BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


MELAMPAU !!! PUAK PAKATAN HARAM SEBARKAN SENTIMEN ANTI PATRIORISME !!!

Posted: 30 Aug 2012 12:37 PM PDT



Plain foolish !!! Itu sahaja perkataan yang sesuai digunakan untuk Pakatan Haram.Tidak cukup dengan itu ada juga puak-puak pakatan haram yang sudah siap print bendera baru bagi menggantikan jalur gemilang.ini sudah melampau !!! Cukuplah dengan menghasut rakyat untuk mempercayai fitnah-fitnah mereka,menyertai perhimpunan buang masa tiada faedah mereka,kini jalur gemilang pula dihina sedemikian rupa !!! Kalau pakatan dibiar mengetuai negara,hilanglah jatidiri Malaysia dan rakyatnya !!! Memang melampau !!!

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

HOT NEWS !!! DATUK NALLAKARUPPAN MEMBERI JAWAPAN KENAPA ANWAR IBRAHIM MENOLAK HUDUD !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 30 Aug 2012 08:30 AM PDT


PAS dinasihatkan tidak berharap kepada komitmen Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan pada masa depan.Ahli Dewan Negara, Dato' S Nallakaruppan berkata,berdasarkan kenyataan Anwar selama ini,beliau secara jelas menyatakan hukum syariah itu tiada dalam dasar bersama pakatan pembangkang atau dokumen Buku Jingga yang menggariskan agenda pakatan pembangkang.Sehubungan itu,kata Nallakaruppan,beliau berasa kasihan terhadap para pemimpin PAS yang beria-ia mahu memperjuangkan hukum hudud sedangkan Anwar tidak bersedia melaksanakannya dan DAP pula secara konsisten serta keras menentang agenda tersebut.

"Saya menghormati para pemimpin spiritual PAS yang tegas memperjuangkan hukum hudud kerana mereka ikhlas dan komited terhadap usaha itu, tetapi selagi berada dalam pakatan pembangkang, hudud dilihat amat sukar dilaksanakan.Di samping itu, PAS tidak boleh berharap kepada Anwar kerana Anwar sendiri takut terhadap hukum hudud apabila beliau selama ini terlibat dalam pelbagai isu moral," katanya kepada Utusan Malaysia.

ANDA NAK LAGI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

HOT VIDEO !!! UTUS SURAT !!! USTAZ FATHUL BARI MEMBERIKAN 4 SEBAB UNTUK NIK AZIZ !!!

Posted: 30 Aug 2012 05:00 AM PDT



Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu),Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya memberikan 4 sebab kenapa beliau menghantar surat rasmi kepada Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung dengan isu hudud.lihat video di bawah



NAK TAHU APA JAWAPAN NIK AZIZ ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KANTOI !!! ANWAR IBRAHIM GAGAL MEMBELI MAJLIS SYURA PAS !!!

Posted: 30 Aug 2012 01:30 AM PDT



Dalam kes Nasharuddin Mat Isa,kalau mengikut kepada rentak pemikiran Pimpinan Pas Pusat (kebanyakannya dianggotai oleh kumpulan Anwarinas) – Nasharuddin akan dicampakkan ke dalam bakul sampah politik. Tak ada peluang kedua. Tak ada belas kasihan. Anwar sudahpun membentuk kesepakatan pandangan bahawa Nasha sudahpun beralih arah dan hanya layak menjadi sampah politik di dalam Pas.Sebab itulah, di kalangan pimpinan PAS Pusat, ramai yang berlumba-lumba memberikan komen kononnya Nasha sudah tidak ada peluang dalam Pas. Nasha tidak akan diberikan ruang bertanding di dalam PRU13 dan nyawa politiknya akan dicabut oleh malaikat maut politik yang ada dalam pimpinan Pas pusat.Siapa Nasha sebelum ini mereka tak mahu peduli. Pada mereka, Nasha sudah khianat kepada perjuangan. Anwar yang mempunyai genggaman kepada pimpinan Pas pusat tidak mahu Nasha berada dalam parti. Inilah hebatnya Ketua Umum. Semua dia boleh tentukan. Line-up PKR pun kuasa Anwar. Line-up Pas pun kuasa Anwar.Sayangnya, Anwar gagal membeli pengaruh di dalam Majlis Syura Pas. Inilah kelemahan Anwar yang akan segera diperbaiki. Majlis Syura juga perlu dijadikan proksi Anwar dalam masa yang terdekat ini.

AHLI JAWATANKUASA DEWAN ULAMA PAS PUSAT

SESI 2011-2013

Ketua : YB. Dato' Tuan Guru Haji Harun bin Taib

Timbalan Ketua : YB. Dato' Ustaz Haji Ahmad bin Yakob

Naib Ketua : Dato' Dr. Ustaz Haji Mahfodz bin Mohamad

Setiausaha : Ustaz Dr. Haji Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri

Penolong Setiausaha 1 : Ustaz Dr. Haji Badruzzaman bin Yusof

Penolong Setiausaha 2 : Ustaz Haji Nazmi bin Nik Din

Penolong Setiausaha 3 : Ustaz Haji Nor Najhan bin Mohd Salleh

Bendahari : Dato' Ustaz Haji Husain bin Awang

Ketua Penerangan : Ustaz Haji Nik Muhammad Zawawi bin Hj. Salleh

Pengarah Pilihanraya : Ustaz Haji Muhammad Zain bin Abdul Rahman

Ahli Jawatankuasa Kerja

: Dato' Ustaz Haji Mohamed bin Daud al-lraqi

: Dato' Dr. Ustaz Haji Johari bin Mat

: Ustaz Dr. Haji Shahbudin bin Ngah

: Ustaz Dr. Haji Azhari bin Yaakob

: Ustaz Dr. Haji Ishak bin Sulaiman

: Ustaz Haji Abdullah bin Abdul Razak

: Ustaz Haji Abu Bakar bin Abdullah

: Ustaz Abdullah bin Husain

: Ustaz Haji Khirul Muntanazar bin Ismail

: Ustaz Haji Wan Abdul Halim bin Wan Chik

: Ustaz Haji Mokhtar bin Senik

: Ustaz Mohd Lutfi bin Arifin

: Ustaz Haji Mohd Zainul Asri bin Ramli

: Ustaz Haji Mohd. Khairi bin Zainuddin

: Ustaz Haji Mustafa bin Dolah

: Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil

: Ustaz Haji Mohd Ismi bin Taib

: Ustaz Khairul Azmi bin Ismail

Setakat ini, hanya Majlis Syura sahaja yang mampu memberikan nyawa politik kepada Nasha. Kalau menurut kepada undi pimpinan Pas pusat – Nasha dah knocked out. Tak ada peluang bernafas.Nampaknya, Anwar akan cuba melakukan permainan politik dengan Majlis Syura. Anwar tidak bersetuju dengan sistem politik Pas yang memberikan muka kepada kumpulan ulama' lama yang tidak mempunyai pemikiran politik yang lebih ganas.Siapa boleh menafikan bahawa Nasha tewas pertandingan PAS sebelum ini kerana bertebarannya 'duit Anwar' di dalam kawasan muktamar Pas. Sekurang-kurangnya, 700 undi perwakilan bertukar tangan kerana wujudnya dana khas yang datang daripada PKR.Tak ada siapa yang boleh menafikan.Sayangnya, Anwar gagal 'membeli' Majlis Syura Pas yang kekal sebagai – institusi check and balance di dalam parti tersebut. Kalau tidak,Presiden sebenar Pas adalah Anwar Ibrahim.Ustaz Nasharuddin tewas kepada pemimpin sederhana Mohamad Sabu dalam pertandingan tiga penjuru Timbalan Presiden PAS pada 2011.Mohamad Sabu menang dengan majoriti 21 undi (420) diikutiTuan Ibrahim Tuan Man (399) dan Nasharuddin (224).Naib Presiden PAS turut dimenangi tokoh bukan ulama iaitu Salahuddin Ayub (753), Datuk Husam Musa (660) dan Datuk Mahfuz Omar (616). - Gelagat Anwar

RENUNG-RENUNGKAN

HIMPUNAN JANJI DEMOKRASI !!! MARINA CHIN AKAN MENCANTAS AMBIGA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 29 Aug 2012 10:00 PM PDT



Tidak puas hati kerana BERSIH 3.0 telah gagal dengan memalukan sekali,maka puak-puak pakatan haram bertekad ingin berhimpun dan berdemonstrasi lagi di ambang Merdeka malam ini.Perhimpunan atau demonstrasi yang dipanggil 'Janji Demokrasi' ini kononnya dianjurkan oleh 47 NGO yang merujuk kepada diri mereka sebagai Gabungan Janji.Walaubagaimanapun,semua rakyat sedia maklum bahawa dalang di belakang demonstrasi ini adalah pakatan haram.Tujuan mereka tidak lain tidak bukan sekadar ingin mencipta keadaan yang tidak tenang di samping mengganggu serta menghalang rakyat menghayati kemerdekaan.Selain itu,ia juga adalah bertujuan untuk mengaburi tema Hari Kebangsaan yang amat menggusarkan PR,iaitu '55 Tahun Janji DiTepati'.Nampaknya penganjuran demonstrasi kali ini tidak lagi diketuai oleh Ambiga, yang telah mengaku kalah setelah tidak mampu menghadapi kesukaran untuk keluar masuk ke rumah sendiri akibat tindakan segelintir peniaga yang kerugian dalam BERSIH 3.0 membuka 'pasar malam' di hadapan rumahnya.

Ia juga tidak akan diketuai oleh A.Samad Said,sasterawan bingung yang hidup dalam dunia khayalan konon beliau seharusnya disanjung dan dijulang bak negarawan terbilang.Tetapi,kali ini demonstrasi akan diketuai oleh Marina Chin Abdullah dan Hishamudin Rais.Seperti yang dijangka,kedua-dua mereka juga berjanji tidak akan membuat huru-hara.Namun,rakyat bukannya bodoh seperti yang mereka harapkan.Rakyat tidak pernah lupa bahawa janji yang sama telah dilafazkan sebelum BERSIH 3.0 tetapi apa yang berlaku ialah kecederaan parah dan kemusnahan harta benda awam.Kononnya,himpunan Janji Demokrasi ini hanya akan turut menyambut hari kemerdekaan, cuma bezanya, mereka akan memakai baju kuning sebagai tanda menyokong tuntutan agar kerajaan melunaskan janji ke arah kerajaan demokratik berprinsipkan keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dengan mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara,mansuhkan akta zalim dan kebebasan media serta pilihan raya yang adil dan bersih.

persoalannya,apakah asas untuk kita mempercayai manusia seperti Hishamudin Rais dan Marina Chin,perkakas kepada PR sedangkan PR itu amat sinonim dengan tidak menepati janji ??? Jika tidak,kenapa mereka begitu fobia dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini ??? Marina Chin sebelum ini terlibat dalam BERSIH 2.0 di mana para peserta demonstrasi telah dengan sengaja mengingkari arahan polis untuk bersurai.Beliau juga adalah pendokong perjuangan menuntut hak LGBT.Hishamudin Rais pula tidak perlulah diulas lagi kerana telah diketahui umum bahawa 'memberontak' adalah hobinya.Jadi,elok beliau di abaikan saja.Namun begitu,kalau pun kita boleh mempercayai Marina bahawa segalanya akan berjalan dengan aman,saya ingin bertanya kepada beliau,demokrasi yang bagaimana yang beliau tuntut ??? Dengan menjadi alat kepada PR,Marina tidak layak bercakap mengenai demokrasi.Parti-parti di dalam PR semuanya mempunyai masalah yang kronik berhubung demokrasi dan hak kebebasan bersuara.Pemilihan parti PKR misalnya,penuh dengan tipu muslihat,manipulasi,pergaduhan,malah kronisme yang nyata.

Parti DAP pula ditunjangi oleh Setiausaha Agung yang sombong,angkuh,kukubesi,chauvinis lagi rasis Dan seperti juga PKR,kronisme dalam DAP juga amat nyata dan tidak mampu disangkal oleh sesiapa.Oleh kerana tiadanya demokrasi sebenar dalam PKR dan DAP maka saban tahun, ada saja pemimpin-pemimpin mereka yang keluar parti dan seringkali memilih untuk menjadi BEBAS serta mesra BN.Parti PAS juga tidak ketinggalan di mana sesiapa sahaja yang berani meletakkan agama lebih tinggi dari politik, akan dicantas,dihina dan difitnah semahu-mahunya.Ketiga-tiga parti ini juga terkenal dengan memboikot media apabila saja dikritik atau terkantoi sendiri.Inikah puak-puak yang Marina wakili untuk bercakap tentang Janji Demokrasi,hak kebebasan media atau keadilan ???

Sekiranya PR bijak,mereka pasti sedar bahawa di kala Pilihanraya semakin hampir mereka seharusnya menumpukan seluruh tenaga dan fikiran mereka untuk menunaikan janji-janji yang belum mereka tepati di negeri-negeri yang diperintah mereka, dan bukannya sibuk berdemo, menuntut janji atau membuat janji baru.Memilih untuk menjadi hantu polong membantutkan semangat kemerdekaan serta mengganggu ketenteraman di malam keramat adalah satu tindakan yang amat tidak bijak dan tidak bertanggungjawab bagi PR dan juga Marina, khasnya.Tidakkah mereka belajar dari kesilapan dari BERSIH 3.0 di mana semakin ramai yang meragui atau semakin muak dan jelak dengan PR apabila ia berakhir ??? saya percaya,selepas Janji Demokrasi,nama Marina juga pasti akan dicemuh dan disumpah sepertimana yang dialami Ambiga kerana mencemarkan kesucian kemerdekaan.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT VIDEO !!! @NOHOMAR MEMBELASAH NG SUE LIM MABUK !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 29 Aug 2012 07:00 PM PDT



Isu kolam udang yang melibatkan Menteri Pertanian,Datuk Seri Noh Omar yang dibangkitkan oleh Ng Sue Lim,ADUN Sekinchan sebenarnya kurang mendapat perhatian daripada pecacai-pecacai Pakatan Haram yang menulis dalam Bahasa Melayu tetapi dalam Facebook yang berbahasa Cina serta beberapa buah forum seperti Low Yat,sambutan daripada kaum yang tidak tahu berbahasa Kebangsaan dan berbahasa Inggeris tunggang langgang, cukup hangat. Segala macam tohmahan diberikan kepada Noh Omar dan menjadikan Ng Sue Lim sebagai hero yang cukup hebat kerana berjaya mendedahkan satu lagi skandal dan penyelewengan kuasa.Kalau ada sesiapa yang masih ingat, Ng Sue Lim adalah lelaki Cina yang telah melanggar seorang pelajar Melayu sehingga pelajar Melayu tersebut hampir koma dan dia pula memandu dalam keadaan mabuk.Datuk Seri Noh Omar memberi kenyataan susulan mengenai dakwaan Ng Sue Lim yang mendakwa beliau sebagai seorang pemimpin samseng juga gangster.sebelum ini Datuk Seri Noh Omar juga nak saman Ng Sue Lim.kenapa Ng Sue Lim ni takut sangat ??? jom lihat video di bawah



RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! KERANA SAYANGKAN DAP !!! PAS SANGGUP BUANG PEMIMPIN ISLAM ???

Posted: 29 Aug 2012 04:00 PM PDT



Perang mulut antara PAS,DAP dan PKR berhubung isu hukum hudud masih belum reda malah terus membara.Keadaan semakin genting bagi pakatan politik tiga parti tersebut yang sudah tentunya akan mengugat keutuhan Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.Walaupun isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS bukanlah sesuatu yang baru namun ia kembali menjadi panas dan bahan polemik sejak kebelakangan ini akibat sikap parti Islam itu yang kini dilihat berdolak dalik dan tidak teguh dalam pendiriannya.Pada satu pihak,DAP dilihat konsisten dengan penentangan tegasnya terhadap sebarang usaha oleh PAS untuk melaksanakan undang-undang syariah jika Pakatan Rakyat berkuasa.Ini berlainan pula dengan pihak PAS yang terpaksa menukar warna politik dan mengorbankan prinsip perjuangannya daripada 'Negara Islam' kepada 'Negara Kebajikan' semata-mata kerana hendak menyesuaikan dengan kehendak dan agenda politik DAP,sebuah parti politik perkauman Cina yang amat rasis dan secara terangan menonjolkan sikap anti-Melayu.

PAS sanggup mengorbankan pemimpinnya seperti Hasan Ali yang menyuarakan ketidak puasan hatinya terhadap sikap angkuh dan pro-Kristian DAP dalam kerajaan negeri Selangor namun untuk menyanggah parti rasis itu jauh panggang dari api.Kini nasib yang sama menimpa Hasan akan bakal diterima oleh Nasharudin Mat Isa,bekas Timbalan Presiden PAS yang mengkritik sikap Pengerusi Kebangsaan DAP,Karpal Singh yang katanya bukan setakat menolak hukum hudud malah secara langsung menentang Islam sekali gus.Dua kali malang bagi Nasharudin kerana bukan sahaja Karpal menyatakan akan menyaman beliau, malah Presiden PAS,Abdul Hadi Awang yang menjadi sekutu kuat dan pelindungnya satu ketika dahulu pun sudah memisahkan diri daripadanya dan memihak kepada DAP.Abdul Hadi membayangkan Nasharudin sebagai individu yang sudah tidak penting dalam parti dan boleh dinyahkan dari parti bila-bila masa sahaja dari sekarang.Begitulah nasib yang terpaksa ditanggung oleh tokoh-tokoh PAS yang hanya bercakap selari dengan prinsip perjuangan parti tetapi tidak secocok dengan selera DAP.

PAS yang pernah mendabik dada sebagai parti terkuat dalam Pakatan Rakyat dan mahu bertanding kerusi terbanyak dalam PRU kelak, juga semakin tertekan kerana PKR mengambil pendirian menyokong DAP dalam isu hukum hudud.Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud masih belum sesuai dan ia bukanlah merupakan dasar yang telah dipersetujui bersama oleh ketiga-ketiga pemimpin pembangkang tersebut pada tahun 2009.PAS kini benar-benar tersepit dan tidak dapat membersihkan imejnya yang kian kotor dan merosot di mata rakyat akibat dilabel sebagai keldai tunggangan DAP dan tukang angguk PKR.Tidak cukup kemelut yang membelit PAS dan DAP, kini tercetus pula pertelingkahan antara PKR dan DAP di Pulau Pinang apabila Timbalan Ketua Menteri I,Mansor Othman menganggap Ketua Menteri,Lim Guan Eng sebagai angkuh, bongkak dan sombong.Tindakan nafi menafi dari pihak PKR sudah tentu menjadi perkara biasa dalam blok pembangkang tetapi kata-kata Mansor sebenarnya telah membuka satu lagi jurang antara kedua-dua parti yang pasti akan menjadi semakin lebar dalam hari-hari mendatang.

Masalah sebenar dalam Pakatan Rakyat bukanlah Barisan Nasional sebagai musuh utamanya tetapi PAS, DAP dan PKR yang menjadi musuh paling besar mereka sendiri.Setiap parti bersikap angkuh kerana memikirkan merekalah yang paling berpengaruh dan menyumbang paling banyak dalam PRU pada 2008.Dengan kedudukan kerusi dalam Dewan Rakyat pasca PRU ke-12 yang hampir sama, ketiga-tiga parti berfikir merekalah yang paling hebat serta kuat dan justeru tidak mahu mengalah.PAS setakat ini kekal dengan 31 kerusi,diikuti 28 dalam genggaman DAP sementara PKR menjadi paling corot daripada 31 kepada 26 apabila lima wakilnya melompat menjadi ahli bebas.Anwar pula terpaksa menyokong DAP kerana peranan licik parti perkauman Cina itu yang terus mempertahankan kedudukan beliau sebagai Ketua Pembangkang walaupun PKR yang menjadi parti minoriti tidak layak lagi mengetuai barisan pembangkang dalam Parlimen.Apatah lagi DAP seringkali menyatakan sokongannya kepada Anwar sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa kelak, sesuatu yang sehingga kini tidak pernah disuarakan oleh PAS.Persekongkolan PKR-DAP dalam isu-isu penting seperti calon Perdana Menteri serta hukum hudud sepatutnya sudah cukup memberi kesedaran kepada pemimpin PAS bahawa mereka sudah ditipu hidup-hidup.Namun untuk menutup malu atas kegagalan PAS menerajui Pakatan Rakyat,parti itu sanggup menjadi hamba kepada PKR dan DAP demi tamakkan kuasa, pangkat dan kedudukan.Jika Karpal terus dengan niatnya untuk menyaman Nasharudin maka terbuktilah PAS telah menjadi parti paling bacul di negara ini kerana tidak mampu mempertahankan dasarnya mengenai Islam.Jika PAS sudah hilang naluri kejantanannya mempertahankan Islam,elok sangatlah parti itu tutup kedai,gugurkan nama suci Islam dan serahkan semua kerusinya kepada PKR dan DAP Barulah itu dilihat sebagai tanda hamba yang taat dan setia.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...