UMNO Online - “Isu Tema Kemerdekaan : Jangan Politikkan Isu-Isu Kenegaraan – Dr. Sivamurugan” plus 9 more | |
- Isu Tema Kemerdekaan : Jangan Politikkan Isu-Isu Kenegaraan – Dr. Sivamurugan
- Majlis Berbuka Puasa MT UMNO Meriah, Dihadiri Lebih 2000 Jemputan Pelbagai Peringkat
- Najib : BN Tidak Tergugat Dengan Tindakan Lajim
- Rakyat Jangan Keliru Dengan Retorik Kosong Pembangkang – Syed Ali
- Barisan Nasional Pilihan Terbaik Bagi Rakyat Malaysia – Hajiji
- Maklumat Sulit Bank VS Akta Perlindungan Pemberi Maklumat
- Penduduk Berterima Kasih Kepada PM Bina Kampus UiTM Di Raub
- Pas Kluk Klek : Berjuang Negara Islam Tetapi Junjung Buku Jingga
- Sertai Pas : Pemuda UMNO Subang Bidas Pembohongan Pemuda Pas
- Pancing Dan Kitar Semula Pemimpin BN Bukti Pembangkang Makin Tersepit
| Isu Tema Kemerdekaan : Jangan Politikkan Isu-Isu Kenegaraan – Dr. Sivamurugan Posted: 03 Aug 2012 10:28 AM PDT KUALA LUMPUR, 4 Julai – Cubaan Pakatan Pembangkang untuk menggantikan tema hari kemerdekaan tahun ini memperlihatkan sikap pemimpin pakatan yang cuba mempolitikan setiap sesuatu yang dilakukan oleh kerajaan biarpun ia melibatkan isu-isu kenegaraan yang sepatutnya tidak dijadikan polemik politik. Menurut Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian, pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, hari kemerdekaan sepatutnya dilihat dalam konteks semangat jati diri dan patriotisme diri sebagai warga negara Malaysia dengan tidak mengira agama, budaya, etnik dan fahaman politik. "Tindakan Pakatan Pembangkang menggantikan tema hari kebangsaan hanya dibuat atas dasar politik semata-mata. Pada saya, tidak semua perkara perlu dibuat atau dilihat dari sudut penilaian politik . Apatah lagi apabila kita cuba mempolitikkan sesuatu yang berkisar soal hari kemerdekaan yang amat berkait rapat dengan sensitiviti dan isu-isu kenegaraan. "Pakatan Pembangkang juga harus bersetuju dalam tidak bersetuju apabila datang soal-soal perlembangaan dan soal-soal kenegaraan. Mereka sebagai warga negara Malaysia, perlu akur kepada sebarang perlembagaan negara dan juga isu-isu yang bersifat kenegaraaan sebagai jati diri seorang warganegara Malaysia," tegas beliau. Tindakan mereka ini juga menurut beliau lagi, seolah-olah tidak mengiktiraf kerajaan pilihan rakyat yang ada pada hari ini yang telah dilantik mengikut sistem demokrasi dan perundangan negara secara sah. "Ini adalah satu sikap yang salah. Pakatan Pembangkang mesti berpegang pada nilai-nilai prinsip sebagai warga negara. Biarpun berbeza pandangan dan pendekatan dalam politik, namun Pakatan Pembangkang perlu tunduk dan akur dengan prinsip kenegaraan di negara ini. "Sekiranya Pakatan Pembangkang tidak menghormati prinsip-prinsip ini, pendirian seperti itu boleh mengancam proses pertumbuhan dan perkembangan kenegaraan, termasuklah boleh menjadi punca kepada suasana yang tidak stabil di dalam masyarakat yang boleh membawa kepada perpecahan dan pertelingkahan sesama sendiri," beritahu beliau lagi. Beliau mengambil contoh bagaimana sikap dan pendirian ahli politik di Amerika Syarikat (AS) kembali bersikap terbuka dan bersatu padu setelah selesai Pemilihan Umum Presiden Amerika Syarikat, untuk membina dan memajukan negara. -MediaUMNO |
| Majlis Berbuka Puasa MT UMNO Meriah, Dihadiri Lebih 2000 Jemputan Pelbagai Peringkat Posted: 03 Aug 2012 09:04 AM PDT KUALA LUMPUR, 3 Julai – Majlis berbuka puasa bersama Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini meriah dengan dihadiri oleh lebih dua ribu jemputan dari pelbagai peringkat. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yasin bersama isteri, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh turut hadir dalam majlis berbuka puasa tersebut, Selain itu, turut kelihatan ialah mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin parti komponen BN, Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu, Tan Sri Hashim Makaruddin, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, ahli kelab veteran UMNO dan beberapa kenamaan lain termasuk kakitangan ibu pejabat UMNO turut hadir bersama bagi memeriahkan majlis berbuka puasa yang menjadi acara rutin di dalam bulan Ramadan setiap tahun. Di dalam majlis itu juga, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan hamper terhadap lebih 100 orang anak yatim yang turut dijemput dari beberapa buah asmara anak yatim di sekitar Kuala Lumpur bagi memeriahkan lagi program berbuka puasa tersebut. Selesai berbuka puasa, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yasin bersama para hadirin lain turut menunaikan solat berjemaah Maghrib dan Isyak, dan seterusnya menunaikan solat terawih di Surau Ar Rahman bertempat di PWTC. -MediaUMNO |
| Najib : BN Tidak Tergugat Dengan Tindakan Lajim Posted: 03 Aug 2012 04:21 AM PDT KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Berikutan perletakan jawatan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort , Presiden parti merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kedudukan Barisan Nasional (BN) tidak tergugat dan mampu menangani cabaran tersebut. Katanya, biarpun setakat ini pelbagai khabar angin dan desas-desus tersebar tetapi BN akan melaksanakan langkah yang sesuai untuk terus kukuhkan kedudukan parti. "Ekoran perletakan jawatan Datuk Seri Lajim maka Timbalannya, Isnin Aliasnih akan mengambil alih jawatan sebagai pemangku Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan juga memutuskan Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Sabah mengawasi perjalanan UMNO Beaufort dan memberi apa-apa juga bantuan yang diperlukan oleh bahagian ini untuk memastikan kekuatan UMNO dan BN tidak terjejas," katanya. Dalam hal ini, beliau menganggap kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan ada lagi wakil rakyat BN yang akan menyertai pakatan pembangkang adalah kebiasaan Anwar sebagai ketua pembangkang. "Itu memang kerja dia (Anwar), yang akan janji macam-macam. Kita akan membuat langkah-langkah yang sesuai untuk memulihkan UMNO dan memantapkan lagi kedudukan BN." Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di ibu pejabatnya, Menara Dato Onn, hari ini. UMNO telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Lajim berkuat kuasa 30 Julai dan perlu dijawab dalam tempoh dua minggu sebagaimana proses dalam Perlembagaan parti. Turut dibincangkan dalam mesyuarat MT adalah langkah-langkah yang sedang diambil oleh kerajaan khususnya berkaitan dengan Pelan Transformasi Pendidikan. "Hari ini kita mendapat penerangan daripada Timbalan Presiden yang juga Menteri Pelajaran berhubung dengan Pelan Transformasi Pendidikan yang sedang diusahakan yang mana proses dialog secara menyeluruh dan terbesar pernah diadakan berlangsung dalam tempoh selama enam bulan. "Pagi tadi kabinet telah mengadakan satu 'workshop' khas untuk membincangkan cadangan dan pelan tersebut dan kabinet telah memberi sokongan dan begitu juga MT yang turut memberi sokongan untuk kerajaan melakukan sesuatu penyusunan semula kepada sitem pendidikan kita supaya kita mencapai satu lonjakan pencapaian yang luar biasa," terangnya yang turut memaklumkan bahawa butiran berkaitan pelan tersebut akan diumukan pada 11 September nanti. - MediaUMNO |
| Rakyat Jangan Keliru Dengan Retorik Kosong Pembangkang – Syed Ali Posted: 03 Aug 2012 04:13 AM PDT CHERAS, 3 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, rakyat perlu berhati-hati dan jangan terpedaya dengan tipu muslihat pembangkang kerana pembangkang kini dilihat semakin ghairah memanipulasi minda rakyat semata-mata untuk mengelirukan rakyat. Katanya, pembangkang memang bijak dalam mengelirukan rakyat. "Baru-baru ini Rafizi kena tahan sebab Bafia. Itu bukan salah UMNO dan Barisan Nasional (BN). Perkara ini ada undang-undang dan akta. Ini bukan masalah Najib (Perdana Menteri) takut kepada Rafizi atau sebagainya. Kita dah perintah negara ni lama, dah 66 tahun… Apa kita nak takut. Kerajaan BN telah melaksanakan yang terbaik malah Perdana Menteri dan Timbalannya turun ke bawah untuk bantu rakyat. "Kalau kita tengok parti pembangkang bukan nak bantu rakyat, mereka menyusahkan rakyat. Buat rakyat pening. Akhirnya yang akan rugi rakyat. Jadi saya minta rakyat berfikir. Pembangkang tak buat apa. Mereka tidak mendekati rakyat dan tidak menyalur sumbangan kepada rakyat. Mereka hanya retorik. "Mereka cakap nak turunkan harga kereta. Saya nak bagitau, kalau boleh dah lama dah BN buat, tak payah tunggu pembangkang cakap. Mereka tak perintah negara. Jadi mereka boleh berjanji apa sahaja kepada rakyat. Tetapi kalau ditakdirkan mereka menang, percaya dan yakinlah mereka tidak akan buat apa yang mereka katakan. Mereka akan buat berbagai alasan, kerana mereka tak mampu," ujarnya. Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan bantuan Hari Raya Aidilfitri 2012 Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) di Pusat Rekreasi Cheras, di sini hari ini. Oleh yang demikian, Syed Ali meminta agar rakyat berfikir apa yang telah kerajaan BN lakukan selama ini untuk membela nasib rakyat daripada pembangkang yang hanya pandai pusing cerita untuk kelirukan rakyat. "Saya harap sangatlah rakyat untuk melihat dan berfikir sendiri sebelum buat keputusan. Jangan sampai nasi jadi bubur. Kita menangis air mata darahpun benda dah terlepas. Sebab itulah rakyat kena berhati-hati menilai apa yang telah kerajaan hari ini lakukan demi mereka," tambahnya lagi. – MediaUMNO |
| Barisan Nasional Pilihan Terbaik Bagi Rakyat Malaysia – Hajiji Posted: 03 Aug 2012 04:06 AM PDT TUARAN, 3 Ogos – Barisan Nasional (BN) masih merupakan pilihan terbaik bagi rakyat Malaysia kerana formulanya terbukti berkesan bagi sebuah negara yang mempunyai berbilang kaum dan agama seperti negara ini, kata Bendahari BN Sabah Datuk Hajiji Noor. Hajiji yang juga Ketua UMNO Bahagian Tuaran berkata kemakmuran yang dinikmati rakyat Malaysia hari ini adalah hasil perjuangan dan kerja keras para pemimpin BN sebelum ini dalam Perikatan yang berjuang dan mendapatkan kemerdekaan negara. “Sebaliknya, pembangkang hari ini tidak ada apa yang hendak ditunjukkan. Mereka semua hanya pandai menyemai sifat benci, syak wasangka dan ketidakpercayaan di kalangan rakyat berbilang kaum dan juga terhadap kerajaan BN,” katanya selepas menyambut ketibaan konvoi Merdeka Jalur Gemilang dari Kota Belud di Dewan Sri Sulaman di sini, hari ini. Hajiji berkata kerajaan BN di bawah kepimpinan dinamik Perdana Menteri sekarang yang bekerja keras menaikkan imej Malaysia di mata dunia dan demi masa depan rakyat melalui pelbagai program dan dasar baru yang diperkenalkan bermula dengan konsep 1Malaysia diikuti dengan program-program yang lain termasuk Program Tansformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi. “Hasilnya usaha keras Datuk Seri Najib Tun Razak, pelabur tertarik untuk datang ke Malaysia. Tetapi apa yang dilakukan pembangkang termasuk pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah menakutkan pelabur dengan mencemar nama baik Malaysia di seberang laut dan sebagainya. “Saya benci untuk memikirkan apa akan terjadi jika pakatan pembangkang berkuasa. Malah sekarang, mereka bergaduh sesama sendiri mengenai sama ada Malaysia perlu menjadi sebuah negara Islam atau sekular dengan Pas menyatakan ia akan melaksanakan hukum Hudud manakala DAP menentangnya. “Mereka juga tidak mempunyai kabinet bayangan, bermakna, sebaik mereka menang, mereka akan mula bergaduh sesama sendiri berhubung soal siapa akan menjadi memegang jawatan apa. Negara akan menjadi huru hara,” katanya. Sementara itu, Hajiji yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri menyambut baik kenyataan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok bahawa parti komponen BN tidak akan meninggalkan gabungan itu. Beliau juga menyokong kenyataan Dompok bahawa “BN merupakan saluran terbaik untuk menyelesaikan masalah rakyat”. “Dengan rekod kerja BN yang baik, berikan kepercayaan anda padanya. Masa depan anak-anak kita akan selamat di tangan mereka,” kata Hajiji. |
| Maklumat Sulit Bank VS Akta Perlindungan Pemberi Maklumat Posted: 03 Aug 2012 02:47 AM PDT Tidak ramai yang tahu bahawa maklumat sulit adalah antara perkara yang terpenting bagi sistem perbankan. Sebabnya adalah mudah – ini adalah kerana hubungan antara pihak bank dan pelanggan sepatutnya sentiasa sulit. Rahsia bank adalah sesuatu yang boleh dilakukan di mana pihak bank tidak dibenarkan untuk mendedahkan sebarang maklumat pelanggan kepada pihak berkuasa, melainkan terjadinya perkara-perkara seperti kes jenayah yang telah difailkan. Rahsia bank banyak digunapakai di negara-negara seperti Switzerland, Singapura dan Luxembourg serta bank-bank 'offshore' dan kawasan yang dilindungi daripada cukai dan lain-lain. Akta yang terbesar bagi perkara ini adalah Akta Bank Swiss 1934, yang memberikan populariti kepada bank-bank Swiss – kerana segalanya akan disimpan sebagai rahsia. Itulah sebabnya sehingga hari ini, ada beberapa yang mempersoalkan mengenai rahsia bank terutamanya oleh NGO dan kerajaan-kerajaan yang menyatakan bahawa ia menggalakkan kadar jenayah terancang. Walaupun perkara ini didebatkan, akta ini masih lagi digunapakai dan pihak berkuasa perlu menggunakan jalan lain untuk mendapatkan sebarang maklumat melalui perundangan tertentu. Malaysia menggunakan undang-undang British bagi maklumat sulit bank dan negara ini telah meluluskan Akta Perbankan dan Insitusi Kewangan pada tahun 1989. Namun, masih ramai lagi yang mengatakan bahawa undang-undang ini tidak cukup komprehensif bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang yang berkesan. Di bawah BAFIA, terdapat beberapa perkara yang perlu dikenalpasti sebelum sebarang maklumat pelanggan boleh dikeluarkan. Akta ini memastikan agar pegawai-pegawai bank tidak mendedahkan sebarang maklumat pelanggan. Perkara ini juga diaplikasikan kepada mereka yang telah meninggalkan sektor perbankan. Anda mungkin mempersoalkan bahawa Rafizi dan bekas pegawai bank tersebut berbuat demikian untuk mendedahkan kes rasuah yang melibatkan syarikat NFC. Anda juga mungkin mempersoalkan bahawa kerajaan perlu melindungi beliau di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat. Bagaimanapun, bagi perkara ini, apa yang Rafizi lakukan bukanlah sesuatu yang dianggap ringan. Segala maklumat yang mereka peroleh, oleh seorang yang pernah berkhidmat di sektor perbankan (secara terang telah dilarang oleh BAFIA) telah didedahkan melalui sidang akhbar dan segala maklumat telah didedahkan. Beliau tidak membuat laporan kepada pihak berkuasa dahulu; sebaliknya, memberitahu rakyat bahawa pihak berkuasa tidak membuat sebarang siasatan terhadap perkara tersebut. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat adalah satu Akta untuk memerangi rasuah dan salah laku lain dengan menggalakkan dan memudahkan pendedahan kelakuan tidak wajar dalam sektor awam dan swasta, untuk melindungi orang yang membuat pendedahan itu daripada tindakan yang memudaratkan, untuk mengadakan peruntukan supaya perkara yang didedahkan disiasat dan diuruskan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya. Apa yang didedahkan oleh Rafizi adalah sesuatu yang melanggar undang-undang kerana dokumen-dokumen tersebut dilindung dibawah BAFIA dan hanya beberapa individu yang dibenarkan untuk melihat maklumat-maklumat tersebut., mereka tidak dibenarkan untuk membocorkan maklumat tersebut kepada orang awam dan hanya boleh diberikan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut. Rafizi bukanlah kes pertama bagi perkara yang melibatkan BAFIA. Terdapat beberapa kes lain yang melibatkan kesalahan yang tidak disengajakan. Bagaimanapun, segalanya jatuh kepada undang-undang. Beberapa tahun lalu, terdapat kes dimana seorang lelaki telah berjaya menyaman sebuah bank di Malaysia kerana membocorkan maklumat. Pada April 1997, lelaki ini membuka akaun semasa, akaun simpanan dan akaun deposit tetap di bawah nama beliau dan anak-anak dan telah memberikan pihak bank alamat-alamat tertentu. Pada 17 Mac 2007, tanpa kebenaran daripada lelaki berkenaan, pihak bank tersebut telah menghantar kenyataan akaun kepada alamat yang salah. Daripada itu, isteri plaintif mendapat tahu bahawa perkara ini telah memberi masalah antara mereka. PIhak bank mengaku bahawa lelaki ini tidak pernah diberitahu akan pertukaran alamat tersebut dan tidak pernah memberitahu pihak bank agar menukar alamat. Hakim kemudiannya menyatakan bahawa pihak bank telah menyalahguna maklumat terhadap akaun lelaki ini yang kemudiannya membolehkan beliau mendapat kadar faedah sebanyak 8% setahun. Dan baru-baru ini, seorang pegawai bank telah dipecat kerana mendedahkan nombor akaun yang melibatkan seorang VIP. Tiada sesiapa yang lebih tinggi daripada undang-undang, tidak kira Rafizi mahupun pengarah-pengarah NFC. isuhot.com |
| Penduduk Berterima Kasih Kepada PM Bina Kampus UiTM Di Raub Posted: 03 Aug 2012 02:21 AM PDT RAUB, 3 Ogos – Penduduk di daerah ini berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kerana meluluskan pembinaan sebuah kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Raub. Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Raub Seikh Salehuddin Seikh Abdul Rahim berkata rata-rata penduduk tidak menduga sebuah pusat pengajian tinggi akan dibina di daerah pedalaman itu. “Kewujudan UiTM itu juga secara tidak langsung memberi perangsang dan galakan kepada para pelajar di daerah ini untuk berusaha ke menara gading sekali gus melahirkan lebih ramai pelajar berkualiti,” katanya, di sini hari ini. Beliau juga yakin pembinaan kampus UiTM itu bakal merancakkan pembangunan setempat dan meningkatkan ekonomi penduduk. Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Raub Jariah Kasim berkata pembinaan projek itu menjadikan daerah Raub lebih terkenal dan meningkatkan jumlah penduduknya. Manakala anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Dong yang juga Ketua UMNO Raub Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata pelaksanaan projek sedemikian membuktikan kerajaan BN prihatin untuk memajukan bidang pendidikan. Perdana Menteri ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama warga Raub di Padang Ulu Gali Tengah Rabu lalu, mengumumkan sebuah kampus cawangan UiTM berharga RM230 juta akan dibina di tapak seluas 31.6 hektar di Raub tidak lama lagi. Kerja-kerja membersih tapak kampus baru itu sedang dijalankan dan pembinaan dijangka siap pada 2015 dengan kapasiti 3,000 pelajar. |
| Pas Kluk Klek : Berjuang Negara Islam Tetapi Junjung Buku Jingga Posted: 03 Aug 2012 01:52 AM PDT KUALA LUMPUR 3 Julai – Pas disaran agar berterus terang dan bukannya terus bermain dengan kata-kata yang penuh retorik berhubung perjuangan negara Islam dan pelaksanaan hudud di negara ini. Pendakwah Bebas, Ustaz Toharudin Yaakob berkata kata-kata berkenaan adalah bersandarkan kepada penerimaan mereka terhadap Buku Jingga yang secara terang-terangan tidak mengandungi kedua-dua perkara tersebut. Tegas beliau jika mereka benar-benar istiqamah dengan perjuangan berkenaan, sudah tentu pemimpin Pas termasuklah panglima-panglima mereka akan melenting termasuklah tindakan menarik diri daripada gabungan pembangkang. "Inilah yang menimbulkan persoalan dan tentunya umum melihat kepada persoalan ini. Bayangkan berdegar-degar cakap mahu melaksanakan negara Islam tetapi pada masa yang sama menerima Buku Jingga. "Bukankah peliknya namanya itu dan pemimpin Pas sewajarnya berhenti daripada mengelirukan orang ramai khususnya umat Islam di negara ini dan mereka perlu ada prinsip," katanya. Ustaz Toharudin seterusnya menambah pelbagai alasan dan apa jua yang diberikan ianya sesuatu yang jelas di mana Pas hari ini hanya mahukan kuasa dan menuju ke Putrajaya bersama sekutunya yang lain. Beliau seterusnya percaya retorik perjuangan Pas dalam soal berkenaan diyakini akan diketahui umum dan Pas akan terus tersepit dengan mainan politik mereka sendiri dalam pilihan raya umum nanti. "Apa pun yang Pas lakukan,apa pun yang Pas akan buat dan apa pun yang Pas akan berselindung percayalah segala yang diperkatakan hari ini berhubung Negara Islam dan sebagainya adalah sesuatu yang retorik. "Jika mereka benar-benar ikhlas mereka perlu nyatakan dengan jelas dan terperinci…Negara Islam atau Negara Berkebajikan….Perlu diingat Negara berkebajikan hanyalah sebahagian daripada Negara Islam….Itu sebab saya kata tadi mereka ni penuh dengan hipokrit. "Paling tidak mereka sepatutnya tidak mengiktiraf Buku Jingga dan tindakan paling lantang mereka sewajarnya menarik diri daripada gabungan pembangkang bagi membuktikan keikhlasan mereka dalam memperjuangkan Negara Islam," katanya. -MediaUMNO |
| Sertai Pas : Pemuda UMNO Subang Bidas Pembohongan Pemuda Pas Posted: 03 Aug 2012 01:41 AM PDT SUBANG, 3 Julai – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Subang, Mohamad Zaidi Abdullah, membidas kenyataan Pemuda Pas Subang yang mengatakan lebih 50 ahli pemuda UMNO Subang telah menyertai Pas seperti yang tersiar di akhbar Harakah baru-baru ini. Beliau menyifatkan kenyataan Pemuda Pas Subang itu sebagai fitnah dan pembohong kerana pada hakikatnya, hanya dua orang sahaja pemuda UMNO Subang dari Cawangan Rumah Murah Paya Jaras yang telah keluar parti dan mengumumkan untuk menyertai Pas. "Saya pun pelik, dari mana datangnya lagi 48 orang pemuda seperti yang digembar-gemburkan oleh Pemuda Pas. Setakat hari ini, siasatan yang telah kami buat membuktikan hanya dua orang ahli pemuda UMNO yang disahkan telah keluar parti dan menyertai Pas," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini. Tambahnya lagi, tindakan pemuda Pas itu adalah sebagai satu bukti jelas bahawa Pas sememangnya kini semakin terdesak untuk mencari semula pengaruh di kalangan rakyat marhain, sehingga sanggup berbohong dari sekecil-kecil perkara, sehingga ke sebesar-besar perkara untuk mencari publisiti demi mengelirukan rakyat dari fakta yang sebenar. Selain itu, Zaidi turut memberitahu, Pemuda UMNO Bahagian Subang bersempena kedatangan Ramadan ini, merancang untuk mengadakan dua program iaitu Majlis Berbuka Puasa Pemuda Subang dan memberi sumbangan kepada 100 asnaf yang terdiri di kalangan orang muda. "Majlis berbuka puasa itu InsyaAllah akan kami adakan pada 5 Julai ini dan sumbangan terhadap penerima asnaf zakat di kalangan anak-anak muda di sekitar Subang insyaAllah akan diadakan pada 12 Julai ini," katanya. -MediaUMNO |
| Pancing Dan Kitar Semula Pemimpin BN Bukti Pembangkang Makin Tersepit Posted: 03 Aug 2012 01:25 AM PDT KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Pakatan pembangkang terbukti semakin tandus kepimpinan sehinggakan mereka terpaksa memancing wakil rakyat dalam Barisan Nasional (BN) dan UMNO untuk 'dikitarsemula' sebagai pemimpin dalam parti mereka. Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahim menganggap pakatan pembangkang semakin terdesak dan tersepit dalam memastikan kesinambungan parti mereka apatah lagi banyak bukti menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai keupayaan. "Mereka terpaksa mencari para pemimpin yang telah lanjut kepimpinan dalam BN atau mereka yang tidak teguh pendirian dalam perjuangan sebenar bagi dijadikan sebagai pemimpin dikalangan mereka memandangkan tidak ada pemimpin yang berwibawa di dalamnya," katanya kepada UMNO-Online. Terang beliau, soal lompat parti bukan perkara yang baru malah ia telah dijadikan satu isu oleh pakatan pembangkang sebagai antara alternatif mereka untuk mendapatkan populariti dan memburukkan BN. "Sebenarnya pakatan pembangkang tertekan melihat kecemerlangan BN yang mengurus tadbir dengan baik, mempunyai perancangan rapi dan pelaksanaan yang lancar sebaliknya kepimpinan negeri pakatan pembangkang semakin kucar-kacir dan mempunyai banyak kegagalan." Terbaru Datuk Seri Lajim Ukin telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta merta Sabtu lalu di kediamannya di Likas Jaya selain mengisytiharkan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) serta mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin pakatan pembangkang. "Pakatan pembangkang tidak dapat membuktikan melalui pentadbiran dan kepimpinan dalaman mereka untuk menarik tumpuan rakyat jadi mereka lebih gemar menggunakan jalan pintas dengan memancing wakil rakyat dalam BN bagi digunakan semula untuk parti pembangkang pula. "Lihat saja bagaimana pentadbiran Negeri Kedah dan Selangor yang berdepan dengan pelbagai isu tempatan sehinggakan pengurusan sampah pun gagal dilaksanakan dengan baik dan mengundang ketidakselesaan kepada rakyat. Inikah pentadbiran yang dimahukan sedangkan mereka menyusahkan rakyat?" Tegasnya, pemimpin yang mudah beralih arah dan cenderung untuk lompat parti adalah mereka yang tidak ada semangat perjuangan sebagaimana diperlukan dalam BN dan UMNO untuk merealisasikan pentadbiran negara ke arah Wawasan 2020. "Kita tidak perlukan individu yang berkepentingan dan mempunyai agenda politik tertentu sebagaimana segelintir pihak yang sanggup meninggalkan BN kerana barangkali ada janji-janji manis yang telah ditaburkan oleh pakatan pembangkang." Tambahnya lagi, BN tidak pernah bimbang sikap segelintir pihak yang sedemikian kerana yang berjaya 'dipancing' oleh pakatan pembangkang tidak mempunyai semangat dan nilai perjuangan sejati. – MediaUMNO |
| You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.







No comments:
Post a Comment