PISAU.NET

PISAU.NET


Merdeka Ke 55,Pakatan Bakal Angkat Senjata.

Posted: 30 Aug 2012 01:15 PM PDT


Hari kemerdekaan yang ke 55 buat negara kita sekarang ini sudah menjadi bahan momokkan puak revolusioner .Kononnya ini kebangkitan,kononnya ini satu perjuangan.Kononnya sekarang ini mereka melawan penjajah.

Pakatan haprak jelas menghina negara,Bendera jalur gemilang adalah lambang kedaulatan negara,55 tahun sambutan kemerdekaan di sajikan dengan pelbagai penghinaan yang langsung rakyat Malaysia tidak dapat terima dengan akal yang waras.

Kelompok ini kesemuanya hasil tarbiah daripada Hishamudin Rais gay tua ,mereka ini mahukan jalur gemilang ditukar,mereka ini mahukan satu revolusi. Himpunan di dataran merdeka semalam mengabungkan pelbagai macam anasir dari syiah hinggalah kepada komunis.

Bendera dibawah ini adalah bendera sang saka Malaya,bendera yang diangkat sebagai panji perjuangan PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Raya) sebuah parti haluan kiri yang berpendapat perjuangan mengangkat senjata menjadi keutamaan mereka.

PKMM:-

Nasionalisme revolusioner juga berpendirian membangkitkan rakyat ramai bagi melancarkan berbagai bentuk perjuangan dengan mengutamakan perjuangan secara bersenjata. Hanya dengan menghubungkan erat-erat berbagai bentuk perjuangan tanpa bersenjata dengan bentuk perjuangan bersenjata, barulah perjuangan kita akan dapat mencapai kemenangan.sumber
Puak ini adalah tulang belakang pakatan haprak,DAP,PKR dan juga PAS kesemua 3 parti ini konsisten melaungkan revolusi.




Pakatan haprak memang mahukan pertumpahan darah,ini adalah jalan terakhir buat pengganas dan militan ini untuk mendapatkan Putrajaya,usaha ini akan diambil jika pada PRU13 nanti mereka tewas.

Anwar,Syamsul ketua AMK,Hishamudin Rais,Tian Chua dan barisan pemimpin haprak pakatan saban hari meniup api kebencian dan pelbagai jenis hasutan.Kesemua ini tujuannya tak lebih kepada membakar sentimen kemarahan yang akhirnya pasti berlaku pertumpahan darah.

Sebelum ini Pisau ada ingatkan bahawa memang perancangan puak haprak pakatan untuk melakukan kekacauan semasa sambutan kemerdekaan. Apa yang mereka mahukan agar kerajaan negera ini dimalukan dengan insiden kekacauan semasa sambutan hari kemerdekaan.

Puak haprak pakatan sudah menjanjikan ada kejutan yang akan berlaku semasa sambutan. Inilah tujuan sebenar kenapa ISA ditentang habis habisan oleh haprak pakatan.Tujuannya hanya untuk menghalalkan apa saja kononnya atas kebebasan bersuara yang akhirnya menjerumus negara didalam suasana yang tidak harmoni.

Pisau kata "DAP dan seluruh puak haprak pakatan dari dulu burukkan negara,hina raja raja,hina jalur gemilang ,mereka mahukan darah keamanan untuk ke Putrajaya"




Kebiasaan Lim Guan Eng lari daripada tajuk

Posted: 30 Aug 2012 03:00 AM PDT




AKHBAR Nanyang Siangpau bertarikh 25 Ogos 12 melalui ruangan Pendapat Yuanlun memaparkan tulisan Chang Long Yan dari Akademi Kewartawanan dan Komunikasi TAIMA (AKIP) mengenai sikap Lim Guan Eng yang suka lari daripada tajuk.


Komen Setiausaha Agung DAP Pusat, merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang itu terhadap rencana dalam edisi Kotej berkaitan buku berjudul Peneng in Sight telah tersebar luas tetapi apabila saya membaca komen beliau, ia seperti sebuah pemikiran seorang 'penyangak'.


Saya ambil sedikit petikan di dalamnya, Guan Eng berkata, beliau menyokong penuh kebebasan bersuara, berani menerima kritikan dan menghormati pandangan yang berbeza-beza.


Sebagai seorang ahli politik, beliau bersedia untuk dikritik walaupun kritikan yang 'mengaibkan' dirinya. Apa yang beliau maksudkan beliau sanggup menerima kritikan termasuk kritikan yang tidak adil.


Mengikut pandangan saya, semua yang Guan Eng katakan itu cuma syok sendiri. Jika tidak beliau tidak mungkin senarai hitamkan wartawan edisi Kotej yang paparkan kritikan terhadap penulisan beliau dalam buku Peneng in Sight itu.


Tindakan itu, memberi penjelasan dengan terang kepada semua, beliau juga pernah senarai hitamkan wartawan lain dan tidak lansung bersikap terbuka apabila dikritik termasuk kritikan yang dikatakan mengaibkan beliau.


Selain itu, jika benar beliau menghormati pandangan yang berbeza-beza, beliau tidak perlu sebut rencana Edisi Kotej itu mengelirukan orang ramai.


Guan Eng seperti belum pernah membaca rencana tersebut (kami terlupa bahawa Guan Eng tidak tahu baca tulisan karekter Cina). Sebab itu beliau berani berkata dengan lantang bahawa tulisan itu memperdayakan orang ramai.


Pihak wartawan juga telah memperbetulkan isi kandungan Edisi Kotej itu dan secara khas mengeluarkan artikel penulisan Guan Eng sendiri dalam rencana akhbar Cina melalui ruang rencana khas wartawan dan bukannya mengada-adakan cerita.


Namun, Guan Eng seperti kebiasaanya suka lari daripada tajuk, sebaliknya bertanya adakah wartawan yang tulis rencana itu telah dipilih dengan teliti.


Yang paling buruk sekali, dalam artikel Edisi Kotej itu, beliau berkata ada banyak rencana (sebenarnya adakah beliau membacanya?) dan dakwanya rencana itu bukan penulisan seorang wartawan kerana timbul banyak perkataan-perkataan yang agak pelik.


Apabila dibaca dengan jelas, beliau berkata itu adalah penulisan orang-orang BN yang menggunakan nama-nama samaran.


Wartawan terbabit telah membongkar bahawa Guan Eng tidak mengikut hujah yang betul kerana 90 peratus penulisan artikel Edisi Kotej itu tulisan wartawan akhbar Cina. Akibat menuduh wartawan menulis artikel tidak benar, Guan Eng disarankan meminta maaf kepada mereka.


Mengkritik polisi kerajaan itu adalah tanggungjawab wartawan, kenapa Guan Eng mengkritik kembali wartawan-wartawan di Pulau Pinang yang mempersoal kerajaan negeri dan dituduh pula sebagai tali barut kerajaan BN?


Ini jelas menunjukkan apa yang Guan Eng sebut tentang kebebasan media dan menghormati pandangan yang berbeza itu hanya cakap syok sendiri, hanya di mulut sahaja.


Sebaliknya, dalam fikiran beliau rencana yang condong kepada BN itu semuanya bermasalah.

Pisau kata " Guan Eng hingga sekarang tak berani jawap seleweng tanah Taman Manggis..makan rasuah berjuta! "

Fathul Bari Perjelas Mengenai Tun M Mengenai Isu Syaitan.

Posted: 30 Aug 2012 02:21 AM PDT

Macam mana haprak pakatan nak menjadi pemerintah,kebodohan mereka tak berpenghujung.

Seperti yang kita semua tahu,sikap Tun M yang memberi kenyataan cukup tajam ,sinis dan tepat hingga haprak pakatan mengelupur bagai syaitan kepanasan apabila dibaca ayat Quran .



Pisau kata " Nik Aziz tu dah nyanyuk..teruskan jadi Mursidol khawarij..senang kami buat kerja"

Analisis Senario Pas Kuasai Parlimen?

Posted: 30 Aug 2012 01:23 AM PDT



Isu Akhbar Cina (Petikan Utusan Malaysia)


AKHBAR Sinchew Daily bertarikh 28 Ogos 2012 melalui ruangan Sudut Pendapat memaparkan tulisan Timbalan Editor akhbar itu, Tay Ting Hien berkenaan senario Pas menguasai Parlimen dan memperkenalkan Undang-Undang Jenayah Islam.


"Pada suatu hari pada bulan September 2014, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan usulkan Undang-UndangJenayah Islam di Parlimen. Pakatan pembangkang akan berlaku perpecahan, Ahli Parlimen Pas sebulat suara menyokong sementara semua ahli DAP akan membantahnya. Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang Islam dan bukan Islam akan berpecah...


"Barisan Nasional (BN) jadi pembangkang dalam Parlimen akan condong ke kiri, ahli lembaga disiplin UMNO akan berkata, sebagai orang Islam ahli UMNO semestinya menyokong rang Undang-Undang Jenayah Islam. Bantahan MCA, Gerakan dan MIC tidak berkesan dan mereka umum keluar daripada BN..


"Semasa undi dalam Dewan Rakyat, Pas dan UMNO perolehi majoriti dua pertiga dan dengan itu Undang-Undang Jenayah Islam itu diluluskan. Pada masa itu, Abdul Hadi akan berterima kasih kepada Ahli Parlimen yang menyokong usul itu dan mengatakan ia dicapai melalui proses demokrasi.


"Malaysia telah capai matlamat menjadi sebuah negara Islam, seterusnya Pas dan UMNO umumkan akan bentuk kerajaan gabungan.."


Saya bukan peramal ataupun tukang tilik nasib dalam politik pada 2014 tetapi keadaan seperti diatas itu bukan dicuba diada-adakan dan bukan mendengar khabar daripada orang lain. Dalam ilmu sains politik dan sains pengurusan, ada satu bab yang dinamakan 'Analisis Senario'.


Himpunkan keadaan sedia ada, cantumkan dengan sasaran-sasaran yang kemungkinan akan berlaku. Apakah yang lebih terbaik akan berlaku dan apakah yang terburuk akan berlaku, selepas itu bandingkan perbezaannya.


Keadaan dan senario seperti di atas hanya kemungkinan-kemungkinan simulasi yang akan berlaku dan bukan tiada turutannya.


Dalam senario politik dan pilihan raya Abdul Hadi, beliau telah memberi huraian secara terang dan umumkan jika pakatan pembangkang memerintah Kerajaan Pusat, Pas melalui proses demokrasi akan laksanakan Undang-Undang Jenayah Islam.


Pendirian Pas begitu jelas dan tidak lagi samar-samar, mereka akan mengikut cara sah untuk mencapainya. Lebih-lebih lagi, Pas akan luluskan rang undang-undang Islam berkaitan Undang-Undang Jenayah Islam di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 dan ahli-ahli Umno turut menyokongnya.


Di bawah kepercayaan dan tanggungjawab agama, perbezaan antara dua parti itu hanya dipisahkan dengan satu garisan benang sahaja.


Pada masa itu Undang-Undang tersebut akan bercanggah dengan Undang-Undang Persekutuan dan kerana itu ia tidak boleh dilaksanakan.


Jika ia ditukarkan dengan simulasi senario berlainan, apabila mereka memerintah kerajaan pusat dan kemukan kembali isu itu, pasti akan disokong juga oleh UMNO dan pada masa itu benteng kekebalan Undang-Undang Perlembangaan Persekutuan akan roboh.


Bagi negara ini, Undang-Undang Jenayah Islam tidak melibatkan perundangan dan kehakiman, ia juga boleh mengubah semangat penubuhan Malaysia serta boleh mengubah dasar mahupun kepercayaan negara kita selama ini.


Apabila undang-undang itu diluluskan, bermakna Malaysia akan pisahkan dirinya dengan dunia luar dan undang-undang yang diamalkan negara luar, seterusnya menjadi sebuah negara Islam yang benar-benar tulen.


Masyarakat Cina tidak boleh lagi buat tidak tahu, tidak boleh lagi bersikap berharap semuanya akan menjadi baik.


Struktur dalam pakatan pembangkang, tujuan mereka adalah mahu memerintah Kerajaan Pusat tetapi selepas mereka berkuasa nanti, dari segi pembahagian kuasa dan konsep pelaksanaanya masih tidak boleh mencapai kata sepakat.


Adakah rakan kongsi parti itu mampu menyekat kemaraan Pas? Semua orang perlu berdoa supaya dapat memperkukuhkan kekuatan itu.



Pisau kata "Ini yang dibenci oleh Nik Aziz dan khawarij Anwarinas"

Nak menang Proton Preve , jom tweet #Merdeka55 #TwtMerdeka @NajibRazak

Posted: 29 Aug 2012 02:30 PM PDT


KUALA LUMPUR - Para pengguna twitter di Malaysia bakal mencipta rekod dunia melalui Perhimpunan Jelajah Janji Ditepati sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-55 pada 31 Ogos ini.


Kempen anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang bertujuan mempromosikan penggunaan twitter di kalangan rakyat Malaysia serta mengumpulkan 10,000 pengguna twitter bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Nasional Bukit Jalil jumaat ini bakal dicatatkan sebagai 'Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar Dunia' dan 'Tweets Terbanyak Dalam Masa 1 Jam' dalam Malaysia Book of Records.


Artis-artis popular tanahair seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan turut serta bersama pengguna twitter untuk menulis tweet sempena hari merdeka.


Para pengguna twitter yang menyertai kempen 'tweet #Merdeka55' ini turut berpeluang memenangi hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah Proton Preve serta pelbagai hadiah menarik menghantar satu 'tweet' berasaskan patrotik dan kemerdekaan ke akaun twitter milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (@NajibRazak).


Selain itu, pihak RapidKL turut bersama menjayakan sambutan kemerdekaan dengan memberikan perkhidmatan LRT secara percuma serta dilanjutkan waktu operasi selama dua malam berturut-turut bermula khamis ini bagi membolehkan warga kota menuju ke Bukit Jalil bagi meraikan kemeriahan sambutan pada 31 Ogos ini.


Layari laman rasmi 'Tweet #Merdeka55' di http://twtupmerdeka.blogspot.com atau ikuti laman twitter mereka @twtupMerdeka untuk sebarang keterangan lanjut.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...