Palestin Mohon Bantuan UMNO Elakkan Kekeliruan

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Isu berkaitan kekejaman dan pencerobohan hingga mengakibatkan kemusnahan dan penderitaan rakyat Palestin mendapat maklumbalas yang sangat baik dari rakyat Malaysia hinggakan banyak pihak yang menghulurkan bantuan  tetapi malangnya ia telah menimbulkan kekeliruan.
Sehubungan itu, Duta Palestin ke Malaysia, H.E. Abdelaziz Abughoush telah memohon bantuan UMNO untuk merungkai kekeliruan dan kesulitan yang berlaku.
"Saya ucapkan terima kasih atas sokongan yang diberi tetapi akibat keghairahan untuk membantu rakyat Palestin tanpa disedari bahawa ada pihak yang telah mengambil kesempatan atas tujuan tertentu termasuklah agenda politik sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian dalam kunjungan hormat kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di pejabatnya, Menara Dato Onn, hari ini.
 
"Kami mengharapkan agar UMNO dapat menasihati semua agensi kerajaan termasuklah badan-badan bukan kerajaan (NGO) agar memahami keadaan yang berlaku di Palestin dan dapat menyalurkan sumbangan tanpa ada agenda tertentu," katanya.
Jelasnya, ekoran sejak kebelakangan ini terlalu banyak badan yang wujud atas tujuan membantu rakyat Palestin tetapi malangnya ada diantara badan-badan tersebut gagal menyalurkannya ke pihak yang benar-benar memerlukan.
"Kedutaan Palestin di Malaysia sentiasa sedia bekerjasama dengan semua pihak untuk memastikan tidak berlaku kekeliruan dan ketirisan bagi membela rakyat Palestin di Semenanjung Gaza mendapat pembelaan.
Dalam hal ini, Tengku Adnan menyambut baik usaha Abdelaziz dan menyatakan komitmennya untuk membantu membanteras penyalahgunaan kutipan dana untuk rakyat Palestin.
Tengku Adnan turut menerima kunjungan hormat dari Pesuruhjaya Tinggi Australia, HE Miles Kupa di Malaysia yang menyatakan minatnya untuk mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan struktur organisasi UMNO dan pentadbirannya selain pembabitan dalam kempen-kempen menjelang pilihan raya nanti.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...