UMNO Online - “Kemerdekaan Negara Utuh Atas Teras Permuafakatan – Najib” plus 9 more

UMNO Online - “Kemerdekaan Negara Utuh Atas Teras Permuafakatan – Najib” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kemerdekaan Negara Utuh Atas Teras Permuafakatan – Najib

Posted: 30 Aug 2012 07:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemerdekaan yang dicapai negara sejak 55 tahun lepas akan terus utuh atas teras permuafakatan dan kerjasama daripada semua pihak.

Perpaduan nasional yang bertunjangkan kepelbagaian akan kekal menjadi tiang seri kekuatan nasional, katanya dalam perutusan Hari Kebangsaan yang ke-55 yang disiarkan di RTM di sini malam Khamis.

Najib berkata selama 55 tahun, “kita berjaya melangkau jangkaan serta telahan yang dibuat pelbagai pihak, termasuk di kalangan warganegara sendiri, dan terbukti, ramalan kononnya apa yang dimenangi bapa-bapa pengasas negara secara aman serta bijaksana tidak akan mampu dikekalkan apatah lagi ditambah baik, adalah meleset sama sekali.

“Jelasnya, dari satu titik ke satu titik, kita telah berjaya membawa kebebasan dan keamanan kepada sebuah negara yang dahulunya terjajah dan terancam,” kata Perdana Menteri.

Najib berkata daripada sudut kemakmuran nasional pula, ekonomi negara berkembang mapan dengan usaha sistematik dijalankan kerajaan bagi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan dapat dirasai oleh semua.

Perdana Menteri berkata Pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan Fasa Kedua (GTP 2) bakal melonjakkan lagi kemakmuran negara ke peringkat lebih tinggi, dan akan menyaksikan penglibatan masyarakat yang lebih meluas, sekali gus pembabitan yang lebih bermakna daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor korporat.

Bagaimanapun, katanya segala usaha dan prakarsa yang dilakukan itu akan hanya tinggal sia-sia jika tidak didakap dan dimanfaatkan oleh semua segmen masyarakat.

“Kita kini berada pada satu kala masa yang amat monumental bagi Malaysia. Di sana-sini, rakyat boleh melihat perubahan ketara bukan sahaja di peringkat individu hatta di peringkat keluarga dan komuniti.

“Justeru, marilah kita menjulang citra Malaysia dengan memenuhi segala janji yang dipateri dan potensi yang dimiliki demi seluruh warganya.

“Janganlah kita sampai mempunah binasa apa yang telah bersusah payah dipupuk dan dicipta. Janganlah sesekali pula, diporak-peranda harmoninya watan yang telah sekian lama terbina,” katanya.

Perdana Menteri berkata kejayaan yang diimpikan Malaysia bukan hanya kejayaan bersifat material tetapi kejayaan yang bersifat holistik, dan untuk itu di bawah Dasar Transformasi Nasional, prakarsa transformasi bukan sahaja melibatkan kerajaan melalui GTP dan ekonomi melalui ETP (Program Transformasi Ekonomi), tetapi juga Transformasi Politik serta Transformasi Kawasan Luar Bandar.

Najib berkata sesungguhnya, langkah berani pihak kerajaan melaksanakan Program Transformasi Politik bagi mengimbangkan kebebasan individu dan keselamatan negara telah membugar dan mengakarkan lagi demokrasi di Malaysia, sebagai satu budaya yang menjadi asas kepada kestabilan nasional.

“Malaysia merupakan bukti dan manifestasi janji ditepati dan harapan yang dipenuhi,” tambahnya.

Beliau berkata bagi memahami kebenaran daripada kenyataan itu, setiap rakyat di negara ini perlu kembali kepada susur galur sejarah di mana pada hakikatnya negara mencapai kemerdekaan di tengah-tengah “pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya dalam suasana di mana survival kita sebagai sebuah negara berbilang bukan sahaja daripada segi kaum, bahkan juga agama dan bahasa, pernah disangsikan oleh masyarakat dunia.”

“Kita juga telah berjaya mentransformasikan sebuah negara pertanian berpendapatan rendah yang mana suatu ketika dahulu lebih separuh warganya hidup di bawah paras kemiskinan, dengan bergantung kepada beberapa komoditi, menjadi sebuah negara dengan ekonomi bersifat pelbagai,” kata Najib.

Perdana Menteri berkata malah, dewasa ini, Malaysia telah berkembang sebagai negara berpendapatan sederhana tinggi dan “berpacu pantas merealisasikan impian menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020″.

“Sepanjang detik yang berlari, kita telah menggantikan kebimbangan dengan harapan, kita telah mencipta sebuah negara di mana yang penting adalah kemahuan dan kesanggupan untuk bekerja keras.

“Juga, di mana, anak seorang petani, pekebun kecil, buruh dan nelayan berjaya menjadi usahawan serta profesional. Pucuk pangkalnya, kita telah mencipta sebuah negara sehingga anak-anak Malaysia boleh mendambakan masa depan yang lebih baik,” kata Najib.

Beliau berkata semuanya ini, merupakan nikmat daripada perancangan penuh teliti dan pelaksanaan amat berkesan oleh pihak kerajaan yang telah diberi mandat mentadbir semenjak kemerdekaan diperoleh.

“Walau apa pun, kejayaan yang dikecapi bukan sepatutnya menjadi alasan untuk kita berpeluk tubuh, sebaliknya, ia harus menjadi mangkin menuju sinar yang lebih terang benderang pada hari muka,” kata Najib yang turut mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-55 kepada semua rakyat Malaysia. 

Hayati Dan Terap Semangat Kemerdekaan – Muhyiddin

Posted: 30 Aug 2012 07:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu setiap rakyat menghayati maksud kemerdekaan dan menerapkan semangat kemerdekaan di jiwa masing-masing.

Beliau berkata rakyat Malaysia mestilah merdeka dalam erti kata menikmati hak sepenuhnya sebagai anak watan sebuah negara bebas dan berdaulat, mempunyai peluang luas membangunkan potensi diri, keluarga dan masyarakat dalam sebuah negara yang aman, stabil dan harmoni.

Merdeka juga bererti memiliki daya fikir hebat dan jiwa kental untuk memajukan bangsa dan negara mengikut acuan sendiri serta bebas menentukan masa depan yang lebih cerah di tanah air tercinta, katanya.

“Saya yakin Malaysia yang merdeka kini berada di landasan yang betul hasil kerjasama dan sikap toleransi serta penerimaan antara rakyat pelbagai kaum dan agama,” katanya dalam perutusan sempena Hari Kemerdekaan ke-55, di sini malam Khamis.

Menurut Muhyiddin, komitmen, kesungguhan dan kerja keras semua pihak telah meletakkan Malaysia gah di mata dunia, terutamanya daripada segi mengekalkan keamanan dan keharmonian masyarakat majmuk yang diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri turut mengingatkan bahawa semua nikmat kemerdekaan ini adalah hasil jasa, bakti dan keringat para pejuang kemerdekaan, pemimpin negara dan semua rakyat yang berusaha gigih membangunkan Malaysia dan melaksanakan agenda pengisian kemerdekaan, selama 55 tahun.

Katanya setiap rakyat Malaysia bertanggungjawab menghargai dan menghayati erti sebenar kemerdekaan negara untuk membolehkan negara bergerak lebih padu dalam mengisi tahun-tahun kemerdekaan seterusnya.

“Marilah kita mengorak langkah bersama-sama mempertahankan kemerdekaan tanah air supaya kedaulatan Malaysia dihormati dan negara kita dipandang tinggi di mata dunia,” katanya.

Muhyiddin berkata hasil kegigihan setiap warganegara, insya-Allah lebih banyak kemajuan akan dicapai dan impian menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 dapat direalisasikan.

Sambil mengucapkan selamat menyambut ulang tahun Kemerdekaan ke-55, beliau turut berdoa agar Malaysia dan seluruh rakyatnya terus hidup dalam suasana harmoni, saling hormat-menghormati dan maju jaya.

Manifesto Bukan Janji… Pakatan Pembangkang Memang Pakatan Putar Belit

Posted: 30 Aug 2012 05:26 AM PDT

Kepada sesiapa yang habis percaya Pakatan haram ini akan melaksanakan semua janji-janji bulan bintang pilihanraya umum ke-13 mereka, sila ambil perhatian dengan perkembangan terbaru ini.

Kerajaan Pakatan haram Selangor yang terperangkap dengan janji-janji tidak masuk akal pada 2008, kini cuba menyelamatkan diri dari satu-satunya janji manifesto 2008 yang dilaksanakan – air percuma 20m3, dengan mengatakan Manifesto Bukan Perjanjian.

Kalau dah Manifesto pilihanraya bukan 'janji', apa kita nak panggil tu?

Perkara ini disebut Menteri Besar Khalid semalam, ketika menolak untuk menyelesaikan tunggakan air beratus ribu pemilik rumah pangsa, flat dan kondominium yang dikecualikan dari menerima subsidi air kerajaan Selangor seperti dijanjikan dalam Manifesto pilihanraya 2008 kerana tidak mempunyai meter individu sebaliknya meter pukal.

Dalam manifesto, tidak pulak disebut meter pukal ke individu, ada ke? Penulis boleh sahkan disini, confirm takdak.

Burukkan kelakuan Pakatan haram ni? Satu-satunya janji yang dilaksanakan dalam manifesto 2008 pun rupa-rupanya tidak menyeluruh, bukan semua orang merasa.

Buat janji banyak-banyak, bila dah tak mampu nak laksana, dia kaleh dengan guna putar belit undang-undang – Manifesto Bukan Perjanjian.

Ini adalah contoh, malah penulis boleh katakan contoh terbaik kalau rakyat diluar sana nak menilai rekod menunaikan janji Pakatan haram pembangkang, lebih lagi Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Selangor.

Sekarang bila kita kata Pakatan haram ni cuma menipu bila beri janji bulan bintang kepada rakyat, ada pulak kutu menyampuk "mana nak tau, berilah peluang". Bila kita kata Selangor dah beri peluang pun gagal, kutu jawab "Selangor negeri kecik, federal ada Petronas, KWSP, duit banyak".

Nah, sekarang Khalid dah tunjuk depan mata yang Pakatan haram ini sentiasa ada alasan kalau gagal tunai janji. Bukan itu sahaja, Khalid siap dedah apa strategi yang nak diguna kalau isu ini dibawa ke Mahkamah nanti – "Manifesto Bukan Perjanjian".

Rumusan penulis mudah saja, tidak ada apa-apa yang disebut puak-puak ini yang boleh dipercayai lagi, penipu semua ni.

Kemunafikan masing-masing terserlah untuk rakyat menilai. Intergriti, kredebiliti dan apa jadah 'ti, ti' yang lain tu, hanya wayang untuk tipu rakyat kononnya depa ini ada kelebihan, yang BN ni buruk semua, walhal depalah penipu yang sebesar-besarnya.

mykmu.net

Berkawan Dengan Syaitan : Pas Sekali Lagi Kena Main Dengan Dr Mahathir

Posted: 30 Aug 2012 05:22 AM PDT

Memang menarik cara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menarik perhatian pihak pembangkang, khususnya Pas, apabila cetusan penulisannya telah berjaya membuat mereka melatah tak tentu hala.

Dalam kenyataannya melalui blog, Tun Dr. Mahathir seolah-olah sengaja menyatakan bahawa lebih baik Barisan Nasional (BN) sebagai "pihak jahat" yang dikenali berbanding pembangkang sebagai "pihak baik" yang tidak dikenali.

Tiba-tiba saja puak-puak pembangkang yang memang rendah IQ dan cepat melatah mengibaratkan kenyataan Tun Dr. Mahathir itu menyifatkan BN sebagai "devil" atau syaitan yang dikenali, manakala pembangkang pula adalah "angel" atau malaikat.

Maka seronoklah puak-puak Pas menyamakan UMNO/BN sebagai syaitan, khususnya para pemimpin Pas yang berotak udang dan malas berfikir.

Saya tertanya-tanya, apakah mereka tidak tersinggung di sebalik sindiran mantan Perdana Menteri yang tersohor memiliki ketajaman fikiran yang digeruni oleh rakan dan lawan itu?

Bagi mereka yang lurus bendul seperti Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Harun Din, maka dia sudah tentulah dia akan menyanggah kenyataan Tun Dr. Mahathir itu dan menyatakan kenyataan tersebut bercanggah dengan Islam.

Dalam kenyataannya, Datuk Dr. Harun Din menjelaskan bahawa umat Islam dilarang sama sekali untuk berkawan dengan syaitan memandangkan makhluk itu adalah ciptaan Allah yang paling kejam dan derhaka.

Timbalan kepada Nik Aziz Nik Mat itu turut memberikan beberapa nas dan dalil untuk melarang umat Islam untuk mempunyai sebarang hubungan baik dengan syaitan…

Nah! Di sini saya melihat objektif sindiran Tun Dr. Mahathir itu tepat terkena batang hidung Pas, khususnya Mursyidul Am parti itu, Nik Aziz dan Presidennya, Abdul Hadi Awang, Dewan Ulama dan Syura, serta para pemimpin Pas secara khususnya.

Apakah Nik Aziz lupa dalam kenyataannya sebagai pemimpin yang memberi fatwa kepada para "penganut agama" Pas sebelum ini bahawa parti itu "sanggup berkawan dengan syaitan" untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional?

Masih ingatkah Abdul Hadi dengan fatwa "Tok Guru" itu yang menghalalkan untuk berkawan dengan syaitan demi cita-cita dan nafsu politik parti itu sehingga hampir semua perjuangan asal Pas bagaikan tergadai sejak DAP dan PKR?

Masih ingatkah Abdul Hadi dengan fatwa "Tok Guru" itu yang menghalalkan untuk berkawan dengan syaitan demi cita-cita dan nafsu politik parti itu sehingga hampir semua perjuangan asal Pas bagaikan tergadai sejak DAP dan PKR?

Lupakah para pemimpin Pas dengan ajaran Nik Aziz yang menyuruh mereka berkawan dengan syaitan untuk menjatuhkan sebuah "Daulah Islamiyyah" yang diiktiraf oleh negara-negara Islam sedunia untuk memenuhi objektif politik mereka?

Kononnya bila Pas dikritik bersatu dengan "syaitan", Nik Aziz selamba menyatakan bahawa hubungan baik dengan syaitan itu berdasarkan "tahaluf siyasi".

Padahal, "tahaluf siyasi" bersama golongan bukan Islam itu hanya dibenarkan sekiranya hubungan itu memberikan kelebihan dan menguntungkan kepentingan Islam.

Namun, "tahaluf siyasi" Pas dengan syaitan-syaitan bernama DAP dan PKR ini dilihat lebih menjurus kepada Pas dibuli teruk sehingga hilang identiti perjuangannya apabila terpaksa membuang dua teras utama parti itu.

Pertamanya Pas terpaksa melupakan perjuangan membina sebuah Daulah Islamiyyah dan keduanya parti itu terpaksa membuang perlaksanaan hukum hudud yang dicanang sejak berpuluh tahun lamanya.

Jadi, apakah hubungan Pas dengan syaitan-syaitan itu memberi keuntungan kepada kepentingan Islam dan layak dikategorikan sebagai "tahaluf siyasi"?

Jelas di sini bahawa kenyataan Tun Dr. Mahathir itu berkemungkinan besar adalah untuk menyindir dan menyedarkan Pas bahawa merekalah sebenarnya yang berkawan dengan "syaitan yang mereka tidak kenal", iaitu lebih buruk dari "syaitan yang mereka kenali".

"Syaitan yang dikenali" itu mungkin bermaksud bahawa BN telah diburuk-burukkan pembangkang sehingga dilihat seolah-olah jahat seperti syaitan, namun seluruh rakyat Malaysia mengenali BN sebagai sebuah parti yang banyak berjasa dan menabur bakti kepada Islam, bangsa dan negara.

Manakala "malaikat yang tidak dikenali" itu mungkin pula bermaksud bahawa Pakatan Haram itu dibayangkan sebagai telus, mulus dan kudus seperti malaikat, tapi rakyat Malaysia ramai yang tertipu kerana tidak mengenali sifat sebenar mereka yang lebih jahat dari syaitan!

Syabas saya ucapkan kepada Tun Dr Mahathir yang berjaya buat kesekian kalinya mempermain-mainkan puak-puak pembangkang, khususnya Pas yang jelas berotak lembu dan meletakkan IQ mereka lebih rendah dari tahap tapak kaki!

dukeofmontecristo

Pembayaran Dividen Interim Kepada Semua Pemegang Saham FGV Yang Layak

Posted: 30 Aug 2012 05:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Ogos –  Dividen interim yang diisytiharkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bagi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) baru-baru ini, akan dibayar kepada kesemua pemegang saham FGV yang layak dan bukan hanya kepada golongan peneroka yang memiliki saham FGV.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, FGV menjelaskan bahawa pembayaran dividen interim itu juga tertakluk kepada sistem ‘single tier’ yang diperkenalkan Lembaga Hasil Dalam Negeri di mana ia dikecualikan daripada sebarang cukai apabila diterima oleh pemegang saham FGV yang layak.

Perdana Menteri pada Selasa mengisytiharkan pembayaran dividen interim sebanyak 5.5 sen sesaham yang akan dibayar dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh pengumuman dividen tersebut iaitu selewat-lewatnya pada 27 November.

Sejajar dengan prosedur yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia, FGV berkata kelayakan terhadap dividen interim itu akan ditentukan berdasarkan kepada senarai pemegang saham yang masih memiliki saham FGV pada penutup hari pasaran pada tarikh kelayakan.

Menurut FGV, tarikh kelayakan berkenaan akan hanya dapat diketahui selepas pengumuman susulan oleh syarikat terbabit yang akan dibuat menerusi Bursa Malaysia dalam jangka masa terdekat.

“Baucar dividen akan dihantar kepada alamat berdaftar pemegang saham FGV yang layak dalam tempoh tidak lebih daripada 30 hari selepas tarikh kelayakan tersebut atau selewat-lewatnya pada 27 November,” tambah FGV.

Bagaimanapun, FGV menjelaskan, bagi pemegang saham yang mengambil pinjaman untuk membeli sahamnya, penerimaan dividen ini adalah tertakluk kepada terma pinjaman bagi pembiayaan pembelian saham tersebut di mana penerimaan dividen ini akan lazimnya ditolak terlebih dahulu dengan baki pinjaman yang masih tertunggak. 

MB Selangor Akhirnya Akui Manifesto Pembangkang Tidak Boleh Dipercayai

Posted: 30 Aug 2012 05:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa manifesto parti pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu 'bukan satu perjanjian' membuktikan sikap munafik pakatan pembangkang.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kenyataan Abdul Khalid itu bukan sahaja membuka tembelang Kerajaan Negeri bahkan membuktikan manifesto yang dilaungkan pada pilihan raya umum lalu sehingga berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) di Selangor tidak boleh pakai.

"Abdul Khalid nampaknya sudah masuk perangkap yang diciptanya sendiri dan kata-katanya itu membuktikan bahawa kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui PKR hanya bijak menabur janji termasuk memberikan bulan dan bintang tidak boleh dipercayai lagi.

“Rakyat perlu membuka mata pada pilihan raya umum akan datang kerana setiap janji manis yang dizahirkan melalui manifesto pembangkang tidak lebih daripada sekadar 'gula-gula' untuk menarik sokongan rakyat semata-mata," ujarnya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Tambahnya, manifesto adalah penyataan umum atau deklarasi yang digunakan oleh seseorang atau parti politikyang bertanding pada pilihan raya umum sebagai dasar perjuangan bagi menarik sokongan pengundi.

Melalui manifesto, calon atau parti politik yang bertanding akan dinilai oleh pengundi sama ada orang yang mereka pilih itu nanti akan dapat membawa perubahan atau kemajuan kepada mereka dan merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

"Manifesto yang digariskan itu perlu dilaksanakan sebagai membuktikan kewibawaan dan kredibiliti individu atau parti politik yang menang kerana kerana manifesto itulah mereka mendapat undi rakyat.

Daripada kenyataan yang diberikan oleh Abdul Khalid secara terbuka itu, jelas manifesto pakatan pembangkang yang kononnya memperjuangkan 'Negeri Berkebajikan' itu hanya retorik semata-mata dan mereka tidak rasa bersalah sedikit pun kerana membohongi rakyat.

Bukan sahaja isu air percuma, bahkan banyak lagi janji-janji yang terdapat dalam manifesto pakatan pembangkang masih tidak tertunai dan mereka tidak pernah peduli dengan janji-janji itu, apa lagi untuk melaksanakannya kerana kemaruk kuasa," ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, kerana itu tidak hairan jika sekiranya mereka setiap hari menaburkan janji baru yang tidak munasabah kerana mereka sudah pasti tidak akan menunaikannya, malah sikap berbohong memang telah ada pada diri pemimpin sejak dulu lagi.

Jika Abdul Khalid tidak mampu melaksanakan apa yang telah termaktub dalam manifesto pilihan raya, beliau boleh letak jawatan kerana terbukti Menteri Besar Selangor hari ini seorang yang tidak bertanggungjawab dan menipu rakyat.

"Rakyat Selangor tidak memerlukan seorang pemimpin yang suka bercakap bohong dan tidak bertanggungjawab terhadap janji-janji yang dilafazkan. Abdul Khalid juga tidak layak menjadi menjadi Menteri Besar kerana tidak bertanggungjawab untuk menunaikan janji kepada rakyat.

Ini berbeza dengan kerajaan BN yang bertanggungjawab dengan setiap janji dalam manifesto dengan berusaha untuk menunaikannya seperti mana tema Hari Kebangsaan iaitu '55 Tahun Janji Ditepati'.

Rakyat yang waras perlu menilai semula kepimpinan pakatan pembangkang di negeri ini dan kita perlu menolak mereka pada pilihan raya umum yang lalu kerana mereka bukan kerajaan yang amanah dalam melaksanakan janji-janji pilihan raya," tambahnya lagi. -MediaUMNO

High Court Dismisses Karpal’s Application To Subpoena Dr Mahathir

Posted: 30 Aug 2012 05:02 AM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 30 – The High Court here dismissed lawyer Karpal Singh’s application to issue subpoenas against former prime minister Tun Dr Mahathir Mohammad, former attorney-general Tan Sri Abu Talib Othman and current attorney-general Tan Sri Abdul Gani Patail, in his application to strike out a sedition charge.

However, justice Datuk Azman Abdullah allowed the subpoena against Attorney-General Chambers (AGC) Appellate and Trial Division head Datuk Kamaluddin Md Said, which was issued by him on May 15.

Azman also dismissed Karpal Singh’s notice of motion to drop the sedition charge against him on the ground that the AGC’s office was bias in exercising its “prosecutorial discretion” in charging him.

With the court’s decision today, Karpal Singh will take the witness stand on Nov 2 on the charge of uttering seditious words against the Sultan of Perak at his legal firm in Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur, between noon and 12.30pm on Feb 6, 2009.

Karpal Singh, 71, was alleged to have said that the Sultan’s removal of Mohamad Nizar as Perak Menteri Besar and Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir’s appointment to the position could be questioned in a court of law.

In June 11, 2010, Karpal Singh was discharged and acquitted by the High Court at the end of the prosecution’s case, but was later ordered to enter his defence after the prosecution appealed the matter.

In his written judgement, Azman stated that the AG was empowered under Article 145(3) of the Federal Constitution to charge or discontinue any criminal proceedings.

He said the AG was permitted to take into account public interest when deciding on the charges to be preferred against an accused.

Azman also said it was not for the court to compare the alleged seditious words uttered by Dr Mahathir during a parliamentary debate and words used by Karpal Singh during his press conference.

On the subpoena applications, Azman said other than Kamaluddin, the three witnesses (Dr Mahathir, Abu Talib and Abdul Gani) were not relevant witnesses and were not involved on the current charge faced by the accused.

On his decision to allow a subpoena against Kamaluddin, Azman said, ” This court agrees with the applicant’s contention that Kamaluddin is a relevant witness based on what he had told the court of appeal.”

Meanwhile, deputy public prosecutor Noorin Badaruddin told reporters that Kamaluddin will be filing an application to set aside the subpoena issued by the court.

Karpal Singh said he will file a notice of appeal against the High Court decision on Monday.

Opposition Able To Administer States Because On Strong Foundation Built By BN Government

Posted: 30 Aug 2012 04:58 AM PDT

BANGI, Aug 30 – Administration of states under Pakatan Rakyat is merely based on the strong foundation built by the Barisan Nasional (BN) government for 50 years, Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal said today.

He said the opposition’s action in having its own theme for Merdeka Day clearly showed that it was more concerned with its own political agenda than the interests of the general public.

Although the opposition had its own political stance and ideology, he said, it should not deny the development and progress carried out by the BN government since the country achieved its independence in 1957.

“What the opposition is doing is to make promises and refute all the good done by the BN government.

“Lim Guan Eng may not be able to administer Penang as a state if its foundation is not strong,” he told reporters at an event to appreciate Merdeka Day which was attended by the ministry’s staff here.

Shafie said the government under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and with the people’s support would continue with the tradition of implementing all the country’s development agenda.

He said Najib, who placed the people’s interests as his priority, would continue to carry out more programmes and transformations towards making Malaysia a developed country by 2020.

“We realise that a lot have been done since the past 55 years, Villages have turned into towns. The village folks living comfortably and much more.

“What the opposition can do is to make promises. Despite being in power in some states, they still cannot fulfill the promises made in the 2008 general election,” he added.

Lynas Ready To Move Into Industrial Scale

Posted: 30 Aug 2012 04:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 30 – Lynas Corporation Limited is now ready to move into industrial scale to test the co-product called Iron PhosphoGypsum, said its executive chairman Nicholas Curtis.

He said Lynas will produce 64,000 tonnes of Iron PhosphoGypsum per year under Phase One and Phase Two of Lynas Advance Materials Plant (LAMP) production.

“The most likely application for Iron Phosphogypsum co-product is as road base aggregate. There are also applications for co-products in land rehabilitation and agriculture.

“Specific steps are already in place. We have commissioned a batch pilot plant, on site at the LAMP, to begin further refining the specific commercial applications together with customers in preparation for export,” he told reporters in a conference call here today.

Curtis, who is in Syndey, Australia, received questions from Malaysian reporters via multi telephone calls, organised by Lynas Corporation Malaysia.

Lynas has completed the construction of Phase One in Pahang last Tuesday.

Curtis said all of the specific directions Lynas has undertaken to commercialise these co-products are environmental-friendly.

“However, we hear the community’s concern and understand the anxiety, and will undertake to seek export markets for these materials instead…We believe that marketing of these synthetic gypsum products will reduce deliver tangible sustainability goals for Lynas,” he said.

During the conference call, Curtis also said that Lynas is voluntarily taking to extinguish this community concern by converting the plant residue material into valuable co-products and exporting these co-products from Malaysia.

He said Lynas is able to do so because the co-products are safe and useful to various industries – particularly the building and agricultural sector and similar to materials produced by the mineral and oil industries that operate today.

“We have made significant progress in our research and development work on the commercial applications of co-products.

“We believe Malaysia has rigorous standards around safety and the community can be asured their concerns are being adequately addressed and safety standards are properly enforced,” he said.

On Lynas’ determination to achieve its ‘Zero Harm’ goal, Curtis said it is a necessary condition of any operation that upholds safety as the number one concern and it is not just only to the employees but to the operations within the community.

Polemik Golongan Ulama Dan Pemuja Anwar Punca Pas Hilang Arah

Posted: 30 Aug 2012 04:49 AM PDT

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Polemik yang berlaku di kalangan kepimpinan Pas menyebabkan parti tersebut tidak dapat secara jelas untuk menyatakan pendirian mereka tentang hala tuju Pas dalam usaha untuk merealisasikan hukum hudud dan menegakkan pemerintahan berdasarkan syariat Islam di negara ini.

Menurut Presiden Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDAS), Rosdi Long, percanggahan pendapat di antara dua kumpulan di dalam Pas, golongan ulama dan pemuja Anwar Ibrahim ini telah menyebabkan Pas dilihat seperti hilang hala tuju dalam prinsip dan matlamat parti tersebut.

"Golongan ulama dikuasai oleh agamawan yang tetap atas dasar dan prinsip negara Islam, manakala sekumpulan lagi ialah golongan liberal atau yang digelar kumpulan Anwarisme yang cuba membentuk prinsip dan matlamat perjuangan parti yang lebih kepada untuk menjaga hubungan baik antara parti-parti di dalam Pakatan Pembangkang.

"Namun dalam masa yang sama, golongan yang berjawatan di dalam Pas terdiri dari golongan liberal menyebabkan mereka lebih menonjol dari golongan ulama di dalam Pas.  Maka sebab itulah kita lihat hari ini prinsip dan matlamat perjuangan Pas yang ditonjolkan adalah  lebih dilihat kepada menumbangkan UMNO dan BN serta menguasai pusat pemerintahan Putrajaya dan tidak lagi berkenaan hudud dan negara Islam," jelas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, pendekatan menang-menang yang diambil oleh kepimpinan pusat Pas dalam menjaga hubungan antara DAP dan PKR adalah antara sebab mengapa dasar dan prinsip perjuangan Pas dalam menegakkan negara Islam sudah mulai hilang dan tenggelam.

"Ini semua semata-mata politik. Mereka cuba untuk menghilangkan imej Islamik Pas itu untuk memperlihatkan parti itu sesuai dan mampu untuk bekerjasama dalam Pakatan Pembangkang untuk menumbangkan kerajaan yang sedia ada hari ini. Sebab itu kita lihat hari ini, banyak perlaksanaan atau kenyataan dari kepimpinan Pas agar bercanggah dengan dasar-dasar parti itu sendiri.

"Pada pendapat saya, agenda hudud pula hanyalah satu retorik politik yang perlu diulang sekali sekala untuk mempengaruhi umat Islam, namun ianya masih lagi tidak dinyatakan secara jelas bahawa itu adalah agenda utama mereka seperti sebelum ini.

"Seperti yang saya katakan tadi, ada sebahagian dari kepimpinan Pas yang cuba untuk menghilangkan imej Islamik Pas terutamanya berkaitan agenda  hudud dan negara Islam. Ini adalah semata-mata untuk menjayakan dan memelihara hubungan antara parti lain dalam Pakatan semata-mata untuk mencapai matlamat utama Pakatan Pembangkang iaitu menumbang BN dan menguasai pentadbiran negara," tegas beliau. -MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...