at 204.3km, after Kamunting Junction. Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction. Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction. Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h. Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction. Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction. Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction. Under the bridge at 296km, Gopeng Junction. Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction. Under the bridge at 353km, Sungkai Junction. Under the bridge at 373km, Slim River Junction. Kawasan Perak Arah Selatan Under the bridge at 199km, before Kamunting junction. Under the bridge at 241.9km, at Kuala Kangsar junction. Under the sign post at 296.1km, before Gopeng Junction. Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction. Under the bridge at 300km, after Gopeng junction. Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction. Under the bridge at 372.6km, at Slim River junction RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment