Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TERKINI!! Gambar Kacau Bilau Janji Bersih Hak Tuihh Di Dataran Merdeka!!

Posted: 30 Aug 2012 10:21 AM PDT

Mari kita lihat apakah benar Himpunan Janji Bersih yang mereka janjikan itu benar-benar Bersih atau hanya retorik semata-mata, berikut adalah update terkini gambar himpunan janji bersih di dataran merdeka.

Bob lokman turut hadir di dataran merdeka
















Sumber SINI

Nampak macam Bersih ke Himpunan Janji Bersih hak tuih ni? Celaka puak kuning jahanamm.. merosakkan mood nak sambut Merdeka saja!! Memang patut kena terajang pun puak ni!!

McTheory:
Rosakk-rosakk..

PANASS TERKINI!! Aksi Sumbang Pengikut Janji Bersih di Dataran Merdeka!! Tuih! #JanjiBersih

Posted: 30 Aug 2012 09:48 AM PDT


Salah satu provokasi oleh anjing liar pengikut Janji Bersih.. apakah ini himpunan aman yang dijanjikan? Memang sial la puak ni.. melampau!!

INFO!! Rahsia Besar Batu Hajarul Aswad!!

Posted: 30 Aug 2012 08:13 AM PDT


 Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Kaabah, iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai merupakan jenis batu 'Ruby' yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.


Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan malah billion manusia sejak Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang ke Baitullah, baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.

 Asal Usul
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka'bah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Ka'bah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.

Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan Kaabah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari seketul batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik.

Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, 

"Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium .


 Rahsia Besar Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya
1. Satu riwayat Sahih dinyatakan: " dan Makam Ibrahim berasal dari batu-batu ruby syurga yang kalaulah tidak kerana sentuhan dosa-dosa manusia akan dapat menyinari antara timur dan barat. Setiap orang sakit yang memegangnya akan sembuh dari sakitnya"


Duhulunya batu itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Ka'bah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

2. "'Barangsiapa menunaikan ibadah haji, dan ia tak berbuat rafats dan fasik, maka ia kembali (suci dan bersih) seperti anak manusia yang baru lahir dari perut ibunya." (Muttafaqun alaihi).

3. Mencium hajar aswad pada masa menunaikan Haji Di Baitullah tidak dapat diwakilkan, Ia menjadi penyedut dosa tanpa kita sedari, alangkah beruntungnya orangyang boleh menyentuh, mengusap dan memegangnya.


Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda


 "Nikmatilah (peganglah) ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat".

Akhir kata, Kita semua tahu jika hanyalah batu yang tidak memberikan mudarat atau manfaat, begitu juga dengan Kaabah, ia hanyalah bangunan yang terbuat dari batu.


Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam proses ibadah haji tersebut lebih baik kita niatkan sekadar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.

Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan "Aku tahu bahawa kau hanyalah batu, kalaulah bukan kerana aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu"
Jadi apa yang dikerjakan berjuta juta umat islam bukanlah menyembah Batu seperti yang banyak dituduhkan kaum yang kerdil sekali akalnya.

Kerana ada rahsia besar dibalik setiap perilaku Nabi Muhammad saw dan sebab tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya :

"Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan"

(QS. An-Najm : 53)

PANASS!! Dr Asri 'SEKOLAH' kan Abby Abadi!!

Posted: 30 Aug 2012 05:36 AM PDT

Nak gelak ke nak sedih? Nak gelak sebab tengok si Abby yang baru pakai tudung, ilmu agama setahun jagung berani menegur seorang 'Ummarak' Islam yang terkenal dan seorang yang pernah menjadi mufti untuk satu negeri, lawak lawak.. Sedihnya pulak, sebab si Abby ni tak sedar diri, dia ingat dah masuk Pas tu kira hebat laa.. aduhh.. sumber twitter Mc ambil dari blog CTS

Walaupun Dr Asri ni ada sifat dan perangainya yang orang tak suka, tapi ilmuannya memang tidak dapat dinafikan. Mc pun tak berani nak pertikaikan apa yang beliau ada. Dalam post sebelum ini pun, Mc hanya mempertikaikan peribadinya yang agak sombong dan angkuh. Dalam bab agama, memang beliau hebat.. tak dapat dinafikan.

Mari kita tengok apa yang terjadi diantara Dr Asri dan Abby..

Dr Asri memulakan twit mengenai hudud,


Mungkin beliau merasakan dirinya cukup hebat, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menasihatkan Bekas Mufti ini,


Baca pula balasan Dr Mohd Asri,



Dan sambungan kenyataan beliau di bawah,



Marilah sama-sama kita nasihatkan Ostazah Segera Abbi Abadi agar mendalami ilmu Agama dan pertingkatkan ilmu pengetahuan beliau. Semakin hari kenyataan-kenyataan beliau di laman sosial Twitter nampak seperti memperbodohkan dirinya sendiri. Merendah diri dan bertawaduklah. Jangan sombong semata-mata kerana anda boleh berceramah di depan Tok-Tok Janggut PAS.

Bak kata orang, kalau bodoh tu jangan ditunjuk sangat, nanti bertambah bodohnya orang lihat!!


McTheory:
Tu laa.. masuk Pas terus jadi bodoh.. hehe..

100k Memenuhi Rumah Terbuka 1 Malaysia Negeri Kedah!!

Posted: 30 Aug 2012 03:44 AM PDT

Ni gambar-gambar yang diambil ketika rumah terbuka 1Malaysia.. Memang ramai gila yang datang. Berduyun-duyun rakyat Kedah datang beraya bersama PM dan pimpinan UMNO negeri.. Memang terbaiklah sambutan tahun ni..

Gambar-gambar lain akan diupload nanti!!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

TUDIAA!! Apabila Ustaz Fathul Bari CIUM Dahi Nik Aziz?

Posted: 30 Aug 2012 02:13 AM PDT




Komen: Tengok link ni. Time diaorang tulis surat boleh pulak.. Time kita tulis surat tak boleh.. Diaorang buat apa semua boleh.. Kita buat semua tak boleh.. Apa da.. cakap tak serupa bikin...

Link: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6184-hudud-kelantan-temui-pm-selepas-segalanya-selesai

Lepas tu, boleh pulak dia kata belum baca surat tu lagi. Ada ka patut. Kerja senang macam ni pun tak boleh buat ke..? Camna nak memerintah negara..? Aku dulu masa sekolah rendah pernah hantar kad raya kat Tun M. Aku tulis kat sampul surat tu "Perdana Menteri Malaysia" je... Aku tak tulis alamat pun sebab tak tau alamat. Ala.. time budak kecik, mana la kita tau.. Bukan kata tak sampai. Aku siap dapat balasan lagi.. Takkan nak bagi alasan alamat kot. Kan dah terang tulis nama TG Nik Aziz tu. Come on la.. dah memerintah berapa lama kat Kelantan, takkan bab surat pun fail.

Lepas tu menipu pulak. Dia kata ":..siapa Fathul Bari.." Kalau tak kenal, sah la tak boleh jadi ketua lagi. Yang anak buah dia semua dok berforum dengan UFB tu apa..?? TG Nik Aziz tak dapat report ke..? 


Kata perjuang agama. Ni orang dok ajak muzakarah pasal agama la ni. Bagi alasan banyak² apa pasai...



Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

sumber Abu Aqif
Bukan Nik Aziz tak kenai, tapi itulah cara seseorang yang bongkak dan sombong menafikan kelebihan orang lain. Orang bagi madu, dibalasnya tahi, orang bagi bunga dibalasnya duri. Katanya alim ulamak, tapi kelakuan dan perangai tak sama seperti yang disebutkan. Orang ajak muzakarah, taknak, apa yang dia nak berceramah sorang-sorang atas pentas sambil kutuk orang lain. aduhh.. inilah Pas.. perjuangan Islam ikut apa yang dia suka!!


McTheory:
Geli la nak cium.. bengkak bibir woo..

PANASS!! Pelajar Tahfiz Pro Pembangkang Pukul Orang Sampai Mati?

Posted: 29 Aug 2012 11:15 PM PDT

hiasan semata

Mengejutkan kerana pelajar sekolah agama boleh membelasah seorang dewasa sehingga mati? Hukum apa yang mereka guna pakai hingga boleh mengambil tindakan undang-undang sendiri? Penceroboh terbabit hanya mencuri, tidak bolehkah mereka tangkap dan serahkan pada polis? Jika keadaan seperti ini berlaku dipihak polis. Akan ada peguam atau wakil dari Dap atau Pakatan Haram yang datang membela nasib si mati. Bagaimana pula dengan kes ini?

Siapa pula nak bela si pencuri yang mati dipukul oleh pelajar tahfiz disekolah agama yang sememangnya Pro Pas ni?

ALOR SETAR- Seorang lelaki berusia 35 tahun yang memecah masuk asrama sebuah sekolah agama swasta di Jalan Sultanah di sini hari ini, mati setelah dibelasah sekumpulan pelajar lelaki sekolah itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, suspek, seorang penagih dadah, dikatakan memecah masuk asrama itu dan mencuri telefon bimbit dan sebuah beg, tetapi disedari oleh sekumpulan pelajar yang kemudiannya bergelut dengan lelaki itu untuk menangkapnya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata pergelutan antara kumpulan pelajar berusia awal 20-an dengan suspek, menyebabkannya mengalami kecederaan dalaman dan patah tulang rusuk kiri.

Beliau berkata suspek yang dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk mendapatkan rawatan disahkan meninggal dunia kira-kira 2 petang.

"Satu laporan polis mengenai kejadian tersebut dibuat oleh pelajar terbabit dan masih menunggu laporan hasil bedah siasat terhadap suspek," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Adzaman berkata berdasarkan rekod, suspek mempunyai empat kes jenayah lampau iaitu pada tahun 2006 termasuk satu kes curi dalam kediaman.

Katanya setakat ini polis belum menahan mana-mana pelajar untuk memberi keterangan sehingga keputusan hasil bedah siasat ke atas suspek diperoleh. -Bernama


McTheory:
Takkan Majlis Peguam nak tengok saja kot?

TUDIAA!! Video Sempoi!! Lagu KeMerdekaan Pakatan Rakyat!! #Merdeka55

Posted: 29 Aug 2012 08:16 PM PDT


Video dan lagu ni memang terbaik.. memang kena tepat pada batang hidung. Bab berjanji memang pandai.. tapi tiba masa nak tunai.. mimpi indah jadi mimpi sedih!!

HOT!! Paris Hilton Masuk Islam?? Biar Betul?

Posted: 29 Aug 2012 05:36 PM PDT

JEDDAH - Arab Saudi - Artis terkenal, Paris Hilton telah menukar agama kepada islam menurut jurucakap beliau, Ian Brinkham melalui media CBS. Dengan menukar agama kepada islam, beliau telah mengambil keputusan untuk meninggalkan cara hidup lama sebagai selebriti dan artis terkenal.

gambar lama

Katanya "saya telah menemui kedamaian dalam hidup saya selepas menganut islam. Sebelum ini, saya lebih dikenali sebagai seorang yang tidak bermoral, rendah akhlak dan sanggup melakukan kerja-kerja kotor, tetapi sekarang semua itu sudah berubah. Pujian hanya kepada Allah".

Paris Hilton telah menukar namanya kepada 'Tahirah' yang bermaksud suci dalam bahasa arab. Beliau akan mula memasuki sekolah agama islam pada julai ini. Tindakan mengejut Paris Hilton ini pastinya akan menjadi igauan buruk bagi selebriti-selebriti terkenal yang lain.

Berita ini benar-benar mengejutkan!!

gambar terbaru..

Kalau yang nakal dan buas macam ni pun boleh insaf.. memang mengejutkan.. namun tak tahulah berita ni sahih atau tidak.. kalau sahih Alhamdullilah..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...